pengharapan dikalangan pelajar kursus akademik … · develop several new programs by collaborating...
Post on 14-Mar-2019
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGHARAPAN DIKALANGAN PELAJAR KURSUS AKADEMIK DAN KEMAHIRAN KRAF SELEPAS MENAMATKAN PENGAJIAN DI INSTITUT
KRAF NEGARA (IKN)
MD IZRAN BIN RUSDI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGHARAPAN DIKALANGAN PELAJAR KURSUS AKADEMIK DAN KEMAHIRAN KRAF SELEPAS MENAMATKAN PENGAJIAN DI INSTITUT
KRAF NEGARA (IKN)
MD IZRAN BIN RUSDI
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universtiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
ii
iii
Buat Ayahanda dan Bonda,
En.Rusdi Bin Hanafiah,
Che Wan BintiMat,
Serta,
Keluarga tercinta,
Segala pengorbanan amat dihargai.
Buat teman-teman,
Azman, Sharizad, Al-Hafiz,
Amir, Azrul dan Sharifah,
Terima kasih atas sokongan anda.
Serta tidak ketinggalan,
Kepada semua pihak,
Yang telah membantu dan menyokong.
“meine Liebe, ich danke Ihnen für Ihre Unterstützung”
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatNya, penyelidik telah
dapat menyiapkan kajian sosial untuk Projek Sarjana Muda yang telah diberikan
dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih di atas segala sumbangan yang telah diberikan dalam apa jua
jenis bentuk maklumat yang di sumbangkan dalam kajian ini oleh pihak tertentu.
Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada pensyarah penyelia Projek
Sarjana Muda, Prof.Dr. Muhammad Rashid Bin Hj. Rajuddin atas bimbingan,
dorongan serta telah banyak membantu dalam meyiapkan kajian ini.
Tidak dilupakan, ribuaan terima kasih kepada pihak Institut Kraf Negara,
Rawang di atas kerjasama yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau
tidak langsung dalam usaha membantu menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Pendidikan masa kini telah berkembang pesat dan rata-rata ibubapa amat
mementingkan pendidikan anak-anak mereka sebagai satu jaminan pada masa
hadapan. Pelbagai institusi pendidikan ditubuhkan untuk merealisasikan harapan
pelajar agar tercapai cita-cita mereka. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti
harapan atau keinginan pelajar yang mengikuti Kursus Akademik dan Kemahiran di
Institut Kraf Negara selepas tamat pengajian. Adalah menjadi satu pengharapan di
dalam diri seseorang itu apabila melangkah masuk ke mana-mana IPT. Terdapat 4
faktor pengharapan yang dikaji iaitu peluang pekerjaan, penglibatan di dalam bidang
keusahawanan, mengukuhkan produk hasil kraf dan jaminan masa hadapan. Faktor
pengharapan ini dikaji mengikut enam jurusan yang ditawarkan di Institut Kraf
Negara. Seramai 180 pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian dengan
menggunakan teknik sampel cluster mengikut peringkat pengajian Diploma dan
Sijil. Borang soal selidik merupakan instrument kajian yang mengandungi 34 item
mengikut skala Likert 5 peringkat. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen ini adalah
α = 0.907. Analisis data adalah dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi
14.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian
menunjukkan pelajar di IKN akan terus melibatkan diri dalam bidang kemahiran
kraf bagi memperkukuhkan lagi produk kraftangan pada masa akan datang. Jaminan
masa hadapan yang lebih baik melalui bidang kemahiran ini merupakan faktor kedua
terpenting kepada mereka. Peluang pekerjaan selepas tamat pengajian di IKN adalah
harapan ketiga tertinggi dan penglibatan diri dalam bidang keusahawanan
merupakan faktor terakhir yang mereka harapkan selepas bergelar mahasiswa dari
IKN. Pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan bagi merealisasikan harapan
pelajar antaranya, KEKWA dan pihak IKN beperanan penting dalam merangka
pelbagai program baru melalui usahasama dengan pihak MARA dalam mencapai
sasaran dan objektif IKN.
vi
ABSTRACT
Education today, has grown rapidly and parents are very concerned about
their childrens' academic achievement as a guarantee for their childrens’ future.
Quite a numbers of tertiary educational institutions established to provide
appropriate knowledge and skills to realized the students’ ambitions. This study was
conducted to identify students’ expectations of their future prospects after
completely the program in the Academic Skills Course at the National Craft Institute
(NCI) after graduation. There were four factors studied by researchers; jobs
opportunities, entrepreneurial opportunities, strengthening the craft product and
future security. These expectation factors studied were based on the six courses
offered at the National Craft Institute. A total of 180 students were selected for this
study using cluster sampling techniques categorizing them by the Certificate and
Diploma levels. The research instrument used was researcher development
questionnaire containing 34 Likert scale items of 5 levels. The value of the
reliability of this instrument was α = 0.907. Data were analyzed using SPSS version
14.0 for frequencies and percentages. The result has shown that, most of students
prefer to be involved in this craft industry to strengthen the craft product in the
future. The second expectation is future security, third is job opportunities and the
last factor is entrepreneurial opportunities. The researcher has presented
recommendation; such as realizing students’ expectation, KEKWA and NCI should
develop several new programs by collaborating with MARA and other organization
to achieve the goals and NCI objective.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
viii
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Pengharapan 10
1.8.2 Kursus 10
1.8.3 Kemahiran 10
1.8.4 Kraf 10
1.8.5 Tamat 11
1.8.6 Pekerjaan 11
1.8.7 Keusahawanan 11
1.8.8 Kukuh 12
1.8.9 Jaminan 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 14
2.1 KEKWA 14
2.2 IKN 17
2.3 Peluang Pekerjaan 18
2.4 Bidang Keusahawanan 20
2.5 Mengukuhkan Produk Kraf 22
2.6 Jaminan Masa Hadapan 24
2.7 Teori dan Konsep Kerjaya
2.7.1 Teori-teori
a) Teori Perkembangan Kerjaya 26
b) Teori Keperluan 26
c) Teori Kerjaya Islam 27
d) Teori Tret Dan Faktor 28
ix
e) Teori Holland 28
f) Teori Abraham Maslow 29
2.7.2 Konsep Kerjaya dan Harapan 30
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Prosedur Kajian 33
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.5 Instrumen Kajian 36
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Penganalisisan Data 38
BAB IV PENGANALISIAN DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis Bahagian A
4.2.1 Jantina 42
4.2.2 Umur 43
4.2.3 Bangsa 43
4.2.4 Agama 44
4.2.5 Jurusan 44
4.2.6 Tahap Pengajian 45
4.2.7 Peringkat Pengajian 45
4.2.8 Kelayakkan Kemasukkan 46
x
4.3 Analisis Bahagian B 47
4.3.1 Faktor Peluang Pekerjaan 48
4.3.2 Faktor Penglibatan Bidang Keusahawanan 50
4.3.3 Faktor Mengukuhkan Produk Kraf 53
4.3.4 Faktor Jaminan Masa Hadapan 55
4.3.5 Pengharapan pelajar mengikut
bidang pengajian 57
4.4 Analisis keseluruhan 59
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Rumusan 62
5.3 Perbincangan 64
5.3.1 Bahagian A : Demografi Responden 65
5.3.2 Bahagian B : Persoalan Kajian
5.3.2.1 Peluang Pekerjaan 66
5.3.2.2 Bidang Keusahawanan 69
5.3.2.3 Mengukuhkan Produk Kraf 72
5.3.2.4 Jaminan Masa Hadapan 75
5.3.2.5 Mengikut Jurusan 77
5.3.3 Analisis keseluruhan 79
5.4 Cadangan
5.4.1 KEKWA 80
5.4.2 IKN 82
5.4.3 Pelajar 83
xi
5.5 Cadangan kajian lanjutan 84
5.6 Kesimpulan 85
BIBLIOGRAFI 86
LAMPIRAN 90
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 2.1 Perbelanjaan dan Peruntukkan Pembangunan
bagi Program Kebudayaan,Kesenian dan Warisan,
2001-2010 16
Jadual 3.1 Teknik Pemilihan Sampel 35
Jadual 3.2 Pembahagian item bahagian A mengikut Faktor
Demografi Responden 36
Jadual 3.3 Taburan item soal selidik 37
Jadual 3.4 Nilai Aplha Kebolehpercayaan mengikut objektif kajian 38
Jadual 3.5 Kaedah skala 5 peringkat ke skala 3 peringkat 39
Jadual 3.6 Peratusan skor 40
Jadual 4.1 Jadual taburan responden mengikut jantina 42
Jadual 4.2 Jadual taburan responden mengikut umur 43
Jadual 4.3 Jadual taburan responden mengikut bangsa 43
Jadual 4.4 Jadual taburan responden mengikut agama 44
Jadual 4.5 Jadual taburan responden mengikut Jurusan/Bidang 44
Jadual 4.6 Jadual taburan responden mengikut tahap pengajian 45
Jadual 4.7 Jadual taburan responden mengikut peringkat pengajian 45
Jadual 4.8 Jadual taburan responden mengikut kelayakkan kemasukkan 46
Jadual 4.9 Jadual taburan responden mengikut peratus bagi faktor
peluang pekerjaan 48
xiii
Jadual 4.10 Jadual taburan responden mengikut peratus bagi faktor
penglibatan di dalam bidang keusahawanan 50
Jadual 4.11 Jadual taburan responden mengikut peratus bagi faktor
mengukuhkan lagi hasil kraftangan tempatan 53
Jadual 4.12 Jadual taburan responden mengikut peratus bagi faktor
jaminan masa hadapan 55
Jadual 4.13 Jadual taburan pengharapan pelajar mengikut bidang pengajian 57
Jadual 4.14 Jadual taburan analisis keseluruhan 59
xiv
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 3.1 Kerangka Operasi Kajian 34
SENARAI LAMPIRAN MUKA SURAT
Lampiran A Jadual Krejcie R.V. dan Morgan D.W 90
Lampiran B Borang soal selidik 92
Lampiran C Data Analisis Alpha Cronbach’s 99
Lampiran D Surat Kebenaran Fakulti 103
Lampiran E Surat Permohonan 105
Lampiran F Surat Kebenaran IKN 108
xv
SENARAI SINGKATAN
IKN Institut Kraf Negara
KEKWA Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
SDSI Satu Desa Satu Industri
UPE Unit Perancangan Ekonomi
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Arus permodenan kini kian pesat melanda negara dalam mencapai negara
maju menjelang 2020 dan sekaligus telah banyak mengubah reka bentuk
penghasilan barangan yang lebih canggih, akan tetapi ia tidak mengganggu gugat
nilai keaslian barangan seni kraftangan tempatan. Seni kraftangan merupakan satu
warisan turun-temurun yang perlu dipelihara kerana ia mempunyai nilai estetika
yang tersendiri. Bidang kraf dapat dikategorikan kepada Aneka Kraf, Logam, Hasil
Tanah, Tekstil dan Hasil Rimba. Barangan kraf dan hasil hiliran masyarakat
tempatan sudah diusahakan oleh masyarakat peribumi sejak zaman berzaman
sebagai sebahagian daripada cara hidup dan pencapaian teknologi mereka, namun
pembangunan dalam bentuk komersial berkembang seiringan proses modenisasi
yang dibawa oleh merkantilisme dan kolonialisme (Mohammed Anwar, 2009).
Hasil seni kraftangan adalah merupakan gabungan diantara elemen
kemahiran dan daya imaginasi kreatif yang mampu menghasilkan ciptaan seni
bermutu tinggi yang tidak makan di zaman. Sebagai contoh, sehingga kini hasil
kraftangan masih mampu mendapat tempat di hati masyarakat tempatan seperti kain
songket, batik, barangan tembaga, seni ukiran kayu dan sebagainya. Menurut
Harvey,John (1975:84) menyatakan, perkataan seni adalah membawa erti pekerjaan
yang melibatkan imaginasi kreatif, sementara Kraf adalah kemahiran khusus yang
tidak berubah dari satu generasi ke generasi seterusnya.
2
Seawal tahun 1930-an hasil kraf telah menempah nama di Singapura,
barangan kraf Melayu mendapat tempat di Hotel Raffles dan menunjukkan hasil
anak Melayu pada ketika itu telah mampu menjadi satu kebanggaan dan pemangkin
untuk terus meningkatkan seni kraf Melayu. Ini dapat dibuktikan melalui petikan
yang menyatakan (Braddel, 1982:42) :
Shopping in Singapore has its point, but except for the Malayan Arts and Crafts depot at Raffles Hotel, and the walking-stick shops, most of the goods you will see are foreign and better procurable in their own homes. Still Singapore does present a bird’s-eye view of Oriental arts, crafts and fabrics that is not without merit, and a tour of the Asiatic shops in the evening before dinner will interest you. Perkembangan industri kraftangan di negara dapat dilihat dengan jelas
dimana kegiatan melibatkan kraf giat dilaksanakan sebelum merdeka sehingga
sekarang. Industri kraf negara merupakan salah satu aset terpenting di dalam
program pembangunan negara. Menurut Mohammed Anwar (2009), selepas
merdeka lebih banyak agensi kerajaan ditubuhkan seperti Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1964 dan MARA pada Disember
1965. Pada pascamerdeka terdapat beberapa institusi yang dijadikan tempat untuk
mengadakan kegiatan kebudayaan seperti Muzium Negara (dulunya dinamakan
Muzium selangor), Balai Seni Lukis Negara (ditubuhkan di bawah National Art
Gallery Ordinance 1959), Pejabat Rekod Kerajaan (ditubuhkan pada 1 Disember
1957 dan kemudiannya dijadikan Arked Negara pada tahun 1966), dan dewan
Bahasa dan Pustaka (ditubuhkan pada tahun 1959).
Pada tahun 2001, penubuhan Institut Kraf Negara (IKN) yang telah
diluluskan oleh Jemaah Menteri merupakan satu langkah yang harus dipuji dalam
meningkatkan kemahiran seni kraftangan pada generasi muda. Ia melambangkan
satu detik peralihan (turning point) yang penting serta menjadi satu mercu dalam
perkembangan industri kraf di negara ini. Disinilah bermulanya peranan IKN
sebagai institut pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan
lulusan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang kraf
(Zainal Abidin,2010).
3
Selain itu, tenaga mahir juga perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan
seni kraf yang menarik mengikut kesesuaian semasa. Maka, bertepatan dengan
objektif IKN sebagai pusat mengeluarkan para lulusan yang berilmu dan
berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan dalam bidang kraf batik,
tenunan, seramik, logam dan rotan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam
industri kraf (Zainal Abidin,2010).
Industri kraftangan negara mampu menyediakan peluang pekerjaan yang
amat luas bagi mereka yang berminat dan berkemahiran. Menurut Mohd Kamil
Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, berkata kepada Bernama (Februari
12, 2010) “daripada sekitar 4,000 pengusaha pada tahun 2004, bilangan itu
dilaporkan meningkat kepada kira-kira 6,000 orang pada tahun 2009”. Bantuan yang
disalurkan oleh kerajaan kepada pengusaha dan bakal pengusaha kraf dapat
dijadikan batu loncatan untuk menjana ekonomi dan peluang pekerjaan. Ini dapat
dilihat melalui bajet 2009, pembangunan yang disalurkan menerusi Kraftangan
Malaysia untuk membantu usahawan kraf bernilai RM54juta dan jumlah yang besar
sebelum ini membolehkan Kraftangan Malaysia menubuhkan pelbagai prasarana,
antaranya pusat pembangunan kraf di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
1.1 Latar Belakang Masalah
Kraf merupakan warisan yang perlu dipelihara kerana ia adalah seni yang
berharga serta melambangkan identiti negara. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh
badan kerajaan yang bertanggungjawab bagi memastikan warisan negara ini
terpelihara dengan sempurna. Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan seni warisan, pelbagai promosi dan pemasaran keluaran seni,
budaya dan produk warisan di peringkat tempatan dan antarabangsa dianjurkan
seperti Pesta KL, Hari Kraf Kebangsaan dan Pesta Filem Malaysia diadakan untuk
dijadikan Kuala Lumpur sebagai hab kebudayaan (RMK-9, Memperkayakan
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).
4
Selaras dengan usaha kerajaan dalam memelihara warisan negara, IKN
merupakan tempat yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan bakat-bakat baru
dalam arena seni tanah air. Melahirkan bakat baru adalah memastikan seni warisan
akan terus terpelihara pada masa hadapan. Minat terhadap seni warisan harus
dikekalkan bagi memantapkan jati diri serta berkemahiran tinggi di dalam bidang
tertentu.
Usaha kerajaan untuk memartabatkan seni warisan negara melalui
penghasilan kraftangan pastinya tidak mencapai objektif yang disasarkan.
Kekurangan penglibatan belia dalam pengusahaan kraftangan masa kini amat
membimbangkan. Kecenderungan belia untuk bekerja di sektor lain amat tinggi
berbanding hanya segelintir yang masih berminat di dalam penghasilan produk
kraftangan. Hanya terdapat empat atau lima orang anak muda sahaja yang berminat
untuk meneruskan industri warisan di Terengganu ini manakala yang selebihnya
adalah pengusaha yang sudah berumur. Kini hanya terdapat sekitar 32 pengusaha
kraftangan tembaga di Terengganu yang kebanyakkannya bertumpu di Kampung
Ladangi, di mana penyertaaan daripada kalangan generasi muda di dalam
perusahaan ini kurang memberangsangkan (Berita Harian, 2009).
Melalui petikan berita Utusan Malaysia (Mac,2010) Datuk Shafik Fauzan
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri menyatakan
hanya terdapat dua orang tenaga pengajar tenunan dan tembikar di negeri Pahang
dan ini perlu ditangani segera dengan melantik lebih ramai tenaga pengajar yang
mahir dalam bidang tersebut bagi memartabatkan lagi industri kraftangan di negeri
itu. Angka itu terlalu kecil untuk mengangkat dan mengembangkan industri
kraftangan sebagai satu daya tarikan pelancongan.
Statistik pencari kerja yang terdapat dalam rekod pendaftaran Jabatan Tenaga
Kerja menyatakan terdapat seramai 335 ribu orang yang telah berdaftar untuk
mencari kerja di sepanjang tahun 2001 hingga 2004. Daripada jumlah ini, seramai 41
ribu terdiri daripada siswazah dan 293 ribu bukan siswazah seperti lepasan sekolah,
bekas anggota tentera, polis, pesara serta golongan kurang upaya (OKU). Dalam
masa yang sama seramai lebih daripada 80 ribu orang sahaja yang telah berjaya
ditempatkan dalam pekerjaan (Kementerian Sumber Manusia, 2005).
5
Melihat daripada statistik di atas jelas menunjukkan masih terdapat
sebilangan besar pelajar lepasan akademik yang masih mencari pekerjaan yang
sesuai dan sekaligus menambah angka pengangguran di negara ini. Menurut Sharp
dan Mara (1971), menyatakan masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan
remaja ialah kurangnya pendedahan dan dorongan dalam membuat pemilihan
kerjaya bersesuaian dengan minat, kebolehan, bakat dan sahsiah peribadi.
Hasil kajian pada tahun 2009 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia terhadap
tenaga buruh di sektor usahawan mendapati peratus usahawan mengikut pencapaian
di antara tahun 1982 hingga 2008 menunjukkan usahawan yang tiada pendidikan
rasmi mencatatkan peratusan yang tertinggi berbanding kategori pendidikan yang
lain. Usahawan dari golongan ini kebanyakkannya mewarisi pekerjaan keluarga dan
bekerja sendiri di industri pertanian dan perikanan serta mengusahakan jualan runcit
secara kecil-kecilan. Kualiti tenaga buruh turut meningkat apabila penyertaan
penduduk bekerja berpendidikan menengah dan tertiari dalam pasaran buruh
meningkat (menengah: 36.5% kepada 56.0% dan tertiari: 6.1% kepada 21.2%) pada
tahun 2008 berbanding tahun 1982 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009).
Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia jelas
menunjukkan penglibatan pelajar berpendidikan atau graduan lepasan IPT adalah
kurang jika dibandingkan dengan penglibatan dari golongan yang tidak
berpendidikan. Graduan lebih cenderong untuk bekerja di sektor kerajaan dan swasta
tanpa perlu memikirkan risiko yang perlu ditanggung. Ini disokong oleh kajian yang
dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2009, majoriti penduduk
bekerja di Malaysia terdiri daripada pekerja kerajaan dan swasta. Namun demikian
pelbagai langkah dan skim telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan
bilangan penduduk yang bekerja sebagai majikan dan bekerja sendiri iaitu
usahawan. Penglibatan penduduk bekerja dalam bidang keusahawanan dapat
menjana pertumbuhan ekonomi negara serta mewujudkan peluang pekerjaan dan
seterusnya akan mengurangkan kadar pengangguran.
6
Namun persoalan yang masih timbul seperti tiada jawapan. Pelbagai langkah
dan sokongan telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan tenaga kerja
berkemahiran tinggi untuk memenuhi ruang kekosongan dan sekaligus dapat
mempertingkatkan lagi industri kraftangan negara. Tetapi apa yang berlaku adalah
sebaliknya. Kemanakah menghilangnya pelajar IKN? Apakah akan terjadi kepada
industri kraftangan pada masa hadapan? Adakah IKN bersedia menangani
permasalahan ini?
1.2 Penyataan Masalah
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) dan Institut
Kraf Negara (IKN) adalah dua badan berbeza peranannya tetapi mempunyai
matlamat yang sama dalam menentukan hala tuju industri kraftangan pada masa
hadapan. Kedua-dua badan ini telah berusaha sebaik mungkin memainkan peranan
sewajarnya bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Namun, masih menjadi
persoalan mengapakah kekurangan tenaga mahir dalam kraftangan masih belum
dapat diatasi?. Apakah pekerjaan yang diimpikan oleh pelajar selepas tamat di IKN?
Oleh demikian, pengkaji berhasrat untuk menjalankan kajian bagi mengupas
isu yang dibincangkan terhadap pelajar yang mengikuti kursus kemahiran di IKN.
Harapan pengkaji adalah untuk mendalami, Apakah pengharapan dikalangan pelajar
Kursus Akademik dan Kemahiran Kraf selepas menamatkan pengajian di Institut
Kraf Negara (IKN)?
7
1.3 Persoalan Kajian
Berikut adalah persoalan kajian bagi menjawab objektif kajian :
i. Apakah wujud pengharapan dikalangan pelajar terhadap peluang pekerjaan
selepas tamat pengajian di Institut Kraf Negara?
ii. Apakah wujud pengharapan dalam diri pelajar untuk menceburi bidang
keusahawanan selepas tamat pengajian di Institut Kraf Negara?
iii. Apakah wujud pengharapan dikalangan pelajar untuk mengukuhkan lagi
hasil kraftangan tempatan selepas tamat pengajian di Institut Kraf Negara?
iv. Apakah wujud pengharapan dikalangan pelajar terhadap jaminan masa
hadapan dengan melibatkan diri dalam bidang kraftangan?
v. Apakah pengharapan dikalangan pelajar Kursus Akademik dan Kemahiran
Kraf selepas menamatkan pengajian di Institut Kraf Negara mengikut bidang
pengajian?
1.4 Objektif Kajian
Bagi setiap kajian yang dijalankan harus mempunyai objektif tertentu.
Objektif tersebut mampu menjawab kepada permasalahan terhadap kajian. Oleh
demikian, pengkaji telah meletakkan beberapa objektif sebagai menjawab kepada
kajian ini. Antara objektif kajian ini adalah :
i. Mengenal pasti apakah pelajar-pelajar di IKN mengharapkan peluang
pekerjaan selepas tamat pengajian kelak.
ii. Mengenal pasti apakah wujud pengharapan dalam diri pelajar untuk
menceburi bidang keusahawanan selepas tamat pengajian di IKN.
8
iii. Mengenal pasti apakah wujud pengharapan dalam diri pelajar untuk
mengukuhkan lagi produk hasil kraftangan tempatan selepas tamat pengajian
di IKN.
iv. Mengenal pasti apakah pelajar-pelajar di IKN mengharapkan jaminan masa
hadapan di dalam bidang kraftangan.
v. Mengenal pasti apakah wujud pengharapan di dalam diri pelajar Kursus
Akademik dan Kemahiran Kraf selepas tamat pengajian di IKN mengikut
bidang pengajian.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalakan untuk membolehkan pengkaji mengetahui harapan dan
keinginan pelajar yang mengikuti kursus di Institut Kraf Negara selepas mereka
menamatkan pengajian. Harapan pengkaji adalah untuk mendalami keinginan bakal
perintis seni tanah air selepas tamat pengajian mereka.
Pada umumnya, kepentingan ini bukan sahaja semata-mata kepada pengkaji,
malahan ia juga untuk kepentingan bersama semua pihak, terutamanya kepada :
i. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA), dapat
pengetahuan baru mengenai keinginan dan hasrat pelajar didalam
menyokong pembangunan industri kraf di Malaysia. Kementerian mampu
memainkan peranan dengan sewajarnya untuk membantu pelajar tersebut
dan beberapa rangka kerja dapat dijalankan bagi memastikan kerjaya pelajar
di masa hadapan.
ii. Seterusnya kajian ini juga dapat membantu pihak pentadbiran akademik
Institut Kraf Negara dengan membuat penambahbaikan terhadap kurikulum
yang telah dijalankan. Ini dapat memberikan lebih jaminan kepada bakal-
bakal seniman negara bagi memartabatkan dan memperjuangkan warisan
seni kraf negara.
top related