penggunaan modul numerasi (program linus) tahun 2 edited

Post on 02-Jul-2015

358 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MODUL MODUL NUMERASI NUMERASI

DEFINISI NUMERASI

Numerasi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian

MATLAMAT Untuk memastikan semua murid

yang mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS

OBJEKTIFPada akhir tahun 2 murid berupaya:

1.menyebut, menulis, membilang, menyusun, menentukan nilai digit dan tempat bagi nombor hingga 1 000.

2. menguasai fakta asas tambah.

3. menguasai fakta asas tolak.

4. menguasai fakta asas darab.

5. menguasai fakta asas bahagi

6. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas arimetik yang mudah dalam wang, menyatakan masa dan waktu serta bentuk tiga dimensi dan bentuk dua dimensi.

KANDUNGAN UNIT NUMERASI TAHUN 2

• 1. Nombor bulat sehingga 100.• 2. Tambah dalam Lingkungan 100.• 3. Tolak dalam Lingkungan 100.• 4. Darab• 5. Bahagi• 6. Wang hingga RM 100• 7. Menyatakan dan menuliskan waktu• 8. Pengenalan tentang panjang• 9. Pengenalan tentang jisim• 10. Pengenalan tentang isipadu• 11. Bentuk tiga dimensi (3D)• 12. Bentuk dua dimensi (2D)

TUJUAN MODUL INI DI BINA1. Murid dapat menggunakan deria mereka

semasa menjalankan aktiviti pembelajaran.2. Murid dapat meneroka, menjalankan

eksperimen, membuat tekaan berdasarkan pemerhatian mereka dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti yang menyeronokkan

3. Murid dapat mengawal pembelajaran kendiri melalui pendekatan ansur maju

KANDUNGAN MODUL GURU

a) Cadangan langkah-langkah pengajaran yang dibina dan disusun supaya mudah dilaksanakan oleh guru dan diikuti oleh murid.

b) Cadangan langkah-langkah pengajaran yang menekankan penanaman konsep Matematik melalui aktiviti didik hibur.

c) Cadangan penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan.

d) Cadangan soalan-soalan yang terarah dalam konteks matematik yang dapat mengukuhkan pemahaman murid.

e) Cadangan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan murid.

PENDEKATAN NUMERASI DALAM PEMBINAAN MODUL

a) Pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri•Pastikan bahawa murid mempunyai pengetahuan yang kukuh sebelum memperkenalkan kemahiran baru.• Murid yang belum menguasi perlu diajar semula.•Pengajaran semula harus menggunakan strategi yang berbeza dari pengajaran sebelum.

b)Pendekatan Ansur Maju (berperingkat)

• Aktiviti pengajaran disampaikan secara ansur maju.• Perkenalkan konsep matematik daripada perkara senang kepada yang susah.• Daripada yang konkrit kepada yang abstrak• Daripada kontekstual kepada konstruktif.

c. Pendekatan Didik Hibur

• Murid LINUS adalah murid yang perlu diberi perhatian yang lebih khusus.• Aktiviti perlu disampaikan dengan aktiviti yang menarik.• Aktiviti didik hibur berunsur nyanyian, permainan, main peranan, lakonan dan pelbagai aktiviti yang menggembirakan kanak-kanak tetapi memberi kesan yang mendalam dalam proses pembelajaran murid

d) Pendekatan Penggabung Jalinan Kemahiran

• Guru perlu menggabungjalinkan suatu kemahiran dengan kemahiran yang lain mengikut kesesuaian.

e) Pembelajaran secara kumpulan kecil atau Individu

• Pembelajaran secara kumpulan kecil atau individu perlu bagi murid LINUS.tahun 2.• Modul ini memuatkan aktiviti kumpulan.• Modul ini menampakkan aktiviti membimbing sambil melatih murid yang sama kebolehan.

f) Bimbing perkara yang belum dikuasai dan Kukuhkan perkara yang telah dikuasai

• Perkara ini penting bagi memastikan keseluruhan kemahiran numerasi dapat dikuasai oleh murid LINUS.• Jadikan 12 konstruk dalam saringan numerasi sebagai tanda aras penguasaan murid numerasi• Adakan juga ujian diagnostik bagi mengesan secara terperinci penguasaan numerasi murid.

g) Pengajaran mengikut keupayaan individu

• Perkara ini perlu dilakukan supaya murid yang paling lemah tidak terabai dan murid yang maju tidak terkongkong dengan perkara yang sudah dikuasai.• Latihan yang disediakan dalam modul adalah di pelbagai peringkat iaitu mudah, sederhana, dan susah.• Dicadangkan guru menyediakan diagnostik yang berupaya menentukan kebolehan setiap murid.

h) Latihan menjadikan murid lebih baik (sempurna)• Cadangan latihan yang dimuatkan dalam modul murid adalah banyak dan dibuat melalui pelbagai pendekatan dan cara yang menarik.• Latihan mampu memperkukuh kemahiran numerasi murid.

Terima Kasih

top related