pengenalan produk

Post on 06-Dec-2015

271 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan Produk

Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah memainkan peranan yang penting

dalam kalangan murid sekolah rendah. Hal ini demikian kerana subjek ini

bertujuan untuk melahirkan insan yang berdikari, mengenal, memahami serta

dapat mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan. Selain itu, subjek ini juga

bertujuan mewujudkan individu yang dapat merancang ekonomi dengan baik

serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa

berubah untuk kehidupan harian.

Berpandukan hasrat itu, saya bersama rakan saya telah mereka cipta sebuah

rak buku yang sesuai digunakan oleh pelajar dan pekerja di pejabat. Projek reka

cipta kami adalah berasaskan bahan-bahan seperti kayu, soft board dan juga

Perspex. Dengan ini, kami telah menamakan projek kami ini sebagai

Multipurpose Book Rack.

Multipurpose Book Rack ini mempunyai banyak kelebihan. Perkara yang

paling asas mestilah boleh digunakan sebagai tempat untuk menyimpan buku-

buku. Selain daripada ini, Multipurpose Book Rack ini juga dapat digunakan

untuk menyimpan fail-fail, alat tulis, kad-kad, buku komik dan juga tempat

meletak barang hiasan. Di samping itu, rak buku ini juga ringan dan saiz yang

kecil dibandingkan dengan kebanyakan rak buku yang dijual di pasaran kini. Ciri

ini akan membolehkannya untuk dipindah ke mana-mana dengan mudah.

Justeru itu, saya amat berharap supaya model rak buku ini dapat diserapkan

ke dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah

sebagai salah satu contoh rak buku yang mempunyai pelbagai fungsi. Hal ini

secara tidak langsung akan membantu murid-murid untuk mencerna idea untuk

menghasilkan rak buku yang lebih cantik dan juga canggih.

top related