pengaruh sosial

Post on 20-Jan-2016

115 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PENGARUH SOSIAL. PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN Jab Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia, UPM. PENGENALAN. Dalam hidup sehari-hari manusia tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh orang lain, dan juga oleh peraturan hidup ( norma ) yang telah diterima bersama . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

PENGARUH SOSIALPROF MADYA DR. MA’ROF

REDZUANJab Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan

Fakulti Ekologi Manusia, UPM

1

• Dalam hidup sehari-hari manusia tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh orang lain, dan juga oleh peraturan hidup (norma) yang telah diterima bersama.

• Kita dipengaruhi oleh peraturan, biasanya dengan tanpa soal-jawab (menerima sahaja).

• Namun, dalam kes tertentu, mengapa manusia begitu terpengaruh dengan arahan, desakan etc orang lain, walaupun bukan atas kerelaan mereka sendiri?

• Mengapa kadang kala manusia mudah dipengaruhi untuk berbuat sesuatu (contohnya membunuh) yang kadang kala di luar kehendaknya?

• Yang menjadi tumpuan dalam perbincangan bukanlah pengaruh umum tetapi lebih kepada pengaruh yang ekstrim yang di luar daripada kehidupan lazim.

PENGENALAN

2

•Pengaruh sosial adalah sebarang tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan orang untuk mengubah sikap, tingkah laku, atau perasaan orang lain.

•Ia boleh berlaku secara dua hala.•Ia berlaku dalam hidup seharian manusia.

•Pada hari ini cuba senaraikan tingkah laku- tingkah laku, sikap, perasaan etc anda yang dipengaruhi oleh orang lain?

APA ITU PENGARUH SOSIAL?

3

• Kes-kes pengaruh sosial yang ekstrim: di Guyana, Texas etc. (kes ajaran sesat di Malaysia)

• Jenis-jenis pengaruh sosial berdasarkan kepada kaedah mempengaruhi:◦ Kawalan persekitaran◦ Kawalan sistem peneguhan◦ Kawalan maklumat◦ Pujukan

JENIS-JENIS PENGARUH SOSIAL

4

KES: REVERAND JONES DI JONES TOWN

5

6

7

8

9

10

11

12

• Persekitaran fizikal boleh mempengaruhi proses mental dan tingkah laku manusia.

• Bentuk persekitaran: cara susunan seperti di penjara dan dihotel boleh mempengaruhi psikologi manusia.

• Kes di Jonestown: terpencil (dalam hutan); di kawal oleh tentera bersenjata.

• Fikirkan: Mengapa aktiviti ajaran sesat di lakukan di kawasan-kawasan terpencil?

Kawalan Persekitaran

13

•Mengikut teori pelaziman operan, tingkah laku oleh dibentuk melalui sistem peneguhan (ganjaran dan hukuman(.

•Manusia boleh mempengaruhi orang lain sekiranya beliau memiliki kuasa ganjaran dan hukuman.

•Kes di Jonestown: Reverend Jim Jones mempunyai kuasa ganjaran dan hukuman (memberi ganjaran kepada mereka yang disukai dan taat dan hukuman kepada yang dianggap menyeleweng)

Kawalan Sistem Peneguhan

14

• Bentuk peneguhan dikomunikasikan dalam bentuk ancaman dan janji.

1. Ancaman: dalam bentuk ancaman kontingensi/bergantung, akan dikenakan hukuman sekiranya (bergantung) kepada kegegalan untuk akur kepada permintaan.A.Ancamana pencegahan – menyatakan “jangan” seperti jangan

buat, kalau buat saya pukul. Ia bersifat defensif iaitu ingin mengekalkan status-quo

B.Ancaman paksaan – menyatakan “buat” seperti buat ini kala tidak..

2. Janji: manusia mengkomunikasikan niat untuk menyediakan sesuatu ganjaran sekiranya orang sasaran akur.

• Orang yang gagal menrealisasikan hukuman dianggap baik, tetapi yang tidak merealisasikan janji dianggap tidak bermoral

15

• Manusia boleh mempengaruhi orang lain sekiranya beliau mempunyai kuasa atau mengawal maklumat yang diperlukan atau yang mempengaruhi orang lain itu.

• Kes di Jonestown: Jones menguasai/mengawal semua maklumat yang keluar dan masuk ke komuniti tersebut

• Melalui kawalan ke atas maklumat, Jones berjaya mempengaruhi pemikiran pengikutnya bahawa Amerika adalah musuh mereka.

• Konsep negara tirai besi?

Kawalan Maklumat

16

• Penggunaan alasan, fakta etc untuk mengubah sikap, nilai etc individu. Tiga jenis.

• Mendation: pujukan yang pernyataan disertai dengan perkara-perkara yang positif – makan epal untuk menjauhkan anda daripada klinik gigi. Digunakan dalam iklan.

• Amaran: pujukan yang pernyataan disertai dengan perkara-perkara negatif. Merokok adalah membahayakan kesihatan.

• Pengaktifan komitmen: menanamkan rasa bersalah dengan cara mengutarakan percanggahan antara pengangan ideal dengan apa yang sebenarnya dilakukan seseorang. Kes Mathama Ghandi dengan kemerdekaan India.

Pujukan

17

•Pengaruh sosial boleh berlaku dalam tiga bentuk.

•Bentuk-bentuk boleh dibezakan berdasarkan kepada keseriusan pengaruh.– Pengakuran (conformity): terpengaruh

akibat daripada kepercayaan yang diterima umum (seperti dalam norma: folkways).

– Penurutan (compliance): terpengaruh akibat daripada permintaan daripada orang lain,

– Pematuhan (obedience). Terpengaruh akibat daripada arahan daripada orang lain (ketua, ibu-bapa etc).

BENTUK-BENTUK PENGARUH SOSIAL

18

• Terpenagruh kepada norma sosial, tiada arahan langsung dibuat – sama ada bertulis atau tidak bertulis.

• Norma menentukan bagaimana ahli masyarakat harus bertingkah laku dalam keadaan tertentu.

• Merupakan perekat/gam sosial (semua manusia akur – masyarakat setabil).

• Mengapa manusia akur? Diterima, disukai, tidak mahu dihukum.

• Manusia yang tidak akur dianggap menyeleweng, dan ditolak.

• Apa akan berlaku kalau manusia tidak akur dengan norma sosial?

PENGAKURAN

19

• Mengenal pasti sejauh mana manusia akur akibat daripada “tekanan” kelompok.

• Lihat gambarajah

Eksperimen Soloman Asch

21

22

1. Saiz kelompok. 2. Darjah kerahsiaan. 3. Kehadiran orang lain yang tidak akur.4. Tarikan untuk akur.5. Peranan maklumat.6. Peranan norma sosial.7. Perbandingan sosial.8. Pengurusan impresi.9. Persamaan latar belakang dan nilai.10. Penghayatan.11. Jantina.12. Budaya.

Faktor Pengaruhi Pengakuran

23

• Makna: perubahan tingkah laku akibat daripada permintaan – tekanan langsung daripada orang lain.

• Kawan meminta kita berbuat sesuatu; jurujual meminta kita membeli barangannya.

PENURUTAN

25

• Tanpa fikir – menurut tanpa memikirkan konsekuennya.

• Tekanan sosial: French dan Raven menyenaraikan 6 kuasa sosial:1.Kuasa paksaan2.Kuasa ganjaran3.Kuasa kepakaran4.Kuasa maklumat5.Kuasa rujukan6.Kuasa sah

Sebab-sebab Penurutan

26

1. Teknik permintaan kecil (foot in the door) – minta kecil dahulu, apabila ditunaikan akan minta yang lebih besar.

2. Teknik permintaan besar (door in the face) – minta yang besar dahulu, setelah tidak ditunaikan minta yang kecil (yang sebenarnya diminta)

3. Teknik low-ball – menjanjikan untuk memenuhi permintaan, tetapi menarik balik janji, setelah tingkah laku akan dilakukan.

4. “biar sedikit tetap dapat membantu” – dalam meminta derma, tidak menetapkan jumlah derma, sebaliknya diminta untuk menderma secara ikhlas.

5. Menanamkan rasa bersalah – membangkitkan rasa bersalah, dan akibat rasa bersalah mendorong seseorang untuk membantu.

6. Sentuhan – sentuhan merupakan tindakan yang menandakan hubungan yang erat, intim dan mesra, dan pengaruhi pengakuran.

7. Mencadangkan atribusi – permintaan yang dicadangkan dengan atribusi positif tentang diri seseorang, menjadikan seseorang itu menurut kehendak.

Teknik Menghasilkan

Penurutan

27

Foot in the door

28

30

Door in the face

31

Low ball technique

32

33

34

Even a penny will help

35

1. Meminta2. Menyatakan kepakaran peribadi3. Menawarkan satu sebab peribadi4. Menawarkan janji untuk menolong5. Menyatakan satu norma6. Menyatakan satu prinsip moral7. Menyatakan altruisme8. Memuji9. Menawarkan satu objek10.Merayu11.Menawarkan satu kritikan peribadi12.Membuat satu penipuan13.Membuat ancaman14.Menggunakan paksaan.

Strategi mendapatkan penurutan

36

Housewife Study

• Why are we more likely to comply with bigger requests when followed by small requests?– We’ve already put ourselves in

a position where we are helping person. It’s hard to say no once you’ve already said yes to something previously.

• Penurutan akibat daripada arahan – berkaitan dengan ketaatan.

• Arahan daripada pelbagai pihak – ibu bapa, polis, ketua, etc.

• Beberapa kes ekstrim (membunuh) – William Calley, Adolf Eichmann dan Jim Jones.

PEMATUHAN

38

• Mengenal pasti sejauhmana seseorang sanggup mematuhi perintah untuk bertindak ekstrim (mencederakan orang lain).

• Kajian Milgram1.Guru- subjek yang dikaji2.Murid – mereka yang dikenakan kejutan elektrik

(sekutu pengkaji)3.Pemberi arahan.4.Situasi – guru mengenakan kejutan elektrik

kepada murid, apa bila murid salah menjawab soalan (atas arahan pemberi arahan).

5.Hasil kajian: terdapat guru (subjek kajian) sanggup mengenakan kejutan elektrik sehingga 450 volt kepada pelajar atas dasar menuruh perintah.

Eksperimen Stanley Milgram

41

42

44

45

46

47

48

49

1. Subjek digalakkan oleh pengkaji (pemberi arahan)

2. Siri kejutan berperingkat-peringkat, dari yang rendah kepada yang tinggi– boleh menghalang subjek daripada rasa bersalah.

3. Tada hukuman dikenakan kepada subjek di atas tindakannya.

4. Apabila pemberi arahan lebih dihormati atau rasmi, pematuhan lebih tinggi.

Mengapa manusia mematuhi arahan?

50

• Semakin dekat sulbjek dengan pelajar, semakin tidak mematuhi arahan (implikasi dalam dunia sebenar!)

• Sekiranya pemberi perintah tidaki hadir dalam kajian, semakin tindak patuh (implikasi!)

• Apabila subjek diberikan kebebasan ulntuk memilih, mereka kurang patuh.

• Apabila subjek diberitahu mereka bertanggung jawab, semakin kurang patuh.

• Apabila ada orang lain yang tidak patuh, kurang untuk patuh.

Hasil kajian-kajian seterusnya.

51

• Terdapat manusia yang menganggotai kelompok yang memerlukan ahlinya untuk patuh – kelompok ajaran sesat, kelompok jenayah etc.

• Biasanya pemimpin kelompok dilihat sebagai seseorang yang istimewa (berkarisma); mempunyai kepercayaan teguh terhadap kelompok.

• Ikatan di kalangan ahli-ahlinya begitu erat, dan mereka sanggup berkorban untuk mempertahankan ketua atau kelompok.

Pematuhan kepada kelompok autoriti

52

• Hidup manusia tidak terlepas dariapda dipengaruhi.

• Setiap waktu tindakan kita adalah tidak bebas, sebaliknya akur kepada norma, permintaan dan perintah.

• Bolehkah manusia bebas daripada pengaruh sosial?

RUMUSAN

53

top related