pengaruh perbezaan kelajuan latihan konsentrik … · terima kasih atas sokongan dan pertolongan...
Post on 13-Mar-2019
231 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGARUH PERBEZAAN KELAJUAN LATIHAN KONSENTRIK OTOT LENGAN KE ATAS KECEDERAAN OTOT
MOHD FARHAN BIN AB RAZAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
Saya :
mengaku membenarkaperpustakaan Univers 1. Tesis ada2. Perpustak
tujuan pen3. Perpustak
antara ins4. **Sila tan
√
TANDATANGANAlamat Tetap :
LOT 956 JALAN LO 15200 KOTA BHARU Tarikh : 30 APRIL
PENGARUH PERBEZAAN KELAJUAN LATIHANKONSENTRIK OTOT LENGAN KE ATAS
KECEDERAAN OTOT
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
MOHD FARHAN BIN AB RAZAK (HURUF BESAR)
n tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di iti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
lah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia aan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk gajian sahaja.
aan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran titusi pengajian tinggi. dakan ( √ )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
PENULIS TANDATANGAN PENYELIA
NG YUNUS, DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN
, KELANTAN
2008 Tarikh : 30 APRIL 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : ___________________________
Nama Penyelia : Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin
Tarikh : 30 APRIL 2008
PENGARUH PERBEZAAN KELAJUAN LATIHAN KONSENTRIK OTOT
LENGAN KE ATAS KECEDERAAN OTOT
MOHD FARHAN BIN AB RAZAK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“ Saya akui karya ini bertajuk ”PENGARUH PERBEZAAN KELAJUAN LATIHAN KONSENTRIK OTOT LENGAN KE ATAS KECEDERAAN OTOT” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”.
Tandatangan : _____________________________
Nama Penulis : MOHD FARHAN BIN AB RAZAK
Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Kepada keluarga yang dikasihi
Ayah (Ab Razak Musa), Ibu (Paridah bt Ibrahim) dan juga kepada keluarga.
Kerana kasih saying, kesabaran, dan sentiasa memberi kepercayaan kepada saya.
Kepada kawan-kawan
Rahimei Mohd Iqbal, Mohd Fadli Kamaruzzaman dan lain-lain.
Terima kasih atas sokongan dan pertolongan yang diberikan kepada saya bila saya
memerlukannya.
Kepada Pensyarah Penyelia
Dr. Zainal Abidin bin Zainuddin
Terima kasih atas idea-idea, sokongan, pertolongan, nasihat dan dorongan
yang diberikan bagi menjayakan kajian ini.
iv
PENGHARGAAN
Di sini saya dengan berbesar hati ingin mengalungkan segulung ucapan kepada individu
yang telah membantu saya dalam menjayakan kajian ini.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah penyelia
saya, Dr. Zainal Abidin bin Zainuddin kerana berkat kesabarannya, idea-idea, sokongan,
bantuan, nasihat dan dorongan yang telah banyak diberikan kepada saya bagi
menjayakan kajian ini dari awal hingga akhir. Tidak lupa juga kepada pensyarah-
pensyarah yang lain, yang banyak berjasa mengajar saya agar menjadi seseorang yang
mempunyai ’modal insan’.
Tidak lupa juga kepada jasa rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan
dan motivasi kepada saya selama 4 tahun kita berjuang bersama. Terima kasih rakan-
rakan sekalian.
Juga kepada insan tersayang Cik Nina Rayneelda Mohd Kamil di atas sokongan dan
menjadi pembakar semangat buat saya bagi merealisasikan impian saya selama ini.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang
terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kajian ini.
Sekian,Terima kasih.
v
ABSTRAK
Latihan konsentrik adalah aktiviti di mana otot bekerja dalam keadaan
memendek. Kajian ini dilakukan untuk melihat kesan Pengaruh Perbezaan Kelajuan
Latihan Konsentrik Otot Lengan Ke atas Kecederaan Otot. Kajian ini melibatkan 2
orang subjek lelaki berumur 25 dan 27 tahun yang tidak pernah mengalami kecederaan
pada bahagian atas lengan dan tidak mengikuti latihan bebanan. Protokol ini melibatkan
5 set latihan di mana setiap set mempunyai 10 kali ulangan lakuan ‘bicep curl’ dengan
beratan bebanan ‘dumbbell’ seberat 7.5 kg bagi mencederakan otot lengan. Subjek
diberikan rehat 1 minit di antara set. Rawak mudah digunakan untuk menentukan tangan
mana yang akan menjalani latihan konsentrik secara laju dan perlahan. Kecederaan
diukur melalui petunjuk tidak langsung kecederaan otot termasuk ukur lilit lengan, sudut
pergerakan lengan (ROM) dan ‘delayed onset muscle soreness’ (DOMS). Data diambil
dari hari pertama, kedua, ketiga, keempat dan ketujuh. Hasil kajian menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan ketara terhadap pengaruh kelajuan bagi petunjuk tidak
langsung ukur lilit lengan dan sudut pergerakan lengan (ROM). Ukuran DOMS pula
menunjukkan bahawa lakuan konsentrik secara perlahan boleh menyebabkan kesakitan
yang lebih tinggi berbanding lakuan konsentrik secara laju. Kesimpulannya, pengaruh
perbezaan kelajuan lakuan konsentrik hanya dapat dilihat pada tahap kesakitan DOMS
sahaja tetapi bukan pada petunjuk kecederaan yang lain.
vi
ABSTRACT
In concentric exercise, the contracting muscle is shortens while producing force.
Shortening the muscles occurs either in fast or slow pace. Not many research studied the
physical effects of the muscle upon concentric contraction. This research investigates the
effects of the muscle following different speed and acceleration of concentric
contraction of the arm. This study was conducted to 2 healthy male respondents with age
25 and 27 years old, with no history of upper arm injuries and has no experience in
resistance training. The muscle damage protocol consists of 5 sets of concentric actions,
where every set consist of 10 repetitions of bicep curl actions. The 7.5kg dumbbell was
used as controlled weight resistance. Subjects were given 1 minute rest between set. A
simple randomized was used to determine the arm for fast or slow concentric action. The
muscle damage was measured by indirect indicators of the muscle damage, including
upper arm circumference, range of motion (ROM) and delayed onset muscle soreness
(DOMS). The raw data was collected on pre and day 1, 2, 3, 4 and 7 post damage. It was
found that there are no differences of range of motion (ROM) and upper arm
circumference for both arms following the damage protocol exercise. DOMS on the
other hand showed that slow concentric action posed higher soreness compared to the
fast concentric upon damage. As a conclusion, the different speed and accelaration of
concentric contraction does influence muscle soreness but has no effect on other
indicator of muscle damage.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
TAJUK i
BORANG AKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI LAMPIRAN x
I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Hipotesis Kajian 3
1.5 Tujuan Kajian 4
1.6 Batasan Kajian 4
1.7 Definisi Operasional 5
II SOROTAN KAJIAN 7
2.1 Pendahuluan 7
2.2 Kajian Berkaitan 8
viii
III METODOLOGI KAJIAN 12
3.1 Pengenalan 12
3.2 Rekabentuk Kajian 13
3.3 Lokasi 13
3.4 Subjek 13
3.5 Alatan Kajian 14
3.6 Prosedur Kajian 14
3.7 Analisis Data 19
IV ANALISIS DATA 20
4.1 Pengenalan 20
4.2 Analisis Deskriptif 21
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 41
5.1 Pengenalan 41
5.2 Range of Motion (ROM) 41
5.3 Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS) 42
5.4 Ukur Lilit lengan (Arm Circumference) 44
5.5 Cadangan 44
5.6 Rumusan 45
RUJUKAN 46
LAMPIRAN 48
ix
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK HALAMAN 1 Protokol mencederakan otot 16
2 Ukur lilit lengan 17
3 Ukuran Range of Motion (ROM) 18
4 Ukuran kesakitan DOMS 19
5 Graf perubahan ROM 22
6 Graf perubahan ukur lilit lengan (3cm) 24
7 Graf perubahan ukur lilit lengan (7cm) 26
8 Graf perubahan ukur lilit lengan (9cm) 28
9 Graf perubahan DOMS Palpation 1 (3cm) 30
10 Graf perubahan DOMS Palpation 2 (7cm) 32
11 Graf perubahan DOMS Palpation 3 (Brachioradialis) 34
12 Graf perubahan DOMS Extension of Arm 36
13 Graf perubahan DOMS Flexion of Arm 38
x
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A BORANG SKOR ROM DAN 48 UKUR LILIT LENGAN
(ARM CIRCUMFERENCE) B BORANG SKOR DOMS 49
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kontraksi konsentrik merupakan kontraksi otot yang paling banyak kita gunakan
dalam kehidupan seharian. Kontraksi otot konsentrik berlaku apabila otot-otot yang
terlibat (agonist) akan memendek dan otot-otot yang menyokong (antagonist) pula akan
memanjang. Contohnya bila seorang atlit mengangkat bebanan semasa melakukan
latihan ‘bicep curl’, kontraksi konsentrik pada otot-otot bisep akan terjadi ataupun
memendek (Nerrisa Freeman, 1997).
Latihan bebanan yang maksimum, yang melibatkan otot dibawah pengaruh yang
kuat boleh menyebabkan koyakan dan juga akan menyebabkan Delayed Onset Muscle
Soreness (DOMS) (Armstrong, 1984). Kebanyakan mereka yang mempunyai
pengalaman mengalami DOMS akan merasai kesakitan pada bahagian otot diikuti
dengan ketidakselesaan otot. Sensasi ini akan meningkat pada 24 jam pertama selepas
latihan, dan waktu kemuncaknya adalah di antara 24 jam hingga 72 jam.
2
Gejala DOMS menunjukkan penghasilan kerosakan struktur pada otot yang teruk
dan juga kehilangan protein dalam otot (Evans & Cannon, 1991). Ini termasuk
penurunan dalam kekuatan dan kuasa otot (Sargeant & Dolan, 1987) dengan penurunan
50% kekuatan maksimum (Armstrong, 1984; Miles, Clarkson, Keller, & Hackney,
1994), otot bengkak (Franklin, Currier, & Franklin, 1991), kehilangan kelenturan dan
Range of Motion (ROM) (Saxton and Clarkson, 1995).
1.2 Latarbelakang Masalah
Latihan konsentrik adalah salah satu bentuk latihan yang sering di lakukan oleh
atlit-atlit bagi memperkemaskan diri agar menjadi lebih kuat dari segi fizikal. Dalam
kehidupan seharian juga kita sering melakukan pergerakan konsentrik seperti
mengangkat barang-barang, mendaki anak tangga dan sebagainya. Semasa melakukan
aktiviti tersebut kita kadang kala melakukannya secara pantas dan perlahan. Kajian juga
telah menyatakan bahawa gejala (DOMS) lebih kerap berlaku disebabkan oleh latihan
eksentrik berbanding dengan latihan konsentrik kerana lakuan eksentrik memerlukan
lebih daya tenaga berbanding dengan lakuan konsentrik (Armstrong, 1984). DOMS
berlaku disebabkan oleh pengumpulan laktik asid dan kekurangan sumber oksigen di
dalam otot selepas melakukan latihan yang maksimum, yang akan menyebabkan otot
menjadi sakit pada hari berikutnya (Newham, Mills, Quigley, & Edwards, 1983). Smith
(1992) dalam kajiannya juga menyatakan bahawa sensasi DOMS akan meningkat
selepas menjalani latihan yang maksimum. Buat masa ini tidak ada lagi kajian yang
menyatakan bahawa perbezaan pengaruh kelajuan semasa melakukan latihan konsentrik
akan membawa kepada kecederaan otot yang berbeza.
3
1.3 Penyataan Masalah
Kecederaan otot adalah masalah yang sering berlaku kepada atlit-atlit ataupun
sesiapa sahaja yang melakukan latihan bebanan. Semasa melakukan latihan bebanan,
kita akan melakukan pelbagai variasi lakuan iaitu lakuan konsentrik, eksentrik dan juga
isometrik. Kita kadangkala akan melakukan lakuan tersebut dengan secara laju dan
perlahan. Selepas melakukannya, kita akan merasa sakit-sakit dan lenguh pada otot dan
berterusan sehingga hari berikutnya. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat
komplikasi yang akan berlaku ke atas otot lengan melalui perbezaan kelajuan semasa
melakukan latihan konsentrik otot lengan.
1.4 Hipothesis Kajian
Ho 1 = Tiada perubahan terhadap karakteristik otot akibat
latihan konsentrik antara lakuan konsentrik secara laju
dan perlahan.
Ha 1 = Terdapat perubahan terhadap karakteristik otot
akibat latihan konsentrik antara lakuan konsentrik
secara laju dan perlahan.
4
1.5 Tujuan Kajian
Kecederaan otot adalah masalah utama dikalangan atlit. Kajian ini akan dapat:
1.5.1 Mengkaji pengaruh perbezaan kelajuan terhadap kecederaan otot lengan melalui
latihan konsentrik.
1.5.2 Melihat pengaruh perbezaan kelajuan mana yang membawa kepada kesan
kecederaan yang tinggi.
1.6 Batasan Kajian
Berikut adalah bentuk batasan yang di kenakan untuk kajian ini:
1.6.1 Kajian hanya dijalankan pada bahagian Otot Bisep kepada subjek-subjek yang
dipilih.
1.6.2 Kajian ini hanya dijalankan kepada individu yang bukan atlit dan tidak menjalani
latihan-latihan yang khusus.
5
1.6.3 Kajian hanya dijalankan kepada individu lelaki sahaja yang tidak pernah
mengalami kecederaan pada bahagian otot tangan ( bicep ).
1.7 Definisi Operasinal
Dalam kajian ini, definisi berikut digunakan untuk memberi maksud yang
tertentu.
1.7.1 Latihan konsentrik
Kontraksi konsentrik di mana otot yang dikenakan daya akan memendek
manakala otot yang menyokong pula akan memanjang. Contoh latihan-latihan yang
melibatkan kontraksi konsentrik ialah leg curl, mendaki bukit, berenang dan bicep curl.
1.7.2 Otot Bisep
Otot yang berada di antara siku dan bahu yang boleh memanjang dan mengendur
bila berlaku flexion dan extension.
6
1.7.3 Range of Motion (ROM)
Range of Motion (ROM) ialah julat maksimum pergerakan soket semasa
berputar dan juga semasa membengkok.
1.7.4 Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS)
Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS) ialah kesakitan akibat daripada latihan
bebanan yang maksimum, selepas otot-otot dikerah melakukan kerja yang terlampau
membebankan. DOMS kebiasaannya dikaitkan dengan keletihan ataupun kelesuan otot.
1.7.5 Ukur lilit lengan
Ukuran lilit yang dijalankan adalah untuk menentukan perbezaan lilitan ukuran
lengan sebelum dan selepas melakukan latihan konsentrik.
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
Terdapat lebih 600 jenis otot di dalam badan manusia yang merupakan 40%
daripada berat badan manusia (Bischoff , 1990). Kontraksi otot berlaku bila fiber otot
mengeluarkan tenaga untuk bertindakbalas antara actin dan myosin. Apabila berada
dalam keadaan ’bekerja’, otot tersebut mungkin akan menegang, mengendur ataupun
berada dalam keadaan asal.
Setiap otot mempunyai unit-unit tertentu iaitu ’belly’ (unit yang kuat) dan
penghujung kepada tisu otot yang menyambungkan kepada tulang iaitu tendon. Otot
’belly’ ialah tempat di mana kuasa kontraksi berlaku (Bischoff , 1990). Fiber otot
diwakili oleh unit-unit kecil yang dikenali sebagai sel otot (Clarkson & Tremblay,
1998). Ia digabung bersama dan akan membentuk otot ’belly’. Fiber ini akan
menentukan kelajuan dan kekuatan otot. Type 1 fiber ataupun lebih dikenali sebagai
”slow twitch fiber” menggunakan tenaga dari oksigen dalam darah yang memerlukan
pengedaran darah yang baik. Ia kecil dan bertindak secara perlahan. Type II fiber
ataupun dipanggil ”fast twitch fiber” menggunakan tenaga dari glycogen. Ia tidak
8
bergantung kepada sumber oksigen yang tinggi semasa kontraksi, dan ianya
bertindakbalas dengan pantas, 2 kali lebih pantas daripada Type I fiber.
Otot kita mempunyai gabungan fiber-fiber tersebut, tetapi kebolehan atlit-atlit
akan ditentukan oleh kuantiti ataupun ratio setiap fiber tersebut. Pelari jarak jauh dan
pelumba basikal mempunyai slow twitch fiber. Fast twitch fiber pula lebih banyak
dijumpai pada pelari pecut yang menggunakan tenaga eksplosif (Garrett & Tidball ,
1999).
Dalam bab ini, kita akan melihat dapatan daripada kajian-kajian yang dilakukan
oleh pengkaji lain yang berkait rapat dengan kajian ini iaitu mengenai latihan konsentrik,
DOMS dan juga kerosakan otot. Dapatan daripada kajian tersebut akan diguna pakai
sebagai panduan untuk membuat perbandingan ataupun untuk menyokong fakta-fakta
kajian ini.
2.2 Kajian Berkaitan
Berikut adalah kajian-kajian yang berkaitan yang boleh membantu pengkaji
untuk membuat perbandingan ataupun untuk menyokong fakta-fakta bagi menjalankan
kajian ini.
9
2.2.1 Latihan Konsentrik
Kontraksi konsentrik adalah salah satu bentuk kontraksi otot di mana otot akan
bekerja dalam keadaan memendek. Ketika kontraksi konsentrik dilakukan, otot akan
dirangsang untuk bertindakbalas merujuk kepada mekanisma teori sliding filament.
Kontraksi tersebut berlaku melalui keupayaan otot mengeluarkan tenaga untuk
melakukan kerja yang menyebabkan otot memendek dan merubah sudut sambungannya.
Contoh kontraksi adalah seperti ’bicep curl’.
Freeman ( 1997 ) menyatakan bahawa latihan konsentrik kurang terdedah kepada
kecederaan otot berbanding dengan latihan eksentrik. Beliau menyatakan bahawa daya
yang dihasilkan semasa melakukan latihan konsentrik adalah lebih rendah berbanding
dengan latihan eksentrik. Namun begitu, (Proske & Allen, 2005) menyatakan bahawa
latihan konsentrik dan isometrik yang berulang-ulang boleh menyebabkan kelesuan pada
otot.
Oleh yang demikian ramai pengkaji (Armstrong, 1984; Evans & Cannon, 1991;
Clarkson, Nosaka, & Braun, 1992) telah mengatakan bahawa kecederaan pada bahagian
otot selalunya berlaku adalah disebabkan oleh kontraksi eksentrik. Ia berikutan daripada
tekanan yang berlaku semasa kontraksi eksentrik adalah lebih kuat berbanding dengan
kontraksi konsentrik dan isometrik (Freeman, 1997).
10
2.2.2 Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS)
Latihan yang mempunyai bebanan yang tinggi akan menyebabkan berlakunya
kecederaan pada otot dan juga akan menyebabkan berlakunya “Delayed Onset Muscle
Soreness” (DOMS) (Armstrong, 1984).
DOMS adalah salah satu simptom kecederaan akibat daripada latihan eksentrik.
DOMS biasanya akan berlaku 24 jam selepas latihan dan waktu puncaknya adalah di
antara 24 jam hingga 72 jam selepas latihan (Armstrong, 1984; Miles & Clarkson,
1994).
Akibat daripada mengalami DOMS, penglibatan atlit untuk beraksi pada
peringkat yang terbaik amatlah terhad dan terbatas. Tambahan lagi, penurunan tahap
pengeluaran tenaga otot akibat daripada mengalami DOMS akan menyebabkan
berlakunya penurunan prestasi semasa bermain pada peringkat yang berintensiti tinggi
(Clarkson, Nosaka & Braun, 1992).
Banyak perubahan-perubahan yang berlaku pada bahagian struktur, fungsi dan
juga biomekanikal otot akibat daripada mengalami DOMS. Antaranya ialah penurunan
tahap kekuatan dan kuasa otot (Sargeant & Dolan, 1987), penurunan kekuatan
maksimum sebanyak 50% (Armstrong, 1984; Miles, Clarkson, Keller & Hackney,
1984), bengkak pada otot (Franklin, Currier, & Franklin, 1991), penurunan tahap
kelenturan dan Range Of Motion (ROM) (Saxton, 1995).
11
2.2.3 Kerosakan Otot
Kecederaan otot adalah lebih kerap berlaku disebabkan oleh latihan kontraksi
eksentrik. Ia disebabkan oleh daya yang tinggi yang dihasilkan semasa kontraksi
berbanding dengan kontraksi konsentrik ataupun isometrik (Fox & Robinson, 1969).
Namun begitu, kajian bagi melihat karakteristik fisiologi melalui mekanisma
kecederaan otot tidak pernah dilakukan (Garret & Tidball, 1998). Bila otot rosak,
beberapa perkara akan berlaku sebelum pemulihan (Grounds, 1991). Pertama, otot fiber
yang mati akan digantikan oleh sel yang baru yang dipanggil ‘macrophages’. Sel ini
bergerak ke tempat yang rosak melalui salur darah, jadi jika salur darah yang
mengalirkan darah ke tempat yang cedera turut rosak, fasa penggantian tidak dapat
dilakukan sehinggalah salur darah tersebut sembuh (Carlson & Faulkner, 1983).
Banyak faktor yang menentukan kecepatan proses penggantian ataupun
penyembuhan. Tambahan lagi, semua otot tidak sama bentuk. Tahap kecederaan pada
saraf dan juga salur darah akan menentukan kadar kecepatan penyembuhan otot (Caplan,
Carlson, Faulkner, Fischman & Garrett 1988). Ia bermaksud otot yang cedera tidak akan
sekuat seperti mana sebelum kecederaan berlaku.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan tentang bentuk kaedah yang akan
digunakan unuk menjalankan kajian ini. Beberapa perkara penting yang akan di
bincangkan ialah:
a) Rekabentuk Kajian
b) Lokasi
c) Subjek
d) Alatan kajian
e) Prosedur kajian
f) Analisis Data
13
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini akan dijalankan secara rawak bagi mengenalpasti tangan yang akan
melakukan latihan konsentrik secara laju dan perlahan. Selepas itu lakuan konsentrik
akan dijalankan dan ukuran akan diambil. Ukuran akan diambil pada petunjuk tidak
langsung (DOMS), (ROM) dan ukur lilit lengan. Penilaian dan ukuran akan diambil
dalam masa 7 hari untuk melihat perbandingan antara kedua-dua tangan tersebut dan
juga melihat adakah kedua-dua lakuan tersebut dapat memberikan impak yang berbeza
terhadap karakteristik otot.
3.3 Lokasi
Latihan konsentrik dan juga kaedah pengukuran dijalankan di Makmal Sains
Sukan, Fakulti Pendidikan.
3.4 Subjek
Kajian ini melibatkan 2 orang subjek lelaki berumur 25 dan 27 tahun yang tidak
pernah mengalami kecederaan pada bahagian lengan dan tidak mengikuti latihan
bebanan.
14
3.5 Alatan Kajian
Alatan yang akan digunakan bagi menjalankan kajian ini dibahagikan kepada 2,
iaitu proses kecederaan dan juga proses pengukuran. Bagi proses kecederaan, alat yang
digunakan ialah dumbbells. Bagi proses pengukuran pula, perkara yang perlu di ukur
ialah Arm Circumference (ukur lilit lengan), Range of Motion, Delayed Onset Muscle
Soreness. Alatan-alatannya ialah:
3.5.1 Ukur lilit lengan - Pita pengukur
3.5.2 Range of Motion - Plastik goniometer
3.5.3 Delayed Onset Muscle Soreness - Visual Analog Scale (VAS)
3.6 Prosedur Kajian
Prosedur kajian dilakukan bagi mendapatkan data mentah untuk dianalisisn bagi
melihat perbezaan kedua-dua lakuan konsentrik otot lengan. Berikut adalah prosedur
yang dijalankan oleh pengkaji.
15
3.6.1 Subjek
Setiap subjek hendaklah bebas daripada sebarang kecederaan dan berada dalam
keadaan sihat ketika fasa pengujian. Subjek diminta tidak mengubah bentuk pemakanan
harian dan tidak mengambil sebarang bentuk makanan tambahan, non steroidal anti
imflammatory drugs (NSAIDs) dan juga ubat-ubatan.
3.6.2 Prosedur Mencederakan Otot
Protokol ini melibatkan 5 set latihan di mana setiap set mempunyai 10 kali
ulangan lakuan ‘bicep curl’ dengan beratan bebanan ‘dumbbell’ seberat 7.5 kg bagi
menimbulkan kecederaan pada otot lengan. Untuk menentukan tahap kelajuan, pengkaji
telah menetapkan tempo bagi setiap kelajuan. Bagi lakuan konsentrik perlahan, 3 saat
diperuntukkan bagi setiap ulangan lakuan. Bagi lakuan konsentrik laju pula, 1 saat bagi
setiap ulangan lakuan. Subjek diberikan rehat 1 minit di antara set. Rawak mudah
digunakan untuk menentukan tangan mana yang akan menjalani latihan konsentrik
secara laju dan perlahan. Kecederaan diukur melalui petunjuk tidak langsung kecederaan
otot termasuk ukur lilit lengan (arm circumference), sudut pergerakan lengan (ROM)
dan ‘delayed onset muscle soreness’ (DOMS). Data diambil dari hari pertama, kedua,
ketiga, keempat dan ketujuh.
16
Rajah 1 : Protokol mencederakan otot
Langkah keselamatan juga diambil bagi memastikan tiada kecelakaan berlaku.
Lengan subjek yang melakukan lakuan disokong oleh arm rest. Ia adalah bertujuan
untuk menghindarkan daripada berlakunya kecederaan lain pada siku.
3.6.2.1 Ukur lilit lengan
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ukur lilit lengan. Ukuran diambil pada
5 tempat ukuran yang ditanda iaitu 3,5,7,9 dan 11cm bermula dari elbow crease. Pen
dakwat separa kekal digunakan untuk menanda tempat ukuran. Ukuran diambil apabila
17
tangan subjek berada dalam keadaan anatomical position. Ukuran diambil sebanyak 2
kali bagi setiap tempat ukuran.
Rajah 2 : Ukur lilit lengan
3.6.2.2 Range Of Motion (ROM)
Plastik goniometer digunakan untuk mengukur ROM sudut siku. ROM
ditentukan melalui perbezaan Flexed elbow joint angle (FANG) dan Stretched elbow
joint angle (SANG). FANG didefinisikan sebagai sudut yang dihasilkan apabila lengan
dibengkokkan, dan SANG pula didefinisikan sebagai sudut yang dihasilkan apabila
lengan dilenturkan seboleh yang mungkin. ROM dikira melalui perbezaan FANG
dengan SANG (FANG – SANG= ROM). Relaxed elbow joint angle (RANG) ialah sudut
yang dihasilkan di mana tangan berada di sisi dalam keaadan anatomical position. Untuk
18
mengukur FANG, SANG dan RANG, tanda dibuat pada lengan dengan menggunakan
pen dakwat separa kekal bagi menghasilkan ukuran yang kekal semasa proses
pengukuran. Ukuran diambil sebanyak 2 kali.
Rajah 3 : Ukuran Range of Motion (ROM)
3.6.2.3 Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS)
Tahap kesakitan otot diukur dengan menggunakan Visual Analog Scale (VAS)
dengan menekan, melentur dan membengkokkan lengan subjek. VAS dinilai melalui
ukuran garisan 100mm dengan 0 mewakili tiada kesakitan, dan 100 mewakili teramat
sakit. Subjek akan menanda tahap kesakitan pada skala yang disediakan mengikut pada
tahap kesakitan yang dialaminya. Kesakitan otot diukur dengan menekan pada 4 tempat
yang ditanda pada lengan, iaitu 3, 5, 7 dan 9cm bermula dari elbow crease.
19
Rajah 4 : Ukuran kesakitan DOMS
3.7 Analisis Data
Data yang diperolehi daripada kajian ini akan analisis menggunakan Microsoft
Office Excel 2003. Kesemua data yang dianalisa akan ditunjukkan dalam graf pada bab
berikutnya.
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, kita akan melihat keputusan kajian selepas melakukan protokol
latihan dan ukuran terhadap 2 orang subjek. Tujuan analisis data ini adalah untuk
melihat adakah pengaruh kelajuan dapat menunjukkan perbezaan bagi komplikasi
kecederaan otot melalui latihan konsentrik.
Kesemua data yang dikumpul dari proses mencederakan otot dan juga proses
ukuran di analisis dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2003. Data yang di
analisis ditunjukkan pada graf. Ia bertujuan untuk melihat perbandingan perbezaan
komplikasi tangan yang melakukan latihan konsentrik laju dan perlahan.
21
4.2 Analisis Diskriptif
4.2.1 Subjek
Kajian ini disertai oleh 2 orang subjek lelaki (n=2) yang tidak pernah mengalami
kecederaan pada bahagian lengan.
4.2.2 Ukuran Kriteria
Petunjuk tidak langsung bagi kajian ini ialah ukur lilit lengan, ROM dan DOMS.
Semua ukuran diambil sebelum dan sejurus selepas lakuan, hari pertama, kedua, ketiga,
keempat dan ketujuh.
22
4.2.3 Range of Motion (ROM)
Subjek 1 Subjek 2
Rajah 5: Graf perubahan ROM bagi kedua-dua belah tangan yang melakukan latihan
konsentrik secara laju dan perlahan sejurus selepas melakukan lakuan sehingga hari
ketujuh.
Bagi subjek 1, ukuran ROM bagi kedua-dua lakuan adalah sama iaitu 155° sebelum
melakukan lakuan . Selepas melakukan lakuan, bacaan bagi ukuran lakuan konsentrik
perlahan adalah 149° dan bacaan lakuan konsentrik laju pula adalah 147°. Kemudian
ukurannya sama-sama meningkat pada hari pertama dan juga pada hari kedua. Pada hari
ketiga, ukuran bagi kedua-dua lakuan turun sedikit dengan ukuran kedua-duanya berada
pada bacaan sama iaitu 153° dan meningkat semula pada hari keempat dan kembali
kepada asal pada hari ketujuh.
Bagi subjek 2, ukuran ROM bagi kedua-dua lakuan adalah sama sebelum melakukan
lakuan iaitu 155°. Selepas melakukan lakuan, berlaku penurunan bagi kedua-dua lakuan
dimana ukuran bagi lakuan konsentrik perlahan ialah 141° manakala ukuran bagi lakuan
23
konsentrik laju pula ialah 144°. Kemudian ukurannya sama-sama turun pada hari
pertama dengan ukuran yang agak sama. Ukurannya juga turun pada hari kedua tetapi
ukuran tangan yang melakukan lakuan perlahan lebih rendah berbanding dengan lakuan
laju. Graf ukuran kedua-dua tangan meningkat kembali pada hari ketiga dengan jarak
perbezaan 10° dan kembali kepada sudut yang asal pada hari keempat dan ketujuh.
Graf perubahan ROM bagi kedua-dua subjek telah menunjukkan corak perubahan yang
hampir sama bagi kedua-dua lakuan walaupun ukuran ROM lakuan konsentrik perlahan
sedikit tinggi berbanding dengan ukuran ROM lakuan konsentrik laju. Jadi ia
menjelaskan bahawa tiada perubahan yang ketara terhadap ROM bagi kedua-dua lakuan.
Sebagai kesimpulan, tiada perubahan terhadap karakteristik ROM akibat latihan
konsentrik antara lakuan konsentrik laju dan perlahan selepas melakukan lakuan.
24
4.2.4 Ukur lilit lengan (Arm Circumference)
4.2.4.1 Arm Circumference (3cm)
PERUBAHAN UKUR LILIT LENGAN (3CM)
0
0.20.40.60.8
1
1.2
pre post D1 D2 D3 D4 D7
Daycm
slow ( R )fast ( L )
PERUBAHAN UKUR LILIT LENGAN (3CM)
00.2
0.4
0.6
0.8
1
1.2
pre post D1 D2 D3 D4 D7
Day
cm
slow ( R )fast ( L )
Subjek 1 Subjek 2
Rajah 6: Graf perubahan ukur lilit lengan bagi kedua-dua belah tangan yang melakukan
lakuan konsentrik secara laju dan perlahan pada ukuran 3cm sejurus selepas melakukan
lakuan sehingga hari ketujuh.
Graf ukuran perubahan ukur lilit lengan (3cm) subjek 1 menunjukkan peningkatan
pembesaran lilitan sebanyak 1cm bagi lakuan konsentrik secara perlahan dan 0.8cm bagi
lakuan konsentrik secara laju sejurus selepas melakukan lakuan. Ukuran mulai turun
pada hari pertama bagi kedua-dua lakuan iaitu 0.4cm bagi lakuan konsentrik laju dan
0.3cm bagi lakuan konsentrik perlahan. Pada hari kedua menunjukkan ukuran lilitan
tangan yang melakukan lakuan konsentrik perlahan kembali membesar kepada 0.5cm
manakala ukuran lilitan tangan lakuan konsentrik laju mulai turun kepada 0.1cm.
Kedudukannya tidak berubah pada hari ketiga bagi kedua-dua lakuan. Pada hari keempat
menunjukkan ukuan lilitan tangan bagi lakuan konsentrik perlahan kembali surut kepada
25
keadaan asal, ukuran lilitan tangan lakuan konsentrik laju masih tidak berubah. Pada hari
ketujuh menunjukkan ukuran lilitan tangan bagi kedua-dua lakuan kembali kepada
keadaan yang asal.
Graf ukuran perubahan ukur lilit lengan (3cm) subjek 2 menunjukkan peningkatan
pembesaran lilitan sebanyak 1.1cm bagi lakuan konsentrik secara perlahan dan 0.9cm
bagi lakuan konsentrik secara laju sejurus selepas melakukan lakuan. Ukuran mulai
turun pada hari pertama bagi kedua-dua lakuan yang mencatatkan bacaan yang sama
iaitu 0.2cm. Pada hari kedua pula menunjukkan ukuran lilitan tangan yang melakukan
lakuan konsentrik perlahan dan laju juga mencatatkan penurunan yang sama iaitu 0.1cm.
Pada hari ketiga, keempat dan ketujuh menyaksikan ukuran lilitan tangan bagi kedua-
dua lakuan kembali kepada keadaan yang asal.
Graf perubahan ukur lilit lengan bagi ukuran 3cm menyaksikan terdapat sedikit
perbezaan bagi subjek 1 manakala bagi subjek 2 pula corak perbezaannya tidak begitu
ketara. Jadi, melalui pemerhatian yang dibuat menunjukkan tiada perbezaan bagi
perubahan ukur lilit lengan antara lakuan konsentrik laju dan perlahan selepas
melakukan lakuan pada ukuran 3cm.
26
4.2.4.2 Arm Circumference (7cm)
PERUBAHAN UKUR LILIT LENGAN (7CM)
00.2
0.4
0.6
0.8
1
1.2
pre post D1 D2 D3 D4 D7
Day
cm
slow ( R )fast ( L )
PERUBAHAN UKUR LILIT LENGAN (7CM)
0
0.2
0.40.6
0.8
1
1.2
pre post D1 D2 D3 D4 D7
Day
cm
slow ( R )fast ( L )
Subjek 1 Subjek 2
Rajah 7: Graf perubahan ukur lilit lengan bagi kedua-dua belah tangan yang melakukan
lakuan konsentrik secara laju dan perlahan pada ukuran 7cm sejurus selepas melakukan
lakuan sehingga hari ketujuh.
Graf ukuran perubahan ukur lilit lengan (7cm) subjek 1 menunjukkan peningkatan
pembesaran lilitan sebanyak 1cm bagi lakuan konsentrik secara perlahan dan 0.9cm bagi
lakuan konsentrik secara laju sejurus selepas melakukan lakuan. Ukuran mulai turun
pada hari pertama bagi kedua-dua lakuan yang mencatatkan bacaan 0.2cm bagi lakuan
konsentrik perlahan dan 0.3 bagi lakuan konsentrik laju. Pada hari kedua pula
menunjukkan ukuran lilitan tangan yang melakukan lakuan konsentrik perlahan turun
kepada 0.1cm manakala lakuan konsentrik laju mencatat 0.1cm. Pada hari ketiga
menyaksikan ukuran perubahan ukur lilit lengan lakuan konsentrik perlahan terus turun
kepada 0.1cm, manakala ukuran lakuan konsentrik laju sama seperti ukuran sebelum
melakukan lakuan. Pada hari keempat dan ketujuh menyaksikan ukuran lilitan lengan
bagi kedua-dua lakuan kembali kepada keadaan yang asal.
27
Graf ukuran perubahan ukur lilit lengan (7cm) subjek 2 menunjukkan peningkatan
pembesaran lilitan sebanyak 1.1cm bagi lakuan konsentrik secara perlahan dan 0.8cm
bagi lakuan konsentrik secara laju sejurus selepas melakukan lakuan. Ukuran mulai
turun pada hari pertama bagi kedua-dua lakuan yang mencatatkan bacaan 0.5cm bagi
lakuan konsentrik perlahan dan 0.3cm bagi lakuan konsentrik laju. Pada hari kedua pula
menunjukkan ukuran lilitan tangan yang melakukan lakuan konsentrik perlahan turun
kepada 0.2cm manakala ukuran lakuan konsentrik laju mencatat 0.1cm. Pada hari ketiga,
keempat dan ketujuh menyaksikan ukuran lilitan tangan bagi kedua-dua lakuan kembali
kepada keadaan yang asal.
Graf perubahan ukur lilit lengan 7cm menyaksikan corak perubahan naik dan turun
lakuan konsentrik laju dan perlahan adalah tidak begitu ketara dan hampir sama bagi
kedua-dua subjek. Jadi ia menunjukkan tiada perbezaan bagi perubahan ukur lilit lengan
selepas melakukan lakuan konsentrik laju dan perlahan pada ukuran 7cm.
28
4.2.4.3 Arm Circumference (9cm)
Subjek 1
PERUBAHAN UKUR LILIT LENGAN (9CM)
0
0.2
0.4
0.6
Subjek 1 Subjek 2
Rajah 8: Graf perubahan ukur lilit lengan bagi kedua-dua belah tangan subjek yang
melakukan lakuan konsentrik secara laju dan perlahan pada ukuran 9cm
sejurus selepas melakukan lakuan dan hingga hari ketujuh.
Graf ukuran perubahan ukur lilit lengan (9cm) subjek 1 menunjukkan peningkatan
pembesaran lilitan sebanyak 0.5cm bagi lakuan konsentrik secara perlahan dan 0.4cm
bagi lakuan konsentrik secara laju sejurus selepas melakukan lakuan. Ukuran mulai
turun pada hari pertama bagi kedua-dua lakuan yang mencatatkan bacaan yang sama
iaitu 0.1cm. Pada hari kedua pula menunjukkan ukuran lilitan tangan yang melakukan
lakuan konsentrik perlahan dan laju juga mencatatkan penurunan yang sama iaitu 0.1cm.
Pada hari ketiga, keempat dan ketujuh menyaksikan ukuran lilitan tangan bagi kedua-
dua lakuan kembali kepada keadaan yang asal.
PERUBAHAN UKUR LILIT LENGAN (9CM)
00.10.20.30.40.50.6
pre post D1 D2 D3 D4 D7
Day
cm
slow ( R )fast ( L )
0.
1
8
1.2
pre post D1 D2 D3 D4 D7
Day
cm
slow ( R )fast ( L )
29
Graf ukuran perubahan ukur lilit lengan (9cm) subjek 2 menunjukkan peningkatan
pembesaran lilitan tangan sebanyak 1cm bagi lakuan konsentrik perlahan dan 0.8cm
bagi lakuan konsentrik laju sejurus selepas melakukan lakuan. Ukuran pembesaran
mulai turun pada hari pertama yang merekodkan bacaan yang sama bagi kedua-dua
lakuan iaitu 0.5cm. Ukuran masih kekal bagi lakuan konsentrik perlahan pada hari kedua
tetapi ukuran bagi lakuan konsentrik laju turun kepada 0.4cm. pada hari ketiga, keempat
dan ketujuh menyaksikan ukuran lilitan lengan bagi kedua-dua lakuan berada pada tahap
konsisten iaitu 0.4cm.
Graf perubahan ukur lilit lengan 9cm menyaksikan corak perubahan ukuran lakuan
konsentrik laju dan perlahan adalah tidak begitu ketara dan hampir sama bagi kedua-dua
subjek. Jadi ia menunjukkan tiada perbezaan bagi perubahan ukur lilit lengan selepas
melakukan lakuan konsentrik laju dan perlahan pada ukuran 9cm.
Dapatan bagi Rajah 6, 7 dan 8 didapati bahawa tiada perubahan terhadap karakteristik
ukuran lilitan lengan akibat latihan konsentrik antara lakuan konsentrik laju dan
perlahan selepas melakukan lakuan.
30
4.2.5 Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS)
4.2.5.1 Palpation 1 (3cm)
Subjek 1 Subjek 2
Rajah 9: Graf perubahan DOMS bagi kedua-dua belah tangan subjek yang melakukan
lakuan konsentrik secara laju dan perlahan pada ukuran 3cm sejurus selepas melakukan
lakuan sehingga hari ketujuh.
Ukuran graf Palpation 1 (3cm) bagi subjek 1 menunjukkan peningkatan kesakitan yang
mendadak bagi kedua-dua tangan sejurus selepas melakukan kedua-dua lakuan (lakuan
konsentrik perlahan 45mm dan lakuan konsentrik laju 40mm). Ukuran graf bagi kedua-
dua tangan menurun sedikit pada hari pertama dengan bacaan yang sama dan meningkat
sedikit pada hari kedua juga dengan bacaan yang sama. Penurunan mula berlaku pada
gari ketiga, keempat dan kembali seperti asal pada hari ketujuh bagi kedua-dua tangan.
Ukuran graf Palpation 1 (3cm) bagi subjek 2 menunjukkan ukuran kesakitan lakuan
konsentrik laju dan perlahan meningkat dari 0mm ke 50mm dan 40mm. Lakuan
31
konsentrik perlahan terus meningkat iaitu 80mm pada hari pertama, tetapi lakuan
konsentrik laju hanya meningkat sebanyak 60mm. Pada hari kedua, ukuran lakuan
konsentrik perlahan turun 10mm dan ukuran lakuan konsentrik laju pula kekal tidak
berubah. Ukuran pada hari ketiga menunjukkan penurunan di mana ukuran lakuan
konsentrik perlahan berada pada 30mm dan lakuan konsentrik laju pula 10mm. Pada hari
keempat menunjukkan penurunan yang hampir sama bagi kedua-dua lakuan dan
ukurannya kembali kepada asal pada hari ketujuh.
Perubahan DOMS bagi subjek 1 menunjukkan tidak terdapat perbezaan ketara bagi
kedua-dua belah tangan. Perubahan DOMS bagi subjek 2 pula menunjukkan terdapat
perbezaan yang ketara yang menyaksikan tahap kesakitan lakuan konsentrik perlahan
adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap kesakitan lakuan konsentrik laju. Tiada
perubahan terhadap karakteristik ukuran DOMS pada ukuran 3cm akibat latihan
konsentrik antara lakuan konsentrik laju dan perlahan selepas melakukan lakuan.
32
4.2.5.2 Palpation 2 (7cm)
Subjek 1 Subjek 2
Rajah 10: Graf perubahan DOMS bagi kedua-dua belah tangan subjek yang melakukan
lakuan konsentrik secara laju dan perlahan pada ukuran 7cm sejurus selepas melakukan
lakuan sehingga hari ketujuh.
Ukuran graf Palpation 2 (7cm) bagi subjek 1 menunjukkan peningkatan bagi kedua-dua
lakuan sejurus selepas melakukan lakuan iaitu lakuan konsentrik perlahan meningkat
dari 0mm ke 45mm manakala lakuan konsentrik laju pula meningkat dari 0mm kepada
40mm. Pada hari pertama menunjukkan ukuran bagi kedua-dua lakuan meningkat pada
kadar yang sama iaitu 50mm. Pada hari kedua pula menunjukkan ukuran bagi lakuan
konsentrik perlahan meningkat secara mendadak iaitu 70mm manakala ukuran lakuan
konsentrik laju turun kepada 40mm. Ukuran pada hari ketiga pula menunjukkan lakuan
konsentrik perlahan turun kepada 40mm manakala ukuran lakuan konsentrik laju pula
turun kepada 20mm. Pada hari keempat pula menunjukkan penurunan tahap kesakitan
DOMS. Ukuran lakuan konsentrik perlahan berada pada 10mm manakala ukuran bagi
lakuan konsentrik laju pula 5mm. Pada hari ketujuh, ukuran bagi kedua-dua lakuan
kembali pada keadaan asal.
33
Ukuran graf Palpation 2 (7cm) bagi subjek 2 menunjukkan peningkatan tahap kesakitan
yang sama bagi kedua-dua lakuan iaitu pada kadar 40mm selepas melakukan lakuan.
Pada hari pertama, ukuran bagi lakuan konsentrik perlahan meningkat kepada 60mm,
manakala ukuran lakuan konsentrik laju pula meningkat kepada 50mm. Ukuran lakuan
konsentrik perlahan meningkat lebih tinggi berbanding dengan ukuran lakuan konsentrik
laju pada hari kedua iaitu 70mm, manakala ukuran lakuan konsentrik laju tidak berubah.
Ukuran pada hari ketiga menunjukkan tahap kesakitan lakuan konsentrik perlahan dan
laju mula menunjukkan penurunan iaitu 40mm bagi lakuan konsentrik perlahan dan
20mm bagi lakuan konsentrik laju. Pada hari keempat pula menunjukkan penurunan
tahap kesakitan DOMS. Ukuran lakuan konsentrik perlahan berada pada 10mm
manakala ukuran bagi lakuan konsentrik laju pula 5mm. Pada hari ketujuh, ukuran bagi
kedua-dua lakuan kembali pada keadaan asal.
Terdapat perbezaan yang ketara dapat disaksikan pada graf perubahan DOMS kedua-dua
subjek. Tahap kesakitan lakuan konsentrik perlahan lebih tinggi berbanding dengan
tahap kesakitan lakuan konsentrik laju. Jadi ia menunjukkan terdapat perbezaan bagi
perubahan DOMS pada ukuran 7cm antara lakuan konsentrik laju dan perlahan selepas
melakukan lakuan.
34
4.2.5.3 Palpation 3 (Brachioradialis)
Brachioradialis
01020304050607080
pre post D1 D2 D3 D4 D7
Day
mm slow ( R )
fast ( L )
Brachioradialis
0102030405060708090
100
pre post D1 D2 D3 D4 D7
Day
mm slow ( R )
fast ( L )
Subjek 1 Subjek 2
Rajah 11: Graf perubahan DOMS bagi kedua-dua belah tangan subjek yang melakukan
lakuan konsentrik secara laju dan perlahan pada ukuran Brachioradialis sejurus selepas
melakukan lakuan sehingga hari ketujuh.
Ukuran graf Palpation 3 (brachioradialis) bagi subjek 1 menunjukkan peningkatan
50mm bagi lakuan konsentrik perlahan dan 30mm bagi lakuan konsentrik laju. Pada hari
pertama pula, kesakitan bertambah sedikit bagi kedua-dua lakuan iaitu 60mm bagi
lakuan konsentrik perlahan dan 40mm bagi lakuan konsentrik laju. Kesakitan bagi
lakuan konsentrik perlahan menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi pada hari kedua
berbanding dengan lakuan konsentrik laju. Bagi lakuan konsentrik perlahan, ukurannya
berada pada tahap 70mm manakala 55mm bagi lakuan konsentrik laju. Ukuran pada hari
ketiga menunjukkan perbezaan ukuran yang sama iaitu 40mm sahaja. Kemudian, tahap
kesakitan bagi kedua-dua lakuan pada hari keempat menunjukkan penurunan yang sama
iaitu 10mm. Dan akhir sekali tahap kesakitan bagi kedua-dua lakuan pulih kembali
kepada keadaan asal pada hari ketujuh.
35
Ukuran graf Palpation 3 (brachioradialis) bagi subjek 2 menunjukkan berlakunya
peningkatan tahap kesakitan bagi kedua-dua lakuan sejurus selepas melakukan lakuan.
Bagi lakuan konsentrik perlahan, ukurannya adalah 50mm, manakala 45mm bagi lakuan
konsentrik laju. Ukuran tahap kesakitan pada hari pertama menunjukkan peningkatan
perbezaan yang ketara antara kedua-dua lakuan. Bagi lakuan konsentrik perlahan,
ukuran tahap kesakitannya adalah sebanyak 90mm, manakala bagi lakuan konsentrik
laju pula ukurannya adalah sebanyak 60mm sahaja. Pada hari kedua, ukuran bagi lakuan
konsentrik perlahan turun sebanyak 10mm, berbeza dengan lakuan konsentrik laju yang
kekal pada ukuran sama. Ukuran kesakitan pada hari ketiga mula menunjukkan
penurunan bagi kedua-dua lakuan di mana tahap kesakitan bagi lakuan konsentrik
perlahan berada pada tahap 40mm. Ukuran bagi lakuan konsentrik laju pula berada pada
tahap 30mm. Kemudian, tahap kesakitan bagi kedua-dua lakuan pada hari keempat
menunjukkan penurunan yang sama iaitu 10mm. Dan akhir sekali tahap kesakitan bagi
kedua-dua lakuan pulih kembali kepada keadaan asal pada hari ketujuh.
Terdapat perbezaan yang ketara dapat disaksikan pada graf perubahan DOMS kedua-dua
subjek. Tahap kesakitan lakuan konsentrik perlahan lebih tinggi berbanding dengan
tahap kesakitan lakuan konsentrik laju. Jadi ia menunjukkan terdapat perbezaan bagi
perubahan DOMS antara lakuan konsentrik laju dan perlahan selepas melakukan lakuan
pada ukuran Palpation 3.
36
4.2.5.4 Extension of Arm
Subjek 1 Subjek 2
Rajah 12: Perubahan DOMS bagi kedua-dua belah tangan subjek yang melakukan
lakuan konsentrik secara laju dan perlahan pada ukuran Extension sejurus selepas
melakukan lakuan sehingga hari ketujuh.
Graf ukuran Extension of Arm bagi subjek 1 menunjukkan tiada kesakitan yang berlaku
pada otot bagi lakuan konsentrik laju sejurus selepas melakukan lakuan. Manakala bagi
lakuan konsentrik perlahan pula terdapat sedikit kesakitan berlaku selepas melakukan
lakuan iaitu berada pada tahap 5mm. Terdapat sedikit peningkatan ukuran tahap
kesakitan bagi kedua-dua lakuan pada hari pertama. Lekuan konsentrik perlahan
menunjukkan bacaan 10mm, manakala lakuan konsentrik laju pula berada pada tahap
5mm sahaja. Terdapat perbezaan ukuran tahap kesakitan yang ketara pada hari kedua.
Ukuran tahap kesakitan lakuan konsentrik perlahan meningkat lebih tinggi berbanding
dengan lakuan konsentrik laju. Ukuran tahap kesakitan lakuan konsentrik perlahan
adalah 50mm, manakala ukuran tahap kesakitan lakuan konsentrik laju hanya 10mm.
Pada hari ketiga menunjukkan penurunan ukuran tahap kesakitan bagi kedua-dua lakuan.
Lakuan konsentrik perlahan turun kepada 10mm manakala tiada kesakitan yang dialami
Extension
0
10
20
30
40
50
60
pre post D1 D2 D3 D4 D7
Day
mm slow ( R )
fast ( L )
Extension
0
5
10
15
20
25
30
35
pre post D1 D2 D3 D4 D7
Day
mm slow ( R )
fast ( L )
37
oleh lakuan konsentrik laju. Pada hari keempat dan ketujuh menunjukkan bacaan 0mm
yang menunjukkan tiada kesakitan yang dialami bagi kedua-dua lakuan.
Graf ukuran Extension of Arm bagi subjek 2 menunjukkan terdapat peningkatan tahap
kesakitan bagi kedua-dua lakuan selepas selepas melakukan lakuan iaitu sebanyak
10mm bagi lakuan konsentrik perlahan dan 5mm bagi lakuan konsentrik laju. Pada hari
pertama pula menunjukkan tahap kesakitan kedua-dua lakuan meningkat sedikit iaitu
15mm bagi lakuan konsentrik perlahan dan 10mm bagi lakuan konsentrik laju. Ukuran
tahap kesakitan terus meningkat bagi lakuan konsentrik perlahan pada hari kedua yang
merekodkan bacaan 30mm, manakala ukuran kesakitan bagi lakuan konsentrik laju
kekal 10mm. Pada hari ketiga menunjukkan penurunan ukuran tahap kesakitan bagi
kedua-dua lakuan. Lakuan konsentrik perlahan turun kepada 5mm manakala tiada
kesakitan yang dialami oleh lakuan konsentrik laju. Pada hari keempat dan ketujuh
menunjukkan bacaan 0mm yang menunjukkan tiada kesakitan yang dialami bagi kedua-
dua lakuan.
Terdapat perbezaan yang ketara dapat disaksikan pada graf perubahan DOMS kedua-dua
subjek. Tahap kesakitan lakuan konsentrik perlahan lebih tinggi berbanding dengan
tahap kesakitan lakuan konsentrik laju. Jadi ia menunjukkan terdapat perbezaan bagi
perubahan DOMS pada ukuran Extension antara lakuan konsentrik laju dan perlahan
selepas melakukan lakuan.
38
4.2.5.5 Flexion of Arm
Subjek 1 Subjek 2
Rajah 13: Graf perubahan DOMS bagi kedua-dua belah tangan subjek yang melakukan
lakuan konsentrik secara laju dan perlahan pada ukuran Flexion sejurus selepas
melakukan lakuan sehingga hari ketujuh.
Graf ukuran Flexion of Arm bagi subjek 1 menunjukkan tiada kesakitan yang berlaku
pada otot bagi lakuan konsentrik laju sejurus selepas melakukan lakuan. Manakala bagi
lakuan konsentrik perlahan pula terdapat sedikit kesakitan berlaku selepas melakukan
lakuan iaitu berada pada tahap 5mm. Terdapat peningkatan ukuran tahap kesakitan bagi
kedua-dua lakuan pada hari pertama. Lakuan konsentrik perlahan menunjukkan bacaan
10mm, manakala lakuan konsentrik laju pula berada pada tahap 30mm. Ukuran tahap
kesakitan lakuan konsentrik perlahan meningkat lebih tinggi berbanding dengan lakuan
konsentrik laju pada hari kedua. Ukuran tahap kesakitan lakuan konsentrik perlahan
adalah 40mm, manakala ukuran tahap kesakitan lakuan konsentrik laju 35mm. Pada hari
ketiga menunjukkan penurunan ukuran tahap kesakitan bagi kedua-dua lakuan. Lakuan
konsentrik perlahan turun kepada 10mm manakala lakuan konsentrik laju turun kepada
39
15mm. Pada hari keempat dan ketujuh menunjukkan bacaan 0mm yang menunjukkan
tiada kesakitan yang dialami bagi kedua-dua lakuan.
Graf ukuran Flexion of Arm bagi subjek 2 menunjukkan terdapat peningkatan tahap
kesakitan bagi kedua-dua lakuan selepas selepas melakukan lakuan. Ukuran tahap
kesakitan lakuan konsentrik laju meningkat tinggi kepada 30mm berbanding dengan
lakuan konsentrik perlahan dengan hanya berada pada tahap 10mm. Pada hari pertama
menunjukkan catatan yang berbeza bagi kedua-dua lakuan. Ukuran tahap kesakitan
lakuan konsentrik laju menunjukkan penurunan kepada 10mm manakala ukuran tahap
kesakitan lakuan konsentrik perlahan meningkat kepada 15mm. Ukuran tahap kesakitan
lakuan konsentrik perlahan terus meningkat pada hari kedua iaitu berada pada tahap
30mm dan ukuran tahap kesakitan lakuan konsentrik laju kekal berada pada tahap
10mm. Berlaku penurunan ukuran tahap kesakitan bagi kedua-dua lakuan pada hari
ketiga. Ukuran bagi lakuan konsentrik perlahan berada pada tahap 10mm, manakala
ukuran tahap kesakitan lakuan konsentrik laju merekodkan bacaan 0mm. Tahap
kesakitan pada hari keempat terus turun di mana ukuran tahap kesakitan lakuan
konsentrik perlahan merekodkan bacaan 5mm dan tiada kesakitan bagi lakuan
konsentrik laju. Pada hari ketujuh menunjukkan bacaan 0mm yang menunjukkan tiada
kesakitan yang dialami bagi kedua-dua lakuan.
Perubahan DOMS bagi subjek 1 menunjukkan tidak terdapat perbezaan ketara bagi
corak perubahan tahap kesakitan kedua-dua belah tangan. Perubahan DOMS bagi subjek
2 pula menunjukkan terdapat perbezaan yang menyaksikan tahap kesakitan lakuan
konsentrik perlahan adalah lebih tinggi pada hari kedua manakala tahap kesakitan lakuan
konsentrik laju pula mencapai kemuncak ssejurus selepas lakuan. Melalui pemerhatian
didapati tidak terdapat perbezaan bagi tahap kesakitan DOMS antara kedua-dua lakuan
bagi kedua-dua subjek pada ukuran flexion.
40
Dapatan kajian daripada Rajah 9, 10, 11, 12 dan 13 mendapati bahawa tiga daripada
lima tempat ukuran bagi tahap kesakitan DOMS mempunyai perbezaan iaitu Palpation
2, Palpation 3 dan Extension of Arm. Manakala dua rajah lagi tidak menunjukkan
perbezaan iaitu Palpation 1 dan Flexion of Arm. Kesimpulan yang dapat dijelaskan
berdasarkan kepada pemerhatian penyelidik didapati bahawa terdapat perubahan
terhadap karakteristik DOMS akibat latihan konsentrik antara lakuan konsentrik laju dan
perlahan selepas melakukan lakuan.
BAB V
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini, kita akan fokuskan 3 perkara penting iaitu perbincangan, rumusan
dan cadangan bagi kajian ini. Perbincangan dan rumusan diambil dari maklumat yang
diperolehi daripada kajian mengenai perubahan petunjuk tidak langsung kecederaan otot
selepas melakukan lakuan konsentrik secara laju dan perlahan. Cadangan disediakan
bagi membantu para pengkaji yang berminat bagi mengkaji topik yang berkaitan dengan
kajian ini pada masa akan datang.
5.2 Range of Motion (ROM)
Latihan konsentrik yang telah dilakukan telah menyebabkan otot subjek bengkak
dan gangguan kepada fiber-fiber otot. Ia telah menyebabkan otot menjadi kebas, sakit
dan mengurangkan Range of Motion pada tempat yang sakit (Chleboun, Howell,
42
Conaster, and Giesy, 1993). Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat
perubahan ROM yang ketara bagi tangan kedua-dua subjek yang melakukan lakuan
kontraksi konsentrik secara laju dan perlahan kerana perbezaan ukuran bagi kedua-dua
lakuan adalah kecil. Ia disokong oleh (Grounds, 1991) yang menyatakan bahawa bila
otot rosak, beberapa perkara akan berlaku sebelum pemulihan. Pertama, otot fiber yang
mati akan digantikan oleh sel yang baru yang dipanggil ‘macrophages’. Sel ini bergerak
ke tempat yang rosak melalui salur darah, jadi jika salur darah yang mengalirkan darah
ke tempat yang cedera turut rosak, fasa penggantian tidak dapat dilakukan sehinggalah
salur darah tersebut sembuh (Carlson & Faulkner, 1983). Beban yang digunakan adalah
sama bagi kedua-dua lakuan, jadi kedua-dua lakuan tersebut telah menyebabkan otot
kedua-dua belah tangan mengalami kerosakan yang serupa dan tahap pengurangan ROM
juga adalah sama.
5.3 Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS)
Latihan bebanan yang maksimum, yang melibatkan otot dibawah pengaruh yang
kuat boleh menyebabkan koyakan dan juga akan menyebabkan Delayed Onset Muscle
Soreness (DOMS) (Armstrong, 1984). Kebanyakan mereka yang mempunyai
pengalaman mengalami DOMS akan merasai kesakitan pada bahagian otot diikuti
dengan ketidakselesaan otot. Ia akan meningkat pada 24 jam pertama selepas latihan,
dan waktu kemuncaknya adalah di antara 24 jam hingga 72 jam.
Berdasarkan kepada penemuan kajian ini, perbandingan yang telah dibuat berdasarkan
level VAS bagi kedua-dua belah tangan subjek yang melakukan latihan konsentrik
secara laju dan perlahan mendapati bahawa lakuan konsentrik secara perlahan boleh
menyebabkan kesakitan yang lebih tinggi berbanding lakuan konsentrik secara laju. Ia
43
disokong melalui teori sliding filament. Mengikut kepada teori sliding filament,
kontraksi otot yang berlaku dalam otot adalah di sebabkan oleh kontraksi antara actin
dan myosin.
Actin myosin menggunakan hydrolisis ATP sebagai sumber tenaga. Semakin
lama kerja dilakukan, semakin banyak tenaga yang diperlukan oleh actin myosin untuk
berkerja. Ketidakmampuan untuk menyalurkan tenaga (ATP) semasa kontraksi otot
yang perlahan dan ditambah pula dengan beban yang berat akan menyebabkan
berlakunya kelesuan antara kontraksi actin myosin dan menjurus kepada kesakitan otot.
Oleh yang demikian, pengaruh lakuan yang perlahan semasa melakukan lakuan
konsentrik akan mempengaruhi tahap kesakitan otot yang disebabkan oleh DOMS.
Secara teorinya, semakin lama kerja dilakukan semakin tinggi suhu akan
meningkat. Lengan yang melakukan lakuan konsentrik secara perlahan akan
menyebabkan otot akan mengalami peningkatan suhu dan menjurus kepada kecederaan
kerana suhu yang panas boleh menyebabkan kekejangan otot. Dapatan ini disokong oleh
Frieden & Lieber, (1992) yang menyatakan bahawa peningkatan suhu pada otot akan
menyebabkan kerosakan pada elemen struktur otot yang membawa kepada kehilangan
fungsi pada otot. Peningkatan suhu pada otot boleh menjurus kepada DOMS di mana
fiber otot Type III dan IV amat sensitif kepada kepanasan. Jadi kajian telah terbukti
bahawa lakuan konsentrik secara perlahan boleh membawa kepada kesakitan yang lebih
tinggi berbanding dengan lakuan konsentrik secara laju.
44
5.4 Ukur lilit lengan (Arm Circumference)
Perubahan ukur lilit lengan bermaksud peningkatan kadar perubahan ukuran lilit
yang disebabkan oleh bengkak pada otot (Chleboun et al, 1998). Dapatan kajian
menunjukkan tiada perbezaan yang ketara bagi ukuran ukur lilit lengan akibat latihan
konsentrik antara lakuan konsentrik laju dan perlahan bagi kedua-dua subjek. Ia
berikutan beban yang digunakan adalah sama bagi kedua-dua lakuan, jadi kedua-dua
lakuan tersebut telah menyebabkan otot kedua-dua belah tangan mengalami kerosakan
yang serupa dan tahap peningkatan kadar bengkak pada otot juga adalah sama. Dapatan
kajian disokong oleh pengkaji-pengkaji berikut. Selepas melakukan latihan bebanan
pada bahagian atas lengan akan menyebabkan ukurannya akan bertambah dari 1 hingga
3cm dan akan berterusan sehingga hari ketiga selepas latihan (Clarkson, 1992).
Peningkatan ukuran ini adalah disebabkan oleh bengkak pada fiber otot (Crenshaw,
Thornell, & Friden, 1994) dan juga bengkak pada tisu otot (Clarkson, 1992). Smith
(1991) menyatakan bahawa bengkak pada otot selepas latihan bebanan adalah
disebabkan oleh peningkatan struktur salur darah yang membawa protein ke tempat
cedera. Jadi ia menjelaskan bahawa perbezaan kelajuan semasa melakukan latihan
konsentrik tidak menunjukkan perbezaan pada ukur lilit lengan.
5.5 Cadangan
Berdasar kepada kajian ini, terdapat beberapa cadangan yang boleh digunapakai
oleh pengkaji-pengkaji yang ingin mengkaji pada masa akan dating. Pertama, bilangan
subjek bagi kajian ini adalah seramai 2 orang sahaja. Jadi, ianya boleh ditambah
seberapa ramai yang mungkin untuk mendapatkan lebih kesahan.
45
Kedua, kajian ini terhad kepada subjek lelaki sahaja. Untuk mendapatkan lebih
kesahan, pengkaji pada masa akan datang hendaklah juga mengambil subjek perempuan.
Jadi, ia boleh mewujudkan perbezaan antara dapatan kajian lelaki dan perempuan.
Akhir sekali, dapatan kajian ini hanya dianalisis dengan hanya menggunakan
Microsoft Excel 2003. Saya mencadangkan supaya pengkaji pada masa akan datang
menganalisis data-data yang diperolehi dengan menggunakan SPSS.
5.6 Rumusan
Sebagai rumusan, penggunaan perbandingan lengan bagi mendapatkan
perbezaan pengaruh kelajuan latihan konsentrik ke atas kecederaan otot, di dapati
bahawa tidak terdapat perbezaan ketara terhadap pengaruh kelajuan bagi petunjuk tidak
langsung ukur lilit lengan dan sudut pergerakan lengan (ROM). Ukuran DOMS pula
menunjukkan bahawa lakuan konsentrik secara perlahan boleh menyebabkan kesakitan
yang lebih tinggi berbanding lakuan konsentrik secara laju. Kesimpulannya, pengaruh
perbezaan kelajuan lakuan konsentrik hanya dapat dilihat pada tahap kesakitan DOMS
sahaja tetapi bukan pada petunjuk kecederaan yang lain.
46
RUJUKAN
Armstrong, R. B. (1984). "Mechanisms of exercise-induced delayed onset muscular
soreness: a brief review." Medicine and Science in Sports and Exercise 16(6): 529-538.
Bischoff R. (1990). Interaction Between Satellite cells and Skeletal Muscle Fibers
development. 109:943-952.
Carlson BM, Faulkner JA. The Regeneration of Skeletal Muscle Fibers Following
Injury: A Review. Med Sci Sport Exerc. 15(3):187-198, 1983.
Clarkson, P. M., K. Nosaka, et al. (1992). "Muscle function after exercise-induced
muscle damage and rapid adaptation." Medicine & Science in Sports & Exercise 24(5):
512-20.
Clarkson, P. M. & Tremblay, I. (1998). Ecercise-induced muscle damage, repair, and
adaptation in humans. Journal of Applied Physiology 65, 1 – 6.
Fox EL, Robinson S, Wiegman D. Metabolic Energy Sources During Constinuous and
Interval Running. J Appl Physiol. 27:174, 1969.
Franklin, M. E., D. P. Currier, et al. (1991). "The effect of one session of muscle
soreness-inducing weight lifting exercise on WBC count, serum creatine kinase, and
plasma volume. J." Journal of Orthopaedic and Sports Physical Theraphy 13: 316-321.
Garrett, Jr. W, Tidball J. Myotendinous Junction: Structure, Function, and Failure. In:
Injury and Repair of the Musculoskeletal Soft Tissues. Eds. Savio L-Y. Woo and JA
Buckwalter. Park ridge, IL: American Academy of Orthopaedic Surgeons, 1999).
47
Grounds MD. Towards Understanding Skeletal Muscle regeneration. Path Res Pract.
187:1-22, 1991.
Howell, J. N., Chleboun, G. & Conatser, R. (1993). Muscle stiffness, strenght loss,
swelling and soreness following exercise induce injury in humans. Journal of Physiology
464, 183-196.
Hughes, V. A., et al. (1986). Metabolic changes following eccentric exercise in trained
an untrained men. J Appl Physiol 61, 1864 – 1868.
Miles, M., P. Clarkson (1994). "Muscle Damage Following High-Force
Eccentric Exercise May Cause Perturbations In Circulating Cortisol And Interleukin-1B
Levels." Clinical Science 87(Supplement): 87-88.
Miles, M. P. and P. M. Clarkson (1994). "Exercise-induced muscle pain, soreness,and
cramps." The Journal of Sports medicine and Physical Fitness 34(3): 203-216.
Nerrisa Freeman, CMT, SPT. Muscle Injuries and Healing (1997).
Evans, W.J., Meredith, C. N., Cannon, J. G., Dinarello, C. A., Frontera, W. R., R.,
Sargeant, A. J. and P. Dolan (1987). "Human muscle function following prolonged
eccentric exercise." European Journal of Applied Physiology 56: 704-711.
Saxton, J. M., P. M. Clarkson, et al. (1995). "Neuromuscular dysfunction following
eccentric exercise." Medicine & Science in Sports and Exercise 27(8): 1185-1193.
Proske U, Allen TJ. “Damage to skeletal muscle from exercise”. Exercise Sport Sci
2005; 33:98-104.
LAMPIRAN A
BORANG SKOR ROM DAN UKUR LILIT LENGAN (ARM CIRCUMFERENCE) NAMA:__________________________________________ UMUR: _________ TANGAN DOMINAN: L R BERAT:_________ TINGGI: __________ TANGAN: RANG SANG FANG CIR3 CIR7 CIR9
Pre
Post
D1
D2
D3
D4
D7
TANGAN: RANG SANG FANG CIR3 CIR7 CIR9
Pre
Post
D1
D2
D3
D4
D7
LAMPIRAN B
BORANG SKOR DELAYED ONSET MUSCLE SORENESS (DOMS)
NAME:________________________________________ TANGAN: L R
PRE POS D1 D2 D3 D4 D7
Palpation 1 (3cm) 0__________________________________________100 Palpation 2 (7cm) 0__________________________________________100 Brachioradialis 0__________________________________________100 Extension 0__________________________________________100 Flexion 0__________________________________________100
PRE POS D1 D2 D3 D4 D7
Palpation 1 (3cm) 0__________________________________________100 Palpation 2 (7cm) 0__________________________________________100 Brachioradialis 0__________________________________________100 Extension 0__________________________________________100 Flexion 0__________________________________________100
top related