pengangkutan
Post on 30-Jan-2016
28 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
3.0 Kepentingan pengangkutan kepada geografi penduduk di Malaysia
Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Selain itu, pengertian pengangkutan ini juga bermaksud kenderaan. Walaupun definisi
pengangkutan disampaikan dengan cara berlainan tetapi masih membawa maksud yang
sama iaitu, pengangkutan bermaksud pergerakan untuk membawa penumpang atau
barangan dari suatu tempat ke tempat yang lain ataupun mengubah lokasi fizikal sesuatu
barangan atau penumpang. Oleh itu, pengangkutan berfungsi sebagai medium yang
menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang berlainan dan membolehkan melakukan
pergerakan manusia. Terdapat pelbagai kesan serta kepentingan terhadap geografi
penduduk terutama dalam isu ekonomi, sosial dan petempatan.
3.2 Sosial
Terdapat pelbagai kepentingan pengangkutan yang mempengaruhi aspek sosial.
Antaranya ialah meningkatkan darjah ketersampaian dan mobiliti penduduk. Dengan
adanya jalan raya,jalan kereta api dan kapal terbang (jalan udara) setiap individu boleh
berulang alik dari satu destinasi ke destinasi yang lain dalam tempoh yang singkat. Hal
yang demikian secara tidak langsung telah memudahkan migrasi penduduk terutamanya
migrasi dalaman. Di samping itu, sekiranya berlaku sebarang bencana alam bantuan yang
ingin diberi oleh pihak keselamatan seperti Bomba, Jabatan Pertahan Awam Malaysia
serta Polis dapat dilakukan dengan mudah kerana tahap ketersampaian yang tinggi antara
sesebuah kawasan.
Seterusnya kepentingan pengangkutan dalam aspek sosial dapat dilihat apabila
wujudnya peluang pekerjaan. Umum mengetahui, pada zaman yang penuh dengan
teknologi ini segala jentera serta kenderaan yang digunakan adalah bergantung
sepenuhnya kepada enjin. Maka dengan itu, wujudlah pelbagai peluang pekerjaan dalam
bidang automotif yang naik melonjak akibat permintaan yang terlalu tinggi oleh kerana
kepesatan pengangkutan di Malaysia. Selain itu, peluang pekerjaan dalam bidang
perkhidmatan seperti pemandu juga akan wujud dengan berkembangnya pengangkutan di
Malaysia.
Di samping itu,kepentingan pengangkutan terhadap penduduk ialah jaringan
komunikasi yang luas. Dengan adanya kemudahan pengangkutan serta tahap
ketersampaian yang tinggi kebanyakkan kampung bahkan pedalaman telah mendapat
kemudahan telekomunikasi yang sewajarnya sekaligus dapat mengakses serta menerima
maklumat melalui radio, televisyen dan internet. Segala dasar kerajaan serta maklumat
terkini yang penting dapat diterima dengan cepat dan tepat. Seperti mana yang kita
ketahui, sekiranya kemudahan internet dapat diaplikasikan di kawasan sekolah-sekolah
kampung, perkara tersebut telah membuka seluas-luasnya peluang untuk penduduk
kampung terutama yang berstatus pelajar untuk mengikuti pembelajaran secara atas talian
yang mana telah banyak digunakan di sekolah kawasan bandar.
3.3 Pembangunan petempatan
Pembangunan merupakan satu proses yang berterusan, melalui satu perancangan untuk
memperbaiki kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek. Satu aspek yang penting
dalam pembangunan tersebut ialah pengangkutan. Hampir seluruh kehidupan manusia
tidak terlepas daripada keperluan pengangkutan. Pengangkutan berkembang seiring
dengan kemajuan kehidupan dan budaya manusia. Sistem pengangkutan merupakan salah
satu faktor penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya dapat
meningkatkan kualiti hidup sosial. Sejarah telah membuktikan bahawa proses
perbandaran telah banyak membawa kesan positif kepada pembangunan negara. Dari
awal lagi pusat bandar telah memainkan peranan yang penting sebagai pusat pengumpul,
pertukaran barangan melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan serta menjadi pusat
pengedaran hasil pengeluaran ke kawasan-kawasan lain atau di peringkat tempatan.
Proses ini berterusan sehingga fungsi bandar merebak keluar ke kawasan-kawasan di
sekitarnya setelah wujudnya kawasan-kawasan perindustrian, perdagangan, pejabat-
pejabat pentadbiran, pasar raya dan kawasan kediaman yang memerlukan kawasan yang
lebih luas. Akibatnya wujud pula bandar-bandar lain di pinggir bandar atau di sepanjang
jalan pengangkutan utama mengikut fungsinya yang tertentu seperti bandar satelit, bandar
baru, bandar peranginan, bandar universiti dan suburb yang terdiri daripada pelbagai jenis
seperti suburb perumahan eksklusif, campuran dan suburb perindustrian ringan yang
merangkumi kawasan bandar yang lebih luas dan kompleks seperti yang dialami pada
masa kini. Justeru itu kesannya tidak dapat dinafikan di kalangan sebahagian
penduduknya dalam memperoleh kualiti hidup sosial pada peringkat minimum
disebabkan kepesatan proses perbandaran yang tidak terkawal.
4.0 Rujukan
Thomas R. Detwyler, Melvin g. Marcus ; terjemahan Sulung Muhamad,
1985.Pembandaran dan Persekitaran Geografi Fizikal Bandar. Dewan Bahasa dan
Pustaka : Kuala Lumpur. Hlm.106
Jamaluddin Md. Jahi, 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor. Hlm. 19.
brahim Wahab, 1988. Pengangkutan dan Struktur Bandar. Penerbit Universiti Sains
Malaysia : Pulau Pinang. Hlm 12.
Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily Yusry Che Ngah, 2005. Pembangunan dan Alam
Sekitar di Malaysia. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim, Perak
top related