pengajian perniagaan penggal 3 (syarikat multinasional sime darby)
Post on 12-Jul-2015
969 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Menurut Daning (1974), syarikat Multinasional merujuk kepada firma yang membuat
pengeluaran sekurang-kurangnya di sebuah negara asing. Kwook dan Reeb (2000) pula
mendefinisikan syarikat multinasional sebagai sebuah syarikat dengan nisbah aset asing melebihi
satu peratus. Sime Darby Bhd merupakan syarikat multinasional terkemuka di Malaysia dan salah
sebuah konglomerat terbesar di Asia Tenggara. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1910 telah
berkembang menjadi sebuah kumpulan antarabangsa yang teguh dan dinamik dengan lebih 210 buah
syarikat yang beroperasi di 23 buah negara. Kumpulan mempunyai lebih daripada 27000 warga kerja
dan terkenal dengan keupayaan kewangan dan pengurusannya. Ia adalah sebuah syarikat yang
disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur degan modal pasaran melebihi US$2.9
billion pada 30 jun 2000.
2.1 mengenalpasti aktiviti perniagaan syarikat Sime Darby
Bhd
2.2 Menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa
yang diaplikasikan oleh syarikat Sime Darby Bhd.
2.3 Mengenalpasti pendekatan strategik syarikat Sime Darby
Bhd.
2.4 Mengenalpasti perancangan syarikat Sime Darby Bhd
2.5 Menjelaskan Strategik Pemasaran syarikat Sime Darby
Berhad
Sime Darby Berhad telah ditubuhkan pada 1910 di Melaka. Awal
penubuhannya syarikat ini dikenali sebagai Sime Darby & Co, namun setelah melalui
beberapa fasa transformasi yang membawa syarikat ini di persada antarabangsa.
Pada peringkat awal operasinya, Sime Darby telah melantik rakan kongsi tempatan
yang paling terkenal di Malaysia iaitu Tun Tan Cheng Lock yang merupakan bapa
kepada Perdana Menteri Kewangan Kedua Malaysia Tun Tan Siew Sin. Kini, syarikat
Sime Darby tidak menumpukan dal sektor perladangan sahaja malah Sime Darby
telah membuka pasaran bhaharu dengan menceburi sektor pemotoran, sektor
kelengkapan perindustrian, sektor penjagaan kesihatan, sektor hartanah. Pada tahun
2010, Sime Darby diumumkan sebagai sebuah syarikat terbesar di Bursa Malaysia
dengan permodalan pasaran RM53.66 billion dengan tenaga kerja seramai 100,000
orang di 23 buah negara.
Syarikat Sime Darby kini beroperasi di 21st Floor, Wisma Sime Darby, Jalan
Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia. Di wisma Sime Darby
menempatkan kumpulan operasi Sime Darby seperti Sime Darby Plantation Sdn.Bhd.
Sime Darby Juga mementingkan aspek sosial untuk membantu masyarakat melalui
Yayasan Sime Darby yang beroperasi di menara Sime Darby.
DATA SEKUNDER
Bil Objektif kajian Kaedah
kajian
Pendekatan
1 Mengenalpasti aktiviti perniagaan
syarikat Sime Darby Bhd
Data sekunder kualitatif
2 Menjelaskan konsep-konsep
perniagaan antarabangsa yang
diaplikasikan Sime Darby Bhd
Data sekunder Kualitatif
3 Mengenalpasti pendekattan strategik
Sime Darby Bhd
Data sekunder Kualitatif
4 Mengenalpasti Perancangan Sime
Darby Bhd
Data sekunder Kualitatif
5 Menjelaskan Strategik Pemasaran
Sime Darby Bhd
Data sekunder Kualitatif
Sumber
Buku
Majalah
Surat
khbar
internet
Dalam dapatan kajian, pengkaji telah mencari maklumat-maklumat berkaitan
syarikat Sime Darby berdasarkan data sekunder seperti internet dan buku dan
laporan tahunan syarikat. Bahagian ini akan menjelaskan lima objektif kajian
yang dibina seperti mengenalpasti aktiviti perniagaan Syarikat Sime Darby
Berhad, konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasi oleh syarikat
Sime Darby Berhad, mengenalpasti pendekatan strategik, mengenalpasti
perancangan syarikat dan menjelaskan strategik perniagaan syarikat Sime Darby
Berhad.
PENGELUARAN EKSTRAKTIF
Sime Darby Berhad menerusi Sime Darby Plantation menjalankan aktiviti penanaman
pokok kelapa sawit. Sime Darby Plantation telah meluaskan kawasan ladangnnya di negara
Malaysia, Indonesia, dan Liberia. SDP merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar
di dunia dengan anggaran kira-kira 2470000 nada. SDP mempunyai keluasan tanah
berjumlah 858.879 hektar dimana 349 456 hektar di Malaysia, 289 423 hektar di indonesia,
dan 220 000 hektar di Liberia
Sime Darby Plantation mempunyai strategi yang dapat mengembangkan hasil
pendapatan melalui sektor peladangan kelapa sawit dalam tempoh tiga tahun akan datang
yang disokong oleh profil pokok kelapa sawit muda yang mewakili 10 peratus daripada
jumlah kawasan yang ditanam di Malaysia.
BARANGAN PENGGUNA
(KONSUMER)
SDP beroperasi di 14 buah negara seperti Indonesia, Malaysia, Vietnam dan banyak lagi
yang menempatkan kilang penapisan minyak sawit mentah (MSM)
Menghasilkan barangan pengguna berasaskan minyak sawit seperti minyak masak,
biodiesel,
Sime Darby Food Sdn Bhd mengeluarkan produk makanan segera seperti sardin, kari ikan,
rendang dan banyak lagi.
Sime Darby Industrial terlibat dalam aktiviti pemasangan kompenen jentera berat jenama
CAT
Mempunyai 140 buah cawangan seperti di Australia, China, Maldives dan banyak lagi
Pengguna dapat jaminan selepas jualan ayau perkhidmatan dengan sokongan pembiayaan
peralatan melalui kewangan CAT
Sime Darby Berhad dibawah segmen perniagaan perkhidmatan terlibat dalam aktiviti
profesional yang menawarkan perkhidmatan kesihatan yang khusus. Perniagaan perkhidmatan
Sime Darby diberi nama Ramsay Sime Darby Health Care mempunyai 5 buah hospital
perubatan antaranya Pusat Perubatan Parkcity, Pusat Perubatan Subang Jaya. Selain itu RSM
mempunyai hospital di Indonesia antaranya RS Primier Bintaro, RS Primier Jatinegara dan
banyak lagi. RMS mempunyai klinik rawatan kronik seperti klinik batu karang, klinik obesiti
dimana semua prosedur setiap klinik ini ditetapkn oleh pakar-pakar perubatan bertaraf
antarabangsa.
LOKALISASI
PRODUKLOKALISASI
PENGELUARAN
Membuat dan memasarkan produk
yang sesuai dengan sosiobudaya
sesebuah negara
Sime Darby Motor menjalankan
aktiviti, pemasangan dan
pengedaran 30 jenama kenderaan
mewah sprti BMW, McLaren
Bertapak di China dari 1990
memberi tumpuan jenama BMW,
Rolls-Royce
Menfokuskan jualan kenderaan
Peugoet di Australia.
Sime Darby Plantation menggunakan
sepernuhnya bahan mentah dan buruh
dimana syarikat ini beroperasi
Segmen huluan: pengeluar minyak
kelapa sawit terbesar yang
mngeluarkan kira-kira 5 peratus
minyak kelapa sawit mentah
Segmen Hiliran: mengeluarkan
produk berasaskan kelapa sawit
seperti minyak masak, biodesel,
lemak produk
Produk dipasarkan di 14 buah negara
seperti China, Hong Kong.
GLOBALISASI
Sime Darby Berhad berjaya bertapak lebih 23 buah negara seperti indonesia, Thailand,
Macau, Hong Kong, Brunei dan banyak lagi
Sime Darby Plantation mempunyai ladang kelapa sawit seluas 289 422 hektar di indonesia
dan 220 000 hektar di Liberia dalam aktiviti perladangan kelapa sawit dan memproses
minyak sawit mentah
Sime Darby Industrial beroperasi di 10 buah negara di Rantau Asia Pasifik seperti Hong
Kong, China, Autralia, New Caledonia, China dalam aktiviti pemasangan dan pengedaran
jentera berat
Sime Darby Motor beroperasi di 7 buah negara seperti New Zealand, Malaysia, China,
Hong Kong dan banyak lagi dalam aktivi pemasangan dan peruncitan kenderaan mewah
pelbagai jenama
Sime Darby Berhad menjalankan aktiviti pengurusan sumber melebihi 27000 warga kerja
yang cekap di semua cawangannya
5.3.1 KEKUATAN (STRENGHTS)
Faktor dalaman membantu pencapaian obkektif sesebuah
organisasi
Mempunyai barisan penadbir yang terdiri daripada pakar-pakar
seperti Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid
(Kelulusan Universiti Harvad dalam pentadbiran awam)
SDP mengamalkan operasi mesra alam sekitar dalam aktiviti
perladangan
SDP tersenari sebagai syarikat perladangan yang terbesar di dunia
dengan keluasan tanaman kelapa sawit
Mampu menarik pelabur-pelabur asing untuk mnyertai aktiviti
perniagaan Sime Darby
5.3.2 KELEMAHAN (WEAKNESS)
Persekitaran dalaman organisasi yang memberi halangan kpeda
pencapian objektif.
SDP mempunyai ladang yang luas di Rantau Asia, namun
syarikat ini gagal menyediakan infrastruktur jalan yang baik di
ladangnya
Sime darby mengalami kerugian hampir RM1.63 Billion daripda
projek yang ia terlibat pada 2010.
Hal ini demikian kerana syarikat ini gagal menentukan hala tuju
syarikat yang sebenar kerana terlalu banyak segmen perniagaan
yang disertai hingga mengalami kerugian.
5.3.3 PELUANG (OPPORTUNITIES)
Faktor luaran yang membantu dan memberi kesan positif
kepada pencapian objektif
SDB menggunakan peluang untuk mengembangkan
perniagaannya dalam sektor pengeluaran dan perkhidmatan
ke luar negara seperti China, Thailand, Brunei dan banyak
lagi
SDP mempunyai ladang yang sangat luas, oleh itu syarikat ini
telah menggunakan teknologi-teknologi terkini agar dapat
mengeluarkan hasil yang efektif
Kehadiran SDB disokong oleh kedua-dua kerajaan, oleh itu
SDB berjaya bertapak di beberapa buah negara seperti
German, China, dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan
5.3.4 ANCAMAN (THREATS)
Persekitaran luaran organisasi yang memberi tekanan dan
kesan negatif mencapai objektif syarikat
SDP mencatatkan kemerosotan hasil jualan akibat turun
naik harga minyak sawit mentah yang membawa kepada
permintaan yang rendah daripda pengusaha minyak masak
SMP menanggung kerugian akibat serangan Garnoderma
reput batang asal (GBSR) mengakibatkan batang kelapa
sawit diserang kulat
Terpaksa berhadapan dengan pesaing seperti Felda, Felcra
yang mempunyai segmen perniagaan yang serupa.
5.4.1 VISI
Untuk menjadi sebuah syarikat multinasional terkemuka yang
mempunyai nila perniagaan yang mampan kepada semua pemegang
saham yang berkepentingan.
5.4.2 MISI
Komited membangunkan portfolio untuk menerajui perniagaan yang
mampan
Mempraktikkan tadbir urus yang baik dan nilai etika yang tinggi
Berusaha memberi pulangan kewangan terbaik menerusi
kecemerlangan operasi dan standard prestasi yang tinggi
5.3.4 DASAR
Kesihatan alam sekitar dan keselamatan
Pematuhan
Bekerja dengan masyarakat temapatan
Amalan perniagaan yang adil.
Penembusan pasaran merujuk kepada satu strategik firma untuk
meningkatkan syer pasaran dalam kalangan pelanggan yang sedia ada tanpa
mengubah produk sedia ada. Sime Darby Berhad telah meluaskan pasarnnya ke
peringkat antarabanggsa untuk mengatasi pesaingnya seperti Felda dalam aktiviti
perladangan serta Mutiara Motor yang terlibat dalam aktiviti Menjual kenderaan
mewah.
pembangunan pasaran merupakan usaha-usaha pemasaran strategik untuk
mencari pasaran baharu bagi memasarkan produk baharu dalam pasaran
domestik atau antarabanggsa.
SDM telah beroperasi di 8 buah negara seperti China, Macau, Australia
dan banyak lagi untuk memasarkan kenderaan mewah
SDP telah mempromosikan keluaran syarikat dengan agesif apabila
menjalankan rundingan dan penyelidikan
SDP telah menjalankan penyelidikan dalam sektor perldangan kelapa
sawit yang terbahagi kepada 5 bahagian seperti Penyelidikan Plantation
dan penasihat.
.Sime Darby Berhad memastikan prooduk-produk yang dipasarkan mengikut cita rasa
pengguna. Ramsay Sime Darby Health Care sentiasa mencari jalan untuk
mempromosikan perkhidatan kesihatan yang ditawarkan. Antara strategik pemasaran
yang dilakukan oleh RSDHC adalah mengadakan promosi perkhidmatan seperti
promosi kesihatan pakej pra-pekerjaan, kesihatan am, dan kesihatan lelaki. Pemawara
harga yang sangat menarik dalam setiap pakej mampu menark minat masyarakat
beralih kepada RSDHC untuk menerima rawatan. Sebagai contoh RSDHC
menawarkan harga serendah RM12000 untuk pakej Belon Ibtra- Gastrik.
RSDHC juga menyediakan fasaliti yang sangat selesa bertaraf 5 bintang
untuk emnarik minat lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan kesihatan di
hospital Sime Darby.
Pengkaji dapat merumuskan bahawa Syarikat Sime Darby Berhad mempunyai
potensi untuk berkembang dengan lebih pesat yang boleh menyumbang
meningkatkan ekonomi negara. Pada dasarnya Sime Darby Berhad mempunyai
aktiviti perniagaan teras yang meliputi perladangan, perkilangan tayar, pengedaran
alat ganti jentera, dan kenderaan bermotor. Sebuah syarikat Konglomerat yang
terbesar di Rantau Asia ini juga telah melakar kejayaan apabila disenaraikan di
Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur dengan odal pasaran melebihi US$2.9
Billion pada tahun 2009.
kajian meyeluruh amat penting kerana menjadi matlamat perniagaan
Syarikat Sime Darby Berhad sebagai garis panduan yang optimum dan fleksibal
untuk membawa syarikat pergi lebih jauh dan bertapak kukuh di pasaran
antarabangsa.
Berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan dalam kajian, pengkaji inigin
mencadangkan beberapa strategik yang sesuai agar Sime Darby Berhad
berjaya melaksanakan aktiviti perniagaannya dengan lebih efektif. Syarikat
Sime Darby Berhad perlu mengkaji kelebihan kemungkinan yang berlaku jika
menceburi sesuatu projek atau segmen yang diceburinya agar dapat
keuntungan berlipat kali ganda. Hal ini disebabkan kerugian hampir RM1.63
bilion pada tahun 2010. Selain itu Sime Darby Berhad tidak perlu mempunyai
terlampau banyak segmen kerana perkara seperti ini akan merumitkan lagi
pegurusan organisasi sehinggakan berlaku konflik dalaman organisasi yang
boleh menyebabkan syarikat kehilangan fokus dalam segmen-segmen
perniagaan yang sedia ada. Sime Darby Berhad perlu mengekalkan segmen
yang sedia ada dengan menambahbaik mutu keluaran dengan melakukan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) setiap masa untuk mewujudkan
saingan kepada sektor yang serupa. Akhir sekali, syarikat Sime Darby Berhad
perlu merangka dasar dan hala tuju yang strategik bagi mencapai matlamat
syarikat.
top related