pengajian malaysia: modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958
Post on 13-Jan-2015
541 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Inilah zaman yang penuh tragis buat pribumi Malaya Penyeksaaan,
penderitaan dan kesengsaraan
melewati setiap detik kehidupan…… Betapa perit bagi
mereka yang melaluinya……..
MODUL A: SUBTOPIK 1:
ZAMAN PENDUDUKAN
JEPUN
PETA TOPOGRAFI TANAH MELAYU
PENTADBIRAN TENTERA JEPUN
• Dalam tempoh pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, iaitu selama 3 tahun 8 bulan telah mewujudkan beberapa pembaharuan di dalam sistem pentadbiran Tanah Melayu
► Sistem pentadbiran ketenteraan
► Penggabungan Tanah Melayu dan Sumatera – perkukuhkan pertahanan
► Sistem risikan dengan 3 pasukan perisik iaitu Toko, Tekkiken dan Kompetei
► Mahkamah Tentera pada tahun 1943 bagi membicarakan kes politik
► Sistem Perkhidmatan Negara
► Penyerahan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Siam pada Ogos 1943
POLITIK
&
PENTADBIRAN
1. Toko – pegawai-pegawai
tentera Jepun yang menjalankan
usaha risikan awal Tanah Melayu
2. Tekkiken – perisik tertinggi
Tentera Jepun jalankan
propaganda,
sabotaj dan pembunuhan
3. Kompetei – tentera yang
bertindak sebagai perisik yg
menyeludup masyarakat untuk
dijadikan tali barut Jepun
• Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan dan dijadikan Penasihat berhubung dengan hal ehwal agama
• Satu Majlis Penasihat Negeri telah ditubuhkan dengan keanggotaannya terdiri daripada wakil semua kaum. Sultan hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi
• Tanah Melayu digelar sebagai ‘New Malaya’ dan dikuasai oleh Gabenor atau Mayor
• Beberapa buah biro diperkenalkan berhubung dengan hal ehwal umum, perusahaan, kewangan
• Membebaskan tahanan politik yang ditahan semasa pemerintahan British yang telah kembali menghidupkan Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. (Jepun mengharamkan PKM pada 1942)
• Jepun menubuhkan Pentadbiran Tentera Pusat (Centralised Military Administration) yang diketuai oleh Gunseikan/ Presiden yang bertanggungjawab kepada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
POLITIK
&
PENTADBIRAN
DASAR-
DASAR
JEPUN
DI TANAH
MELAYU
PENDIDIKAN
PERKAUMAN
EKONOMI
SOSIAL
POLITIK
&
PENTADBIRAN
DASAR
PEMERINTAHAN
• Tanah Melayu disatukan
dengan Sumatera pada Ogos
1942
• Jepun menganggap Tanah
Melayu dan Sumatera
sebagai pusat pergerakan
tentera bagi laut-laut di
Selatan
• Penyatuan bertujuan untuk
mendapat sokongan orang
Melayu serta untuk
membangkitkan semangat
Pan-Malayan
• April 1943, Sumatera
dipisahkan dari Tanah
Melayu
DASAR PENDIDIKAN
• Jepun berusaha menghapuskan pengaruh Barat dengan melaksanakan Rancangan ‘Penjepunan’
• Jepun telah mewujudkan sikap taat setia penduduk Tanah Melayu terhadap Maharaja Jepun
• Antara langkah yang dijalankan ialah
1. Pendidikan Barat dihapuskan dengan mengharamkan penggunaan Bahasa Inggeris dan mata pelajaran Inggeris
2. Bahasa Cina diharamkan di sekolah-sekolah Cina
3. Setiap hari pelajar mesti menyanyikan lagu kebangsaan Jepun
4. Guru, pelajar dan belia diajar bahasa dan kebudayaan Jepun
5. Kursus bahasa dan minggu bahasa Jepun diadakan
6. Kelulusan bahasa Jepun penting untuk kenaikan pangkat
7. Perpustakaan sekolah dilengkapi dengan buku bahasa Jepun
8. Bahasa Jepun digunakan dalam perkhidmatan pos dan telegraf
9. Pelajaran percuma, cuti perayaan agama dan budaya Jepun dipraktikkan
DASAR EKONOMI
• Ekonomi urusniaga bebas ditukar kepada ekonomi kawalan
• Penanaman padi diutamakan supaya pengeluaran makanan menukupi
• Rancangan 3 tahun sara diri diperkenalkan
• Padi Taiwan diperkenalkan untuk penanaman 2 kali setahun
• Tanaman ubi kayu, sagu dan lada hitam giat ditanam di seluruh Tanah Melayu
• Pengeluaran barang makanan utama iaitu beras tidak mencukupi
• Ekonomi Tanah Melayu merosot dan menjadi lumpuh kerana
1. Rancangan ekonomi tidak dapat dijalankan kerana serangan pihak Berikat
2. Banyak kapal kargo yang menghantar keperluan pertanian diserang oleh pihak Berikat
3. Perdagangan menjadi lumpuh kerana sekatan ekonomi
4. Barangan keluaran yang diimport berkurangan
5. Perusahaan bijih timah dan getah berkurangan
DASAR
EKONOMI
• Menggalakkan penyimpanan di
Pejabat Pos
• Menghadkan pengeluaran wang
simpanan.
• Pengeluaran perlu disertakan
dengan baucer dan perlu mendapat
kelulusan daripada District Treasurer
for Payment
• Penjualan tiket-tiket loteri kepada
penduduk
• Melantik Southern Region
Development Bank bagi mengawal
pengeluaran wang
= •
KESAN
PENDIDIKAN
& BUDAYA
• Bahasa Jepun menjadi bahasa pengantar utama di Tanah Melayu.
• Menjadi medium komunikasi utama di sekolah dan rutin yang lain
• Lagu kebangsaan Jepun iaitu ‘Kamigayo’ diajar kepada semua guru dan
diajarkan
kepada murid-murid sekolah
• Hanya filem-filem Jepun dan Asian dibenar untuk tontonan. Filem Inggeris
diharamkan
• Operasi stesen radio dan pengeluaran akhbar juga dipantau supaya hanya
memuatkan propaganda Jepun dan program penjepunan ke atas masyarakat
• Semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu – Slogan ‘Asia untuk Orang Asia’
• Penduduk sedar kuasa penjajah tidak membawa sebarang kemajuan kepada Tanah Melayu
• Wujudnya parti-parti politik untuk memperjuangkan proses pembebasan
• PETA (Pembela Tanahair) & KRIS (Kesatuan Indonesia Semenanjung)
• Jepun beri sokongan kepada pemimpin Melayu degan meletakkan mereka di dalam pentadbiran Jepun
cth: Ibrahim Yaakob – Ketua Tentera Sukarela
Dr.Burhanuddin Helmi – Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu
KESAN POLITIK
&
PENTADBIRAN
• KRIS- Ibrahim Yaakob, Giguyun (Pembela Tanahair), KMM
• Jepun beri sokongan kpd pemimpin Melayu dgn meletakkan mrk dalam pentadbiran Jepun- Ibrahim Yaakob & Dr. Burhanuddin Helmi
• Wujudnya masalah perkauman di kalangan org Cina dan Melayu
• Semangat keindiaan & kecinaan wujud
India- perjuangan pembebasan India dari British- Pasukan Tentera Kebangsaan (INA) - Subhas Chandra Bose
• Semangat nasionalisme di kalangan penduduk T/ Melayu-’Propaganda Asia untuk Orang Asia’
• Penduduk sedar kuasa penjajah tidak bawa kemajuan kpd T/Melayu
• Wujudnya parti poltik di kalangan penduduk Melayu
KESAN POLITIK
&
PENTADBIRAN
• Layanan buruk thd org Cina tlh menimbulkan sikap anti Jepun
• Kezaliman dan seksaan - menderita & ketakutan
• Wujud pelbagai masalah sosial-permusuhan kaum
• Peningkatan penyakit dan kadar kematian
• Kekurangan ubatan dan zat makanan
• Kebuluran - penduduk hanya makan ubi kayu, keledek, keladi dll
• Wabak penyakit - malaria, beri-beri dan penyakit kulit
• Beribu-ribu org lelaki dikerah membina Jalan Keretapi Maut Negeri Thai- Burma - terkorban
• Wujudnya setinggan- Cina- lari dr seksaan Jepun
KESAN
SOSIAL
• Matawang Tanah Melayu pada zaman
pendudukan Jepun dikenali sebagai ‘Duit
Pokok Pisang’
• Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua,
duit pokok pisang tidak lagi mempunyai
nilai dan tidak lagi digunakan
• Keadaan ini adalah disebabkan oleh
keinginan Jepun untuk melumpuhkan
aktiviti anti-komunis khususnya di
kalangan masyarakat Cina.
• Taburan wang berleluasa tanpa kaalan
dari Bank Pusat. Keadaan ini berlaku
disebabkan semua batalion tentera
bolehmencetak wang.Kesannya:
1. Nilai wang terlalu rendah
2. Peningkatan kadar inflasi
3. Masyarakat tertumpu kepada pekerjaan
sendiri
4. Tawaran dan peluang pekerjaan juga
merosot
KESAN
EKONOMI
• Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah.
• Inggeris menjalankan Dasar Bumi Hangus dengan membakar semua
gudang simpanan makanan, terutama beras.
• Keadaan saliran dan bekalan air musnah
• Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam negeri atau luar
negeri kerana dihalang oleh tentera berikat
• ‘Closed system’. Tidak ada pengeluaran bahan mentah dan jika ada
harganya sangat mahal.
• Wujudnya inflasi
• Kemerosotan pengeluaran bijih timah
• Ekonomi sara diri dijalankan semula sebagaimana pengenalan
Rancangan Tiga Tahun Sara Diri
• Bekalan makanan semakin berkurangan menyebabkan berlakunya
catuan makanan.
• ‘Dasar Bumi Hangus’ memberi kesan hebat ke atas ekonomi Tanah
Melayu
KESAN
EKONOMI
MENGAPA JEPUN
MUDAH MENGUASAI
TANAH MELAYU?
Kesilapan
strategi
Kelebihan
Tentera
Jepun
Sokongan
tempatan
British
tidak
bersedia
Persediaan
Jepun
Strategi
peperangan
Perjanjian
Dengan
Siam
Bantuan
luar
Penyelarasan
Semangat
Tentera
British
FAKTOR
Upacara penyerahan kuasa oleh Tentera Jepun kepada Kerajaan British telah
dijalankan di Victoria Institution, Kuala Lumpur di mana Jeneral-jeneral Jepun
menyerahkan "Pedang Samurai"nya kepada Leftenan Jeneral Sir Frank
Messervy, Pegawai Pemerintah Malaya Command. Penyerahan pedang
samurai oleh Jeneral-jeneral Jepun itu menandakan peringkat terakhir
penyerahan kuasa oleh pihak tertinggi tentera Jepun di Tanah Melayu.
Penyerahan kuasa peringkat awal dilakukan secara beramai-ramai di akhir
tahun 1945 di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur.
top related