pendidikan bertaraf dunia
Post on 08-Jun-2015
8.394 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
RINGKASAN EKSEKUTIF
Bismillahir rahmaanirrahim.
Hasrat murni kerajaan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia
adalah satu cita-cita yang boleh dicapai walaupun ia memerlukan banyak
perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan pengorbanan dari pelbagai sudut.
Secara umumnya pendidikan bertaraf dunia bermaksud suatu pencapaian
tertinggi atau setaraf dengannya dalam dunia pendidikan berdasarkan pandangan
dunia bukan daripada pandangan setempat. Ianya diiktiraf oleh pakar-pakar bukan
daripada orang kebiasaan dan bukan juga sekadar memuaskan hajat sesiapa.
Hasrat ini boleh dicapai melalui beberapa strategi diikuti dengan langkah-
langkah pelaksanaan yang konkrit dan eksplisit iaitu melalui penyediaan prasarana
yang berkualiti, dasar pendidikan terbuka, aplikasi teknologi yang canggih, adanya
kurikulum yang terkini, kemas dan bersesuaian dengan kehendak semasa,
mempunyai warga guru yang proaktif dan menjalankan penyelidikan dan
pembangunan yang berterusan.
Bagi memastikan pencapaian ini menjadi kenyataan ia perlu disertai dengan
pemantauan yang berterusan daripada pihak pengurusan dengan sokongan padu
daripada warga Kementerian Pendidikan Malaysia serta rakyat keseluruhannya.
1
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
Senarai Kandungan
Muka surat
1.0 Pengenalan 3
2.0 Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia
2.1 Matlamat umum
2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.3 Plan Induk Pembangunan Pendidikan
3.0 Penentuan dan pemilihan strategi
4.0 Cadangan langkah-langkah pelaksanaan ke atas
strategi-strategi
4
4
5
6
7
8
4.1 Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian
dengan perkembagan
9
4.2 Dasar Pendidikan Terbuka 12
4.3 Warga pendidikan yang proaktif 14
4.4 Prasarana berkualiti 17
4.5 Aplikasi teknologi yang canggih 19
4.6 Penyelidikan dan Pembangunan 22
5.0 Rumusan 24
Bibliografi 25
2
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
1.0 Pengenalan
Diantara hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju
dan saintifik. Untuk itu masyarakat yang maju perlu bersedia untuk menerima
sesuatu yang baru dan pembaharuan ini pastinya lebih baik.
Agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan merupakan wahana
terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat
pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau “world class” akan
menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib , 1997 ). Ini adalah antara
kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia.
Dan yang terkini dalam Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 Perdana
Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyatakan
“Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda
kerajaan saya”.
Semua kata-kata ini menunjukkan betapa hasrat dan cita-cita kerajaan yang
bersungguh-sungguh untuk merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia.
Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster
Online “ world class is defined as being of the highest caliber in the world”.
Pada saya bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang
setaraf dengannya di dunia. Dari aspek pendidikan bermaksud apa sahaja yang
ada pada negara termaju di dunia juga ada di negara kita. Satu lagi ianya
3
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
membawa maksud pelengkap kepada negara yang termaju di dunia. Umpamanya
dalam teknologi komputer, perisiannya daripada Amerika tetapi perkakasannya
dari Malaysia. Tanpa perisian dan perkakasan, teknologi komputer tidak akan
berfungsi. Oleh yang demikian Malaysia menjadi pelengkap kepada Amerika
dalam membangunkan teknologi komputer dunia.
Dalam membincangkan tugasan ini saya akan memberi penjelasan
terhadap istilah-istilah yang terlibat, dasar-dasar kerajaan terhadap pendidikan,
matlamat dan wawasan kerajaan, isu-isu terkini yang berkaitan, langkah-langkah
yang akan atau telah diambil oleh organisasi saya iaitu Institut Pendidikan Guru
IPG bersama contoh-contoh semasa yang akan menjelaskan perkaitan dan
menyokong hujah saya mengenai Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia.
2.0 Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia
2.1 Matlamat Umum
Ingin saya mengimbas kembali sedikit catatan sejarah pendidikan di negara
kita yang bermula dari Penyata Razak 1956 sehinggalah yang terakhir iaitu Akta
Pendidikan 1996. Semua akta ini dengan jelas menunjukkan kesinambungan dan
pertalian kemas antara satu sama lain. Fokusnya untuk memartabatkan mutu
pendidikan kita ke tahap yang terbaik.
4
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta
Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan
sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan
kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
Di dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita
bahawa dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan
Falsafah Pendidikan Negara. Ini dijelaskan seperti berikut:
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam
menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju
sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani,
moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, liberal dan dinamik.
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk
menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
5
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
berkhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara." (Akta Pendidikan 1996)
2.3 Plan Induk Pembangunan Pendidikan
Plan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) telah dilancarkan oleh
Perdana Menteri pada 16 Januari 2007 yang lalu mengukuhkan lagi usaha
kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat berminda kelas
pertama. Minda kelas pertama hanya boleh dicapai melalui agenda pendidikan.
Enam strategi Plan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang pertama ialah
Membina Negara Bangsa, kedua Membangunkan Modal Insan, ketiga
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, keempat Merapatkan Jurang Pendidikan,
kelima Memartabatkan Profesion Keguruan dan keenam Melonjakkan
Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
Semua strategi di atas adalah bukti yang sangat jelas memperlihatkan
usaha dan misi kerajaan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
Kejayaan atau kegagalan adalah terletak di bahu para pelaksana yang terdiri
daripada pelajar, pendidik, pentadbir, masyarakat dan pihak eksekutif .
6
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
3.0 Penentuan Matlamat dan Strategi
Matlamat dan strategi hanya terbina dengan adanya visi dan misi bagi
sesebuah organisasi. Apabila kita meletakkan sesuatu matlamat untuk dicapai kita
perlu merangka strategi serta langkah-langkah ke arah pencapaian matlamat
tersebut. Matlamat memandu kita menentukan apakah yang mahu dicapai serta
menjadi pengawal hala tuju. Manakala strategi merupakan tindakan-tindakan yang
diambil bagi menyempurnakan pencapaian matlamat yang dipilih. Ia dikuti dengan
langkah-langkah yang teratur bagi setiap strategi dalam satu rangka kerja.
Matlamat yang terbaik biasanya bersifat khusus, boleh diukur, boleh dicapai,
realistik dan ada jangka masa.
7
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
4.0 Strategi dan langkah-langkah perlaksanaan
Rajah 1
Rajah di atas menunjukkan beberapa cadangan strategi yang boleh dijalankan
oleh organisasi pendidikan, khususnya bagi institusi-institusi perguruan Malaysia
seperti mana yang terdapat dalam enam strategi Plan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan dan Melonjakkan
Kecemerlangan Institusi Pendidikan sebagai usaha untuk menjayakan misi
kerajaan iaitu Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia.
SISTEM PENDIDIKAN BERTARAF
DUNIA
Aplikasi teknologi
yang canggih
Warga pendidikan
yang proaktif
Kurikulum yang kemas kini dan
besesuaian dengan perkembangan
terkiniPenyelidikan
dan pembangunan
Dasar pendidikan
terbuka
Prasarana berkualiti
8
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
Cadangan-cadangan tersebut hanya boleh dijalankan melalui penentuan matlamat
yang jelas, pemilihan strategi-strategi yang tepat, dan diikuti dengan langkah-
langkah pelaksanaan yang konkrit seperti yang akan dibincangkan di dalam
perenggan berikutnya.
4.1 Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan
perkembagan terkini
Secara umumnya kurikulum bermaksud satu huraian bersepadu mengenai mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di dalam sesebuah institusi. Dari aspek yang
lebih jitu kurikulum membawa maksud satu pernyataan yang mempunyai tujuan ,
matlamat, kandungan, pengalaman, hasil dan proses bagi sesuatu program
pendidikan.
Dalam kurikulum juga dinyatakan tentang kelayakan masuk bagi sesuatu
program, jangkamasa, struktur organisasi institusi penganjur, syarat-syarat serta
sistem penilaian dan infrastruktur yang menyokong kelicinan pelaksanaan .
Kurikulum juga menjelaskan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran,
maklumbalas dan aspek pengawasan. Ia juga menyatakan dengan jelas bidang
pengkhususan profesional. Kemas kini dan bersesuaian dengan perkembagan
bermaksud dirancang secara rapi , berwawasan, efektif, selari dan menepati
kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan tuntutan semasa.
Institusi perguruan seperti yang diketahui adalah pusat pengajian yang
khusus menghasilkan guru-guru yang akan berkhidmat di sekolah-sekolah dan
9
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
pusat pengajian. Untuk memastikan bakal-bakal guru ini dapat menyempurnakan
misi pendidikan bertaraf dunia maka langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan
dalam kurikulum institusi perguruan.
Pertama, dengan sentiasa memastikan matlamat kurikulum selari dengan
Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara
ringkasnya menghendaki rakyatnya yang seimbang disegi jasmani, rohani, emosi
dan intelektual. Rajah 2 menunjukkan pertalian erat di antara kandungan
kurikulum perguruan dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Rajah 2
Sebagai contoh dalam kurikulum dinyatakan dengan jelas bakal-bakal guru
ini mesti cergas dan sihat serta sedia untuk berkhidmat apabila sampai masanya.
Oleh itu kurikulum di institusi perguruan mempunyai program Bina Insan Guru
ILMU MAJOR
PEDAGOGI
AMALAN PROFESIONAL
ASAS DINAMIKA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
JASMANI
ROHANI
EMOSI
INTELEKTUAL
KURIKULUM PERGURUAN
10
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
(BIG) yang wajib diikuti oleh semua bakal guru. Program ini secara ringkasnya
melatih mereka secara fizikal, rohani, emosi dan intelektual. Ini dapat dilihat
sewaktu mereka menjalankan program perkhemahan yang merangkumi aktiviti air
dan darat . Program ini juga memastikan bakal guru ini dapat menguruskan diri
dan rakan-rakan mereka secara intelek dan mendedahkan mereka kepada hal-hal
kepimpinan.
Kedua, dari aspek kandungan kurikulum itu sendiri. Memastikan bahawa
kurikulum perguruan mesti mempunyai kandungan ilmu yang terbaik dan setaraf
dengan kurikulum institusi-institusi perguruan di peringkat dunia serta diiktiraf. Buat
masa ini kurikulum institut perguruan mempunyai komponen-komponen ilmu
pengetahuan utama seperti komponen ilmu major, amalan profesional, sahsiah
guru, ilmu asas dan pedagogi.
Ketiga, penggubalan kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah
secara berpusat seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran dalam
PIPP. Melalui kaedah ini maka komponen-komponen kurikulum seperti ICT, R&D,
pedagogi, Latihan Keguruan dan Portal-portal Keguruan dapat dimantapkan dan
diselaraskan untuk semua IPG.
Kempat, memastikan kurikulum yang dilaksanakan bersifat terkini dan
sesuai dengan perkembangan semasa. Contoh dengan melaksanakan projek
“Program Based Learning” (PBL) anjuran Intel Teach to The Future , bakal guru
akan memperolehi pengetahuan yang bersepadu iaitu dari aspek bidang ilmu
pengetahuan (content), pedagogi yang merangkumi pelbagai kaedah dan cara
mengajar seperti kajian lapangan, projek, simulasi dan perbincangan. Program ini
11
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
dapat diakses oleh pengguna-pengguna di seluruh dunia dan boleh bertukar-tukar
idea antara satu dengan yang lain.
Kelima, memastikan produk Institut Pendidikan Guru berdaya saing,
proaktif, berkeyakinan dan bertanggung jawab terhadap negara. Oleh itu kurikulum
sedia ada dan yang bakal digubal mesti mengambil kira aspek-aspek tersebut.
Contoh, jika guru tidak dilatih untuk bertanggung jawab terhadap negara maka
bukan sahaja pendidikan bertaraf dunia malah semua usaha kerajaan akan
menjadi hayalan sahaja kerana tidak mendapat sokongan yang sepatutnya dari
pelaksana.
4.2 Dasar Pendidikan Terbuka
Kejayaan sesebuah negara adalah terletak di bahu rakyatnya. Malaysia seperti
yang dimaklum adalah sebuah negara majmuk (multiracial) yang mempunyai
rakyat berbilang kaum dan budaya. Rakyatlah yang akan meletakkan Malaysia
dipeta dunia. Untuk merealisasikan sistem pendidikan bertaraf dunia maka Dasar
Pendidikan Terbuka perlu di amalkan. Ini dapat dilakukan melalui yang pertama,
peluang sama rata kepada semua pensyarah instutusi pendidikan guru untuk
mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman di peringkat nasional
dan antarabangsa. Dengan memberi peluang demikian institusi pendidikan guru
tidak akan menghadapi masalah kekurangan kepakaran. Buat masa ini hanya
sebilangan kecil pensyarah sahaja yang mendapat peluang untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran terutama pendedahan di luar negara. Sudah terbukti
12
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
dengan jelas pensyarah yang mendapat latihan di peringkat yang lebih tinggi
mempunyai kompetensi yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.
Contohnya dalam isu keupayaan dan kefasihan berbahasa Inggeris bagi
pensyarah-pensyarah sains dan matematik.
Kedua, peluang mendapat tempat belajar di institut pendidikan guru.
Setakat ini hanya sekitar 6-7% sahaja calon-calon yang berjaya mendapat tempat
di IPG. Dengan membuka peluang yang lebih sudah pasti persaingan untuk
menjadi yang lebih baik akan bertambah. Dengan itu kualiti bakal guru yang akan
di hasilkan juga akan meningkat.
Ketiga, membuka atau membenarkan pelajar luar negara mengikuti
pengajian di institut pendidikan guru (IPG). Dengan ini mereka akan membawa
balik sistem pendidikan negara ini ke negara mereka dan menjadikan kita sebagai
model.
Kempat, membenarkan atau menggalakkan pelajar dan pensyarah institut
pendidikan guru mengakses, bertukar-tukar idea dan pengalaman melalui jaringan
internet di seluruh dunia. Contohnya memperolehi pengetahuan melaui “open
source software” dan pertukaran maklumat dengan dunia luar. (Anne Moore,
Educause Review, September/October 2002.) Yang terkini program Intel Teach
to the future anjuran Intel Corporation bersama IPG telah melaksanakan
pembelajaran “Project Based Learning” . Pihak IPG telah memasukkan program ini
di dalam kerja kursus bagi pelajar-pelajarnya.
Kelima, mengurangkan kerenah birokrasi untuk tujuan peningkatan ilmu
bagi komuniti institut pendidikan guru. Contohnya meningkatkan had umur untuk
13
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
menyambung pelajaran atau kursus-kursus dalam perkhidmatan anjuran IPG dan
Kementerian Pendidikan. Selain daripada itu membenarkan masyarakat setempat
mengakses apa-apa maklumat daripada IPG dengan mudah.
4.3 Warga pendidikan yang proaktif
Menurut kamus Longman proaktif bermaksud berupaya bertindak sebelum
sesuatu berlaku. Dalam lain penjelasan ia bermaksud memastikan sesuatu itu
berlaku. Pada saya proaktif lebih banyak membicarakan tentang sikap dan
sahsiah pensyarah dan staf IPG itu sendiri. Bagi merealisasikan IPG mencapai
tahap pendidikan bertaraf dunia maka langkah-langkah berikut boleh menjadi alat
bagi memenuhi hasrat tersebut.
Pertama, pensyarah IPG perlu memastikan mereka sentiasa di hadapan
dalam aspek pengetahuan profesional daripada pelajar. Dengan ini keyakinan
pelajar dan masyarakat terhadap kualiti pensyarah berada pada tahap terbaik.
Tidak seperti apa yang pernah berlaku pensyarah IPG didakwa tidak
berpengetahuan yang setanding dengan pelajar di bawah seliaannya. Keyakinan
masyarakat penting sebelum IPG boleh dinobatkan sebagai bertaraf dunia.
Kedua, selalu kita mendengar perkataan berikut di kalangan masyarakat
orang Melayu iaitu ‘belum disuruh sudah pergi’ yang bermaksud bertindak
dahulu sebelum disuruh orang. Sikap seperti ini perlu ada pada setiap warga guru
di IPG. Betapa mudah dan licinnya pengurusan sesebuah IPG yang memiliki ciri-
ciri ini. Sikap seperti ini menjadikan IPG sentiasa di barisan hadapan dalam semua
14
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
bidang. Contohnya IPG melatih guru-guru dari Acheh mengikuti KPLI Bahasa
Inggeris, sains dan matematik yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana
Instutusi Pendidikan Asean. Begitu juga tindakan pihak IPG mengadakan program
berkembar dan kolaborasi dengan universiti-universiti luar negara dalam kursus-
kursus sains, matematik dan bahasa Inggeris. Tindakan ini juga satu contoh
tindakan proaktif bukan menanti organisasi lain menjadi peneroka dan IPG
menjadi pak turut.
Ketiga, memastikan sikap positif pensyarah IPG dalam semua program-
program anjuran Kementerian. Bukan pula menjadi batu api untuk menghalang
usaha-usaha murni Kementerian Pendidikan melaksana sesuatu projek. Contoh
terdekat yang dapat dilihat adalah usaha menggagalkan projek pengajaran sains
dan matematik dalam bahasa Inggeris. Tidak boleh dinafikan bahawa kualiti
pengajaran subjek-subjek tersebut sudah naik mendadak dan tahap penguasaan
bahasa Inggeris di kalangan pensyarah IPG telah meningkat dengan ketara.
Contoh saya sendiri yang berasal daripada pendidikan sekolah agama sudah
mampu memberi kuliah sains dalam bahasa Inggeris tanpa apa-apa kebimbangan.
Saya percaya keyakinan ini hasil keberanian kementerian pelajaran melaksanakan
projek yang besar ini.
Keempat, proaktif bukan sahaja datang dari kalangan pensyarah IPG tetapi
juga daripada para pentadbir dan pelajar-pelajarnya. Umpamanya pihak
pengurusan kerap kali didedahkan dengan penemuan-penemuan baru mengenai
peralatan, teknologi, teknik-teknik dan kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran sewaktu mereka dibawa melawat ke luar negeri tetapi apabila
15
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
pulang pensyarah-pensyarah yang tidak terlibat dan tidak mengetahui diminta
memberikan “in-house” berdasarkan modul sahaja. Walau bagaimanapun
pensyarah yang menjalankan tugas ini adalah amat dipuji dan inilah contoh
proaktif yang sebenarnya.
Kelima, semua warga IPG perlu mempunyai sikap dan sahsiah positif iaitu
bersedia di segi mental ,fizikal dan emosi untuk memohon atau diberikan tugas
yang mencabar. Contohnya menjadi jurulatih fizikal, air dan darat dalam program
Bina Insan Guru memerlukan kepada kesabaran dan kekuatan fizikal. Umum
mengetahui majoriti pensyarah IPG adalah dalam lingkungan umur empat
puluhan. Hanya sifat proaktif sahaja dapat menjayakan hasrat murni kerajaan
menghasilkan guru yang berktrampilan di semua sudut seperti yang terdapat
dalam Falsafah Pendidkan Negara.
Keenam, memastikan pensyarah IPG berupaya mendorong pelajar-pelajar
mereka untuk menerokai ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan maklumat,
menganalisis dan mensintesis maklumat tersebut serta berupaya
menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Sikap proaktif pensyarah juga
menyebabkan pelajar-pelajar IPG dapat berkomunikasi dan mempunyai hubungan
yang erat dengan murid-murid dan masyarakat. Sebagai contoh pensyarah IPG
Perlis dapat mendorong pelajar-pelajar KPLI menyediakan taman berdasarkan
subjek Kemahiran Hidup di dalam perkarangan maktab. Usaha ini bukan arahan
pihak atasan tetapi satu tindakan proaktif pensyarah berkenaan mengwujudkan
suasana kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
16
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
4.4 Prasarana berkualiti
Dalam ucapan pada 3 April 2006 di Putrajaya yang menyentuh aspek pendidikan
bertaraf dunia, Dato’Seri Hishamuddin Tun Hussien menegaskan bahawa kita
mesti memastikan sekolah-sekolah kita mempunyai infrastruktur asas dan tidak
beroperasi dalam keadaan yang uzur serta merbahaya. Beliau juga memfokuskan
ucapan tersebut terhadap prasarana yang lain seperti rumah guru, asrama, dan
kemudahan-kemudahan dalam permainan, dan yang utama sekali ialah tentang
prasarana untuk pembestarian sekolah.
Pada pandangan saya itu adalah ucapan dasar seorang menteri kepada
pegawai bawahannya. Untuk merealisasikan hasrat ini beberapa langkah perlu
diambil.
Pertama, mengenalpasti prasarana yang perlu diberi perhatian dan keutamaan
disamping memelihara prasarana yang masih baik. Tugas mengenalpasti ini perlu
untuk mengelakkan kita daripada membuat perbelanjaan yang tidak efektif dan
mengambil hak orang lain yang lebih memerlukan.
Kedua, memastikan pembekal-pembekal, pakar-pakar perunding,
kontraktor-kontraktor yang berkait langsung dengan prasarana berkenaan perlu
mempunyai kebolehpercayaan dan tanggung jawab terhadap negara yang
tinggi. Ini kerana sudah terdapat banyak kejadian dimana mereka ini menyeleweng
dan tidak amanah dalam melaksanakan projek. Umpamanya apa yang berlaku di
dalam pembaik pulih sebuah sekolah di Johor yang menelan belanja yang sangat
besar tetapi tiada berkualiti
17
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
Ketiga, memastikan peralatan dan perkakasan dalam pengajaran dan
pembelajaran diperolehi daripada pengeluar-pengeluar atau pakar-pakar
perunding yang mempunyai rekod urusniaga dan perkhidmatan yang bersih dan
ternama. Contohnya perkakasan dan perisian komputer dari jenama Dell , Intel
dan Microsoft mempunyai rekod yang sangat baik
Kempat, selain daripada perlatan dan perkakasan yang berkualiti kita perlu
juga memastikan pengendali dan pengguna peralatan ini tahu menggunakannya
dengan efisyen. Pengetahuan dan kemahiran menggunakannya tidak boleh
datang dengan sendiri melainkan perlu diperolehi dan dilatih. Oleh itu pengendali-
pengendali tersebut perlu diberi latihan yang berjadual. Dengan ini peralatan dan
perkakasan itu akan dimanfaat sepenuhnya. Peralatan yang biasa di IPG seperti
teleskop, komputer, alat audio-video dan berbagai lagi seumpamanya memerlukan
perkhidmatan selepas membeli yang baik dan jujur.
Kelima, prasarana asas sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan
pendidikan bertaraf dunia tetapi prasarana sokongan seperti talian jalur lebar,
sistem jaringan maklumat, talian tanpa wayar yang berkeupayaan dan berfungsi
pada tahap terbaik dan sistem penyelenggaraan dan pemantauan yang cekap.
Semua ini perlu dipastikan untuk membolehkan warga IPG yang terdiri daripada
staf, pensyarah, pelajar dan masyarakat setempat dapat berkomunikasi dan
mendapat maklumat secara terus. Sebagai contoh dengan ketiadaan sokongan
talian jalur lebar pensyarah tidak dapat mengadakan “online” akses semasa
pengajaran berlangsung. Ada juga cadangan supaya pensyarah menyimpan
maklumat terlebih dahulu dan kemudiannya mengakses secara “off-line”. Langkah
18
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
seperti ini merupakan langkah ke belakang kerana bukan sahaja membuang masa
tetapi bukan lagi berciri “on-line”.
4.5 Aplikasi Teknologi Yang Canggih
Sebelum meneruskan perbincangan mengenai tajuk di atas ingin saya menarik
perhatian mengenai teknik-teknik pembelajaran terkini seperti “Project Based
Learning”, “Interactive Learning”, “Hands-on Component”, “Access to Scientist”,
dan “Virtual Reality” seperti yang terdapat di Iowa State University. Peralatan dan
perkakasan seperti “CD-ROM Publishing”, “Assistive Technologies for Students
with Disabilities” . “Electronic Whiteboard”, “Smart Board”, “Library Automation” ,
“Videoconferencing” dan banyak lagi. Semua ini adalah contoh-contoh yang
melibatkan penggunaan teknologi canggih. Persoalannya apakah ia mampu
dilaksanakan di sini? Pengetahuan dalam komputer adalah sesuatu yang mesti
bagi semua pendidik di peringkat rendah dan menengah di Malaysia
(Harper,Denis Owen,1984). Apa juga permasalahannya kita perlu terima kerana
ini adalah keperluan pendidikan dunia pada masa kini..
Oleh yang demikian bagi menyempurnakan misi pendidikan bertaraf dunia
maka kita perlu memastikan bahawa kita yakin dan boleh melakukannya melalui;
yang pertama, pengisian ilmu. Setiap pensyarah IPG perlu mengetahui ilmu
berkaitan teknologi canggih samada secara persendirian atau melalui penajaan
oleh kerajaan atau pihak swasta. Contohnya apakah maksud “Project Based
Learning”(PBL). Ia adalah satu program yang mengintegrasikan pelbagai cabang
19
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
ilmu dan kemahiran berkaitan sesuatu bidang pelajaran seperti sains, matematik,
geografi, sejarah dan sebagainya. Keperluan asasnya ialah komputer, internet
berkelajuan tinggi, perkakasan audio-video, laman web dan peralatan komunikasi.
Pelajar dengan bantuan pensyarah dikehendaki menyediakan tapak untuk projek
ini melalui pembinaan sebuah laman web yang memuatkan semua elemen
pembelajaran ke dalam laman ini. Pengguna-pengguna seluruh dunia boleh
mengakses laman ini secara online dan mereka boleh bertukar-tukar idea dan
pengalaman terkini.
Kedua, memastikan pensyarah dan pelajar mahir menggunakan perisian
dan perkakasan komputer di tahap yang terbaik. Analoginya mudah walaupun kita
mempunyai kapal terbang paling canggih dan paling besar tetapi malangnya
ketiadaan pemandu yang dapat mengendalikan pesawat itu dengan selamat dan
selesa maka hasilnya tidak membawa apa-apa faedah melainkan kerugian harta
benda negara. Buat masa ini masih didapati kesukaran untuk mengakses
maklumat daripada laman-laman web dari Malaysia berbanding dengan negara
lain yang setaraf khusus berkaitan pendidikan. Pada pandangan saya, ini
berpunca daripada kurangnyanya profesional yang berupaya menyediakan tapak
tersebut serta kandungannya lanjutan daripada kekurangan dalam modal insan.
Ketiga, mewajibkan program-program seperti di atas ke dalam kurikulum
IPG. Rasional saranan ini ialah program yang tersebut di atas merupakan” trend”
semasa pendidikan di alaf ini. Jika kita menolak bermakna kita sudah menyimpang
dari arus semasa dan dengan tersendiri kita tidak boleh di terima di peringkat
20
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
dunia. Sebagai permulaan pihak IPG telah memasukkan elemen PBL ke dalam
taksiran kerja kursus bagi salah satu program Ijazahnya.
Keempat, memastikan semua aplikasi ini mudah di akses oleh pelajar,
pensyarah, dan masyarakat dari pelbagai lapisan termasuk orang kurang
upaya(OKU). Perlu ada satu makanisma bagaimana ia boleh di akses dengan
mudah. Contohnya selain boleh di akses melalui komputer riba, di pusat sumber
IPG atau sekolah, ia juga boleh diakses secara percuma di tempat-tempat awam.
Kelima, memastikan adanya perkhidmatan lepas beli yang jujur, latihan
penggunaan peralatan yang berkala dan pemantauan yang berterusan dari pihak
IPG atau Kementerian yang bertanggung jawab. Amalan akauntabiliti di semua
peringkat. Dengan langkah begini kita bukan sahaja akan memperolehi teknologi
yang bermutu malah pembekal yang bertanggung jawab yang sama-sama
menikmati manfaatnya ke tahap maksima.
4.6 Penyelidikan dan Pembangunan
Penyelidikan dan pembangunan adalah sesuatu yang mesti bagi sesebuah
organisasi kerana ia membantu meningkatkan keberkesanan terhadap program
yang sedang kita laksanakan. Keperihatinan kerajaan mengenai penyelidikan dan
pembangunan ada tercatat dalam PIPP iaitu saranan supaya meningkatkan R&D
oleh warga KPM. Melalui R&D dapat di ketahui sejauh mana perlaksanaan,
keberkesanan, kekangan-kekangan yang di hadapi seterusnya maklumat ini akan
21
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
diguna oleh perancang-perancang untuk tujuan mengatasi masalah dan membuat
penambahbaikan ke atas program-program sasaran.
Di peringkat dunia sumbangan R&D dalam meningkatkan pencapaian
sesebuah organisasi adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan. Syarikat Motorola
telah membelanjakan AS$60 juta untuk latihan dan penyelidikan, hasilnya syarikat
ini memperolehi keuntungan AS$33 bagi setiap AS$1 yang dibelanjakan (Micheal
Yeoh, 2003). Bukti ini jelas menunjukkan betapa penyelidikan berupaya
memberikan pulangan yang besar hasil daripada maklumat dan tindakan susulan
yang diambil. Setakat ini aktiviti R&D memang dijalankan oleh IPG disamping
program kajian tindakan yang bersifat tempatan. Justeru, peranan penyelidikan
dan pembangunan (R&D ) dalam memenuhi hasrat pendidikan bertaraf dunia
maka langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan.
Pertama, memastikan semua warga KPM khususnya pensyarah IPG dan
pelatih guru benar-benar mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
bersesuaian dalam penyelidikan kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran ini
R&D tidak boleh dijalankan. Hasil penemuan yang diperolehi melalui kaedah-
kaedah dan instrumen-instrumen yang sah sahaja boleh diberi pengiktirafan.
Penghantaran mereka ke kursus berkaitan R&D dan latihan dalaman sangat
membantu IPG dalam hal ini.
Kedua, pihak pengurusan perlu menentukan secara jelas apakah matlamat
dan objektif penyelidikan yang akan dijalankan. Apakah sasaran yang mahu
dipenuhi? Untuk itu setiap pengurus R&D IPG perlu merangka satu plan kerja
yang mantap. Contohnya, pastikan setiap program yang dijalankan di IPG mesti
22
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
disusuli dengan R&D dan dilaksanakan melalui satu jadual kerja yang “standard”
untuk semua IPG.
Ketiga, menerapkan budaya menyelidik di peringkat sekolah rendah lagi
dan mewajibkannya diperingkat menengah. Apabila amalan ini menjadi budaya
masyarakat Malaysia khususnya warga IPG akan kita saksikan kebanjiran
maklumat yang sangat tinggi nilainya.
Kempat, sokongan maha penting ialah kewangan. Seperti yang disebutkan
sebelum ini mengenai Motorola, faktor kewangan adalah penentu terpenting
kejayaan R&D seterusnya organisasi terlibat. Pihak pengurusan perlu menerima
hakikat bahawa peruntukan kewangan yang munasabah sangat diperlukan.
Contohnya seperti yang pernah saya alami, dengan wang RM1000 untuk urusan
perjalanan, makan minum dan penginapan penyelidik adalah sesuatu yang tidak
boleh diterima, apatah lagi untuk mengharapkan satu hasil yang terbaik.
Kelima, tetapi bukan yang terakhir ialah pentadbir atau pengurus perlu
menghormati dan memberi respon yang positif terhadap hasil dapatan atau
penemuan penyelidik . Sebagai contoh dengan memberi sokongan kepada
mereka membuat pembentangan diperingkat kebangsaan atau antarabangsa.
Kemudian memberi satu bentuk insentif sebagai tanda pengiktirafan dan
penghargaan pihak pengurusan ke atas penemuan para penyelidiknya.
5.0 Rumusan
23
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
Malaysia boleh mencapai pendidikan bertaraf dunia atau setaraf dengan negara-
negara maju di dunia dengan menjadikan visi, misi dan dasar-dasar kerajaan
sebagai titik permulaaan dalam semua tindakan. Penentuan matlamat yang jelas
dan ketepatan dalam pemilihan strategi sangat penting diikuti dengan langkah-
langkah perlaksanaan yang berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara.
Melalui penggubalan kurikulum yang yang mantap, bersesuaian dengan
perkembangan terkini, mewujudkan sistem pendidikan terbuka yang memberi
peluang pendidikan sama rata untuk rakyat, sikap dan sahsiah guru yang proaktif
seperti kata pepatah belum disuruh sudah pergi , penyediaan prasarana berkualiti
oleh mereka yang boleh dipertanggungjawabkan dan beretika, mengaplikasi
teknologi yang canggih dengan ilmu dan kemahiran, dan akhirnya dengan
memastikan program penyelidikan dan pembangunan dijalankan dengan cara
bijaksana disamping pemberian insentif kepada para penyelidik.
Kejayaan misi ini sebenarnya bergantung kepada keupayaan sistem
pengurusan, pentadbiran, penyampaian, pemantauan dan penilaian yang cekap
dan berkesan di semua peringkat IPG serta kerjasama dan komitmen semua
warga Kementerian Pelajaran Malaysia. Sokongan kewangan yang mantap,
pemimpin yang berwibawa, berilmu pengetahuan dan berktrampilan , semua ini
akan merealisasikan negara Malaysia mempunyai pendidikan bertaraf dunia
menjelang 2020. Insya Allah.
Bibliografi
24
LOKMANHAKIM AB WAHID IPG IPOH
Ab.Halim Abdul Rahim, (2004)., Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum.,Fajar Bakti., Shah Alam.
Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010., Kementerian Pelajaran Malaysia.,Jan 2007., Putrajaya.
Harper, Dennis Owen, (1984).Using Computer-assisted Learning for Teacher Training in Malaysia. Dissertation (Ph.D.), Santa Barbara, University of California, 1984. 348p.
Micheal Yeoh, (2003). Wawasan dan Kepimpinan. Nilai dan Strategi Ke Arah Wawasan 2020, Utusan Publication, Kuala Lumpur.
Maier, P.,Bamet, L.,Warren, A.&Bruner, D.(1998). Using Technology in Teaching and Learning. London.
Othman Alhabshi, (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. UNITAR.
Roblyer, M.D.,Edwards,J.&Harrilak, M.A.(1997). Integration Educational Technology into Teaching.New Jersey:Prentice Hall.
Schooley, C. (2002, October). Future Direction in the K-12 Education Technology Services. Giga Information Group, Inc.
25
top related