penanda wacana

Post on 25-Jun-2015

1.021 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENANDA WACANA

MOHD FATHUL KHAIR BIN MOHD DAHLANMOHAMAD SAUFI BIN ARIS@MOHD ARISMOHD NAJIB BIN IBRAHIMMUHAMMAD SYAMSURI BIN OMARZULHILMI BIN NOHMUHAMMAD NAJIB BIN HASSAN BASRIMUHAMMAD NUR HASIF BIN MOHD PADZILMOHAMAD AZRUL EFFENDI BIN SAMSUDDIN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA

PERAK DARUL RIDZUAN

J3[BM-PJ/PSV]

DEFINISI

• Penanda wacana ialah perkataanataupun rangkaian perkataan yangberfungsi mempertalikan sesuatuidea, hujah, dan pandanganseseorang semasa menulis ataupunberucap.

(http://galusbm1.blogspot.com)

SAMBUNGAN

• Penanda wacana juga diertikan sebagaimewujudkan kesinambungan antara ayat dan frasa.

Abdullah Hassan (2008)

• Penanda wacana dapat mewujudkan pertautanatau kesinambungan antara sebahagian teks denganyang lain sehingga membentuk kesatuan.

Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin (2008)

JENIS-JENIS PENANDA

WACANA• Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin(2008),

Nik Safiah Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan (2008) menyatakan:

Penanda wacana mempunyai lima jenis:

I. Penanda leksikalII. Penanda rujukanIII.Penanda penghubungIV.Penanda penggantianV. Penanda elipsis atau pengguguran

PENANDA LEKSIKAL

• Melibatkan pertautan antara perkataan ataufrasa secara semantik.

• Melibatkan unsur pengulangan kata.

• Pengulangan kata terlibat ialah pengulangansama, sinonim, hiponim dan kolokasi.

PENGULANGAN SAMA

• Setiap kata diulang secara penuh tanpamelakukan sebarang perubahan.

contoh:

Ibu amat menyayangi Haziq.

Kami juga amat menyayanginya.

PENGULANGAN SINONIM

• Merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

contoh:

Suatu ketika dahulu, wanita itu amatdikaguminya.

Tetapi kini, wanita itu dianggapnya sebagaiperempuan murahan.

PENGULANGAN HIPONIM

• Disebut sebagai pengulangan yang melibatkanhubungan antara makna khusus dan makna yang umum, iaitu makna yang merangkumi maknayang khusus.

contoh:

Malaysia telah mengimport pelbagai jenis keretadari luar negara. Antaranya Honda, Nissan, BMW, Toyota dan Volvo.

PENGULANGAN KOLOKASI

• Melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu topik, idea, situasidan konteks.

• Lazimnya melibatkan hubungan leksikalselingkungan.

contoh:

Keluarga Encik Razif baru berpindah rumah. Mereka membeli katil, meja dan kerusi baharu.

PENANDA RUJUKAN

• Melibatkan rujukan terhadap ganti nama diridan ganti nama tunjuk.

contoh:

1. Ganti nama diri

Aku, Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur.

Kami bertolak pada pukul empat petang.

PENANDA RUJUKAN

2. Ganti nama tunjuk

Di manakah awak tinggal?

Saya tinggal di sana.

PENANDA PENGHUBUNG

• Berfungsi sebagai penjalin unsur-unsurlinguistik yang terdapat dalam sesebuahwacana.

• Terdiri daripada penghubung tambahan, tentangan, musabab, dan tempoh.

PENGHUBUNG TAMBAHAN

• Penghubung yang memberikan maklumattambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.

• Antara contoh penghubung ini ialah dan, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, disamping itu dan selanjutnya.

• Contoh ayat:

Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuahsyarikat penyiaran benar-benar memberipengalaman kepadanya kerana seringdiberikan tugasan di luar bandar malahan, diajuga berpeluang melawat negara-negara luarseperti England, Sepanyol dan India untukmenjayakan rancangan dokumentari itu.

PENGHUBUNG TENTANGAN

• Penghubung yang menunjukkan pertentanganmaklumat antara suatu ayat yang barudiperkatakan dengan ayat sebelumnya.

• Antara contoh penghubung ini ialah tetapi, sebaliknya, namun dan walaubagaimanapun.

• Contoh ayat:

Masalah gejala pembuangan bayi yang berlaku dalam kalangan remaja kini bukanlahkerana mereka terlanjur. Sebaliknya, kebodohan yang menyelubungi dirimenyebabkan mereka bertindak sedemikian.

PENGHUBUNG MUSABAB

• Penanda yang merupakan sebab berlakunyasesuatu.

• Antara contoh penghubung ini ialah kerana, oleh sebab dan oleh itu.

• Contoh ayat:

Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, diaperlu menyiapkan tugasannya secepatmungkin.

PENGHUBUNG TEMPOH

• Penanda penghubung yang menunjukkanurutan masa atau siri berlakunya sesuatuperkara.

• Antara contoh penghubung ini ialah pertama, kedua, ketiga, kemudian, selanjutnya dansebagainya.

• Contoh ayat:

Pada peringkat awal perjalanan, ramai dalamkalangan ahli kami yang kepenatan. Kemudian, kami berhenti rehat untuk jangkawaktu yang panjang dan selepas itu, kamiteruskan perjalanan. Akhirnya, berbekalkansemangat juang yang tinggi, kami berjayasampai ke Kuala Kangsar tepat jam 1.30 petang.

PENANDA PENGGANTIAN

• Terdiri daripada penanda penggantiannominal, verbal dan klausa.

• Penggantian Nominal – penggantian yang dilakukan terhadap KN atau FN.

• Penggantian Verbal – melibatkan penggantianterhadap KK atau FK.

• Penggantian Klausa – penggantian sebahagiandaripada ayat.

ELISIS

• Melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakandalam ayat sebelumnya.

• Pengguguran kata atau frasa melibatkanmaklumat yang telah diketahui oleh pembacaatau pendengar berdasarkan konteksnya.

• Contoh ayat:

Lelaki itu kelihatan resah.

Tidak tahu arah mana yang harus ditujuinya.

top related