pemilihan bahan, teknik dan rekabentuk pembungkusan

Post on 16-Jan-2017

331 Views

Category:

Documents

13 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Disediakan oleh :JABATAN PERCETAKAN & REKABENTUK

PEMBUNGKUSAN (PRINTPACK) SIRIM Berhad

• Pembungkusan berhubungkait di antara Sains, Seni dan Teknologi

• Tujuan Pembungkusan :- untuk melindungi- untuk memelihara- untuk pasarkan produk dengan

lebih efektif, baik dan selamat untuk kepuasan pengguna

• Elemen utama dalam menentukan sistem pengangkutan

• Untuk menonjolkan imej untuk pasarkan produk supaya dapat menarik perhatian pengguna

• Mudah dipegang

• Mudah disimpan

• Mudah diperiksa

• Mudah dibuka

• Mudah ditutup

• Mudah dibuang / dilupuskan

• Boleh diguna semula

• Boleh dikitar semula

• Melindungi / memelihara

• Meningkatkan jualan

• Identifikasi dan informasi

• Memudahkan

• Meminimakan kos

• Menepati keperluan dan peraturan

• Antara ciri-ciri rekabentuk struktur pembungkusan yang baik ialah :

Dapat memelihara produk dari sebarang kerosakkan

Dapat mengekalkan kualiti produk yang dikandungnya

Dapat melindungi produk dengan baik semasa penghantaran

Memudahkan kerja-kerja membungkus dan semasa membuka bungkusan

• Hendaklah memenuhi permintaan dan spesifikasi pelanggan (pengguna mudah tertarik)

• Menggunakan kos secara efektif (memadai dengan nilai produk atau berpatutan)

• Pemilihan bahan yang betul dan bersesuaian dengan perancangan destinasinya

• Mudah untuk mengeluar dan membungkus

• Memerlukan ruang penyimpanan yang minima

• Ciri-ciri yang perlu ada pada rekabentuk permukaan pembungkusan adalah :

• Jenama• Logo• Pilihan warna• Bar kod• Cara pembuangan• Keperluan teks• Slogan• Tanda harga• Amaran bahaya• Nama produk• Isi kandungan• Cara membuka

• Petunjuk kecemasan

• informasi alam sekitar

• Nama syarikat

• Tanda keselamatan

• Cara penggunaan

• Tanda HALAL

• LABEL• SUSUNAN REKALETAK

• ILLUSTRASI / FOTOGRAFI

• WARNA

• TEKS

Label adalah rekabentuk grafik pada sesuatu permukaan seperti kertas, kad atau bahan yang lain di mana ia memberi penerangan terperinci mengenai pengeluar, nama produk, cara penggunaan, perihal produk dan sebagainya

Bergantung kepada :

JENAMA - tanda / simbol perniagaan, logo

IMEJ - rekabentuk produk, illustrasi

SASARAN - golongan dewasa /kanak-kanak

Mestilah :

• memberi gambaran sebenar produk yang dikandung dari segi warna, saiz dan bahan yang digunakan

• Mestilah berdasarkan peraturan dan undang-undang pelabelan dan pembungkusan

• Imej yang bersesuaian, kreatif dan menyakinkan

• Pemilihan warna hendaklah mengikut

trend semasa, bersesuaian dan

memberi kesan kepada rekaan serta

menampakkan nilai komersial

• Pemilihan warna juga perlu

mengambilkira kos percetakan

(CMYK / Spot Colour)

Teks yang digunakan mestilah :

• Mudah difahami

• Jelas dan senang dibaca

• Mengikut trend terkini

• Memberi informasi

• Mengikut peraturan pembungkusan

dari segi nama dan alamat

pengeluar, kuantiti, berat dsbnya

PEMBUNGKUSAN PERTAMA(PENGGUNA)• Botol, tin, dulang, kotak• Jualan : kotak peragaan, pembungkusan pelbagai

PEMBUNGKUSAN KEDUA• Bekas ‘corrugated’, pembungkusan kedap berdulang, kotak

PEMBUNGKUSAN KETIGA (UNIT MUATAN)• Muatan pallet, muatan kontena, peti sejuk

Setiap peringkat pembungkusan mempunyai keperluan spesifikasi yang tersendiri

Mengetahui di mana dan bila kerosakan berlaku sepanjang hayat produk

Rekabentuk Permukaan Pembungkusan

yang mempunyai nilai-nilai ‘element of

design’ yang menepati citarasa

pengguna akan mudah menarik pembeli

atau pengguna untuk membeli serta

memiliki sesuatu produk.

Merupakan intipati / kandungan dalam sesuatu rekabentuk grafik. Ianya terdiri dari garisan (line), taip (type), bentuk (shape) dan jalinan (texture).

Rekabentuk grafik adalah satu proses ataupun gabungan antara teks dan elemen-elemen rekabentuk.

Kesimpulannya, rekabentuk permukaan pembungkusan yang baik dapat memberi nilai keindahan (esthetica) pada keseluruhan rupa pembungkusan. Secara tidak langsung ianya dapat mempertingkatkan jualan sesuatu barangan serta menanamkan kesetiaan pengguna terhadap sesuatu produk.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

JABATAN PERCETAKAN DAN REKABENTUK PEMBUNGKUSAN (PRINTPACK)

SIRIM Berhad, Bangunan 23No. 1, Persiaran Dato’ Menteri, Seksyen 2

Peti Surat 7035, 40911 Shah AlamSelangor Darul Ehsan.

Tel. : 03-5544 5900 / 6281Faks : 03-5544 6292 / 5905

E-mel : printing@sirim.myLaman Web : http//www.sirim.my

top related