pembangunan profil standard kebangsaan · pdf filedata dikumpulkan dengan menggunakan kaedah...
Post on 08-Feb-2018
224 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: no. 2 (2017) page 190-202 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
190
PEMBANGUNAN PROFIL STANDARD KEBANGSAAN BAGI
KEMAHIRAN INFORMAL ORANG ASLI MALAYSIA DEMI
KELESTARIAN WARISAN ETNIK
(THE DEVELOPMENT OF NATIONAL INFORMAL COMPETENCY STANDARD
TOWARDS SUSTAINABILITY OF ETHNICITY)
Yusmarwati Yusof1
Rohayu Roddin2
Sarebah Warman3
Abstrak
Kemahiran informal orang Asli merupakan potensi semulajadi yang telah menghasilkan
banyak produk seni dan kraf yang telah berjaya menarik perhatian pelancong tempatan dan
asing. Sebahagiannya telah berjaya memperolehi anugerah di peringkat antarabangsa.
Namun begitu, mereka tidak memperolehi sebarang pengiktirafan yang mampu dijadikan satu
standard dalam kemahiran vokasional Orang Asli. Bidang seni kraf ini telah banyak
dipelopori oleh ramai kelompok etnik, namun tiada satu standard yang seragam dalam aktiviti
kemahiran ini. Oleh itu, satu profil standard yang selaras dengan kemahiran kebangsaan
perlu dibangunkan sebagai panduan dalam pembentukan silibus kemahiran hasil dari
kemahiran informal golongan ini. Pendekatan kajian ialah rekabentuk kajian kes secara
penerokaan. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan
pengumpulan dokumen. Kajian akan dilakukan di penempatan Mah Meri (Selangor), Jakun
(Pahang) dan Semai (Johor). Profil ini diharapkan merupakan satu usaha ke arah
memelihara dan memuliharan khazanah warisan etnik, disamping membantu orang asli
memajukan diri dan mendapatkan pengiktirafan yang sewajarnya.
Keywords: kemahiran informal, orang asli, standard kebangsaan.
1 Pensyarah, Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, 086400 Batu Pahat, Johor, Tel: +60197357574 E-mail: marwati@uthm.edu.my 2 Pensyarah, Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, 086400 Batu Pahat, Johor, Tel: +60137780801 E-mail: rohayu@uthm.edu.my 3 Pensyarah, Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, 086400 Batu Pahat, Johor, Tel: +60137711903 E-mail: sarebah@uthm.edu.my
mailto:marwati@uthm.edu.mymailto:rohayu@uthm.edu.mymailto:sarebah@uthm.edu.my
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: no. 2 (2017) page 190-202 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
191
Abstract
Informal skills of Indigenous people is a natural potential that have generated a lot of arts
and crafts products that have attracted the attention of local and foreign tourists. Some of the
craft products have achieved international awards. However, they do not get any recognition
that can be used as a standard in vocational skills of aborigines community. Many ethnic
groups have explored this craft work, however there is no uniform standard of the skills
employed to those activities. Therefore, a standard competency profile is needed to be
developed to guide the formation of skills syllabus which resulted from the informal skills of
this group. The approach of this study is the exploration case studies. Data were collected by
using interviews, observation and document collection. The study will be conducted in the
placement of Mah Meri (Selangor), Jakun (Pahang) and Semai (Johor). This profile is
expected to be an effort to conserve and preserve this ethnic heritage, and to helping them to
improve themselves and get the recognition.
Keywords: informal skills, indigenous people, national standard
2017 JHLCB
Pengenalan
Orang Asli adalah sebahagian masyarakat yang tinggal di seluruh semenanjung Malaysia
kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Hampir 30% Komuniti orang Asli tinggal di kawasan
pedalaman dan selebihnya menetap secara berjiran dengan kampung kampung Melayu atau
tinggal di sepanjang persisiran pantai Selangor, Johor dan Pahang. Selain itu, komuniti ini
adalah salah satu etnik minoriti yang mengamalkan cara hidup traditional yang dipengaruhi
oleh alam sekitar dan amalan lama tinggalan nenek moyang mereka (Jamiran, Seow &
Muhamed, 2013).
Oleh itu, orang Asli merupakan komuniti yang amat arif tentang keunikan alam semulajadi
yang ada di Malaysia. Walaupun komuniti ini sudah diberi tumpuan untuk meningkatkan
taraf sosio ekonomi mereka, tetapi mereka masih menggunakan konsep ekonomi sara diri.
Konsep ekonomi sara diri ialah dimana komuniti orang Asli menggunakan kemahiran
semulajadi (informal) yang dimiliki seperti menganyam, sulaman, tenunan, jahitan,
pertukangan, menoreh getah serta mencari sumber hutan untuk menyara kehidupan mereka
seharian.
Terdapat beberapa contoh kajian lepas berkaitan komuniti orang Asli meliputi
pelbagai aspek seperti kebudayaan, sosio-ekonomi dan kepercayaan komuniti tersebut
(Salleh et al., 2012). Tedapat juga kajian yang menunjukkan bahawa kegiatan sara diri
melalui kemahiran informal ini dapat meningkatkan ekonomi seseorang, mahupun negara.
Sebagai contoh, Masyarakat Asli di Hopi Arizona Amerika Syarikat dikatakan menerima
perubahan dalam kehidupan mereka daripada kehidupan berasaskan ekonomi sara diri ke
sektor pertanian. Penerimaan ini telah membawa kepada perubahan dari aspek jenis-jenis
rumah dan struktur kampung yang tradisional kepada yang lebih radikal. Selain itu, dengan
pertemuan orang Asli di Thailand, telah menjadikan budaya orang Asli mulai dihargai
terutamanya oleh pelancong (Salleh et al., 2012). Walaupun komuniti orang Asli telah
menerima segala bentuk kemudahan dari aspek sosial dan ekonomi, namun pembangunan
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: no. 2 (2017) page 190-202 | www.icohlcb.com | eISSN : 01268147 |
192
masih dilihat mengikut acuan mereka sendiri. Oleh itu adalah penting untuk meneroka
kemahiran-kemahiran informal yang dimiliki oleh komuniti ini samada yang diperolehi
secara semulajadi mahupun yang dipelajari untuk membantu meningkatkan ekonomi mereka
dan menikmati cara hidup yang lebih baik.
Terdapat beberapa kemahiran informal yang dimiliki oleh komuniti orang Asli seperti
membuat kraf tangan, mengukir, anyaman, tenunan, jahitan, sulaman, masakan, memburu
dan juga pertanian. Sebahagian daripada barangan kraftangan dan seni yang dihasilkan
terutamanya ukiran dan anyaman telah banyak dipasarkan, bukan sahaja di peringkat
tempatan malah ada juga hingga ke luar negara. Kemahiran yang diperolehi ini secara tidak
lansung telah menjadi sumber untuk menyara hidup mereka yang sekaligus dapat
meningkatkan sosio ekonomi masyarakat orang asli yang terlibat dalam perusahaan ini.
Keunikan hasil seni dan kraftangan penduduk orang asli ini turut mendapat pengiktirafan dari
negara luar kerana hasilnya yang halus dan kemas. Hal ini diperolehi melalui kegiatan
pelancongan, dimana pelancong yang datang ke kawasan penempatan orang-orang asli
membeli hasil seni dan kraftangan tersebut sebagai cenderahati untuk dibawa pulang ke
negara asal mereka. Akhirnya, barangan tersebut menjadi buah mulut dan mendapat
perhatian dan menjadi antara salah satu tarikan pelacong asing untuk datang ke negara ini
(Roddin dan Sidi, 2015). Sekurang-kurangnya dengan adanya pendekatan yang lebih
sistematik terhadap keupayaan kemahiran mereka, ia mempunyai potensi untuk dimajukan ke
peringkat antarabangsa dan akhirnya dapat membantu dalam meperolehi pengiktirafan yang
sewajarnya.
Melihat kepada senario ini, adalah sangat perlu kemahiran informal yang diperolehi
ini diketengahkan agar ianya tidak hilang begitu sahaja. Justeru itu kajian ini adalah penting
bagi tujuan mendokumenkan kemahiran mereka dalam bentuk yang lebih sistematik dan
standard yang boleh dipelajari oleh generasi seterusnya termasuk golongan etnik yang lain.
Selain itu, dengan penghasilan dokumen standard ini akan memberi satu pengiktirafan kepada
kemahiran vokasional mereka yang mempunyai keunikan tersendiri.
Disamping itu, penglibatan daripada generasi muda juga amat mendukacitakan kerana
didapati semakin kurangnya komitmen dari golongan ini dalam meneruskan amalan budaya
warisan (Sam, 2015). Oleh itu, sebagai penduduk asal negara, sewajarnya masyarakat orang
Asli perlu diberi keistimewaan agar kesenian mereka dapat dihargai untuk generasi yang akan
datang. Oleh itu, langkah pengekalan amalan budaya perlu dilakukan, diamalkan dan
dipraktikkan oleh golongan muda agar tidak lenyap dan hilang ditelan arus pemodenan.
Justeru itu, kajian ini juga penting untuk memperluaskan potensi kemahiran informal yang
dimiliki oleh komuniti orang Asli bagi meningkatkan taraf hidup mereka sekaligus memberi
pengiktirafan kepada kemahiran yang diperolehi. Ini dapat dilakukan dengan
mendokumenkan semua amalan kemahiran tersebut ke dalam bentuk yang lebih sistematik
dan boleh dipelajari dan diajarkan kepada mereka yang berminat. Disamping itu, dengan
adanya dokumen yang berkaitan, adalah mudah untuk menilai dan memberi kredit kepada
individu-indivu yang meguasa
top related