parlimen ketiga belas penggal keempat … · bilangan kes kejadian jentera penanam cerucuk yang...
Post on 07-Mar-2019
251 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Naskhah belum disemak
PARLIMEN KETIGA BELAS
PENGGAL KEEMPAT
MESYUARAT KETIGA
Bil. 21 Khamis 8 Disember 2016
K A N D U N G A N
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 (Halaman 38) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 51)
DN 8.12.2016 1
MALAYSIA
DEWAN NEGARA
PARLIMEN KETIGA BELAS
PENGGAL KEEMPAT
MESYUARAT KETIGA
Khamis, 8 Disember 2016
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
Timbalan Yang di-Pertua: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sehati sejiwa, salam sejahtera.
Ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, seperti biasa pagi ini saya ingin juga
ucapkan sekali lagi selamat hadir pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang baru
dan harapan saya supaya Yang Berhormat semua dapat bersama-sama bekerjasama untuk
mempertingkatkan prestasi kita di Dewan ini.
Seperti biasa semalam saya sudah maklumkan tapi ramai Ahli Yang Berhormat tidak
hadir, ada hal dan saya hendak berpesan, sebagaimana saya katakan yang penting sekali
bagaimanakah kita hendak mempertingkatkan prestasi kita. Iaitu saya pesan dulu berjalan kita
peliharalah kaki, berkata peliharalah lidah kita. Lidah seorang yang arif terletak di hatinya, hati
seorang yang jahil terletak di lidahnya.
Sekali lagi saya pesan kalau seboleh-bolehnya boleh berehat di VIP lounge. Usahlah
lama sangat, kalau boleh biarlah rehat itu di Dewan kita ini. Sekali lagi saya ulang ya, siapa jua
hendak keluar tadi, kalau lama, beri saya suratlah. Kalau sekejap, bolehlah keluar itu. saya
minta supaya Dewan kita ini jangan biarkan tidak ada oleh orang. Sekian, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
1. Dato' Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, bilangan kes kejadian jentera penanam cerucuk yang tumbang dan menghempap orang awam sepanjang tahun 2015 dan 2016 serta nyatakan langkah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) bagi memastikan kejadian yang sama dapat dielakkan dan tidak berulang lagi.
DN 8.12.2016 2
Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Mutallib]:
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Yang
Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin. Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua
izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Senator-senator baru yang
mengangkat sumpah semalam untuk bersama dalam Dewan Negara.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) komited dalam memastikan tempat kerja di
tempat bina adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dengan menguatkuasakan Akta
Kilang dan Jentera 1967, Akta 139 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
ataupun Akta 514. Sepanjang tahun 2015 dan 2016, hanya terdapat satu sahaja kes
kemalangan jentera penanam cerucuk tumbang yang menghempap orang awam, ia kiln itu ada
Tuan Yang di-Pertua.
Selain itu, langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Sumber Manusia melalui
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia adalah komited dalam usaha-usaha
untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja dan
melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca
daripada aktiviti pekerjaan dari pelbagai sektor termasuk sektor pembinaan. Bagi memastikan
kejadian yang sama dapat dielakkan dan tidak berulang, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan berusaha dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:
(i) memperkemaskan dan memperkasakan pelan penguatkuasaan tapak
bina yang telah bermula pada tahun 2016 yang merangkumi perkara-
perkara berikut:
(a) penambahan bilangan aktiviti penguatkuasaan di tapak
bina. Bilangan pemeriksaan di sektor pembinaan sebanyak
7,329 pemeriksaan pad tahun 2013. Jumlah ini telah
bertambah sebanyak 34% kepada 9,822 pemeriksaan
pada tahun 2015. Ini melibatkan 65% daripada nisbah
pemeriksaan oleh pegawai Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan pada jumlah tapak bina yang
beroperasi pada tahun 2013 manakala nisbah ini
berkurangan kepada 60% sahaja pada tahun 2015.
DN 8.12.2016 3
(ii) mengambil tindakan punitif atau undang-undang ke atas ketidakpatuhan
perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor pembinaan.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah mengeluarkan
sebanyak 949 Notis pada tahun 2013. Jumlah Notis meningkat secara
mendadak sebanyak 54% kepada 6,211 bilangan Notis pada tahun 2015.
Manakala bagi kes pendakwaan pula meningkat sebanyak 135% pada 55
kes pada tahun 2013 kepada 129 kes pada tahun 2015. Manakala bagi
kes kompaun pula meningkat sebanyak 754 peratus pada 61 kes pada
tahun 2013 kepada 521 kes pada tahun 2015;
■1010
(iii) menubuhkan safety patrol unit, dengan izin, di setiap Jabatan
Keselamatan Kesihatan Pekerjaan negeri bagi membuat pemantauan
tapak pembinaan pada waktu siang dan malam;
(iv) mengadakan operasi penguatkuasaan mengejut di tapak bina
berdasarkan aduan orang ramai;
(v) menggubal dan menyemak semula bagi menambah baik perundangan
berkaitan tapak bina seperti akta peraturan dan garis panduan supaya
kekal relevan dan sesuai dengan kehendak semasa;
(vi) menambah baik senarai semak pemeriksaan tapak bina untuk kegunaan
pegawai JKKP menjalankan penguat kuasa di tapak bina;
(vii) merancang dan menambah baik struktur latihan kepada pegawai JKKP
bagi bahagian keselamatan tapak bina dan seksyen tapak bina;
(viii) menjalinkan kerjasama dan koordinasi di antara agensi-agensi yang
berkaitan tapak bina seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
(CIDB), Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa tempatan;
(ix) mengadakan perbincangan dan dialog bersama persatuan industri
pembinaan seperti Master Builders Association Malaysia (MBAM), dengan
izin; dan
(x) meningkatkan usaha sama dengan pihak majikan dan kesihatan
pekerjaan, majikan dan pekerja melalui Majlis Negara bagi keselamatan
dan kesihatan pekerjaan, biro KKP bagi tapak pembinaan.
Bagi mengatasi masalah-masalah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
tapak bina, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga memberi penekanan terhadap
penguatkuasaan dengan memberi fokus terhadap perkara berikut:
DN 8.12.2016 4
(i) kesedaran dan komitmen majikan terhadap keselamatan dan kesihatan
pekerjaan;
(ii) sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan;
(iii) kawalan dan penyeliaan oleh majikan ke atas subkontraktor bagi aktiviti
yang mempunyai hazard dan risiko yang tinggi;
(iv) penilaian risiko terhadap hazard;
(v) latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pekerja
terutamanya pekerja asing; dan
(vi) pemantauan terhadap pelaksanaan prosedur kerja selamat oleh majikan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab secara menyeluruh dan lengkap
dan saya percaya bahawa Yang Berhormat Menteri ada masa depan yang cerah lagi pada
masa-masa yang akan datang, insya-Allah.
Cuma saya ada sedikit lagi mahu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri,
kejadian kemalangan yang membabitkan jentera ini seperti mana yang telah berlaku saya rasa
di Setia Alam baru-baru ini yang menghempap kereta orang awam dan menyebabkan
kematian.
Soalan saya ialah apakah punca berlakunya kemalangan jentera penanam cerucuk ini,
adakah daripada kecuaian pemandu jentera atau operatornya atau kurang penyeliaan dan
pengawasan serta pemantauan oleh agensi kerajaan di tapak projek binaan tersebut. Apa
kelemahan daripada segi SOP yang sedia ada, khususnya lokasi jentera yang terlalu dekat
dengan jalan raya. Kadang-kadang macam di Kuala Lumpur ini terlalu hampir seperti di Bukit
Bintang misal kata sekarang ini, dalam kawasan pembinaan itu terlalu hampir dengan orang
ramai dan jalan raya dan memberikan risiko kepada orang awam sehingga menyebabkan
kemalangan dan membabitkan orang awam dan mengakibatkan kecederaan malah kehilangan
nyawa.
Perlukah SOP sedia ada dikaji semula dan ditambah baik? Akan tetapi dijawab juga
oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Seterusnya ialah bagi memastikan keselamatan
yang optimum di kawasan tapak projek ini tanggungjawab majikan dan wajib dipatuhi mengikut
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Mohon Yang Berhormat Menteri memberi
penjelasan, sejauh manakah pemaju projek telah melaksanakan audit keselamatan di locality
DN 8.12.2016 5
atau lokasi projek pembinaan? Apakah respons DOSH atau Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan dan CIDB terhadap laporan tersebut?
Saya juga mohon, nampaknya macam sudah ada kerjasama antara agensi dan jabatan
seperti PBT, CIDB, JKKP dan lain-lain yang berkaitan seperti NBOS, kerjasama ini dan saya
harap kalau tidak ada ataupun ada sedikit perlu dipertingkatkan lagi NBOS di kalangan agensi-
agensi yang terlibat.
Jadi, saya mohon juga kerajaan, adakah bersedia untuk mengkaji akta-akta yang sedia
ada bagi meningkatkan lagi kesiap sediaan kita memandangkan negara kita ini lagi pesat
membangun dengan pembangunan yang bakal berlaku dalam masa Rancangan Malaysia
Kesebelas ini, banyak lagi pembangunan dan projek-projek besar akan berlaku. Kita harap
dapat mengurangkan lagi risiko atau kejadian-kejadian yang tidak diingini ini berlaku di tapak-
tapak projek. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Abdul Rahman. Ada beberapa isu yang ditimbulkan oleh
Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan. Yang pertama, kes yang
berlaku melibatkan suami isteri. Yang kedua ialah tentang akta, kemudian beberapa perkara
yang lain.
Suka saya memaklumkan bahawa kita, kerajaan dan kementerian tidak bertolak ansur
dalam perkara-perkara keselamatan kesihatan pekerjaan sama ada pekerja dan juga kepada
orang yang terlibat dengan tapak pekerjaan termasuk orang ramai.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat beberapa kementerian yang
bertanggungjawab dan terlibat dengan tapak pembinaan sesuatu projek iaitu Kementerian
Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB) dan juga Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan sebelum sesuatu projek dilaksanakan.
Koordinasi pengawasan dan penguatkuasaan di tapak pembinaan telah dikoordinasi
dalam Majlis Negara Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kita ada satu Majlis Yang
Berhormat Dato’ Rahman iaitu Majlis Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan di mana saya
sebagai pengerusinya dan di dalamnya terdiri daripada berbagai-bagai kementerian termasuk
Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kesihatan dan juga kesatuan-kesatuan sekerja,
CUEPACS, MTUC dan badan-badan yang lain termasuk industri dan sebagainya.
Jadi badan ini ataupun Majlis Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) ini
bertanggungjawab mengkoordinasi dan melihat perkembangan ataupun isu-isu yang berkaitan
DN 8.12.2016 6
dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan termasuklah kita mengadakan program-program
dalam kempen-kempen kesedaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan sehinggalah ke
sekolah-sekolah ataupun course in school, mengadakan di sekolah-sekolah.
Tuan Yang di-Pertua, JKR juga merupakan salah satu kementerian yang berada dalam
NCOSH ini ataupun Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini. Tentang tindakan yang
kita ambil, termasuklah daripada segi prosedur dan sebagainya kita tidak bertolak ansur Yang
Berhormat Dato’. Umpamanya saya hendak beri contoh, bilangan pemeriksaan yang kita buat
bagi tahun ini sahajalah sehingga November 2016 sebanyak 11,264 pemeriksaan tapak bina
yang kita lakukan. Berbagai-bagai tindakan diambil termasuklah tindakan undang-undang, surat
arahan berhenti kerja dan juga kompaun dan juga saman yang dikenakan kepada majikan-
majikan ataupun kontraktor yang melanggar peraturan ini. Umpamanya, jumlah saman di sektor
pembinaan bagi tahun 2016, sehingga September jumlah kompaun yang kita sudah kenakan
ialah 630,846.
Maknanya, majikan-majikan ataupun kontraktor ini tidak boleh ambil mudah. Maknanya
kalau projek mereka itu tidak besar, kalau mereka silap lakukan kesalahan, maka mungkin
projek ataupun business yang mereka melakukan, dijalankan itu akan mendapat kerugian.
Jumlah saman yang kita telah kenakan pada tahun 2016 ialah 1.381 juta. Maknanya ini
menggambarkan kepada kita ada perlanggaran dilakukan oleh pembinaan ataupun tapak bina
kontraktor ini.
■1020
Jadi saya ucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul
Rahman kerana pandangan-pandangan yang cukup baik ini dan kita akan bawa ini dalam
Mesyuarat Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang sentiasa bermesyuarat
sepanjang tahun bagi melihat apakah perkembangan dan kita hendak supaya kadar
kemalangan ini diturunkan. Umpamanya kemalangan di tempat kerja menurun tetapi
kemalangan melibatkan pekerja ulang-alik bekerja ini agak meningkat sedikit kerana melibatkan
faktor lain.
Jadi tentang akta sebenarnya memang kita tengah melihat. Kita ada lebih daripada 20
akta dalam Kementerian Sumber Manusia ini dan kita telah melihat semua akta ini untuk kita
kemaskan. Jadi kita harap peningkatan akan dapat kita lakukan dan penambahbaikan akan
dapat kita lakukan bagi memastikan supaya keselamatan dan kesihatan pekerja dapat kita
pertingkatkan terutama di tapak bina dan melibatkan orang ramai.
Tentang kes yang khusus yang Yang Berhormat Dato’ maklumkan tadi, saya juga
dimaklumkan bahawa kes ini berlaku pada 4 November 2016, 12.40 tengah hari melibatkan dua
DN 8.12.2016 7
orang yang meninggal, Abdul Rahim bin Abdul Rahman dengan isterinya Norhayati dan kalau
kita lihat sebab kemalangan ini ataupun punca kemalangan ini berlaku antaranya ialah hasil
daripada penyiasatan mendapati mangsa maut akibat dihempap oleh cerucuk yang tumbang
akibat dari rantai trak jentera piling rig tersebut terbenam ke dalam tanah sedalam 0.8 meter.
Sebahagian kecil bahagian hadapan rantai telah terkeluar dari platform steel plate dan
terletak di atas tanah yang lembut. Ini menyebabkan piling rig itu tumbang dan menimpa
kemalangan kepada dua- suami isteri itu. Jadi kita ucapkan takziah sebenarnya, kita tidak
hendak kemalangan ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahman tapi apa
boleh buat itu mungkin suratan takdir untuk kedua-dua mangsa ini Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang
Berhormat Menteri, saya terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa accident sebegini
adalah human fault and it is not technical fault, dengan izin. Jadi saya hendak bertanya
pemandu-pemandu kren ini termasuk juga dengan pilot kapal terbang ini, mereka ini profesional
driver yang mereka terpaksa mengikuti kursus dan saya dapati baru-baru ini saya terbaca juga
satu artikel bahawa di England, pemandu-pemandu kren mereka terpaksa melalui satu praktis
dalam simulator selama tiga bulan sebelum mereka ini keluar dan memandu kren ini dan
mereka ini juga insurans mereka tinggi dan kerja ini juga satu kerja yang mendapat gaji yang
begitu tinggi.
Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah kerajaan bercadang untuk lebih memberi
kursus kepada mereka ini yang berskala ataupun kerajaan akan meluluskan satu sijil sebelum
mereka ini keluar membawa kren-kren tersebut dan apakah setakat ini ada pengelolaan yang
dibuat oleh kementerian yang check semua pemandu-pemandu kren ini sama ada mereka ini
layak atau tidak Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf saya
terlajak bercakap tadi dulu sebelum Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Mutallib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebenarnya saya hendak khabarkan, bentangkan di sini
bilangan operator kren yang diberi permit untuk mengendalikan mesin angkat kren.
Sebenarnya cerucuk tadi kalau ikut kita tidak daftar rasanya untuk dalam ini. Akan tetapi kren ini
ada ya. Dia ada beberapa jenis kren yang ada di negara kita termasuklah Yang Berhormat yang
statik di atas dan sebagainya. Bilangan keseluruhan operator kren yang aktif dan berdaftar
dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah seramai 15,318 orang.
Daripada jumlah ini seramai 6,670 orang masih sah sijil perakuan dan selebihnya
seramai 8,646 telah tamat sijil perakuan. Mereka ini kita akan buat pemeriksaan. Umpamanya
satu kes yang berlaku yang menghempap salah seorang wanita dulu. Ada setengahnya sebab
DN 8.12.2016 8
itulah kita hendak tanggungjawab ini Yang Berhormat Senator. Bukan sahaja kepada
kementerian, bukan sahaja tindakan undang-undang yang kita ambil barulah kontraktor ataupun
pelaksana projek-projek ini baru hendak mengambil, mengemaskinikan peraturan yang ada tapi
kalau boleh di peringkat awal lagi. Mereka pastikan supaya pemandu kren ini mestilah ada
lesennya, mestilah qualified dan sebagainya.
Kren-kren yang digunakan mestilah yang baik, kena buat pemeriksaan. Oleh sebab itu
kita buat pemeriksaan. Saya sudah sebut tadi kepada Yang Berhormat berpuluh ribu
pemeriksaan kita buat di tapak bina termasuklah kren-kren ini dan bagi kementerian kita
memang kita mengadakan kursus berterusan termasuklah kita menyediakan pegawai
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di setiap projek yang melebihi daripada RM20 juta
ke atas, kalau tidak silap saya... [Disampuk] RM20 juta ke atas mesti ada pegawai safety and
security di situ. Jadi untuk memastikan supaya pelaksanaan undang-undang, pematuhan
undang-undang dibuat, dipatuhi oleh syarikat-syarikat yang melaksanakan projek-projek ini.
Umpamanya Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita juga mengadakan anugerah kepada
keselamatan dan kesihatan pekerjaan, malam ini insya-Allah. Setiap tahun kita adakan dan kita
buat pertandingan bahkan pertandingan. Bukan saja kursus, seminar peringkat antarabangsa
dan sebagainya tetapi di kalangan majikan-majikan yang berada di negara kita ini kita buat
pertandingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Umpamanya malam ini kita ada award yang kita berikan kepada majikan-majikan yang
telah membuktikan bahawa mereka mematuhi peraturan-peraturan yang ada dan award ini
bukan sahaja kepada majikan tetapi kepada pegawai-pegawai, kepada individu dan kepada
prosedur yang diikuti oleh pelaksana ataupun majikan-majikan yang melaksanakan projek-
projek pembinaan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Soalan saya berkaitan, katalah tadi kita
dengar ada dua aspek human elemen dengan mekanikal elemen. Mekanikal elemen
kebanyakan dia, ini bukan saja piling, semua mesin angkut dia ada dia punya PMA certification
dan daripada segi operator dia ada lesen. Cuma hendak tahu dalam kejadian-kejadian ini,
bukan saja insiden piling machine ini, tapi semua kren ini, ada tidak mana-mana insiden
melibatkan pekerja asing yang tidak mempunyai lesen untuk memandu kren. Fasal banyak kita
tengok lori-lori hantu ini kebanyakan melibatkan pekerja asing. Dalam insiden mesin angkut ini,
ada tidak pekerja asing yang terlibat? Terima kasih.
Satu lagi hendak tambah, fasal setahu saya pekerja asing dia tidak boleh dapat CIDB
certification, terima kasih.
DN 8.12.2016 9
Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Mutallib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Senator. Sebenarnya pekerja asing yang terlibat dengan pembinaan
ataupun di tapak bina ini ramai dan ramai juga mereka yang terlibat dengan kemalangan. Kita
ada lebih kurang dalam tahun 2016 ini, 52 orang pekerja asing yang terlibat dengan
kemalangan di tapak bina dan yang ramainya kalau orang tempatan ini, kitalah, Malaysia yang
ramailah. Kemudian yang lain Bangladesh, Indonesia dan sebagainya.
Tentang pengendali ataupun pemandu kren tadi, saya ingat ada satu kes yang berlaku,
saya ingat yang menghempap seorang wanita ya, di mana pekerja itu adalah memang pekerja
dari luar dan kita telah mencari pekerja ini, operator ini. Jadi sebenarnya seperti mana yang
disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kita hendak, inilah human factor dan juga teknikal punya
masalah. Saya mungkin, kita hendak supaya majikan ataupun kontraktor ini memastikan, susah
kita hendak cakap Tuan Yang di-Pertua sebab kalau kita sama-sama bertanggungjawab, saya
ingat perkara ini tidak berlaku. Kenapa kita harus izinkan pekerja asing yang tidak ada permit,
tidak ada lesen.
Kadang-kadang inilah masalah yang berlaku kerana mungkin kerana hendak untung
besar tetapi akhirnya rugi besar yang akan diterima. Jadi apa salahnya untuk kita
menyelamatkan orang lain, menyelamatkan pekerja kita, jadi kita ikut peraturan yang ada.
Peraturan bukan hendak menyusahkan kita tapi hendak memudahkan kita dan memberikan
keuntungan kepada kita.
■1030
Jadi, kita harap melalui tindakan-tindakan undang-undang, kompaun, saman yang kita
lakukan, kita harap majikan tidak akan sewenang-wenangnya mengambil pekerja asing yang
tidak qualified untuk menjalankan kerja-kerja, termasuklah pemandu kren dan sebagainya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib dan
kita sedar betapa risaunya masyarakat dengan apa yang berlaku.
2. Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta Menteri Kewangan menyatakan, langkah memberi pendedahan dan penyesuaian kepada syarikat kecil dan sederhana (PKS) yang banyak melakukan kesilapan dalam mengisytiharkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas setahun perlaksanaan GST. Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, secara keseluruhan peratus penghantaran penyata GST-03
oleh entiti berdaftar GST, termasuk syarikat kecil dan sederhana (PKS) adalah melebihi 90%
setakat pada 30 November 2016. Ini menunjukkan kesedaran entiti berdaftar GST di kalangan
DN 8.12.2016 10
PKS untuk mengemukakan penyata GST 03 adalah tinggi. Kerajaan sentiasa menambah baik
pelaksanaan GST dan menjalankan usaha yang berterusan untuk memberi kefahaman yang
tepat mengenai pelaksanaan GST kepada golongan peniaga melalui pelbagai program
kesedaran dan latihan serta platform perbincangan isu GST.
Antara program penerangan dan latihan yang terus dijalankan oleh Jabatan Kastam
Diraja Malaysia program hand holding kepada syarikat-syarikat yang telah mendaftar GST,
termasuk PKS mengikut sektor atau industri untuk memberikan penjelasan secara lebih
mendalam, khususnya mengenai isu berbangkit bagi sektor atau industri tertentu. Sehingga 31
Oktober 2016, sebanyak 1,250 buah program hand holding telah diadakan dengan penyertaan
lebih daripada 130,000 orang dari pelbagai sektor perniagaan.
Selain itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga sedang menjalankan pelbagai pameran
GST dan mengadakan dialog berkaitan GST bersama peniaga di seluruh Malaysia bagi
meningkatkan lagi tahap pemahaman GST di kalangan peniaga. Sekian, terima kasih.
Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima
kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri kerana menjawab dengan begitu baik sekali.
Soalan tambahan saya, sejauh mana dakwaan sesetengah pengusaha SME bahawa GST ini
meningkatkan lagi kos operasi dan memberi masalah kepada kos aliran tunai, terutamanya
kepada pengusaha SME? Sekian, terima kasih.
Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, GST tidak akan memberi kesan kepada
peniaga dalam penentuan margin keuntungan atau profit kerana GST tidak akan menjadi kos
tambahan kepada syarikat. Ini kerana peniaga boleh menuntut semula GST yang dibayar ke
atas input perniagaan bagi bekalan bercukai. Bagi syarikat PKS yang tidak berdaftar GST,
walaupun syarikat tersebut tidak dapat menuntut kredit ke atas cukai input, mereka masih boleh
menuntut amaun GST yang telah dibayar tersebut sebagai potongan di bawah Akta Cukai
Pendapatan. Dengan itu, komponen kos GST yang terlibat tidak merupakan tanggungan PKS
yang boleh menjejaskan keuntungannya. Sekian, terima kasih.
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang
Berhormat Menteri, saya didatangi oleh syarikat-syarikat latihan swasta yang menawarkan
mengadakan kursus-kursus berkaitan GST. Apa yang saya hendak maklumkan di sini, fees
atau kos yang dikenakan, caj yang dikenakan pada saya agak tinggi. Ada yang menawarkan
RM1,400, ada RM1,500, ada yang RM1,200. Jadi, kita ini cuma syarikat-syarikat kecil sahaja.
Akan tetapi saya difahamkan, kastam ada Akademi Latihan Kastam Malaysia dan Bahagian
Pengurusan GST.
DN 8.12.2016 11
Jadi, soalan saya bagaimana cara terbaik melalui Akademi Latihan Kastam Malaysia
atau Bahagian Pengurusan GST dapat melakukan sebuah kerangka kerja yang efektif agar
latihan dan penyaluran maklumat kepada orang ramai dilakukan hanya melalui kastam dan fee
latihan dikutip secara berkanun kerana kita hendak mengekang eksploitasi pihak luar. Oleh
sebab ada NGO, ada pihak yang berkepentingan, mereka ambil kesempatan. Kalau tidak, kos
ini akan menjadi lebih tinggi dan masyarakat akan rasa marah. Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua.
Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, memang fee yang di caj oleh syarikat
swasta adalah terpulang kepada syarikat swasta yang- dalam satu keadaan faktor atau faktor di
mana supply. Walau bagaimanapun, pihak Kastam memang sentiasa memberi banyak bantuan
dan kalau ada apa-apa, boleh rujuk pada Jabatan Kastam. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ada lagi? Tidak ada ya. Terima kasih banyak
Yang Berhormat Senator Dato’ Lee Chee Leong.
3. Datuk Chin Su Phin minta Perdana Menteri menyatakan, perkembangan terkini kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]:
Tuan Yang di-Pertua, saya diberi amanah dan mohon izin untuk saya menjawab bagi pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk soalan nombor 3.
Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin dan Dewan yang mulia ini, untuk makluman Yang
Berhormat, susulan Ops Water 1 dan 2 yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kes rasuah dan penyelewengan melibatkan Jabatan
Air Negeri Sabah (JANS) pada 4 dan 20 Oktober lalu, SPRM kini telah memasuki fasa terakhir
siasatan berkenaan.
Sehubungan itu, SPRM menjangka akan menyiapkan Kertas Siasatan dalam tempoh
terdekat sebelum menghantarnya untuk keputusan oleh Jabatan Peguam Negara. Sepanjang
proses siasatan, SPRM telah menahan reman seramai 28 orang individu melibatkan seorang
bekas pengarah, dua orang bekas timbalan pengarah, 23 orang jurutera dan juruteknik serta
dua orang awam yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit. SPRM juga telah merakamkan
percakapan seramai lebih 200 orang saksi bagi membantu siasatan.
Tuan Yang di-Pertua, penyiasatan dan rampasan-rampasan dokumen berkenaan
melibatkan 30 buah lokasi di daerah-daerah di Sabah, termasuk Kota Kinabalu, Tawau,
Sandakan dan Lahad Datu. Di samping itu juga, SPRM telah mengambil tempoh sebulan untuk
DN 8.12.2016 12
melakukan analisis terhadap 8,000 unit baucar pembayaran mulai dari tahun 2008 hingga 2016
yang di ekstrak daripada fail-fail mengandungi puluhan ribu buah dokumen melibatkan
dokumen tuntutan pembayaran ke seluruh jabatan Kerajaan Negeri Sabah. Sepanjang tempoh
operasi, SPRM telah merampas, menyita serta membekukan harta bernilai kira-kira RM114.5
juta terdiri daripada wang tunai, akaun bank, amanah saham serta aset-aset alih dan tidak alih
dalam dan luar negara.
■1040
Proses siasatan tersebut dilakukan secara teliti dan terperinci bagi melihat pelbagai
aspek perundangan dengan penglibatan seramai 137 orang pegawai SPRM dari ibu pejabat,
bahagian serta negeri-negeri lain. Di samping tindakan penguatkuasaan selaras dengan fungsi
SPRM di bawah seksyen 7(c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009, SPRM juga sedang meneliti isu kelemahan amalan sistem dan prosedur Jabatan Air
Negeri Sabah bagi tujuan penambahbaikan proses kerja khususnya berkaitan perolehan kerja-
kerja penyelenggaraan infrastruktur air di jabatan tersebut. Satu pasukan khas yang diketuai
oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM telah ditubuhkan untuk meneliti dan
merangka perkara tersebut.
Usaha ini adalah bagi menutup ruang dan peluang dari berlakunya rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pelaksanaan projek-projek Jabatan Air Negeri
Sabah dengan meneliti punca-punca kelemahan yang wujud dan memperakukan cadangan
serta nasihat bagi mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengatasinya. Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Chin Su Phin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan
yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Walau bagaimanapun, saya ingin melahirkan
rasa kehairanan. Perkara ini telah berlaku sejak enam tahun yang lalu dan juga dikatakan satu
laporan SPRM telah dibuat terhadap Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah pada tahun
2011 tetapi tiada tindakan susulan diambil.
Jika benar satu laporan telah dibuat pada tahun 2011, bolehkah SPRM menjelaskan
mengapa status laporan awal tersebut tiada tindakan susulan dan apakah sebenarnya terdapat
dalam laporan tersebut? Adakah yang melaporkan laporan awal tersebut ialah orang awam
atau pun kakitangan kerajaan? Soalan kedua saya, kalaulah terdapat sebuah agensi besar
kerajaan negeri seperti jabatan air sama terlibat dalam skandal rasuah yang besar ini, mungkin
juga terdapat agensi lain di dalam Kerajaan Negeri Sabah yang memerlukan pemantauan oleh
SPRM. Bolehkah SPRM menyatakan di sini, sejak tahun 2010 sehingga kini, berapakah agensi
DN 8.12.2016 13
atau jabatan di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang telah disiasat oleh SPRM dan apakah
tindakan yang telah diambil? Sekian dan terima kasih.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, oleh
sebab kes ini masih dalam siasatan SPRM dan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat
Datuk Chin memerlukan maklumat yang lebih, tambahan dan sebagainya maka kita minta
supaya Jabatan Perdana Menteri atau pun SPRM akan membuat jawapan secara bertulis. Jadi
saya tidak boleh memberikan jawapan di sini. Kita minta insya-Allah, kita akan beri jawapan
bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mempunyai
satu soalan tambahan kepada Yang Berhormat Menteri. Isu yang telah berlaku di Sabah ini
memang menggemparkan bukan sahaja di Malaysia tetapi menarik perhatian seluruh dunia
kerana menjumpai lambakan wang tunai yang begitu banyak jumlahnya, ratusan juta.
Ini satu rekod yang tidak baik kepada negara kita, Malaysia yang disebut sebagai
negara yang sedang mengalami satu wabak atau kanser rasuah yang terlalu berat. Soalan saya
kepada Yang Berhormat Menteri ialah apakah peranan beberapa buah agensi Kerajaan Pusat
yang ditugaskan untuk mendidik pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan seperti Institut
Integriti Malaysia yang sepatutnya mempunyai keberkesanan setelah beroperasi sejak sekian
lama dalam menangani isu rasuah terutama di kalangan pegawai-pegawai dan juga kakitangan
kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, Yang
Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty, oleh sebab soalan ini spesifik kepada
Jabatan Perdana Menteri, jadi saya minta supaya- terima kasih kepada soalan yang
dikemukakan untuk kita ambil perhatian dan kita minta, saya minta juga insya-Allah soalan ini
akan dijawab secara bertulis. Terima kasih atas pertanyaan.
Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya hendak
bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Rasanya macam tidak kena fasal dia mewakili orang
lain tetapi saya hendak memberi pandangan. Pada hemat saya, ini penting untuk menjaga
integriti Dewan Negara supaya apabila ada soalan, sepatutnya Yang Berhormat Menteri yang
berkenaan perlu menjawab. Kita bagi notis lebih awal. Terima kasih.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Mohon pandangan. Sila. Ada soalan lagi? Kalau tidak
ada, baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib yang
menjawab bagi pihak Jabatan Perdana Menteri. Jadi kita take note-lah itu perkara-perkara yang
penting.
DN 8.12.2016 14
4. Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, sehingga 30 Jun 2016 berapa banyak kah kes tangkapan terhadap penerokaan kawasan paya bakau dilaksanakan dan apakah bentuk hukuman yang telah dilaksanakan. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin
Samuri]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Senator Dato' Haji Mohd. Salim
bin Sharif. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Senator Dato'
Haji Mohd. Salim bin Sharif dan juga Yang Berhormat Senator Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian
walaupun beliau tidak ada di sini pada 13 Disember 2016 kerana ia berkaitan dengan perkara
yang sama iaitu inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya laut.
Sehingga 31 Disember 2015, ini latar belakang sedikitlah. Kawasan hutan paya laut
adalah seluas- tidak lah besar sangat iaitu lebih kurang 118,317 hektar iaitu cuma 2.4 peratus
dari kawasan atau keluasan kawasan hutan di Semenanjung Malaysia. Daripada keluasan
hutan paya laut tersebut, seluas 105,693 hektar itu iaitu 89 peratus telah pun diwartakan
sebagai hutan simpanan kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Maknanya walaupun
saiznya kecil tetapi serius dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Senator tadi
kerana mengajukan soalan yang sangat serius. Bermakna beliau sangat memahami dan
prihatin dengan keadaan semasa.
Menjawab soalan tersebut iaitu dari bulan Januari sehingga Jun 2016, sebanyak 15
buah kes kesalahan hutan yang melibatkan kawasan bakau telah dikesan di bawah seksyen 68,
seksyen 81 dan seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984, Akta 313. Seramai tujuh orang
suspek telah ditahan dan kes masih dalam siasatan Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia. Dalam hubungan ini, sebanyak 6,232 batang kayu jaras bakau telah pun dirampas.
Hukuman maksimum yang akan dikenakan sekiranya disabit kesalahan di bawah seksyen 15
Akta Perhutanan Negara 1984 denda sehingga RM500,000 dan penjara selama tempoh tidak
kurang daripada satu hingga 20 tahun. Itu Tuan Yang di-Pertua, tidak cukup. Tidak cukup itu.
Ini tidak termasuk bayaran royalti, premium dan ses sebanyak 10 kali ganda dan
sejumlah wang yang tidak melebihi 10 kali ganda nilai hasil hutan itu yang perlu dibayar kepada
kerajaan negeri juga di bawah seksyen yang sama. Selain itu, penceroboh juga boleh
dikenakan hukuman di bawah seksyen 81 bagi kesalahan perbuatan-perbuatan yang dilarang di
dalam hutan simpanan kekal dan seksyen 84 bagi kawasan memiliki hasil hutan. Maknanya,
kesalahan memiliki hasil hutan secara menyalahi undang-undang-undang. Maknanya daripada
huluan dan juga hiliran. Sekian, terima kasih.
DN 8.12.2016 15
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab Yang Berhormat Datuk Prof. Dr. Sim tidak ada di sini,
saya akan menjawab secara bertulis.
■1050
Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Terima kasih Yang Berhormat
Menteri yang menjawab.
Saya hendak maklumkan kepada Menteri lebih jauh lagi. Adakah kesan bila kayu bakau
tersebut dicerobohi, dicuri dan sebagainya, kesan langsung kepada pembiakan ikan?
Keduanya, soal penambakan laut. Kawasan paya bakau hari ini tidak lagi- pencerobohan yang
dinyatakan tadi ataupun keluasan yang dinyatakan ada 2.4 peratus berbanding dengan
keluasan kita 100,000 lebih. Jadi soalan saya yang seterusnya, adakah banjir limpahan air laut
ada kaitan dengan penghapusan kawasan paya bakau hingga mengakibatkan banjir? Bila air
laut pasang, tidak ada buffer zone, maka air ini melimpah ke kawasan bandar ataupun kawasan
persekitaran, ditambah lagi dengan air hujan dari darat mengakibatkan kawasan banjir.
Ini dahulunya tidak pernah berlaku tetapi akhir-akhir ini bila penambakan laut ini berlaku,
hampir sebahagian tumbuhan tepi persisiran pantai seperti bakau, jaras dan sebagainya
musnah sama sekali. Ini juga ada yang dulu menyatakan bahawa kesan tsunami, tidak ada
buffer zone, maka limpahan ini sampai ke darat.
Jadi, apakah tindakan yang paling tepat? Adakah pihak lain memikirkan selain daripada
cerucuk kayu bakau digunakan untuk pembinaan, ditukar dengan benda-benda yang lain?
Kerana hari ini keutamaan menggunakan kayu bakau sedangkan kayu bakau barang kawalan
yang tidak boleh kita merosakkan ekosistem yang ada di pesisir pantai. Apakah pandangan
Menteri? Mohon pencerahan. Terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator,
sebenarnya hujah daripada Yang Berhormat Senator itu tepat sekali. Sangat tepatlah.
Maknanya, fungsi hutan bakau ini umumnya terdiri daripada dua.
Pertama, sudah tentulah sebagai penstabil ekologi bagi kawasan hutan pesisiran pantai
termasuklah untuk sebagai sumber makanan hidupan laut termasuklah ikan yang merupakan
sumber protein kita. Itu satu.
Kedua, sudah disebut juga tadi iaitu sebagai buffer zone, pemecah ombak laut
terutamanya dalam situasi sekarang, kesan daripada perubahan iklim yang sangat signifikan di
mana magnitud ombak telah pun berubah dan membesar. Maknanya magnitud ombak lebih
besar berbanding dengan dahulu. Ini fungsinya. Jadi untuk itu, kerajaan telah pun membuat
satu langkah yang drastik khususnya selepas peristiwa tsunami tahun 2004, 2005 iaitu bermula
dari tahun 2005, Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri telah
DN 8.12.2016 16
pun membuat satu polisi baru dan langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara hutan
bakau di sepanjang pesisiran pantai.
Setakat ini, seluas 2,700 hektar yang melibatkan 6.5 juta batang pokok di seluruh
negara termasuklah Sabah dan Sarawak telah berjaya ditanam yang melibatkan kos lebih
kurang RM5 juta. Walaupun KPI- antara langkah kerajaan ialah mengenakan KPI kepada
kementerian iaitu sekurang-kurangnya 50 hektar ditanam setahun tetapi kami telah pun
melepasi KPI tersebut.
Maknanya kerajaan dan juga kementerian sangat memandang serius kepada perkara
tersebut selain daripada memantau dan menguatkuasakan undang-undang secara serius,
selain daripada mengajak sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga turut serta
termasuklah kempen kesedaran tentang perlunya untuk kita memelihara dan memulihara hutan
bakau di seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak. Tetapi, Yang Berhormat Senator
Professor Sim tidak ada, saya akan jawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Tuan Isa bin Ab Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sedia maklum bahawa
kayu bakau banyak digunakan sebagai cerucuk dan industri kayu arang. Kita lihat pemusnahan
atau pengambilan kayu bakau berlebihan dari hutan simpan bakau menyebabkan kemusnahan
dan mengurangkan kepada penampanan banjir dan tsunami. Saya ingin bertanya kepada Yang
Berhormat Menteri, berapakah import kayu bakau yang diimport dari Indonesia untuk memenuhi
keperluan negara kita? Sekian, terima kasih.
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih
Yang Berhormat Senator. Sebenarnya di Malaysia ini hanya Kerajaan Negeri Perak sahaja
yang mengamalkan sustainable forest management ke atas hutan bakau. Dua sahaja negeri
yang telah pun membuat moratorium, maknanya menangguhkan dan membekukan lesen
penebangan hutan bakau, iaitu Johor dan juga Selangor. Akan tetapi, negeri lain mungkin tidak
mempunyai hutan bakau yang banyak.
Sehingga ini, kami juga menerima maklumat dari Indonesia di mana Indonesia juga
membekukan pengeksportan kayu hutan bakau. Makna, tak ada. Cuma Perak mengamalkan
sistem SFM tadi atau sustainable forest management ke atas hutan bakau untuk tujuan kayu
arang, bagi tujuan komoditi. Itu fakta yang sedia ada. Ertinya, walaupun untuk pembangunan,
sebab saya dulu pernah bekerja di JKR. Dulu mudah saja. Satu kayu bakau 36 kaki boleh
menahan beban 0.5 tan. Akan tetapi sekarang JKR atau kerajaan pun sekarang tidak lagi
menggunakan kayu bakau untuk cerucuk, maknanya cerucuk untuk tujuan piling, tak ada.
Maknanya begitu seriusnya apa yang berlaku sekarang.
DN 8.12.2016 17
Sebab itu ada kerja-kerja penangkapan seperti yang sebutkan tadi. Maknanya kita nak
semak sumber mana. Kalau sumber dari Indonesia, dah tak ada. Kalau sumber dari negeri lain
mungkin ada. Akan tetapi fakta tentangnya, minta maaf tidak ada dan mungkin saya boleh bagi
kemudian. Sekian, terima kasih.
5. Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan maklum tentang Syarikat China Communication Construction Company Ltd. (CCCC) yang diberikan anugerah pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) disenarai hitam oleh Bank Dunia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Abdul Rahman Dahlan]: Tuan Yang di-
Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat
Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed dan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul
Rahman bin Mat Yasin bertarikh 13 dan 14 Disember 2016 yang berkisar pada perkara yang
sama iaitu Laluan Keretapi Pantai Timur ataupun ECRL. Ramai juga Ahli Yang Berhormat
Senator yang membangkitkan mengenai ECRL dalam perbahasan Bajet 2017 yang telah
bermula pada 5 Disember 2016.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek ECRL merupakan
projek infrastruktur penting bagi Koridor Ekonomi Pantai Timur ataupun ECER yang akan
menghubungkan dua buah koridor ekonomi negara iaitu Pantai Timur dan Lembah Klang.
Pelaksanaan ECRL akan menjadi pemangkin pembangunan dan transformasi terutamanya
untuk negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung. Ia juga bakal merangsang pertumbuhan
sosioekonomi setempat dan juga membuka lembaran baru limpahan daripada peluang-peluang
pemerkasaan ekonomi trans border yang secara tidak langsung menyumbang kepada
pembangunan bandar-bandar dan ekonomi di bawah kerjasama Indonesia-Malaysia-Thailand
Growth Triangle, dengan izin
Bagi rakyat Terengganu, ini merupakan landasan kereta api pertama yang akan melalui
negeri Terengganu yang akan memberi manfaat kepada rakyat dalam konteks pengangkutan
dan juga ekonomi.
■1100
Tuan Yang di-Pertua, projek ECRL ini sebenarnya telah mula dibincangkan di pelbagai
peringkat semenjak tahun 1981 lagi. Sejak cadangan asalnya, perancangan menyeluruh, pelan
kewangan, kaji selidik pasaran dan kajian sudah dilaksanakan. Kajian kebolehlaksanaan telah
dilakukan sejak tahun 2007 dan kaji selidik pasaran melalui permintaan maklumat ataupun
request of information, dengan izin, telah dilaksanakan dari Mac sehingga Jun 2016. Menerusi
DN 8.12.2016 18
RFI ini, kerajaan telah menerima respons daripada 27 kumpulan dari lima buah negara yang
berbeza termasuk Korea, China, Australia, Amerika Syarikat dan Eropah yang berminat dalam
projek ini.
Melalui kajian ini spesifikasi teknikal termasuklah indikatif terhadap kos telah ditentukan.
Justeru semasa lawatan rasmi delegasi Malaysia ke Republik Rakyat China baru-baru ini,
beberapa perkara telah dibincangkan bagi meningkatkan pelaburan dan juga kerjasama
bilateral berterusan dengan Kerajaan China. Dalam rundingan itu, kedua-dua kerajaan telah
mencapai kata sepakat supaya projek ERCL ini dilaksanakan sebagai inisiatif projek
government-to-government (G-to-G) dengan izin, antara Kerajaan China dengan Malaysia
dengan kos sebanyak RM55 bilion. Kerajaan China turut mengemukakan tawaran pakej
kewangan yang menarik dan memberi kelebihan pada Malaysia.
Bagi membolehkan Malaysia mendapat terma kewangan yang terbaik ini dalam
rundingan G2G berkenaan syarikat pembinaan terbesar milik negara China iaitu China
Communications Construction Company (CCCC) telah dinominasikan oleh Kerajaan Negara
China untuk melaksanakan projek ECRL. CCCC syarikat reka cipta dan pembinaan terbesar di
China dan majoriti sahamnya dimiliki dan dikawal oleh Kerajaan China. CCCC juga mempunyai
rekod yang baik dalam projek-projek pembinaan besar termasuk di Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarikat CCCC sebenarnya tidak pernah
disenaraihitamkan oleh Bank Dunia. Penyenaraian hitam yang sering digembar-gemburkan
oleh pihak tertentu yang bertujuan memesongkan persepsi rakyat berkenaan bukan secara
langsung terhadap CCCC, sebaliknya kepada China Road and Bridge Corporation (CRBC)
yang bergabung dengan China Harbour Engineering Company Limited (CHEC) yang
merupakan syarikat-syarikat subsidiari di bawah CCCC. Pada tahun 2003, Bank Dunia
menjalankan penyiasatan ke atas projek pembinaan di Filipina dan mendapati wujud
persaingan tidak adil antara pihak pembida projek tersebut termasuk CRBC yang kemudiannya
disenaraihitamkan oleh Bank Dunia.
Dua tahun kemudian pada tahun 2015, CRBC bergabung dengan CHEC dan menjadi
syarikat subsidiari di bawah CCCC. CRBC disenaraihitamkan pada 12 Januari 2009 dan sudah
menghampiri tempoh tamat kerana sekatan dikenakan hanya untuk lapan tahun dan akan
keluar daripada senarai hitam tersebut pada bulan Januari 2017. Berdasarkan komitmen dan
prestasi syarikat berkenaan yang memberangsangkan, bukan sahaja di Malaysia kerajaan
yakin syarikat ini boleh memberikan hasil yang terbaik dan menyiapkan projek ECRL dan
tempoh yang bersesuaian dengan skala projek tersebut.
DN 8.12.2016 19
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia Rail Line
Sendirian Berhad (MRLSB), Kementerian Kewangan sedang memperhalusi syarat-syarat
perjanjian projek dan perjanjian pembiayaan dengan CCCC sebagai EPCC turnkey contractor
dan EXIM Bank of China. Di mana antara lainnya penekanan akan diberikan kepada
penglibatan kontraktor tempatan, penglibatan pekerja tempatan, penggunaan kandungan
tempatan dan pengehadan penggunaan barangan import dan pembinaan teknologi. Pelbagai
firma dan syarikat tempatan akan menerima manfaat langsung atau limpahan tidak langsung
daripada pelaksanaan projek ini yang dijangka akan bermula pada tahun 2017 setelah
perjanjian projek dan pembiayaan selesai dirundingkan.
Tuan Yang di-Pertua, dengan kerjasama yang dimeterai ini persahabatan dan hubungan
erat dengan negara China yang merupakan antara rakan dagangan terbesar Malaysia dapat
diperkukuhkan lagi. Pelaksanaan projek ini juga akan memberikan limpahan pertumbuhan
ekonomi Malaysia yang lebih mampan, value for money, dengan izin, dan boleh dirasai oleh
segenap lapisan rakyat di negara ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sila.
Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih
kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan-jawapan yang telah diberikan.
Walaupun ada pelbagai pandangan termasuk yang telah diberikan oleh Yang Berhormat
Menteri bahawa Syarikat CCCC itu dilihat sebagai satu buah syarikat yang tidak tersenarai
dalam kegiatan-kegiatan yang menjejaskan imejnya, tetapi terdapat juga laporan-laporan yang
menyatakan bukan sekadar syarikat induk sahaja.
Daripada segi amalannya kalau syarikat induk juga terjejas imejnya dalam hal-hal yang
berkaitan dengan korupsi ketika mereka berinteraksi untuk mendapatkan tender-tender dalam
sebarang projek yang besar, ia juga boleh memberikan kesan kepada anak-anak syarikat yang
sedang difikirkan oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan projek kereta api Pantai
Timur.
Soalan saya ialah, kenapakah tidak dibuat open tender dalam projek mega yang telah
melibatkan RM55 bilion duit rakyat di negara ini? Sedangkan ada kajian-kajian tempatan yang
menyatakan bahawa harga sebenarnya adalah antara RM36 hingga RM38 bilion sahaja.
Terima kasih.
Datuk Abdul Rahman Dahlan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan Yang
Berhormat Senator. Pertamanya izinkan saya untuk memberikan sedikit penerangan. CCCC
masih lagi beroperasi, ia sebuah syarikat yang besar, syarikat construction yang terbesar di
China, di punyai oleh negara China, Kerajaan China. CCCC ini beroperasi di seluruh dunia
DN 8.12.2016 20
bukan sahaja di Malaysia. Mereka mempunyai projek di Eropah, di Asia, di merata tempat di
Afrika dan sebagainya.
Walaupun kebimbangan itu dinyatakan oleh Yang Berhormat, kita telah mengambil kira
kebimbangan ini dan tidak adapun satu arahan dari Bank Dunia yang mengatakan mana-mana
negara tidak boleh beroperasi, tidak boleh berkolaborasi dengan Syarikat CCCC ini. Ini kerana
seperti mana yang saya nyatakan awal tadi, senarai hitam itu hanya dikenakan kepada
subsidiari yang sebelum itu pun belum menjadi anak syarikat kepada CCCC. Jadi apabila
mereka bergabung dan menjadi sebahagian daripada Syarikat CCCC, Bank Dunia tidak pernah
mengeluarkan bantahan ataupun sekatan kepada mana-mana negara untuk berurusan dengan
CCCC ini.
Jadi saya rasa ini satu kebimbangan yang terbit akibat ketidakpastian tetapi yakin dan
percayalah apabila kita berada di Beijing beberapa minggu yang lepas, Presiden China dan
juga Perdana Menteri China berada dengan kita untuk menyaksikan perjanjian ini
ditandatangani di antara dua buah negara. Takkanlah dua buah negara pemimpin besar,
Presiden dan juga Perdana Menteri China ini sanggup untuk hadir dalam sebuah majlis kalau
syarikat mereka itu syarikat yang telah disenaraihitamkan sebagai syarikat yang rasuah dan
sebagainya. Akan tetapi sanction dari Bank Dunia tidak ada. Malah CCCC ini beroperasi di
seluruh dunia sekarang ini.
Kemudian berkenaan dengan tender. Kita telah mendapat dalam membuat keputusan
untuk memberikannya kepada Syarikat CCCC ini berdasarkan G-to-G arrangement. Kalau kita
tidak menggunakan pendekatan G-to-G, kita buka sahaja begitu, kita tidak akan dapat
menerima tawaran pakej financial, cost financing yang begitu baik seperti mana yang telah
diberikan oleh Syarikat CCCC dan juga negara China kepada kita. Kalau kita open tender, dia
akan- kita rasakan kos akan meningkat kerana daripada request for information yang kita buat
sebelum itu di mana saya sebut tadi ada 27 buah syarikat kumpulan dari lima buah negara
Korea, China, Australia, Amerika Syarikat dan juga Eropah yang telah memberikan indikatif kos
mereka.
Kita dapati kos itu tidak berbaloi tetapi apabila kita gunakan pendekatan G-to-G dengan
China dengan mengatakan ini hubungan G-to-G, maka Kerajaan China dengan menggunakan
perkataan G-to-G menawarkan pakej kewangan yang amat baik. Itu hanya boleh dibuat dengan
menggunakan G-to-G approach.
Jadi kalau G-to-G bermakna Government of China akan menamakan anak syarikat
mereka untuk dijadikan kontraktor supaya kita dapat ditawarkan terma-terma kewangan yang
begitu baik. Itu sebabnya kenapa kita tidak open tender. Bukan bermakna kalau kita tidak open
DN 8.12.2016 21
tender, kita tidak mendapat pakej yang terbaik, kerana kita menggunakan pendekatan G-to-G
tadi. Jadi apabila G-to-G, kita dapat terma-terma kewangan yang baik tetapi pihak sebelah sana
pula mengatakan kalau Malaysia hendak terma-terma yang baik ini, tolong lantik syarikat kami
iaitu CCCC sebagai kontraktor.
■1110
Bila kita lihat daripada segi kepakaran CCCC, itu tidak boleh dinafikan. Mereka memang
mempunyai kepakaran dalam membina rangkaian kereta api di seluruh dunia. Malah di China
sekarang ini mereka mahu menambah landasan ataupun jajaran sampai 200 ribu kilometer
dalam masa beberapa tahun ini dan syarikat CCCC ini adalah antara syarikat yang terbesar.
Jadi daripada segi itu, Tuan Yang di-Pertua saya rasa kita mendapat sebuah pakej yang
terbaik sementara kita mendapat terma kewangan yang terbaik yang saya rasa tidak akan kita
dapat daripada mana-mana pembida melalui open tender. Keduanya kita dapat expertise
daripada sebuah syarikat yang berwibawa. Akan tetapi yang lebih penting daripada itu, dengan
adanya projek ini dia juga dapat merapatkan Malaysia dengan sebuah negara yang akan bakal
menjadi ekonomi terbesar di dunia dalam masa yang terdekat ini.
Jadi, banyak kebaikannya untuk kita berurusan dengan mereka. Selain daripada
ekonomi, kita juga dapat merapatkan hubungan. Kita kena ingat, itu sebab dia kata dalam
jawapan dalam Dewan Rakyat, bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan
pendekatan ini, dia mengulangi apa yang Allahyarham Tun Abdul Razak buat pada tahun 1970-
an bila Allahyarham Tun Abdul Razak mengiktiraf China sebagai rakan mereka secara
diplomatik. Ini telah memberikan kita banyak kelebihan daripada negara-negara lain dalam kita
berurusan dengan satu buah negara yang bakal menjadi ekonomi terbesar dalam dunia. Terima
kasih.
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Mohon soalan.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan saya patut ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Penjelasan
yang cukup baik, yang cukup jelas yang telah merungkaikan banyak keraguan tentang
pelaburan negara China di negara kita pada hari ini. Yang Berhormat Menteri, kita memang
bersyukur dan berterima kasih dapat menarik pelaburan yang begitu besar. Cuma persoalan
saya, dua persoalan saya, dalam pelaburan yang begitu besar di negara China ini, apakah
syarikat-syarikat bumiputera berpeluang untuk mengambil bahagian dan terlibat sama dalam
pelaburan yang besar ini?
DN 8.12.2016 22
Kedua, apakah jaminan seratus peratus pihak kerajaan supaya syarikat bumiputera ini
akan terus diberi peluang selagi syarikat besar negara China ini beroperasi di negara kita?
Terima kasih.
Datuk Abdul Rahman Dahlan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi makluman
Yang Berhormat, perkara ini memang kita telah bincangkan secara menyeluruh. Sebenarnya
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun berkali-kali mengingatkan MRLSB dan juga EPU
supaya memastikan bahawa komponen untuk syarikat-syarikat tempatan itu dapat dipastikan
diberi kepada syarikat-syarikat tempatan.
Kalau kita lihat daripada segi pengalaman kita dalam MRT contohnya, satu lagi projek
besar yang sedang berlangsung sekarang ini. Kita wujudkan Program Carve-Out, berpuluh
bilion, berbelas-belas bilion yang kita bagikan kepada syarikat-syarikat tempatan. Itu tidak
menjadi masalah kerana kita dah ada pengalaman, malah Jambatan Pulau Pinang yang kedua
juga kita ada juga kandungan daripada projek besar itu yang telah kita serahkan kepada
syarikat-syarikat tempatan.
Terutamanya kerja-kerja sivil, civil construction yang memang banyak syarikat-syarikat
Malaysia yang mempunyai kepakaran. Akan tetapi kalau daripada segi, contohnya pekerja,
kalau dia labour, yang buruh kasar ini, yang ini suka tidak suka saya rasa kita terpaksa
memberikan peluang kepada mereka untuk membawa pekerja, kalau orang Malaysia sendiri
tidak mahu bekerja untuk membuat construction. Sekarang ini pun kalau dia tidak bawa
daripada China contohnya, sudah tentu mereka akan ambil dari Bangladesh dan sebagainya.
Memang pun pekerja luar, tetapi apa Yang Berhormat maksudkan tadi itu daripada segi
pengagihan kontrak, itu kita akan masukkan dalam terma perjanjian, insya-Allah. Sebagai
menjawab kepada kebimbangan Yang Berhormat Tan Sri tadi berkenaan dengan sama ada
syarikat-syarikat Malaysia akan tercicir dalam penganugerahan projek-projek ini. Insya-Allah, ia
akan ditermakan dalam perjanjian itu nanti sebagai sebahagian daripada ikatan kita dengan
Syarikat CCCC ini. Terima kasih.
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Mohon satu lagi soalan.
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Mustapa, sila.
Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita
bersyukur kerana kita memiliki Kerajaan Barisan Nasional yang baik. Hendak majukan kepada
negeri-negeri yang bukan dimiliki oleh Barisan Nasional. Soalan saya ada berkaitan dengan
Yang Berhormat Menteri tentang ECRL. Kita mengetahui bahawa ia melibatkan empat buah
negeri, termasuklah negeri bukan diperintah oleh Barisan Nasional. Soalan saya ini saya
hendak tanya pada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan telah pun menyelesaikan laluan
DN 8.12.2016 23
tanah untuk dibuatkan landasan kerana umum mengetahui bahawa pengambilan tanah adalah
berkaitan dengan kerajaan negeri. Kita tidak mahu isu kelewatan yang disebabkan oleh
kerajaan tertentu akan mengganggu gugat perjalanan projek ini.
Akhirannya, mereka jadikan sebagai politik isu untuk menyerang kerajaan pada masa-
masa akan datang. Jadi soalan saya, adakah kita telah pun ada satu bentuk kaedah perjanjian
supaya tidak ada kuasa-kuasa politik ini untuk mengganggu gugat perancangan kerana makin
akan digugat oleh pengambilan tanah, masa yang panjang, dia akan melibatkan kos yang
tinggi. Jadi itu sahaja. Terima kasih.
Datuk Abdul Rahman Dahlan: Terima kasih Yang Berhormat dan tahniah atas
pelantikan sebagai Senator. Sama ada negeri-negeri yang akan terlibat dalam projek ini
memberikan kerjasama atau tidak, itu kita berdoa supaya kerajaan, semua kerajaan dari
Kelantan ke Terengganu ke Pahang dan juga Selangor dan juga Wilayah, supaya mereka dapat
memberikan kerjasama.
Ini satu projek nasional yang besar yang diilhamkan oleh Yang Berhormat Perdana
Menteri atas kesedaran beliau bahawa kita kena memberikan peluang pada Pantai Timur untuk
bergerak senada, serentak, selangkah dengan keseluruhan negara kita. Kita tahu sekarang ini
pembangunan banyak tertumpu pada Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan kerajaan pun
telah banyak mengumumkan projek-projek infra yang besar di Sabah dan Sarawak.
Jadi, sekali ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat pengumuman yang
cukup besar, a game changer untuk ekonomi dan juga penduduk Pantai Timur dan ini akan
mengubah landskap ekonomi Pantai Timur. Bila mana nanti hubungan ini akan mengeratkan
lagi, merapatkan lagi atau memendekkan lagi perjalanan, bukan sahaja penumpang tetapi juga
barang.
Jadi this is a game changer, sebab itu saya minta negeri-negeri yang terlibat ini melihat
ini sebagai satu projek yang dianggap sebagai pemangkin kepada perubahan secara total
ekonomi di Pantai Timur. Saya nak bagi pujian kepada ECER, kita punya regional body yang
menjaga negeri-negeri di Pantai Timur ini. Mereka yang telah memberikan pandangan dan
meminta supaya laluan ini dibuat dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri walaupun ada
Perdana Menteri sebelum ini yang mencadangkan laluan ini, tetapi tidak ada sorang pun yang
berani untuk tampil ke depan untuk membuatnya.
Hanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul
Razak yang kata it is time now. Masanya sudah tiba untuk kita memberikan sesuatu pada
Pantai Timur dan rakyat di Pantai Timur sama peluang, sama kebarangkalian untuk maju ke
depan memberikan mereka peluang kehidupan yang lebih baik, pekerjaan, peluang perniagaan
DN 8.12.2016 24
dan sebagainya sama dengan Pantai Barat. Jadi, di Pantai Barat kita sudah ada North-South
Highway, kita hendak bina lagi high speed railway di antara Kuala Lumpur dengan Singapura,
kita ada double tracking, kemudian di Sabah Sarawak kita ada Pan Borneo, jadi Pantai Timur
bagaimana? Jadi inilah, kita kena lihat semua perbahasan kita ini menjurus kepada usaha Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengimbangi pembangunan di seluruh Malaysia.
Sebab itu saya minta kerajaan, terutama kerajaan-kerajaan yang bukannya Barisan
Nasional dan saya pasti mereka akan membantu. Saya hendak bersangka baik dahulu.
Sampailah satu tahap nanti bila kita berdepan dengan mereka, ada masalah dan kita akan
selesaikan. Akan tetapi buat masa ini saya bersangka baik bahawa negeri-negeri ini,
terutamanya negeri Kelantan yang begitu baik sekarang ini, rapat dengan kita akan
memberikan kita laluan yang cukup baik untuk membina jambatan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih banyak dan
saya sekarang ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman
telah menjawab dengan terang dan nyata. Sekarang saya hendak beralih ke soalan nombor 6.
Dato Seri Boon Som a/l Inong.
■1120
6. Datuk Seri Boon Som A/L Inong minta Perdana Menteri menyatakan, bilangan penjawat awam yang memilih untuk bersara awal dalam tempoh 10 tahun lalu, punca mereka berbuat demikian serta kesannya terhadap kelancaran dan mutu perkhidmatan awam di negara ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Devamany A/L S.
Krishnasamy]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Seri Boon Som A/L Inong yang mengemukakan soalan mengenai pesara.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah seksyen 12, Akta
227/239 seseorang penjawat awam boleh memohon untuk bersara awal sekiranya telah
memenuhi syarat-syarat berikut termasuk:
(i) telah disahkan dalam jawatan;
(ii) telah diluluskan pemberian taraf berpencen;
(iii) berumur 40 tahun dan ke atas;
(iv) mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang
boleh dimasuk kira;
(v) permohonan persaraan pilihan disokong oleh ketua jabatan; dan
(vi) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
DN 8.12.2016 25
Bagi tempoh 2006 hingga 2016, sejumlah 71,700 orang penjawat awam telah diluluskan
permohonan bersara awal. Antara asas permohonan untuk bersara awal termasuklah faktor
kesihatan yang merosot, ingin memberi perhatian kepada keluarga, menceburi bidang
perniagaan atau mendapat pekerjaan lain dan tidak mampu lagi untuk menanggung bebanan
tugas sedia ada.
Oleh sebab setiap permohonan bersara awal perlu mendapat sokongan ketua jabatan
dan jawatan yang ditinggalkan diisi melalui kenaikan pangkat pegawai sedia ada dan pelantikan
baru, maka tiada implikasi negatif yang dilaporkan terhadap kelancaran dan mutu perkhidmatan
awam di negara ini yang disebabkan oleh penjawat awam yang bersara awal. Sekian, terima
kasih.
Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan
saya berasaskan jumlah penduduk, saiz bertugas perkhidmatan awam negara ini hampir 1.6
juta orang, dikatakan adalah antara yang terbesar di dunia. Sejauh mana kebenaran tanggapan
ini dan adakah kementerian berhasrat mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih linear,
dengan izin, pada masa akan datang serta berapakah jumlah pencen yang dibayar pada
penjawat awam yang bersara pada setiap bulan dan berapakah bilangan mereka? Terima
kasih.
Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy: Terima kasih Yang Berhormat. Soalannya
begitu banyak sekali Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman tepat, walaupun jawatan itu telah
diperuntukkan 1.6 juta tapi jumlah yang dijawat atau perjawatan yang telah diisi setakat ini
sehingga Oktober 2016 - 1,464,702 bukanlah 1.6 juta. Maka 200 ribu dan pengisian daripada
jawatan itu sedia ada adalah hanya 1,264,842 pengisian yang telah diisi. Yang Berhormat, ini
adalah kerana tuan Yang di-Pertua, adalah kerana dinamisme. Orang yang bersara dan orang
yang masuk kerja isi jawatan yang belum diisikan. Maka oleh sebab ada dia punya dinamik dan
mobiliti dia, dia akan selalunya tidak tepat dengan angka yang kekal, ia anjal selalu.
Untuk jawapan Yang Berhormat bahawa kita adalah satu-satunya kerajaan yang
mempunyai jumlah kakitangan awam yang begitu besar sekali di seluruh dunia. Bila Dasar
Ekonomi Baru dilancarkan, salah satu daripada denyutan yang begitu penting dalam Dasar
Ekonomi Baru pada zaman itu pengagihan kekayaan dan juga kesaksamaan dalam semangat
itu. Untuk memberi perjawatan memberi keupayaan kepada rakyat. Bermula dari sana Tuan
Yang di-Pertua, maka ramai dapat kerja. Akan tetapi kalau kita nampak sekarang dalam dasar-
dasar yang kita lalui sekarang, daripada Dasar Ekonomi Baru kepada Dasar Pembangunan
Negara, Dasar Wawasan, sekarang kita masuk Dasar Transformasi Negara sampai tahun
2020.
DN 8.12.2016 26
Dalam itu Model Ekonomi Baru di mana kita fokus kepada Government Transformation
Programme (GTP), Economic Transformation Programme (ETP) dan Social Transformation
Programme (STP). Salah satu akar umbi dalam dasarnya adalah 92 peratus daripada
pembangunan ekonomi, pembangunan negara mesti dijuruskan kepada sektor swasta dan 8
peratus sahaja akan dijana oleh sektor awam, daripada segi pembangunan ekonomi.
Dalam perspektif itu, kita akan buat migrasi daripada keupayaan sumber manusia di
mana sektor swasta akan jadi sumber penjanaan kekayaan negara, dalam proses K-Ekonomi
dan digital ekonomi akan jadi induk kepada perjuangan kita. Dalam proses itu eGovernment
juga akan turut bersama dan kita ke arah TN50 sekarang. Dalam proses itu saya ingin
mengatakan kepada Yang Berhormat bahawa kita dalam proses peralihan. Itu sebabnya kalau
kita nampak pada tahun 2011 sehingga 2016, kita nampak pesara itu begitu tinggi sekali kerana
kita ada dua rasionalisasi. Pertama, 55 tahun sampai 58 tahun lepas itu 60 tahun.
Kita sudah ada satu gap, maka daripada 2006 sehingga 2011 hanya 4,000 orang saja
yang akan bersara. Tiba-tiba daripada 2012 hingga 2016, kita nampak hampir 7,000 hingga
11,000 bersara. Ini menunjukkan migrasi sedang berlaku. Proses itu akan mengambil masa
kerana mereka sudah ada tanggungjawab, keluarga, maka tidak boleh dibuat mendadak, perlu
membuat keupayaan dan kita hantar mereka untuk terus ke swasta dalam proses itu. Ini satu
proses yang akan berlakulah.
Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kerana saya rasa proses untuk
mengurangkan jumlah kakitangan awam sedang berlaku. Akan tetapi baru-baru ini saya ada
dengar 2 ribu lebih doktor dan orang-orang dalam perubatan macam dentistry dan juga farmasi
terpaksa diambil. Saya akui bahawa kita perlu ada keimbangan dan juga penyelarasan dengan
sumber manusia, universiti dan juga peluang pekerjaan. Bila kita biarkan para graduan tidak
ada kerja, mereka akan menjadi masalah kepada kita seperti Arab Spring. Maka kita kena jaga
kenegaraan, kesejahteraan dan sumber manusia. Terima kasih.
Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah: [Bangun] Terima kasih. Ini berpunca
daripada penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan ETP dan expect job
creation. Memang saya akui, salah satu sasaran ETP ialah job creation. Akan tetapi tentang
graduate, isu saya ialah kalau kita tengok daripada segi pencapaian 67 peratus ETP dari expect
job creation, banyak kita nampak juga miss match dari type of job created dengan orang yang
mencari kerja. Ini menyumbang kepada pengangguran yang tinggi, itu satu expect. Adakah
kementerian yang buat, sasaran itu okey tetapi langkah-langkah untuk handle miss match itu,
satu.
DN 8.12.2016 27
Kedua, isu neoliberalism kalau kita tengok yang diamalkan oleh kerajaan sekarang dan
kalau kita banding dengan mana-mana negara. Biasanya konsep neoliberalism, there’s no
solved problem of unemployment. Bila ia neoliberalism, peranan kerajaan dalam perniagaan itu
kurang sedikit. Daripada segi you cannot force private sector to follow you punya trend. Apa
langkah kerajaan akan ambil dalam trend neoliberalism ini. Kalau tidak ada neoliberalism pun,
you tidak boleh menggalak investment. Apa langkah kerajaan untuk memastikan job creation itu
in the right top jobs akan dicreated. Terima kasih.
Dato’ Sri Devamany A/L S. Krishnasamy: Terima kasih Yang Berhormat, saya suka
pendekatan soalan ini dipertanyakan. Pertama, saya rasa kita sudah migrate. Kita sudah
berhijrah daripada pemikiran dulu dengan pemikiran sekarang. Liberalisme terpaksa berlaku
kerana dunia bergerak dengan begitu pantas sekali. Jenis kerja pun berubah, kita ada ramai
pekerja dari luar. Kalau syarikat-syarikat tidak mempunyai sumber manusia yang berupaya,
mereka akan cari pekerja luar. Mereka akan tinggalkan pekerja kita. Maka, hala tuju negara
memang bagus. Akan tetapi gap yang berlaku adalah unemployability, graduate kita
unemployability. Adakah pendekatan kita, bila kita tengok Kementerian Sumber Manusia up
skilling of graduates.
■1130
Kemudian, job matching. Kadang-kadang kita terlalu akademik, Yang Berhormat. Saya
setuju kita terlalu akademik sehingga mereka tidak bersedia untuk pasaran kerja. Maka inilah
pendekatan yang kita betul-betul tengah kaji. Pelbagai institusi. Tidak ada masa saya hendak
terangkan satu-satu. Banyak institusi yang ada di Jabatan Perdana Menteri oleh MoF dan
banyak kementerian lain, Kementerian Sumber Manusia khususnya untuk buat perkara ini.
Macam TERAJU, EKUINAS semua terlibat dalam cara pendekatan begini.
Satu lagi sebab saya rasa ayah bonda perlu memainkan peranan. Ini kerana terlalu
memanjakan anak-anak. Maka dia pilih kerja. Dia tidak mahu mula dari bawah. Dia hendak
cepat-cepat ke menara gading dan cara hidup yang mewah. Bila tidak ada insan-insan yang
ingin bekerja keras dengan disiplin dan kekentalan, maka kita tidak boleh bersaing di persada
dunia. Itulah masalah kita. Maka banyak faktornya.
Maka saya mengakui bahawa new liberalism itu memberi kita cabaran yang tinggi tetapi
kita akan bersedia untuk mereka, dan the ball is rolling, dengan izin. Thank you.
DN 8.12.2016 28
7. Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan, status terkini rasionalisasi aset air milik kerajaan negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad dan bagaimanakah kerjasama efektif di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri bagi memastikan selenggaraan kawasan sumber air negeri dan negara dilestarikan dan menjamin bekalan air bersih terawat kepada pengguna.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Dato’ Sri Dr. James Dawos
Mamit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk
Hajah Mariany binti Mohammad Yit, hingga kini terdapat lapan buah negeri telah
memuktamadkan penstrukturan industri air mereka. Negeri-negeri ini ialah Melaka, Negeri
Sembilan, Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kelantan. Tiga buah negeri lagi
belum memuktamadkan penstrukturan industri air mereka.
Dalam penstrukturan ini, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mengambil alih semua
hutang negeri dan aset-aset industri air negeri. PAAB adalah sebuah badan yang ditubuhkan
oleh kerajaan pada 5 Mei 2006. Peranan PAAB adalah penting kepada negeri-negeri sebab
operator rawatan air dan sebagainya sudah tidak mampu membayar hutang-hutang mereka.
Namun, walaupun PAAB sudah mengambil alih aset-aset industri air negeri, tetapi aset ini boleh
juga diberi kepada operator dalam negeri untuk meneruskan operasi rawatan air di dalam
negeri dan penyebaran ataupun distribution air di dalam negeri.
Kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri memang
sudah terjalin. Pertamanya kewujudan Majlis Sumber Air Negara. Majlis Sumber Air Negara,
keahliannya ialah semua negeri di dalam negara kita ini dan diwakili oleh Menteri Besar, dan
Ketua Menteri. Majlis ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan di peringkat
Persekutuan, kementerian yang menjadi ahli-ahli majlis ini Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar yang menjadi sekretariat, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan
Komoditi.
Kerjasama di dalam majlis ini kewujudan tiga Jawatankuasa Teknikal. Di dalam
jawatankuasa teknikal inilah mereka turun padang dan menilai sumber air kita. Sumber air
negara.
Kedua, kerjasama juga terjalin dalam krisis air. Kalau krisis air berlaku, tidak mencukupi
air di sesebuah negeri, maka Kerajaan Persekutuan atau KeTTHA membantu dalam perkara ini
supaya air terawat boleh dihantar kepada penduduk-penduduk yang sudah tidak dapat air lagi
lebih-lebih lagi catuan air.
DN 8.12.2016 29
Ketiga, pengurusan sungai-sungai. Ini adalah amat penting kerana yang penting bagi
rawatan air sungai bersih dan bukannya sungai tercemar. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan dan
kerajaan negeri bersama memantau apakah berlaku di sungai-sungai di negara kita sama ada
ia tercemar ataupun tidak. Kerjasama yang terjalin juga adalah di dalam mewujudkan kawasan
tadahan air. Ini adalah penting sebab kawasan tadahan air, ia semestinya hutan rimba dan
bukannya ladang kelapa sawit atau lain-lain yang ditanam. Jadi hutan rimba ini seharusnya
diwartakan sebagai hutan simpan kekal dan menjadi kawasan tadahan air. Jika tidak
diwartakan, mungkin ia dicerobohi. Sekian, terima kasih.
Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Tuan Yang di-Pertua, saya ada soalan
tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat
Timbalan Menteri. Saya ingin merujuk kepada empat perkara yang menjadi kerjasama- tiga
atau empat perkara tadi yang kerjasama di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri iaitu
dalam perkara mencari sumber air dan pengurusan sungai bersih. Saya tidak dapat baca
tulisan saya.
Soalan saya, apakah status perancangan strategik liberalisasi pencarian sumber air
bawah tanah bagi memastikan kita tidak lagi bergantung semata-mata kepada sumber air
permukaan bumi? Seterusnya, adakah kementerian mempunyai perancangan bagi menjadikan
Tasik Putrajaya sebagai sumber bekalan air mentah pilihan bagi memastikan masalah bekalan
air di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan lebih reliable, dengan izin. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua.
■1140
Saya amat bersetuju dengan pandangan Senator kerana sumber air bawah tanah
adalah penting kepada negara. Kalau kita bandingkan rizab air permukaan ataupun surface
water 90 billion cubic meter tapi rizab air bawah tanah 600 billion cubic meter.
Oleh itu, kerajaan perlu menggunakan juga sumber air bawah tanah. Sebab nanti
kalaulah air di permukaan sungai sudah kering, sudah tidak ada air lagi di manakah kita
mendapat sumber baru kalau bukan di bawah tanah. Kita sudah tahu sumber air bawah tanah
kita dan Jabatan Mineral dan Geosains sentiasa memantau perkara ini. Seperti mana yang
saya telah sebut hari Isnin dalam jawapan saya, saya mengatakan 33 loji air sudah pun tidak
beroperasi disebabkan air dalam sungai sudah cetek dan tidak dapat di pam lagi untuk dirawat.
Jadi 33 buah loji ini perlu kita menerokai telaga air bawah tanah yang berhampiran
dengan loji-loji ini supaya mudah untuk operator air menjalankan operasi. Tasik Putrajaya saya
memang setuju dengan pandangan Yang Berhormat tentang perkara ini. Akan tetapi setakat ini
DN 8.12.2016 30
belum lagi diterokai sebab penilaian belum lagi dibuat. Ini kerana pertamanya kualiti air di dalam
tasik itu juga perlu kita ketahui sama ada ia kualiti yang bersih ataupun tidak.
Di dalam negara kita, piawaian kualiti air di bawah National Water Quality Standard ada
5 Kelas. Kelas pertama bersih; kelas kedua bersih; kelas ketiga bersih; tetapi ia tercemar tetapi
tidak teruk tercemar- kelas keempat; dan kelas kelima adalah tercemar.
Kelas kelima, air di sungai itu dianggapkan ia sudah mati sebab kandungan oksigen
sudah tidak ada lagi. Ikan pun tidak boleh hidup di situ.
Oleh itu, inilah penilaian juga yang perlu dibuat di Tasik Perdana di Putrajaya. Selepas
itu barulah kerajaan barulah kerajaan boleh buat keputusan. Sekian, terima kasih.
8. Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah Minta Menteri Kesihatan menyatakan, purata masa menunggu atau average waiting time, untuk 'posting' housemanship dan Pegawai Perubatan, dan juga nyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengurangkan masa menunggu.
Timbalan Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Yang
Berhormat Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan
soalan nombor 17 daripada Yang Berhormat Datuk Zali bin Mat Yasin kerana isunya adalah
sama Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, jumlah graduan perubatan
setiap tahun semakin meningkat. Tahun ini dijangka dalam 5000 orang graduan untuk
perubatan dan untuk pergigian hampir 1000. Dijangka jumlah ini dijangka meningkat setiap
tahun. Unjurannya pada tahun 2017 sehingga ke hadapan lebih kurang 5500 orang graduan
perubatan luar negeri dan dalam negeri. Untuk pergigian dalam sekitar 1000 orang graduan
untuk pergigian.
Memang average Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, average waiting time untuk
mendapatkan posting memang panjang. Enam bulan, lapan bulan sehingga 10 bulan sebelum
ini. Akan tetapi untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tindakan yang telah diputuskan oleh
kerajaan untuk mengatasi masalah lambakan dan mengurangkan masa menunggu graduan
perubatan dan pergigian untuk ditempatkan di fasiliti kesihatan ialah dengan pelaksanaan
kaedah pelantikan secara kontrak Tuan Yang di-Pertua. Keputusan ini telah diumumkan oleh
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2017 yang kita sedang
bahas sekarang ini.
DN 8.12.2016 31
Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun melaksanakan keputusan ini secara berfasa
di mana kumpulan pertama yang melibatkan graduan perubatan telah dilantik secara kontrak
dan ditawarkan penempatan mulai 5 Disember baru-baru ini. Manakala bagi graduan pergigian,
urusan akan dibuat mulai 9 Januari 2017 selepas urusan temu duga dan tawaran pelantikan
kontrak dikeluarkan oleh SPA Tuan Yang di-Pertua.
Kementerian merancang melaksanakan urusan pelantikan dan penempatan ke atas
graduan berkenaan setiap dua bulan sekali sebaik sahaja urusan pelantikan oleh SPA selesai.
Manakala urusan pilihan penempatan akan dibuat secara online Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan
saya dua aspek. Kalau kita tengok daripada segi tempoh menunggu ini pada saya disebabkan
oleh dua aspek. Satu seperti yang telah diterangkan sekarang daripada segi bilangan graduan
yang telah tinggi kalau terlampau tinggi kalau dibandingkan dengan position yang available
bukan daripada segi keperluan di hospital. Itu satu aspek di mana kementerian saya rasa
sedang menjalankan beberapa perbincangan dengan JPA. Salah satunya langkah kontrak
sebanyak 2600.
Soalan saya berkenaan dengan kontrak itu, ia cuma untuk kohort ini sahaja. Kita masih
belum ada penyelesaian untuk masa-masa akan datang. Akan tetapi saya harap ada. Itu satu
aspek sahaja daripada segi imbalance antara graduan dengan position available.
Akan tetapi lagi satu yang saya hendak menimbulkan ialah isu daripada segi accredited
hospital. Kalau kita tengok, saya rasa dari tahun 2015 selepas specialist conference, bilangan
accredited hospital itu telah bertambah ke 44 buah hospital sekarang. Maksud saya accredited
hospital ini di mana graduan boleh menjalankan latihan housemanship.
So soalan saya berkenaan dengan accredited hospital ini satu, sama ada kerajaan akan
menambah. Ini daripada segi aspek infrastructure bilangan accredited hospital, satu.
Kedua, sama ada akan menimbang untuk menggunakan private hospital sebagai
accredited hospital dengan syarat dia ikut keperluan Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, tentang accredited hospital itu
memanglah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Senator memang tepat. Sekarang ada
44 accredited hospital, dan memang kita cadang hendak tambah lagilah. Satu, Hospital Shah
Alam yang baru sahaja dirasmikan oleh Tuanku Sultan Selangor baru-baru ini.
Kedua, kita juga mempertimbangkan Hospital Tentera juga kita hendak masukkan,
melibatkan jadi accredited hospital untuk latihan.
Selain daripada itu, memang kita juga buka peluang ini kepada pihak hospital swasta
tetapi ada syarat-syarat tertentu terutamanya satunya dia kena bayar gaji. Saya yakin dan saya
DN 8.12.2016 32
jangka ada hospital swasta yang mahu menerima doktor pelatih. Kalau dia hendak jaga imej
dia, takut buat silap dan sebagainya jadi kemungkinan mereka tidak akan terimalah kerana
syarat-syaratnya dia kena bayar gaji.
Jadi tidak mungkin mereka akan terima. Jadi kita bergantung penuh kepada hospital
kerajaan. Insya-Allah apabila ada tambah lagi hospital yang berpakar, maka kita boleh tambah
lagi tempat-tempat latihan.
■1150
Tentang kontrak kerajaan memang kita akan teruskan cara ini tetapi maknanya mereka
selepas membuat latihan dua tahun ataupun setahun dan perkhidmatan wajib dua tahun,
mereka ada pilihan sama ada hendak berhenti daripada kerajaan atau sambung lagi. Itu
terpulang kepada masing-masinglah, Tuan Yang di-Pertua. Pada masa yang sama, kita juga
memohon kepada JPA supaya menambahkan lagi perjawatan doktor perubatan dan juga
pergigian dan juga farmasi, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, ada soalan? Sila.
Datuk Rabiyah binti Ali: Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan
disebabkan oleh banyak penambahan dan juga kakitangan daripada housemen ini, jadi kita
minta apakah MMC tidak berhasratkan untuk menjadikan hospital swasta atau klinik-klinik yang
didaftarkan di bawah kawal selia oleh MOH sebagai venue penempatan latihan housemanship
kepada graduan perubatan, pergigian dan farmasi bagi menjalankan latihan ikhtisas mereka.
Sempena dengan ini saya juga mengambil kesempatan sebagai Senator yang baru
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Yang
Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan juga kepada Yang Berbahagia
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil atas pelantikan saya yang telah memberikan saya kepercayaan
dan amanah untuk memegang jawatan ini. Sekian, terima kasih.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk
Rabiyah. Memang kalau hendak jadi hospital latihan mestilah menepati beberapa kriteria,
antaranya mesti ada pakar, yang residen pakar, baru boleh. Residen pakar bermakna- sebab ia
melalui dua tahun Tuan Yang di-Pertua, dan berbagai-bagai-bagai disiplin. Setiap disiplin empat
bulan kemudian- jadi enam disiplin semuanya dan maknanya hospital itu kena ada semua
disiplin itu, barulah mereka layak untuk menjadi hospital untuk latihan. Setiap pakar kita
DN 8.12.2016 33
tempatkan- kita cuma letakkan lima orang pelajar graduate ini di bawah tiap-tiap pakar dan tiap-
tiap pelatih ini di hadkan kepada tiga atau empat katil sahaja.
Jadi, kriteria ini semuanya kena ada sebelum mereka melantik. Pihak swasta seperti
yang saya jawab tadi bahawa memanglah mereka ada reserved sedikit tentang perkara ini
kerana mereka hendak jaga imej mereka. Kalau mereka pilih doktor pelatih di fasiliti mereka
mungkin boleh menjejaskan imej hospital masing-masing. Oleh sebab itu, setakat ini belum ada
lagi hospital swasta yang ingin mengambil bahagian sebagai hospital pelatih, Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Sekarang Dato’ Sri Khairudin Samad.
9. Dato' Sri Khairudin Samad minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, ketegasan dan menyiasat mana-mana syarikat telekomunikasi yang tidak bertanggungjawab menjual data peribadi pelanggan kepada syarikat penyebar khidmat pesanan ringkas (SMS).
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Dato' Jailani bin Johari]: Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang
menanyakan soalan. Sebelum saya menjawab soalan, saya juga ingin mengalu-alukan
kedatangan MIC Bahagian Tanjung Malim ke Dewan Negara ini [Tepuk] Diharap lawatan ini
akan memberi manfaat kepada tetamu yang hadir pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian
Komunikasi dan Multimedia melalui jabatannya iaitu Jabatan Perlindungan Data Peribadi
ataupun, dengan izin, JPDP telah menguatkuasakan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
ataupun Akta 709 untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial.
Di sini, transaksi komersial bermaksud apa sahaja transaksi, termasuk pembekalan ataupun
pertukaran barang atau perkhidmatan agensi, pelaburan, pembiayaan, perbankan ataupun
insurans. Sepanjang tahun 2016, tiada aduan yang diterima oleh pihak JPDP mengenai
penjualan data peribadi oleh syarikat telekomunikasi.
Sekiranya terdapat sebarang aduan dan disertakan dengan butiran yang jelas, pihak JPDP
bekerjasama dengan SKMM iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menjalankan
siasatan terperinci.
Oleh sebab ia merupakan kesalahan di bawah seksyen 130 Akta 709, di mana jika
disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 ataupun penjara tidak
melebihi tempoh tiga tahun ataupun kedua-duanya. Walau bagaimanapun, untuk makluman
Dewan yang mulia ini pihak JPDP masih menerima aduan-aduan lain yang di mana sehingga
DN 8.12.2016 34
kini sebanyak 233 aduan dan sebanyak 43 aduan ataupun 20 peratus daripada aduan tersebut
telah pun berjaya diselesaikan. Kebanyakan aduan-aduan yang diterima adalah seperti berikut:
(i) memproses data peribadi tanpa persetujuan;
(ii) data peribadi digunakan bagi tujuan pemasaran langsung ataupun direct
marketing, dengan izin;
(iii) kekeliruan mengenai terma dan syarat yang terkandung dalam notice
privacy;
(iv) pelanggaran keselamatan; dan
(v) perkongsian data peribadi tanpa persetujuan subjek data.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan silakan Yang Berhormat.
Dato' Sri Khairudin Samad: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya
kadang-kadang saya hairan juga, bukan masalah peribadi sangat. Ia yang pertama, saya tidak
bermain ekor ataupun kita lebih ketahui KTM. Ini bukan Kereta api Tanah Melayu Yang
Berhormat Timbalan Menteri, ini Kuda, Toto dan Magnum. Saya masih ingat lagi Yang
Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi, beliau
sendiri pun terima. Daripada mana mereka ini dapat butir-butir kita, nombor telefon kita, dia
selalu hantar untuk kita ambil bahagian dalam perjudian ini dan perjudian-perjudian lain untuk
kita mengambil bahagian. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri,
apakah prestasi sebenar di mana JPDP pada masa ini? Jumlah kes yang telah diambil tindakan
kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri ada butir-butir berkenaan? Terima kasih.
Dato' Jailani bin Johari: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebenarnya pihak
JPDP akan memastikan semua pengguna data peribadi dalam transaksi komersial, saya
nyatakan transaksi komersial itu, mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi.
Sekiranya terdapat mana-mana data itu telah disalahgunakan, ia merupakan satu kesalahan di
bawah Akta 709. Merujuk kepada soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Senator, untuk
makluman, KPI bagi Akta Perlindungan Data Peribadi sebenarnya tidak dirancang untuk diukur
melalui jumlah tangkapan ataupun siasatan yang dijalankan.
Akan tetapi ia berdasarkan kepada kesediaan pengguna untuk mematuhi Akta 709
secara sepenuhnya. Jadi, pihak JPDP akan sentiasa memberikan fokus kepada meningkatkan
kesedaran dan kesediaan pengguna untuk merubah dan mewujudkan satu tadbir urus data
peribadi berdasarkan kepada Akta 709.
Kepada soalan kedua Yang Berhormat Senator berkaitan dengan kes sehingga
daripada kewujudan pertama Jabatan Perlindungan Data Peribadi, setakat ini 13 kes telah pun
DN 8.12.2016 35
dibuka kertas siasatan. Di mana lapan kes masih menunggu arahan daripada pihak Timbalan
Pendakwa Raya dan lima kes lagi masih dalam siasatan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat.
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin sedikit soalan
untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat Dato’ Sri Khairudin. Baru-baru ini kita acap kali dengar kebocoran keputusan
peperiksaan yang berlaku. Jadi, merujuk kepada perlindungan data peribadi ini, sejauh mana
langkah pengawalan dan tindakan daripada pihak kerajaan untuk mengelak perkara ini
daripada terus berlaku? Kita dengar dalam social media pun sering kali dibangkitkan masalah
ini, kebocoran keputusan peperiksaan sekolah. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan.
Dato' Jailani bin Johari: Pertamanya, tahniah kepada sahabat sayalah, Saudara
Azwan yang telah dilantik sebagai Senator.
■1200
Ingin saya berkongsi pandangan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya apabila
kita bercakap tentang data peribadi, ia lebih menjurus kepada apa-apa maklumat yang
tersimpan ataupun direkodkan dan dikendalikan secara automatik oleh satu-satu orang yang
diberikan authorization, dengan izin, contohnya nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya.
Seperti yang saya tekankan tadi bahawa semua pengguna data haruslah mematuhi tujuh
prinsip Tuan Yang di-Pertua, di mana prinsip pertamanya itu prinsip am di mana ia hanya boleh
diberikan apabila mendapat persetujuan oleh data subject.
Yang keduanya prinsip notis dan juga pilihan prinsip penzahiran, prinsip keselamatan,
prinsip penyimpanan, prinsip integriti dan juga prinsip akses. Di sini merupakan satu
tanggungjawab kepada semua pengguna data agar memastikan kod tata amalan yang telah
dipersetujui di bawah pihak industri dipatuhi.
Berbalik kepada persoalan yang ajukan oleh Yang Berhormat Senator, bagi melibatkan
kes-kes yang melibatkan kebocoran peperiksaan yang kerap dibangkitkan di media sosial,
pihak kementerian ialah kita biasanya bergerak secara NBOS di mana kita menyarankan agar
tahap keselamatan ICT kementerian yang terlibat ditingkatkan selaras dengan kehendak dasar
keselamatan ICT yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU memandangkan Akta 709 yang ini
sebenarnya tidak terpakai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga pihak kerajaan negeri.
Terima kasih.
DN 8.12.2016 36
10. Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan setakat manakah kejayaan kementerian dalam agenda pengkomersialan produk berinovasi bagi tahun ini serta berikan pecahan jumlah keseluruhan mengikut kaum dan nyatakan usaha kementerian dalam memperkasakan inovasi ini. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Dr. Abu Bakar bin
Mohamad Diah]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini adalah berkisar kepada pengkomersialan atau
commercialization of product R&D di Malaysia. Sebenarnya untuk menggiatkan proses
pengkomersialan, Kementerian Sains dan Inovasi telah membuat beberapa pergerakan
ataupun rancangan yang baru. Pada tahun 2014, kita telah mengisytiharkan Tahun
Pengkomersialan MOSTI ataupun MCY iaitu MOSTI Commercialization Year, di mana kita
memberi target kepada projek tahun itu sebanyak 60 jenis produk dikomersialkan. Setelah kita
tengok tahun 2004 berakhir, nampaknya kadar pengkomersialan telah bertambah, lebih
daripada 60 jenis produk dapat dikomersialkan.
Oleh sebab itu kita telah mencadangkan ataupun telah meminta pada bajet tahun 2016,
ucapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melonjakkan hasil penyelidikan
pembangunan inovasi atau R&D dan menjadikan Malaysia sebagai teknologi hab yang
kompetitif pada ucapan bajet tahun 2016. Hasil daripada itu, Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri baru sahaja merasmikan baru sebentar tadi, saya berada di sana tadi Majlis Kemuncak
Tahun Pengkomersialan Malaysia 2016 di KLCC, Tuan Yang di-Pertua. Jadi pengkomersialan
tahun program ini melibatkan sinergi kepada semua pihak dalam landskap sains, teknologi dan
inovasi atau STI di Malaysia.
Salah satu elemen utama dalam pengkomersialan KPI yang mana setiap agensi institusi
penyelidikan perlu mengkomersialkan produk R&D kerana kita tak hendak setelah kita
berbelanja wang yang banyak, the end of penyelidikan mesti ada produk yang dikomersialkan.
Oleh sebab itu maka kita telah mengenal pastikan menggunakan NBOS sebanyak 26 buah
institusi penyelidikan kerana Tahun Pengkomersialan ini NBOS, 26 buah institusi penyelidikan
telah terlibat dengan kita telah mengenal pasti 150 jenis produk R&D untuk dikomersialkan
tetapi pada 25 November 2016, sebanyak 100 jenis produk telah pun berjaya dikomersialkan.
Jadi, saya mencadangkan Senator hari ini pergi ke KLCC kerana sedang berlangsung
dan ada 103 jenis produk yang ditunjukkan di pameran itu. Saya lihat juga dalam soalan ini
bertanya khususnya pecahan kaum. Sebenarnya pihak Kementerian Sains ada masalah sedikit
untuk menjawab soalan ini kerana proses penyelidikan ini dia bukan satu orang, dia ada group.
DN 8.12.2016 37
Dalam group itu ada macam-macam bangsa dan tiga buah geran kita yang science fund,
innovation fund dan technology fund ini adalah melibatkan syarikat. Ada syarikat itu
penyelidiknya bercampur-campur.
Akan tetapi walau bagaimanapun untuk membolehkan Tuan Yang di-Pertua untuk
soalan ini dijawab, maka kita tengok kepada ketua kepada penyelidik itu. Jadi kita tengok
Melayu daripada 150 jenis produk yang kita kenal pasti dalam tahun ini, Melayu, 92 orang atau
61.3 peratus, Cina, 15 orang atau 10 peratus, India, 5 orang atau 3.3 peratus dan lain-lain 38
jenis produk dengan 25.3 peratus. Dalam soalan ini juga bertanya apakah usaha-usaha yang
perlu dilakukan untuk mengkomersialkan dan memperkasakan proses pengkomersialan.
Pertama, mewujudkan ekosistem pengkomersialan negara yang meliputi perkara dasar
iaitu penyediaan, pembiayaan, agensi penyelidikan dan agensi pengkomersialan. Ekosistem ini
diurus tadbir di bawah Jawatankuasa PEMANDU Tahun Pengkomersialan Malaysia yang
sedang menjalankan kerjanya sekarang.
Kedua, penganjuran Anugerah Inovasi Negara. Sekejap lagi mungkin telah disampaikan
oleh Perdana Menteri sebentar tadi, yang bertujuan untuk mencungkil dan mengenal pasti
bakat kreativiti dan hasil inovasi di seluruh peringkat nasional ataupun AIN ini tadi, Anugerah
Inovasi Negara tadi dianjurkan setiap tahun untuk memberi pengiktirafan kepada ciptaan yang
dipertandingkan bagi empat kategori iaitu produk, perkhidmatan, akar umbi dan sekolah.
Ketiga, menubuhkan Majlis Sains Negara (NSC) sebagai jawatankuasa tinggi dalam mentadbir
urus sains dan teknologi inovasi negara. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
Yang Berhormat Menteri menjawab. Adakah kementerian mempunyai rangkaian antarabangsa
atau persefahaman dengan negara-negara tertentu dalam membantu produk tempatan agar
dapat menembusi pasaran ASEAN mahupun peringkat global dalam agenda inovasi dan
pembangunan sektor ini. Terima kasih.
Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah: Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu dalam
mengkomersialkan produk inovasi ini, kita tidak boleh dapat hidup dalam negara. Oleh sebab itu
fasalnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menekankan pengkomersialan ini mesti ada
360 jenis produk yang memberi impak tinggi kepada negara dan sudah tentu 360 jenis produk
pada tahun 2020 nanti mesti dipasarkan di seluruh dunia untuk membolehkan kita melahirkan
entrepreneur ataupun produk-produk di Malaysia.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu kita terlibat. Dalam senarai yang kita ada
sekarang ini, kita mengadakan pameran di dalam dan juga luar negara. Kita memang mengikut
perkembangan pelaburan dan MITI di bawah MATRADE dan semua ini kita masukkan
DN 8.12.2016 38
sebahagian daripada booth kita itu berada di sana. Kita mengikut pembangunan perdagangan
yang kita lakukan di peringkat negara. Jadi sudah tentu kita perlu berhubung dengan mereka
dan semuanya melalui Kementerian MATRADE atau MITI. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang
Berhormat, sekian sudah Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2017
Bacaan Kali Yang Kedua
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang
ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2017 ini dibacakan
kali yang kedua sekarang” [7 Disember 2016]
Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Tuan Chia Song Cheng.
12.09 tgh.
Tuan Chia Song Cheng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang
kepada saya untuk menyertai perbahasan Bajet 2017. Terlebih dahulu saya mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah dapat
mengemukakan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016. Saya percaya dan yakin bahawa bajet yang
dikemukakan ini akan memberikan banyak faedah kepada golongan rakyat di dalam negara kita
ini dan cukup percaya yakin bahawa negara kita tidak akan bankrap dan juga tidak akan muflis.
■1210
Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet tahun 2017 ini, saya ingin mengemukakan beberapa
cadangan ataupun pandangan yang berkaitan. Pertama iaitu tentang pertambahan bilangan
sekolah dan juga peperiksaan sektor pendidikan.
Saya ingin menyeru perhatian kerajaan terhadap kekurangan sekolah terutamanya
sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di negeri Johor. Melalui pengalaman saya dalam
kunjungan ke sekolah-sekolah di negeri Johor, saya mendapati bahawa kesesakan wujud di
DN 8.12.2016 39
tempat-tempat dalam daerah Johor Bahru termasuklah Pasir Gudang di mana bilangan murid-
murid begitu ramai dan sekolah jenis kebangsaan Cina masih tidak mencukupi di daerah Johor
Bahru termasuklah Pasir Gudang.
Pada tahun 2014, di Bandar Johor Bahru dan Pasir Gudang mempunyai sebanyak 27
buah sekolah jenis kebangsaan Cina daripada 216 jumlah sekolah jenis kebangsaan Cina
dalam negeri Johor. Akan tetapi, dua buah kawasan ini iaitu dalam daerah Johor Bahru
termasuklah Pasir Gudang walaupun hanya mempunyai sebanyak 27 buah sekolah jenis
kebangsaan Cina tetapi kedua-dua kawasan ini mempunyai tumpuan pelajar paling tinggi di
negeri Johor iaitu sebanyak 44.71 peratus jumlah pelajar dalam negeri Johor.
Di dalam kawasan Taman Bukit Indah, walaupun sebuah kawasan yang begitu besar
dengan bangunan begitu berlaku tetapi bilangan penduduk telah bertambah, namun dalam
kawasan Taman Bukit Indah masih belum ada mempunyai sebuah sekolah jenis kebangsaan
Cina. Walaupun dalam kawasan ini penduduk seramai 75 peratus kaum Cina, 15 peratus kaum
India, 10 peratus kaum Melayu tetapi hanya mempunyai sebuah sekolah kebangsaan, sebuah
sekolah kebangsaan Tamil dalam pembinaan tetapi tiada sekolah jenis kebangsaan Cina di
situ.
Maka, saya berharap pihak kerajaan bolehlah mempertimbangkan untuk membina
sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Taman Bukit Indah ini. Ini kerana murid-murid di
Taman Bukit Indah ini, mereka terpaksa ke taman-taman yang berhampiran yang dekat iaitu
Horizontal Hill di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ming Chih dan juga ada yang terpaksa ke
sekolah jenis kebangsaan Cina yang lebih jauh sehingga ke Pekan Gelang Patah ataupun Lima
Kedai ataupun lagi jauh lagi ke Kangkar Pulai.
Akan tetapi, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ming Chih yang berhampiran dengan
Taman Bukit Indah ini hanya mempunyai 24 buah bilik darjah sahaja. Daripada 24 buah bilik
darjah ini, ada enam telah digunakan sebagai bilik pentadbir untuk kegunaan guru-guru, Guru
Besar, bilik komputer, bilik sains. Oleh sebab itu, tinggal 18 buah bilik darjah ini tidak mencukupi
walaupun sekolah ini digunakan dengan dua sesi. Pada tahun yang akan datang, terpaksalah
menolak 50 orang pelajar yang hendak memasuki ke sekolah ini ke sekolah yang lain.
Maka saya ambillah kesempatan ini saya meminta kerajaan untuk mempertimbangkan
permintaan rakyat tempatan untuk membina sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina bagi
memenuhi keperluan masyarakat di Taman Bukit Indah.
Tuan Yang di-Pertua, saya seterusnya hendak membangkitkan tentang sekolah rintis
Pembelajaran Abad ke-21 atau dikenali sebagai Konsep PA 21 yang dijalankan di negeri Johor.
Kesannya telah membawa banyak faedah kepada para pelajar. Di sini saya menyeru agar
DN 8.12.2016 40
kementerian bolehlah menjadikan model PA 21 Johor sebagai teladan untuk seluruh negara
dalam pembangunan sistem pendidikan.
Satu fokus utama dalam PA 21 ialah dengan menggunakan ICT sebagai alat bantuan
pengajaran. Pada tahun 2015, konsep ini diperkenalkan kepada bakal pemimpin sekolah,
sekolah rintis. Konsep ini menekankan kepentingan pedagogi, pengurusan dan juga ekosistem
yang merangkumi komunikasi, kreativiti dan juga kolaborasi dan juga berfikiran kritis. Ini
bermaksud konsep tersebut mementingkan ekosistem yang kondusif, pembelajaran yang
berkualiti dan juga penglibatan ibu bapa dan juga komuniti yang strategik. Pewartaan bagi
tahun 2015 dan juga tahun 2016 menunjukkan yang prestasi pengurusan dan juga ekosistem
telah bertambah baik lebih kurang sebanyak 10 peratus di sekolah-sekolah PA 21.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum bahawa lawatan Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri ke negara China baru-baru ini telah menunjukkan satu usaha yang
baik terutamanya pelaburan negeri asing daripada negara China sebanyak RM144 bilion yang
akan dilaburkan di Malaysia.
Dengan itu, saya ingin menekankan di sini agar penguasaan bahasa Cina di kalangan
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum agar memberikan satu kelebihan apabila berkomunikasi
dengan pedagang atau pelabur dan juga pelancong China.
Maka di sini saya ingin menyarankan agar peruntukan yang disalurkan ke dalam sektor
pendidikan selain meningkatkan kefasihan bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu,
kementerian juga perlulah menimbangkan peruntukan kepada penguasaan bahasa-bahasa lain
seperti bahasa Cina dan juga bahasa Tamil dan juga bahasa yang lain juga.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan kekurangan simpanan
KWSP untuk hari tua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan kerajaan, isu simpanan
persaraan rakyat yang makin tidak mencukupi bila mereka bersara dan juga kekurangan sistem
KWSP. Bila KWSP diwujudkan, itu merupakan sistem pengimbangan wang persaraan rakyat
yang mantap dan berkesan dalam memastikan simpanan rakyat cukup untuk persaraan
mereka. Sedangkan kita menghadapi pertumbuhan ekonomi global yang lembap, KWSP masih
mampu menyediakan pulangan yang tinggi dan konsisten berbanding dengan instrumen
ataupun akses kewangan lain. Ini ternyata dalam dividen sebanyak 6.4 percent yang
diisytiharkan oleh KWSP pada tahun yang lepas.
■1220
Namun walau bagaimanapun, hanya sebanyak 22 peratus daripada keseluruhan ahli-
ahli KWSP mempunyai simpanan yang mencukupi iaitu sebanyak RM156,800 yang ditetapkan
oleh KWSP. Baru-baru ini KWSP telah meningkatkan sasaran jumlah simpanan minimum dalam
DN 8.12.2016 41
Akaun 1 kepada RM228,000 daripada RM196,800. Seiring dengan inflasi dan juga kos sara
hidup yang makin meningkat, jumlah simpanan bulanan sebanyak RM930 selama 20 tahun, ini
dijangka memberi peruntukan tetapi jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat dan umur
persaraan yang masih tetap pada 60 tahun untuk kebanyakan pekerja sektor swasta, saya risau
ini tidak mencukupi.
Tanpa simpanan yang cukup untuk persaraan, warga emas terpaksalah bekerja lebih
lama untuk memperoleh pendapatan dan juga menyebabkan kurang peluang pekerjaan kepada
golongan belia yang sudah merupakan isu kebimbangan masyarakat. Ini juga akan memberi
tekanan kewangan dan juga membebankan sistem kesihatan awam yang mungkin memerlukan
lebih peruntukan dari kerajaan untuk menentukan permintaan yang lebih ramai.
Tuan Yang di-Pertua, justeru saya ingin menyeru kerajaan supaya mengambil lebih
langkah-langkah proaktif dalam memperbaiki keadaan persaraan dalam negara kita untuk
pesara-pesara. Walaupun punca kepada isu simpanan KWSP rendah, adakah disebabkan oleh
kebanyakan rakyat kita berpendapatan rendah tetapi kerajaan bolehlah mengambil langkah-
langkah lain seperti menyediakan insurans kesihatan yang berkesesuaian dan juga berpatutan
untuk orang tua serta menyediakan saham amanah warga emas supaya boleh memperoleh
lebih simpanan di samping juga akan dapat menjadi jana ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan insiden kebakaran di
Hospital Kerajaan Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 dan juga Hospital
Raja...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tolong rumuskan dalam dua minit, boleh?
Pasal sekarang kita ada lagi 13 orang Ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas.
Tuan Chia Song Cheng: I cuba seberapa boleh.
Tuan Yang di-Pertua: Okey.
Tuan Chia Song Cheng: Yang mustahak saya hendak bangkitkan kebakaran hospital...
Tuan Yang di-Pertua: Boleh, boleh. Dalam dua, tiga minit.
Tuan Chia Song Cheng: Ini perkara saya kasi habiskan.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.
Tuan Chia Song Cheng: Yang lagi dua perkara saya boleh tinggalkan.
Tuan Yang di-Pertua: Boleh, boleh.
Tuan Chia Song Cheng: Sebab ini di dalam kawasan daerah Johor Bahru yang sangat-
sangat penting.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
DN 8.12.2016 42
Tuan Chia Song Cheng: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan dengan
kebakaran. Bukan sahaja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 dan
juga berlaku di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 10 November 2016. Insiden
kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sudah berlalu hampir dua bulan dan saya
ingin mengetahui apakah hasil siasatan Jabatan Bomba ke atas kebakaran tersebut dan juga
apakah hasil siasatan kejadian yang berlaku di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.
Untuk makluman, Kementerian Kesihatan pada sesi Parlimen Jun 2015, saya telah
membangkitkan soalan mengenai kewujudan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru oleh
sebab hospital ini bukan hospital yang baru. Telah bersejarah selama 134 tahun dan pada
setiap tahun seramai 500,000 orang pesakit yang membuat rawatan di hospital ini yang
memerlukan peruntukan bagi penyelenggaraan sistem pendawaian elektrik dan juga pembaikan
infrastruktur hospital seperti katil, alat perkakas, sistem penghawa dingin dan juga kipas yang
sudah rosak.
Di peringkat Dewan Rakyat juga ada Ahli Parlimen yang pernah membangkitkan perkara
yang sama, namun jawapan yang saya telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan pada ketika
itu terlalu umum dan juga tidak khusus. Apabila berlaku insiden kebakaran pada 20 Mei dan
Oktober 2016, saya baru nampak Yang Berhormat Menteri Kesihatan cepat-cepat pada petang
itu buat lawatan ke Hospital Sultanah Aminah.
Saya berasakan jawapan yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan tidaklah
mencerminkan peruntukan yang telah dibelanjakan secara peringkat dan juga berpatutan dan
juga mengecewakan. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Sultanah Aminah dalam masa yang
singkat, insiden yang sama berulang di hospital yang lain iaitu Hospital Raja Permaisuri Bainun
Perak.
Selepas kejadian tersebut, Kementerian Kesihatan menyatakan satu Jawatankuasa
Siasatan Khas diwujudkan untuk mengkaji kejadian tersebut yang kemudian akan diperluaskan
kepada hospital kerajaan lain yang berumur 50 tahun ke atas. Jawatankuasa itu akan
mengaudit aspek keselamatan dan juga kaedah meningkatkan kekuatan daya tahan terhadap
kemalangan seperti kebakaran. Akan tetapi saya ingin menyeru kerajaan supaya audit ini juga
dapat dilakukan kepada hospital-hospital yang lain dan juga termasuklah hospital swasta. Isu
pembinaan kualiti yang tidak standard merupakan satu isu yang telah sering kali berlaku dalam
pembinaan hospital ataupun kerja-kerja menaik taraf institusi kesihatan kerajaan.
Dengan itu saya di sini ingin mengemukakan satu cadangan kepada pertimbangan
jawatankuasa siasatan khas agar satu lesen khas atau tatacara khas selain pra kelayakan
dilaksanakan bagi menentukan kontraktor yang berwibawa dan juga berpengalaman khususnya
DN 8.12.2016 43
dibenarkan untuk mendapat kontrak membina serta menyelenggarakan bangunan hospital
ataupun institusi kesihatan dan juga lain-lain.
Lagi sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Pada awal tahun ini juga Kementerian
Kesihatan juga mengarahkan agar hospital-hospital di seluruh negara untuk menyerahkan
laporan mengenai keadaan sistem penghawa dingin di hospital masing-masing untuk
membolehkan Kementerian Kesihatan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan
gangguan dalam penyampaian perkhidmatan. Namun, selepas arahan tersebut, tiada sebarang
susulan kenyataan daripada Kementerian Kesihatan mengenai prestasi hospital dalam
menyelenggarakan keselamatan facility-nya atau sistem pendawaian elektrik.
■1230
Saya ingin memberi satu pendapat kepada Kementerian Kesihatan untuk mewujudkan
satu garis panduan kepada keutamaan perbelanjaan yang disalurkan dalam pengurusan
kemudahan peralatan dan juga infrastruktur hospital. Ini adalah untuk memastikan peruntukan
yang diberikan keutamaan kepada aspek yang perlu disegerakan.
Tuan Yang di-Pertua, semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengemukakan
bajet pada 21 Oktober, Bajet 2017, di muka 31 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah
mengatakan bahawa pihak kerajaan akan membina dan juga menaik taraf hospital-hospital
baru serta klinik kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan juga Johor Bahru.
Maka saya ingin ambil kesempatan ini berharap pihak Kementerian Kesihatan akan dapat
mengambil tindakan untuk membina hospital baru yang telah dipersetujui dalam RMKe-11 di
Daerah Johor Bahru iaitu di Seri Alam.
Maka saya berharap hospital baru ini dapatlah dibina di Seri Alam dengan segera. Ini
sebab Hospital Sultanah Aminah, akibat kebakaran sekarang sebahagian tidak dapat
digunakan dan pesakit-pesakit perlulah dirawat di hospital-hospital swasta. Oleh sebab itu
pembinaan hospital baru yang dipersetujui dalam RMKe-11 di Seri Alam perlulah dibina dengan
lebih cepat lagi.
Ditambah juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga berkata akan menaik taraf
kemudahan hospital dengan peruntukan RM536 juta. Ini termasuklah penyediaan peralatan
rawatan kardiologi di Hospital Sultanah Aminah. Ini saya mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih. Dengan pembinaan klinik kesihatan di Johor Bahru ini, saya juga ingin membangkitkan
pada sesi Parlimen Jun 2015, saya juga telah membangkitkan bahawa dalam RMKe-10 pihak
Kementerian Kesihatan telah bersetuju untuk membina sebuah klinik kesihatan di Taman Bukit
Indah yang mana tapak juga telah disediakan tetapi tidak dapat dibina.
DN 8.12.2016 44
Maka saya berharap dengan ada dikatakan akan membina klinik kesihatan di Johor
Bahru ini, saya harap klinik kesihatan di Taman Bukit Indah ini juga dapat dibinakan. Itu yang
dapat saya kemukakan. Saya hendak ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada
Tuan Yang di-Pertua. Maka dengan kata-kata itu saya menyokong bajet tahun 2017. Sekian,
terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat,
sekarang masa ditetapkan sebanyak 15 minit seorang Ahli Yang Berhormat untuk berbahas.
Saya sekarang memanggil Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh untuk berbahas.
12.34 tgh.
Dato’ Jaspal Singh: Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana
memberi ruang kepada saya untuk berbahas Rang Undang-undang Perbekalan 2017 atau lebih
dikenal sebagai Bajet 2017. Hanya ada 15 minit seperti hendak ringkaskan.
Seingat saya bahawa kali ini kali yang keenam di Dewan yang mulia ini saya berbahas
tentang bajet dan kali ini kali yang terakhir. Saya rasa begitu bertuah dan syukur kepada Tuhan
kerana dapat peluang untuk memberi input saya di Dewan yang mulia ini. Saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih ataupun tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri Malaysia. Bajet 2017 dengan peruntukan RM260.8 bilion bagi pendapat saya dan orang
ramai satu bajet yang balance, memberi perhatian kepada semua aspek untuk pembangunan
negara.
Saya ingin menoleh belakang sedikit, lima tahun dahulu bila saya dilantik sebagai Ahli
Dewan Negara. Pada masa itu, Bajet 2012 peruntukan dia RM232.8 bilion. Di Bajet 2012,
julung kalinya diumumkan Program BR1M dan masa itu hanya untuk satu kategori iaitu untuk
golongan isi rumah pendapatan RM3,000 dan ke bawah. Kita tidak dengar tentang KLIA2 masih
dalam planning, Malindo pun kita tidak tahu siapa dia itu. Bila kita ambil kereta api untuk saya
daripada KL Sentral pergi ke kampung saya di Sungai Petani. Masa dia pun lebih kurang enam
jam lebih untuk sampai sana.
Hari ini KLIA2 pun disiapkan, begitu sibuk dengan orang ramai. KLIA pun begitu sibuk,
projek double tracking kereta api daripada KL Sentral sampai Padang Besar sudah siap, boleh
sampai ke Sungai Petani dalam masa empat jam. Bila kita keluar kata Parlimen pergi ke Jalan
Duta nampak infrastruktur besar-besar, MRT dan semua akan berjalan tahun depan. Malindo
pun sudah dikenali ramai. Bila saya singgah di Jejantas Sungai Buloh baru-baru ini hendak cari
parking pun tidak boleh, begitu ramainya orang.
DN 8.12.2016 45
Mana-mana kita pergi shopping mall, semua tempat banyaknya orang. Jadi saya tidak
fahamlah bagaimana banyak pihak boleh menghebohkan bahawa negara kita sudah hendak
bankrap. Semua yang telah dijanjikan lima tahun dahulu sudah dilaksanakan. Fast speed
internet, universiti yang canggih, rumah mampu milik, BR1M pula pada tahun ini tiga kategori.
Sudah sampai RM1,200 dan akan manfaat tujuh juta orang dengan peruntukan RM6.8 bilion.
Bukankah ini semua indicator yang menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional satu buah
kerajaan yang bertanggungjawab yang mendahulukan keutamaan rakyat dan memastikan janji-
janji dilaksanakan.
Saya hendak ucapkan tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri dan barisan
Kabinetnya di atas semua kejayaan yang telah dilaksanakan dalam lima tahun ini. Walaupun
banyak telah dibahas oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada beberapa point yang saya
hendak bawa ke Dewan ini, yang saya percaya perlu diberi perhatian khas iaitu mengenai
penduduk luar bandar, kos sara hidup, isu mengenai Sekolah Tamil jika ada masa dan pelan
untuk meningkatkan ekuiti kaum India di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan MIC
Negeri Kedah dan dengan pelantikan itu saya telah meluangkan banyak masa di kawasan-
kawasan luar bandar terutamanya di kawasan Bukit Selambau di mana kerusi itu selalunya
ditandingi oleh calon MIC. Bila kita betul-betul mengkaji, semasa PRU sama ada PRU Ke-12
kah PRU Ke-13 semua peti undi di kawasan luar bandar telah dimenangi oleh Kerajaan Barisan
Nasional. Ini menunjukkan penduduk luar bandar setia dan penyokong kuat kepada Kerajaan
Barisan Nasional. Oleh sebab sokongan daripada penduduk-penduduk luar bandar yang begitu
setia, Barisan Nasional telah memimpin negara ini sejak kemerdekaan. Perhatian khas mesti
diberikan pada semua golongan di luar bandar.
■1240
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
kerana telah mengumumkan banyak program untuk penduduk-penduduk luar bandar seperti
memasang 97,000 buah lampu, membaik pulih rumah, pelaksanaan projek mesra rakyat
dengan peruntukan RM8 juta untuk menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya dan
lain-lain. Dalam lawatan dan perbualan saya dengan penduduk-penduduk luar bandar,
terutamanya di kawasan Bukit Selambau, ada beberapa masalah yang mereka telah beritahu
kepada saya ataupun bawa kepada perhatian saya, yang ingin saya bawa ke Dewan yang
mulia ini.
Jalan raya di Pekan Bukit Selambau jalan raya yang tidak begitu lebar dan jalan
kampung. Disebabkan terdapat industri berat dan pembalakan, banyak lori besar menggunakan
DN 8.12.2016 46
jalan ini yang menyebabkan jalan ini begitu sibuk. Kemalangan selalu berlaku, orang-orang
kampung tahulah bawa motor selalu dan bila ada kemalangan, mereka cedera teruk dan
keluarga mereka akan malang dan mendapat kesusahan.
Sebenarnya untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, apabila saya melawat ke kawasan
ini dan minum teh, di depan mata saya sendiri satu Kancil dilanggar oleh sebuah lori balak dan
Kancil itu menjadi macam sang kancil, lompat masuk ke dalam longkang. Depan mata saya
sendiri. Syukurlah kepada Tuhan, tidak ada orang yang cedera pada masa itu.
Banyak jalan dari jalan besar ke kampung seperti di Kampung Sungai Para, Kampung
Petani Para tidak ada lampu dan kadang-kadang simpang di jalan itu pun tidak ada lampu.
Bawa kereta waktu malam, kiri kanan nampak hitam sahaja, tidak tahu siapa. Begitu- rasa
takutlah masa itu malam-malam kalau kita bukan orang kampung, memang kita pun tidak tahu
mana kita berada. Ada pula jalan-jalan di kampung begitu sempit, hanya untuk satu buah
kereta. Itu pun untuk kereta Kancil sahaja, yang lain tidak boleh masuk. Penuh dengan lubang.
Bila hujan, air bertakung misalnya di Kampung Rusa berdekatan dengan Taman Kelisa di
Sungai petani.
Saya juga...
Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Boleh bagi laluan?
Seorang Ahli: Boleh.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
Dato’ Jaspal Singh: Ini tambah, kena tambah sedikit masa.
Tuan Yang di-Pertua: Kalau bagi laluan dalam 15 minit.
Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Tidak apalah, boleh, boleh.
Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, banyak yang
disebut kampung-kampung ini, jadi kawasan itu ada sebuah kampung bernama Padang
Sekawan, lampu pun tidak ada. Mintalah Yang Berhormat bagi perhatian dekat situlah sebab
dia termasuk dalam Bukit Selambau. Padang Sekawan itu ada kampung saya juga dekat
Selambau. Terima kasih.
Dato’ Jaspal Singh: Apabila saya sebutkan kampung-kampung ini sebagai contoh saja
tetapi untuk saya semua kampung ini penting. Di kawasan bukan sahaja Bukit Selambau,
semua kampung di mana penduduk luar bandar, sebab penduduk luar bandar ini dia sokong
Barisan Nasional 100 peratus, jadi kita mesti hendak bagi perhatian khas kepada mereka.
Saya juga memerhatikan bahawa terdapat banyak sekolah di kawasan jalan utama
tetapi ia tidak ada jambatan untuk pedestrian crossing. Mereka tengok kiri, kanan, lari jalan
DN 8.12.2016 47
sebelah sana itu bahaya. Saya ingin minta keterangan daripada Kementerian Kemajuan Luar
Bandar seperti yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Datuk Seri Boon tadi, apakah projek-
projek yang akan dilaksanakan di kawasan Bukit Selambau? Dan berharap isu-isu yang saya
bawa ini akan diberikan perhatian. Ada pula kampung-kampung di luar bandar menghadapi
masalah pengutipan sampah sebab status tanah dia sebab kawasan kampung, estet yang
fragmented. Majlis tidak datang ambil sampah.
Seperti di Kampung Kongsi Adam, ada lebih kurang 100 buah pintu- penduduk, mereka
ambil sampah buang dalam sungai. Kita pi tengok sungai, penuh dengan sampah. Jadi
daripada segi pencemaran- tadi banyak soalan tentang punca air. Kalau sungai itu bersih, baru
air bersih tetapi semua penduduk no choice, dia buang sampah dalam sungai. Jadi yang ini pun
saya minta keterangan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar untuk kawasan-kawasan
seperti ini. Dia tidak ada status tapi banyak orang duduk ini, macam mana, apa kaedah yang
kita boleh gunakan untuk membantu penduduk-penduduk luar bandar di kampung dalaman
untuk perkhidmatan mengutip sampah.
Satu lagi yang dibawa oleh penduduk-penduduk di kawasan Bukit Selambau ialah janji
pada masa PRU kecil 2009, nak membina satu buah blok empat tingkat di kawasan Sekolah
Kebangsaan Bukit Selambau. Sekolah ini sekarang mempunyai 400 orang murid dan banyak
yang minat datang ke sekolah ini. Jadi, ini telah dijanjikan oleh Menteri Pendidikan pada masa
pilihan raya kecil pada tahun 2009 dahulu. Sekolah Kebangsaan Aman Jaya di Bandar Baru
Sungai Lalang pun telah penuh dengan murid-murid. Bandar baru ini satu buah tempat yang
telah berkembang dengan begitu pesat sekali, banyak orang duduk sana dan mereka
memerlukan sebuah sekolah yang baru.
Jadi, saya minta penjelasan daripada Kementerian Pendidikan, sama ada kementerian
mempunyai pelan untuk membina blok baru yang telah dijanjikan di Pekan Bukit Selambau dan
pelan untuk membuat satu buah sekolah baru di kawasan Bandar Baru Sungai Lalang. Selain
daripada itu, saya juga dapati kemudahan asas, macam mesin ATM untuk 10–15 kilometer di
kawasan itu tidak ada. Kalau hendak ambil keluar duit, kena pergi setengah jam, 45 minit
dengan motor atau kereta hendak cari ATM. Stesen minyak pun tidak ada di sana. Jadi
kemudahan-kemudahan basic ini semua tidak terdapat di kawasan luar bandar, saya meminta
penjelasan daripada Kementerian Kewangan mengenai kemudahan asas bagi penduduk-
penduduk luar bandar, ada pelan kah?
Mengenai kos sara hidup, salah satu topik yang begitu panas disebutkan oleh orang
ramai mana-mana tempat kita berhenti ialah kos telah naik. Walaupun telah diberikan
keterangan dalam Dewan ini mengenai harga-harga terutamanya harga minyak masak. Minyak
DN 8.12.2016 48
masak seperti cap pisau dalam package, botol telah naik. Saya setuju bahawa minyak-minyak
dalam packing plastik itu masih dikekalkan tetapi kebanyakan rumah-rumah bila kita pergi beli,
kita beli packing botol. Jadi yang ini is a very hot point, memang point yang panas sekali banyak
orang cakap dan kebanyakan harga-harga bahan-bahan yang tidak dikawal, harganya pun
telah naik dan ini telah menyebabkan kos sara hidup naik.
Saya minta penjelasan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan menjelaskan, bagi sebuah keluarga suami isteri dan empat orang anak
untuk keperluan makanan sebulan, apakah bezanya kos hidup sekarang jika dibandingkan
dengan tahun lalu ataupun dengan dua, tiga tahun yang lalu. Adakah statistik seperti ini?
Hendak menunjukkan berapa banyakkah kos telah naik. Penduduk-penduduk luar bandar di
Kedah kebanyakannya penoreh getah. Apabila kos sara hidup naik, harga getah pula turun,
mereka menghadapi satu kehidupan yang begitu rumit sekali.
Mereka memerlukan income alternatif seperti tanaman sayuran ataupun penternakan.
Saya minta penjelasan daripada Menteri Pertanian, apa pelan untuk penoreh-penoreh getah
ataupun pekebun getah kecil untuk membantu mereka menyara kos hidup dan mendapat satu
skil yang alternatif supaya pekerjaan alternatif boleh dibuat mendapatkan income yang lain sikit.
Di Malaysia, kita mempunyai banyak sekolah Tamil bantuan modal, di mana sekolah-sekolah ini
telah didirikan semasa sebelum kemerdekaan atau awal tahun 60-an.
■1250
Kebanyakan sekolah-sekolah ini telah didirikan di estet-estet getah oleh tuan punya
getah untuk attract pekerja-pekerja India, dengan izin. Hari ini, industri getah telah merosot dan
kebanyakan estet-estet ini telah ditutup atau ditukar ke sawit di mana estet sawit menggunakan
tenaga kerja asing. Pekerja-pekerja India telah pun berpindah dan tidak lagi menduduki di
kawasan kejiranan sekolah. Ini menyebabkan sekolah-sekolah ini menjadi Sekolah Kurang
Murid. Saya meminta penjelasan daripada Kementerian Pendidikan, berapa banyakkah
sekolah-sekolah Tamil di negara kita yang mempunyai status Sekolah Kurang Murid?
Sepatutnya sekolah-sekolah ini mesti dipindahkan ke tempat yang baru di mana
penduduk-penduduk India padat. Oleh disebabkan sekolah-sekolah ini sekolah bantuan modal,
dana bagi sekolah bantuan modal yang hendak dipindahkan tanggungjawab Lembaga
Pengelola Sekolah (LPS) ini tidak mempunyai keupayaan mencari dana untuk mendapatkan
tanah baru. Tanggungjawab pendidikan tanggungjawab Kementerian Pendidikan. Semua
pelajar mesti mempunyai akses yang sama. Saya cadangkan Kementerian Pendidikan
mengambil alih, mencari dana untuk pembinaan sekolah ini. Selepas pembinaan sekolah ini,
sekolah ini ditukar status kepada sekolah kerajaan.
DN 8.12.2016 49
Saya minta penjelasan daripada Kementerian Pendidikan. Apakah pelan untuk
memindahkan sekolah Tamil kurang murid dan untuk tahun 2017 dan tiga tahun yang akan
datang? Apakah target Kementerian Pendidikan dalam hal ini? Ringkaskan. Topik akhir saya
mengenai pegangan ekuiti India di Malaysia. Topik ini saya telah bawa tiap-tiap kali semasa
perbahasan bajet saya ke Dewan yang mulia ini. Kaum India di Malaysia adalah lebih daripada
tujuh peratus daripada populasi negara kita. Kita telah banyak berkhidmat untuk negara dan
sentiasa memberi sokongan yang kuat dan taat setia kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Pegangan ekuiti India adalah lebih kurang 1.8 peratus buat ketika ini. Saya hendak
ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri memberi peruntukan untuk pinjaman TEKUN
dan Amanah Ikhtiar. Ramai peniaga kecil telah untung, telah berkembang dengan program-
program ini. Walau bagaimanapun, untuk kaum India mencapai sasaran tiga peratus pegangan
ekuiti, kita mesti mencari jalan, jalan lain, jalan alternatif yang lebih inovatif supaya kita dapat
melonjak pegangan ekuiti di mana kita dapat, dengan izin, address the short form lebih kurang
RM25 bilion. TEKUN dan Amanah Ikhtiar bagus tetapi dia tidak mencukupi.
Saya bercadang sebuah agensi khas ditubuhkan dan sebuah pelan yang konkrit
dikeluarkan dengan timeline dan milestone yang realistik dengan izin. Saya minta penjelasan
daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam perkara ini.
Akhir sekali, saya ingin menyentuh sedikit tentang demokrasi. Demokrasi yang telah
diwujudkan di Greece dulu- dia bererti ‘demo’ ini rakyat, ‘krasi’ ialah kuasa. Demokrasi memberi
kuasa pada rakyat memilih sebuah kerajaan sama ada negeri atau negara mengikut
Perlembagaan negaranya. Perhubungan kerajaan itu kadang-kadang bukan bergantung
kepada popular work tetapi bergantung kepada Perlembagaan yang telah dipersetujui.
Contohnya seperti baru-baru ini, di Amerika Syarikat, Donald Trump telah menang. Walaupun
tidak mendapat popular vote dan dia dipilih sebagai Presiden. Pilihan ini mengikut
Perlembagaan dengan negaranya dan Perlembagaan ini dihormati oleh semua dan diterima
oleh semua.
Sistem demokrasi memberi kuasa kepada rakyat memilih secara bebas wakil rakyat dan
kerajaan yang mereka suka dan percaya. Akan tetapi demokrasi ini bukan erti kita mempunyai
lesen bila-bila masa sahaja hendak buat demonstrasi untuk menukar kerajaan. Demonstrasi
untuk menukar kerajaan adalah oleh sesuatu kumpulan tidak sekali mewakili pandangan rakyat.
Proses pilihan bebas yang diamalkan di negara kita proses yang terbaik di mana rakyat boleh
membuat keputusan di hadapan peti undi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak
polis yang telah menjalankan tugas menjaga keamanan negara dan selalu bersabar. Marilah
DN 8.12.2016 50
kita sebagai rakyat yang betul-betul sayang kepada negara bekerjasama menjaga keamanan
dan kesejahteraan negara.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih memberi peluang
kepada saya. Dengan ini, saya mohon menyokong Bajet 2017. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingat 15 minit ini
untuk seorang Yang Berhormat tidak sudah cukup. So, saya ingat kita panjangkan Dewan pada
hari ini supaya selesai semua perbahasan dan masa yang cukup untuk perbahasan. Sekarang
ada empat minit lagi. Silakan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Suhaimi. Empat minit, cukup?
12.57 tgh.
Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya
akan cuba habiskan dalam masa empat minit, insya-Allah. Terima kasih kerana mengizinkan
saya untuk berbahas usul belanjawan ini yang mana saya ingin mengucapkan tahniah kepada
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah membentangkan satu anggaran
belanjawan yang cukup baik dan meliputi semua kementerian walaupun dalam keadaan
ekonomi yang tidak menentu ini.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih, menjunjung kasih pada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Baginda Yang di-Pertuan Agong yang akan tamat
tempoh, yang akan pulang ke negeri Kedah pada 12 hari bulan nanti. Saya mengucapkan
tahniah pada Seri Paduka Baginda kerana apabila saya melihat kepada sejarah di mana
setakat ini tidak ada Yang di-Pertuan Agong, kali pertama beliau ditabalkan dan kali kedua pula
ditabalkan yang telah menjadi sejarah. Apabila kita melihat seseorang yang membuat sejarah
itu selalunya disanjung tinggi.
Kalau sukan yang menang Olimpik disanjung begitu tinggi, diberi pemberian yang
pelbagai, tidak kisahlah sama ada mereka ini orang biasa atau pun Paralimpik yang kita
melihat. Akan tetapi apabila kita, sejarah pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong yang begitu bersejarah sekali, dua kali tetapi kita tidak ada melihat langsung apa-apa
anugerah atau token yang diberikan Kerajaan Negeri Kedah yang menjaga dengan begitu baik
Seri Paduka Baginda dengan tidak ada masalah. Apabila tidak ada masalah maka sihatlah
Tuanku untuk memerintah negara ini.
Saya melihat balik kepada sejarah di antara Pulau Pinang dengan Kedah di mana
Francis Light pada ketika itu pada tahun 1786 bila mana mereka bertemu dengan kesultanan
Kedah pada ketika itu, kalau tidak salah saya, Tengku Mohammad Jiwa dan berbincang di
antara Pulau Pinang dan Kedah ini dengan East India Company, dan telah ada sedikit penipuan
DN 8.12.2016 51
di situ di mana Prince of Wales atau ‘Union Jack’ diletakkan di Pulau Pinang tanpa tidak ada
perjanjian pada ketika itu...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Thank you, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, jam telah pukul 1, dan Dewan akan
bersambung balik pada pukul 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT
2.32 ptg.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]: Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1) dan dibaca bersama
Peraturan Mesyuarat 11(2), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan
ditangguhkan sehingga selesai giliran semua Ahli Yang Berhormat yang ingin
berbahas ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2017, dan selepas itu Majlis
Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga 2.30 petang pada hari Selasa, 13
Disember 2016”.
Tuan Yang di-Pertua: Seorang menyokong, Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi [Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken
Jin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah
kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi
hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
DN 8.12.2016 52
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, susulan kepada Usul yang telah
dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri yang telah diputuskan tadi, saya suka hendak
memaklumkan Majlis Mesyuarat pada hari ini bahawa kerajaan telah memutuskan supaya
persidangan Majlis Mesyuarat Dewan Negara pada 13 Disember 2016, ditempohkan sehingga
jam 2.30 petang. Ini adalah untuk membolehkan kesemua Ahli Parlimen menyertai istiadat
keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga istiadat melafaz dan
menandatangani surat sumpah jawatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta
Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada tarikh tersebut. Sekian, terima kasih.
Sekarang saya memanggil, menyambung perbahasan Yang Berhormat Senator Dato’
Haji Mohd. Suhaimi.
2.34 ptg.
Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Assalamualaikum warahmatullahi taala
wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kira yang 4 minit mukadimah tadi itu
tidak terpakailah.
Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa]
Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Saya pun lupa apa yang saya cakap. Tuan
Yang di-Pertua, tadi saya memperkatakan bahawa saya mengucapkan tahniah kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana Baginda dua kali menjadi Agong dan saya
katakan bahawa kalau sekiranya kita sebagai ahli sukan ternama, kita akan mendapat
anugerah dan sebagainya.
Kemudian saya menyatakan bahawa hubungan di antara Pulau Pinang dan Kedah di
mana kebijaksanaan Kesultanan Kedah pada ketika itu walaupun mereka menyukai Francis
Light, kerana Francis Light salah seorang manusia yang pandai bertutur Bahasa Malaysia.
Akan tetapi akibat daripada kepandaian beliau itu, walaupun ada sedikit penipuan yang berlaku
kepada tarikh yang ditetapkan masuk ke Pulau Pinang itu telah dibawa ke awal, pada 11 Ogos
1786, Francis Light telah memacak Union Jack di Pulau Pinang dengan menamakan Prince of
Wales pada ketika itu. Detik itu bermulalah sejarah selagi ada bulan dan bintang, maka East
India Company akan membayar kepada Kerajaan Negeri Kedah ketika itu, ESP1,000 pada
asalnya dan kemudian ditukar sehingga kepada RM10,000.
Jadi saya melihat kepada di antara 1786 sehingga 2016, lebih kurang 2,230 tahun
perjanjian ini dilaksanakan selagi tidak ada bulan dan bintang, inilah kebijaksanaan Tuanku
pada ketika ini. Kalau dikira dengan RM10,000 setahun, jumlahnya hanya RM2,300,000 sahaja.
Bayangkan kalau saya ada syarikat dari tahun 1786 menyewa hanya mendapat RM2.3 juta
DN 8.12.2016 53
sahaja, betapa ruginya. Oleh sebab itu saya meminta supaya Kerajaan Malaysia
menganugerahkan kepada Tuanku yang sihat walafiat dan setiap kali Baginda memberi pingat,
tidak pernah saya tengok Tuanku duduk, sentiasa berdiri. Dalam ucapan terakhir farewell
semasa di Majestic Hotel, saya ingat Tuanku akan berucap di bawah, Tuanku naik tangga. Bila
orang hendak pegang Tuanku, Tuanku tidak bagi. Tuanku sendiri naik. Ini contoh terbaik
kesultanan yang ada pada masa ini!
Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kedah dapat
mempertimbangkan, saya minta Menteri ambil catatan, dapat Menteri pertimbangkan dan saya
minta supaya dijawab sama ada boleh atau tidak boleh sebanyak RM200 juta kepada Tuanku
diberi kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk memakmurkan rakyat Kedah, sebagai anugerah
dari tahun 1786 hingga masa ini. RM10,000 tidak ada makna, RM10,000 tidak boleh hendak
masuk deposit Proton Saga pun, tidak boleh. Jadi saya memohon kepada Kerajaan Malaysia
supaya memberikan anugerah ini sebanyak RM200 juta kepada negeri Kedah supaya dapat
memakmurkan atas menjunjung kasih Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebanyak dua kali.
Saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih juga dan tahniah kepada Kerajaan
Negeri Kedah yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Datuk Paduka Ahmad Bashah. Baru-
baru ini keluar dalam laporan NST, Business section Bab 3, dengan izin Tuan Yang di-Pertua,
“USD20 billion (RM90 billion), petroleum project in Yan, Kedah to be fully funded by China
Hainan Zhenrong Energy Company Limited with a 40 years forward selling agreement for its
refine oil piping through Tumpat in Kelantan and this is reviewed project install in 2008”.
■1440
Saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan saya
hendak juga bertanya dengan Menteri yang bertanggungjawab, adakah Kerajaan Persekutuan
menyokong projek ini yang akan dilaksanakan di Yan, Kedah ini? Ini agak sinonim dengan saya
kerana kampung saya dalam bahagian Jerai. Pertama kali apabila projek ini disebut di sana,
orang-orang kampung, petani-petani gelisah. Apakah akan jadi kepada mereka apabila berekar-
ekar tanah akan diambil untuk projek ini? Sebelum pemerintahan pembangkang di Kedah telah
pun projek ini- telah pun dia bercakap dan orang kampung sudah mula gelisah sehingga ada
yang mati pun ada Tuan Yang di-Pertua, kerana umur yang sudah tua, projek tidak naik-naik
lagi.
Kemudian apabila pihak pembangkang memerintah negeri Kedah, cadangan pula
berubah. Tidak akan mengambil tanah-tanah sawah tetapi akan buat atas reclamation, dengan
izin. Bayangkan hendak reclaim seluruh kepulauan di pesisiran pantai Yan itu. Satu projek
DN 8.12.2016 54
mega yang besar tetapi akhirnya Menteri Besar meninggal dunia, projek pun tidak berjalan juga.
Minggu lepas keluar sekali lagi berita ini, sebab itu saya hendak bertanya. Saya juga bertanya
dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah, sedar atau tidak projek ini? Mereka pun tidak tahu. Jadi,
saya hendak bertanya, adakah Kerajaan Persekutuan menyokong projek ini? Apakah tindakan
yang akan diambil oleh Menteri Pertanian sekiranya tanah-tanah orang kampung di Yan ini
akan diambil untuk projek ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin hendak bertanya ke dalam Dewan yang mulia ini
juga telah banyak kali ditanya berhubung dengan airport yang telah diperkatakan oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar Kedah yang pertama selepas pembangkang menang hari itu.
Beliau mencadangkan dan katanya sedang mengkaji, membuat feasibility studies berhubung
dengan lapangan terbang ini. Saya hendak bertanya sama ada lapangan terbang ini akan
diteruskan ataupun diberhentikan ataupun dipindah ke tempat lain ataupun lapangan terbang
yang ada ini akan diubahsuai dan akan dibesarkan kerana Lapangan Terbang Antarabangsa di
Pulau Pinang sudah pun congested, dengan izin. Mana ada sebuah lapangan terbang di dunia
yang ada kubur di penghujungnya kecuali di Pulau Pinang.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga bertanya soalan apabila Dewan meminta
soalan dan soalan saya yang saya minta meminta Menteri Luar Negeri menyatakan pendekatan
yang akan diambil memandangkan Presiden Amerika, Donald Trump dalam kempennya yang
lalu secara terang-terangan mengamalkan sikap tidak mesra kepada komuniti dan negara
Islam. Saya bertanya soalan ini walaupun tidak dijawab. Jawapannya begini sebenarnya sebab
soalan saya ini ditolak kerana bertujuan untuk mendapatkan buah fikiran atas perkara yang
belum menjadi masalah. Apakah kita hendak tunggu sampai jadi masalah baru kita hendak
jawab? Ini kerana saya melihat negara-negara lain, even Britain sendiri keluar dalam surat-surat
khabar mereka walaupun mereka ini pada asalnya, pada awalnya menghentam begitu sakan
Donald Trump. Akan tetapi pada hari ini mereka menggunakan istana mereka untuk membawa
Donald Trump ke Britain selepas sahaja beliau dilantik menjadi Presiden.
Beberapa buah surat khabar di England yang publish perkara ini secara terbuka. Ahli-
ahli Yang Berhormat, saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Kabinet di England.
dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “The Queen is the key here. She is not a secret weapon, she
is the biggest public weapon you have in order to convince Donald Trump to visit England”. Satu
lagi, “A source who had discussed the issue with Cabinet Minister said, the government had
decided that their secret weapon to get in with Trump is to offer him an early visit to The Queen
and his wife Melania staying in Windsor Castle”. Ini strategi, ini strategi!
DN 8.12.2016 55
Kalau sekiranya dulu mereka menghentam habis-habisan berhubung dengan Brexit,
berhubung dengan European Union, hentam habis-habisan Donald Trump, hendakkan supaya
Clinton menjadi presiden. Apabila diumumkan Donald Trump menang, kita tengok bagaimana
strategi yang digunakan oleh mereka. Akan tetapi kita sedih, apabila kita tanya apa strategi,
jawab dia, bertujuan untuk mendapat buah fikiran atas perkara yang belum menjadi masalah.
Hendak tunggu jadi masalah?
Saya timbulkan baru-baru ini apabila perdagangan dengan China kita melebihi tahap
ekonomi yang begitu tinggi, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan
tetapi kesangsian Amerika Syarikat towards us, dengan izin, ini yang kita persoalkan. Hendak
tunggu jadi masalah? China satu kuasa besar. Kita tidak dapat nafikan bahawa Amerika dan
juga England dan European juga takut dengan China ini. Ini kerana kemampuan mereka, cuba
kita tengok sebuah syarikat yang bernama Huawei. Mereka tidak dapat berniaga di Amerika,
takut dengan keadaan syarikat gergasi ini yang telah pun menakluki dunia.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya membawa perkara ini kerana kita melihat kepada TPPA
yang telah kita tandatangan. Kita tahu dalam kempen-kempen, kita tengok CNN, kita tengok
BBC, kita tengok Al-Jazeera, bagaimanakah mereka mengupas Donald Trump and TPPA? Kita
tahu Menteri kita menunggu dan melihat, hendak melihat. Baru-baru ini Yang Berhormat Datuk
Seri Ong Ka Chuan kalau tidak salah saya, telah menyatakan bahawa kita lupa sekejap dengan
TPPA ini. Kita tumpu kepada- PPA ditangguhkan, Malaysia beri fokus kepada RCEP. RCEP ini
perkongsian ekonomi komprehensif serantau di Asia dan juga China. Sekurang-kurangnya kita
sudah ada strategi. Sekurang-kurangnya kita sudah mula membuka langkah sekiranya betul-
betul TPPA ini tidak disokong oleh Donald Trump.
Kita melihat bahawa dan kita berbincang, berbahas dengan begitu panjang sekali
bagaimana TPPA akan ditangani oleh rakyat Malaysia. Dalam Dewan yang mulia inilah masing-
masing memberi pandangan. Ada yang bersetuju, ada tidak bersetuju. Lebih-lebih lagi
pembangkang. Pembangkang tidak bersetuju tetapi yang peliknya sekarang ini apabila
Amerika, apabila Donald Trump kata tidak setuju dengan TPPA, pembangkang pula kata
hendak buat macam mana ini? Depa tidak mahu setuju pula. Jadi, pembangkang ini setuju pun
tidak tahu kita, tidak setuju pun kita tidak tahu. Dalam Dewan Rakyat saya tengok masing-
masing duduk hentam Tok Pa ini. Apakah Tok Pa hendak buat ini? TPPA kalau Donald Trump
tidak setuju ini? Dulu mereka yang tidak setuju. Sekarang apabila Donald Trump tidak setuju,
depa tanya pula Tok Pa macam mana ini hendak buat? Depa panik sudah.
Jadi, kalau perkara ini kita tidak tangani- jadi, saya hendak bertanya kepada
kementerian. Apakah peranan yang kita akan mainkan dengan ASEAN dan juga RCEP
DN 8.12.2016 56
berhubung dengan TPPA ini? Katalah ditakdirkan TPPA tidak akan ditandatangani, apa akan
jadi bilateral di antara negara-negara yang telah pun menandatangani?
Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, mencelah.
■1450
Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Saya tidak berapa mahu bagi jalan masalah,
saya banyak lagi hendak habis. Tunggu sat lah. Ahli-ahli Yang Berhormat, baru-baru ini juga
saya bangkitkan soal- sorry ya Yang Berhormat, bukan hendak kasar tapi saya tengah dok
mood sedap. Tidak apalah bagi peluang.
Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah: Ikut peraturan you punya floor lah, so
berhak kalau tidak bagi jalan. Cuma satu sahaja saya hendak tanya, saya pun pernah baca
Hansard Dewan Rakyat, kenapa saya tengok dalam Hansard itu pihak pembangkang, kecuali
saya tertinggal atau apa. Pihak pembangkang di Dewan Rakyat di sini minority ya, dia tidak
sedih Donald Trump akan reject TPPA. Cuma dia tanya apa implikasi dia atas cadangan untuk
pinda lebih kurang dua puluh akta itu. Apa akan jadi kepada cadangan kita dan apakah
alternatif kerajaan akan ambil, sedangkan kita telah belanja banyak duit dalam TPPA. Akan
tetapi yang penting ialah implikasi atas undang-undang yang dicadangkan akan dipinda?
Terima kasih.
Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya.
Saya masukkan dalam Hansard saya sebagai salah satu soalan ya. Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Saya melihat juga di dalam Rang Undang-undang Perbekalan ini tidak dimasukkan
peruntukan untuk NGO atau agensi kerajaan di bawah AADK ini berhubung dengan dadah. Jadi
saya nak minta Menteri menjawab di mana peruntukkan ini diletakkan? Masalah dadah ini
masalah yang selalu saya bercakap dan sekarang lebih kritikal selepas kematian di Melaka,
cara disembelihnya.
Saya melihat sendiri mayat itu telinga dipotong, hidung dipotong. Saya berjumpa sendiri
dengan anak itu yang membunuh, atuknya tidak dibunuh, hanya penjaganya sahaja. Katanya
dia mendengar suara yang minta supaya malaikat ini bunuh. Malaikat apa? Malaikat
methamphetamine, malaikat syabu dan ada manusia-manusia di Malaysia sekarang minta
supaya ganja ini diluluskan, dihalalkan, cannabis dihalalkan, saya tidak faham. Vape pun kita
hendak haramkan, sekarang hendak halalkan ganja? Ini orang UMNO bawa, saya frust sangat
ini. Saya tak faham apabila ada bahan-bahan yang boleh mencederakan anak-anak kita,
mematikan generasi kita, maka ada orang-orang yang menyokong. Yes, at America it’s has
been legalized, never mind, dengan izin.
DN 8.12.2016 57
Kenapakah kita hendak bawa ke Malaysia? Kita dok berperang di sini, penguatkuasaan
kita tak kuat, border kita dapat dimasuk. Baru-baru ini di Riau, kita melawat Riau. Riau kata
“Dadahnya pak, dadah yang datang ke Riau ini datangnya dari Malaysia pak”. Dalam ucapan,
“Datangnya dari Malaysia pak. Kami terpegun pak, mana ada pokok ganja di Malaysia”. Ini yang
merangkumi, bukannya dari Indonesia ke Malaysia, Malaysia ke Indonesia. Maknanya,
sempadan kita masih lagi tidak kukuh. Dato’ Seri Zahid, Menteri Dalam Negeri, tidak kukuh!
Apatah lagi sekarang kalau kita hendak legalized cannabis, katanya boleh mengurangkan sakit
kanser, tipu. Semasa saya menghadiri conference ada yang against ada yang pro.
Bila kita tahu masalahnya lebih besar daripada manfaatnya maka kita terpaksa
melawan, supaya cannabis ini tidak di-legalized-kan. Akan tetapi tidak ada dalam peruntukkan
mana kita nak cari wang? Pusher punya pakai machine gun, kita pakai keris. Macam mana nak
lawan? Orang kampung jual keropok, PEMADAM kampung jual keropok nak dapat duit untuk
buat satu kursus, hendak menerangkan bab dadah ini.
Hotspot sudah dikenal pasti, di Langkawi di sekitar persisiran Pulau Langkawi itu
semuanya, nelayan-nelayan yang ke laut itu semuanya telah pun dipengaruhi oleh dadah ini.
Apa yang kita nak buat, kalau tindakan begini? Saya hendak mengucap tahniah kepada Majlis
Agama Islam Selangor kerana mereka menggolongkan masalah dadah ini dalam zakat al-riqab.
Jadi saya buat rujukan sedikit dengan Yang Berhormat apa dia al-riqab ini, kata dia melepaskan
hamba abdi dan Kerajaan Negeri Selangor daripada segi bantuannya kepada persatuan-
persatuan yang melawan dadah ini dia hukum al-riqab. Dia hendak memulihkan anak-anak ini
daripada hamba dadah ini, maka diberi zakat. Jadi oleh sebab tidak ada bajet, tidak ada
peruntukkan yang diberikan dalam soal dadah ini, saya nak minta supaya negeri-negeri lain,
saya hendak minta tanya Menteri Agama boleh atau tidak diikut seperti mana yang dibuat oleh
negeri Selangor. Jangan kita malu kerana Selangor diperintah oleh pembangkang, yang baik
kita boleh ikut.
Maka Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Pahang
(MAIP), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dapat memberi wang-wang zakat itu kepada
organisasi yang menentang dadah ini. Dapatlah masalah bantu sikit sekurang-kurangnya anak-
anak kita, generasi-generasi kita. Hari itu saya beritahu ada dadah yang dipanggil bath salts,
kita kena dadah ini urge kita, keinginan kita, makan daging manusia, preferably baby. Dua
bulan lepas laporan di Amerika Syarikat, sushi baby sudah ada yang dimakan oleh mereka-
mereka ini. Kita nak tunggu, hendak tunggu bila? Hendak tunggu ada masalah baru kita nak
bagi peruntukan pada ketika itu sudah lambat.
DN 8.12.2016 58
Saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan Philippines di bawah Rodrigo Duterte,
Duterte saya tulis surat kepada dia tahniah. Diminta supaya saya bagi masa untuk dapat saya
ke Filipina berjumpa dengan beliau. Saya akan pergi, saya sudah beritahu Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri, saya akan pergi, kerana orang-orang begini memang tidak disukai
oleh negara-negara maju. Human rights tidak suka tetapi masalah dapat diselesaikan. Kita
hendak juga Dato’ Seri Zahid sekurang-kurang jadi half Duterte. Buat sahaja, jangan kita
tunggu, jangan kita berhenti. Fight, we must fight!
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan juga tahniah kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri kerana memberi peruntukkan yang begitu banyak, walaupun saya
berjumpa dengan Menterinya, Menterinya kata tidak cukup. “Suhaimi tidak cukup”, kepada
Kementerian Pendidikan. Sebanyak RM1.1 bilion untuk bantuan makanan asrama yang
melibatkan 365,000 orang murid dan RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan di
Malaysia.
■1500
Baru-baru ini, Tuan Yang di-Pertua, di kampung saya, keluar dalam surat khabar dan
keluar dalam berita, 45 orang pelajar keracunan selepas makan di kantin. Keracunan. Saya
balik ke kampung, orang kampung bercakap. Orang kampung kata macam mana tidak
keracunan, buah limau yang dibagi oleh pengusaha kantin itu memang tidak boleh makan
sudah. Memang tidak boleh makan sudah. Bila disemak balik harganya agak tinggi. Jadi saya
mintalah Kementerian Pendidikan kalau boleh, tidak usah kira lawan, tidak usah kira kawan,
kalau ada operator-operator yang sebegini, bukan sahaja memalukan Menteri kita, kalau
mereka ini sahabat Menteri, lebih lagi malu Menteri yang bagi projek itu. Kita minta supaya
mereka ini diberhentikan dalam masa 24 jam. Ganti orang baru.
Kita nak jawab macam mana di kampung ini? Mereka menuduh kita, kuasa ada pada
kita, kuasa nak memberi pengusaha kantin ini ada pada kita- yes, saya faham, Menteri pun
terikat dengan rakan dan sahabat. Tidak usah kira dia parti mana pun, sama sahaja. PKR
mempunyai masalah yang sama, kawan-kawan minta. DAP pun di Pulau Pinang mempunyai
masalah yang sama. Saya tahu, saya ada business di Pulau Pinang. Kawan-kawan yang dapat
semuanya. Akan tetapi kalau merosakkan kawan-kawan dan melibatkan anak-anak kita, ayuh,
24 jam bagi notis keluar, “Sorry my friend, you have not perform.” Dengan izin. “Get out.”
Jangan kita sayang kepada mereka ini. Satu, dua undi tidak apalah, pejam matalah satu dua
undi itu. Sebab anak-anak kita ini, anak-anak kita yang menjadi mangsa.
Alhamdulillah, 45 orang masuk hospital, the next day keluar. Kalau masuk dalam itu
sampai dua tiga bulan, urat perut sudah rosak kerana keracunan, Tuan Yang di-Pertua, saya
DN 8.12.2016 59
tidak dapat nak membayangkan bagaimana anak-anak kita ini akan mengambil tindakan
apabila mereka keluar dan selepas mereka memasuki universiti, tentu sekali mereka ini akan
menjadi anti kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyambut baik usaha kerajaan menyediakan
peruntukan untuk membangunkan semula 120 buah sekolah daif iaitu 60 di Semenanjung, 30 di
Sabah, 30 di Sarawak dan 1,800 buah makmal sains dengan peruntukan RM570 juta.
Kita faham sekolah-sekolah yang akan diperbaik pulih ini adalah di bahagian-bahagian,
di negeri-negeri, di daerah-daerah. Saya minta kalau berlaku di tempat saya, pengubahsuaian
sekolah yang kecil tapi yang membuatnya orang dari negeri lain. Bayangkan, dari Perak nak
pergi buat kerja-kerja ubahsuai di Kedah, di kawasan hulu, tentu sekali ia menjadi sub, after
sub, after sub, after sub, last sekali sekolah itu tidak siap.
Jadi saya minta kepada Menteri, kepada Kementerian Pendidikan supaya menetapkan
bahawa kontraktor-kontraktor yang nak buat kerja-kerja kecil ini, wang pun tidak banyak hanya
RM570 juta ini, diberikan kepada orang-orang di dalam kawasan tersebut. Masya-Allah,
sekarang ini dalam 1.1 juta buah syarikat yang berdaftar dengan SSM, menyeluruh seluruh
Malaysia ini. Carilah sebuah kampung yang tidak ada syarikat dalam kampung itu. Semuanya
ada syarikat, semuanya ada kontraktor Kelas ‘F’. Bukan susah nak mencari kontraktor Kelas ‘F’
di kawasan-kawasan masing-masing. Jangan kita eksport atau transport dari luar masuk ke
dalam untuk membuat kerja-kerja ini.
Dan jangan kita tengok kepada sekolah Melayu sahaja. Dalam kawasan saya ada
sebuah sekolah India di Bedong, sekolahnya amat daif. Sudahlah daif, beruk banyak, kera
banyak. Hari-hari kera ini buang bumbung letak tepi, the next day cikgunya ambil bumbung dan
letak balik. Esok kera buang balik, masuk balik. Hari-hari dok kerja dengan kera, murid-murid
last sekali dia menjadi kera juga, tak dan belajar.
Jadi tumpuan kepada sekolah-sekolah ini, yang saya tengok amat daif betul,
pendawaian yang tidak tersusun, air yang tidak sempurna. Kita perlu mereka yang seperti ini-
bila saya melawat sekolah-sekolah begini, saya rasa sedih, walaupun orang kata bukan
seagama dengan kita, sekolah India. Masya-Allah, kalau inilah, kita juga saya rasa sangat
berdosa kerana kita yang memerintah. Kalau kita membiarkan sekolah India menjadi begitu,
kalau kita biarkan sekolah lain menjadi begitu, kita akan terasa juga. Tentu sekali kita juga akan
menerima dosa yang sama, tidak kiralah.
Jadi saya minta kepada kementerian peruntukan kepada sekolah-sekolah yang terlalu
daif ini, tidak usah kiralah apa sekolah sekali pun, kita pasti kena memperbaikinya. Saya juga
menyanjung tinggi atas kesediaan pihak kerajaan memperuntukkan RM90 juta untuk
DN 8.12.2016 60
mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris kepada pendidik dan RM340 juta lagi untuk
menyediakan tablet sebagai alat membantu mengajar.
Ahli-ahli Yang Berhormat ingat tidak dulu, laptop 1Malaysia. Saya buat program bagi
kepada murid-murid. Dua hari selepas pemberian, murid-murid datang, suku daripadanya tidak
boleh pakai laptop 1Malaysia itu. Suku daripadanya. Apabila sudah ada komputer, dia nak
internet nya, dia nak WiFi-nya, dia nak sistemnya supaya dapat diakses. Tapi kalau kita bagi
komputer tidak ada aksesnya, tidak ada internet-nya, they cannot do anything. Maka dia akan
simpan, dia buat typewriter. Banyak lagi.
Saya nak tanya kementerian, setakat mana success story kita dalam Kampung WiFi ini?
We spend so much money, dengan izin, tetapi masih ada lagi sekolah-sekolah, guru-guru,
kampung yang tidak ada akses to WiFi ini. Ada yang pergi ke dewan orang ramai, dulu mereka
kata mereka akan letak the biggest… [Menunjukkan gaya] dalam kampung, maka dua
kilometer, tiga kilometer budak-budak kita, pelajar-pelajar kita akan dapat akses. Dua kilometer
apa, 100 meter pun tidak sampai. Last sekali di kampung saya, murid-murid tiap-tiap petang
pukul 3 pergi duduk keliling- itu. Ramai duduk keliling nak dapatkan akses to the internet.
Ini yang kita nak? Berapa bilion yang kita habiskan setakat ini untuk projek-projek ini?
Kita faham bahawa Telekom Malaysia, Maxis, Digi tidak mahu business di kampung ini kerana
revenue-nya sikit, kita faham, tapi kita ada MCMC yang tax puak-puak company ini, dan mereka
ada berbilion-billion Ringgit. Janganlah kita bagi beli kereta, kita tidak buat jalan. Jangan kita
bagi kereta tidak ada jalan, simpan di rumah akhirnya.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya baru-baru ini juga saya bertanya soalan
berhubung dengan halal business ini. Saya nyatakan pada hari tersebut bahawa dalam RM40
bilion halal business ini, enam peratus sahaja dikuasai oleh orang-orang bumiputera. Kita
melihat syarikat-syarikat besar yang value-nya tinggi seperti Nestle, Cadbury, mereka ini yang
monopolies-kan halal business yang ada dengan kita sekarang. Kita faham, bahawa our halal
logo memang yang terbaik, tertinggi mutunya di luar negara.
■1510
Saya hendak mencadangkan syarikat-syarikat yang besar-besar. Saya ambil satu
contoh di kampung saya ada satu makcik, dia buat baulu halal. Bila pegawai halal hendak pergi
bagi cap halal itu, dia masuk ke dapur. Biasalah orang kampung, dapur itulah dia buat makan
anak-anak dia, dapur itulah dia buat masak bubur, dapur itulah juga dia buat baulu. Tak dapat
bagi kerana hendak kena buat dapur yang baru. Buat pinjaman TEKUN, enam bulan, tujuh
bulan, lapan bulan, sembilan bulan menunggu, give up dia. Last sekali dia kata ‘Emm makcik
pun halal dah, tak payah dok minta halal-halal lah”. Tak dapatlah halal itu.
DN 8.12.2016 61
Jadi saya hendak mencadangkan kalau ada syarikat-syarikat di kampung yang sudah
ada success story, kenapa tidak Tabung Haji ataupun Lembaga Angkatan Tentera ataupun
koperasi-koperasi yang besar ini beli saham itu. Tiap-tiap 30 percent dan you don’t have to take
all tiap 30 percent. Bagi mereka macam ini menjalankan perniagaan tersebut kerana they have
their expertise. You invest 30 percent, dapatlah daripada 30 peratus itu dia hendak baiki dapur
dia. Saya tengok ada satu kompeni nama NONI di kampung saya, dah masuk merata
supermarket. Dah bawa roti canai ke Mekah pun. Bayangkan kalau kita dapat bawa ke Mekah?
Ya Allah, pasarannya setiap hari millions.
Kalau Tabung Haji ambil 40 buah syarikat sekali pun atau tiap-tiap negeri dia ambil 50
buah syarikat, baru 13 buah negeri di Malaysia ini. Baru berapa banyak? Rather than you go
and buy hotel in England. Take 30 percent from this people; take 40 percent from this people.
Polish them, help them. Belikan equipment yang terbaik untuk mereka. At the same time you
share the profit. What’s wrong with it even it is small? Collectively it becomes big, dengan izin.
Jadi kalau kita tengok dengan value yang ada sekarang ini, terlalu kecil syarikat-syarikat
kita. We look at Cadbury. So huge, big. Kita ada juga orang-orang kita yang buat coklat tapi tak
ke manalah. Mesinnya tak besar mana, kokonya pun tak sebesar mana. Jadi saya memang
bersetuju sekali, saya bersetuju dengan penerangan yang diberikan oleh Menteri tempoh hari.
Akan tetapi saya tidak bersetuju ini kalau syarikat-syarikat yang besar, GLC yang besar ini tak
dapat hendak membantu cara mengambil saham di dalam syarikat-syarikat mereka ini.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya bercakap juga berhubung dengan projek-projek
perumahan yang terbengkalai. Menteri beritahu hari itu ada syarikat-syarikat yang tak dapat
meneruskan projek. Saya juga merasakan bahawa harga yang tinggi itu menyebabkan orang
tidak dapat beli, projek itu juga terbengkalai.
Kalau kita tengok angka dari tahun 2000 hingga tahun 2014, harga rumah itu naik 110
peratus sedangkan gaji di Malaysia hanya 2.3 peratus. Ketidakseimbangan ini yang
menyebabkan banyak rumah tak dapat dibeli. Maka kita pun buatlah program Malaysia My
Second Home. Saya hendak tanya, Malaysia My Second Home ini setakat mana dah sekarang
ini? Orang mana yang paling banyak beli rumah kita ini? Adakah mereka ini dari Iran yang buat
dadah di Malaysia ini, yang ramai kena tangkap ini. Apakah mereka ini? Apakah orang-orang
China? Apakah orang-orang Singapura? Adakah orang-orang Myanmar, orang Indonesia? Kita
hendak tahu berapa banyak Malaysia My Second Home ini, daripada mana mereka ini datang.
Bila saya tengok facilities yang diberi pada Malaysia My Second Home ini dengan boleh
beli keretanya dan sebagainya saya tengok my God, this is the best offer that we can give tapi
benefit-nya siapa? Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di dalam Dewan yang mulia ini juga saya
DN 8.12.2016 62
hendak bertanya juga kepada Menteri, kita ini kadang-kadang kita kena melihat juga, Tuan
Yang di-Pertua. Kita pergi ke luar negara, kita hendak melihat bagaimana sistem yang
dijalankan di luar negara. Saya ucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua, dia peka. Dia
hendak pergi melihat, dia hendak pergi belajar, dia hendak pergi menengok macam mana
Parlimen di luar negara dijalankan. Bagaimana Senator-senator di luar negara berperanan.
Saya ucap tahniah kepada Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah semalam
yang mengupas bagaimana peranan yang boleh kita mainkan, peranan yang dapat membantu
negara sebab kita ini tak ada kawasan. Dewan Rakyat itu ada kawasan. Tak sempat hari
Khamis, dah hendak balik. Hari Jumaat itu ada khatam Quran, ada majlis berzanji, malam itu
baca Yasin, hendak kena balik, yang itulah juga hendak pergi luar negara. Berebut-berebut
hendak pergi ke luar negara. Apakah salahnya bagi kepada kita? Kita ini tak ada kawasan, kata
mereka pun tak ada kawasan, tak berapa busy macam mereka. Jadi kita minta yang hendak
pergi luar negara ini bagi kepada Dewan Negara, let us go. Kita pun pandai juga bab-bab lateral
ini, bukan kita tak reti. Kita pun tahu setakat hendak bersyarah dalam United Nations itu,
anytime [Tepuk]
Akan tetapi saya dengar baru-baru ini kerajaan telah memotong pula peruntukan kepada
Dewan ini, kalau tak salah saya, RM3 juta sahaja kot. Hendak pergi mana RM3 juta? Boleh
pergi main golf dekat Jakartalah, Datuk Abbas? Kalau peruntukan untuk perkara begini
dipotong, saya tak nampak jalan. Saya tak nampak jalan kita hendak keluar pergi belajar. Let us
represent the government, why not? We are capable people, dengan izin. We have professors,
we have engineers, and we have lawyers. We have Datuk Abbas who can speak and deliver
very well, kenapakah? Mana mungkin semuanya hendak diserahkan kepada Ahli Dewan
Rakyat.
Seorang Ahli: …Menteri seorang pun tak ada hari ini.
Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Menteri pun tak ada seorang hari ini.
Masukkan dalam teks saya. Bukan kita hendak menegur, bukan kita hendak mengata.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk, itu bukan RM3 juta, Datuk. Daripada
RM3 juta potong hingga RM1 juta.
Dato’ Haji Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Saya ingat RM3 juta, sekarang tinggal RM1
juta. Tinggal RM1 juta. Tak ada, kita pergi Hat Yai dengan Datuk Seri Boon Som, saya
cadangkan kita. Saya dengan ini menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2017. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih sekiranya terkasar bahasa. Memang niat saya hendak
terkasar bahasa. Saya mohon ampun dan maaf. Wabillahi taufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
DN 8.12.2016 63
Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya memanggil Yang Berhormat Dato’ Indera Hoh
Khai Mun. Silakan. Lepas itu Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas. Sedia.
3.18 ptg.
Dato’ Indera Hoh Khai Mun: Terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua kerana memberi
peluang kepada saya dalam perbahasan bagi Bajet 2017. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya
meneruskan perbahasan saya, inginlah saya mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli JKK seramai
42 orang dari Sarawak [Tepuk] Sebagai permulaan, izinkan saya merujuk semula tema Bajet
tahun ini iaitu, ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan
Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’.
■1520
Sememangnya Bajet 2017 yang disediakan oleh kerajaan ialah bajet yang berhemah
serta komprehensif. Bajet ini bukan sahaja mengutamakan kesejahteraan rakyat tetapi juga
memastikan ekonomi negara kekal teguh dan berkembang serta mencapai kadar pertumbuhan
KDNK sebanyak empat peratus hingga lima peratus. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak
menentu, ini merupakan sasaran yang amat mencabar terutamanya kerajaan tetap dengan
komitmen untuk mengurangkan defisit negara walaupun harga minyak global masih lemah dan
tidak stabil di samping dengan kelemahan pertumbuhan perdagangan dunia.
Selepas pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap
Menteri Kewangan boleh dilihat usaha konsultasi kerajaan dengan lebih 90 buah institusi dalam
negara serta orang awam dalam Bajet 2017 yang sudah berhasil dengan program-program
serta peruntukan yang bernas dan pragmatik dicadangkan. Malah Bajet 2017 juga dikenali
sebagai bajet gaya hidup di mana banyak isu sosial yang dihadapi oleh rakyat telah dikenal
pasti oleh kerajaan dengan langkah-langkah untuk mengatasinya telah diambil terutamanya isu-
isu yang dihadapi oleh generasi muda.
Langkah-langkah tersebut termasuk penambahbaikan pemilikan rumah,
penambahbaikan bantuan kewangan BR1M sehingga RM1,200, pemberian subsidi untuk
penanam padi, nelayan, gas memasak, bil elektrik dan tol dan pengubahsuaian pelepasan
cukai di mana usaha-usaha secara keseluruhan dijangka menjana lebihan pendapatan
sebanyak RM8.4 bilion kepada isi-isi rumah pada tahun 2017.
Tuan Yang di-Pertua, bajet yang dibentangkan memanglah terpuji tetapi masih terdapat
beberapa bahagian boleh dipenuhi. Ingin saya mengingatkan kerajaan bahawa merekalah yang
bertanggungjawab kepada rakyat untuk setiap Ringgit dan sen yang dikutip sebagai cukai dan
memastikan nilai yang terbaik dijana dari setiap perbelanjaan. Memenuhi tema sebahagian
DN 8.12.2016 64
Bajet 2017, ‘Menghemah Perbelanjaan Inklusif dan Menyejahterakan Kehidupan Rakyat
Seluruh’, kerajaan perlu bertindak lebih proaktif dan cermat dalam mengatasi pembaziran dan
ketirisan.
Malangnya, laporan tahunan oleh Jabatan Audit Negara sering mendedahkan isu-isu
pembaziran dan ketirisan dalam semua aspek operasi kerajaan termasuk perkhidmatan,
bekalan dan kerja-kerja yang tidak mematuhi kualiti, bayaran tidak wajar, kelewatan tidak
munasabah serta lain-lain. Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa setiap pendedahan ini
mengundang kemarahan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, mengambil kesempatan ini, izinkan saya memberi beberapa syor
kepada kerajaan untuk mengamalkan bajet dan perbelanjaan yang lebih hemah dan juga
beberapa cadangan kepada kerajaan untuk perbelanjaan yang lebih inklusif dan bernilai.
Syor saya yang pertama ialah kerajaan perlu tegas dalam memilih dan memastikan
kontraktor yang terlibat dalam projek kerajaan adalah yang berwibawa dan berkelayakan bagi
mengelakkan pembaziran. Kontraktor-kontraktor yang bermasalah perlu disenarai hitam.
Kementerian terutamanya Kementerian Kerja Raya dan agensi yang terlibat dalam
penganugerahan projek kerajaan kepada kontraktor, janganlah diberi secara terus tanpa tender,
rundingan atau pemeriksaan.
Untuk projek kerajaan yang khas yang melibatkan skop kerja yang kompleks atau
khususnya seperti hospital, institusi kesihatan, kaedah tender terhad perlu dilaksanakan bagi
menentukan kelayakan kontraktor. Kaedah ini memerlukan pra kelayakan bagi memastikan
hanya kontraktor yang berwibawa dan berkelayakan sahaja yang diberi projek tersebut.
Di sini saya juga ingin membangkitkan kes mengenai kelewatan penyiapan projek
Sekolah Kebangsaan Padang Garuda, Kuantan, Pahang. Kegagalan kontraktor asal daripada
MIA Construction Sdn. Bhd. adalah disebabkan oleh kelemahan kontraktor seperti kegagalan
mengambil kira reka bentuk yang tidak praktikal, tidak sesuai berdasarkan fungsi dan
kemudahan serta ciri-ciri keselamatan. Laporan Jabatan Audit Negara bukan sahaja
mendedahkan kelemahan kontraktor tetapi juga kelemahan kementerian yang terlibat dalam
memantau secara berkala dan ketelitian kementerian dalam kewibawaan dan kelayakan
kontraktor sebelum penganugerahan projek tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong implementasi projek ECRL dan saya
menyeru kerajaan untuk mempercepatkan projek tersebut. ECRL merupakan salah satu projek
yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet
2017. Sekarang juga penyertaan negara China, projek ini bukan sahaja akan menggalakkan
pertumbuhan ekonomi negara terutamanya pembangunan negeri-negeri Pantai Timur tetapi
DN 8.12.2016 65
juga mengeratkan kerjasama dan hubungan Malaysia dengan China di mana negara China
sedang membangun sebagai kuasa dunia baru melalui perkembangan ekonomi yang pesat.
Pembinaan jalan kereta api sepanjang 600 kilometer dalam ECRL bukan sahaja akan
menggalakkan pembangunan ekonomi tetapi juga akan menghubungkan ibu kota negara dalam
rangkaian antara Port Klang, Selangor dan Tumpat, Kelantan.
Ini adalah seiring dengan usaha kerajaan untuk memodenkan pengangkutan awam
negara seperti rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di antara Kuala Lumpur dan Singapura.
Sayangnya pihak pembangkang dalam bantahan dan kritikan mereka terhadap pembangunan
ECRL ini, dalam memberi gambaran negatif tentang ECRL yang memerlukan kos yang tinggi
dalam pembinaan jalan dan jambatan di atas serta perlu membina terowong melalui Banjaran
Titiwangsa. Isu ini telah dipolitikkan oleh pembangkang tanpa menghiraukan faktor-faktor yang
sebenar serta tidak menghiraukan bahawa ini akan menjejaskan hubungan antara Malaysia
dengan negara China.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan semula
cadangan Kerajaan Pusat untuk membina sebuah hospital pakar di Bentong. Cadangan ini
pernah dibangkitkan oleh Kerajaan Pusat pada tahun 2017. Menurut hasil kajian, didapati
pembinaan hospital pakar ini akan dapat memanfaatkan penduduk-penduduk di Pahang Barat
iaitu seperti di Daerah Bentong, Raub dan Lipis. Buat masa sekarang, di negeri Pahang kita
hanya mempunyai dua buah hospital pakar iaitu sebuah di Temerloh dan sebuah di Kuantan.
Sekiranya berlaku kecemasan dan memerlukan bantuan doktor pakar, penduduk daripada
ketiga-tiga daerah ini terpaksa pergi ke satu- dari hospital pakar ini dan ini akan memakan masa
yang panjang kerana jarak yang jauh.
Jadi saya memohon agar Kerajaan Pusat dapat mempercepatkan pembinaan hospital
pakar di Bentong ini di mana tanah telah dikenal pasti. Saya percaya Kerajaan Pusat hendaklah
mengambil tindakan yang positif untuk merealisasikan hasrat penduduk-penduduk dari Pahang
Barat ini.
■1530
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya juga ingin menarik perhatian kerajaan kepada kejadian
tanah runtuh, terutamanya di negeri Pahang. Disebabkan perubahan iklim serta pembangunan
setempat yang tidak terancang, kejadian tanah runtuh sering berlaku. Kejadian tanah runtuh
yang berlaku bukanlah remeh tetapi tanah runtuh yang serius yang mungkin meragut nyawa
seperti tanah runtuh yang berlaku tahun yang lepas. Seperti yang telah berlaku di Lebuh Raya
Karak pada tahun yang lalu, di mana terdapat 25 orang penghuni kediaman Jabatan
Perhutanan Negeri terkandas akibat jalan dibanjiri lumpur. Kebelakangan ini juga terdapat
DN 8.12.2016 66
laporan tanah runtuh di Kuala Lipis dan Cameron Highlands, di mana 25 orang penghuni
terpaksa berpindah rumah. Menurut pakar, kawasan yang mengalami runtuhan tanah adalah
cenderung untuk kejadian tanah runtuh lagi.
Justeru itu, saya ingin menyeru Kerajaan Pusat untuk membuat kajian yang menyeluruh
untuk mengenal pasti kedudukan kawasan yang cenderung berlaku tanah runtuh serta dapat
membuat pelan tindakan bagi mengatasinya seperti pelan untuk pemeliharaan hutan,
menambah baik tebing-tebing sokongan dan juga pemulihan cerun-cerun sepanjang jalan lebuh
raya. Dengan ini, saya menyokong Bajet 2017. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas
Umbul, silakan.
3.32 ptg.
Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana baik hati dan
memberi saya ruang dan peluang untuk membahaskan bajet yang dibentangkan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada Oktober lepas yang mana
bajet ini merupakan amat penting dalam ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi,
Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’. Terlebih dahulu
saya ucapkan salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa dan salam ‘tabi
pisempuruan’ kepada semua rakan Senator. Marilah kita sama-sama juga mengucap syukur
pada Tuhan yang Maha Kuasa kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat lagi
bersidang di Dewan yang mulia ini pada minggu ini dan akhirnya selama 10 hari di sini.
Izinkan juga saya, Tuan Yang di-Pertua, untuk mengalu-alukan pelantikan enam orang
Senator baru yang mengangkat sumpah pada pagi kelmarin. Saya juga ingin mengambil
kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri di atas kejayaan lawatan rasmi beliau dan rombongan ke Negara China baru-
baru ini sehinggalah mendapat kejayaan pelaburan sebanyak RM148 bilion untuk negara dan
ini satu mesej yang amat baik kepada rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet ini izinkan saya juga untuk menghurai mengenai isu
pembangunan ekonomi. Seperti yang kita maklum, kita sedar bahawa masih begitu banyak
yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan dan anggota masyarakat sendiri bagi mencapai
wawasan negara menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi iaitu mencapai
sasaran USD15,000 pendapatan per kapita menjelang tahun 2020 dan juga sasaran
pendapatan bulanan RM5,000 bagi setiap isi rumah di Sabah menjelang tempoh tersebut.
DN 8.12.2016 67
Kita juga menyedari hakikat akan hasrat kerajaan untuk memperkasakan ekonomi
bumiputera seperti mana terlancarnya agenda ekonomi bumiputera yang di dokong oleh Unit
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB). Namun, penyertaan usahawan-usahawan
bumiputera bukan Melayu masih belum kenampakan, termasuklah dalam proses pembikinan
rangka agenda dan hala tuju transformasi tersebut. Kita juga menerima hakikat bahawa proses
penyusunan semula pemilikan ekuiti korporat dan tumpuan khas kepada masyarakat
bumiputera minoriti seperti Kadazan Dusun dan Murut seperti mana dinyatakan dalam rangka
jangka panjang ketiga JKRRJP3 2001 hingga 2005 sebelum ini belum lagi menunjukkan
sebarang pencapaian signifikan.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kita mohon kepada Kerajaan Persekutuan
mempertimbangkan syor-syor berkaitan ekonomi dan memorandum KDM blueprint yang
disampaikan oleh parti kita pada beberapa tahun yang lepas, khususnya bagi program
memperkasa ekonomi bumiputera, termasuklah agar usahawan bumiputera bukan Melayu
seperti Momogun diberi peluang dalam pemilikan ekuiti korporat bagi sektor yang tidak
melibatkan sijil halal atau non-syariah compliance.
Kita juga mohon kepada kerajaan memastikan pelantikan perjawatan bagi agensi-agensi
pelaksana program, sosioekonomi kerajaan meliputi semua kaum supaya komunikasi dan
peluang penyertaan dan akses maklumat dapat disampaikan kepada semua masyarakat
mengikut kaum dan kawasan. Kita juga mohon supaya meminta kerajaan menambah
kemudahan pinjaman bagi industri kecil dan sederhana (SME) dan pinjaman mikro kredit dapat
ditambah supaya agensi-agensi pelaksana melipatgandakan usaha turun padang bagi
memastikan hasrat dan objektif program yang disediakan dapat disampaikan terus kepada
kumpulan sasaran. Meminta agar latihan keusahawanan berterusan dapat diadakan kepada
semua peminjam SME dan mikro kredit agar mereka terlibat dalam aktiviti keusahawanan yang
sebenarnya.
Saya juga melihat dalam Bajet 2017 ini Tuan Yang di-Pertua, mengenai peruntukan-
peruntukan di Kementerian Pendidikan. Saya ingin mengutarakan mengenai kemudahan
prasarana pendidikan untuk diambil perhatian dalam Bajet 2017 ini. Bahawa kita menyedari
bahawa pelajar-pelajar luar bandar masih belum mendapat kemudahan prasarana pendidikan
yang sempurna jika dibandingkan kemudahan yang diperoleh oleh pelajar di bandar. Ini telah
mewujudkan jurang pencapaian akademik dan kokurikulum yang begitu ketara di antara
mereka. Maka, kita harus sedar bahawa jurang perbezaan ini akan menyebabkan para pelajar
luar bandar berdepan dengan cabaran kepada akses biasiswa dan peluang kemasukan ke
universiti-universiti awam.
DN 8.12.2016 68
Kita juga menyedari hakikat bahawa lambakan kampus-kampus pengajian tinggi telah
menyebabkan lambakan graduan menyebabkan begitu banyak yang tidak mendapat pekerjaan
kerana kursus yang diikuti tidak lagi memenuhi kehendak atau keperluan pasaran dan juga
berlakunya banyak lebihan bagi kursus yang sama. Kita juga menyedari Tuan Yang di-Pertua,
bahawa terdapat kerenah birokrasi yang menyebabkan pembangunan pendidikan di negeri
Sabah agak lambat berbanding di Semenanjung. Oleh sebab kuasa-kuasa pentadbiran utama
masih lagi di Putrajaya dan wujudnya perbezaan besar dalam kemudahan yang dinikmati oleh
kakitangan perkhidmatan pendidikan seperti elaun dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, pengajaran dalam bahasa KadazanDusun dan pengajian bahasa
KadazanDusun di institusi perguruan Malaysia, kita amat bersyukur kepada Kerajaan Barisan
Nasional kerana menerima bahasa KadazanDusun sebagai salah satu mata pelajaran bahasa
tambahan pada tahun 1997. Maka, sehingga tahun 2010, sebanyak 435 buah di Sabah sudah
terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa KadazanDusun.
■1540
Kita juga bersyukur bahawa bahasa KadazanDusun merupakan saluran utama
komunikasi nilai-nilai murni yang diperturunkan daripada warisan adat istiadat serta budaya
masyarakat yang begitu kukuh dan mampu menghindar daripada pengaruh nilai-nilai budaya
luaran yang boleh merosakkan akhlak dan jati diri anak-anak bangsa.
Kita juga menerima hakikat bahawa terdapat kawasan di mana pelaksanaan
pembelajaran bahasan KadazanDusun belum lagi dilaksanakan terutama di Wilayah
Persekutuan Labuan di mana sebilangan besar penduduknya adalah juga berbangsa
KadazanDusun.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengutarakan mengenai silibus pendidikan
Sejarah berkaitan pembentukan Malaysia. Kita menyedari hakikat bahawa rakyat di negeri
Sabah semakin peka kepada sejarah penubuhan Malaysia serta peningkatan semangat
nasionalisme dan kesedaran mengenai isu-isu Perjanjian Malaysia 1963. Seterusnya
memberikan pendapat dan pandangan yang kritikal terhadap subjek-subjek tersebut. Kita juga
melihat bahawa silibus mata pelajaran Sejarah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun
sekolah menengah tidak banyak memberi liputan sewajarnya kepada sejarah penubuhan
Malaysia dan kepimpinan negeri Sabah dan Sarawak. Ini menyebabkan para pelajar khususnya
di Semenanjung tidak banyak mengetahui dan tidak tahu mengenai pembentukan sejarah
sebenar negara ini.
Maka dengan itu, saya mohon menggesa supaya kerajaan khususnya Kementerian
Pendidikan Malaysia menyediakan peruntukan bagi membantu peruntukan untuk kemudahan
DN 8.12.2016 69
prasarana seperti yang saya nyatakan tadi agar Kementerian Pendidikan menyediakan kos
penyelenggaraan prasarana seperti bangunan sekolah, rumah-rumah guru, alat-alat bantu
mengajar, bekalan elektrik, air, jalan raya dan sebagainya terutama sekolah-sekolah luar
bandar.
Tuan Yang di-Pertua, kelmarin kita telah mendengar soalan lisan yang telah saya
utarakan mengenai sekolah luar bandar, mengenai ICT, sains dan teknologi. Apa yang saya
dapat jawapan semalam ialah Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang menjawab semalam
mengatakan bahawa SMK Tenom itu sekolah luar bandar. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua
saya ingin membetulkan fakta bahawa Sekolah Menegah Kebangsaan Tenom ya betul
dikategorikan luar bandar tetapi ada menerima bekalan elektrik, air dan juga mempunyai pusat-
pusat sumber untuk bacaan pelajar.
Soalan saya semalam ialah lebih memfokuskan kepada sekolah-sekolah pedalaman
yang tidak ada bekalan elektrik, kekurangan generator bagi mengakses internet bagi membantu
pelajar-pelajar sekolah-sekolah luar bandar. Kita faham bahawa di Sabah dan Sarawak jalan-
jalannya begitu teruk khususnya memasuki pedalaman-pedalaman. Saya rasa Dato’ Suhaimi
semasa menjadi pegawai khas kepada Datuk Dr. Puad Zarkashi telah melawat kawasan-
kawasan kami di pedalaman dan merasai sendiri apa yang mereka dapat lihat masih lagi infra
ini perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Justeru itu, saya mohon kepada Kementerian Pendidikan untuk melihat perkara ini
dengan lebih serius agar pembelajaran yang begitu kondusif dapat dirasai oleh anak-anak luar
bandar. Begitu juga ibu bapa mereka penyokong-penyokong tegar dan kuat kepada Barisan
Nasional semenjak dahulu sampailah ke hari ini di mana kita selalu memenangi negeri Sabah
dan Sarawak, menyumbang beberapa Kerusi untuk kemenangan Barisan Nasional.
Jadi sudah tiba masanya kita ini apabila mengenang budi dan Kerajaan Persekutuan
melihat perkara ini dengan lebih serius melalui Kementerian Pendidikan dan mengagihkan
peruntukan yang tinggi untuk membina sekolah-sekolah yang lebih kondusif. Kita faham
sekolah-sekolah kita di luar bandar ini masih ada beratapkan zink, masih ada lagi dengan
papan-papannya. Jadi semua ini harus diambil perkiraan. Jadi kita mohonlah kepada kerajaan
tentang perkara ini. Saya juga memohon agar kerajaan melalui Kementerian Pendidikan
mengkaji semula silibus pendidikan dengan memberi banyak kepentingan terhadap bidang
sains, teknologi kejuruteraan dan matematik.
Kita juga mohon Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan menghantar
guru-guru yang bertauliah, terlatih, berpengalaman dalam mata pelajaran yang diwajibkan
khususnya di luar-luar bandar. Kita menggesa agar mempercepatkan penyeragaman elaun
DN 8.12.2016 70
perkhidmatan guru-guru Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Selain itu juga kita menggesa
kepada Kementerian Pendidikan menyediakan peruntukan khas pada hari sekolah
menganjurkan program tahunan seperti hari sukan tahunan sekolah dan hari anugerah
kecemerlangan supaya pihak sekolah dan persatuan PIBG tidak terbeban mencari dana
pembiayaan program-program tersebut.
Saya masih ingat pada masa yang lepas menteri yang lalu, mantan Menteri Pendidikan
yang lalu mengumumkan supaya PIBG diberi peruntukan untuk mengendalikan aktiviti program-
program sekolah. Saya minta agar kementerian melihat balik rancangan-rancangan yang telah
diajukan sebelum ini. Berbalik kepada silibus pendidikan sejarah pembentukan Malaysia Tuan
Yang di-Pertua, kita mahu supaya kerajaan menambah baik silibus buku teks Sejarah agar
topik MA1963 dapat diberi liputan yang besar agar semua orang dapat melihat bagaimana
negara kita dibentuk.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita telah pun baca di akhbar dan di media-media
sosial mengenai persoalan dari Sabah dan Sarawak mengenai terma dalam borang rasmi
kerajaan, kumpulan lain-lain. Jadi ini menimbulkan seolah-olah kita tidak wujud dalam negara
ini. Jadi sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, kita baru-baru ini dengan beberapa buah
persatuan etnik telah bersepakat untuk menggunakan terma Momogun dalam konteks negeri
Sabah, Momogun dan juga kalau di Sarawak dikenali sebagai Rumpun Dayak. Perbincangan
akhir-akhir ini adalah masih lagi kepada soul searching.
Jadi kategori lain-lain dalam borang rasmi kerajaan ini amat hangat diperkatakan di
negeri kami. Kalau kita melihat pada masa-masa yang lalu Tuan Yang di-Pertua, perbincangan
sedemikian yang menyebabkan pemimpin kami dahulu the founding Fathers of Sabah Tun
Muhammad Fuad Stephens dan Datuk G. S. Sundang yang menubuhkan Pasok Momogun.
Kemudian mereka bersatu menubuhkan parti United Pasokmomogun KadazanDusunMurut
Organisation ataupun UPKO. Jadi maksud istilah Pasok atau Momogun itu mengenai orang-
orang asal dalam negeri itu.
Jadi justeru saya menggesa kepada kerajaan untuk menjadikan semangat pemimpin
awal kita dahulu sebagai satu ilham dan pemangkin kesatupaduan di kalangan kita seperti
mana yang dicerminkan dalam Bajet 2017 ini.
■1550
Janganlah pula kerana masalah ini, ‘menjadi duri dalam daging’, sehingga
memecahbelahkan masyarakat kita. Dalam konvensyen parti-parti kita di Sabah pada tahun ini,
kita serasi dengan perkataan “Momogun”, kerana ini menunjukkan ada kaitan dengan
DN 8.12.2016 71
kesinambungan perjuangan yang diilhamkan oleh forefathers kita, dengan izin, mengenai
Orang-orang Asal di negeri Sabah.
Kita juga amat terhutang budi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada
beberapa tahun lepas telah meluluskan peruntukan, merasmikan pecah tanah pembinaan
Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN).
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, enam lagi bangunan Mahkamah Anak Negeri
yang lain kini sudah hampir beroperasi sepenuhnya. Kita amat mengucap syukur dan terima
kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memberikan peluang kepada
Orang-orang Asal dalam penubuhan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
begitu prihatin, sejati sejiwa dalam usaha memulihara tradisi dan adat warisan suku kaum yang
merupakan sebahagian daripada inti pati indah kesepaduan negara kita yang begitu majmuk.
Dalam konteks ini, kita juga mengetengahkan nilai-nilai positif Orang Asal iaitu dengan
kesepaduan pemimpin-pemimpin masyarakat Momogun ataupun indigenous leaders di Sabah,
dengan izin, untuk merayakan the World’s Indigenous People Day secara besar-besaran
mungkin bermula pada tahun depan. Kita mohon kepada kerajaan untuk memberi peruntukan
khas kepada perayaan World’s Indigenous Day ini untuk dirayakan di negara kita agar tidak
hanya dianjurkan oleh NGO-NGO tetapi ada mempunyai keterlibatan daripada pihak kerajaan.
Jadi kita pohon agar diberi peruntukan dalam penganjuran mengenai World’s Indigenous Day
ini pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu, kita juga berterima kasih kepada
Kerajaan Barisan Nasional kerana sudi mewujudkan pinjaman TEKUN, membantu perniagaan
kepada masyarakat Momogun di Sabah. Walau bagaimanapun, ada keluhan bahawa ahli
masyarakat kita gagal mendapat pinjaman kerana terpaksa bersaing dengan ahli masyarakat
yang lain.
Kita sedar bahawa kerajaan sudah memperuntukkan RM50 juta kepada MCA dan RM50
juta kepada MIC melalui TEKUN. Saya dengan penuh kerendahan hati memohon agar kerajaan
bermurah hati memberikan RM30 juta sekurang-kurangnya kepada masyarakat Momogun di
Sabah melalui TEKUN. Suntikan ini pastinya akan merancakkan penjanaan pendapatan sekali
gus mempertingkatkan taraf hidup masyarakat di negeri Sabah.
Selain daripada itu, sebenarnya sebagai pemimpin, kita menerima begitu banyak
permintaan kewangan daripada persatuan dan suku-suku kaum. Sebagai satunya wadah
khusus untuk Orang-orang Asal, saya bagi pihak dengan mereka ini memohon peruntukan
daripada kerajaan sebanyak RM10 juta untuk membantu rakan-rakan, persatuan-persatuan
DN 8.12.2016 72
etnik di Sabah seperti KadazanDusun Cultural Association (KDCA), Persatuan Murut Sabah
(PMS), Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA), Persatuan Kebudayaan Lundayeh
Sabah (PKLS) serta Persatuan Penternak Sabah serta juga persatuan-persatuan etnik-etnik
yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang menjadi hambatan kepada masyarakat di
negeri Sabah mengenai IMM13. Dengan izin, we are of the opinion that government cannot be
forever renewing the document of some 84,000 holders in Sabah. The most practical thing to do
will be to stop renewing the document and they will have to go back to their home nation. Sudah
terlalu ramai mereka di sini, Tuan Yang di-Pertua, dan mereka perlu balik ke negara mereka.
Untuk mempertingkatkan kawal selia serta pencegahan penculikan, justeru saya
menggesa kerajaan mengantungkan serta-merta secara total penggunaan pump boat di
perairan kita. Selain daripada itu, aset-aset seperti helikopter wajib ditempatkan di ESSCOM
supaya our response time is immediate, dengan izin, berbanding kalau aset itu terletak jauh
seperti di Labuan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, kita telah banyak mendapat ilham daripada pertolongan-
pertolongan dan juga kelulusan-kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan selama
ini. Kita sebagai orang yang selalu mengenang jasa, kita tetap sama dengan perjuangan
Kerajaan Barisan Nasional dan juga menyokong penuh kepimpinan Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri. Kita sedar bahawa kebebasan bersuara hak kita dan ini harus dihormati dan
kita menghargai apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sehinggalah
wujudnya penubuhan RCI di Sabah.
Akan tetapi, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, lately we have not seen the result yet but
we will, dengan izin Tuhan, pada masa akan datang. Kita akan memohon agar Kerajaan
Persekutuan serius dalam membantu kita dalam penyelesaian yang diuar-uarkan dan
didokumentasikan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja itu. Kita juga seperti rakan-rakan yang
sini, berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dengan sokongan
penubuhan Siasatan Diraja ini, akan dapat membantu masyarakat kita bergerak maju pada
masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengundur diri, saya juga ingin mengutarakan
mengenai satu kebanggaan kami daripada rumpun Momogun dari Parti UPKO kerana Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri telah melantik Presiden Kehormat kami iaitu His Excellency
TYT Tan Sri Bernard Dompok menjadi duta besar pertama Malaysia di Vatican pada April tahun
ini. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri and congrats to His
Excellency. This is another success story of the indigenous people in Sabah, dengan izin.
DN 8.12.2016 73
Kita juga pragmatik dan praktikal dalam sokongan padu kami kepada kepimpinan Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri. Kesudian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri to lend a
listening ear, dengan izin, memungkinkan komunikasi dua hala yang akhirnya membawakan
hasil yang win-win kepada semua.
Kecekalan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memansuhkan ISA telah memberi
ruang kepada kami untuk meluahkan rasa hati perihal the Malaysian Agreement 1963, dengan
izin, dan banyak lagi perkara lain. Dengan izin, MA63 atau Malaysian Agreement 1963 is
something which is very close to our heart. After all, our founder, Tun Fuad was among the key
figures during the formation of the document.
■1600
Sesungguhnya segala perjuangan, semua pencapaian selama ini pengisian dan
fulfillment of the MA63 alteration, betul it is only part and fulfillment for now, dengan izin, and
worst, ada hal-hal yang termaktub dalam MA63 yang akan dimansuhkan but pemimpin-
pemimpin dari Negeri Di Bawah Bayu are here to determine to right the wrong. Bagi kami
pemimpin-pemimpin dari parti komponen negeri Sabah dengan izin we seek no more, no less in
what it is enshrine in MA63. Just for so, everybody is crystal clear, we uphold that Sabah is part
of Malaysia and that we are here to stay.
Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Sri Mohd. Najib begitu berani dalam beberapa perkara
sehinggakan apabila kita menjadi jolokan mata di luar negara, persepsi luar negara terhadap
negara Malaysia adalah amat baik sekali. One of the great thing, dengan izin, bila saya
mewakili- terima kasih Dato’ Sri hantar saya ke Seoul baru-baru ini dalam forum on
Parliamentarian Conference of the Global Health. Dalam rakan-rakan kita menghormati
Malaysia, dia kata Malaysia ini pergi hospital RM1 sahaja dia kata but in the Western Pacific
Region mereka membayar mahal daripada negara kita.
Kita sedar bahawa pada tahun ini kita diperuntukkan dalam program Kementerian
Kesihatan sebanyak RM25 bilion. Ini amat membanggakan kepada masyarakat luar bandar
apabila saya melihat di luar-luar bandar nun jauh di sana di pedalaman ada dibuat klinik-klinik
desa. Jadi kita amat bersyukur kalau kita bandingkan dengan negara-negara yang lain. Jadi
kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib, cekalkan hati, bulatkan tekad, teguhkan
usaha, teruslah memimpin kami. Kami di Sabah, pemimpin-pemimpin di Sabah tahu mana yang
intan, mana yang kaca. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dengan izin, we are in the
arena with you dan kami mohon iringan doa... [Berucap dalam dialek Sabah] Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.
DN 8.12.2016 74
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya memanggil Yang
Berhormat Puan Hajah Azizah binti Harun.
4.03 ptg.
Puan Hajah Azizah binti Harun: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam sehati sejiwa. Tuan Yang di-Pertua,
terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan
saya berbahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan atau Bajet 2017. Sebelum saya
memulakan perbahasan saya pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang baru
dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.
Tuan Yang di-Pertua, pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
merupakan bajet yang membuktikan keprihatinan kerajaan membela rakyat. Saya mendengar
dengan tekun pada hari tersebut di mana semua aspek masyarakat telah disentuh daripada
pekebun, penternak, atlet sukan, Orang Asli, golongan berpendapatan rendah dan sederhana,
golongan dalam kumpulan B40 dan tidak lupa juga penjawat awam.
Walaupun ekonomi global mengalami kelembapan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) telah dikategorikan sebagai yang terbaik di Asia, ekonomi negara masih meningkat
sebanyak 4.1 peratus pada separuh tahun pertama pada tahun ini. Hutang negara hanya
berada dalam lingkungan 54.5 peratus berbanding Singapura iaitu 89 peratus. Pasaran modal
kita sangat kuat dengan nilai RM28 trilion. Pasaran ekuiti bernilai RM1.7 trilion atau bon bernilai
RM1.1 trilion jelas menunjukkan kepada kita iaitu sistem kewangan kita sangat berdaya tahan.
Belanjawan kali ini meliputi semua aspek kehidupan rakyat dan lapisan masyarakat. Ia
juga sebagai bukti bahawa kerajaan tidak bankrap walaupun ada pelbagai spekulasi, fitnah dan
tohmahan yang dilemparkan tetapi itu semua berjaya ditangkis dengan kerjasama dan
ketangkasan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri berserta barisan Menteri-Menteri
Kabinet.
Tuan Yang di-Pertua, untuk perbahasan saya seterusnya pertama-tamanya
Kementerian Pengangkutan. Isu yang saya ingin sentuh ialah berkenaan mengenai rungutan
yang saya terima daripada pengguna-pengguna kereta api laju atau ERL. Kemudahan ini
dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap rakyat terutamanya di sekitar Sepang. Akan tetapi
malangnya pihak pengurusan ERL telah bertindak menaikkan tambang dengan mendadak.
Sekiranya kita lihat peningkatan hampir 100 peratus. Sebagai contoh untuk perjalanan dari
DN 8.12.2016 75
KLIA, KL Sentral ke KLIA, harga dahulu RM35 meningkat terus kepada RM55. Ini belum
perjalanan bagi mereka di sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan juga Salak Tinggi.
Ramai pihak terkejut dengan peningkatan ini, tidak semestinya mereka yang mengejar
flight ke KLIA bahkan orang awam, kakitangan-kakitangan kerajaan, pekerja-pekerja biasa.
Hampir semua lapisan masyarakat menggunakan ERL. Saya ingin tahu apakah mekanisme
yang digunakan, diguna pakai oleh pihak kementerian dan rasionalnya kepada pihak ERL untuk
meletakkan harga yang sebegitu tinggi kepada kemudahan pengangkutan ERL ini? Adakah
kementerian sedar dan mengambil kira rungutan dan rintihan pengguna-pengguna mengenai
kenaikan tambang ini?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar. Semalam saya mendapat jawapan yang diberi tetapi tidak memuaskan hati. Hari
ini saya masukkan lagi dalam ucapan semula mengenai isu masalah pencemaran sungai di
Selangor.
Saya tidak faham kenapa loji rawatan air sejak kebelakangan ini sering kali berlaku henti
operasi. Apabila loji rawatan air berhenti operasi, maka air tidak disalurkan kepada beribu-ribu
pengguna. Saya lihat perkara ini seolah-olah telah menjadi satu kebiasaan berbanding dengan
dahulu. Air merupakan sumber utama bagi seluruh rakyat Malaysia di Selangor khasnya yang
terjejas bukan sahaja rakyat setempat malah syarikat-syarikat, restoran-restoran dan juga
industri-industri. Saya tidak ingin menuding jari kepada mana-mana pihak. Sekiranya saya
mengatakan ini merupakan kesalahan kerajaan negeri, nanti mereka akan memperkatakan ini
merupakan peranan Kerajaan Pusat.
Selain daripada itu, apabila dikatakan pencemaran sungai yang menyebabkan loji
berhenti operasi, maka dikatakan pula pencemaran itu berlaku bukan di Selangor dan dikatakan
dari negeri lain. Bagi saya itu semua retorik sahaja. Apa yang dikatakan oleh pihak Menteri
semalam, Sungai Buah itu bukannya di dalam negeri lain, di dalam negeri Selangor juga, di
dalam daerah Sepang untuk pengetahuan. Apa yang penting sekarang ini ialah rakyat. Saya
rasa walaupun apa-apa pun spekulasi baik dari Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Pusat
harus masuk campur dalam menyelesaikan masalah ini.
■1610
Soalan saya, apakah langkah-langkah terkini yang telah diambil oleh pihak kementerian
mengenai masalah air di Selangor? Apakah pendekatan baru yang telah diambil dan sama ada
mereka yang bertanggungjawab menyebabkan loji rawatan air ini berhenti beroperasi diambil
tindakan? Apakah rancangan Kerajaan Pusat seterusnya?
DN 8.12.2016 76
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada kementerian- Seterusnya saya ingin
meneruskan perbahasan saya dengan menyentuh Kementerian Pendidikan. Pendidikan di
sekolah merupakan satu aspek yang paling penting bagi membentuk minda dan pelajar yang
bijak dan mampu untuk meneraju generasi akan datang. Namun sekiranya persekitaran sekolah
tidak kondusif, maka usaha ini akan terbantut. Saya merujuk kepada kekurangan infrastruktur
yang terdapat di sekolah-sekolah terutamanya di daerah Sepang, Selangor.
Mereka kekurangan tempat untuk berhimpun yang selesa atau kawasan untuk
menjalankan aktiviti sekolah. Mereka kekurangan dewan terbuka. Dewan terbuka yang saya
maksudkan di sini bukan seperti dewan serba guna tetapi sebuah kawasan lapang yang
berbumbung, berlantai simen sepenuhnya dan mempunyai kipas. Dewan terbuka ini, pihak
sekolah bukan sahaja dapat menganjurkan perhimpunan mingguan, bulanan malah pelbagai
aktiviti kokurikulum dapat dijalankan atau pun tempat murid-murid ini berkumpul.
Malangnya kemudahan ini tidak terdapat di kebanyakan sekolah di Sepang. Contohnya
Sekolah Kebangsaan Cina ada tujuh buah sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ada 10
buah, Sekolah Kebangsaan ada 34 buah dan Sekolah Menengah 19 buah. Malah satu buah
sekolah di Cyberjaya juga tidak mempunyai kemudahan ini, mempunyai pelajar sebanyak 1,500
orang pelajar. Sekolah nombor satu paling cemerlang di daerah Sepang, sekolah ini namanya
gah, Sekolah Cyberjaya tetapi malangnya banyak infrastruktur sekolah amat daif. Mereka
sering kali mengalami masalah bumbung sekolah yang rosak. Mereka risau bila-bila lagi apabila
tibanya musim hujan.
Mereka juga, ibu bapa dan guru-guru di sekolah ini telah mengambil inisiatif dengan
mengumpul dana dan mengutip derma untuk membaiki segala masalah di sekolah ini. Sekolah
ini, pertamanya, ia tidak ada dewan terbuka, keduanya masalah baik pulih kantin sekolah.
Setakat ini, mereka atas inisiatif ibu bapa, mereka telah mengumpul sebanyak RM100,000
untuk menampung kos pembinaan. Kemudian, sekolah juga telah- untuk membina dewan ini
dan baik pulih ini tidak terdapat juga di sekolah-sekolah lain. Sebenarnya dewan terbuka ini
untuk sekolah-sekolah lain juga tidak ada.
Terdapat ya, saya hendak cakap sedikit. Sekolah ini semuanya telah dibuat dalam
lingkungan 30 tahun. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Changgang. Sekolah ini, muridnya
ada 1,200 orang, sekolah kampung, luar bandar sahaja. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Sepang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang, Sekolah Kebangsaan Salak,
Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang, Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang, Sekolah
Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut. Sekolah ini
telah dibuat pada 30 tahun yang lepas. Akan tetapi kemudahan tidak ada.
DN 8.12.2016 77
Apabila saya meneliti Bajet 2017, kementerian ini akan menerima imbuhan sebanyak
RM43 bilion dalam Bajet 2017. Soalan saya pada pihak kementerian, adakah ada sebarang
peruntukan untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di sekolah sebagai contoh dewan
terbuka ini? Selain daripada itu, bantuan dana yang diberi kepada sekolah-sekolah di Sepang
serta sama ada bantuan akan ditambah lagi seperti yang dinyatakan dalam bajet yang
dibentangkan baru-baru ini.
Seterusnya, untuk Kementerian KKLW. Pertamanya, saya mengucapkan tahniah pada
Jabatan KEMAS terutamanya KEMAS Negeri Selangor yang telah melahirkan ramai pelajar,
kanak-kanak TADIKA ini, beribu-ribu. Contoh di Sepang sahajalah, 1,200 orang setiap tahun.
[Timbalan Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kadang-kadang hampir 2,000 orang. KEMAS juga, anak-anak ini contohnya, ramai
berjaya mencapai tahap pendidikan yang tinggi sebab apabila kita- contohnya di Selangor, buat
setakat inilah, apabila ada pertandingan Hari Potensi KEMAS, buat setakat ini KEMAS Negeri
Selangor telah menjadi juara sebanyak enam kali. Jadi saya ucapkan tahniah pada Jabatan
KEMAS.
Semalam ada seorang Yang Berhormat bercakap, dia cakap, apabila masuk ke kelas
KEMAS ini, tidak tahu baca, tidak tahu menulis. Semalam, bukan? Jadi saya, tidak puas hati
dengan kenyataan Yang Berhormat berkenaan. Sebenarnya KEMAS inilah yang banyak
memberi jasa terutamanya di luar bandar, berjasa kepada anak-anak luar bandarlah. Jadi saya
tidak setuju sangat-sangat apabila ada Yang Berhormat yang bercakap, apabila masuk ke kelas
KEMAS ini, apabila masuk Darjah Satu, dia tidak tahu membaca dan menulis. Saya tidak puas
hati. Sebab apa, di Sepang sahaja, kita setiap tahun ini, sekarang ini, bulan Disember ini,
ramainya ibu bapa yang hendak hantar anak-anak mereka pergi ke sekolah-sekolah KEMAS
ini. Contohnya di Bandar Baru Salak Tinggi...
Puan Bathmavathi Krishnan: Minta pencerahan sedikit.
Puan Hajah Azizah binti Harun: Ya.
Puan Bathmavathi Krishnan: Tuan Yang di-Pertua? Boleh?
Puan Hajah Azizah binti Harun: Boleh.
Puan Bathmavathi Krishnan: Saya hendak tanya sedikit. Mungkin kah perkara yang
dibawa oleh Yang Berhormat semalam, yang anak di Tadika itu tidak tahu baca apabila masuk
ke Darjah 1. Mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin dia itu menghadapi masalah
DN 8.12.2016 78
pembelajaran tetapi belum dikesan. Jadi itu boleh jadi satu perkara, satu sebab mengapa dia
tidak boleh baca apabila masuk ke Darjah 1.
Puan Hajah Azizah binti Harun: Okey. Apabila beliau bercakap begitu, bagi untuk
saya, di Sepang sahaja, kita ada 70 buah kelas tadika. Guru-guru mereka hampir tiga suku
daripadanya mempunyai Diploma Pra Pendidikan. Apabila anak-anak ini pergi ke sekolah
Darjah 1, anak-anak daripada Tadika KEMAS inilah yang pandai. Jadi kita tidak setuju apa yang
beliau cakap semalam. Saya tidak puas hatilah, saya mewakilkan Jabatan KEMAS Negeri
Selangor terutamanya. Untuk Negeri Selangor...
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Boleh saya hendak mencelah sedikit? Satu
soalan sahaja.
Puan Hajah Azizah binti Harun: Okey, boleh.
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Merujuk kepada perbahasan saya kelmarin juga,
berkait dengan prasekolah ini, ada atau tidak sukatan di KEMAS berkait dengan tauhid ini?
Maknanya memperkenalkan anak-anak kita kepada Pencipta dalam kaedahnya yang
tersendirilah?
Puan Hajah Azizah binti Harun: Ada, semua ada. Bahasa Inggeris ada, tauhid ada.
Untuk bahagian agama, kita ambil ustazah dari luar untuk mengajar anak-anak kita ini, untuk
KEMAS ini. Jadi bukan apabila masuk KEMAS itu, kadang-kadang orang pandang, dia kata,
“Oh! Kelas menyanyi, makan-makan”. Akan tetapi sebenarnya tidak begitu. Jadi saya hendak
menyatakan bahawa untuk enam tahun kebelakangan ini, KEMAS Negeri Selangor menjadi
Johan Keseluruhan Peringkat Kebangsaan.
Jadi apabila dengar macam itu, saya tidak puas hatilah. Untuk itu, saya beri penjelasan
perkara yang sebenarnya. Sebenarnya mungkin ibu bapa dia tidak mengajar dia di rumah.
Sebab kita daripada KEMAS ini, kita balik rumah ada kerja sekolah, selepas itu ada
kokurikulum, macam-macam lagi ada. Seterusnya saya ingin beralih kepada Kementerian Kerja
Raya.
■1620
Ingin membawa masalah jalan raya kepada pihak kementerian mengenai simpang
empat yang berada di Dengkil dan juga di simpang empat Kota Warisan, di Sepang. Ada flyover
yang telah lama dibuat di Kota Warisan ini dari tahun 2008 lagi, sampai sekarang flyover ini
tidak digunakan. Persimpangan ini telah– keadaan sesaknya jalan raya ini yang jammednya
jalan raya di Sepang ini, bukan waktu puncak sahaja. Sentiasa jammed. Kalau kita keluar pukul
7 pagi pun, kita ingat jalan masih okey lagi tetapi sebaliknya tidak. Kita kena keluar dari pukul 6
pagi, baru boleh. Persimpangan ini hendak pergi KLIA, hendak pergi Cyberjaya, hendak pergi
DN 8.12.2016 79
Putrajaya. Jadi, saya harap pihak Kementerian Kerja Raya bolehlah mempercepatkan
pembinaan atau besarkan lagilah jalan raya di situ. Saya mohon agar pihak kementerian
membuat kajian perancangan dan menimbang untuk membina sebuah flyover di persimpangan
ini. Ini bagi memudahkan perjalanan semua pengguna jalan raya di persimpangan dan
seterusnya melicinkan arus jalan tersebut. Ini mengambil kira situasi jalan ketika ini sudah tidak
mampu untuk menampung jumlah kenderaan yang banyak.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.
Isu mengenai cadangan pembinaan hospital baru di Bandar Baru Salak Tinggi. Saya lihat
sekarang ini kepadatan penduduk semakin meningkat. Apabila penduduk semakin meningkat,
keperluan rawatan kesihatan dan perubatan juga amat diperlukan. Kawasan ini, klinik-klinik
yang berdekatan tidak mampu untuk menampung permintaan perubatan penduduk yang
bertambah berganda-ganda.
Jadi, kebanyakan penduduk di sini kalau mereka sakit terpaksa pergi ke Hospital
Banting, Kuala Langat, pergi ke Hospital Seremban, pergi Putrajaya, pergi Serdang. Jadi, kalau
boleh hospital ini didirikan di Bandar Baru Salak Tinggi. Di tempat itu adalah kawasan yang
tengah-tengah, yang boleh menyenangkan rakyat di situ. Saya mohon pertimbangan kerajaan,
khususnya Unit Perancang Ekonomi untuk memulakan kajian penduduk setempat dan kajian
keperluan di Bandar Baru Salak Tinggi. Saya mohon agar perkara ini dipertimbangkan dengan
seriusnya.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih ke Jabatan Perkhidmatan Awam.
Isu mengenai perjawatan penjawat awam dalam skim sains fizikal, skim ‘C’ serta pegawai
dalam skim bukan gunasama. Mula-mula saya ingin berbahas mengenai pegawai skim sains
fizik. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan daripada Menteri pada Mesyuarat yang
lepas sehingga tarikh 15 Mei 2016, jumlah penjawat awam yang mempunyai kelayakan
akademik dalam bidang sains fizik iaitu skim ‘C’ hanyalah seramai 189 orang pegawai.
Daripada jumlah itu, seramai 134 orang pegawai di Kementerian Kesihatan, 21 orang pegawai
daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan 34 orang pegawai daripada Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi.
Saya rasa pegawai-pegawai ini harus diberi perhatian oleh JPA dan langkah-langkah
harus diambil untuk memperkasakan jawatan ini. Sebagai contoh, mereka memohon agar
penjawat awam ini dinaikkan pangkat secara time based serta diwujudkan elaun kepakaran
dalam bidang fizik. Saya juga ingin mencadangkan agar JPA mengadakan pertemuan dengan
pegawai sains fizik. Ini kerana bilangan mereka pun tidak ramai, hanya 189 orang sahaja. Saya
rasa tidak ada masalah untuk duduk semeja dan berbincang secara bersemuka dan
DN 8.12.2016 80
membincangkan langkah-langkah untuk memartabatkan kerjaya perkhidmatan dan mencari
penyelesaian bagi segala isu atau masalah yang dihadapi oleh pegawai sains fizik. Seterusnya,
JPA boleh mempertimbangkan tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh mereka.
Selain daripada itu, saya juga ingin bertanya kepada JPA, mengenai pegawai-pegawai
dalam skim bukan gunasama. Adakah ada rombakan dan penstrukturan terkini bagi mereka di
jawatan ini, terutamanya bagi gred 41 dan ke atas? JPA harus memikirkan pendekatan baru
bagi mengatasi masalah pegawai bagi mengelakkan sindrom pegawai duka lara dan akhirnya
menyebabkan ramai di antara mereka yang akan meletakkan jawatan. Tuan Yang di-Pertua,
sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk merafak sembah dan menjunjung kasih pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku
selama lima tahun.
Patik menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku dan di bawah payung junjungan kasih
Tuanku selama pemerintahan selama lima tahun. Malaysia kekal aman makmur dan
membangun. Kami rakyat Malaysia juga bertuah kerana merasai pemerintahan Tuanku yang
memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Semoga Allah SWT
mengurniakan kesihatan yang berpanjangan dan panjang umur Ke Bawah Duli Tuanku dan
selamat berangkat kembali bersemayam semula ke negeri Kedah. Saya juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengalu-alukan keberangkatan tiba Sultan Kelantan, Sultan Muhammad
V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. Ketibaan Ke Bawah Duli Tuanku, kami di Dewan
Negara amat menanti-nantikan dan menyambut ketibaan Tuanku dengan penuh debaran pada
13 Disember ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara yang sudah lama memerintah, saya
melihat belanjawan yang dibentangkan, saya boleh takrifkan sebagai belanjawan yang berpijak
di bumi yang nyata. Walaupun Perdana Menteri kita dilemparkan dengan pelbagai fitnah dan
tohmahan yang tidak berasas, namun saya percaya melalui bajet yang dibentangkan di
hadapan kita mengambil kira semua pihak dan meliputi semua aspek lapisan masyarakat. Saya
doakan agar dengan bajet ini, pembangunan meningkat, ketirisan berkurangan, produktiviti
meningkat, penjawat awam dan rakyat gembira dan akhirnya negara makmur. Sedikit pantun
daripada saya.
Ahli Parlimen Pekan menabur jasa bakti, Membawa sinar cahaya penuh harapan, Bajet 2017 lambang dedikasi murni, Membawa Malaysia maju ke hadapan.
DN 8.12.2016 81
Dengan kata-kata itu, saya menyokong penuh pembentangan Rang Undang-undang
Perbekalan 2017 atau Bajet 2017. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Hajah Azizah
binti Harun. Terima kasih ya dan Ahli Yang Berhormat, petang ini hari terakhir untuk Yang
Berhormat berbahas Rang Undang-undang Perbekalan 2017.
Saya minta kalau ada sesiapa yang hendak bercakap, saya beri peluang sebanyak
mungkin untuk bercakap. Tolong bagi nama lekas ya. Saya minta kerjasama tiap-tiap Ahli Yang
Berhormat beri kerjasama iaitu ucapannya padat dan tepat. Saya beri peluang untuk bercakap
ya. So, untuk tidak membuang masa, kita hendak jemput Presiden Majlis Senator ini dahulu
iaitu Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin Samad. Sila.
4.29 ptg.
Dato’ Sri Khairudin Samad: Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca selawat] Tuan
Yang di-Pertua yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam
sejahtera, salam 1Malaysia, salam sehati sejiwa.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah pun memberi peluang kepada saya untuk mengambil
bahagian dalam membahaskan Usul Perbekalan 2017 Tuan Yang di-Pertua, bukan 2016.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.
■1630
Dato’ Sri Khairudin Samad: Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak sentuh di sini
pada hari ini ialah perkara-perkara yang tidak disentuh oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri dalam pembentangan bajet pada tahun ini. Saya hanya hendak sentuh beberapa
perkara yang difikirkan perlu untuk diberi pandangan kepada kerajaan untuk mengambil
perhatian dan pertimbangan untuk kita. Sudah tentulah sebagai apa yang dikatakan oleh Tuan
Yang di-Pertua tadi menjemput saya sebagai Presiden MSM, maka tajuk saya yang pertama
yang hendak saya huraikan ialah berkenaan dengan apa yang melibatkan kebajikan Ahli-ahli
Dewan Negara.
Pertama Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagilah tahun lepas pun saya bincang benda
yang sama, tahun ini pun saya hendak sebut benda yang sama dan saya juga hendak
mengaitkan sedikit apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Laksamana (B) Tan Sri Dato’ Sri
Mohd Anwar, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah dan juga sahabat saya Dato’ Haji Mohd.
Suhaimi. Pertama Tuan Yang di-Pertua, ialah berkenaan dengan tempoh perkhidmatan Ahli-ahli
Dewan Negara. Sekali lagilah saya memohon pertimbangan daripada kerajaan untuk melihat
DN 8.12.2016 82
kembali supaya tempoh perkhidmatan Ahli-ahli Dewan ini dapat dilanjutkan selama lima tahun
satu penggal.
Bukan tiga tahun satu penggal dan ada pelantikan dua penggal. Ada yang pelantikan
satu penggal hanya dapat tiga tahun, yang mana dapat dua penggal dapat merasa enam tahun.
Jadi, kalau boleh kerajaan mempertimbangkan semula untuk memberi peluang untuk kita
menjadi Ahli Dewan Negara selama lima tahun satu penggal. Kalau dapat dua penggal,
dapatlah 10 tahun. Kalau lima tahun pencen pun penuh 60 percent. Kalau tidak 50 percent tiga
tahun.
Apa yang ada dalam pandangan saya ini ialah kalau tiga tahun kita beli kereta hendak
kena bayar balik pun dalam masa tiga tahun. Kalau beli sebuah kereta jenama CRV bayar balik
hampir RM4,000 sebulan, elaun yang diberikan sudah kena potong RM4,000 sampai tiga tahun.
Kalau hendak beli rumah lagi tidak merasalah walaupun kita ada pinjaman perumahan. Jadi
seelok-eloknya saya rasa eloklah kalau boleh dipertimbangkan.
Bukan itu sahaja, pengalaman kita dalam Dewan ini kalau saya lihat pengalaman kita
untuk mengambil bahagian dalam perbahasan, dalam soalan lisan yang dijawab Menteri–
jawab lisan, kita hanya ada 26 hari dalam setahun. Bererti kita tidak pun sampai sebulan
berkhidmat di dalam Dewan selama setahun. Kalau tiga tahun tidak sampai tiga bulan. Jadi
apalah pengalaman yang dapat kita timba dalam masa yang sesingkat itu. Jadi adalah lebih
baik kalau kita dapat duduk lama sedikit. Itu yang saya dapat lihat, yang saya perjuangkan
daripada dulu, kini dan selamanya.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu kita dapat juga memartabatkan lagi Dewan
Negara ini. Saya pernah tegur dulu, kenapalah Upper House ini, dengan izin, Upper House ini
kita ikut contoh Westminster dan kita tidak– walaupun kita kata di dalam protokol kita disebut
dulu. Saya kata tukar signboard di depan itu, yang itu pun tidak tukar lagi. Masih lagi Dewan
Negara di bawah, Dewan Rakyat di atas. Sepatutnya Dewan Negara di atas baru Dewan
Rakyat. Ini apabila kita cakap soal hendak memartabatkan Dewan Negara kita kenalah itu
protokolnya dan itu yang kita ikut, kita contohi sebab kita ikut Westminster. Jadi kenapa kita
harus berlengah-lengah dalam soal-soal ini?
Hendak memartabatkan kita memartabatkan, hendak memperkasa kita memperkasa.
Kita tidak payah tunggu sampai satu ketika apabila sudah tidak relevan lagi kita ini, maka hilang
terus Ahli-ahli Dewan Negara. Saya belajar protokol, dalam protokol pun disebut sampai ketua
bahagian saya ini nasib baik dia Menteri. Dia kata dekat saya kalau mengikut protokol, you lebih
tinggi daripada saya. Saya kata tidak, you lebih tinggi sebab you Menteri. Kalau dia bukan
Menteri, bererti ketua bahagian saya protokolnya bawah pada saya. Saya timbalan ketua, saya
DN 8.12.2016 83
lebih tinggi daripada beliau. Jadi kita kena lihat bahawa Dewan Negara ini satu Dewan yang
cukup tinggi, is the Upper House, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita hendak buat, kita
buat betul-betul.
Kemudian saya hendak sentuh juga tentang pencen kepada bekas-bekas Ahli Dewan
Negara yang tidak terlibat dengan gaji baru yang kita terima. Mereka yang telah berkhidmat
sebelum daripada kita, yang sebelum kita tetapkan gaji baru, mereka ini saya kasihan seperti
apa yang Tan Sri Laksamana (B) berbahas pada dua hari yang lepas berkenaan dengan
tentera, samalah kita dalam Dewan Negara. Rakan-rakan kita yang berhenti sebelum ini
ataupun yang terlibat pada peringkat awal tahun 2012 untuk kenaikan gaji mereka, tidak dapat
merasai pencen yang kita dapat, yang akan kita dapat atau mereka yang baru bersara dapat.
Mereka juga tergolong dari dalam mereka yang dapat dua peratus kenaikan setiap tahun.
Ini juga tergolong daripada mereka yang beratur untuk mengambil BR1M. Bekas Ahli
Dewan Negara beratur mengambil BR1M. Sedih atau tidak sedih? Mereka rakan-rakan kita,
yang menjadi masalah mereka juga Ahli-ahli Majlis Senator Malaysia. Kebetulan saya
Presidennya, kalau saya tidak bercakap, bermakna saya bukan Presiden yang sama ada
macam MTUC ataupun CUEPACS. Jadi kebajikan ini saya kena lihat dan saya akan bersuara
sehingga mereka dapat pembelaan. Ahli-ahli Yang Berhormat semua bersetuju Tuan Yang di-
Pertua, semua bersetuju walaupun mereka ini akan dapat pencen yang 60 peratus. Mereka
bersetuju dengan apa yang disuarakan kepada bekas-bekas Ahli Dewan Negara yang kita
sayangi.
Kalau kita hendak kira saya rasa, kalau kita suruh Setiausaha Dewan keluarkan senarai,
mereka yang terima pencen ini tidak ramai. Ahli Dewan Negara yang masuk ke dalam Dewan
ini yang muda-muda ini yang baru-baru inilah. Tanyalah kepada enam orang yang baru masuk
ini, yang lepas-lepas semua itu, semua sudah enam siri, tujuh siri termasuklah Tuan Yang di-
Pertua...
Seorang Ahli: Muda lagi itu.
Dato’ Sri Khairudin Samad: Enam siri, tujuh siri sudah. Jadi berapa lamalah kalau kita
hendak terima pencen? Berapa lama sangat? Takkan lama pun, sekejap sahaja. Kemudian
pencen kita itu akan diberikan kepada isteri atau suami kita, isteri-isterilah. Isteri-isteri atau
suami yang akan menerima kalau kita sudah tidak ada lagi di muka bumi ini. Mudah-mudahan
kita dapat terima pencen selama-lamanyalah.
■1640
Jadi, itu yang kita nak lihat supaya mereka ini mendapat pembelaan. Saya kesian
kerana mereka selalu bertanya kepada saya, bila lagi untuk mereka ini dapat dinaikkan taraf
DN 8.12.2016 84
samalah dengan kita yang sedang berkhidmat ini ataupun yang baru nak pencen macam Yang
Berhormat Datuk Seri Boon, Yang Berhormat Dato’ Maryani yang akan meninggalkan kita pada
14 hari bulan ini. Jadi mereka ini akan mendapat pencen yang penuh. Jadi rakan-rakan kita
yang sebelum ini yang saya amat simpati.
Tuan Yang di-Pertua, kemudian saya hendak menyentuh juga tentang...
Datuk Seri Boon Soom A/L Inong: Boleh minta laluan?
Dato’ Sri Khairudin Samad: Ya, silakan.
Datuk Seri Boon Soom A/L Inong: Semasa pengumuman kenaikan gaji ini, ketika di
Dewan Negara ini juga, Dato’ Seri Dr. Shahidan yang masa itu menjaga Parlimen, mengatakan
bahawa pencen kita 60 percent, tetapi sekarang nampak gaya pencen kita hanya 50 percent.
Dato’ Sri Khairudin Samad: Saya nak sentuh itu.
Datuk Seri Boon Soom A/L Inong: Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Seri Boon. Saya
hendak sentuh, memang saya hendak sentuh.
Kemudian, yang saya hendak sentuh ini yang Yang Berhormat Datuk Seri Boon sebut
tadi. Saya nak sentuh ini ialah, pertama, kita hendak menentukan kenaikan gaji kita, emolumen
dan sebagainya. Kita nak tentukan. Saya bukan marah kepada pegawai-pegawai JPA, tidak.
Pegawai-pegawai Jabatan perkhidmatan Awam ini diminta untuk mengambil bahagian, mereka
ambil bahagian.
Akan tetapi, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, sebab Yang Berhormat
Menteri dulu berjanji 50 peratus satu penggal, 60 peratus dua penggal. Menteri Dato’ Seri Dr.
Shahidan ketika itu Menteri yang jaga Parlimen. Menteri pada ketika itu telah pun mengatakan
dan bawa juga pegawai-pegawai daripada JPA berbincang dan saya terlibat bersama buat
seketika. Dalam perbincangan itu, saya pun hairan, saya pernah bertanya kepada Yang
Berhormat Menteri pada ketika itu, kenapakah gaji Ahli Parlimen ditentukan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam? Tidak ada kena mengena dengan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pegawai-pegawai JPA jangan marah. Yang kita sebut ini ialah kita ini tidak terlibat dengan
perkhidmatan awam.
Seharusnya gaji ditentukan oleh Parlimen dengan pegawai-pegawai Parlimen terlibat
bersama untuk menentukan apa yang patut Ahli-ahli Parlimen dapat. Tidak termasuklah Ahli-
ahli Parlimen daripada Dewan Rakyat yang amat cemburu kepada Ahli-ahli Dewan Negara.
Mereka terlupa bahawa mereka pun pernah datang dari sini. Sudah jadi Menteri. Dari sini
tempat mereka menimba pengalaman untuk jadi Ahli Dewan Rakyat. Bila kita nak dapat sama
gaji, mereka tidak bersetuju. Itu saya pun pelik.
DN 8.12.2016 85
Ini yang saya nak sebut ini. Saya minta kalau boleh biarlah Parlimen yang menentukan.
Apa yang emolumen untuk Ahli-ahli Parlimen ditentukan oleh Parlimen. Pegawai parlimen pun
ramai, jadi tidak payahlah kita melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam. Dia hendak bagi
pandangan, hendak bagi contoh tangga gaji boleh, tetapi takkanlah Ahli Parlimen Ahli Dewan
Rakyat, JUSA ‘C’, Ahli Dewan Negara, 54. Kenapakah ini? Kita fasal apa kita jatuh ke tahap 54,
macam senior time ataupun JUSA ‘C’? Tidak kena mengena langsung dengan perkhidmatan
awam. Kita bukan langsung daripada perkhidmatan awam. Jadi, tidak payah.
Kalau perkhidmatan awam, dia mesti complete, mesti lengkap tempoh perkhidmatan
beliau untuk dia dapat pencen. Kita mana ada. Tiga tahun pun sudah layak dapat pencen. Jadi
kita tidak termasuk dalam golongan itu. Jadi kita janganlah dikaitkan bersama-sama dengan
mereka itu. Itu sepatutnya yang dilakukan, bukanlah apa yang berlaku sekarang. Dengan sebab
itulah rakan-rakan kita yang pencen ini tidak boleh dapat.
Seperti sekarang ini- tadi Yang Berhormat Dato’ Suhaimi bertanya, sewaktu kita bincang
soal kenaikan gaji- Tuan Yang di-Pertua, saya nak minta izin, kalau saya terlebih masa tidak
apa?
Timbalan Yang di-Pertua: Jangan lama sangat.
Dato’ Sri Khairudin Samad: Istimewa untuk presiden. Terima kasih. Sebab saya
membela Ahli-ahli Dewan Negara, Tuan Yang di-Pertua. Saya kaitkan ini sebab bila kita
bincang dengan Ahli Dewan Rakyat, mereka mengatakan bahawa Ahli Dewan Negara tidak
patut dapat lebih oleh sebab kita ini dalam Dewan Negara, kita Ahli Dewan Negara kita tidak
ada kawasan yang kita hendak jaga. Dia lupa bahawa kita jaga satu Malaysia. Ada yang
setengah itu ketua-ketua bahagian ada kawasan, tetapi sebagai Ahli Dewan Negara, dia kena
jaga satu buah negara. Kalau tidak, dia tidak akan dipanggil Ahli Dewan Negara, dia akan
dipanggil ahli Dewan Negeri, balik jaga kawasan masing-masing. Kita jadi Ahli Dewan Negara,
kita kena jaga satu buah negara. Kita bukan jaga satu Parlimen ataupun satu buah negeri.
Pasal itu kita ini dinamakan Ahli Dewan Negara.
Jadi, tolonglah. Bila Yang Berhormat Dato’ Suhaimi sebut tadi, saya sudah standby nak
bercakap, tetapi Dato’ Suhaimi sebut, Tuan Yang di-Pertua, saya nak kaitkan balik. Lawatan
luar negara. Bila lawatan luar negara lima daripada Parlimen, satu daripada Dewan Negara
atau lima daripada Parlimen, seorang pun tidak ada daripada Dewan Negara... [Disampuk]
Daripada Dewan Rakyat. Daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tetapi bila lawatan,
mereka hendak pergi. Bila mereka pergi, siapakah jaga kawasan? Bila tidak jaga kawasan, itu
yang ada penceroboh. Pasal itu bila pilihan raya yang akan datang, kawasan itu tergugat.
DN 8.12.2016 86
Jadi lepas ini kalau ada lawatan luar negara, hanya bagi kepada Ahli-ahli Dewan Negara
yang tidak ada kawasan. Pergilah melancong, pergilah melawat ke luar negara. Ahli Dewan
Rakyat, jaga kawasan Parlimen masing-masing. Pasal dia pun hendak gaji lebih pasal dia ada
kawasan. Ahli Dewan Negara ini tidak ada kawasan, so kita ini boleh pergi melancong, melawat
untuk lawatan rasmi ke luar negara. Itu diberi keutamaan kepada Ahli-ahli Dewan Negara, baru
betul. Kalau tidak, tidak betul.
Sebab, mereka selalu mempertikaikan. Hendak bagi gaji pun mempertikaikan pasal apa
kita mesti dapat lebih ataupun sama dengan mereka sebab kita tidak mempunyai kawasan.
Saya bukan hendak berkelahi dengan Dewan Rakyat, tetapi kalau nak berkelahi boleh, saya
ada ramai penyokong.
Tuan Yang di-Pertua, daripada RM40 juta bajet, kena potong sampai tinggal RM1.15
juta untuk lawatan luar negara. Saya minta kalau boleh kerajaan pertimbangkan semula yang
ini sebab dalam siri lawatan yang pernah kami ikuti, dalam siri lawatan rasmi ke luar negara,
kita dapat menangani beberapa isu yang kadang-kadang kita pun tidak tahu, mereka lebih tahu.
Jadi kalau kita dapat datang ke negara itu, dapat berjumpa dengan wakil rakyat mereka,
dapat berjumpa dengan Ahli Parlimen mereka ataupun ahli Senat mereka, mereka
menyuarakan, bertanya dan kita dapat bercerita apa sebenarnya, persepsi-persepsi yang tidak
elok dapat kita tangani, perkara-perkara yang dibohongi, kita dapat tangani. Akan tetapi kalau
kita tidak bagi Ahli-ahli Parlimen ini, terutama Ahli Dewan Negara untuk melancong, untuk
membuat lawatan rasmi ke luar negara, saya rasa kita akan mempunyai masalah.
Kerana, kami telah pun bersiap sedia, Tuan Yang di-Pertua, telah pun bersiap sedia
untuk mengadakan hubungan dengan semua negara luar untuk dapat kita tangani masalah-
masalah yang sedang atau isu-isu yang mereka membangkitkan. Kalau kita ada, bererti kita
dapat bersama-sama untuk menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan.
Itu salah satu daripada apa yang disuarakan tadi dan saya bangkitkan semula sebab
saya rasa sedih apabila saya difahamkan bahawa bajet dipotong begitu banyak sekali. Saya
faham tentang kekangan kewangan negara sekarang, dengan harga minyak jatuh, itu semua
saya faham, Tuan Yang di-Pertua.
■1650
Saya bersuara ini, pertimbangan ini diberikan apabila insya-Allah, Allah SWT
memberikan rezeki lebih kepada kita selepas ini Ringgit pun naik balik, harga...
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Minta laluan sikit.
Dato’ Sri Khairuddin bin Abd. Samad: Silakan Yang Berhormat.
DN 8.12.2016 87
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Dato’ Sri Presiden kerana memberi sedikit laluan kepada saya. Pertamanya, saya
nak mohon pandangan Yang Berhormat tentang bajet peruntukan yang kita peroleh. Kalau nak
banding dengan Ahli Parlimen Dewan Rakyat, jauh bagai langit dan bumi jauhnya. Kita hanya
dapat RM200,000 peruntukan untuk tiga tahun, bukan untuk setahun. Sejumlah RM200,000
apa yang kita boleh buat? Itu yang pertama. Mohon pandangan Yang Berhormat.
Keduanya, Tuan Yang di-Pertua tadi Yang Berhormat bercakap soal untuk
memartabatkan Dewan Negara. Alhamdulillah kita Ahli-ahli Dewan Negara rasanya komitmen
kita begitu tinggi demi agama, bangsa dan tanah air. Akan tetapi yang paling kecewa kepada
kita hari ini, daripada pukul 2.30 tengah hari tadi sehingga pukul 4.30 petang baru seorang
Timbalan Menteri yang ada.
Semalam Yang Berhormat Dato’ Adam sudah bercakap, sepatutnya kalau nak
memartabatkan Dewan Negara, Menteri-menteri kena ada dan dengar apa hujah kita
sepatutnya. Ini seorang pun tidak ada. Nasib baik Tuan Yang di-Pertua kali ini, dua-dua Tuan
Yang di-Pertua kali ini baik, elok dan tidak tegur pun. Kalau kena Tuan Yang di-Pertua yang
lepas, masak Timbalan-timbalan Menteri ini kena. Betul saya cakap, jadi mohon pandangan
Yang Berhormat minta maaflah.
Dato’ Sri Khairuddin Samad: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya. Saya
yang pertama sekali, saya bersetujulah dengan Yang Berhormat fasal peruntukan itu. Akan
tetapi peruntukan itu hanya melibatkan rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional. Itu Majlis
Senator akan perjuangkan insya-Allah.
Berkenaan dengan Menteri ini, saya Tuan Yang di-Pertua, saya berpeluanglah duduk di
situ selama dua hari menggantikan Tuan Yang di-Pertua pada ketika itu. Tuan Yang di-Pertua,
saya pun bertanya pada ketika itu, memang saya lihat tidak ada wakil daripada anggota
pentadbiran. Saya pun tanya dengan pegawai-pegawai Parlimen, jawapan mereka ialah tidak
perlu ada Menteri pada sesi perbahasan sebab yang mencatat itu ialah pegawai-pegawai
kerajaan yang ada di sini atau di luar. Jadi tidak perlu ada Menteri, itu jawapan yang saya
terima sebab sewaktu menjadi Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bertanya.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya, itu jawapannya yang saya dapatlah.
Jadi tidak salah anggota pentadbiran kalau tidak ada. Cuma, saya tidak tahulah kalau ada
anggota pentadbiran yang bertugas mungkin Yang Berhormat , Datuk Ir. Dr. Haji Hamim hari ini
Timbalan Menteri yang bertugas di Parlimen. Bukan? Bukan. Jadi ini inisiatif Yang Berhormat
Timbalan Menteri– terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana melapangkan masa
DN 8.12.2016 88
untuk bersama dengan kami. Kalau tidak, ‘Kak Limah’ pun ada sama. Ini ‘Kak Limah’ pun
absent.
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?
Dato’ Sri Khairuddin Samad: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah serba sedikit berkenaan
dengan kebajikan-kebajikan. Manakala yang lain itu yang nak minta pejabat apa semua saya
boleh selesaikan dengan Parlimen, Ketua Pentadbir dan Tuan Yang di-Pertua kita boleh
selesaikan, itu tiada masalah. Cuma yang kita nak bincangkan itu, yang tadi ini yang saya sebut
fasal gaji, emolumen, lawatan luar negara. Kita kena bagilah keutamaan sedikit, saya nak minta
kerajaan. Akan tetapi bukanlah sekarang. Bila keadaan kewangan telah pun pulih kembali.
Mungkin harga minyak pun naik balik, kemungkinan. Kita tidak tahu, ataupun dua tahun atau
tiga tahun lagi.
Kemudian Tuan Yang di-Pertua, kita ini banyak sangat siri lawatan luar negara. Bukan
Ahli Parlimen, bukan untuk Ahli Parlimen. Ini untuk lawatan sambil belajar pegawai dan
sebagainya kita pergi. Saya pun tidak tahu apa yang mereka melihat, dan apa yang balik kita
nak buat. Oleh sebab yang saya lihat jam di Kuala Lumpur ini contoh tidak habis-habis. Hendak
datang ke Parlimen ini pukul 10 pagi sidang bermula. Kita bukan nak kena datang pukul 7 pagi,
pukul 10 pagi. Akan tetapi kita nak sampai ke Parlimen ini punyalah seksa. Apa yang menjadi
sesak nafas bukan sesak lalu lintas sahaja, sesak nafas semua.
Macam mana Dewan Bandaraya contohnya– ini bercakap ini kena bos saya jugalah.
Dewan Bandaraya contohnya, sudah pun ada standing order contohnya Yang di-Pertua,
standing order, dengan izin. Kenderaan berat tidak boleh masuk sekian time, dulu. Waktu-waktu
tertentu kenderaan berat tidak boleh masuk. Tractors and bulldozers ini semua tidak boleh
masuk. Akan tetapi sekarang sewenang-wenangnya masuk. Lori yang 24 tayar pun masuk. Kita
tidak payah pergi jauh, kita pergi ke Indonesia. Lori yang lebih daripada empat biji tayar tidak
dibenarkan masuk pada waktu tertentu, peak-hours, dengan izin. Tidak boleh masuk. Kita dulu
tidak payah, tidak boleh tapi sekarang sudah jadi lain.
Fasal apa yang tidak ada undang-undang yang boleh menyekat mereka ini daripada
berlaku perkara itu. Benda yang sudah ada ikut sajalah. Kenapakah beri kelonggaran pula?
Lepas itu cerita sesak suruh kita naik public transport, dengan izin. Public transport pun bukan
lengkap lagi, belum. MRT pun tidak lengkap lagi. Jadi kalau kita check dengan Jabatan
Pengangkutan Jalan setiap bulan berapa ribu buah kereta yang didaftarkan di Kuala Lumpur
sahaja. Bila dilancarkan plat nombor ‘V’, sekarang ini saya tengok saya pun terperanjat sudah
VG, VF, VH semua sudah keluarlah. Bererti dalam masa sebulan hampir 20,000, 30,000 buah
kereta didaftarkan.
DN 8.12.2016 89
Jadi kalau setiap bulan kereta begitu banyak, bererti kalau jam ini kita memang kereta
sahaja pun sudah cukup. Fasal apa kita benarkan lori, tractor, bulldozer segala macam masuk?
Kita ikutlah sudah kita pergi melawat tengok itu, tengok ini, belajar itu, belajar ini. Ini empat biji
tayar ini. Mereka di Indonesia membenarkan lori yang membawa gas kalau ia 56 tayar pun
boleh masuk sebab dia bawa gas nak hantar kepada pengguna. Kalau tidak, tidak boleh nak
masak, gas memasak. Ataupun lori-lori yang ada keperluan harian itu dibenarkan. Lain tidak
boleh.
Kenapa kita pergi belajar-belajar benda-benda macam ini ataupun mereka pergi tengok
jalan raya di Myanmar atau di Laos yang tidak sesak itu yang tidak faham. Pergilah tempat yang
sesak, baru kita belajar macam mana nak mengatasi keadaan sesak. Kalau sesak nafas
pergilah IJN, kalau sesak nafas pergi masuk panggung wayang nak selesai macam mana. Jadi
ini antara perkara-perkara yang patut diberi perhatian.
Saya bagi contoh, sewaktu saya pergi lawatan sambil belajar ke Jepun, masuk ke dalam
tempat-tempat ini melihat-melihat. Ada satu buah tempat yang saya lihat pasar borong. Ini saya
bagi contoh pasar borong yang saya lihat di Jepun. Pasar borong tidak membenarkan orang
masuk untuk membeli belah di dalam pasar borong. Pasar borong hanya dibenarkan kepada
petani, nelayan dan juga peruncit. Bererti petani dan nelayan bawa barang dia, letak di pasar
borong, koperasi menentukan harga.
■1700
Kemudian peruncit beli di situ bawa balik jual di kedai. Kita ini pembeli, kita kena pergi
beli di kedai. Tidak boleh beli di pasar borong. Pasar borong yang ada di Kuala Lumpur, di
Selangor ini memang cacamarba. Saya pun boleh masuk dan Ahli-ahli Dewan Negara semua
boleh masuk. Tidak jadi masalah.
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Minta laluan sekali lagi.
Dato’ Sri Khairudin Samad: Lagi? Pukul 6 petang baru habis.
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Bercerita pasar borong ini, pasar borong
ini tempat saya sebenarnya. Saya lahir di pasar borong. Saya tahu keadaan pasar borong.
Memang betul apa yang dikatakan dan diutarakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.
Bukan masalah orang ramai pergi beli, itu satu masalah. Masalahnya daripada segi
pengendalian, daripada segi cakna orang kata, Daripada segi ambil berat hal pasar borong.
Pihak-pihak PBT, Dewan Bandaraya ya Allah kalau pergi pasar borong hari ini Yang Berhormat
tengok. Ya Allah, kotornya!
Kalau pelancong asing datang tengok pasar borong kita, ya Allah, kalau hendak banding
dengan pasar borong di Singapura, jauh beza. Lopak sana, lopak sini, tidak ada kawalan. Jadi
DN 8.12.2016 90
kita mohonlah kepada pihak PBT, khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kena lihat
keadaan itu.
Saya juga sebelum itu saya hendak rakamkan tahniah kepada Datuk Seri Boon Som A/L
Inong. Hujung ini sudah hendak habiskan. Akan tetapi Datuk Seri Boon Som A/L Inong seorang
manusia yang bertuah Tuan Yang di-Pertua. Sangat bertuah. Hari itu Tuan Yang di-Pertua
bawa pergi ke Uzbekistan. Paling bertuah dahulu dia duduk di sana, sebelah dia Datuk Noriah.
Kali ini dia pindah duduk sini sebelah dia Datuk Jamilah pula. Ya Allah bertuahnya. Saya
kosong tidak ada orang pun sebelah saya. Terima kasih. Baru sampai. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat panjang lagi? Panjang lagi?
Dato’ Sri Khairudin Samad: Sedikit. Tuan Yang di-Pertua, saya tak dan cerita habis,
Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas masuk. Saya pun hendak cerita yang itu juga. Saya
hendak cerita bukan setakat itu tetapi sebelum itu saya tegur-tegur tadi saya hendak ucap
terima kasih kerana saya tegur-tegur, terus pandang ke belakang ada ‘Kak Limah’. Terima
kasih Yang Berhormat Datuk Halimah. Dia dengar saya tegur, dia datang. Dari jauh, daripada
kementerian, dari Putrajaya datang. Terima kasih ‘Kak Limah’.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak nyatakan di sini bukan setakat itu. Yang
duduk kunyah pinang pun ramai di situ. Duduk kunyah pinang ini ramai dan segala macam ada
di situ. Kita hentikanlah. Cuba kita buat elok, buat bagi elok dan kita ikut sistem. Kita pergi
belajar, kita balik, kita cerita tetapi tidak buat. Habis duit, lebih baik jangan ada lawatan sambil
belajar kepada pegawai-pegawai kalau balik tidak boleh hendak implement, don’t waste the
money, don’t waste the fund, duit rakyat itu, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Bukan marah, sengaja. Kalau tidak, tidak jadi Presiden [Ketawa] Kemudian Tuan Yang
di-Pertua, ini bentara duduk round bawa kertas apa semua. Bolehkah ini kita sudah zaman
canggih, kita hentikanlah. Saya hendak letak kaki pun tidak boleh bawah ini. Sudahlah sempit,
buku penuh. Kemudian bawa balik peringat dekat kita jangan buang sewenang-wenang. Di
rumah saya sudah jadi muzium. Bukan perpustakaan, sudah jadi muzium tiga tahun. Ini baru
sambung penggal yang kedua, sudah jadi muzium.
Kenapakah tidak bekalkan CD macam mana Ahli Dewan Rakyat? Kenapakah Dewan
Negara dianaktirikan? Dewan Rakyat dapat CD, Dewan Negara dapat buku bertimbun-timbun.
Kenapakah kita dianaktirikan? Ini semua kena tegur. Jadi kita, saya nampaklah.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini yang lebih kurang saya hendak sampaikan. Kemudian
saya hendak terus sedikit. Saya Kolonel Kehormat, saya dan rakan saya semua ini Kolonel
Kehormat APM. Tidak boleh sebut penuh APM sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua: Bukan apam balik ya?
DN 8.12.2016 91
Dato’ Sri Khairudin Samad: APM. Kami ini Kolonel Kehormat. Kolonel Kehormat tetapi
kita tahu atau tidak kolonel-kolonel ini, bahawa mereka ini menghabiskan masa, menghabiskan
waktu lebih daripada ahli-ahli bomba. Ini ‘Kak Limah’ tahu. Bomba dia duduk dekat balai dia.
Kalau tidak ada yang mustahak, dia tidak keluar dan yang keluar APM. APM ini banjir atau apa
semua dia kena randuk. Ular pun dia punya kerja, orang accident hendak kutip daging manusia
pun dia punya kerja.
Akan tetapi mereka ini tidak ada dalam list untuk dapat gaji yang berpatutan dengan apa
yang disumbangkan, elaun-elaun. Saya kasihan kepada mereka. Saya kena bercakap sebab
saya kolonel dan Tuan Yang di-Pertua SAC 1 Bintang, 2 Bintang. Nora Danish bagi 4 Bintang.
Ini 2 Bintang. Tuan Yang di-Pertua ada 2 Bintang. Saya kolonel dengan rakan-rakan yang lain.
Sepatutnya Presiden kena dapat 1 Bintang. Ini dapat kolonel. Kolonel negara Brunei pun dapat.
Tuan Yang di-Pertua, mereka ini kita kenalah bagi sesuatu. Bagi kita kerajaan
pertimbangkan mereka berkhidmat untuk rakyat. Dia meredah segala-galanya hutan belantara.
Cuma kita tidak ada lautan api sahaja. Kalau ada lautan api mereka masuk juga. Jadi tolonglah
kita kerajaan, tolong bagi pertimbangan kepada mereka ini supaya mereka juga dapat hidup
dengan sempurna. Tuan Yang di-Pertua, ada lagi boleh? Sambung sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua: Ringkas.
Dato’ Sri Khairudin Samad: Kemudian ini seruan rakyat. Kita sekarang ini dalam
negara kita jalan tol ini banyak. Banyak sangat jalan tol dan jalan tol ini dinikmati oleh
kebanyakan mereka yang tinggal di bandar. Orang yang di luar bandar ini tidak pakai sangat
jalan tol. Dia banyak jalan dalam kampung dan sebagainya. Apabila kerajaan sudah kuat, kukuh
kewangan bolehlah bagi pertimbangan sekurang-kurangnya cukai jalan itu dipotong 50 peratus
kah.
Ini sebab kita habis duit bayar tol. Kerajaan dapat duit sudah kurang hendak buat jalan.
Duit cukai jalan ini sudah kurang hendak betulkan jalan. Oleh sebab semua jalan tol, siapa yang
pegang konsesi dia yang betulkan jalan, dia yang maintain jalan itu. Bukan lagi kerajaan. Jadi
kalau boleh apabila kewangan kita kukuh, kita bagilah pertimbangan untuk supaya rakyat tidak
dibebankan. Dari utara ke selatan, kalau lalu setahun dibayar tol, setahun punya cukai jalan
bersamaan dengan setahun cukai jalan. Jadi kalau boleh, kita kurangkan.
Kemudian Tuan Yang di-Pertua, ini saya cuba ringkaskan. Dalam siri lawatan ke negara
luar, saya dapati banyak MoU antara kerajaan dengan kerajaan, G-to-G yang ditandatangani
tetapi tidak dilaksanakan. Sudah beberapa tahun tidak dilaksanakan. Ini memalukan negara.
Kadang-kadang kita sampai, mereka bertanya apa jadi MoU yang sign empat tahun dahulu
ataupun MoU yang sign tiga tahun dahulu yang ditandatangani.
DN 8.12.2016 92
Ini tolonglah buat pembetulan. Kerajaan kena lihat semula. Kalau tidak mahu, kalau
tidak ada, jangan tandatangan MoU ini. Kalau tidak, kita hendak berdepan dengan mereka di
luar negara, kita jadi malu sebab mereka akan bertanya kepada kita dan kita tidak tahu apa
hendak jawab.
Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercerita sedikit fasal rakan-rakan kita
yang bekerja di Parlimen ini.
■1710
Yang ini saya kena sentuh walaupun mereka ini bukan Ahli Majlis Senator tetapi mereka
bersama dengan kita senantiasa. Pegawai-pegawai di Parlimen ini Tuan Yang di-Pertua,
mereka bertugas di sini tertutup, closed service, dengan izin, tertutup. Akan tetapi pembelaan
kepada mereka tak ada ruang dan tidak salah kalau Presiden Majlis Senator bercakap kerana
saya tahu dan pegawai-pegawai, saya hendak ingatkan. Pegawai-pegawai dari Jabatan
Perkhidmatan Awam jangan salahkan mereka. Bukan mereka suruh saya perjuangkan, tidak,
tetapi saya bercerita, saya bersembang.
Saya tahu masalah yang mereka menghadapi. Dalam sesi Dewan Rakyat yang lepas,
ada Wakil Rakyat bangun, marah pasal bagi RM10. Dah bagi dengan tangan kanan, tangan kiri
tak payah ceritalah. Yang hebat sangat apa bagi RM10? Mereka yang duduk di sini gaji tak
sebanyak mana. Hendak bayar duit parking pun seksa. Kalau dah kita ada rezeki, hendak bagi
tu bagi sahajalah, dan kita dalam kerajaan ini bila dah kukuh kewangan, tolonglah
pertimbangkan supaya mereka ini dapat pembelaan. Mereka kerja di sini closed service.
Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, kalau ada kekosongan, jangan bawa import
masuk dari luar untuk jadi naik pangkat. Bukalah ruang itu kepada kakitangan yang bekerja,
berkhidmat di dalam Parlimen untuk mereka naik pangkat supaya bila ada kenaikan, yang
bawah naik dan naik. Ini kita bawa masuk dari luar. Ini kerja JPA. Janganlah. Bukan mereka
kompelin kepada saya, tidak, tetapi saya hendak suruh JPA- tengok dan Menteri esok jawab
apa yang saya suarakan. Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua kata dekat saya boleh
habis sampai pukul 6, lepas itu Tuan Yang di-Pertua suruh saya cepatkan. Sekarang saya dah
cepatkan.
Timbalan Yang di-Pertua: Ramai lagi hendak cakap.
Dato’ Sri Khairudin Samad: Sekarang saya dah cepatkan. Terima kasih banyak-
banyak sekali lagi. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong Rang Undnag-
undang Perbekalan 2017. Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
DN 8.12.2016 93
Timbalan Yang di-Pertua: Jadi Ahli Yang Berhormat, kita punya Presiden tadi dah
bercakap. Dia hendak nampakkan kepada kita dia ini seorang Presiden yang
bertanggungjawab, yang pegang amanah. Ha dia hendak tunjukkan tadi supaya orang sayang
dia. Bak kata pantun orang Melayu.
Pergi ke kebun menggali ubi, Hendak dibawa ke tanah seberang.
Kalau pandai menjaga diri, Ke mana pergi disayang orang [Tepuk]
Terima kasihlah. Jadi, kita terima sebab itu tugas dia, tanggungjawab. Saya minta pula
Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff.
5.13 ptg.
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedap
pantun. Saya hendak balas pantun Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera... [Membaca doa penerang
hati]
Halus dan indah seni warisan, Menenun songket dibuat pengalas, Bajet dibahas mensejahtera insan, Ekonomi makmur pada tahun 2017. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya. Pertama sekali, saya
ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku
Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun atas keberangkatan tamat perkhidmatan sebagai
Yang di-Pertuan Agong pada 12 Disember ini. Saya juga merakamkan rasa syukur dan sebagai
rakyat Kedah, rasa bangga kerana sepanjang tempoh pemerintahan Baginda, kemakmuran
Malaysia terus terpelihara. Juga dipanjatkan rasa syukur dan tahniah kepada kerajaan
kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak kerana tabah,
sabar, bersemangat dan kuat dalam menghadapi situasi suram ekonomi dunia dan berjaya
memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini Aceh berduka, Aceh bersedih, Aceh menangis. Terus
saya teringat 12 tahun yang lalu pada tanggal 26 Disember 2004, tsunami melanda Malaysia
dan yang terlibat bukan sahaja Kedah, di Kota Kuala Muda di kawasan saya, malahan di Pulau
DN 8.12.2016 94
Pinang, di Perak dan di Selangor. Kuala Muda, angka kematian 12 orang. Seluruh negara, 45
orang. Tsunami yang melanda Malaysia ketinggiannya mencapai 6 meter, setinggi pokok nyok
ataupun pokok kelapa. Saat ini di Aceh Tuan Yang di-Pertua, 97 orang sudah mati, masih ramai
lagi yang hilang di bawah runtuhan bangunan.
Angka korban sedang meningkat dan satu pengalaman tragis yang sedih semasa
tsunami melanda Malaysia yang tak mampu kita lupakan. Pada petang yang mulia ini, saya
mohon sama-sama kita mendoakan kesejahteraan sejagat, terutamanya kesejahteraan negara
Malaysia, negara kita yang tercinta agar dijauhi segala bala bencana.
Tuan Yang di-Pertua, prestasi tukaran wang Ringgit Malaysia berbanding USD pada
tahun 2016 menunjukkan kemerosotan yang amat ketara. Peningkatan dan pengukuhan nilai
USD telah menyebabkan rizab Bank Negara berkurangan dengan signifikan kepada USD98
bilion sahaja. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempunyai masalah bagi pendapat saya, tidak ramai Menteri
ataupun Timbalan Menteri ada dalam Dewan ini, sekadar ‘Kak Limah’ kesayangan saya dan
Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri. Cuma, saya mohon kepada semua pegawai yang mencatat
segala soalan, segala pertanyaan, segala penjelasan kami YB-YB di dalam Dewan ini agar
dapat dijawab dan diberi penjelasan.
Maka, saya mohon penjelasan daripada Kementerian Kewangan tentang yang pertama,
apa tindakan yang dilakukan Bank Negara Malaysia untuk memastikan prestasi dan prospek
kadar tukaran RM ke USD lebih stabil pada tahun 2017 dengan mengambil langkah-langkah
intervensi dalam pasaran kewangan, pasaran tempatan dan pasaran tukaran wang asing
antarabangsa.
Kedua, bagaimana kerajaan mengambil langkah lebih proaktif bagi menambah baik
pertumbuhan lebih positif kadar surplus akaun dagangan atau trade account surplus yang mana
menunjukkan penguncupan nilai surplus sejak kebelakangan ini kerana faktor sentimen
pasaran tukaran wang asing yang tidak memberangsangkan.
Ketiga, kawalan terhadap jumlah urus niaga pasaran tukaran wang asing serta langkah
pengaliran Ringgit ke luar negara mulai Disember 2016.
Keempat, langkah-langkah perlu berkaitan dengan sektor perbankan pesisir pantai yang
juga mempengaruhi sentimen pasaran dan prestasi nilai semasa ringgit kini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian agar kerajaan tengok balik beberapa
perkara mengenai percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri disemak semula dan dikaji secara
serius. Pertama, bagi pembayar cukai pendapatan individu, adakah sekadar pelepasan
RM9,000 mencukupi dengan kadar semasa perbelanjaan individu yang dicukaikan pada situasi
DN 8.12.2016 95
kenaikan kos sara hidup kini? Adalah dicadangkan agar pelepasan cukai individu dinaikkan
kepada RM12,000 berkuat kuasa 2018 bagi mengimbangkan peningkatan kos sara hidup
rakyat dan pelarasan subsidi.
Kedua, pelepasan cukai bagi tanggungan anak-anak di bawah 18 tahun yang masa kini
dihadkan kepada hanya RM2,000, diambil kira juga kos bayaran fi taska dan pusat jagaan
kanak-kanak transit yang semakin meningkat.
Ketiga, kadar pelepasan cukai bagi rawatan ahli keluarga terdekat bagi pembiayaan
penyakit kronik dan komplikasi bersalin di hospital swasta hendaklah mengikut jumlah bil yang
dibiayai dalam tempoh taksiran semasa.
Keempat, meningkatkan pengurusan dan kecekapan pungutan cukai pegangan, the
holding tax yang dikenakan ke atas pembayaran keuntungan pelaburan, royalti atau manfaat
perkhidmatan teknikal atau perundingan, persembahan nyanyian. Maksudnya, penyanyi yang
luar negara datang menyanyi ke negara kita atau pementasan seni, pengendalian khusus
agihan pendapatan takaful atau dividen pelaburan oleh bukan pemastautin atau entiti
perniagaan luar negara yang mendapat manfaat keuntungan apabila membuat transaksi
pelaburan perniagaan yang memberi perkhidmatan dengan syarikat Malaysia.
■1720
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap sedikit tentang negeri Kedah. Isu bekalan air
isu utama negeri Kedah dan pada masa ini NRW atau non-revenue water iaitu kehilangan air di
negeri Kedah, 46 peratus. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini saya amat memohon Kerajaan
Pusat memberi bantuan penukaran paip lama bagi mengatasi masalah NRW. Selain itu saya
memohon KeTTHA untuk memberi peruntukan untuk upgrade menaik taraf loji ataupun
pembinaan loji baru untuk membantu sistem bekalan air dan ini semua adalah untuk
kesejahteraan rakyat Kedah.
Tuan Yang di-Pertua, dua bulan lepas saya ada pergi rasmi satu Hari Anugerah
Cemerlang. Apa yang menjadi satu kesedihan di mana lebih kurang 300 orang pelajar sekolah
itu tidak ada air dan diceritakan kepada saya masalahnya bila tidak ada air betapa
bermasalahnya pelajar-pelajar dari Darjah 1 sampai Darjah 6 hendak pergi ke tandas. Hendak
buang air, tetapi air tidak ada di sekolah. Jadi cikgu-cikgu memaklumkan kepada saya kadang-
kadang pelajar-pelajar ini dia tidak tahan terpaksa keluar daripada sekolah, dia lintas jalan dia
pergilah ke rumah kawan-kawannya yang berdekatan ataupun dia pergi ke masjid
bersebelahan.
Saya hendak mohonlah kepada Kementerian Pendidikan, kepada pihak KKLW. Bagi
saya, perkara ini amat serius. Alhamdulillah tidak jadi apa-apa, tidak ada kemalangan, tidak ada
DN 8.12.2016 96
benda-benda yang serius seperti diculik dan sebagainya pelajar-pelajar ini. Jadi saya minta
pada hari ini supaya KKLW dan juga Kementerian Pendidikan mengambil serius perkara ini.
Kadang-kadang kita tengok isu air ini kita rasa kecil tetapi kepada 300 orang pelajar yang
seusia 7 hingga 12 tahun bagi saya sebagai seorang ibu saya rasa benda ini adalah amat-amat
serius.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan pembangunan ekonomi penduduk luar bandar
dan wilayah terutama di negeri Kedah yang diberi perhatian wajar, saya mencadangkan agar
Kerajaan Persekutuan melalui Northern Corridor Economic Region menilai semula pelan
pembangunan koridor utara agar projek-projek agropolitan berskala tinggi dan mampu menjana
pendapatan kepada golongan petani dan rakyat yang mengusahakan tanah dan kebun-kebun
kecil. Justeru saya memohon agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-
sama EPU mencari formula yang lebih bermakna bagi memastikan semua petani di Kedah
mendapat manfaat pendapatan yang lebih tinggi di sektor pertanian.
Bagi memastikan penduduk luar bandar dan desa menikmati kesejahteraan hidup yang
lebih sempurna saya sekali lagi menggesa kerajaan melalui KKLW mempercepatkan bantuan
projek bekalan luar bandar di Kedah. Saya merayu agar menjelang akhir tahun 2017 semua
penduduk desa, penduduk kampung mencapai sasaran had 100 percent liputan skim bekalan
air terawat bersih di seluruh negeri Kedah. Justeru saya ingin mendapat perincian dari KKLW
tentang berapakah jumlah peruntukan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang
diperuntukkan ke negeri Kedah pada tahun 2017 dan berapakah sasaran isi rumah di Kedah
yang akan menikmati bekalan air bersih.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan
Pusat kerana telah meluluskan sebanyak RM320 juta kepada negeri Kedah untuk
membangunkan Rubber City. Rubber City ini untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat
sekalian adalah lebih kurang konsep seperti High-Tech Park di Kulim. Kerajaan negeri
menyediakan tanah dan infra, mana-mana syarikat boleh datang ke negeri Kedah dan boleh
membina bangunan seperti membuat kilang glove, kilang tayar, apa jua yang berasaskan
getah. Peluang pekerjaan dikatakan sebanyak 3,000 dan meningkatkan ekonomi pekerjaan
penduduk negeri Kedah terutama mereka yang menjadi penoreh getah. Terima kasih kepada
kerajaan cuma apa yang saya pohonkan agar peruntukan ini dipercepatkan untuk dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon agar MITI dan EPU membawa masuk
pelaburan industri yang lebih signifikan di koridor ekonomi Kedah agar peluang pekerjaan dapat
diwujudkan dengan lebih banyak di negeri Kedah.
DN 8.12.2016 97
Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2017, kerajaan menyatakan komitmen bagi
mempemerkasaan ekonomi digital. Justeru perkhidmatan internet akan dipertingkatkan
kelajuannya dan komitmen beberapa buah syarikat penyedia ICT untuk memastikan caj-caj
langganan jalur lebar internet lebih rendah dan kapasiti data lebih besar.
Dalam aspek pembangunan ekonomi digital ini terdapat tiga perkara utama yang akan
saya sentuh. Pertama, SKMM digesa memperkenalkan peraturan baru mengenai tata kelola
dan tata amalan industri berhubung dengan caj, tanggungjawab pembekal perkhidmatan dan
keadilan kepada pengguna ICT serta menubuhkan satu Tribunal Advokasi Komunikasi bagi
mengendalikan kompelin pengguna.
Kedua, SKMM membuat formulasi mengenai rebat atau caj baru kerana gangguan
perkhidmatan internet dan telekomunikasi yang berlaku kini sehingga bulan Jun 2017 kerana
semua syarikat telco menjalankan kerja peningkatan operasi di seluruh rangkaian perkhidmatan
mereka.
Ketiga, mekanisme kerangka kutipan cukai GST atau cukai-cukai perniagaan bagi
pemastautin dan bukan pemastautin di Zon Perdagangan Digital.
Keempat, yang ini penting Tuan Yang di-Pertua, keadilan. Keadilan terhadap pengguna
kad debit perbankan apabila bank-bank tempatan memotong sebanyak RM200 setiap kali
pembelian minyak petrol dibuat di point of sales pam minyak dan pihak bank memulangkan baki
selepas deduction bayaran debit pos minyak hanya selepas tiga hari bekerja. Dia caj kita
dahulu RM200 minyak kita katalah RM100 selepas tiga hari bekerja baru dia refund balik Tuan
Yang di-Pertua.
Justeru saya memohon Bank Negara dan Kementerian Kewangan serta syarikat-
syarikat minyak mencari jalan penyelesaian yang menang-menang agar pelanggan yang
menggunakan kad debit dalam urus niaga pembelian minyak tidak teraniaya. Bank Negara juga
perlu memastikan syarikat penyedia mesin terminal pos yang menerima pakai kad pembayaran
dengan pelaksanaan PCRF atau Policy and Charging Rules Function sejak bulan Julai 2015
mempunyai interphase atur cara, presale inter value bagi memastikan tidak ada lagi bank yang
memotong nilai RM200 maksimum bila kita membeli minyak di pos pam minyak dan kecekapan
rebat balik.
Terakhir, bagi pengguna kad Touch ‘n Go saya mendapat makluman penggunaan
payment card ini tidak mempunyai apa-apa bentuk perundangan statutori khusus yang
mengawal selianya.
Justeru saya memohon penjelasan yang pertama jumlah sebenar pemegang kad Touch
‘n Go di seluruh Malaysia.
DN 8.12.2016 98
Kedua, jumlah perkongsian entiti ketiga aplikasi Touch ‘n Go ini dalam mengeluarkan
kad keahlian dengan aplikasi Touch ‘n Go.
Ketiga, jumlah transaksi bagi 10 tahun ke belakang.
Keempat, jumlah wang yang tidak dituntut akibat kehilangan atau ketidakaktifan kad
Touch ‘n Go.
Dan yang kelima, bila satu siri perundangan baru dikuatkuasakan oleh Bank Negara
Malaysia bagi mengawal penggunaan kad Touch ‘n Go ini?
Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit persoalan kepada Kementerian Pendidikan. Baru-baru
ini kita ada mendengar ada berlaku kes penculikan murid dan kemalangan di hadapan pagar
terutama di pagar depan sekolah dan ini menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa dan
masyarakat. Dalam handphone saya Tuan Yang di-Pertua, ada tiga WhatsApp laporan polis
mengatakan pelajar-pelajar diculik di depan sekolah.
Jadi saya hendak tanya kepada Kementerian Pendidikan, apa langkah dan peranan
Kementerian Pendidikan akan ambil bagi meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan di
luar pagar sekolah yang terdedah kepada risiko kemalangan, kes penculikan dan jenayah
setempat yang membabitkan murid di seluruh negara.
■1730
Saya baru dapat gambar, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tunjuk di sini. Saya rasa
takut, saya rasa seriau. Tajuknya, “Di Mana Mereka?” Seramai 1,293 orang kanak-kanak
remaja hilang, 654 masih belum ditemui. Laporan khas oleh Wan Faizal, Isma Yakin, Utusan
Malaysia dan Nor Fazlina Abdul Rahim.
Tuan Yang di-Pertua, kalau tengok jumlah 1,293 orang kanak-kanak remaja hilang, 654
masih belum ditemui, ini menimbulkan satu kerisauan. Saya dapat makluman daripada seorang
kawan di Hong Kong. Sekolah-sekolah di Hong Kong, Tuan Yang di-Pertua, mempunyai satu
alarm. Diberi satu alarm kepada setiap murid. Contohnya, dia bagi satu biji bola diletakkan di
dalam poket. Kalau selepas keluar daripada sekolah ada orang hendak culik, terus kita tekan
bola itu, bola itu akan mengeluarkan satu bunyi yang sangat kuat macam bunyi alarm-lah.
Saya mengharapkan Kementerian Pendidikan kalau tidak boleh beli alarm pun, moga-
moga belilah satu alat. Kalau boleh, beli wiselkah. Kalau anak-anak kita diculik, harap
sempatlah dia tiup wisel. Kalau tidak, kalau diterkupnya mulut dan sebagainya, saya hendak
maklum kepada Tuan Yang di-Pertua, inilah satu kerisauan kepada pelajar-pelajar sekolah
pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya status pengiktirafan Diploma Vokasional Malaysia
(DVM). Soalan saya, adakah MQA telah mengiktiraf kepada DVM yang ditawarkan di kolej-
DN 8.12.2016 99
kolej vokasional? Seperti yang kita sedia maklum, pelajar kohort sebuah kolej vokasional telah
tamat sesi latihan industri baru-baru ini. Namun begitu, permasalahan yang mungkin akan
barangkali terjadi adalah, apabila graduan kolej vokasional ini tidak mendapat pengiktirafan
daripada MQA, akan terhalang daripada untuk meneruskan kelangsungan untuk memohon
pekerjaan yang berkaitan dengan kelulusan mereka. Bagaimanakah pula sekiranya graduan
DVM kolej vokasional ini ingin menyambung pengajian di peringkat ijazah di universiti?
Tuan Yang di-Pertua, terakhir kepada Kementerian Pendidikan ialah- ini di kawasan
saya, Tuan Yang di-Pertua. Kuarters guru di Taman Semarak, Sungai Petani tidak diduduki.
Saya kira sudah dekat 10 tahun. Saya ingin mengajukan persoalan mengenai status terkini
penggunaan kuarters guru di Taman Semarak, Sungai Petani kerana pada makluman saya,
sehingga ke hari ini kuarters tersebut tidak lagi diduduki dan diguna pakai.
Justeru, secara ikhlasnya saya memohon, perkara sebegini melibatkan satu kerugian
yang seharusnya dielakkan, Kementerian Pendidikan perlu mengambil kira dilema kos sara
hidup yang tinggi pada masa kini, adakah Kementerian Pendidikan Malaysia bercadang untuk
menjual atau menyewakan unit-unit kosong tersebut kepada orang awam atau pihak swasta?
Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mendapat pulangan yang sewajarnya supaya dapat
mengelakkan kerugian di samping memberi peluang kepada golongan yang tidak
berkemampuan di Sungai Petani untuk menyewa di situ.
Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun hampir 550,000 orang calon mengambil SPM dan
daripada jumlah ini, hampir 250,000 akan memasuki universiti awam, institusi latihan
kemahiran, politeknik, latihan pra perkhidmatan JPA atau tajaan ke luar negara. Baki yang
selebihnya hampir 300,000 akan mencari peluang pekerjaan dan mereka ini berisiko untuk
bergiat dalam masalah sosial seperti penagihan dadah, pelacuran dan maksiat serta hidup
tanpa haluan atau menganggur.
Oleh itu, saya mohon mencadangkan agar semua universiti awam atau institusi latihan
kemahiran meningkatkan aplikasi Massive Open Online Courses atau MOOC agar manfaat
ekonomi digital dan pembelajaran TVET secara jarak jauh diperkasakan serta dapat diakses
oleh semua lepasan SPM.
Kementerian Sumber Manusia dan EPU mesti merangka sebuah pelan tindakan yang
lebih affirmative agar modal insan negara mempunyai kemahiran dan kebolehan yang tinggi
bagi menyertai pasaran kerja separuh mahir dan berpendapatan tinggi sesuai dengan arus
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Saya juga memohon agar Kementerian Kesihatan dengan kerjasama secara NBOS
dengan Kementerian Pendidikan, KKLW, MOHR dan KBS memberikan tumpuan terhadap
DN 8.12.2016 100
latihan intensif bahasa Inggeris bagi orang dewasa yang perlu diadakan pada waktu malam di
seluruh perpustakaan atau pusat komuniti agar kemudahan latihan ini meningkatkan kebolehan
berkomunikasi tenaga kerja muda.
Oleh itu, modul pembelajaran berstruktur dengan mengambil contoh kursus intensif
bahasa Inggeris British Council amat perlu dilakukan segera.
Tuan Yang di-Pertua, kalau sebelum ini saya suka mengetengahkan isu gelandangan,
jadi pada hari ini saya ingin mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang apakah tindakan statutory yang lebih tegas oleh JKM
bagi menangani secara total individu yang menjadi gelandangan? Bagaimanakah tindakan
penguatkuasaan dan memastikan negara kita menjadi sifar gelandangan?
Saya juga ingin mencadangkan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui kerangka
kerja NBOS memuktamadkan segera isu gelandangan ini. Saya sarankan agar operasi JKM
terhadap kes gelandangan ini dilanjutkan sehingga ke jam 2 atau 3 pagi.
Untuk makluman, Tuan Yang di-Pertua, dua minggu lepas saya bersama sahabat-
sahabat saya, kita dapat dua kes. Di sinilah saya hendak mencadangkan kepada JKM bersama
dengan AADK, bersama dengan Baitulmal dan pejabat zakat, kalau boleh ada sebilangan
pegawai dia jangan kerja pada waktu 8 pagi sampai 5 petang tetapi ada sebilangan yang kita
panggil mungkin satu task force, dia kerja pukul 5 petang sampai 2 pagi. Ini kerana
gelandangan ini, Tuan Yang di-Pertua, mereka akan mula tidur malam di kaki lima start pukul
12 malam ke atas.
Dua minggu lepas, apa yang saya dapat dan saya hendak ucapkan terima kasih kepada
DBKL. Sebuah keluarga, suami baru dibuang kerja, dari Sarawak, isteri dari Pahang, anaknya
lima tahun, empat tahun, tiga tahun dan dua bulan tidur di kaki lima. Jadi bila kita sembang
dengan dia, dia kata suami baru kena buang kerja, duit tidak ada hendak sewa bilik, sudah tiga
bulan tidur di kaki lima. Jadi, alhamdulillah, saya hendak berterima kasih kepada DBKL kerana
ada seorang pegawai DBKL ini, bila kita telefon dan memaklumkan, terus esok ambil tindakan.
Satu kes lagi, seorang ibu dengan tiga orang anak tetapi malangnya, ibu ini dia penagih
dadah. Kalau JKM tidak ada pegawai yang buat kerja waktu malam, memang susah kita
hendak bantu. Yang kita hendak fokus dengan seriusnya gelandangan yang ada anak-anak.
Bagi saya, kalau dia gelandangan individu, Tuan Yang di-Pertua, kita tidak kisah tetapi yang
kita sedih, kita lalu setiap jalan di Kuala Lumpur di kaki lima, ada seorang ibu, ada tiga orang
anak yang seusia empat tahun, lima tahun, tiga tahun tidur di kaki lima. Ini yang perlu kita
fokuskan, ini yang perlu kita bantu.
DN 8.12.2016 101
Tuan Yang di-Pertua, maksud saya membantu ini sama ada kita boleh bantu memohon
kepada DBKL untuk memberi rumah kepada gelandangan-gelandangan yang mempunyai anak.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, saya mendapat banyak maklum balas daripada Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang isu peruntukan makanan harian bagi
anak-anak yatim di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat benda ini saya sudah cakap penggal lepas tetapi-
sebenarnya saya kagum dengan usaha Naib Presiden PEYATIM, sahabat saya Tuan Haji
Abdul Shukor di mana beliau selalu tidak jemu-jemu minta, memohon peruntukan daripada
kerajaan tetapi sampai hari ini masih belum berjaya. Pada hari ini, peruntukan makanan harian
semua anak yatim di semua rumah anak yatim di seluruh Malaysia, Tuan Yang di-Pertua,
hanyalah pada kadar RM8 sehari.
Tuan Yang di-Pertua, RM8, anak yatim ini hendak makan sehari lima kali hendak makan
apa? Sebab itu, bagi saya, kita semua, Yang Berhormat dalam Dewan ini, kita kena sama-sama
membantu semua anak-anak yatim miskin di rumah anak-anak yatim untuk mendapat
peruntukan yang lebih.
Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan: Mencelah boleh?
Timbalan Yang di-Pertua: Sila.
Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan: Terima kasih Yang Berhormat Puan
Shahanim kerana menegur pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat. Sebenarnya permohonan ini kita sudah lama minta, Tuan Yang di-Pertua, tetapi
apa yang dijawab oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
ialah MOF tidak lulus. Jadi tidak lulus, mereka tidak boleh bagi. Saya sudah bercakap berbelas-
belas kali saya sudah cakap, Tuan Yang di-Pertua.
■1740
Di samping itu juga saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Puan
Shahanim apa kata daripada zakat, satu Malaysia kita ada badan zakat supaya mereka ini
sumbang kepada anak-anak yatim, tiap-tiap seorang anak yatim dikeluarkan sebanyak
RM1,000 untuk setahun seperti yang dilaksanakan oleh negeri Terengganu. Terengganu kalau
dia ada 500 orang anak yatim yang duduk di asrama, zakat negeri Terengganu meluluskan tiap-
tiap anak yatim diberi RM1,000 seorang untuk setahun. Jadi kalau kita averagekan, lebih
kurang dalam RM98 sebulan. Ini daripada pihak zakat, inilah pandangan saya minta daripada
Yang Berhormat Puan Shahanim untuk penjelasan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Shahanim. Terima kasih.
DN 8.12.2016 102
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Haji
Abdul Shukor, sebenarnya rasa sedih sebab kita, mungkin kita terlupa, alpa tentang kebajikan
anak yatim. Anak yatim miskin yang berada di rumah-rumah anak yatim seluruh Malaysia. Saya
sedih sebab RM8 mereka makan lima kali Tuan Yang di-Pertua, apakah yang mereka makan?
Jadi saya mintalah kepada kerajaan tolonglah prihatin sebab benda ini Yang Berhormat
Tuan Haji Abdul Shukor sudah bawa banyak kali tetapi sampai saya sudah hendak habis
penggal bulan depan, bulan April tahun depan pun tidak dapat juga. Tiga tahun berlalu tanpa
satu keputusan untuk anak-anak yatim di seluruh Malaysia. Bagi pendapat saya, saya hendak
bagi semangat kepada Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor jangan give up teruskan minta
peruntukan demi anak-anak yatim. Apa yang saya hendak katakan di sini kita kena fight, kita
kena lawan bagi mendapatkan peruntukan, yang makan pun kita dapat. Mungkin daripada
sehari RM8 kita mohon kerajaan bagi sehari RM13.
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat panjang lagi?
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua: Sila.
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: ...Dan juga zakat. Kalau Terengganu boleh
ambil peruntukan zakat bagi kepada semua anak yatim, miskin seorang RM1,000 apa salahnya
semua zakat negeri-negeri untuk sama-sama boleh bagi kepada anak-anak yatim di rumah
anak-anak yatim seorang RM1,000- baru, sebulan RM83. Barulah kita ada satu standardize. Di
sini saya mohon jawapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga Bahagian
Agama dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menggesa Institusi Zakat dan Wakaf memberi perhatian
yang lebih bermakna dalam perbelanjaan membantu golongan asnaf yang mengalami
kesempitan hidup agar bantuan segera dengan nilai bantuan yang lebih signifikan sesuai
dengan kos sara hidup semasa.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi daripada saya. Saya cuma hendak lebih jelas daripada
Kementerian Belia dan Sukan bagi beberapa perkara berikut. Saya hendak ambil kesempatan
hendak ucapkan tahniah kepada seluruh pemain dan pengurusan bola sepak Kedah kerana
berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Kedah. Sesungguhnya sukan bola sepak ini
merupakan avenue yang paling mudah untuk kita mempamerkan perpaduan di kalangan semua
bangsa dan kumpulan individu tanpa mengira fahaman politik atau perbezaan pendapat.
Justeru itu saya ingin memohon penjelasan daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi
beberapa perkara berikut:
DN 8.12.2016 103
(i) model terbaik tata kelola dan format serta aturan bagi persatuan-
persatuan bola negeri dan FAM agar beberapa pertikaian seperti insentif
bayaran hak siaran langsung media TV atau internet dapat diperoleh
secara adil dan saksama;
(ii) geran pembangunan bola sepak oleh KBS;
(iii) pembangunan profesion bagi pemain bola;
(iv) pengurusan tajaan swasta atau kelola penjualan tiket avenue
pertandingan liga bola sepak negara yang diurus selia oleh FAM dan
Persatuan Bola Sepak Negeri agar tidak ada pertikaian atau isu negatif
yang boleh merosakkan prestasi pembangunan sukan bola sepak
negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat berbangga kerana kerajaan amat komited bagi
memastikan rakyat mempunyai rumah kediaman dan milik sendiri. Cuma jangan kita lupa
walaupun pembangunan projek perumahan rakyat diberikan perhatian khusus bagi negeri
Kedah, saya berpandangan di negeri Kedah banyak lagi rumah-rumah uzur yang perlu dibaik
pulih. Rumah-rumah rakyat yang uzur di desa-desa, di kampung-kampung perlulah kerajaan
bantu demi kesejahteraan rakyat.
Sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan Bajet 2017 ini saya memohon agar
perincian diberikan tentang, berapa buah rumah dan berapakah peruntukan khusus diberikan
oleh ICU atau Kementerian Kewangan dalam membaiki rumah-rumah uzur milik golongan B40
di seluruh negara dan membantu rakyat yang tidak mempunyai tanah sendiri bagi memiliki
rumah? Saya mohon bagaimanakah cara agar permohonan bantuan bagi peruntukan membaiki
rumah ini dapat dicepatkan proses kelulusan pengagihan dan pelaksanaan baik pulih bagi
kesejahteraan rakyat.
Akhir kata saya mendoakan agar segala perancangan, aspirasi dan sasaran kerajaan
dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai sepenuhnya menjelang akhir tahun
2017 serta beberapa tahun mendatang. Moga-moga berkat dan rahmat pimpinan Perdana
Menteri, jemaah Kabinet dan anggota penjawat awam pembangunan negara kita tetap utuh.
Untuk Tuan Yang di-Pertua.
Mengepam air di pinggir paya, Hala siraman semaian dukung, Akhir sudah perbahasan saya, Rang undang-undang Bajet 2017 saya mohon menyokong.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
DN 8.12.2016 104
Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Senator
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff telah beri penjelasan yang baik.
Sekarang saya jemput kita punya Yang Berhormat Datuk Seri Boon Som A/L Inong.
Silakan. Tolong ya.
5.46 ptg.
Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih
kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahas Rang Undang-undang
Perbekalan 2017 di Dewan yang mulia ini. Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017
ini perbahasan bajet yang terakhir buat saya memandangkan tempoh lantikan dan khidmat
saya sebagai Ahli Dewan Negara akan berakhir pada 14 Disember nanti.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merafakkan setinggi-tinggi
junjungan kasih pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 Tuanku Abdul Halim
Muadzam Shah yang akan menamatkan penggal pemerintahan Baginda pada 12 Disember ini.
Saya juga ingin merafakkan setinggi-tinggi tahniah, menjunjung kasih setinggi-tingginya kepada
Sultan Muhammad Ke-V yang telah dimasyhurkan oleh Majlis Raja-Raja sebagai Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong yang baru bermula pada 13 Disember ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul
Razak atas pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu. Pada hemat saya, bajet ini benar-
benar mencerminkan aspirasi rakyat kerana meliputi semua lapisan masyarakat.
Bagaimanapun seperti biasa setiap kali selepas Perdana Menteri membentangkan bajet
ada pihak yang memuji dan tidak kurang pula mengeji. Ada pihak yang mengatakan bajet ini
sebagai bajet pilihan raya. Sebenarnya ini perkara biasa bagi pihak berkenaan setiap tahun ada
sahaja yang tidak kena dengan bajet dibentangkan oleh kerajaan. Jika bajet tidak meliputi
semua lapisan masyarakat pun tidak kena. Apabila meliputi semua lapisan masyarakat pun
mereka kata juga. Pendek kata bagi golongan ini semua tidak kena, salah belaka.
Tuan Yang di-Pertua, bagaimanapun saya dapati sehingga kini bajet khusus untuk
pembangunan masyarakat minoriti masih belum ada. Walaupun sudah beberapa kali saya
mengemukakan cadangan ini, hari ini saya ingin mengulangi sekali lagi saranan yang sama
iaitu supaya kerajaan mewujudkan sebuah jabatan khusus bagi mengurus hal ehwal
masyarakat minoriti seperti mana kerajaan telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
bagi meneruskan usaha membangunkan masyarakat Orang Asli.
DN 8.12.2016 105
Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Masyarakat Minoriti itu penting supaya program
pembangunan khusus untuk masyarakat minoriti di negara ini dibuat secara terancang dan
tersusun. Mencakupi bidang pendidikan, keusahawanan, kepimpinan, kemasyarakatan dan
sebagainya. Ini penting untuk mendapatkan jurang pencapaian antara penduduk berbilang
kaum di negara ini.
Selain itu peruntukan dana dan bantuan khusus untuk kumpulan masyarakat minoriti ini
juga perlu disediakan supaya mereka dapat sama-sama merasai dan menyertai usaha kerajaan
untuk meningkatkan taraf hidup pendapatan rakyat negara ini.
■1750
Dengan itu, nasib masyarakat m ini termasuk 80,000 orang masyarakat Siam yang lahir
dan berasal dari negara ini yang sekian lama menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah
bahagi kepada negara dan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional akan mendapat
penghargaan yang sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua, bulan Julai lalu Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra
Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah melawat sekolah Chum Chum Ban di Padang
Besar, Thailand. Dalam lawatan Baginda, mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan
mengajar subjek Bahasa Siam sebagai bahasa ketiga di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang
Besar Utara. Tuan Yang di-Pertua, cadangan itu sebenarnya sesuai dengan konsep komuniti
ASEAN yang dilancarkan oleh para pemimpin ASEAN ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-27
dan sidang kemuncak berkaitan di Kuala Lumpur pada 22 November tahun lalu yang
bermatlamat merangka hala tuju persatuan itu dan tunggak komuniti politik keselamatan,
ekonomi dan sosiobiologi bagi tempoh 10 tahun yang akan datang.
Cadangan itu bukan sahaja mengukuhkan hubungan dan integrasi sosial antara
masyarakat Malaysia dan Thailand yang tinggal di sempadan kedua-dua negara tetapi juga
bermanfaat kepada seluruh rakyat negara ini untuk menguasai bahasa Siam sebagai bahasa
ketiga. Cadangan itu membuktikan bahawa Baginda seorang yang berpandangan jauh kerana
ia boleh menjamin hubungan serta kesefahaman yang sedia terjalin antara pemimpin dan
rakyat kedua-dua buah negara dapat kekal, ditingkatkan lagi pada masa akan datang.
Cadangan itu juga telah dan juga selari dengan cadangan yang pernah saya kemukakan pada
tahun 2013 supaya Kementerian Pendidikan memperkenalkan bahasa Siam di sekolah-sekolah
yang mempunyai 15 atau lebih pelajar berketurunan Siam.
Ketika ini memang ada sekolah yang mempunyai ramai pelajar berketurunan Siam,
malah Sekolah Kebangsaan Lamdin di kawasan Parlimen Padang Terap juga kawasan Yang
Berhormat Menteri Pendidikan, adalah satu-satunya sekolah negara ini yang mencatatkan 90
DN 8.12.2016 106
peratus populasi pelajar berketurunan Siam. Jika ini dilaksanakan di sekolah, pelajar
berketurunan Siam boleh mempelajari subjek berkenaan sebagai bahasa ibunda manakala
pelajar berketurunan lain pula berpeluang mempelajari sebagai subjek tambahan.
Dalam sidang yang lalu, Yang Berhormat Menteri Pendidikan maklumkan subjek itu
belum dapat diperkenalkan lagi di sekolah kerana kekurangan guru yang berkelayakan. Saya
berharap dengan cadangan Raja Muda Perlis itu, Kementerian Pendidikan dapat mencari jalan
mengatasi masalah berkenaan secepat mungkin. Sebenarnya berdasarkan maklumat yang ada
pada saya ketika ini sekitar 11 orang rakyat Malaysia lulusan universiti Thailand yang
mempunyai ijazah dalam bahasa Siam tetapi disebabkan ijazah mereka tidak diiktiraf oleh
Kementerian Pendidikan, maka graduan terbabit sekarang hanya berkhidmat di sekolah bahasa
Siam yang ditubuhkan di Wat Siam di perkampungan masyarakat Siam.
Saya berharap kementerian akan mengkaji untuk memberikan pengiktirafan terhadap
kelayakan yang dimiliki oleh mereka. Tuan Yang di-Pertua, walaupun Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan sudah berulang kali menyatakan masyarakat Siam
diiktiraf sebagai bumiputera dan dengan itu mereka layak menikmati hak bumiputera termasuk
mendapatkan status bumiputera bagi syarikat milik mereka nampaknya halangan masih lagi
wujud berhubung perkara itu. Sampai hari ini memang perjuangan saya sejak lima tahun yang
lalu sampai hari ini syarikat-syarikat milik penuh usahawan berketurunan Siam di seluruh
negara masih lagi dinafikan hak untuk mendaftar dengan Kementerian Kewangan bagi
mendapat status bumiputera.
Malah permohonan menerusi online juga tidak dapat dilakukan kerana bangsa Siam
tidak ada dalam senarai sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk
Lucas tadi mengatakan bahawa masyarakat Siam masih di bawah ruangan lain-lain jadi
masalah sekarang timbul, adakah masyarakat lain-lain ini masyarakat bukan rakyat Malaysia
atau daripada galaksi lain, jadi tidak sepatutnya dalam ruangan itu diletakkan lain-lain.
Letakkanlah bangsa atau kosongkan benda itu supaya dicatatkan bangsa sendiri bahawa kalau
Siam kalau dari Sabah, letakkan sahaja bangsa mereka, bangsa Kadazan dan sebagainya
janganlah lain-lain.
Dengan itu, permohonan mereka tidak ditolak atas alasan mereka bukan bumiputera.
Alasan dan keadaan sedemikian sama sekali bertentangan dengan semangat keprihatinan,
keputusan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung dengan isu dan
status kedudukan masyarakat Siam sebagai bumiputera. Jadi saya termasuk masyarakat Siam
dengan ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan melihat
kemelut ini, kita tidak mahu masyarakat Siam salah faham dalam isu ini.
DN 8.12.2016 107
Tuan Yang di-Pertua, usaha kerajaan menubuhkan sebuah Transformasi Bandar (UTC)
dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) satu usaha yang sebenarnya baik kerana ia
menjadikan seperti pusat sehenti yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang awam
kerana ada pelbagai jabatan dan agensi di situ, jadi mereka tidak perlu membuang masa
bergerak jauh jika mereka perlu berurusan dengan banyak jabatan pada hari yang sama. Saya
dapati UTC, Alor Setar mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai apatah
lagi ia dibuka hingga ke malam iaitu pukul 11 malam, memang ramai yang puji.
Akan tetapi yang saya timbulkan tentang RTC di Napoh, Kedah iaitu di Kubang Pasu.
Apa sudah jadi dengan RTC ini? Senyap sunyi tidak ramai orang di sana kecuali apabila ada
acara seperti expo dan jualan tetapi ini bermusim dan terhad, tidak seperti di UTC yang
beroperasi di Alor Setar yang ramai pengunjung. Ini memberi imej buruk kepada jenama RTC
dan kementerian sendiri.
Soalan saya, apakah pertimbangan dibuat ketika memilih tempat itu sebagai RTC?
Apakah kajian sudah dijalankan sebelum membuka RTC di situ? Apakah usaha-usaha untuk
menarik orang ramai ke RTC berkenaan? Saya rasa perkara ini perlu diatasi kalau RTC ini
mahu terus beroperasi di sini, usaha untuk menarik orang ramai di situ perlulah digiatkan usaha
membuat promosi perlu dipertingkatkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kerana memilih saya menyertai delegasi Malaysia sebagai pemerhati pilihan raya
Presiden di Uzbekistan yang berlangsung pada 4 Disember lalu. Ini merupakan satu
pengalaman baru bagi saya berdasarkan kepada pengalaman singkat di sana, saya boleh
merumuskan bahawa kita mempunyai sistem pilihan raya yang terbaik dan paling telus di dunia.
Bagaimanapun masih ada perkara baik yang boleh ditokok tambah. Ada beberapa
perkara yang kita boleh pelajari walaupun negara itu baru sahaja mencapai 25 tahun
kemerdekaan. Sistem pilihan raya mereka begitu teratur dan licin malah dikagumi oleh Yang di-
Pertua Dewan Negara, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara ketika lawatan itu, beliau
kagum dengan sistem pilihan raya yang begitu telus, begitu aman dan begitu baik sekali
perjalanannya.
Pilihan raya Presiden diadakan pada 4 Disember kerana kematian Presiden Islam
Karimov ini membayangkan kemenangan besar kepada Shavkat Mirziyoyez Perdana Menteri
yang juga pemangku presiden pilihan rayanya begitu teratur, tempat pembuangan turut
menyediakan kaunter khusus untuk pengundi daripada kalangan orang kelainan upaya (OKU)
ada mini klinik dan juga tempat penjagaan kanak-kanak. Saya bertanya kepada pengarah peti
DN 8.12.2016 108
undi kenapa perlu bawa kanak-kanak di tempat undi, beliau kata ini kehendak Presiden
pertama mereka, Islam Karimov.
Beliau menekankan betapa pentingnya mendidik dan menerapkan kesedaran di
kalangan kanak-kanak tentang kepentingan dan maknanya pilihan raya untuk memilih
pemimpin. Beliau percaya dengan cara itu apabila meningkat dewasa, mereka faham tentang
kepentingan pilihan raya. Poster tidak ada dan tidak dibenarkan ditampal, digantung di mana-
mana. Alasan mereka ia pembaziran dan mengotorkan persekitaran tetapi mereka boleh
memasang billboard di tempat yang dibenarkan sahaja tetapi bilangannya sangat terhad.
Sehari sebelum pilihan raya diadakan, calon-calon tidak lagi dibenarkan berkempen
kerana hari itu dikatakan sebagai unity day dan memberi masa kepada pengundi untuk berfikir.
Pada hari pilihan raya pula parti-parti yang bertanding tidak mendirikan pondok panas. Keadaan
pengundi nampak begitu tenang dan penuh harmoni.
■1800
Calon-calon pula menjalankan kempen tanpa menjatuhkan antara satu sama lain,
sebaliknya lebih fokus kepada polisi dan pembangunan masa depan masyarakat atau rakyat.
Dua minggu sebelum pilihan raya, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Uzbekistan menghantar
surat kepada semua pengundi untuk mengingatkan mereka tentang pilihan raya. Pada hemat
saya, banyak juga pelajaran yang boleh kita ambil daripada sistem pilihan raya yang diamalkan
di Uzbekistan, terutama dari segi perbelanjaan. Mungkin kerana mereka tidak meriah dengan
poster tergantung di sana–sini, ditampal di sana sini, tidak ada pondok panas tetapi dapat
mengelakkan pembaziran wang dan mewujudkan persekitaran yang bersih.
Penyediaan kaunter untuk pengundi daripada kalangan OKU dan mini klinik
menunjukkan mereka sangat prihatin terhadap kebajikan pengundi. Begitu juga dengan
penyediaan tempat jagaan kanak-kanak. Ia bukan sahaja memberi kemudahan kepada
pengundi tetapi juga menunjukkan strategi mereka secara tidak langsung untuk memberi
pendedahan mendidik dan menerapkan kesedaran di kalangan generasi muda tentang proses
pilihan raya, suasana pilihan raya serta kepentingan mereka sebagai warganegara untuk
mengundi bagi memilih pemimpin. Sedangkan kita di sini, bukan sahaja ramai anak muda yang
tidak mendaftar mengundi tetapi tidak keluar mengundi.
Bahkan yang tidak tahu dan tidak ambil tahu tentang pilihan raya pun ramai. Itu belum
lagi kita tinjau daripada segi kesedaran tentang tanggungjawab lain sebagai warganegara. Saya
tidak tahu sama ada kajian pernah dibuat tentang hal ini. Kalau tidak ada, saya sarankan elok
juga pusat-pusat pengajian tinggi kita membuat kajian tentang hal tahap kesedaran generasi
muda terhadap tugas dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Memang sekarang
DN 8.12.2016 109
kita ada subjek kewarganegaraan di sekolah tetapi adakah ia berkesan? Sedangkan sekarang
ini kita mendengar layanan terhadap subjek itu tidak ubah seperti melukut di tepi gantang,
bukan keutamaan. Ada dalam jadual tetapi jumlah waktu pengajarannya antara yang sedikit.
Sudahlah macam itu, apabila dekat dengan musim peperiksaan, waktu pengajarannya
pula digantikan dengan subjek lain yang dianggap kritikal dan lebih penting. Subjek itu pun tidak
diuji dalam peperiksaan, baik UPSR, PT3, SPM dan STPM. Sedangkan anak-anak kita
meningkat remaja dan akhirnya menjadi dewasa dalam keadaan yang bagaimana? Siapa pun
kata, apa pun kerjaya kita, kita tidak boleh lupa bahawa kita warganegara. Kita patut tahu bukan
sahaja tentang hak kita sebagai warganegara tetapi juga tanggungjawab kita sebagai
warganegara.
Tuan Yang di-Pertua, ketika berada di sana, di Uzbekistan, saya dapati masalah
kekurangan minyak masak. Saya rasa itu peluang Malaysia teroka, memasarkan minyak sawit
di sana. Daripada puluhan pegawai pengiring yang disediakan oleh Kerajaan Uzbekistan, saya
difahamkan rakyat Uzbekistan tahu mengenai minyak sawit. Mereka berminat dengan minyak
sawit kita. Akan tetapi ada satu masalah iaitu minyak sawit yang dipasarkan di negara itu
menjadi beku apabila tiba musim sejuk. Jadi, ini menimbulkan masalah kepada pengguna
menyebabkan mereka tidak tertarik untuk menggunakan minyak sawit. Kalau macam itu, bererti
pasaran minyak sawit kita terhad kepada negara-negara iklim tropika sahaja.
Sekarang rakyat Uzbekistan menggunakan minyak bunga matahari kerana minyak itu
diproses, dicampur dengan bahan yang menguatkan, membuatkannya tidak beku pada musim
sejuk. Soalan saya, adakah kita telah menjalankan kajian bagaimana untuk mencegah minyak
sawit daripada menjadi beku akibat cuaca sejuk? Dengan itu, kita boleh memasarkan minyak
sawit di negara itu seperti di Uzbekistan. Tuan Yang di-Pertua, saya berasa amat sedih dan
bimbang dengan pembunuhan dan penindasan terhadap masyarakat kaum Rohingya yang
berlaku di Myanmar.
Mengikut laporan, ia dilakukan oleh pemimpin agama Buddha. Sebagai pemimpin
masyarakat Siam dan penganut agama Buddha di negara ini, saya berasa bimbang dengan
penyebaran gambar-gambar mengenai kejadian berkenaan menerusi media sosial. Saya
bimbang ia akan memberikan gambaran yang salah terhadap agama Buddha dan
penganutnya. Saya ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa pembunuhan-
pembunuhan dan penindasan terhadap manusia seperti yang berlaku di Myanmar itu bukanlah
daripada ajaran Buddha.
Perlakuan yang begitu bukan sahaja bertentangan dengan prinsip kemanusiaan tetapi
juga bercanggah sama sekali dengan ajaran Pancasila. Rukun moral agama Buddha, rukun itu
DN 8.12.2016 110
menyatakan penganut agama Buddha hendaklah, satu, mengelakkan diri daripada
membinasakan nyawa semua makhluk, mengelak daripada mengambil benda yang tidak
diberikan kebenaran.
Ketiga, mengelakkan diri daripada berzina.
Keempat, mengelakkan diri daripada bercakap bohong, bercakap kasar, bergosip dan
bercakap perkara tidak berfaedah. Kelima, mengelakkan diri daripada minuman dan makanan
yang memabukkan.
Bahkan, saya percaya tidak ada mana-mana agama pun di atas bumi ini yang
menganjurkan dan membenarkan penganut melakukan pembunuhan dan mengambil nyawa
manusia lain dengan sewenang-wenangnya.
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?
Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Ada lagi.
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, mohon sedikit. Hendak
mencelah sedikit, kalau boleh Yang Berhormat Datuk Seri Boon Som.
Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Boleh, boleh.
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Pertamanya, saya hendak ucap terima kasih kerana
memberi laluan. Saya gembira mendengar seorang pemimpin pada anutan agama Buddha
boleh hari ini, di Dewan yang mulia ini, condemn, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, keganasan
dibuat oleh rejim di Myanmar itu. Oleh sebab saya percaya agama yang ada, bukan agama
yang menjurus kepada keganasan. Sama juga kepada kerajaan-kerajaan pimpinan yang
beragama Islam, kita juga mengutuk keganasan yang dibuat oleh tentera-tentera dan juga
pengganas-pengganas ISIS.
Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Datuk Seri Boon Som, sejauh mana
dan ramai mana lagi pemimpin di kalangan anutan Buddha ini yang sanggup ke hadapan untuk
menunjukkan tentangan mereka terhadap keganasan yang dibuat oleh pengganas-pengganas
anutan Buddha di Myanmar terhadap masyarakat Rohingya seperti mana pemimpin-pemimpin
Islam mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dibuat oleh penganut Islam yang
memegang dan menjunjung fahaman coverage ISIS itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Sila.
Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih kepada Yang Berhormat,Timbalan
Presiden, Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Sebenarnya, ramai daripada keturunan sami di
negeri Kedah, Kelantan yang kecewa dengan apa yang berlaku di Myanmar. Jadi, mereka
DN 8.12.2016 111
mengutuk bahawa perkara ini tidak seharusnya dilakukan oleh sami-sami atau pun penganut-
penganut Buddha ini. Malah, baru-baru ini ada gambar seorang sami menyertai Bersih 5.
Malah, Ketua Sami Kedah beritahu saya bahawa, “Datuk Seri, sebenarnya itu kelakuan
yang luar daripada agama Buddha. Itu adalah satu daripada, bukan daripada kita. Itu hak dia
sendiri. Akan tetapi sami Buddha tidak akan bersetuju dengan keadaan apa yang dilakukan
oleh sami tersebut”. Jadi maknanya, bahawa sami ini bersikap neutral. Dia tidak masuk campur
dalam politik, tidak mencampurkan dengan pengganas. Maknanya, sami ini adalah satu
daripada kesucian seperti yang saya sebutkan tadi, lima perkara iaitu mereka tidak melakukan
pembunuhan walaupun nyawa nyamuk sekali pun. Memang dosa bagi mereka.
Sehubungan itu, selaku pemimpin masyarakat Siam yang majoritinya agama Buddha,
saya mengutuk keras tindakan yang dilakukan terhadap etnik Rohingya [Tepuk] Terima kasih.
Perlakuan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima dari sudut dan pertimbangan mana
sekali pun. Pada masa yang sama, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan
Malaysia yang telah mengambil keputusan untuk membantu ribuan pelarian Rohingya bagi
menyelamatkan diri dan nyawa mereka. Ia membuktikan keprihatinan Kerajaan Malaysia
terhadap isu kemanusiaan merentasi batasan agama, kaum dan juga geografi.
Kerajaan Myanmar seharusnya bersikap lebih tanggungjawab terhadap kejadian tidak
berkemanusiaan yang berlaku di negara itu. Saya ingin mencadangkan supaya Malaysia
sebagai salah sebuah negara anggota ASEAN mengambil inisiatif mengadakan mesyuarat
tergempar bagi mencapai kata sepakat di kalangan negara ASEAN untuk mencari jalan bagi
menamatkan keganasan dan penindasan ke atas masyarakat Rohingya serta penyelesaian
terhadap isu perlakuan ini. Langkah segera perlu dilakukan demi menjaga nama baik negara-
negara anggota ASEAN di rantau ini yang terkenal sebagai zon aman, bebas dan berkecuali.
■1810
Ini membuktikan bahawa usaha mengadakan himpunan itu berjaya menyedarkan dan
membuka mata dunia sekali gus menafikan usaha pihak pembangkang negara ini yang dengan
sengaja memperlekehkan tindakan yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
itu. Saya sendiri menerima pelbagai pertanyaan dan banyak saranan daripada banyak pihak
termasuk rakyat Malaysia berkenaan dengan agama Buddha berhubung isu pelarian Rohingya
dan penindasan yang berlaku di atas etnik berkenaan. Ini membuktikan bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?
Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Ada, ada. Sekejap sahaja. Ini merupakan ucapan
terakhir saya Tuan Yang di-Pertua, jadi mintalah peluang kepada saya sebagai Ahli Dewan
Negara untuk berucap [Ketawa]
DN 8.12.2016 112
Ini membuktikan di atas muka bumi ini dan negara Malaysia yang tercinta ini masih ada
insan yang prihatin dengan tindakan keganasan dan penindasan yang mencabul prinsip
kemanusiaan. Kita patut bersyukur kerana keprihatinan rakyat Malaysia masih lagi tinggi serta
merentasi batasan sempadan agama, kaum dan geografi. Kita rakyat Malaysia patut bersyukur
dapat tinggal dan hidup di bumi yang bertuah ini. Walaupun kita hidup dalam masyarakat yang
pelbagai kaum dan agama, kita masih dapat menjalani kehidupan dengan aman dan bebas.
Kita bebas mengamalkan budaya, kaum serta amalan agama masing-masing. Kita masih boleh
tinggal bersama dengan jiran daripada kaum dan agama berbeza. Malah masyarakat Siam
menyambut Loi Krathong dan Songkran dibiayai oleh kerajaan. Itulah kemakmuran yang kita
hadapi di Malaysia ini.
Toleransi masyarakat Malaysia dalam kebanyakan hal masih lagi tinggi. Rahsia kepada
keamanan dan kebebasan yang kita nikmati hari ini persefahaman seperti selalu saya nyatakan
persefahaman kunci kepada rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Oleh itu,
marilah kita sama-sama mempertingkatkan kesefahaman antara sesama kita rakyat Malaysia.
Marilah kita fokus dan memperluaskan kerjasama dalam perkara-perkara yang ada persamaan
sesama kita dan kita saling bermaaf-maafan dalam perkara-perkara yang mungkin tidak dapat
kita sepakati serta kita hormati perbezaan yang wujud antara kita. Semoga negara Malaysia
akan terus aman, bebas dan berdaulat. Negara kita tanggungjawab kita bersama.
Walaupun saya daripada kaum minoriti di Dewan Negara ini, pengalaman saya selama
lima tahun di Dewan Negara ini, saya tidak menganggap saya sebagai minoriti. Malah
kerjasama yang diberikan oleh Ahli-ahli Dewan Negara membantu saya, termasuk dalam hal
bumiputera, perjuangan bumiputera hari ini, akhirnya saya berjaya oleh sebab atas kerjasama
Yang Berhormat-Yang Berhormat ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat
semua.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, hari ini juga mungkin merupakan kali terakhir untuk
saya menyertai sesi perbahasan di Dewan yang mulia ini kerana seperti yang saya sebutkan
tadi, tempoh perkhidmatan saya sebagai Ahli Dewan Negara ini akan berakhir pada 14
Disember ini. Sehubungan itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah
memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili masyarakat Siam di Dewan yang mulia ini
selama dua penggal. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-
Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran dan Timbalannya Yang Berhormat
Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad atas kerjasama yang diberikan selama ini.
DN 8.12.2016 113
Tidak lupa juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Tuan Yang
di-Pertua Yang Berhormat Senator Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan mantan Timbalannya
Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Doris Sophia Brodie yang telah banyak bagi kerjasama dan
tunjuk ajar sepanjang saya menjadi Ahli Dewan Negara yang mulia ini. Begitu juga terima kasih
kepada Setiausaha dan seluruh kakitangan Parlimen atas kerjasama yang diberikan kepada
saya selama ini.
Kepada rakan-rakan Ahli Dewan Negara, juga ingin saya rakamkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga atas persahabatan yang dihulurkan kepada saya atas kerjasama yang
diberikan, tunjuk ajar yang disampaikan. Harapan saya moga persahabatan terjalin di Dewan
yang mulia ini akan berkekalan walaupun saya tidak lagi berkhidmat di sini.
Saya memohon jutaan terima kasih kepada semua, Yang di-Pertua Dewan Negara,
Timbalan Yang di-Pertua, seluruh staf Parlimen dan rakan-rakan Ahli Dewan Negara sepanjang
kita bersama-sama di sini. Kiranya tersalah tutur kata dan bicara, tingkah laku keterlaluan dan
menjolok mata, yang menghiris hati dan berbekas di dada, salah dan silap yang tidak sedar
oleh saya, mohon maaf jua yang saya pinta. Maklumlah kita ini insan biasa.
Pergi di dusun memetik kelapa, Kelapa muda, kelapa bali, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua lagi. Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon hendak
mencelah sedikit sebelum Yang Berhormat Senator Datuk Seri Boon menghabiskan. Sedikit
sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua: Sekejap ya?
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Sekejap sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua: Sila.
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Bagi mewakili semua Yang Berhormat dan
saya juga dari Kedah, Datuk Seri Boon Som ini, dari Kedah untuk makluman Tuan Yang di-
Pertua, kalau di Kedah- untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Abbas, bukan dia
bertuah yang itu sahaja. Kalau di Kedah, Datuk Seri itu sudah sama level dengan Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Kedah sudah. So, Datuk Seri Boon ini sangat beruntung, bukan
setakat dalam Dewan tetapi bila dia balik ke Kedah, semua masyarakat Siam sangat sayang
pada dia.
DN 8.12.2016 114
Kalau program Lai Krathong apa-apa program yang dibuat, memang masyarakat Siam
sangat menyokong penuh Datuk Seri Boon Som. Jadi di kesempatan ini saya mengucapkan
tahniah, terima kasih atas jasa, sumbang bakti Yang Berhormat Senator Datuk Seri Boon Som.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua: Sila. Terima kasih.
Datuk Seri Boon Som A/L Inong: Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Senator
Puan Shahahim yang selama ini telah memberikan sokongan penuh kepada saya dan Yang
Berhormat Senator Tuan Haji Ramli dan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor dari
utara, Yang Berhormat utara semua, Sabah pun bukan? Tadi Yang Berhormat Datuk Lucas
menyatakan kejayaan komuniti di Sabah di mana ada yang dilantik sebagai duta. Jadi baru-
baru ini saya dengar kata Wisma Putra kata tidak lama lagi Duta di Bangkok akan kosong, jadi
kalau ada peluang bagilah chance [Ketawa] Kepada kaum etnik Semenanjung Malaysia pula.
Jadi, bab bertuah pula saya macam Yang Berhormat Senator Datuk Abbas cakaplah,
saya selalu di samping mereka yang available seperti Yang Berhormat Senator Datuk Mariany.
Itu saya sama-sama dengan Yang Berhormat Senator Datuk Mariany masa mengangkat
sumpah bersama Datuk Mariany, masa sambung Datuk Mariany, habis pun Datuk Mariany.
Akan tetapi kita ada sama-samalah. Selepas itu Datuk Jamilah pula kali ini di Sabah. Jadi,
terima kasihlah. Kadang-kadang, tuah manusia ini tidak nampak, tuah ayam boleh lihat di kaki
[Ketawa]
Jadi dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Seri Boon
telah menampakkan seorang pejuang yang dia telah mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman
oleh kerajaan Myanmar terhadap kaum Rohingya selama tadi. Terima kasih dan nampaknya
ada last term di sini dan Setiausaa banyak sudah sedia sebab tadi dia banyak jasa dia taburkan
untuk kepentingan rakyat tadi. Budi baik kamu dikenang orang. Ingat kata pantun orang Melayu
Yang Berhormat Datuk Seri.
Di atas bukit tanamnya ubi, Burung pun buat sarang, Bukan budi sebarang budi, Budi baik dikenang orang [Tepuk] Baik. Jadi saya minta tadi Yang Berhormat Senator Tuan Ramli bin Shariff. Silakan.
DN 8.12.2016 115
6.18 ptg.
Tuan Ramli bin Shariff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir
Rahiim. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-
rakan Yang Berhormat Senator yang masih sabar menunggu di dalam Dewan ini walaupun
masa biasanya kita telah lebih. Jadi, kemungkinan ini suatu bentuk menyatakan sokongan dan
juga dokongan kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Sebelum saya meneruskan perbahasan
saya, kemungkinan masa yang saya ambil pun mungkin sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada keenam-enam Ahli
Dewan Negara yang baru yang telah mengangkat sumpah semalam dan kita harap Yang
Berhormat-Yang Berhormat ini sama-samalah kita memperkasakan institusi Dewan Negara
yang mulia ini seperti mana yang telah disyorkan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’
Seri Dr. Ibrahim Shah dan Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Presiden Majlis Senator seperti
juga yang dianjurkan oleh kakanda saya Yang Berhormat Senator Datuk Yahya.
■1820
Saya juga ucap tahniah kepada Tan Sri Ibrahim yang telah mengambil langkah serius
dalam memartabatkan dan memperkasakan Dewan ini iaitu apa yang telah dianjurkan dan
disyorkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Ibrahim ini harus diberi pemikiran yang positif. Juga,
kita mengharapkan kerajaan mengambil minat yang serius dalam syor-syor yang telah
dikemukakan ataupun langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan. Saya rasa
cadangan dan usul Yang Berhormat Tan Sri kemukakan semalam ini, saya rasa juga mendapat
dukungan dan sokongan daripada Senator-senator yang mewakili pihak pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua, bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2017, dalam fasal 2
memperuntukkan penggunaan wang sebanyak RM158,256,341,900. Walaupun pembentangan
Bajet 2017 mempunyai defisit tetapi saya percaya kerajaan yakin dan sedar bahawasanya
angka-angka yang disebut dalam bajet tersebut suatu angka yang realistik dan boleh dicapai.
Sejak tahun 1986, bajet negara sentiasa berada di peringkat defisit. Alhamdulillah, sehingga
hari ini negara terus mencapai kemajuan.
Kita juga sedar bahawa beberapa penyesuaian dan rasionalisasi ini telah dibuat bagi
memungkinkan negara terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang boleh mensejahterakan
kehidupan rakyat seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri kita.
Yang menjadi kebimbangan dan keresahan di peringkat rakyat ialah sama ada bajet,
sama ada peruntukan, adakah ia akan menyebabkan peningkatan dalam kos sara hidup
mereka? Saya tidak fikir ada mana-mana negara yang mampu menampung sepenuhnya kos
DN 8.12.2016 116
sara hidup seseorang. Kita tidak boleh berharap bahawa kerajaan harus membayar segala
harga barangan dan perkhidmatan dalam kehidupan kita ini.
Kita juga harus sedar bahawa dalam kehidupan seharian, kita terpaksa membayar
harga pasaran dan tidak mungkin kita boleh membayar harga di bawah pasaran. Dengan itulah
peranan kerajaan untuk memberi suatu buffer, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bahawa
kerajaanlah dalam bajet inilah yang meletakkan buffer bagi rakyat negara ini mencapai dan
menikmati kehidupan yang selesa.
Tuan Yang di-Pertua, pengawalan kos atau harga boleh dikawal apabila kita menjadi
pihak pengeluar. Kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan bermula daripada source,
dengan izin. Jadi apabila setiap daripada kita hanya menjadi pengguna atau pembeli sahaja,
sudah tentu kita akan terasa atas sebarang kenaikan kos sara hidup. Kuasa beli atau
purchasing power, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, menjadi tidak seimbang dengan kenaikan
kos sara hidup. Itulah menjadi rungutan rata-rata rakyat Malaysia iaitu berkenaan dengan
purchasing power, dengan izin.
Maka, adalah tepat seperti mana yang dicadangkan oleh rakan saya Yang Berhormat
Senator semalam, kalau saya tidak silap oleh Yang Berhormat Tan Sri Jeneral, bahawa perlu
ada satu buah pelan tindakan kawalan kenaikan oleh pihak kerajaan. Ramai rakan Ahli Dewan
yang mulia ini bercakap soal kos sara hidup, jadi saya pun tidak mahu memanjangkan lagi
perkara itu.
Perkara ataupun isu yang kedua yang saya akan sentuh ialah daripada segi isu
perumahan iaitu rungutan yang kita terima daripada golongan muda. Saya fikir apa yang
disuarakan oleh rakyat iaitu golongan muda berkaitan dengan perumahan ini ialah soal
pemilikan dan pembiayaan, bukanlah banyak terhadap stok rumah itu sendiri, Tuan Yang di-
Pertua. Pokok pangkalnya, rakyat mahu memiliki rumah sendiri. Tidak kiralah seorang itu
tinggal di bandar mahupun tinggal di kawasan desa ataupun luar bandar.
Walaupun kerajaan banyak mengadakan rancangan-rancangan perumahan, isu yang
sering kita dengar ialah kesukaran mendapat pembiayaan pembelian unit-unit rumah tersebut.
Ini memberi kesan yang besar, sama ada seorang itu bekerja dengan pihak swasta mahupun
kerajaan. Majoriti pembeli rumah sekarang terdiri daripada golongan-golongan muda.
Maka, saya sarankan agar kerajaan mempermudahkan soal pembiayaan ini ataupun
financing ini, dengan izin, seperti mana diamalkan seperti mana yang disebut oleh kakanda
saya Yang Berhormat Datuk Yahaya, di Wilayah Persekutuan ini iaitu projek-projek perumahan
RUMAWIP iaitu amalan-amalan yang memberi suatu kelonggaran kepada bakal-bakal pembeli
mendapat pembiayaan.
DN 8.12.2016 117
Tadi saya ada nampak Yang Berhormat Datuk Halimah, saya ingat saya ingin
menyentuh soal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi tidak apalah, saya
akan sentuh juga sedikit.
Kalau dulu, Tuan Yang di-Pertua, bajet yang lepas, kerajaan ada memperuntukkan
sebanyak RM200 juta sebagai MyDeposit yang dikawal selia oleh KPKT. Saya difahamkan
peruntukan sebanyak RM200 juta ini telah habis digunakan dalam tempoh dua bulan apabila
dilancarkan. Maka sambutannya amat memberangsangkan iaitu satu pertolongan yang telah
dihulurkan oleh pihak kerajaan bagi pembeli-pembeli rumah untuk membayar deposit. Apa yang
saya difahamkan bahawa pembeli-pembeli ini layak untuk mendapat geran sebanyak
maksimum RM30,000. Jadi ini banyak membantu golongan-golongan muda ini.
Tetapi dalam Bajet 2017 ini, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak nampak di mana kerajaan
akan meneruskan program MyDeposit ini. Saya haraplah KPKT dapat sekali lagi untuk masa
hadapan ini mengesyorkan kepada kerajaan agar suatu perancangan ataupun suatu program
yang seakan-akan sama dengan MyDeposit ini dapat dilancarkan lagi.
Di samping itu, KPKT ini iaitu suatu kementerian yang telah dipertanggungjawabkan
untuk mengawal selia sektor perumahan di negara kita, saya rasa tidak terlampau jauh jika
saya menggesa supaya KPKT ini mengambil langkah-langkah proaktif dan positif supaya
mereka ini meletakkan suatu garis panduan dan juga suatu pengawalan kepada pemaju-
pemaju perumahan yang ingin menjual unit-unit perumahan ini kepada bakal-bakal pembeli.
■1830
Jadi saya tidak nampak bahawa kerajaan tidak boleh mengawal soal harga rumah. Ini
kerana apabila sesebuah syarikat hendak menjual rumah, mereka perlu mendapat permit dan
kelulusan daripada pihak kerajaan iaitu KPKT. Jadi KPKT gunalah kuasa yang ada dan juga
budi bicara dalam mengawal harga ini daripada terus menerus naik.
Di samping itu juga, kita juga menggesa pihak-pihak authority ataupun pihak-pihak
berwajib ini terutama kerajaan-kerajaan negeri supaya janganlah begitu ghairah untuk
mengenakan caj-caj kepada pemaju-pemaju. Misalnya caj atau fi pembangunan yang
dikenakan terhadap pemaju-pemaju. Ini kerana kos-kos ataupun fi-fi ini akan ditanggung oleh
pembeli. Jadi kita harap,kerajaan-kerajaan-kerajaan negeri ini membuat satu buah dasar
bahawa untuk projek-projek yang menepati sasaran kerajaan perlulah diberi rebate. Saya tidak
jangka bahawa kita minta diskaun 100 peratus.
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi? Sila.
Tuan Ramli bin Shariff: Saya rasa tidak panjang sangat. Oleh sebab saya akan
meneruskan apa yang belum diselesaikan oleh kakanda saya Datuk Haji Yahaya kerana
DN 8.12.2016 118
semalam dia memberikan input-input kepada saya untuk saya menyelesaikan segala
perjuangannya yang belum selesai. Tuan Yang di-Pertua, saya tinggalkan isu perumahan oleh
sebab mendapat teguran sudah.
Jadi saya akan terus kepada soal belia menganggur Tuan Yang di-Pertua. Inilah input-
input yang telah diberi oleh kakanda saya, Datuk Haji Yahaya. Jadi tanggungjawab dan amanah
yang telah diperuntukkan kepada saya untuk mengakhiri apa yang telah dimulai. Tuan Yang di-
Pertua, kadar pengangguran nasional bukanlah petunjuk yang sempurna untuk
menggambarkan prestasi pasaran buruh. Perkara bersifat agregat ini menyembunyikan banyak
perkara. Misalnya isu pasaran buruh dan kadar pengangguran dalam kalangan belia kurang
mendapat perhatian daripada kerajaan kerana kesihatan sesebuah ekonomi itu selalunya
diukur dengan melihat kepada kadar pengangguran nasional.
Maka peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan belia mempunyai perkaitan
rapat dengan peningkatan kadar ketidakpadanan kemahiran ke bawah atau downward skill
mismatch dengan izin. Keadaan ketidakpadanan ini merujuk kepada situasi di mana pekerjaan
kurang mahir diisi oleh buruh berkelayakan akademik lebih tinggi. Saiz ke tidak padanan jenis
ini di Malaysia agak besar bagi kategori pekerjaan perkeranian dan sokongan serta pekerja
perkhidmatan dan jualan.
Contohnya Tuan Yang di-Pertua, angka pada tahun 2014 menunjukkan sebanyak 24
peratus daripada kumpulan buruh kategori pekerjaan perkeranian dan sokongan mempunyai
diploma dan ijazah. Daripada kadar itu, sebanyak 13 peratus ketidakpadanan ini membabitkan
golongan belia yang 20 tahun hingga 29 tahun. Sementara itu, bilangan buruh yang mempunyai
diploma dan ijazah bagi kategori perkeranian dan sokongan pula dianggarkan meningkat
sebanyak empat peratus daripada 20 peratus tahun 2011 kepada 24 peratus padat tahun 2014.
Jadi oleh itu, kajian dan penelitian khusus perlu dilakukan oleh kerajaan bagi mengenal
pasti punca ke tidak padanan kemahiran ini dalam kalangan belia. Adakah ia disebabkan oleh
masalah struktur ekonomi atau pengaruh lain seperti kadar ke boleh pasaran graduan. Lebih
penting lagi persoalan mengenai ketidakpadanan dan pengangguran dalam kalangan belia
perlu diberi perhatian dalam Bajet 2017.
Strategi dan usaha untuk mengurangkan kadar ketidakpadanan dan pengangguran
perlu ditangani kerana ia berkait rapat dengan isu sosioekonomi. Ketidakpadanan pekerjaan
bermakna gaji dan upah buruh dibayar lebih rendah walaupun mereka mempunyai kelayakan
ekonomi yang lebih tinggi. Seterusnya, faktor gaji dan upah yang rendah akibat ketidakpadanan
ini secara tidak langsung turut menjadi faktor penyumbang kepada bebanan hidup akibat
peningkatan kos sara hidup.
DN 8.12.2016 119
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah daripada segi keselamatan sempadan.
Tuan Yang di-Pertua, negara buat masa ini berhadapan dengan masalah serius kemasukan
pendatang tanpa izin. Menurut Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Richard Riot pada November
tahun lepas, jumlah pekerja asing sama ada yang masuk secara sah atau haram dianggarkan
berjumlah 6.7 juta orang. Daripada jumlah itu hanya 2.1 juta sahaja yang mempunyai permit
sah, manakala yang lain PATI.
Bukan setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, negara juga berhadapan dengan
masalah perdagangan manusia dan dikategorikan sebagai salah satu negara yang terdapat
aktiviti perdagangan manusia yang serius sehingga Malaysia diletakkan kepada tier two dengan
izin. Jabatan Imigresen menyasarkan Malaysia agak bebas daripada pendatang asing tanpa
izin menjelang tahun 2020. Persoalannya dengan jumlah kebanjiran pekerja asing yang
sebegitu besar mampukah negara mencapai sasaran tahun 2020 ini? Oleh itu saya mohon
kementerian menjelaskan bagaimana dan apakah langkah tindakan yang diambil bagi
mencapai sasaran tersebut? Saya akan mempercepatkan Tuan Yang di-Pertua. Tidak apa.
Ini perkara yang selanjutnya daripada segi penggunaan senjata api dalam kejadian
jenayah yang nampaknya macam tidak boleh dikawal lagi sejak akhir-akhir ini. Kalau mengikut
statistik Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2008, terdapat 445 kes bunuh menggunakan senjata
api. Jadi punca ataupun senjata-senjata api ini, saya rasalah diseludup daripada negara jiran
memalui sempadan-sempadan ini. Maka oleh itu, kerajaan perlu memberi keutamaan dalam
membina tembok keselamatan di Sempadan Malaysia, Thailand iaitu negeri saya sendiri Tuan
Yang di-Pertua, yang memang kita sering menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar dalam soal
penyeludupan dan juga laluan-laluan tikus.
Walaupun projek tembok keselamatan ini masih dalam perancangan, diharap masalah
kewangan tidak boleh dijadikan alasan untuk melengahkan pembinaan tembok keselamatan ini.
Jika dilengahkan, akan memudaratkan masalah yang sedia ada. Pastinya kerajaan dan rakyat
akan menanggung akibat yang lebih besar lagi.
Di samping itu, Tuan Yang di-Pertua kerajaan perlu memperkukuhkan agensi
penguatkuasaan yang bertugas di kawasan sempadan memandangkan kadar jenayah rentas
sepadan semakin meningkat. Usaha ini bukan sahaja setakat menambah keperluan
keanggotaan, tetapi juga memastikan disiplin anggota penguat kuasa adalah tinggi, khasnya
dalam menangkis penyakit rasuah di kalangan anggota. Saya percaya jika rasuah dapat
dibendung, nescaya segala bentuk ancaman rentas sempadan dapat dibendung.
Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua, iaitu daripada segi penyelewengan subsidi. Oleh sebab
rakan-rakan senator saya tidak menyentuh soal– ada kalau dalam pengetahuan saya belum
DN 8.12.2016 120
lagi disentuh soal penyelewengan subsidi. Lazimnya, kerajaan memberi subsidi kepada
barangan-barangan tertentu untuk rakyat Malaysia. Akan tetapi yang menyedihkan pemberian
subsidi ini banyak disalahgunakan akibat perbuatan jenayah oleh sindiket-sindiket dan orang-
orang yang tidak bertanggung jawab seperti mana berlaku terhadap kekurangan stok minyak
masak sehingga menyebabkan kenaikan harga barang tersebut.
Dalam isu pemberian subsidi gas petroleum cecair (LPG), dengan izin Tuan Yang di-
Pertua, pada tahun 2015 sahaja kerajaan telah kerugian kira-kira RM800 juta akibat perbuatan
penyelewengan dan kelemahan penguatkuasaan.
■1840
Dalam pada itu juga, tidak dapat dinafikan bahawa subsidi kerajaan ini juga dinikmati
oleh ramai rakyat asing yang majoritinya terdiri daripada PATI yang masuk ke negara ini secara
haram. Sudahlah mereka tidak bayar cukai tetapi turut juga menikmati subsidi kerajaan. Oleh
itu kerajaan digesa untuk melihat kembali mekanisme sistem penguatkuasaan yang ada
sekarang bagi mencari kelemahan yang wujud supaya langkah penambahbaikan dapat
dilakukan. Ketirisan dan penyelewengan subsidi merupakan suatu unsur yang boleh
menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar setiap tahun.
Dalam pada itu, telah tiba masanya kerajaan mewujudkan satu mekanisme bagi
mengawal akan bagaimana barangan dan perkhidmatan bersubsidi yang dinikmati oleh rakyat
asing dapat dikenakan caj atau cukai tertentu. Dengan cara ini, kerajaan dapat menambah
perolehan dan juga menambah pendapatan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk saya memberi ruang lagi dan menyenangkan rakan-rakan
Ahli Dewan ini, saya akan menamatkan perbahasan saya setakat ini dan saya dengan ini,
dengan rasa rendah diri menyatakan sokongan penuh kepada Bajet 2017. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Ramli bin
Shariff. Terima kasih. Point taken. Semua point itu. Saya hendak beri peluang kepada Ahli baru
kita. Yang Berhormat Senator baru kita ini. Kita bagi dulu kepada Yang Berhormat Tuan Khairul
Azwan bin Harun. Dipersilakan.
6.41 ptg.
Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi
ruang. Pertamanya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya
ingin mengambil kesempatan untuk mengangkat sembah berterima kasih ke Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan Baginda untuk pelantikan saya dan sahabat-
DN 8.12.2016 121
sahabat saya yang lain serta ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri atas pelantikan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri yang baru-baru ini sudah menyampaikan bajet untuk tahun 2017.
Satu bajet yang komprehensif yang telah dipuji oleh ramai rakyat kerana ia merupakan bajet
yang holistik, yang baik untuk ekonomi negara dan juga rakyat mengambil kira cabaran
semasa. Banyak langkah telah disasarkan kepada kumpulan Bottom 40, dengan izin.
Isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan. Sebagai contoh,
Tuan Yang di-Pertua, bagi segmen yang berpendapatan paling rendah, bayaran BR1M juga
telah ditambah sehingga kepada RM1,200. Kerajaan juga akan membina lebih banyak rumah
yang berharga antara RM40,000 hingga RM50,000 seunit bahkan 10 ribu unit rumah di
kawasan bandar dan pinggiran bandar juga akan dibina untuk disewa oleh golongan belia.
Buat pertama kali, Bajet 2017 menyediakan bantuan juga untuk pemandu teksi yang kini
berhadapan dengan satu persaingan daripada pemandu Uber dan GrabCar termasuk juga
kemudahan untuk mereka membeli kenderaan baru kepada pemilik teksi persendirian sedia
ada. Banyak lagi insentif untuk wanita dan keluarga, menghantar anak-anak mereka ke pusat
penjagaan kanak-kanak dan tadika. Maka Tuan Yang di-Pertua, sesiapa sahaja boleh merujuk
kepada maklumat dan juga informasi dan perincian Bajet 2017 agar ia tidak mudah diracuni
pemikiran mereka itu oleh naratif-naratif yang tidak sihat terutama yang dibawa oleh segelintir
pihak yang tidak suka kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan kerana baru-baru ini saya
telah diamanahkan oleh kerajaan untuk mempengerusikan satu forum antarabangsa yang
melibatkan pimpinan belia yang kita panggil Kuala Lumpur International Youth Discourse 2016
yang telah membuka ruang seluas-luasnya kepada pimpinan generasi muda golongan belia
sama ada daripada kalangan parti politik dan juga badan-badan NGO termasuk juga pimpinan
mahasiswa daripada dalam negara dan luar negara di mana platform ini telah digunakan oleh
mereka sebagai pentas untuk menyuarakan aspirasi golongan belia. Alhamdulillah, kehadiran
yang ramai, lebih daripada seribu orang dan pada hari perasmian oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri lebih 1,500 orang telah hadir mendengar ucaptama daripada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri.
Pada kajian tahun lalu Tuan Yang di-Pertua, menunjukkan golongan belia di dunia ini
sebenarnya antara umur 15 tahun hingga 24 tahun itu, mereka berjumlah hampir 1.2 bilion
daripada keseluruhan penduduk dunia. Maka belia masa hadapan kita, Tuan Yang di-Pertua.
DN 8.12.2016 122
Justeru, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merangka masa hadapan yang lebih terjamin
dan dinamik.
Alhamdulillah untuk itu, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib
bin Tun Abdul Razak kerana telah mengamanahkan Yang Berhormat Brig. Jen. Khairy
Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan dan juga Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia
untuk mempelopori dan mengepalai satu usaha yang kita panggil Transformasi Nasional 2050
(TN50) iaitu sebuah forum dialog nasional yang akan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat
terutama golongan belia di dalam negara kita dan juga golongan belia yang berada di luar
negara.
Ini juga merupakan tempat untuk kita menetapkan satu hala tuju baru untuk negara kita,
34 tahun mendatang ini di mana inilah julung-julung kalinya Tuan Yang di-Pertua, kalau
dahulunya kita dapat lihat pimpinan mantan Perdana Menteri yang terdahulu mengamalkan
politik paternalisme dengan izin iaitu politik yang mengarahkan kepada apa yang dikehendaki
oleh beliau semata-mata sebagai ketua negara.
Dalam hal ini, boleh dilihat pelaksanaan dan juga formulasi dasar-dasar sewaktu mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri ini, Tuan Yang di-Pertua, ia lebih
berbentuk top down arrangement dengan izin berbanding dengan cara yang dibuat oleh Yang
Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pada hari ini iaitu beliau membawa
politic of empowerment ataupun politik memperkasa di mana pembikinan dasar, formulasi dasar
itu dibuat secara bottom up iaitu mendengar dan mengambil kira pandangan daripada anak
muda seluruh negara.
Ia dibuktikan apabila Yang Amat Berhormat dengan jelas dalam pembentangan Bajet
2017 ini memberi mandat kepada Yang Berhormat Brig. Jen. Khairy Jamaluddin untuk
membawa dialog nasional ini, mengambil kira pandangan daripada semua lapisan masyarakat
supaya akhirnya kita akan sama-sama hasilkan satu pelan induk masa hadapan negara. Apa
peradaban baru, tamadun baru yang kita hendak lahirkan demi melihat masa hadapan yang
lebih baik, lebih sempurna dan lebih selamat untuk generasi muda kita.
Jadi makanya saya suka juga hendak mengajak sahabat-sahabat pimpinan muda
daripada NGO-NGO dan juga kalangan pimpinan muda daripada parti pembangkang untuk
bersama-sama dengan Yang Berhormat Brig. Jen. Khairy Jamaluddin dan kita semua bagi
menjayakan agenda TN50 ini. Saya berharap agar kita dapat ketepikan seketika cerita-cerita
politik masing-masing dan meletakkan hasrat dan harapan generasi muda untuk melihat 30
DN 8.12.2016 123
tahun mendatang ini waktu untuk kita mencipta satu masa hadapan, peradaban yang lebih baik
dan lebih sempurna.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, waktu ini, let us now listen to what they have to say
and what they want and what they aspire and let us now show our commitment and our sincerity
to chart a better future for our nation. Untuk itu, Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak
berkongsi sedikit beberapa persoalan dengan izin yang akan saya kemukakan untuk mendapat
pandangan dan maklum balas daripada kementerian yang berkaitan.
Antaranya merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri, iaitu sejauh mana konteks kita
untuk menangani masalah radikalisme dan juga perancangan kita untuk membawa tahun 2017
ini, pengisian bagi program-program di radikalisme yang sedang dipelopori oleh Yang Amat
Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri.
■1850
Saya difahamkan banyak bajet untuk tujuan ini telah dikemukakan dan mungkin kalau
boleh mendapat maklum balas banyak mana bajet yang diperuntukkan untuk tujuan
engagement Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab hari ini saya dapat lihat naratif yang kita bawa
hari ini Tuan Yang di-Pertua, kalau soal kita untuk menangani masalah gejala radikalisme ini
selalunya kita menggunakan pendekatan sedia ada. Sebagai contoh, kalau kita hendak
memerangi masalah di kalangan kumpulan ekstremis, kita akan menggunakan pihak polis dan
juga tentera untuk menangani masalah tersebut.
Walhal, kalau kita kaji permasalahan dan gejala pengaruh radikalisme ini sebenarnya
bermula daripada kalangan generasi muda itu yang telah dipengaruhi dengan pemikiran-
pemikiran sesat yang dibawa oleh gejala ini. Sebab itu saya hendak tahu dan saya hendak juga
kenal pasti peranan yang boleh dimainkan oleh kita semua bagaimana hendak membantu
Kementerian Dalam Negeri, khususnya untuk menangani secara engagement dengan anak-
anak muda menghasilkan naratif baru supaya kita tidak terlalu bergantung pada pendekatan
sedia ada iaitu menggunakan military ataupun force bagi menangani masalah gejala
radikalisme ini.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya dapat lihat kerajaan juga amat sedikit ketinggalan
dalam konteks kita mengetengahkan soal budaya dan juga menghargai kesenian di kalangan
pelajar-pelajar sekolah. Jadi, baru-baru ini pun dalam Bajet 2017, saya dapat lihat banyak
peruntukan disalurkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Akan tetapi ia lebih
kepada mempromosikan negara, tempat-tempat menarik dalam negara kepada pelancong-
pelancong luar.
DN 8.12.2016 124
Cuma, saya hendak tanya kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, sejauh
mana kesenian dan kebudayaan yang ada ini kita promosikan di kalangan pelajar-pelajar
sekolah, terutamanya pelajar-pelajar sekolah rendah? Oleh sebab saya beranggapan dan juga
berpendapat Tuan Yang di-Pertua, kesenian dan kebudayaan ini kalau kita tidak semarakkan di
kalangan anak-anak muda, terutama yang berada di sekolah rendah dan sekolah menengah,
akhirnya ia akan dilupai oleh mereka. Satu hari nanti mungkin seni budaya masyarakat kita tak
kiralah pelbagai kaum yang ada, Melayu, India, Cinanya akan dilupai dan akhirnya akan hilang
terus daripada kehidupan kita suatu hari nanti.
Jadi seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapat penjelasan daripada
Kementerian Pengajian Tinggi. Hari ini kita melihat banyak juga kalangan pelajar-pelajar
mahasiswa, terutama yang berada di universiti-universiti tempatan kita. Mereka ini terikut-ikut
dengan sentimen anti establishment. Mungkin mereka ini telah terikut dengan naratif yang
dibawa oleh segelintir pihak, terutamanya yang datang daripada parti pembangkang yang hari
ini memainkan peranan dalam melebarkan lagi polarisasi perkauman masyarakat yang ada
dalam negara kita.
Jadi, persoalan saya kepada Kementerian Pendidikan Tinggi daripada bajet untuk tahun
2017 ini Tuan Yang di-Pertua, bagaimana, dan apa langkah yang akan diambil untuk
memastikan golongan anti establishment yang ada di universiti-universiti tempatan yang ada ini
dapat dikurangkan ataupun kita dapat tukar mereka ataupun convert mereka kembali, bukan
memaksa mereka untuk menyokong Barisan Nasional ataupun kerajaan pemerintah tetapi
untuk melahirkan ataupun menjadikan mereka itu supaya jangan semata-mata menjadi anti
establishment kerana mendengar naratif-naratif yang tidak sihat itu. Jadi, ini peranan yang perlu
diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi, dan itulah sedikit penjelasan yang saya hendak
dengar daripada kementerian tersebut.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menarik perhatian juga mengenai bajet
yang telah disalurkan kepada Kementerian Pendidikan. Bagi membantu ibu bapa menampung
kos pembelajaran persekolahan anak-anak, kerajaan akan meneruskan program seperti
berikut:
(i) pemberian bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar daripada
keluarga berpendapatan sehingga RM3,000 yang akan memanfaatkan
3.5 juta murid;
(ii) RM1.1 bilion bagi bantuan makanan asrama untuk lebih 360,000 murid;
(iii) RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada
murid sekolah rendah;
DN 8.12.2016 125
(iv) RM1.1 bilion merangkumi bantuan bayaran tambahan persekolahan,
buku teks dan bantuan geran per kapita;
(v) Geran sempadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan
penuh kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun
SSPN-i;
(vi) Menyediakan elaun bulanan murid berkeperluan khas sebanyak RM150
kepada 67,000 murid serta menggantikan bas bagi 21 sekolah
berpendidikan khas; dan
(vii) RM600 juta diperuntukkan kepada tabung khas penambahbaikan dan
penyelenggaraan sekolah.
Banyak daripada jumlah tersebut akan pergi ke sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina, jenis kebangsaan Tamil, sekolah mubaligh dan asrama penuh. Dalam
konteks ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga menanyakan kepada Kementerian
Pendidikan. Saya tak nampak sangat program ke arah de-radikalisme ini seperti yang dipelopori
oleh Kementerian Dalam Negeri.
Program-program yang akan membantu untuk memastikan golongan belia tidak
dipinggirkan dengan tekanan daripada gejala-gejala radikalisme ini. Saya risau kalau ianya
hanya dipelopori oleh Kementerian Dalam Negeri dan juga di peringkat Kementerian Pengajian
Tinggi tetapi Kementerian Pelajaran ataupun Pendidikan tidak berusaha untuk
mengetengahkan langkah-langkah pre-emptive yang lebih awal di peringkat sekolah rendah
sekali. Oleh sebab baru-baru ini kalau, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ada satu kes di
Sungai Petani, kira-kira beberapa bulan yang lalu. Polis telah menangkap seorang pelajar,
kalau tak silap saya Darjah 6 di Sungai Petani yang cuba untuk menggunakan senjata dan
mengambil seorang tebusan di salah satu buah pasar raya di Sungai Petani.
Jadi, apabila polis berjaya menangkap dan menahan pelajar tersebut dan menyiasat,
rupanya di rumah dia mengikuti maklumat di Facebook dan dengan mudah mempercayai
bahawa tindakan untuk menahan dan mengambil tebusan seorang makcik di Sungai Petani itu
satu tindakan yang betul untuk mendirikan sebuah negara Islam di Malaysia ini. Jadi, itu salah
satu contohlah Tuan Yang di-Pertua.
Saya fikir kalau ini tidak ditangani daripada peringkat serendah-rendahnya, seawal-
awalnya iaitu di sekolah, mungkin bajet yang kita sediakan untuk tahun 2017 ini tidak akan
menghasilkan outcome, dengan izin, yang sepatutnya, terutama dalam kita memastikan
generasi muda tidak mudah terpengaruh dengan gejala radikalisme yang saya maksudkan tadi.
DN 8.12.2016 126
Jadi begitulah Tuan Yang di-Pertua, sedikit perkongsian dan juga permintaan daripada
saya untuk mendapatkan penjelasan. Saya mewakili generasi muda dalam Dewan ini bersama
dengan sahabat-sahabat yang lain, Dato' Fahariyah binti Md Nordin, Yang Berhormat Puan Siti
Aishah dan juga yang lain-lain. Cuma ada yang perli saya, Tuan Yang di-Pertua, dia kata
Azwan Bro ini tidaklah mewakili anak muda sangat pasal umurnya pun dah 40 tahun.
Dalam konteks definisi ‘anak muda’ oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNESCO) yang meletak ataupun mendefinisikan golongan belia ataupun generasi muda ini
golongan antara umur 15 tahun ke-35 tahun. Secara purata, banyak negara yang mengguna
pakai definisi golongan belia itu adalah antara umur 15 ke-25 tahun.
Jadi, kita berusahalah ke arah itu Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi alhamdulillah saya
dengar tadi ramai Yang Berhormat Senator semua menyuarakan aspirasi dan juga perjuangan
mereka untuk melihat masa hadapan generasi muda yang lebih banyak. Jadi, saya ucap terima
kasih. Kalau semangat itu, tak apalah kalau tak ramai Senator muda dalam Dewan ini pun
tetapi semangat yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, termasuk juga Tuan Yang di-
Pertua untuk melihat masa hadapan anak-anak muda ini baik, jadi saya tutup perbahasan saya
dengan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2017. Sekian. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikummussalam. Terima kasih Yang Berhormat
Senator Khairul Azwan Harun. Jadi, Yang Berhormat bertuah yang berada satu buah
gelanggang, gelanggang yang terbaik untuk perjuangan tadi dan ternyata masa depan bagus.
Jadi, dah nampak tadi inilah tempat gelanggang Yang Berhormat boleh berjuang untuk
kepentingan bangsa, agama dan negara. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Tuan Isa
bin Ab Hamid. Silakan.
■1900
7.00 mlm.
Tuan Isa bin Ab Hamid: Bismillahir Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua Dewan kerana memberi ruang kepada saya untuk
perbahasan Bajet 2017.
Terbang sekawan burung kedidi, Melintas Selat airnya tenang, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang baik budi, Sepanjang sidang Dewan dikenang-kenang. Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.
DN 8.12.2016 127
Tuan Isa bin Ab Hamid: Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada enam
Senator baru yang telah dilantik semalam dan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua bajet
berhemah yang telah dirangka oleh kerajaan dalam situasi ekonomi yang tidak menentu satu
langkah yang sangat berat dengan kejatuhan harga minyak yang sangat serius didukung
langkah berani pelaksanaan GST walaupun menghadapi tentangan. Kini pungutan GST hampir
lebih kurang RM38 bilion ia dapat membantu kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri merangka satu bajet yang mensejahterakan rakyat.
Saya terus kepada pembentangan perkara satu, peruntukan sebanyak RM350 juta bagi
membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif kampung terpencil dan
penempatan Orang Asli. Sesungguhnya peruntukan tahun 2016 sebanyak RM300 juta dan
tahun 2017 RM350 juta melambangkan satu komitmen kerajaan dengan pertambahan RM50
juta ini merupakan satu sejarah peruntukan yang besar dalam membangunkan pembangunan
perumahan masyarakat Orang Asli.
PPRT ataupun Projek Pembangunan Rumah Termiskin ataupun SPKR – Skim
Perumahan Kesejahteraan Rakyat amat diperlukan oleh masyarakat Orang Asli yang tidak
mampu membeli rumah-rumah yang mahal di bandar-bandar. Dengan kos RM350 juta ia akan
dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 6,500 unit rumah bagi menyelesaikan permohonan
yang tertunggak lebih daripada 10 tahun. Purata sebelum ini JAKOA akan memperoleh 400
buah dengan 600 buah rumah setahun. Maklumlah masyarakat Orang Asli yang sangat
produktif lebih laju menghasilkan anak daripada projek perumahan yang dilaksanakan.
Di sini saya juga menyeru agar pemantauan projek-projek luar bandar terutamanya
rumah SPKR ini dapat dilaksanakan dengan serius oleh Jabatan Audit KKLW dan Jabatan
Negara. Projek perumahan yang jauh di pendalaman, kurangnya pemantauan, kurangnya
akses kepada penilaian menyebabkan kadang-kadang rumah yang dibina kurang menepati
spek. Kos bina baru rumah RM40,000 sekarang ini sudah tidak praktikal dengan kenaikan kos
harga barang dan juga kos GST menjadikan projek rumah yang sering dihasilkan dan
dilaksanakan agak kurang bermutu.
Justeru itu kos ini harap dapat ditambahkan nilai kepada RM50,000 seunit. Walaupun
ada kos ekstrem bagi kawasan-kawasan pedalaman namun kawasan kampung yang jauh yang
tidak ekstrem tidak ada kos ekstrem ini melebihi jarak 70 dan 50 kilometer ke atas. Ini
menyebabkan kerja-kerja yang dibuat dalam sebut harga terpaksa dibatalkan dan dibuat
berulang kali menjadikan kerja-kerja projek pelaksanaan rumah SPKR lewat siap dan
dilaksanakan dalam tergesa-gesa. Pertanyaan saya berapakah jumlah dan peratus
DN 8.12.2016 128
pemantauan projek pembangunan KKLW oleh Jabatan Audit dan juga Jabatan Audit KKLW.
Diharap Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dapat menjawab soalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, yang kedua, peruntukan RM1.2 bilion membina dan menaik taraf
616 kilometer jalan kampung untuk perhubungan kampung, pekan dan bandar. Masyarakat
Orang Asli mengucapkan terima kasih kepada KKLW dan kerajaan kerana telah menyediakan
jalan luar bandar sejauh 30 kilometer di pedalaman Lipis dengan menghubungkan 16 buah
kampung dengan kos RM33 juta untuk manfaat hampir 2,500 orang masyarakat Orang Asli.
Dulunya perjalanan ini empat hingga enam jam yang sekarang ini sudah dikurangkan
kepada satu setengah jam. Dulunya harga pisang 40 sen sekarang telah meningkat RM1.20.
Dahulunya harga durian 50 sen sekarang ini telah naik ke RM2.00. Alhamdulillah masyarakat
Orang Asli sangat bersyukur dan berterima kasih atas projek ini dan juga projek Jalan Titom
sebanyak RM14 juta, Jalan Pos Lemoi Fasa 1 RM14 juta dan juga pembinaan projek
bersepadu Kampung Baung Sungai Siput yang mana pembinaan ini telah menjadikan satu
pembinaan penanda arah kemajuan masyarakat Orang Asli Sungai Siput. Selain itu juga projek
bersepadu RPS Sungai Ruil yang menghadapi masyarakat puncanya tanah runtuh telah
dipindah dan disusun semula dengan 160 unit dengan kos RM45 juta dan ini juga satu
perkampungan Orang Asli yang termaju dan termoden di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, ketiga ialah peruntukan RM800 juta untuk projek mesra rakyat
serta menaikkan taraf surau, parit dan projek-projek bersepadu. Pihak masyarakat Orang Asli
berharap projek bersepadu RPS Betau, Lipis dapat dilaksanakan dan dapat membangunkan
kemajuan masyarakat Orang Asli untuk lebih kurang 3,000 orang penduduk di kawasan RPS
Betau. Begitu juga membangunkan projek bersepadu Kuala Betis untuk menghubungkan 16
buah kampung dengan manfaat hampir 3,000 orang penduduk.
Keempat, projek bekalan air terawat di 42 buah kampung Orang Asli. Diharapkan projek
ini memberikan manfaat kerana projek-projek yang ada ini seringnya menjadi masalah kepada
Orang Asli. Kes ini menyebabkan berlaku projek-projek gajah putih, projek-projek yang tidak
menepati kehendak dan keperluan masyarakat Orang Asli di pedalaman. Masalah JAKOA tidak
mempunyai kepakaran dalam projek yang diserahkan. Banyak masalah teknikal terus
diserahkan kepada JAKOA.
Ini menyebabkan projek-projek yang ada tergendala dan bekalan air mesin rosak,
bekalan air yang tidak mencukupi, kadar air yang payau menjadikan pengurusan air semakin
lemah menjadikan rakyat masyarakat Orang Asli semakin benci kepada kita. Saya berharap
projek-projek air yang dibekalkan ini dan disediakan ini dapat membantu menyelesaikan dan
DN 8.12.2016 129
meningkatkan masalah kesihatan masyarakat Orang Asli di pedalaman. Kes ini juga telah
menjadikan kes locate ataupun hadangan di Gua Musang baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, langkah berani Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk
mengekalkan dan meningkatkan BR1M telah memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli.
Seramai 60,000 lebih masyarakat Orang Asli mendapat manfaat penyediaan BR1M ini dan ia
dapat meningkatkan dan membantu menguruskan kos kenaikan taraf sara hidup yang tinggi
sejak kebelakangan ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya membahaskan peruntukan RM570 juta untuk
pembangunan 120 buah sekolah daif di Semenanjung dan RM478 juta untuk pembinaan 227
buah sekolah termasuk sekolah baru. Masyarakat Orang Asli di Sungai Siput mengucapkan
terima kasih dengan terbinanya sebuah sekolah asrama Sekolah Menengah Orang Asli yang
telah menempatkan seramai hampir 300 orang pelajar Orang Asli.
Ini terdapat 97 buah sekolah Orang Asli banyaknya di Pahang sebanyak 27 buah dan
Perak 28 buah, di Kelantan ada 14 buah. Kini kerajaan telah membina Sekolah K9 namun K9
yang dibina oleh kerajaan tidak mencukupi dan banyak sekolah di luar bandar amat
memerlukan pembinaan K9. Sekolah yang saya maksudnya antaranya SK Sin Road
mempunyai 600 orang pelajar.
Kalau kita lihat sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina
dan Tamil banyak sekolah yang mempunyai kekurangan murid namun masyarakat Orang Asli
kekurangan sekolah. Kalau sekolah SK Kedaik mempunyai 405 orang pelajar, SK Titom ada
200 orang pelajar maka kita lihat bagaimana pentingnya pendidikan Sekolah K9 dalam
masyarakat Orang Asli. Namun diminta juga kepada kementerian tidak hanya melihat Sekolah
K9 seharusnya sudah melangkah ke Sekolah K11 iaitu kepada sekolah Tingkatan 5. Mana-
mana sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi perlu dibina untuk menangani keciciran yang
tinggi di dalam masyarakat Orang Asli.
Kita tahu keciciran masyarakat Orang Asli umpama iceberg, dengan izin iaitu nampak
kecil di atas sedangkan besarnya di bawah. Kalau kita lihat keciciran pada tahun 2015, sekolah
rendah mungkin di bawah 5 peratus namun keciciran Tahun 6 ke Tingkatan 1 sekitar 15 hingga
20 peratus, dan keciciran di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 lebih kepada 35 peratus. Ini kita
melihat bagaimanakah kita hendak membangunkan Orang Asli kalau keciciran ini terus
berlangsung.
■1910
DN 8.12.2016 130
Saya hendak memaklumkan juga keadaan asrama Orang Asli dalam kepadatan, dalam
keadaan keusangan. Saya telah melawat asrama SK Banun di Gerik dengan kapasiti pelajar
untuk 105 orang pelajar telah dihuni dengan 170 orang pelajar.
Dalam keadaan tidak selesa, dengan ancaman buli, dengan keadaan kejauhan tinggal
daripada ibu bapa mewujudkan keadaan asrama yang tidak selesa. Ini juga telah mewujudkan
satu peristiwa yang sangat sedih seperti kes Tohoi pada Oktober 2015 di mana tujuh orang
pelajar Orang Asli melarikan diri dari asrama dan mengakibatkan lima kematian walaupun yang
hidup itu dengan penuh kesengsaraan.
Dimohon juga kepada Kementerian Pendidikan supaya dapat juga menyediakan
pendidikan yang fleksibel untuk Orang Asli. Dalam keadaan suasana Orang Asli yang di
pedalaman, perlu lagi anjalan kepada jadual waktu, anjalan kepada bahasa pengantar bahasa
Melayu dan juga melihat kepada sumbangan yang boleh diberikan kepada guru.
Walaupun kita lihat guru-guru yang di sekolah Orang Asli banyak isu- isu Isnin Khamis.
Guru yang datang hari Isnin, hari Khamis sudah balik. Isu guru tidak dapat menjalankan
kewajipan dengan baik. Tetapi dalam keadilan juga dilihat kepada persekitaran sekolah yang
tidak kondusif. Keadaan guru yang expired atau unmotivated, yang tidak lagi berminat di
sekolah tersebut.
Perlu juga dilihat ruang bagaimana menempatkan guru-guru Orang Asli di sekolah-
sekolah Orang Asli. Ini kerana apa yang saya lihat dan saya banci, saya sendiri bertanya
dengan pegawai-pegawai pendidikan negeri, tidak ramai guru di sekolah Orang Asli. Ramai
guru Orang Asli ditempatkan di luar. Mungkin ada juga guru Orang Asli tidak berminat di
sekolah Orang Asli.
Namun, sebahagian besar guru-guru yang ada hendak dan berminat bertugas di
sekolah Orang Asli. Saya berharap pihak kementerian dapat menjelaskan soalan saya ini.
Berapakah jumlah guru Orang Asli yang telah bertugas di sekolah Orang Asli dan guru Orang
Asli yang tidak bertugas? Kita boleh melihat bagaimana penyusunan guru-guru Orang Asli ini
ditugaskan di sekolah Orang Asli kerana mereka lebih memahami budaya dan juga interaksi
sesama masyarakat Orang Asli.
Saya juga memohon kepada kementerian melihat suatu unit khas kementerian atau
jabatan. Ini kerana pada masa ini Kementerian Pendidikan tidak ada satu unit khas Orang Asli.
Di jabatan pun begitu. Sehinggakan pegawai yang ditugaskan hanya bertugas secara sambilan.
Diharapkan juga satu pengurusan yang baik untuk sekolah Orang Asli sebab kita ada 40 ribu
lebih pelajar Orang Asli di arus perdana.
DN 8.12.2016 131
Sejak bersaranya Datuk Mazlan, Ketua Pengarah Sektor Sekolah Harian, menjadikan
pendidikan masyarakat Orang Asli bagaikan tenggelam tidak beriak. Tidak ada pegawai yang
benar-benar memperjuangkan pendidikan Orang Asli. Sehingga kini, banyak isu yang timbul
dalam pendidikan Orang Asli.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan
kerana telah mewujudkan sekolah berasrama Orang Asli SMK Bawong. Seperti yang saya
katakan tadi, sekolah K11, supaya sekolah-sekolah yang ini perlu lebih banyak dibina, perlu
banyak dibuat di pedalaman sekolah-sekolah Orang Asli.
Saya juga menyeru agar pihak kementerian dan juga MARA dapat melihat sebuah
asrama ataupun Sekolah MARA Orang Asli kerana kita telah mempunyai 58 buah MRSM. Kita
ada MRSM Polis di Kulim, MRSM FELDA di Sungkai, MRSM Tentera di Melaka. Saya
mencadangkan dan ia telah secara dasarnya telah dipersetujui oleh Menteri KKLW.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada MARA kerana telah menaja biasiswa
untuk 72 orang pelajar Orang Asli keluar negara terutamanya di UK, Amerika, Australia, New
Zealand, India. Terima kasih kepada Menteri KKLW kerana menetapkan KPI penghantaran
pelajar Orang Asli keluar negara seramai 10 orang kepada 15 orang. Tahun ini sahaja 18 orang
telah dapat dicapai. Ini satu kejayaan yang cemerlang atas program NBOS JAKOA, KKLW dan
MARA. Soalan saya, berapakah peruntukan kewangan biasiswa yang telah disalurkan kepada
pelajar Orang Asli untuk keluar negara?
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya...
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencelah.
Sedikit saja.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.
Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Yang Berhormat Tuan Isa, saya hendak
tanya pendapatlah. Saya rasa tertarik dengan pembinaan MRSM untuk anak-anak Orang Asli.
Jadi apa pendapat Yang Berhormat yang anak-anak Orang Asli ini dia mempunyai satu
perasaan rendah diri yang sangat tinggi. Kalau kita hendak bagi dia duduk dengan MRSM
biasa, saya rasa dia tidak boleh hendak compete. Jadi apa pendapat Yang Berhormat Tuan Isa
sendiri, MRSM anak-anak Orang Asli ini diletakkan semua anak Orang Asli di MRSM itu? Itu
kah maksud Yang Berhormat Tuan Isa? Terima kasih.
DN 8.12.2016 132
Tuan Isa Bin Ab Hamid: Ya, begitu Yang Berhormat. Saya setuju pandangan Yang
Berhormat dan saya menyokong perkara ini. Ini yang saya maksudkan. Perlu juga ada ruang di
mana pelajar-pelajar kaum lain didudukkan dalam asrama MRSM Orang Asli, mungkin dalam
20 percent atau 30 percent, untuk mewujudkan satu persaingan yang lebih sihat.
Kadang-kadang Orang Asli apabila sesama dia, dia boleh bersaing. Akan tetapi dalam
keadaan minoriti sebab Orang Asli dalam mana-mana MRSM tidak sampai 10 orang, maka
menyebabkan dia rasa terasing dan rendah diri dan sukar untuk berinteraksi dengan kaum lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan. Seterusnya ialah berkenaan dengan elaun
nelayan yang dikekalkan sebanyak RM200. Para nelayan mengucapkan syukur dan terima
kasih kepada usaha Perdana Menteri untuk meneruskan elaun ini.
Apa yang saya ingin sampaikan ialah nelayan-nelayan pantai merungut tentang lesen
nelayan pantai yang dibekukan. Saya berharap pihak kementerian dapat menjelaskan perkara
ini supaya ia dapat disemak. Lesen nelayan yang dibekukan menyebabkan bantuan agensi
tidak dapat disalurkan. Mereka ingin memohon bantuan, tidak ada lesen.
Apa yang saya ingin perjuangkan dan saya lihat di sini ialah masyarakat Orang Asli
yang sepenuhnya bergantung kepada laut iaitu kaum Orang Asli Seletar, kaum Orang Asli
Kuala dan kaum Orang Asli Mah Meri yang bergantung sepenuhnya kepada kerja nelayan
seperti mencari kerang, mencari kupang dan bekerja di laut. Ini menjadi kesukaran bagi mereka
untuk mendapat lesen. Saya berharap pembekuan lesen ini dapat dibuka khas untuk
masyarakat Orang Asli yang sepenuhnya bekerja nelayan.
Saya juga mohon Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melihat kepada
nelayan-nelayan part time sebab kadang-kadang lesen ini banyak dikeluarkan kepada orang
yang pandai meminta, pandai memohon, sedangkan yang memohon ini banyak yang kerja part
time. Full time tidak dapat lesen. Inilah salah satu sebahagian daripada subsidi yang
diselewengkan. Saya berharap pihak kementerian dapat membuat kajian di manakah nelayan-
nelayan yang bekerja full time ini dapat diberi ruang dalam pemberian lesen dan bantuan
nelayan.
Saya bertanya kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, berapakah jumlah
lesen nelayan pantai yang telah dikeluarkan dan berapakah jumlah peratus nelayan yang
bekerja sepenuh masa?
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, yang ini sangat serius bagi saya berkenaan dengan
isu tanah. Baru-baru ini, masyarakat Orang Asli di Gua Musang suku Temiar dikejutkan dengan
menghalang blockade. Ini menyebabkan ia menjadi isu negara dan antarabangsa. Sebanyak
DN 8.12.2016 133
tiga blockade telah dibuat dan pada 29 hari bulan, mereka telah ditahan, seramai 54 Orang Asli
telah ditahan dan direman di dalam Balai Polis Gua Musang.
Saya melihat masyarakat Orang Asli yang telah diberi Notis pada 6 November ini tidak
dapat membuat satu persetujuan bersama dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Tindakan punitif
menggambarkan keegoan kuasa Kerajaan Kelantan dan juga Jabatan Hutan. Saya berharap
Jabatan Hutan lebih empati, bukan simpati tetapi lebih empati kepada masyarakat Orang Asli.
Masyarakat Orang Asli telah duduk lama di dalam hutan dan kadang-kadang banyak
berlaku hutan simpan yang diwartakan meliputi kawasan-kawasan Orang Asli yang telah duduk
dalam kawasan hutan simpan. Masyarakat Orang Asli Kelantan merupakan masyarakat Orang
Asli yang paling ketinggalan di Malaysia. Tahap kemiskinan, keciciran pendidikan yang paling
tinggi. Itulah saya berharap kepada ihsan dan kasihan kepada Kerajaan Negeri Kelantan
terhadap Orang Asli.
Kes di Gua Musang ini bagaikan berebut penjagaan anak. Kerajaan Kelantan
mempunyai hak ke atas pengurusan hutan tetapi Orang Asli juga mempunyai hak untuk
menjaga kepentingannya dan menjaga juga hutan. Walhal, kawasan hutan itu menjadi sumber
air, sumber makanan, sumber herba dan kelangsungan hidup masyarakat Orang Asli serta
penampan kepada banjir.
Mengapakah kita tidak berhemah sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, “Serulah
manusia kepada kebajikan dengan hikmah dan bijaksana”? Kisah bagaimana Arab Badwi
kencing di dalam masjid, bagaimana Rasulullah menegur orang Arab Badwi dan menegur para
sahabat yang marah ketika itu. Kes yang berlaku disebabkan sebagaimana simpulan bahasa
‘tarik rambut di dalam tepung, tepung tidak berselerak, rambut tidak putus’, peribahasa ‘kera di
hutan disusukan, anak di rumah kelaparan’.
■1920
Orang Asli tidak perlu sampai ditahan dan di reman. Kalau ada penghasut, sepatutnya
penghasut itu yang ditahan dan di reman. Bukannya Orang Asli. Saya juga menyeru
masyarakat Orang Asli Gua Musang terutamanya yang menyertai pihak Jaringan supaya lebih
berdiplomasi, elakkan konfrontasi kerana kita mencari satu resolusi yang win-win situation
ataupun keadaan menang-menang. Jangan diketepikan peranan Tok Batin, JKK, JAKOA dan
juga Yang Berhormat setempat. Konflik yang berlaku di Gua Musang juga menyerlahkan...
Datuk Dr. Lucas bin Umbul: Mohon mencelah.
Tuan Isa bin Ab Hamid: Ya silakan.
Datuk Dr. Lucas bin Umbul: Saya sedih mendengar suara aspirasi rakan kita daripada
kaum Orang Asli. Sepatutnya saya hanya bertanya kepada Yang Berhormat adakah Yang
DN 8.12.2016 134
Berhormat setuju agar kerajaan mewartakan kawasan-kawasan Orang Asli sebagai rizab
masyarakat Orang Asli dan Tok-Tok Batin diberi peranan dalam mengawal dan merancang
pembangunan di kawasan-kawasan rizab berkenaan? Apakah pendapat Yang Berhormat?
Terima kasih.
Tuan Isa bin Ab Hamid: Saya sangat setuju pandangan Yang Berhormat tadi. Inilah
sepatutnya bahawa kawasan-kawasan Orang Asli sepatutnya diwartakan dan dirizabkan.
Namun apa yang berlaku di Kelantan tidak ada enakmen tanah rizab. Oleh sebab itu
berlakunya pengambilan tanah. Walaupun sebelum ini Kerajaan Barisan Nasional yang
memerintah tetapi tidak berlaku pengambilan, menggondolkan tanah yang luas di kawasan-
kawasan Orang Asli. Diharap Tok Batin mempunyai kuasa dan peranan yang lebih besar diberi
untuk merancang pembangunan tanah di kawasan masyarakat Orang Asli.
Apa yang berlaku di Gua Musang, konflik yang besar ini menyerlahkan banyak pihak
yang mengambil kesempatan. Banyak pihak yang menangguk di air keruh. Ada bagaikan
musang berbulu ayam. Ada bagaikan anjing menyalak bukit. Ada bagaikan ayam jantan
berkokok, ekor penuh tahi.
Kita berharap kerajaan Kelantan dapat mencontohi kepimpinan Kerajaan Pahang di
bawah Dato’ Seri Diraja Haji Adnan bin Haji Yakob telah bertolak ansur tiga kes pembalakan di
Temerloh dipindahkan ke kawasan lain dan sebuah lokasi di Kampung Lubuk Perah
diselesaikan dengan 500 ekar diberi kepada kawasan Orang Asli.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari
kerana telah membuka ruang dan kerjasama saya untuk bertemu kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Kelantan untuk menyelesaikan masalah-masalah tanah dan
pewartaan bagi kawasan Orang Asli. Saya berharap perkara ini dapat dibantu oleh JAKOA
untuk menyelesaikan perkara ini. Dicadangkan juga kepada kerajaan Kelantan untuk
mewujudkan dasar pewartaan tanah dan melaksanakan dasar pemberimilikan dan juga boleh
kalau perlu melaksanakan satu konsep geran komunal sebagaimana tanah adat di Sabah dan
Sarawak.
Pertanyaan saya kepada JAKOA, berapakah jumlah kampung Orang Asli dan tanah
Orang Asli yang telah diluluskan oleh MMK ataupun kerajaan yang belum diukur? Ini juga
soalan seterusnya supaya kerajaan menyatakan status tindakan yang telah diambil oleh
Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan bagi melaksanakan syor yang dicadangkan dalam
inquiry SUHAKAM berkaitan tanah masyarakat Orang Asli Semenanjung. Begitu juga soalan
yang ketiga bolehkah JPM dan pihak kerajaan menyatakan status Jawatankuasa Penyelesaian
DN 8.12.2016 135
Tanah Orang Asli yang telah di tubuh dan adakah penglibatan profesional orang Asli dalam
jawatankuasa tersebut.
Akhir sekali saya menutup. Terlebih dahulu saya minta maaf sekiranya pembentangan
perbahasan ini banyak menyinggung mana- mana pihak terutamanya Kerajaan Kelantan dalam
isu tanah masyarakat Orang Asli dan kementerian-kementerian yang akan menjawab soalan-
soalan ini. Yang baik daripada Allah, yang lemah itu daripada kelemahan saya. Saya dengan ini
menutup dengan tiga buah pantun.
Apa guna berkain baju, Kalau tidak dengan coraknya,
Apa guna negara kita maju, Kalau Orang Asli terabai di negaranya.
Limau purut lebat di pangkal,
Tanam getah di atas bukit, Hujan dan ribut dapat ku tangkal,
Orang Asli yang susah menjadi penyakit. Damar kelulut damar seraya,
Letak dalam hujung perahu, Salah dan silap maafkan saya,
Sebab kita selalu silap dan keliru.
Dengan ini saya menyokong bajet Rang Undang-undang Perbekalan 2017. Sekian.
Assalamualaikum.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Datuk Zali
bin Mat Yasin.
7.25 mlm
Datuk Zali bin Mat Yasin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan
mengambil masa yang lama.
Tuan Yang di-Pertua : Terima kasih.
Datuk Zali bin Mat Yasin: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Jadi saya bangun untuk membahaskan usul bajet Rang Undang-undang Perbekalan
2017 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Oktober 2016 yang
lalu. Menerusi pembentangan bajet berkenaan kita dapat lihat berbagai-bagai inisiatif yang telah
pun diberikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk. Saya yakin bukanlah satu harapan tapi ia
DN 8.12.2016 136
satu kepastian yang akan dilaksanakan kerajaan untuk memelihara kehidupan rakyat. Namun
bak kata orang, pahit itu penawar. Keadaan ini pasti akan berakhir dengan kegembiraan suatu
hari nanti dan yang penting langkah berjimat cermat di kalangan rakyat wajar dipertingkatkan
bagi memastikan kehidupan seharian kita tidak terjejas.
Jadi saya terus pergi dengan soal pendidikan. Saya dan bagi rakan-rakan khususnya
golongan pendidik, ibu bapa dan juga masyarakat amat berterima kasih kepada kerajaan
kerana sentiasa memberi perhatian terhadap soal pendidikan yang mana kalau kita lihat banyak
bajet yang menyentuh mengenai soal pendidikan daripada peringkat sekolah, peringkat
pendidikan dan ibu bapa sehinggalah bantuan kepada anak-anak kita di sekolah.
Namun begitu saya ada beberapa persoalan yang harus dijawab oleh pihak
kementerian. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang bantuan guaman
untuk guru-guru. Ini saya minta supaya pihak kementerian, mereka harus melihat perkara ini
sebagai perkara yang amat penting kerana bantuan guaman kepada guru-guru amat penting
kerana sejak kebelakangan ini banyak kes yang berlaku yang melibatkan guru-guru didakwa
oleh ibu bapa kerana perkara-perkara yang kita fikir tidaklah seteruk mana sekalipun. Akan
tetapi disebabkan perbuatan verbal seorang guru itu menegur seorang pelajar, tetapi akibatnya
pelajar tersebut balik mengadu kepada ibu bapa dan akhirnya ia dijadikan sebagai kes polis dan
dibawa ke mahkamah.
Jadi saya lihat perkara ini amat serius kerana guru-guru seharian mereka terdedah
kepada unsur-unsur yang boleh menyebabkan mereka ini didakwa, dilaporkan di balai polis dan
dibawa ke mahkamah. Jadi saya harap pihak kementerian dapat mengambil perkara ini dengan
lebih prihatin. Kalau boleh bantuan guaman ini diadakan bukan hanya di peringkat Pusat tetapi
bantuan guaman ini juga di peringkat negeri ataupun di peringkat PPD.
Jadi seterusnya saya ingin menyentuh mengenai soal baru-baru ini kerajaan melalui
National Blue Ocean Strategy telah pun mengambil inisiatif untuk menjadikan sembilan IPG
yang terdapat di seluruh negara untuk ditukar menjadi Politeknik dan juga Kolej Vokasional.
Jadi saya, ini berkaitan dengan soal negeri Melaka. Di Melaka kita ada sebuah Institut
Pendidikan Guru- Kampus Perempuan Melayu Melaka yang mana IPG Perempuan Melayu
Melaka ini amat sinonim dengan guru-guru khususnya guru-guru Melayu yang mana IPG ini
telah pun beroperasi sejak tahun 1935. Sudah hampir 70 tahun. Jadi kita mengharapkan
supaya IPG ini tidak ditukar status namanya ke “Politeknik”, ataupun “Kolej Vokasional”. Kita
mengharapkan pihak kementerian, KPT agar dapat mengekalkan nama Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka kerana ini sangat sentimental value khususnya
kepada pejuang-pejuang pendidik, khususnya guru-guru Melayu yang sejak dulu mendidik.
DN 8.12.2016 137
Sampai hari ini mereka telah pun menjadi ibu kepada kita. Jadi saya harap kita dapat, pihak
kementerian dapat mengekalkan IPG Melaka ini.
Kemudian yang kedua, berkaitan dengan kewujudan Akademi Laut Malaysia (ALAM) di
Kuala Sungai Baru, Melaka. Melaka bersyukur kerana baru-baru ini kita juga mendapat
investment daripada negara China bahawa pelaburan berjumlah hampir RM30 bilion yang
syarikatnya Power China International Group United ataupun Power China akan melabur
sebanyak RM30 bilion di negeri Melaka yang melibatkan kewujudan pelabuhan ataupun
pelabuhan laut dalam. Ini secara tidak langsung akan memperkasakan industri Maritim
khususnya di Melaka, secara tidak langsung di seluruh negara.
■1930
Jadi kalau kita lihat bahawa kalau kewujudan investment ini RM30 bilion berkenaan
dengan maritim pelabuhan laut dalam di negeri Melaka, jadi kita mencadangkan pihak
Kementerian Pengajian Tinggi ataupun kementerian yang berkaitan, kita ada sebuah akademi
laut Melaka yang terletak di Kuala Linggi.
Kita mencadangkan supaya Akademi Laut Melaka ini dinaikkan taraf menjadi sebuah
universiti cadangan kita kerana pada masa akan datang secara tak langsung akan kos ataupun
yang berkaitan dengan perkapalan ataupun juru ukur laut, hidrografi, perikanan, penyediaan
mesin dan enjin kapal, mekanik, kejuruteraan, enjin mesin dan sebagainya, kos-kos ini dapat
diadakan di Akademi Laut Melaka tersebut kalau ditukar statusnya kepada universiti. Ini secara
tak langsung akan dapat menggalakkan ramai lagi orang-orang muda khususnya bumiputera
Melayu dan juga rakyat Malaysia untuk mereka berkecimpung dalam dunia maritim. Jadi ini
cadangan kita.
Kemudian yang ketiga ialah berkaitan dengan di Melaka kita baru-baru ini di bawah
Kementerian Kerja Raya, menerusi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mereka telah
mengesahkan bahawa Pasar Besar Melaka Central di Melaka sebagai tak selamat berikutan
berlaku mendapan tanah di kawasan tersebut. Justeru kerajaan di Melaka sudah mengarahkan
semua, ada 342 orang peniaga di situ untuk berpindah segera di lokasi sementara.
Jadi kalau kita lihat amat daif sekali kerana mereka terpaksa mendirikan khemah-
khemah 20 x 20, ada 18 x 18 dan sebagainya, kerana peniaga-peniaga ini tidak dibenarkan
berniaga di dalam bangunan tersebut kerana pada bila-bila masa sahaja bangunan tersebut
berisiko untuk runtuh kerana mendapan tersebut. Jadi sejumlah RM50 juta telah pun dijanjikan
dan diperlukan bagi membina semula pasar baru itu. Jadi pembinaan itu sekali gus akan
memberi manfaat kepada golongan peniaga yang hanya mencari rezeki menerusi perniagaan di
DN 8.12.2016 138
situ. Jadi, diharapkan kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya dapat mempertimbangkan
permohonan tersebut.
Seterusnya, saya hendak sentuh berkenaan dengan orang muda iaitu belia. Ia dekat di
hati saya. Kalau kata Yang Berhormat Shahanim, memperjuangkan masalah gelandangan, bagi
saya isu orang muda ataupun belia ini juga amat penting pun telah disentuh oleh Yang
Berhormat Senator Azwan Bro. Jadi di sini dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, saya melihat bahawa bajet berkenaan dengan belia
tidak ada. Apa yang ada hanya berkenaan dengan sukan yang mana peruntukan sebanyak
RM1.2 bilion diperuntukkan untuk pembangunan sukan dan sebanyak RM450 juta
diperuntukkan untuk Sukan SEA pada tahun hadapan tetapi tidak disebut sedangkan
kementerian tersebut namanya Kementerian Belia dan Sukan.
Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana menteri yang ada terlalu hebat
kerana dengan program Fit Malaysia kerana menteri tersebut juga adalah boss saya, boss
kepada Azwan Bro. Jadi dengan Fit Malaysia dan program-program Hari Sukan Negara
termasuklah program sempena Hari Belia Negara dan sebagainya amat hebat. Cuma di sini
saya ingin memperjuangkan nasib persatuan-persatuan belia yang ada di luar sana kerana kita
sedia maklum bahawa ada hampir lebih kurang 6,000 ke-7,000 buah persatuan belia yang ada
di luar sana yang dinaungi oleh Majlis Belia Malaysia kerana mereka ini, anak-anak muda ini
yang merangkumi hampir lebih daripada 40 peratus daripada mereka ini, orang muda ini akan
menjadi pengundi kepada kita. Mereka ini kebanyakannya berada dalam persatuan-persatuan
belia yang ada di luar sana.
Jadi diharapkan pihak Kementerian Belia dan Sukan boleh mengambil inisiatif untuk
melihat kembali apakah bantuan yang boleh diberi kepada persatuan-persatuan belia yang ada
supaya mereka dapat melaksanakan program di peringkat akar umbi dan juga memperkasakan
ahli belia dan juga persatuan belia. Yang ini saya mohon supaya pihak kementerian dapat
mengambil perhatian yang serius tentang perkara ini. Jadi setakat itu sahaja Tuan Yang di-
Pertua, janji saya tak lebih daripada 10 minit. Jadi, dengan ini satu sahaja pantun.
Anak haruan lima, lima, Di dalam kolah tempat peliharaannya, Budi tuan kami terima, Hanya Allah sahaja yang membalasnya.
DN 8.12.2016 139
Terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun
Abdul Razak kerana telah pun membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2017.
Dengan ini saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Mariany
binti Mohammad Yit. Silakan.
7.35 mlm.
Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang dan peluang mengambil bahagian dalam
perbahasan rang undang-undang perbekalan ini. Juga tahniah kepada enam Ahli Dewan
Negara yang baru angkat sumpah, selamat menjalankan tugas.
Pertama sekali saya bagi pihak warga Wilayah Persekutuan ingin merakamkan ucapan
menjunjung kasih pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Almu'tasimu Billahi
Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang bakal
menamatkan perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong pada 12 Disember 2016 ini.
Saya juga menzahirkan rasa syukur dan amat bangga kerana sepanjang tempoh
perkhidmatan Baginda, telah banyak perubahan dan pertumbuhan ekonomi negara. Moga-
moga berkat kesungguhan dan keprihatinan Baginda berdua, negara kita khususnya Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur terus makmur.
Saya juga amat bersyukur dan menaruh kepercayaan dan sokongan kepada Kerajaan
pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak kerana amat
bersungguh-sungguh membangunkan negara walaupun dalam keadaan kita dilanda masalah
penguncupan ekonomi dan kekangan harga komoditi yang tidak stabil.
Tuan Yang di-Pertua, pada kebiasaannya dalam ucapan perbahasan bajet saya pada
Rang Undang-undang Perbekalan terdahulu saya menyampaikan perbahasan secara
komprehensif merentasi pelbagai kementerian demi kemakmuran negara.
Saya juga ada membuat teguran kepada jabatan-jabatan kerajaan dan badan berkanun
agar lebih responsif dan berintegriti kerana kerajaan yang ada pada hari ini merupakan
kerajaan yang memberikan khidmat kepada rakyat dan rakyat jugalah menjadi pemilih kepada
kerajaan yang ada sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, pada bajet kali ini, fokus saya hanya pada lima perkara iaitu:
(i) isu keselamatan sempadan;
DN 8.12.2016 140
(ii) insentif pelarasan cukai pendapatan individu;
(iii) kecekapan jabatan, agensi atau syarikat berkaitan kerajaan memberikan
pendapatan atau pulangan pelaburan kepada kerajaan;
(iv) kecekapan pengurusan tanah dan hak milik strata dan sistem kadaster
tanah di Wilayah Persekutuan dan seluruh negara;
(v) sistem bekalan air bersih Wilayah Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, aspek kawalan sempadan merupakan komponen penting benteng
kedaulatan negara dan memastikan ketirisan subsidi atau aktiviti penyeludupan dikekang
sepenuhnya.
Berdasarkan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri pada sesi
Dewan Negara pada 5 Disember lepas, saya ingin mendapatkan penjelasan yang lebih
komprehensif berhubung dengan keseriusan agensi kawalan sempadan:
(i) mengawal parameter sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang
ketirisan barangan subsidi seperti minyak masak dan produk petroleum
atau LPG gas;
(ii) penyeludupan rokok dan hasil tembakau dan arak yang mengurang
sebanyak RM1.7 bilion cukai yang sepatutnya dikutip kerajaan;
(iii) penyeludupan dan mengekang kemasukan pengganas secara haram;
(iv) program bersama Angkatan Tentera Malaysia bagi menyekat
pencerobohan sempadan yang tidak mempunyai pos kawalan AKSEM.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana cekap dalam
meningkatkan hasil kutipan cukai pendapatan individu. Namun demikian, saya memohon agar
had pelepasan cukai individu dan kadar-kadar pelepasan yang masih lagi rendah berbanding
perbelanjaan sebenar diberikan perhatian oleh LHDN.
■1940
Ini sebagai keadilan kerana apabila GST dilaksanakan, maka kadar pelepasan ini perlu
signifikan dengan kadar purata sebenar perbelanjaan yang dibuat semasa tempoh taksiran.
Sebagai mewakili penduduk Wilayah Persekutuan, saya mohon agar kos taska dan jagaan
anak-anak diberi nilai back-to-back dengan pembayaran dibuat oleh pembayar cukai, terutama
kepada kumpulan M40 kerana kos taska dan jagaan anak-anak amatlah tinggi di Lembah
Klang. Juga had pelepasan cukai yang hanya RM2,000 seorang bagi anak di bawah 18 tahun
perlu dilihat semula.
Di sini, bila menyentuh tentang taska dan jagaan anak-anak, saya juga ingin memberi
komen tentang di mana ada wakil Yang Berhormat dari Perak yang menyatakan bahawa
DN 8.12.2016 141
sekolah-sekolah KEMAS ini tidak bagus iaitu ada pelajar, kanak-kanak yang dimasukkan oleh
Yang Berhormat Siti Aishah, di mana dua tahun di dalam kelas KEMAS masih tidak boleh
membaca.
Saya ingin menyampaikan pengalaman diri saya iaitu saya ada anak angkat di Kulim,
saya letak satu tahun dalam kelas KEMAS dan selepas itu dia di pra-sekolah. Dalam tempoh
tiga bulan di pra-sekolah, dia boleh membaca. Saya kira kanak-kanak yang dimaksudkan oleh
Yang Berhormat Siti Aishah ini mungkin perlu pemeriksaan yang lebih lanjut kerana mungkin
dia tidak mengenal abjad huruf kerana mungkin dia dyslexia. Jadi, mungkin itu masalahnya,
bukan masalah KEMAS atau guru-guru KEMAS. Saya menyokong pandangan daripada Yang
Berhormat rakan saya, Yang Berhormat Azizah tadi.
Seterusnya, menyentuh mengenai perolehan pendapatan dan pulangan pelaburan oleh
jabatan kerajaan dan GLC dan GLIC. Saya menggesa pertama, kerajaan memperkenalkan
cukai atas keuntungan yang dibuat bagi transaksi jualan di bawah pendaftaran istimewa atau
nombor plat unik kenderaan di pasaran sekunder. Saya lihat pada masa kini, kerajaan belum
mendapat manfaat atas pasaran penjualan semula nombor plat istimewa di pasaran sekunder
yang saya kira bakal memberikan pendapatan signifikan kepada pendapatan negara.
Kedua, kerajaan perlu melihat semula pulangan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan
agar ia memberikan nilai setara dan setimpal dengan pelaburan awam yang dibuat. Mengambil
contoh rangkaian Hotel Seri Malaysia pada perkara 75232, anggaran pendapatan kerajaan
hanya RM68,829 keuntungan sahaja diperoleh. Sedangkan rangkaian hotel ini berada di lokasi
strategik pusat pelancongan dan bandar raya di seluruh negara. Oleh yang demikian, saya
memohon kerajaan memberikan perhatian khusus agar Hotel Seri Malaysia ini distrukturkan
semula pengurusannya dan daya saing atau prospek perniagaannya pada 2017.
Ketiga, saya juga mohon agar kerangka daftar hak milik hartanah atau hak milik strata
oleh non-resident diberikan perhatian khusus. Oleh sebab pada masa ini hasil cukai pegangan,
withholding tax, dengan izin, keuntungan sewaan hartanah ini yang diperoleh oleh non-resident
tidak dapat dikutip atau kita gagal membuktikan berapakah unjuran jumlah pendapatan
daripada segmen ini.
Cadangan saya, perolehan sewa daripada hartanah di Malaysia oleh non-resident
hendaklah dikenakan cukai. Keempat, kutipan kompaun atau saman trafik kenderaan milik
warga asing seperti Singapura dan Thailand yang mana jumlah tunggakan adalah besar.
Mohon kerajaan sama ada JPJ atau PDRM memberikan jumlah tunggakan tertinggi kompaun
dan saman trafik ini. Apakah usaha jabatan berwajib untuk mengutip saman-saman ini? Bagi
memastikan pertumbuhan sektor hartanah supaya lebih cekap, saya memohon agar
DN 8.12.2016 142
pengurusan e-Tanah dan hak milik strata di Wilayah Persekutuan diperkasakan agar
kecekapan transaksi urus niaga dan pindah milik atau daftar cagaran hartanah lebih efisien dan
tidak membebankan pengguna.
Oleh itu, saya mohon Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperincikan pelan
strategik kementerian dalam pengurusan e-Tanah, hak milik strata, e-Kadaster, Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia dan sistem maklumat guna tanah agar ia dapat membantu
mempercepatkan perancangan pembangunan oleh pihak awam dan swasta.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kecekapan sistem bekalan air di Wilayah Persekutuan
perlu diberikan perhatian sewajarnya. Pergantungan kepada sumber air mentah Selangor
benar-benar meresahkan warga Wilayah kerana kita berbeza kerajaan. Oleh itu, saya
memohon mencadangkan agar Wilayah Persekutuan membuat inisiatif mendapatkan sumber
air mentah dari bawah tanah dan sumber air Tasik Putrajaya untuk dijadikan sumber air bagi
bekalan loji rawatan air di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ini akan mengurangkan episod gangguan air yang meresahkan rakyat di Wilayah
Persekutuan. Oleh itu, saya menggesa kerajaan mempercepatkan kajian kebolehlaksanaan dari
sudut ekonomi agar masalah sumber air di Wilayah Persekutuan dimuktamadkan. Saya juga
berharap dengan peningkatan BR1M ke RM1,200, pengenalan bas sekolah percuma di Kuala
Lumpur dan projek perumahan sewa milik DBKL akan membantu menyejahterakan rakyat
Wilayah Persekutuan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang
Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil
kesempatan di sini bagi merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang
Berhormat Jemaah Kabinet, terutama Yang Berhormat Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri
Wilayah Persekutuan juga Pengerusi Perhubungan Wilayah Persekutuan, Tan Sri Shahrizat
yang menjadi jaguh menjuarai pencapaian wanita 30 peratus di peringkat pembuat dasar. Tuan
Yang di-Pertua yang saya kagumi, yang baru ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah, di
mana selaku Vice President MIC telah menganjurkan khidmat percuma kepada warga emas, di
mana khidmat transport percuma kepada warga emas yang memerlukan rawatan hospital dan
rawatan susulan, syabas atas usaha yang murni ini.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Kepada Timbalan Yang di-Pertua adalah
otai dan senior saya di Wilayah Persekutuan yang saya kenali sebelum ini sebagai cikgu Halim,
sekarang Timbalan Yang di-Pertua, warga Parlimen dan seluruh pegawai dan penjawat awam
DN 8.12.2016 143
yang terlibat yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang tempoh perkhidmatan
saya sebagai Ahli Dewan Negara bermula 15 Disember 2010 dan bakal berakhir pada 14
Disember 2016 iaitu satu tarikh dengan- kadang-kadang saya kata kita pasangan kembar Siam
tetapi tidak seiras.
Kami mula mengangkat sumpah bersama dan diletakkan di dalam Dewan ini dari
Dewan lama di sana ke sini sebelah menyebelah dan kita asyik berkongsi nota. Kadang-kadang
dia baca ucapan saya, kadang-kadang saya baca ucapan dia dan minta komen. Itulah
bagaimana akrabnya kami selama enam tahun ini.
Untuk itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Boon yang menjadi
rakan karib saya dan saya mohon maaf sekiranya ada salah silap atau gurau senda saya yang
mungkin tidak disenangi oleh Yang Berhormat Datuk Seri Boon. Di sini juga saya mohon maaf
di atas segala kesulitan atau kekhilafan yang telah saya lakukan secara sengaja atau tidak
sengaja.
Berbalik kepada bajet, saya yakin dan percaya dengan terlaksana semua program dan
perancangan dalam Bajet 2017 ini, maka kemakmuran negara akan dapat dikekalkan dan
rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera. Saya ada pantun pesanan akhir
saya.
Menanam ubi bersama nangka, Tumbuhan warisan di atas dahan, Baik budi dan baik sangka, Baik pekerti jadilah teladan. Saya mohon menyokong.
■1950
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang Yang Berhormat Puan
Bathmavathi Krishnan. Silakan.
7.50 mlm.
Puan Bathmavathi Krishnan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya
ruang dan peluang untuk turut menyertai perbahasan Bajet 2017 yang telah pun dibentangkan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 21 Oktober 2016 lalu.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada enam orang Yang Berhormat Senator baru
yang dilantik pada hari Isnin. Saya juga turut mengucapkan tahniah pada Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
kerana kegigihan baginda memerintah negara Malaysia bagi penggal kedua sebagai Yang di-
DN 8.12.2016 144
Pertuan Agong. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada
Yang di-Pertuan Agong dan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri
Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak kerana melantik saya sebagai Senator bagi Penggal Kedua
pada 18 November 2016.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan saya dengan mengucapkan juga
tahniah kepada atlet-atlet OKU negara yang telah menunjukkan satu prestasi yang sungguh
membanggakan, yang telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia juga. Pencapaian cemerlang
ini oleh Mohamad Ridzuan Puzi yang telah mencipta satu rekod Paralimpik baru bagi acara 100
meter kategori T36 dengan mencatatkan masa 12.07 saat di Rio, di Sukan Paralimpik 2016.
Kepada Ziyad Zolkefli yang telah memecahkan rekod dunia dengan lontar peluru bagi kategori
F20 dengan lontaran sejauh 16.84 meter dan bagi Abdul Latif Romli bagi acara lompat jauh
yang telah mencatatkan rekod baru dunia juga, 7.06 meter bagi kategori T20.
Tuan Yang di-Pertua, reaksi seluruh rakyat Malaysia mereka amat kagum dan mereka
terpegun. Mereka ada yang tidak percaya bagaimana atlet-atlet Malaysia ini boleh mencapai
prestasi yang begitu cemerlang. Mereka tertanya-tanya, betul kah ini? Reaksi ini menunjukkan
cabaran kepada persepsi negatif masyarakat umum terhadap OKU. Saya selepas menganalisis
mengapa ini berlaku, saya telah mendapati ada beberapa faktor yang telah menyumbangkan
kepada prestasi cemerlang ini .
Pertama, mereka sebagai OKU telah diberi peluang oleh Kementerian Belia dan Sukan
khususnya oleh Majlis Sukan Negara untuk menyertai Program Latihan Atlet Elit mulai tahun
2007.
Kedua, kepercayaan MSN terhadap atlet OKU ini bahawa mereka juga boleh menyerlah
dalam mencapai target dalam bidang sukan dan acara yang dipilih oleh mereka sekiranya diberi
dorongan yang betul dan cukup. Ketiga, disediakan rancangan latihan yang terperinci di mana
jurulatih telah memberi pengorbanan yang paling bagus dalam menyediakan atlet-atlet ini.
Keempat, daya usaha atlet OKU itu sendiri dalam sedia dan rela menjalani latihan intensif
mengorbankan masa dan tenaga demi negara.
Tuan Yang di-Pertua, ada satu pengajaran yang penting daripada isu ini, daripada
peristiwa ini. Kita dapat rumuskan ialah kalau kita beri peluang dan kalau kita ada kepercayaan
dan diberikan dorongan daripada segi menyediakan persekitaran dan kemudahan yang
bersesuaian bagi golongan OKU, mereka juga boleh mencapai tahap yang tertinggi dan
termampu bagi mereka. Mereka ini akan menjadi penyumbang kepada pembangunan negara
dan bukan lagi dilihat hanya sebagai penerima bantuan kebajikan.
DN 8.12.2016 145
Tuan Yang di-Pertua, biarkan saya unjurkan situasi ini kepada suatu bidang lain iaitu
pekerjaan bagi orang kurang upaya. Kita tahu yang ramai graduan OKU telah keluar dari IPTA
dan IPTS di negara ini. Akan tetapi kadar pengangguran di kalangan OKU ini adalah sangat
tinggi. Ini bukan kerana tidak ada kerja untuk mereka. Ini bukan kerana mereka tidak boleh
bekerja tetapi disebabkan sikap bakal majikan, sikap orang ramai, sikap orang pembuat
keputusan, pembuat undang-undang dan pembuat polisi semua kurangnya keyakinan terhadap
mereka.
Akan tetapi saya hairan, mengapa kalau mereka diberi peluang untuk masuk TASKA,
untuk masuk sekolah rendah, sekolah menengah, sampai ke menara gading, mereka boleh
dengan keyakinan diri sendiri, mengharungi pelbagai cabaran dan boleh capai suatu
pencapaian yang sangat tinggi daripada segi akademik. Mengapakah harus kita meragui
kebolehan mereka? Jadi rintangan yang paling kuat dan yang paling besar dihadapi oleh OKU
dalam bidang pekerjaan ini sikap bakal majikan. Jadi saya menyeru bakal majikan terutamanya
pihak kerajaan dan juga pihak swasta supaya membuka minda mereka seperti mana yang telah
dilakukan oleh atlet-atlet kami ini.
Mereka atlet-atlet ini- saya menganggap mereka sebagai duta perubahan minda
masyarakat. Jadi saya harap pihak SPA akan menyediakan dan mengambil graduan-graduan
ini untuk berkhidmat dengan kerajaan dan juga kepada SPP supaya menawarkan peluang-
peluang kepada graduan-graduan OKU ini untuk diambil bekerja dalam profesion perguruan.
Sentuh sedikit mengenai pendidikan. Di dalam Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016 –
2022, selain daripada tiga jenis persekolahan yang disediakan bagi kumpulan OKU, iaitu
sekolah integrasi, sekolah inklusif dan sekolah khas juga disediakan perkhidmatan sokongan
pembelajaran alternatif seperti home schooling. Ini adalah bagi murid berkeperluan khas yang
diperakui tidak berupaya menghadiri sekolah tetapi mereka boleh mengikuti pembelajaran dari
rumah dengan menggunakan IT.
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan. Apakah langkah-langkah yang
telah diambil atau pun persediaan yang telah dibuat untuk membolehkan murid-murid di bawah
golongan ini untuk memulakan home schooling dari rumah? Berkaitan juga dengan pendidikan
OKU penglihatan, saya ingin bertanya khusus kepada Bahagian Buku Teks Kementerian
Pendidikan. Adakah bahagian ini telah menyediakan kesemua buku teks yang diperlukan dalam
bentuk braille bagi pelajar-pelajar OKU penglihatan sekolah yang akan mula sesi mereka bagi
tahun depan pada Januari?
Saya juga ingin tahu berapakah pelajar OKU penglihatan yang kini ada di sekolah
rendah dan apakah cara-cara yang digunakan dan saluran-saluran yang digunakan untuk
DN 8.12.2016 146
menyediakan bukan sahaja buku-buku teks braille tetapi juga perkhidmatan sokongan bagi
mereka di sekolah.
■2000
Menyentuh tentang peralihan daripada pendidikan ke alam pekerjaan, saya juga ingin
menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengadakan kaunseling kerjaya dan kursus
persediaan melangkah ke alam pekerjaan bagi siswazah OKU yang sudah tamat pengajian
mereka di IPT. Kursus persediaan ini telah pun diperkenalkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaya sejak tahun 2015. Jadi saya menyeru kepada Kementerian Pendidikan Tinggi
supaya mengambil ini sebagai contoh untuk juga diperkenalkan kepada IPTA-IPTA lain.
Saya ingin juga menyentuh tentang aspek pengangkutan. Saya mengucapkan tahniah
kepada pihak kerajaan kerana menyediakan sistem pengangkutan yang canggih untuk
keselesaan rakyat.
Akan tetapi, apabila kita lihat ataupun dengar rungutan-rungutan daripada masyarakat
umum dan juga daripada kalangan OKU, didapati bahawa agensi-agensi kerajaan yang
menyediakan dan memberi perkhidmatan pengangkutan awam kepada OKU tidak begitu
memberikan perhatian kepada sama ada SOP yang disediakan oleh mereka itu dipatuhi atau
tidak oleh kakitangan mereka on the ground, dengan izin.
Berkaitan dengan ini, saya ingin menanyakan sama ada bagi perkhidmatan kereta api
KL Sentral ke Padang Besar yang telah dimulakan, yang telah dilancarkan pada bulan April
tahun ini, adakah audit akses telah dibuat untuk memastikan bahawa kesemua stesen kereta
api di sepanjang laluan ini merangkumi reka bentuk mesra OKU dan mempunyai kemudahan-
kemudahan yang menepati piawaian seperti mana yang ditetapkan? Juga, sama ada terdapat
prosedur operasi standard ataupun SOP bagi kakitangan KTM membantu penumpang OKU
khususnya mereka yang berkerusi roda yang mempunyai kekurangan fizikal dan juga OKU
cacat penglihatan iaitu proses daripada tahap mula membeli tiket, semasa menaiki tren dan
juga semasa turun di destinasi?
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Dewan ini,
berdasarkan pengalaman saya sendiri menaiki tren ETS dari KL Sentral ke Ipoh dan juga
komuter dari KL Sentral ke Rawang beberapa kali dan juga berdasarkan maklum balas yang
didapati oleh rakan-rakan OKU saya, saya mendapati bahawa langsung tidak ada bantuan yang
dihulurkan oleh kakitangan KTMB di stesen-stesen KTMB tersebut.
Tambahan pula, kita tahu beberapa insiden kemalangan telah berlaku yang melibatkan
tren di mana terdapat tren yang telah tergelincir daripada landasan dan juga langgar gerabak
lain. Ini menyebabkan perkhidmatan tren itu tergendala. Semasa perkara ini berlaku, bagi
DN 8.12.2016 147
penumpang lain, pengangkutan alternatif disediakan di mana bas akan mengangkut mereka ke
destinasi lain ataupun ke stesen lain di mana mereka boleh menyambung perjalanan mereka.
Akan tetapi, bagi OKU, ia susah sedikit sebab bas yang digunakan itu tidak ada kemudahan
untuk berkerusi roda menaikinya dan mereka tersesat dan perlu memanggil ahli keluarga
mereka ataupun mengeluarkan duit mereka sendiri untuk menaiki teksi untuk meneruskan
perjalanan. Jadi saya harap pihak KTMB akan menyediakan sebuah pelan untuk menangani
masalah ini pada masa hadapan.
Juga menyentuh tentang perkhidmatan bas. Berdasarkan pengamatan saya sendiri dan
juga aduan-aduan yang didapati daripada warga OKU, didapati bahawa perkhidmatan bas
RapidKL ini semakin merosot. Ini saya boleh bagi contoh ya. Contohnya, bas mesra OKU
RapidKL telah dihentikan di beberapa buah kawasan di sekitar Kuala Lumpur mulai awal tahun
2016. Misalnya dari LRT Taman Maluri ke KL Sentral, dari stesen LRT Maluri ke Titiwangsa dan
juga Kepong ke KL Sentral. Ini telah menjejaskan kehidupan seharian OKU yang tinggal di
kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Juga, satu lagi perkhidmatan yang telah disediakan oleh RapidKL iaitu Rapid Mobility
yang merupakan van yang mengangkut OKU yang mengalami kesusahan untuk ke stesen bas.
Van ini akan pergi ke rumah mereka dan mengambil mereka untuk ke stesen ataupun bawa
mereka terus ke destinasi. Dalam bahasa Inggeris dipanggil door-to-door service. Ini juga telah
dihentikan. Mulanya tiga buah bas Rapid Mobility diperkenalkan tetapi sekarang tidak ada satu
pun yang memberi perkhidmatan ini. Ini suatu perkara yang mungkin tidak diberi perhatian oleh
Kementerian Pengangkutan langsung dan ini saya ingin membawa perkara ini, mengadu
perkara ini kepada SPAD sebab yang saya ketahui, SPAD yang mengendalikan dan
menentukan polisi dan peraturan bagi pengangkutan awam darat.
Menyentuh berkenaan bas percuma bagi membawa murid-murid sekolah dari kawasan
PPR seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Hajah Mariany terlebih
dahulu. Saya ingin mencadangkan supaya bukan sahaja ia diperkenalkan di Kuala Lumpur
sahaja, ia harus juga diperkenalkan di kawasan luar bandar. Juga, bas-bas yang mengangkut
murid-murid ini juga perlu ada kemudahan untuk memuatkan murid-murid OKU.
Dengan memberikan perkhidmatan percuma kepada murid-murid sekolah untuk
membawa mereka dari rumah ke sekolah, ada kebaikannya. Antara advantage dia ialah,
pertama, ia akan menjimatkan masa dan juga kos sara hidup bagi keluarga. Kedua, ia akan
mengurangkan kesesakan lalu lintas sebab ibu bapa sekarang menggunakan kenderaan
mereka sendiri untuk menghantar anak-anak mereka berulang-alik dari sekolah ke rumah. Ia
juga akan mengurangkan jejak karbon dan juga akan jadi lebih selamat kerana bagi keluarga
DN 8.12.2016 148
yang tidak mampu berkereta, mereka akan menggunakan motosikal untuk hantar anak mereka
dan umum mengetahui yang kita pernah lihat di mana seorang bapa akan membawa seramai
tiga orang anak dengan menghantar mereka ke sekolah dengan menggunakan sebuah
motosikal.
Jadi, beralih kepada perkara lain. Saya ingin menyentuh mengenai perkara GST. Dalam
perbahasan-perbahasan saya yang lalu, saya telah menyeru kepada pihak kerajaan supaya
memberi pengecualian GST kepada barang-barang yang dibeli oleh OKU, barang-barang
keperluan yang diperlukan oleh OKU.
■2010
Jadi selepas beberapa perbincangan dalam pembentangan Bajet 2017 yang lalu, Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah bersetuju dan telah mengumumkan bahawa
pengecualian kepada pemegang kad OKU diberikan dengan syarat mereka membeli alat-alat
keperluan mereka dari farmasi-farmasi yang berdaftar. Jadi di sini saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi dalam proses
pelaksanaannya pula masih terdapat masalah. Kita bawa ini kepada Menteri KPWKM. Baru-
baru ini Menteri telah membuat kenyataan bahawa proses yang mengambil sembilan langkah
untuk mendapat pengecualian GST itu sekarang telah dikurangkan ke-empat steps sahaja,
yang bermakna OKU masih harus pergi ke JKM untuk mendapat borang, untuk mengesahkan
bahawa dia seorang OKU dan ulang-alik ini masih menyusahkan golongan OKU.
Di sini saya ingin tanya kepada pihak kerajaan, kalau Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS boleh digunakan untuk membeli buku,
mengapakah tidak kad OKU? Begitu juga kad OKU ini diiktiraf oleh beberapa kementerian lain.
Saya juga ingin merujuk kepada prinsip-prinsip di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan
(NBOS) di mana antara tujuan NBOS itu ialah untuk menjayakan Program Transformasi
Kerajaan (GTP) dengan membantu kerajaan mencari idea-idea kreatif dan inovatif dalam
memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat. Jadi mengapa tidak mengambil
saranan-saranan kita ini dan menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih selesa bagi orang OKU
dengan menggunakan kad sahaja.
Begitu juga antara perkara-perkara utama yang terkandung dalam NBOS itu kolaborasi
antara kementerian, jabatan dan agensi. Nampakkah kita kolaborasi di antara Kementerian
Kewangan dengan KPWKM, tidak, dengan agensi Jabatan Kastam dengan Jabatan
Pembangunan Orang Kurang Upaya, tidak. Mengapakah prinsip-prinsip NBOS ini tidak
dipraktikkan on the ground? Jadi saya harap perkara ini diambil perhatian dan keputusan
DN 8.12.2016 149
disemak semula dan dibenarkan kad OKU digunakan sebagai bukti untuk membeli alat-alat
yang tidak akan dikenakan dan selanjutnya tidak dikenakan GST.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat panjang lagi?.
Puan Bathamavathi Krishnan: Saya rasa itu saja, dengan ini saya mengucapkan
terima kasih kerana memberi peluang. Saya dengan ini menyokong Bajet 2017 ini. Terima
kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Datuk Mustapha
Kamal. Silakan.
8.14 mlm.
Datuk Mustapha Kamal bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam 1 Malaysia dan Salam Wilayahku Ceria,
sebab dari Wilayah Persekutuan Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin mengambil
kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih
pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan saya. Begitu juga terima
kasih saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib, atas
pelantikan saya juga sebagai Ahli Dewan Negara, tidak lupa juga kepada Pengerusi Badan
Perhubungan, Dato’ Tengku Adnan Tengku Mansor. Saya akan menjalankan sebaik mungkin
amanah yang diberikan dan akan berjuang untuk semua bangsa.
Walaupun saya Ketua UMNO Bahagian Seputeh, di dalam Parlimen saya Parlimen yang
tertinggi majoriti kepada pihak pembangkang. Sebanyak 85 peratus pengundi orang-orang
Cina, nak buat macam mana, Ketua Bahagian dia tidak berapa cerah walaupun dari Seputeh.
Akan tetapi hati putih, sebab saya tidak ada hasrat di dalam hati untuk menjadi Ahli Dewan
Negara untuk sebelah kaum sahaja, saya akan berjuang untuk semua kaum [Tepuk]
Sebagaimana dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita 1 Malaysia.
Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah, syabas kepada
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada 21 Oktober yang lalu telah membentangkan
satu bajet yang memeningkan kepala pihak-pihak tertentu kerana bajet ini ada tiga tema utama
iaitu:
(i) menjamin perpaduan dan pertumbuhan ekonomi;
(ii) menghemah perbelanjaan inklusif ; dan
(iii) mensejahtera kehidupan rakyat keseluruhannya
Bajet ini ditentang oleh pihak-pihak tertentu sehingga sanggup mengatakan negara ini
telah menjadi muflis, bankrap, berhutang sana sini. Apa yang penting hutang kena bayar. Kalau
DN 8.12.2016 150
hutang sikit tidak bayar itu adalah tidak baik, lebih baik berhutang tetapi yang penting kena
bayar hutang untuk maju. Peringkat awal tuduhan-tuduhan ini, saya sebelum itu belum menjadi
Ahli Dewan Negara, saya lihat mainan itu lebih kepada politik. Di mana cuba merosakkan imej
Perdana Menteri dan juga nak merosakkan imej negara kononnya negara ini sudah tenat tidak
ada duit, sanggup buat demonstrasi termasuklah pemimpin mantan pun yang sudah lupa diri,
cakap tidak serupa bikin bersama-sama dengan orang yang mengata negara akan bankrap
disebabkan belanja yang tidak betul.
Saya nak melahirkan rasa sedih dan dukacita kepada Mantan Perdana Menteri kerana
hampir separuh usia saya di bawah pentadbiran Mantan Perdana Menteri, kita belajar banyak
akhirnya saya lihat tidak sedikit pun membantu negara, membantu pada parti Barisan Nasional
dan juga UMNO di mana kerana ini parti inilah dia menjadi Perdana Menteri, dia boleh
menolong kroni-kroni dan juga anak-anak beliau.
Saya nak beritahu kepada pihak-pihak tertentu, kalau selagi jadi Ahli Dewan, ada duit
dapat claim, semua cukup jangan sekali-kali nak tuduh negara ini bankrap. Kalau tidak dapat
duit, tidak ada claim, tidak ada gaji barulah kita boleh cerita. Selagi itu ada minta maaf saya
tidak suka orang yang cakap untuk kepentingan diri. Dia lebih penting kepada kepentingan
parti-parti tertentu dan juga diri.
Jadi saya tidak berhasrat bercakap panjang Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet ini dulu
ditentang habis-habisan oleh pihak-pihak tertentu, kononnya GST, kononnya menyebabkan
keadaan negara akan lebih teruk. Hari ini kita lihat GST juga, GST adalah yang menyelamatkan
ekonomi dan juga perbelanjaan kita kerana harga petroleum turun sehinggakan Arab Saudi
sendiri pun mempraktikkan GST kerana tidak boleh tahan dengan harga minyak yang turun
sehingga paras yang mereka sendiri susah hendak kontrol.
2020
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini hendak ucapkan terima
kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan kerana bagi tambang bas percuma kepada
penghuni-penghuni rumah PPR. Ini kerana saya dilahirkan di rumah setinggan, pernah duduk di
rumah-rumah low cost flat, akhirnya saya berbangga kerana mempunyai seorang Menteri
Wilayah Persekutuan yang amat-amat prihatin kepada warga-warga yang berpendapatan
rendah. RM4,000 ke bawah, termasuklah Tuan Yang di-Pertua yang memberi perkhidmatan
percuma. Jiwa baik ini, insya-Allah kita akan dapat perkara yang baik. Kalau kita buat kerja,
kerja baik. Tuhan akan bagi kita perkara-perkara yang baik. Kalau tidak ada pada kita, kepada
generasi dan juga anak-anak kita.
DN 8.12.2016 151
Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon kepada Menteri Wilayah
Persekutuan supaya lebihkan juga perhatian kepada bahagian Seputeh walaupun ia tempat
pembangkang kerana kita punya wakil rakyat sana, batang hidung pun tidak nampak. Tidak ada
dalam kawasan selalu dan saya pernah turun di dalam sebuah kawasan rumah pangsa setinggi
12 tingkat, low cost flat membantu masyarakat Cina di sana yang mana hampir 12 bulan dua-
dua lif tidak berjalan. Terpaksa angkut air dari bawah sampai ke atas. Kebanyakan mereka
warga yang telah pun menjangkau umur 50 hingga 60 tahun.
Jadi, alhamdulillah. Satu telah diusahakan secara kongsi-kongsi, dan satu buah sedang
diusahakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Yang Berhormat Menteri Wilayah
Persekutuan dan itu menunjukkan itu bahawa kita tidak pilih kawasan mana. Sama ada kita
menang kawasan itu ataupun kalah, itulah dia kebaikan Kerajaan Barisan Nasional di bawah
pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.
Saya suka hendak menarik perhatian tentang bajet perumahan. Saya difahamkan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai peruntukan sehingga RM1 bilion
untuk dapatkan peruntukan untuk memperbanyakkan rumah-rumah kepada golongan yang
berpendapatan rendah.
Saya amat setuju tetapi saya juga hendak bertanya kepada Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan apakah ada peruntukan untuk membangunkan penghuni-penghuni
daripada kanak-kanak ini menjadi warga penghuni di kawasan itu yang ada disiplin yang baik,
yang jaga lif dengan elok, yang boleh menjaga barang-barang di kawasan yang tidak
menimbulkan masalah vandalism.
Saya mohon supaya kalau ada bajet, saya bersyukur dan kalau ada bajet itu, mohon
jugalah dapat disalurkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana kita memiliki 70 lebih
unit rumah PPR yang mana masalah-masalah ini, bajet yang kita ada tidak cukup. Kita mohon
kepada pihak kementerian berkenaan supaya dapat bantu kerana perbelanjaan yang berpuluh
juta digunakan untuk membaiki lif saya ingat kalau kita mulakan dengan mendidik mereka
menjadi warga yang jaga harta benda, akan datang, kos untuk membina maintenance lebih
murah daripada kos yang ada sekarang ini.
Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak tanya kepada Kementerian
Kesihatan berkaitan dengan Kempen “Jangan Merokok” kerana saya tidak merokok. Saya tidak
pernah merokok. Kadang-kadang kita tengok kos sara hidup ini, saya bila buat kajian, bukan
saya kata pasal saya anti rokok tetapi bila saya tengok kepada kajian, kadang-kadang orang
yang bergaji RM4,000 kalau dia seorang perokok yang tegar, satu hari belanja dia dua kotak
rokok mungkin, sebulan mungkin cecah RM1,050 atau RM1,000.
DN 8.12.2016 152
Jadi 25 peratus daripada pendapatannya akan terkeluar disebabkan merokok sebab
harga rokok tinggi, jadi kos akan lari. Saya juga merayu kepada semua janganlah hisap rokok,
jagalah kesihatan. Kepada kawan-kawan saya, kalau yang gaji banyak tidak apa. Macam saya
yang bergaji RM3,000 hingga RM4,000 kalau hisap rokok, RM1,000 akan habis kepada rokok
dan ia tidak memberi manfaat kepada kesihatan.
Jadi saya hendak tahu daripada Kementerian Kesihatan, kempen ini jalan lagikah
ataupun apa ceritanya. Saya rasa itu akan dapat jawapan pada masa akan datang.
Satu perkara lagi, di samping kos sara hidup yang tinggi, kita punya bawah RM4,000 ini
pun ramai yang kita hadapi masalah ini. Kementerian Pengangkutan dia sedar atau tidak sedar
kos untuk belajar kereta ini, driving school, Lesen ‘D’, saya difahamkan antara RM1,500 hingga
RM2,500. Adakah kos ini sengaja ataupun hanya suka-suka oleh syarikat memandu ataupun ia
ada dalam standard-standard tertentu? Ini kerana setiap tahun, selepas SPM, kita ada pelajar
hampir 434,535 orang, mereka akan ambil lesen kereta dan kalau di kali dengan kos, RM780
juta jumlah pembayaran untuk dapatkan lesen.
Jadi saya hendak tanya kepada kementerian apakah ia sedar ataupun ia memantau
ataupun tidak tentang perkembangan-perkembangan ini kerana ia diberitahu oleh mereka yang
hendak minta lesen. Sebab itu Polis Diraja Malaysia memaklumkan hampir 630,000 orang
pemandu ditahan tanpa lesen. Saya khuatir disebabkan kos yang tinggi ini, mereka tidak ambil
lesen, mereka membawa motorlah, bawa kereta tanpa lesen disebabkan ini. Saya tidak tahu.
Cuma saya hendak tahu penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhasrat cakap panjang. Saya pun sudah agak-
baru-baru masuk Dewan, dapat cakap hujung-hujung ini, jadi letih, lemah pun ada. Rupanya
duduk pun memang letih. Bukan kerja dekat site sahaja letih, rupanya duduk pun memang letih.
Akan tetapi apa pun, saya amat menghargai Tuan Yang di-Pertua yang telah pun memberi
sedikit ilmu kepada saya sebagai orang baru untuk belajar bagaimana hendak mengurus
sebagai seorang Ahli Dewan Negara.
Saya juga mengambil kesempatan ini ucapkan tahniah kepada kawan-kawan saya yang
hadir sebagai Senator kerana ini sejarah hidup saya. Tidak pernah masuk dalam Dewan.
Apabila masuk pun kita macam jakun sedikit. Jakun, tidak nampak apa benda itu, apa benda
ini. Ini satu pengalaman baru dan sebagai orang baru, saya perlukan tunjuk ajar daripada
semua. Cuma saya mintalah kawan-kawan.
Tadi saya ingat Tuan Yang di-Pertua, bila hujung tinggal saya dengan Tuan Yang di-
Pertua ataupun seorang lagi. Saya haraplah kawan-kawan lain pun ada juga menemani saya
untuk berbahas kerana kita mesti mengangkat kita punya- Ahli Dewan Negara punya standard
DN 8.12.2016 153
supaya kawan-kawan tunggu, dengar. Saya pun bersyukurlah kerana ada ramai juga. Menteri
pun ada. Terima kasihlah. Kebetulan ada soalan ini minta penjelasan sebab saya tengok kita
mesti melahirkan masyarakat makin lama makin bagus.
Kita tidak boleh buat program ad hoc ataupun program syok sendiri kerana apabila saya
pergi negara China, saya pergi Singapore, saya tanya orang Singapore bagaimana hendak bagi
bersih ini, yang begitu bersih, dia mengambil masa yang panjang- 40 hingga 50 tahun mereka
datang daripada keluarga-keluarga itu sebagai penasihat kepada anak-anak yang menjadi
keluarga. Dia nasihat kepada anaknya. Sentiasa nasihat itu diberi dan kerajaan bersama
masyarakat menjaga negara. Hari ini kerajaan dia hendak jaga negara, rakyat kena bantu sama
untuk menjaga negara.
■2030
Jadi, saya sebelum mengakhiri ucapan saya, saya tak ada pantun. Orang Kuala Lumpur
ini pantun-pantun ini tak berapa pandai sangat, orang Melaka baguslah kan. Saya cuma hendak
menyokong penuh bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan
mengharapkan pihak-pihak tertentu jagalah negara, jangan jaga periuk perut sendiri. Itu sahaja.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Sekarang Yang Berhormat Hajah Rahemah binti
Idris.
8.30 mlm.
Puan Hajah Rahemah binti Idris: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Segala puji bagi
Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad, Rasul junjungan. Yang
Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, assalamualaikum warahmatullaahi
wabarakaatuh, salam sejahtera muafakat.
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk
merakamkan jutaan terima kasih, menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana
dengan limpah kurnia Yang di-Pertuan Agong, maka saya dapat berdiri di sini bersama rakan-
rakan Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Saya memang tidak menyangka
seorang guru yang dari bawah akan ada bersama Yang Berhormat pada petang ini. Di
kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Presiden kita, kepada Perdana Menteri kita Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Tidak
ketinggalan kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat binti Abdul
Jalil yang terus memperjuangkan wanita- 30 peratus wanita duduk sebagai pembuat dasar di
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
DN 8.12.2016 154
Saya hendak ucapkan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Menteri Besar
Johor, Dato' Mohamed Khaled bin Nordin yang sama juga meluluskan saya bersama dengan
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang sama-sama
menolong saya, membantu saya hingga memungkinkan saya berdiri di sini pada petang ini.
Tidak ketinggalan saya ingin merakamkan juga jutaan terima kasih kepada Datuk Halimah binti
Mohd. Sadique. Datuk Halimah binti Mohd. Sadique ini Tuan Yang di-Pertua, inilah ketua saya
dahulu. Boss saya yang mengajar saya.
Saya duduk di bawah dia sebagai Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Negeri Johor.
Dia ajar saya dari bawah macam mana tapi saya salutelah kepada boss saya ini. Dia kita
tengok pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, orang lain tidak ada. Menteri tidak ada tetapi
Timbalan Menteri ini tetap duduk bersama kita [Tepuk] Saya tengok daripada tadi tak bergerak
cuma keluar untuk pergi makan sahaja dan masuk balik. Jadi, apakah lagi yang kita hendak?
Walau bagaimanapun, saya ingin meneruskan perbahasan saya pada malam ini. Petang, saya
tak boleh sebut malam sebab malam dah hendak balik. Okey.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin kurniaNya saya
diberi peluang dan ruang untuk berbahas di Dewan yang mulia ini. Marilah kita sama berdiskusi
mencari titik persamaan, menzahirkan kematangan melalui kata yang dipinta. Kita pahat
kesatuan minda, kita sama-sama berlapang dada. Moga Allah memimpin dan bantu kita
memperbaiki kelemahan, menyantuni perbezaan, dipayungi berkat dengan izinNya
kesepaduan, kerukunan dan penghormatan.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menyentuh satu perkara sahaja iaitu tentang
modal tenaga TVET negara. TVET ini dalam bahasa bangsa Johor adalah technical vocational
education and training atau dalam bahasa mudahnya pendidikan, latihan teknikal dan
vokasional. Setelah ditilik, setelah dinujum, Wawasan 2020 hanya tinggal tiga tahun sahaja
daripada sekarang. Kita imbas kembali cerita ‘Nujum Pak Belakang’, nukilan seniman agung
Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Adakah kita mahu hadapi cabaran mendatang dengan mengharapkan takdir
menyebelahi kita ataupun kita perlu bersiap sedia dengan ilmu untuk menghadapi cabaran itu.
Dua karakter berbeza, Pak Belalang seorang yang malas dan harapkan takdir menyebelahinya
dan anaknya Belalang, seorang anak yang rajin dan bijak dengan penuh kemahiran. Adakah
kita ingin menjadi Pak Belalang melarikan diri bila diadakan pertandingan yang
mempertaruhkan negaranya atau kita mahu menjadi Belalang yang beriltizam untuk
menyelamatkan bapanya Pak Belalang dan mempertahankan negara. Oleh sebab itu cabaran
2020 yang memperjudikan kemajuan negara, kemahiran dan pendidikan itulah menjadikan
DN 8.12.2016 155
kerajaan memerintah berusaha untuk mempersiap siagakan rakyat agar tidak ketinggalan.
Alhamdulillah kita bersyukur kita mempunyai pimpinan negara yang sedar dan terus berusaha
memperkasakan pendidikan negara.
Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, Teras Strategik Ketiga mengupayakan
pendidikan dan TVET dengan menyasarkan 60 peratus daripada tenaga kerja berkemahiran
TVET dengan inisiatif pelbagai. Alhamdulillah.
Tuan Yang di-Pertua serta rakan-rakan Yang Berhormat sekalian. Saya ingin
mengimbau kembali pada tahun 2015 yang lepas, saya telah membawa perkara pemerkasaan
generasi baru Malaysia berasaskan TVET dalam Perhimpunan Agung UMNO mewakili
Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Dengan berkat usaha UMNO dan barisan pimpinannya
mendengari nurani anak muda dan tahun ini alhamdulillah, kerajaan telah memperuntukkan
RM400 juta untuk mengubahsuai sembilan buah kampus pendidikan guru.
Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Jalil, saya juga hasil daripada Maktab
Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Untuk menjadi politeknik. Empat lagi sebagai pusat
latihan jurulatih TVET. RM270 juta untuk menaikkan peralatan pembelajaran institusi TVET ini.
RM360 juta bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, potongan cukai sebanyak dua
kali diberi ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan structured internship
program, geran padanan latihan dan pembangunan kurikulum yang diberikan kepada institusi
TVET awam yang diberikan dalam bentuk peralatan daripada industri dan RM50 juta untuk
memperluaskan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC yang menyasarkan 20,000 orang
graduan bagi tahun 2017.
Tuan Yang di-Pertua, kita Yang Berhormat, saya rasa kita kena highlight kan perkara ini.
Mungkin kita kata orang bawah faham, tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan. Ada yang
faham, ada yang tak faham. Jadi, kita kena sebut perkara-perkara yang dilakukan oleh kerajaan
ini banyak kali supaya mereka faham kerajaanlah yang memperjuangkan negara kita, bangsa
kita ini. Dengan adanya TVET, ia akan memberi peluang kedua kepada ramai anak muda yang
rata-ratanya kurang cemerlang akademik tetapi mempunyai kemahiran bagi memenuhi pasaran
tempatan dan antarabangsa. Untuk itu Tan Sri Yang di-Pertua, TVET ini mesti dipromosikan...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Tan Sri Yang di-Pertua telah bersara. Saya pun
hendak juga jadi Tan Sri, itu pasal saya lepaskan 2, 3 kali.
Puan Hajah Rahemah binti Idris: Tak apalah, saya harap pada petang ini kita
berdoalah semoga Dato’ Sri Yang di-Pertua ini dinaikkan martabat menjadi Tan Sri Yang di-
Pertua.
DN 8.12.2016 156
Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Tak apalah, tak apalah Yang Berhormat. Sambung,
sambung.
Puan Hajah Rahemah binti Idris: Saya rasa Yang Berhormat sekarang setuju tak?
Okey, lulus ya?
Tuan Yang di-Pertua, TVET ini mesti dipromosikan dan disebarluaskan sebagai jalan
terbaik untuk anak-anak yang keciciran bagi mencapai kecemerlangan diri seperti mana
program mengubah destinasi anak bangsa yang telah dilaksanakan oleh UiTM. Tuan Yang di-
Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Kementerian Pendidikan tidak
habis setakat itu sahaja. Saya harap mereka uar-uarkan kepada ibu bapa dan guru-guru
tentang input yang sewajarnya berkenaan TVET ini supaya mereka boleh berperanan dalam
membantu anak-anak dan pelajar memilih jalan yang terbaik untuk masa depan mereka.
■2040
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhasrat panjang sebab satu sahaja lagi sebelum
saya meninggalkan dan mematikan mic ini. Beradanya saya di sini pada hari ini saya
sebenarnya mewakili rakan-rakan guru saya di belakang sana. Ramai guru yang menyokong
keberadaan saya di sini dan meminta saya menyampaikan masalah-masalah pendidikan untuk
dibawa ke atas dan untuk itu saya memohon kepada Tuan Yang di-Pertua bila ada kelulusan ini
boleh tidak sesekali kita bawalah guru-guru yang biasanya tidak pernah keluar ke Dewan
Negara ini kita bawa mereka duduk di atas tengok Yang Berhormat-Yang Berhormat
membahaskan usul yang memperjuangkan pendidikan atau apa sahaja berkaitan dengan
negara.
Jadi saya rasa saya mohon kepada Tuan Yang di-Pertua itu sahaja untuk petang ini
untuk mukadimah sayalah untuk ucapan sulung saya ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kaki
tangan semua sudah sejuklah [Ketawa] Ini yang pertama sekali saya duduk sini tetapi satu lagi
sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya pada petang ini, saya minta kepada rakan-
rakan Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan yang mulia ini bantulah saya, bantulah
rakan-rakan saya ini kami baru tetapi macam Bro kita ini dia memang sudah hebatlah. Dia
memang pemidato terbaik saya rasa yang lain-lain ini macam saya ini macam budak bila hari itu
sebelum saya mengangkat sumpah saya anggap saya ini macam budak yang baru masuk
sekolah. Berdebar-debar tidak tidur malam macam-macam perasaan, sakit perut dan lain-lain.
Jadi saya mohon bantuan daripada rakan-rakan Yang Berhormat dalam saya
meneruskan perjuangan saya. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan
2017. Sekian, terima kasih.
DN 8.12.2016 157
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat. Ada nama sesiapa yang
tertinggal? Saya ingat selesai sudahlah perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2017.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada hari Selasa, 13
Disember 2016 jam 2.30 petang. Sekian, terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.42 malam]
top related