panduan pengguna - reg.upm.edu.myreg.upm.edu.my/elppt/pdf/user_manual - pyd.pdf · panduan pengguna...
Post on 09-Aug-2019
262 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Panduan Pengguna
1
Panduan Pengguna
2
Pengesahan
Input Wajaran
Semakan
Panduan Pengguna
Pengenalan (Modul Wajaran)
1. Modul Wajaran SKT adalah terdiri daripada 9 fungsi utama yang dipertanggungjawabkan kepada Pegawai yang Dinilai (PYD) bagi memudahkan proses pemantauan aktiviti sesi wajaran SKT untuk setiap jabatan dibawah PTJ tersebut. Berikut adalah 9 fungsi yang berkaitan:
i. Semakan Profail Pegawai
ii. Input Wajaran
iii. Input Penyeliaan
iv. Input Penyelidikan
v. Input Penerbitan
vi. Input Perkhidmatan Professional
vii. Input Pentadbiran dan kepimpinan
viii. Input Sumbangan Dan Kegiatan Di Luar Tugas Rasmi
ix. Semakan Ringkasan Wajaran
2. Setiap komponen mempunyai julat wajaran masing-masing di mana komponen Pengajaran, Penyeliaan, Penyelidikan,
Penerbitan dan Klinikal dengan julat antara 0 – 55, Perkhidmatan Profesional dengan julat antara 5 – 30 dan
komponen Pentadbiran Dan Kepimpinan dengan julat antara 5 – 40. Julat bagi komponen Kualiti Peribadi di
tetapkan 10 dan julat bagi komponen Sumbangan Dan Kegiatan Di Luar Tugas Rasmi di antara 5 – 20.
3. Komponen-komponen tersebut di pecahkan mengikut skop masing-masing. Di bawah skop I merangkumi
komponen Pengajaran dan Penyeliaan dengan julat skop antara 10 -55, skop II merangkumi komponen Penyelidikan
dan Penerbitan dengan julat skop antara 10 -55, skop III merangkumi Klinikal, Perkhidmatan Profesional dan
Pentadbiran dan Kepimpinan dengan julat skop di antara 5 – 55(khas untuk pegawai akademik di Fakulti Perubatan
dan Sains Kesihatan dan Fakulti Perubatan Veterinar).
4. Sekiranya komponen Klinikal tidak terlibat maka julat skop III akan mengandungi hanya komponen Perkhidmatan
Profesional dan Pentadbiran dan Kepimpinan dan julatnya ditentukan di antara 5 – 40. Bagi skop IV merangkumi
komponen Kualiti Peribadi dan ditetapkan sebanyak 10 dan skop V merangkumi komponen Sumbangan dan
Kegiatan Di Luar Tugas Rasmi dengan julat skop antara 5 – 20.
5. Nilai julat ini akan dikawal selia oleh Pejabat Pendaftar dan nilai julat ini boleh diubah sekiranya terdapat perubahan
dari segi julat komponen dan julat skop tersebut. Di bawah ini ditunjukkan di jadual 1 pecahan bagi julat skop dan
julat komponen tersebut.
3
Panduan Pengguna
Login ke Sistem
Taipkan url ‘http://reg.upm.edu.my/elppt’ dan tekan ENTER
Anda akan mendapat paparan Sistem e-LPPT Akademik seperti disebelah
Taipkan Id Putra anda pada ruang Id Putra
Taipkan Katalaluan pada ruang Katalaluan
Tekan butang Login
4
Keterangan:
1. Akses masuk ke sistem ini dan seterusnya paparan modul yang berkaitan adalah bergantung kepada tahap akses setiap peranan
pengguna yang telah ditentukan iaitu terdiri daripada:
i. Peranan Urusetia (Pejabat Pendaftar)
ii. Peranan Pentadbir PTJ
iii. Peranan Pegawai Yang Dinilai (PYD)
iv. Peranan Pegawai Penilai Pertama (PPP)
v. Peranan Pegawai Penilai kedua (PPK)
2. Akses ke sistem ini memerlukan setiap pengguna perlu mempunyai ID Putra.
Panduan Pengguna
Semakan : Profail Pegawai
Klik pada pautan Profail Pegawai
Anda akan mendapat paparan Profail Pegawai seperti disebelah
Skrin paparan Maklumat PYD akan dipaparkan seperti disebelah dimana menu-menu ditepi tidak akan dipaparkan apabila sesi PYD tidak dibuka
5
Keterangan:
1. Apabila sesi untuk PYD belum dibuka dan sekiranya PYD log-masuk ke sistem eLPPT, skrin akan memaparkan seperti skrin di atas. Ini
adalah kerana, pada ketika itu sesi PPP @ PPK sedang dibuka sama ada untuk pengesahan wajaran atau proses penginputan markah
penilaian.
Tarikh tutup Sesi dipaparkan seperti berikut untuk rujukan
Panduan Pengguna
Input Komponen Wajaran : Pengajaran
6
Klik pada pautan Pengajaran untuk menginput peratusan wajaran bagi komponen pengajaran
Masukkan nilai-nilai di ruangan kosong mengikut kategori dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran
Klik butang Simpan setelah mendapat sasaran peratusan wajaran yang sesuai
Sistem akan menyimpan nilai tersebut dan jika berjaya sistem akan memaparkan mesej “Maklumat telah berjaya disimpan”
Keterangan:
1. Bagi Jam Kredit/Jam kontaks, masukkan nilai yang sesuai mengikut kategori kursus. Selain dari jam Kredit/Jam Kontaks, hanya nilai 1 atau 0
diterima. Sistem akan secara automatik membuat pengiraan mendapatkan jumlah wajaran mengikut kategori.
2. Jumlah wajaran setiap kategori dicampurkan bagi mendapatkan jumlah keseluruhan wajaran untuk pengajaran.
Panduan Pengguna
Input Komponen Wajaran : Penyeliaan
7
Klik pada pautan Penyeliaan untuk mendapatkan peratusan wajaran bagi komponen tersebut
Masukkan nilai diruangan kosong yang disediakan mengikut kategori pelajar dan sama ada sebagai Penyelia bersama atau kedua-duanya
Klik butang Simpan setelah jumlah keseluruhan wajaran bagi komponen penyeliaan mengikut syarat
Keterangan:
1. Sistem secara automatik mengira Jumlah Wajaran mengikut penyelia dan Penyelia Bersama dan seterusnya secara automatik memaparkan
Jumlah keseluruhan Wajaran Bagi Komponen Penyeliaan.
2. Sekiranya wajaran bagi komponen pengajaran belum lagi dipilih, wajaranbagi komponen penyeliaan yang kurang dari julat skop 1 akan
memaparkan mesej “Tidak kurang dari julat skop 1 adalah sebanyak 10. rujuk jadual ringkasan wajaran”.
3. Sekiranya jumlah keseluruhan wajaran bagi komponen penyeliaan melebihi dari julat komponen penyeliaan, mesej berikut dipaparkan
“melebihi julat komponen bagi penyeliaan sebanyak 55”.
Panduan Pengguna
Input Komponen Wajaran : Penyelidikan
8
Klik pada pautan Penyelidikan dan skrin untuk input pengiraan akan dipaparkan.
Masukkan nilai geran di ruangan Awam / Industri @ Antarabangsa.
Klik butang Simpan.
Keterangan:
1. Nilai geran untuk antarabangsa secara automatik akan didarabkan dengan 3. Jumlah bersamaan yang akan diperolehi adalah dengan campuran
nilai di ruangan Awam dan Industri @ Antarabangsa. Jumlah tersebut akan dirujuk dengan nilai pemberat yang telah ditentukan dan jumlah
keseluruhan wajaran bagi komponen penyelidikan akan diperolehi secara automatik.
2. Sekiranya wajaran bagi komponen penerbitan belum dipilih, mesej berikut akan dipaparkan “Tidak boleh kurang dari julat skop II adalah sebanyak
10. Rujuk Ringkasan Wajaran” sekiranya nilai keseluruhan wajaran bagi komponen penyelidikan kurang dari julat skop II.
Panduan Pengguna
Input Komponen Wajaran : Penerbitan
9
Klik pada pautan Penerbitan dan skrin untuk input pengiraan akan dipaparkan
Sila pilih salah satu jenis penerbitan CIJ atau IF dengan memilih KPI yang diberikan secara drop-list. Secara automatik sistem akan memaparkan jumlah keseluruhan wajaran bagi komponen Penerbitan
Klik butang Simpan
Panduan Pengguna
Input Komponen Wajaran : Perkhidmatan Professional
10
Klik pada pautan Perkhidmatan Professional dan skrin untuk input pilihan wajaran dipaparkan
Wajaran bagi komponen ini boleh dilaksanakan dengan membuat pemilihan nilai wajaran secara drop-list
Klik butang Simpan
Panduan Pengguna
Input Komponen Wajaran : Sumbangan dan kegiatan Luar Tugas
11
Klik pada pautan Pentadbiran dan Kepimpinan dan skrin untuk input pilihan wajaran dipaparkan
Wajaran bagi komponen ini boleh dilaksanakan dengan membuat pemilihan nilai wajaran secara drop-list
Klik butang Simpan
Panduan Pengguna
Pengesahan: Ringkasan Wajaran
12
Klik pada pautan Ringkasan Wajaran dan ringkasan wajaran mengikut komponen akan dipaparkan
Sistem tidak akan menerima nilai pilihan wajaran tersebut sehingga jumlah keseluruhan genap 100.
Klik butang “Klik untuk Pengesahan” setelah mendapatkan jumlah keseluruhan genap 100.
Keterangan:
1. Jika jumlah keseluruhan tidak menepati jumlah 100 dan butang “Klik untuk pengesahan” diklik, mesej ralat akan dipaparkan seperti
berikut “Jumlah keseluruhan wajaran perlulah genap 100. Sila kemaskini wajaran komponen bagi menepati jumlah tersebut.”
Klik butang “OK”. Nilai wajaran yang telah dikemaskini akan dipaparkan.
Panduan Pengguna
13
Input
Semakan
Tindakan
Panduan Pengguna
Pengenalan (Modul Penilaian)
1. Modul Penilaian SKT adalah terdiri daripada 8 fungsi utama yang dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi memudahkan proses semakan dan pengesahan bagi semua proses sesi Penilaian SKT. Berikut adalah 3 fungsi yang berkaitan:
i. Semakan Latihan
ii. Pengesahan Semakan Markah
iii. Persetujuan Penilaian PPP dan PPK
2. Syarat utama untuk penggunaan sistem eLPPT akademik ini adalah, semakan markah eLPPT daripada sistem KM Portal iaitu pada menu Pengesahan Semakan Markah perlu dilakukan dan disahkan bagi mengaktifkan staff score di sistem eLPPT.
3. Modul Penilaian hanya boleh diakses berdasarkan tempoh masa sesi yang telah ditetapkan oleh Urusetia Pejabat Pendaftar.
14
Panduan Pengguna
Klik pada pautan Semakan Latihan
Skrin akan memaparkan senarai latihan yang diperlukan dan telah diinput melalui sistem KMPortal.
15
Semakan : Semakan Latihan
Keterangan:
1. Kesemua latihan yang diperlukan perlu diinput melalui sistem KM Portal.
Panduan Pengguna
Klik pada pautan Pengesahan Semakan Markah dan seterusnya Skrin Semakan/Pengesahan Markah KM Portal akan dipaparkan seperti disebelah
16
Tindakan : Pengesahan Semakan Markah KM Portal
Sekiranya berpuashati dengan markah yang diperolehi sila klik butang DISEMAK
Sila buat semakan pada semua ruang yang berkenaan
Butang disemak akan menjadi tidak aktif selepas proses DISEMAK dilakukan.
Panduan Pengguna
Klik pada pautan Persetujuan Penilaian PPP & PPK dan seterusnya paparan Semakan Markah dipaparkan.
17
Tindakan : Persetujuan Penilaian PPP & PPK
Sila buat pilihan sama ada Saya Bersetuju atau Tidak Bersetuju dengan markah yang diberi.
Sila buat semakan markah pada semua ruang yang berkenaan
Klik butang PENGESAHAN bagi mengesahkan markah akhir yang diberi.
Panduan Pengguna
Keluar Dari Sistem
Klik pada menu Log Keluar
18
top related