pandemik covid-19: meninjau pengalaman pelajar …
Post on 01-Oct-2021
18 Views
Preview:
TRANSCRIPT
404
PANDEMIK COVID-19: MENINJAU PENGALAMAN PELAJAR LATIHAN
INDUSTRI USIM.
Ros Aiza binti Mohd Mokhtari, Abd Hakim bin Mohadii & Latifah Abdul Latiffiii
i (Corresponding author). Pensyarah, Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia. rosaiza@usim.edu.my ii Pensyarah, Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam
Malaysia. abdhakim@usim.edu.my iii Pensyarah, Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam
Malaysia. latifah@usim.edu.my
Abstrak
Tahun 2020 tercatat dalam sejarah sebagai tarikh yang sangat signifikan dalam kehidupan manusia
kerana pandemik COVID-19. Sejak awal tahun hinga kini, kita disajikan dengan berita tentang
penularan wabak ini, bersama dengan data jumlah jangkitan dan kematian yang berlaku di seluruh
dunia. Sehingga hari ini (30/5/2020) seramai 6,047,421 orang telah dijangkiti, dengan 367,149
kematian. Hampir semua negara membuat lock-down atau kawalan pergerakan untuk memutuskan
rangkaian wabak ini sebagaimana yang dicadangkan WHO. Malaysia juga tidak terkecuali, di mana
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diisytiharkan bermula 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020.
Kesannya kepada masyarakat dapat dirasai dalam semua aspek kehidupan. Makalah ini
membincangkan pengalaman pelajar Latihan Industri, USIM berhadapan dengan pandemik
COVID-19. Ia adalah hasil kajian yang dibuat menggunakan kaedah kualitatif. Data yang diperoleh
daripada soalan (open-ended) yang diedarkan secara atas talian. Data dianalisis secara deskriptif.
Kajian mendapati walaupun pelajar Latihan Indutri USIM terkesan dengan pandemik COVID-19
yang melanda, namun mereka telah belajar tentang perkara baru yang bermanfaat dalam kehidupan
mereka.
Kata kunci: COVID-19, Latihan Industri, USIM
PENGENALAN
Kita semua sedia maklum bahawa dunia hari ini sedang menghadapi cabaran yang
begitu hebat akibat penularan pandemik COVID-19. Ketika kertas kerja ini ditulis
seramai 32,762,790 orang yang dijangkiti virus ini, manakala 993,662 telah pun meninggal
dunia kerananya. Di Malalaysia sahaja seramai 10,687 orang yang dijangkiti, dan
menyebabkan 133 kematian (https://www.worldmeters.info). Dunia mengalami kesan
yang amat dahsyat sama ada dari segi ekonomi mahu pun sosial. Kehidupan manusia
405
mengalami perubahan yang amat drastik. Kita tidak lagi bebas bergerak, bahkan
sebahagian daripada kita terkurung di kediaman masing-masing. Kita terpaksa
melakukan penjarakan sosial sebagai satu langkah untuk memutuskan rantaian COVID-
19. Sekolah, universiti, pejabat, kompleks membeli-belah, restoran bahkan rumah ibadah
tidak dibuka seperti biasa (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020).
LATAR BELAKANG COVID-19
Hujung Disember 2019, menyaksikan bermulanya penularan pneumonia yang dicirikan
dengan demam, batuk kering dan keletihan, serta simptom gastrousus. Ia dikatakan
berpunca dari sebuah pasar borong makanan laut “Huanan Seafood Wholesale Market”,
di Wuhan, Hubei, China. Pada awalnya dilaporkan bahawa pada Disember 2019, lebih
kurang 66% pekerja di sana telah dijangkiti wabak penyakit tersebut yang dikenali
sebagao COVID-19. Pasar tersebut telah ditutup pada 1 Januari 2020 selepas autoriti
kesihatan tempatan mengisytiharkan amaran epidemik pada 31 Disember 2019. Namun
pada bulan berikutnya (Januari) ribuan rakyat negara itu dari pelbagai daerah seperti
Hubei, Zhejiang, Guangdong, Henan, Hunan, turut terkena jangkitan. Bandar-bandar
besar seperti Beijing dan Shanghai juga tidak terkecuali. Lebih membimbangkan apabila
penyakit ini merebak ke negara-negara lain seperti Thailand, Jepun, Korea Selatan,
Vietnam, German, Amerika Syarikat dan Singapura dalam masa yang singkat.
Di Malaysia, kes COVID-19 yang pertama dikesan pada 23 Januari 2020
membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura
(https://www.bharian.com.my/berita/nasional/ 2020/03/666122/kronologi-COVID-19-di-
malaysia). Ketika ini (13 Ogos 2020), terdapat 9219 kes positif COVID-19 di Malaysia
dengan 125 kes kematian (1.37%) (https://kpkesihatan.com /2020/ 08/13/ kenyataan-
akhbar-kpk-13-ogos-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-COVID-
19-di-malaysia/)
KESAN COVID-19 KEPADA MASYARAKAT
Masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khasnya sangat terkesan dengan kehadiran
COVID-19. Pertama sekali tentunya ia melibatkan faktor kesihatan. Mereka yang terkena
jangkitan sudah pasti merasai penderitan secara langsung. Manakala ahli keluarga dan
sahabat handai pula akan turut terganggu kerana mereka juga berpotensi untuk menjadi
mangsa yang seterusnya memandangkan virus berkeupayaan untuk merebak dengan
cepat. COVID-19 telah merebak ke 215 buah negara dan menjangkiti 21,000,000 orang,
dengan jumlah kematian melebihi 757,000 orang. (https://www.worldmeters.info).
406
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190
kes pada 15 Mac 2020, disusuli 125 kes baharu pada 16 Mac 2020. Keadaan ini telah
menimbulkan kerisauan banyak pihak dan kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, di seluruh negara.
Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi; larangan
menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti
keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua
rumah ibadat dan premis perniagaan diarahkan ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam,
kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus
untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau
termasuk Solat Jumaat (Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19, 16
Mac 2020).
Selain itu kerajaan turut mengarahkan penutupan semua pusat pendidikan di
semua peringkat seperti taska, sekolah rendah, sekolah menengah, pusat latihan dan
universiti turut diarahkan tutup. Begitu juga premis kerajaan dan swasta kecuali yang
terlibat dengan perkhidmatan penting negara atau essential services (Perutusan Khas YAB
Perdana Menteri Mengenai COVID-19, 16 Mac 2020).
Kehidupan seharian masyarakat di era COVID-19 semakin dirasai apabila
kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan untuk
memutuskan rantaian COVID-19. Kerja dan rutin harian telah berubah secara tiba-tiba.
Semua terpaksa berkurung di rumah bermula dari 18 Mac 2020 hingga 9 June 2020
(http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpb-tamat-diganti-dengan-pkp-
pemulihan-mulai-10-jun-246050).
Kesan langsung daripada langkah yang diambil kerajaan ialah dari segi ekonomi.
Kebanyakan perniagaan terpaksa dihentikan untuk sementara waktu, seperti restoran,
shopping mall, perkilangan dan sebagainya. Justeru kerajaan telah memperkenalkan
beberapa Langkah proaktif untuk membantu rakyat yang terjejas akibat penularan
COVID-19. Antaranya ialah dengan melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
Rakyat atau PRIHATIN Pakej yang berjumlah RM250 bilion ini dijangka akan dapat
membantu meringankan beban rakyat dan komuniti perniagaan. Daripada jumlah
tersebut, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100
bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan
RM22 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara manakala. Kerajaan juga
407
menyediakan Bantuan Prihatin Nasional iaitu pemberian tunai secara one-off dengan
peruntukan hampir RM10 bilion dan buat pertama kali akan disalurkan juga kepada
kumpulan M40. Golongan ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani,
nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah
(https://www.treasury.gov.my/ pdf/Booklet-PRIHATIN-BM.pdf).
Pakej rangsangan ekonomi yang sebegini besar, tidak pernah berlaku sebelum ini.
Hal ini sudah cukup bagi menggambarkan betapa besarnya impak COVID-19 kepada
kita semua. Selain daripada mencetuskan masalah ekonomi, pendemik ini juga turut
memberi kesan mendalam kepada aspek sosial masyarakat keseluruhannya. Kita
terpaksa berkurung di rumah dan sentiasa menjarakkan diri antara satu sama lain
apabila berurusan di luar rumah. Inilah normal baharu yang perlu dipatuhi demi
menjaga keselamatan bersama.
KESAN COVID-19 KEPADA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI USIM
Bahagian ini akan menjelaskan pengalaman pelajar Latihan Industri USIM yang telah
bertugas di beberapa sektor perkhidmatan awam dan swasta sebagai syarat bergraduat.
Antara perkara yang dikongsikan adalah tentang perasaan mereka sebagai pekerja
dalam latihan di tempat kerja masing-masing, langkah-langkah yang diambil oleh
majikan Latihan Industri mereka dalam berhadapan dengan Covid 19, pengalaman
mereka bekerja semasa tempoh PKP dan selepas tamat tempoh PKP, serta pengajaran
yang mereka perolehi daripada pandemik Covid 19 yang melanda dunia amnya dan
Malaysia umumnya.
Jadual 1: Perasaan Dalam Berhadapan Dengan Covid 19
Informan 1 Rasa tercabar kerana segala program yang telah dirancang di
industri telah ditangguhkan
Informan 2 Perasaan saya agak terkilan kerana adanya wabak covid 19
menjejaskan sedikit proses latihan industri saya dimana saya
diberi cuti semasa pkp dilaksanakan dan diteruskan dengan
work from home. Agak terkilan kerana saya rasa banyak lagi
yang boleh saya belajar tapi dengan adanya wabak ini
perjalanan aktiviti organisasi agak terhad dan ada program
terpaksa dibatalkan.
408
Informan 3 Saya merasa rugi kerana terdapat banyak aktiviti yang
tertangguh dan terpaksa dibatalkan kerana Covid-19. Akan
tetapi sepanjang PKP, masa saya tidak terluang dengan begitu
saja kerana syarikat saya praktikal iaitu MAPIM
menganjurkan program yang telah saya sertai.
Informan 4 Perasaan saya sedih kerana semua Negara dilanda COVID 19
tapi walaubagaimanapun kita perlu meneruskan
hidup.Perasaan ketika menyertai program yang dianjurkan
oleh majikan saya sangat bermakna kerana dapat membantu
asnaf,dapat menimba ilmu yang baru seperti dapat
berdakwah secara bil hal dan bil lisan.saya juga belajar cara
untuk mendapatkan maklumat
Informan 5 Terdapat sedikit kesulitan untuk meneruskan latihan industri
kerana perlu untuk mengikuti prosedur yang ditetapkan bagi
mengelakkan pandemik covid 19 berterusan.
Informan 6 Semasa tempoh PKP saya sangat bimbang akan perjalanan
latihan industri saya. Walaupun, pihak universiti memberi
inisiatif samaada melakukan tugasan tambahan atau
menyambung latihan industri. Namun, amatlah sukar untuk
membuat pilihan. Ini kerana, jikalau memilih melakukan
tugasan tambahan saya tidak mendapat pengalaman dan
mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan dengan skop
tugas organisasi latihan industri saya dan sekiranya memilih
untuk menyambung latihan industri, saya terpaksa
menunggu sehingga tarikh yang akan diberitahu sedangkan
universiti menetapkan tarikh. Akan tetapi, saya dibenarkan
untuk menyambung latihan industri semasa tempoh PKPP
dan ini memberi peluang untuk saya terus belajar. Sebagai
pelajar latihan industri, saya memikirkan tentang peluang
pekerjaan setelah PKP dilaksanakan. Saingan untuk
mendapatkan pekerjaan semakin bertambah kerana ramai
pekerja yang dibuang kerja.
Informan 7 Semasa PKP, saya sukar untuk menyelesaikan tugasan yang
diberi oleh majikan melalui atas talian..selepas PKP, saya
409
perlu masuk ke pejabat dengan norma baharu tetapi, pelbagai
cabaran yg berlaku.
Informan 8 Agak mencabar ketika dalam latihan industri.
Informan 9 Sedih kerana tidak dapat menimba ilmu sebanyak yang
mungkin di organisasi dan LI juga terpaksa ditangguhkan
serta dilanjutkan ke tarikh baru.
Informan 10 Agak terkilan sebab banyak perkara perlu diubah mengikut
keadaan semasa.
Informan 11 Sedikit terkesan kerana banyak perkara dan perancangan oleh
organisasi semasa Latihan Industri di batalkan atau
ditangguhkan. Jadi, saya tiada kesempatan di atas
pengalaman dan peluang yang secukupnya.
Informan 12 Perasaan menjalankan kerja dari rumah (Work from Home)
yang tidak menyekat waktu bekerja seperti hari bekerja
seperti biasa. Tidak dapat mendisiplinkan waktu kerja seperti
biasa. Sedikit perasaan tidak memuaskan apabila kerja yang
diterima tidak dibuat mengikut apa ynag dikehendaki orang
atasan disebabkan tersalah informasi.
Informan 13 Saya merasakan bahawa pengalaman yang dapat saya ambil
semasa tempoh latihan industri masih kurang cukup.
Informan 14 Sepanjang tempoh PKP, kami sebagai pelajar praktikal tidak
dibenarkan untuk bekerja di pejabat yg mana hanya diberikan
tugas secara atas talian. Sudah pasti ianya sedikit sebanyak
memberikan halangan kepada kami sebagai pelajar latihan
industri utk mempelajari secara langsung daripada penyelia
di syarikat.
Informan 15 Sedih dan gembira
Jadual 1 menunjukkan bahawa terdapat pelajar-pelajar latihan indutri USIM yang
berasa sedih dan bimbang, bukan hanya kerana COVID 19 boleh membawa maut,
malahan boleh menyebabkan Latihan Industri mereka ditangguhkan. Mereka
juga merasa bimbang kerana tidak akan dapat menimba pengalaman yang
410
secukupnya tentang bidang pekerjaan mereka semasa dalam Latihan industry
tersebut.
Jadual 2: Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Majikan Latihan Industri
Dalam Berhadapan Dengan COVID 19
Informan 1 Kerja dari rumah.
Informan 2 Majikan saya amat mengambil berat terhadap pekerja-
pekerjanya dimana pekerja diberikan cuti dan membuat
penggiliran untuk datang ke pejabat dengan mengikut SOP
yang telah ditetapkan
Informan 3 SV Industri mengarahkan saya supaya menyertai program
Misi Bantuan Covid 19 yang dianjurkan oleh tempat praktikal
iaitu IREACH MAPIM sepanjang PKP. Program tersebut
melibatkan pengagihan bantuan berupa food pack kepada
Asnaf yang terkesan dengan Covid-19 sekitar di Kelantan
seperti Jeli dan Rantau Panjang. Selain itu, SV Industri juga
ada mengarahkan saya menulis beberapa artikel berkenaan
Covid-19 untuk mengisi masa yang terluang.
Informan 4 Langkah-langkah yang diambil oleh majikan Latihan Industri
ialah mengarahkan agar menyertai program seperti
mengagihkan bantuan kepada asnaf dan dhuafa' sepanjang
PKP. Melibatkan diri dalam program ini memberi pelajar
internship pengalaman dan bagaimana cara untuk
berhadapan dengan masyarakat luar.
Informan 5 Sentiasa memperingati kepada pelajar latihan industri untuk
mengikuti apa yang telah diarahkan oleh pihak kerajaan
Informan 6 Memberi peluang kepada pelajar industri untuk membuat
keputusan samaada untuk menyambung latihan industri atau
melakukan tugasan tambahan yang diberikan oleh pihak
universiti. Ini untuk memastikan keselamatan semua pihak.
Informan 7 Majikan memberi tugasan atas talian.majikan mengarahkn
pekerja membuat sanitasi sebelum pejabat dibuka semula.
411
Informan 8 Pada awal PKP, majikan tidak membenarkan pelajar latihan
industri untuk masuk ke pejabat. Hal ini kerana mereka ingin
memastikan pelajar latihan industri tidak berhadapan dengan
pelanggan yang datang ke pejabat untuk membuat urusan
Informan 9 Memberi kerja baru setelah masuk pejabat selepas tamat PKP.
Informan 10 Memberi cuti kepada saya mengikut arahan kerajaan.
Informan 11 Mengikut SOP yang ditetapkan MKN. Jaga jarak, wajib pakai
face mask, setiap ruang pejabat ada hand sanitizer. Check suhu
sebelum masuk pejabat.
Informan 12 Membuat kerja dari rumah dan tidak beroperasi sehingga
dibenarkan. Kerana terlibat dengan sektor pelancongan.
Informan 13 Majikan menasihatkan para pekerja supaya mengikut arahan
kerajaan untuk 'stay at home' dan mematuhi SOP.
Informan 14 Semua hal yg berkaitan dengan syarikat dilaksanakan dengan
norma baharu.
Informan 15 Memberi keizinan untuk bekerja di rumah sahaja, tidak perlu
ke pejabat.
Jadual 2 menunjukkan bahawa pihak majikan pelajar-pelajar Latihan
Indutri USIM telah menjalankan tanggung jawab mereka dengan mengarahkan
pelajar latihan industri USIM agar menangguhkan kerja atau bekerja dari rumah.
Hal ini selari dengan polisi kerajaan dan juga universiti.
Jadual 3: Pengalaman Anda Bekerja Semasa Tempoh PKP.
Informan 1 Pengalaman saya, bekerja semass tempoh PKP. Ia sangat
mencabar, kerana saya mempunyai masalah komunakasi
untuk bertanya tentang tugas yang diberi secara alam maya,
ia amat sukar bagi saya. Disebabkan saya pertama kali,
bekerja di alam industri, tapi itu tidak menjadi penghalang,
kerana supervisor industri saya memberikan penjelasan yang
jelas dan terang agar tugas yang diberi selesai dengan
sempurna.
412
Informan 2 Saya diberi cuti oleh majikan semasa tempoh PKP
dilaksanakan.
Informan 3 Pengalaman saya bekerja sepanjang PKP boleh dikatakan
sangat berharga dan bermakna memandangkan saya telah
terlibat dengan kerja-kerja sukarelawan di bawah tempat saya
intern iaitu IREACH. Pengalaman tersebut sangat bernilai
kerana sebelum ini di universiti, saya jarang-jarang menyertai
aktiviti kesukarelawanan. Saya juga merasa sangat gembira
kerana dapat menjadi sebahagian dari pasukan IREACH yang
turun membantu asnaf sekitar Kelantan dan melawat
kawasan-kawasan dan penduduk yang kurang
berkemampuan dan sedikit sebanyak memberi keinsafan dan
pengajaran kepada saya.
Informan 4 Pengalaman yang saya dapat ketika bekerja semasa tempoh
PKP adalah sangat bermakna kerana dapat menimba
pengalaman yang tidak pernah saya dapat ketika belajar di
Universiti.Antara pengalaman ketika bekerja di organisasi
NGO MAPIM ialah keluar pada waktu pagi iaitu pukul 3,4
pagi untuk memasuki kawasan pedalaman untuk
mengagihkan bantuan.Di sini saya belajar bagaimana
kehidupan orang yang sangat2 susah dalam menjalani
kehidupan seharian.Disamping memberi bantuan, majikan
Industri juga mengajar kami untuk memberi masihat agar
bukan dakwah bil hal sahaja bahkan dakwah bil lisan juga.
Informan 5 Pengalaman yang paling berharga adalah diberi peluang
untuk berkomunikasi dengan orang awam yang datang
membuat urusan kerana tidak semua pelanggan yang datang
mempunyai perwatakan yang sama. Oleh itu saya dapat
menguatkan lagi skill berkomunikasi yang telah saya pelajari
semasa di usim untuk diguna pakai semasa praktikal. Selain
itu, saya juga berpeluang untuk turut serta dalam membuat
tangkapan semasa berada di uni penguatkuasaan. Saya dapat
ilmu bagaimana tatacara yang betul sebelum sehingga selesai
tangkapan dibuat. Dalam pada itu, saya juga berkesempatan
untuk membuat satu program bersama pelajar industri yang
lain walaupun program tersebut dibatalkan saat akhir akibat
pandemik covid 19. Kami sempat membuat kertas kerja dan
413
telah diluluskan oleh pihak JAHEAIK untuk meneruskan
program tersebut. Walaupun program tersebut tidak dapat
dibuat, saya bersyukur kerana pihak JAHEAIK sanggup
memberi peluang untuk kami melakukan program teraebut.
Informan 6 Semasa tempoh PKP saya diberikan WFH tanpa sebarang
tugasan.
Informan 7 Saya diberi tugasan dalam talian. Saya sebagai seorang guru
perlu mencari nota dan latihan yang bersesuaian untuk anak
murid secara atas talian. Setiap hari, itu tugasan saya sehingga
sekolah dibuka. Pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian berjalan dengan lancar mengikut jadual baharu.
Informan 8 Semasa awal tempoh PKP, saya tidak dibenarkan untuk
masuk ke pejabat. saya diberikan tugas work from home oleh
penyelia industri. semasa work from home, terdapat juga
masalah internet di rumah. Jadi, sedikit sukar bagi saya untuk
menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan.
Informan 9 Bekerja dengan masa yang terhad seperti pulang lebih awal
dari hari biasa, sukar untuk berkomunikasi dan berjumpa
dengan staff lain kerana mereka diberi cuti mengikut giliran.
Informan 10 Agak mencabar kerana semua perkara perlu berhubung
melalui media sosial sahaja.
Informan 11 Pengalaman saya adalah melihat satu perkara atau norma
yang baru. Semasa PKP, kami diarahkan duduk di rumah
tanpa bekerja. Saya LI di dalam sektor kerajaan. Selama 2
bulan hanya duduk di rumah sahaja. Pada awal bulan 5,
pelajar praktikal diarahkan untuk bekerja di pejabat dan
mendapat surat pelepasan dari atasan. Jadi, perasaan sangat
bimbang kerana ke luar rumah akan berdepan dengan pihak
polis yang menjaga sekatan di jalan raya yang cukup ketat.
Sekiranya tiada surat akan patah balik. Tambahan pula, waktu
itu Covid-19 semakin meningkat.
Informan 12 Bekerja dari rumah seperti tidak membuat kerja hakiki yang
terbiasa dilakukan di pejabat. Agak merumitkan apabila
terkejar-kejar membuat kerjadari majikan dan perlu
414
menumpukan buat kerja rumah yang menjadi tanggungjawab
sebagai anak/isteri.
Informan 13 Normal baharu mula dikuatkuasa seperti sentiasa
menggunakan hand sanitizer ketika keluar dari rumah dan
sentiasa memakai face mask ketika berada di tempat awam dan
tempat-tempat yang sesak. Hal ini dirasakan agak ganjil pada
ketika itu dan self-distance mula diamalkan ketika bekerja.
Informan 14 Sebagai pelajar praktikal, kami diberi tugas secara online yang
mana tugas tersebut adalah tidak sama sepertimana tugas yg
diberikan ketika pejabat kerana syarikat yang saya bekerja
adalah berkait dgn hal2 pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.
Semua maklumat adalaah sulit yg mana utk bekerja secara
online adalah tdk memuaskan.
Informan 15 Tidak boleh fokus untuk melakukan kerja di rumah.
Jadual 3 menunjukkan bahawa sebahagian daripada pelajar-pelajar latihan indutri
USIM telah terlibat dengan kerja-kerja sukarelawan yang dianjurkan oleh pihak
majikan mereka dan hal ini memberi pengalaman yang berharga kepada mereka.
Manakala, ada pelajar bekerja dari rumah dan sebahagian daripadanya mereka
turut mengalami kesukaran bekerja dari rumah kerana tidak dapat fokus serta
mempunyai masalah komunikasi dalam hal kerja.
Jadual 4: Pengalaman Bekerja Selepas Tamat Tempoh PKP.
Informan 1 Pengalaman bekerja selepas tamat tempoh PKP saya
diberikan tugas untuk mengendalikan program2 khidmat
masyarakat bagi penduduk2 yang terjejas dengan krisis covid
19.
Informan 2 Selepas tamat tempoh PKP, saya diarahkan untuk work from
home di mana majikan akan berikan tugas dan perlu siapkan
untuk tempoh yang telah ditetapkan. Bagi saya ia merupakan
satu pengalaman baru dimana saya perlu menyiapkan tugas-
tugas di rumah dan komunikasi antara pekerja seperti
415
meeting dijalankan dalam teknologi serba canggih seperti
microsoft teams.
Informan 3 Saya ditugaskan untuk membantu rakan sekerja meneliti
borang-borang penerima bantuan dan menyusun mengikut
kategori di dalam file. Saya juga merancang program pada
masa akan datang dan merangka kertas kerja.
Informan 4 Pengalaman bekerja selepas tamat tempoh PKP ialah saya
banyak mengurus tentang urusan pejabat seperti membuat
kertas kerja untuk program yg akan datang.Antaranya
program ke rumah anak yatim, pameran Kemanusiaan di
Mall.Saya juga menyusun data-data yang diambil semasa
mengagihkan bantuan mengiruh daerah dan kategori yang
menerima bantuan.
Informan 5 Setelah pandemik covid 19 berkurangan kami masih lagi
perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan agar covid 19
tidak berleluasa. Apa yang saya dapat ialah bekerja perlu
memakai mask mungkin sukar untuk bercakap dengan
pelanggan yang hadir akan tetapi iti adalah sbagai langkah
mencegah covid 19. Dalam pada itu, masa yang
diperuntukkan untuk pelanggan juga dipendekkan sehingga
menyebabkan terdapat pertambahan pelanggan dalam satu
masa sehingga memerlukan tenaga yang lebih untuk bekerja.
Informan 6 Masa urusan kaunter dipendekkan menyebabkan
pertambahan kerja dan perlu disiapkan dalam masa yang
terdekat. Oleh itu, saya dapat belajar untuk melakukan
pelbagai tugasan dan saya dapat memahami setiap tugasan
yang dilakukan dengan lebih jelas. Walaupun, bekerja dalam
tempoh PKPP agak memenatkan kerana perlu mengikut
prosedur yang ditetapkan dan hanya tinggal saya seorang
sahaja pelajar latihan industri, ia memberi peluang kepada
saya untuk mengetahui lebih jelas terhadap sesuatu perkara
yang perlu saya lakukan.
Informan 7 Apabila sekolah telah dibuka, kami perlu mensanitasi sekolah
dan membuat tanda yang perlu agar berlaku penjarakan sosial
di dalam sekolah.pelajar dan guru cuba untuk menyesuaikan
416
diri dengan norma baharu. Pengajaran dan pembelajaran
dalam suasana norma baharu di sekolah berjalan lancar.
Informan 8 Semuanya berjalan dengan lancar. Saya dapat belajar tentang
perkara baru yang saya tidak tahu sebelum ini.
Informan 9 Bekerja dengan masa yang terhad seperti pulang lebih awal
dari hari biasa, sukar untuk berkomunikasi dan berjumpa
dengan staff lain kerana mereka diberi cuti mengikut giliran.
Informan 10 Saya tidak lagi bekerja selepas tamat tempoh PKP kerana
syarikat saya sudah tutup.
Informan 11 Selepas PKP, perasaan saya juga sangat bimbang pada
awalnya kerana saya di sektor kerajaan akan berjumpa orang
ramai untuk membantu menyelesaikan urusan mereka.
Selepas PKP, kerajaan mengumumkan boleh membuka
pejabat kerajaan untuk orang ramai. Jadi pada awalnya, orang
ramai sangat bersesak dan tanpa kawalan dan ada yang tidak
mengikut sop yang ditetapkan. Jadi, pelajar praktikal yang
berhadapan orang ramai untuk memastikan perkhidmatan
kami berjalan lancar. Dan pihak atasan mengambil langkah
yang lebih efektif iaitu membuat temujanji terlebih dahulu.
Untuk makluman Dr, saya LI di Pejabat Agama Islam Daerah
di ibu negeri, jadi terlalu ramai yang ingin membuat
permohonan berkahwin dan lain-lain. Ini adalah pengalaman
yang baru bagi saya kerana sangat sibuk bekerja membantu
pihak atasan kerana kekurangan staf yang cuti bergilir-gilir
mengikut bahagian pentadbiran masing-masing.
Informan 12 Menamatkan tempoh latihan industri pada tarikh asal yang
menyebabkan kerja dari rumah sahaja. Tidak banyak, tetapi
dibuat dengan selesai.
Informan 13 Jalan raya tidak sesepi ketika tempoh PKP berjalan dan
normal baharu dirasakan perkara biasa.
Informan 14 Setelah tamat tempoh PKP, kami dibenarkan bekerja tetapi
mengikut SOP yg telah ditetapkan. Segalanya berbeza kerana
kami perlu bekerja dengan norma baharu. Mungkin, separuh
program yg kami bincangkan terpaksa dibatalkn atau ditunda
417
namun ianya menjadi cabaran kepada kami sebagai pejalar
latihan industri dalam mempelajari alam pekerjaan.
Informan 15 Mudah untuk berkomunikasi dan menerima arahan daripada
majikan dan lebih mudah melakukan kerja di pejabat
daripada rumah.
Jadual 4 menunjukkan bahawa sebahagian daripada pelajar-pelajar latihan
indutri USIM telah menyambung latihan mereka di tempat kerja dan bekerja
dengan norma baharu dan ini juga merupakan pengalaman yang sangat berharga
buat mereka. Terdapat juga pelajar yang bekerja dari rumah, dan terdapat juga
pelajar yang tidak bekerja selepas PKP kerana syarikat majikannya telah tutup
akibat kesan langsung daripada COVID 19.
Jadual 5: Pengajaran yang diperolehi daripada pandemik COVID 19.
Informan 1 Pengajaran yang saya dapat perolehi, satu dunia haruslah
bekerjasama dalam menangani isu pandemic seperti ini,
selain tu masyarakat juga tidak boleh memandang enteng
dengan sifat pentingkan diri sendiri, kerana ia sangat
meberbahaya kepada kesihatan dan nyawa manusia.
Informan 2 Pengajaran daripada pandemik covid 19 ini adalah kesihatan
merupakan anugerah yang paling berharga dalam hidup kita.
Kita sebagai manusia perlu hargai kesihatan yang kita
perolehi dengan menjaga kesihatan baik dari segi
kebersihan,pemakanan dan sebagainya. Masyarakat juga
perlu bersatu dalam negara kita secara tidak langsung kita
membantu frontliners yang bersusah payah melindungi kita
daripada wabak covid 19 ini.
Informan 3 Sangat penting untuk kita saling membantu antara satu sama
lain.
Informan 4 Pengajaran diperolehi ialah ketika saya menziarahi asnaf,
mereka banyak kehilangan punca pendapatan.Mereka juga
mengharapkan bantuan daripada masyarakat luar.Banyak
kemudahan dan supermarket yang tutup,di sini banyak
membeban masyarakat dalam mendapatkan pekerjaan dan
418
makanan.Pengajarannya ialah merilah sama-sama kita
melindungi dan menjaga diri dari COVID 19.
Informan 5 Bagi saya pandemik covid 19 ini adalah sebahagian daripada
pengajaran untuk kita semua agar sentiasa berayukur dengan
apa yang kita ada. Selain itu, ianya adalah satu
tanggungjawab untuk kita semua sentiasa menjaga antara
satu sama lain agar pandemik covid 19 dapat dilupuskan.
Informan 6 Kesan daripada pandemik ini, kita perlu sentiasa bersedia
dalam apa jua keadaan dan perlu berusaha untuk belajar
melakukan sesuatu yang baru.
Informan 7 Kita hendaklah menjaga kebersihan diri, kesihatan diri dan
orang lain, keselamatan diri dan orang lain, harga barangan
kawalan dikawal oleh bihak berkuasa dengan ketat, saling
ingat mengingati dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan
dan sentiasa cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana
norma baharu.
Informan 8 Pengajaran yang saya perolehi daripada pandemik Covid 19
ialah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Maksudnya di sini, jika kita tidak dibelenggu dengan wabak
Covid 19 ini, mungkin kita tidak ingat tentang kepentingan
bersama ahli keluarga.
Informan 9 Mengajar untuk sentiasa bersabar, muhasabah diri dengan
ujian yang diberi dan disebalik berlaku nya pandemik covid19
mengajar kita untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, alam
sekitar, dan mampu memberi peluang kepada ibu bapa yang
selalu bekerja untuk meluangakn masa dengan keluarga
terutama dengan anak-anak.
Informan 10 Jangan pentingkan diri sendiri dan setiap orang perlu sentiasa
memikirkan kemaslahatan sesama manusia.
Informan 11 Saya sangat bersyukur kerana negara kita masih di dalam
kawalan yang baik. Jadi bagi saya patuhilah SOP yang
ditetapkan oleh MKN kerana saya dapat merasakan menjadi
seorang fronliner sangat susah dan mencabar.
419
Informan 12 Manusia punya perasaan kasih untuk saling tolong menolong,
manusia punya jiwa dan fikiran yang membantu diri
mencegah penyakit bersama-sama. Tanggungjawab barisan
hadapan dan masyarakat dilihat sangat memberangsangkan
pada awal PKP kerana ibarat suasana.
Informan 13 Musibah itu adalah sebagai ujian daripada Allah untuk
hambaNya. Antara hikmah yang dapat diperoleh adalah
dapat berkumpul dan mengeratkan ukhuwah bersama
keluarga. Selain itu, kebersihan dijadikan fokus utama yang
mungkin diabaikan oleh sesetengah pihak sebelum ini.
Informan 14 Pada waktu sebegini, kita sebagai rakyat malaysia perlu saling
bersatu supaya pandemik Covid 19 ini dpt dihapuskan bukan
shja di malaysia tetapi di seluruh dunia. Kita perlu bersatu
hati demi menghapuskan virus ini yg mana ia memberikan
banyak kesan buruk bukan sahaja kpd kesihatan tetapi turut
memberikan kesan yg negatif terhadap ekonomi negara.
Informan 15 Sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
Jadual 5 menunjukkan bahawa sebahagian daripada pelajar-pelajar latihan indutri
USIM telah mempelajari beberapa perkara yang penting sebagai panduan dalam
kehidupan mereka yang mendatang. Antaranya ialah sikap bertanggung jawab menjaga
diri sendiri dan juga orang lain iaitu dengan menjaga kebersihan diri, memakai penutup
muka, sanitasi dan juga menjaga penjarakan sosial bagi mencegah penularan COVID 19.
PENUTUP
COVID-19 bukan sekadar penyakit berjangkit biasa. Hingga sekarang ,masih belum reda.
Saban hari angka mereka yang dijangkiti dan mereka yang menemui ajal akibat
pendemik ini semakin meningkat. Setakat ini di seluruh dunia, belum ada tanda-tanda
bahawa ia akan reda dalam masa terdekat. Namun demikian, Malaysia mencatatkan
angka yang kecil dan boleh dikawal. Alhamdulillah, ini satu pencapaian baik buat negara
kita. Dari sudut yang lain, ia telah mengubah cara hidup masyarakat secara
keseluruhannya. Ia telah memberi pengalaman yang berharga kepada semua tidak
terkecuali bagi pelajar Latihan Industri USIM.
420
RUJUKAN
Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19, 16 Mac 2020.
Yi-Chi Wua, Ching-Sung Chena, Yu-Jiun Chana. 2020. The outbreak of COVID-19: An
overview. Journal of China Medical Association.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpb-tamat-diganti-dengan-pkp-
pemulihan-mulai-10-jun-246050
https://www.who.int/news-room/detail/27-04-2020-who-timeline---COVID-19
https://www.worldmeters.info
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666122/kronologi-COVID-19-di-
malaysia
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4318-al-kafi-1657-hukum-solat-
jumaat-dalam-suasana-COVID-19
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/665783/COVID-19-tiada-solat-
jemaah-jumaat-di-masjid-selama-10-hari-mufti-ns
https://www.pmo.gov.my/ms/2020/03/perutusan-khas-yab-perdana-menteri-mengenai-
COVID-19-16-mac-2020-2/
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/normal-baharu-ini-kelainan-menyambut-
aidilfitri-dalam-suasana-pandemik-243938
https://www.treasury.gov.my/pdf/Booklet-PRIHATIN-BM.pdf
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666122/kronologi-COVID-19-di-
malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/08/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-ogos-2020-situasi-
semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-COVID-19-di-malaysia/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/665783/covid-19-tiada-solat-
jemaah-jumaat-di-masjid-selama-10-hari-mufti-ns
top related