oleh: faridah binti ismail - unimas institutional repository antara pola personaliti dan... ·...
Post on 02-Apr-2019
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KESELARASAN ANTARA POLA PERSONALITI DAN PERSEKITARAN DENGAN
KERJAYA: SATU KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR KAUNSELING
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK (UNIMAS)
Oleh:
Faridah Binti Ismail
Projek ini merupakan salah satu keperluan kursus untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan
Kepujian (Kaunseling) dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Malaysia Sarawak
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan keizinan dan
keberkatan-Nya kajian ini berjaya disempurnakan. Dalam usaha menyempurnakan kajian ini
ramai individu yang telah terlibat memberi sumbangan bagi menjayakannya.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Jamayah
Bt. Saili selaku penyelia kajian ini yang telah memberi tunjuk ajar dalam menyelesaikan
kajian ini. En. Mohd. Razali B. Othman selaku Ketua Program Kaunseling, Fakulti Sains
Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Malaysia Sarawak yang sudi
meluangkan masa untuk memberi bimbingan dalam menyiapkan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada Profesor Madya Dr. Sidek Mohd. Noah selaku Pensyarah di
Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang yang sudi memberi
pertolongan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kajian ini. Pn. Rokiah Bt. Buyong selaku
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) Johor
Bharu yang banyak memberi nasihat, pendapat, sokongan, tunjuk ajar dan bimbingan dalam
menyempurnakan kajian ini.
Buat keluarga yang tercinta iaitu En. Ismail B. Hj. Mohd (abah), Pn. Aminah Bt. Sujan
(emak) dan adik-adik yang banyak berkorban, memberi semangat, sokongan dan memahami
akan kepayahan dan kesakitan yang dialami serta dirasai semasa menyempurnakan kajian ini.
Mohd. Husaihari B. lamel dan Kamurudin B. Ahmed lunaidi serta semua ternan seperjuangan
yang tidak jemu memberi pertolongan. Semua responden dan orang-perseorangan yang telah
memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam usaha mengumpul data dalam
kajian ini.
Sekalung penghargaan buat kalian semua dan semoga bantuan serta pertolongan yang
diberi dibalas dengan kebaikan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan
kekurangan yang ada datangnya dari diri saya sendiri.
III
ABSTRAK
Keselarasan antara Pola Personaliti dan Persekitaran dengan Kerjaya di Kalangan Pelajarpelajar Kaunseling di Universiti Malaysia Sarawak
Faridah Binti Ismail
K~iian ini dijalankan di kalangan pelajar-pelajar yang mengikuti bidang pengajian Kaunseling di Universiti Malaysia Sarawak. Bilangan sampeJ yang terlibat dalam kajian ini berjumlah 78 orang pelajar tahun satu hingga tiga. Kajian ini bertujuan untuk melihat pola personaliti dan persekitaran yang wujud di kalangan pelajar-pelajar yang mengikuti bidang pengajian Kaunseling. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan alat ukuran Vocational Preference Inventory atau VPI yang dicipta oleh Holland dan telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu oleh Sidek (1996). Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Peri sian SPSS. Statistik Deskriptif digunakan untuk menentukan jenis personaliti dan persekitaran sampel kajian manakala Statistik Inferensi menggunakan Ujian-T dan ANOVA untuk menguji kesahihan hipotesis. Indeks Kongruen Iachan digunakan untuk menentukan tahap kongruen pola personaliti dan persekitaran sampel kajian. Didapati pola personaliti dan persekitaran pelajar-pelajar yang mengikuti bidang pengkhususan Kaunseling adalah S-E-I. Hasil kajian mendapati wujud keselarasan antara pola personaliti dan persekitaran sampel kajian dengan bidang pengkhususan yang diceburi berdasarkan Teori Holland (1973, 1985a).
IV
ABSTRACT
The Congruence between Personality and Environments with Career among Counseling Students in Universiti Alalaysia Sarawak
Faridah Binti Ismail
This research was carried out among counseling students in Universiti l\1alaysia Sarawak including r l to 3rd year students. The total amount ofsamples involved was 78 students. The main aim ofthe research is to identify the types ofpersonality and environments exist among them. This research use Vocational Preference Inventory as a measure instrument that was invented by Holland and Sidek (1996) had translated it to Malay Language. Then, the data obtained jrom the research was analyzed using SPSS; Descriptive Statistic was used to determine the types ofpersonality and environment while Inference Statistic involving T-test and ANOVA was used to the hypothesis. Besides, lachan Congruence index was used to determine the congruence level of types ofpersonality and environment. Based on the result obtained from the research, S-E-I was the type ofpersonality and environment for most ofthe respondents. This result showed that, there exist congruence between the types ofpersonality and environment and the field, which they involved based on Holland theory (1973, 1985a).
v
KANDUNGAN
Penghargaan iii
Abstrak iv
Abstract v
lsi Kandungan vi
Senarai Jadual ix
Senarai Rajah xii
Senarai Singkatan xiii
1. Bab 1 Pengenalan
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang kajian 4
1.3 Pernyataan masalah 8
1.4 Objektif kajian 9
1.5 Hipotesis kajian 11
1.6 Kerangka konsepsual 12
1.7 Kepentingan kajian 12
1.8 Limitasi kajian 14
1.9 Definisi Operasional dan konsepsual 15
1.10 Latar belakang organisasi 28
1.11 Kesimpulan 29
VI
,.
2. Bab 2 Sorotan Kajian
2.1 Pengenalan 30
2.2 Kajian lepas luar negara 30
2.3 Kajian lepas dalam negara 33
2.4 Kesimpulan 35
3. Bab 3 Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka bentuk kajian 36
3.3 Populasi dan persampelan 36
3.4 Alat kajian 37
3.5 Prosedur kajian 41
3.6 Penganalisisan data 42
3.7 Kesimpulan 42
4. Bab 4 Analisis Data
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Bahagian A: Demografi sampel 45
4.3 Analisis Bahagian B: Vocational Preference Inventory 48
4.4 Analisis Bahagian C: Pendapat sampel 60
4.5 Pengujian Hipotesis 64
4.6 Kesimpulan 70
Vll
5. Bab 5 Perbincangan dan Cadangan
5.1 Pengenalan 7]
5.2 Perbincangan
5.2.1 Taburan sampel kajian 72
5.2.2 Pola personaliti dan persekitaran 74
5.2.3 Keputusan hipotesis kajian 80
5.2.4 Pendapat sampel 84
5.3 Implikasi kajian 86
5.4 Cadangan kajian 87
5.5 Kesimpulan 88
6. Rujukan 90
7. Lampiran
Lampiran A: Soal Selidik
Lampiran B: Item-item yang mewakili subskala Vocational
Preference Inventory
Lampiran C: Pol a Personaliti dan persekitaran setiap sampel kajian
Vlll
I
SENARAI JADUAL
No. ladual Tajuk Muka Surat
4.1 44Taburan sampel dan bilangan set soal selidik
4.2 46Taburan sampel mengikut tahun pengajian
4.3 Taburan sampel mengikut jantina 47
4.4 Taburan sampel kajian mengikut kaum 47
4.5 Taburan sampel kajian mengikut kelayakan masuk 48
universiti
4.6 Taburan sampel kajian mengikut aliran pendidikan di 49
sekolah
4.7 Skor min dan sisihan lazim bagi jenis personaliti dan 50
persekitaran pelajar-pelajar kaunseling berdasarkan tahun
pengajian
4.8 Analisis Kod Tiga Huruf pengkaji dengan Kod Tiga Huruf 51
Holland mengikut tahun pengajian
4.9 Skor min dan sisihan lazim bagi jenis personaliti dan 52
persekitaran pelajar-pelajar kaunseling berdasarkan jantina
4.10 Analisis Kod Tiga Huruf pengkaji dengan Kod Tiga Huruf 53
Holland mengikut jantina
4.11 Skor min dan sisihan lazim bagi jenis personaliti dan 54
persekitaran pelajar-pelajar kaunseling berdasarkan kaum
4.12 Analisis Kod Tiga Huruf pengkaji dengan Kod Tiga Huruf 55
Holland mengikut kaum
ix
4.13 Skor mm dan sisihan lazim bagi jenis personaliti dan 56
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
4.19
4.20
4.21
4.22
4.23
4.24
4.25
4.26
persekitaran pelajar-pelajar kaunseling berdasarkan
kelayakan masuk universiti
Analisis Kod Tiga Huruf pengkaji dengan Kod Tiga Huruf 57
persekitaran pelajar-pelajar kaunseling berdasarkan aliran
pendidikan di sekolah
pengkhususan
berdasarkan bidang pengkhususan
bidang pengkhususan
Holland mengikut kelayakan masuk universiti
Skor min dan sisihan lazim bagi jenis personaliti dan 58
Analisis Kod Tiga Huruf pengkaji dengan Kod Tiga Huruf 59
Holland mengikut aliran pendidikan di sekolah
Taburan pendapat sampel mengikut minat terhadap bidang 60
Taburan pendapat sam pel mengikut faktor yang 61
mempengaruhi pemilihan bidang pengkhususan
Taburan pendapat sampel terhadap kerjaya masa hadapan 62
Taburan pendapat sampel terhadap personaliti berdasarkan 63
Keputusan kajian hipotesis 1 64
Keputusan kajian hipotesis 2 65
Keputusan kajian hipotesis 3 66
Keputusan kajian hipotesis 4 66
Keputusan kajian hipotesis 5 67
Keputusan kajian hipotesis 6 68
x
I
4.27 Rurnusan hipotesis kajian secara keseluruhan 69
Xl
I
SENARAlRAJAH
Rajah Tajuk Muka Surat
1. Model Heksagon hubungan antara jenis personaliti dan 6
persekitaran Holland
2. Model Heksagon untuk mengenalpasti kesamaan antara 27
jenis personaliti dan persekitaran Holland
Xll
I
SENARAI SINGKATAN
R = Realistik
1 = Investigatif
A = Artistik
S = Sosial
E = Enterprising
C = Conventional
M = min
f = Frekuensi
SL = Sisihan lazim
STPM = Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia
UNIMAS = Universiti Malaysia Sarawak
n = Sampel kajian
xiii
BAB1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Manusia cenderung untuk belajar dan memahami diri sendiri serta orang lain di
persekitaran mereka. Situasi ini juga berlaku dalam bidang pekerjaan dan pendidikan
dengan memahami diri mereka serta persekitaran kerja dalam memperolehi penyesuaian
diri. Sekiranya bidang pengajian dan kerjaya yang dilakukan selaras dengan personaliti
dan persekitaran kerja, mereka cenderung untuk meneruskan pengajian dan kerjaya
dengan tempoh yang lebih lama dan bermotivasi dalam melakukannya.
Hakikatnya yang ada dalam diri kita adalah lebih penting daripada apa yang dilihat
dari Iuar secara fizikal. Hal ini berkaitan dengan nilai dalaman seseorang yang merupakan
ciri-ciri keperibadian yang lebih tekal. Nilai tersebut merupakan tret personaliti seseorang.
Menurut Allport dalam Asmawati (1993) menyatakan bahawa tret merupakan keseluruhan
dan fokus kepada sistem saraf yang berkeupayaan berfungsi untuk menghantar
rangsangan dan untuk menerima serta mengarah secara tetap perkara yang berkaitan
dengan penyesuaian dan menerangkan perlakuan.
Hal ini dapat dikaitkan dengan perlakuan individu terutamanya apabila mereka berada
di bidang pengajian dan pekerjaan khususnya yang selaras dengan personaliti mereka.
Individu dapat dilihat melakukan sesuatu perkara dengan tetap dan seragam kerana
kelakuan dan tindakan mereka itu wujud bersesuaian dengan personaliti mereka. Individu
cenderung dan berminat untuk melakukan sesuatu perkara apabila rangsangan yang
1
diterima sejajar dengan personaliti mereka. Dari keadaan yang demikian, individu dapat
menggunakan potensi yang ada dalam diri mereka untuk memajukan diri melalui kerjaya
yang bakal mereka ceburi. Menurut Muhd. Mansor dan Siti Nordinar (1989) menyatakan
sesuatu kerja yang dilakukan oleh sese orang dengan penuh sedar dan mendatangkan
manfaat kepada dirinya serta diri orang lain sepanjang hayat merupakan kerjaya yang
kekal. Dari itu, keselarasan antara personaliti dengan kerjaya penting dalam menjamin
kerjaya yang dilakukan.
Di samping itu juga, pemilihan bidang kerjaya menjadi agak kompleks dalam
memenuhi keinginan, kebolehan dan mengembangkan potensi diri yang ada pada setiap
manusia. Pembangunan yang dialami oleh negara menyebabkan bidang pekerjaan dilihat
sebagai satu lapangan yang digunakan manusia untuk menjana kehidupan mereka. Dari
itu, kerjaya dianggap penting dan pemilihannya bergantung kepada individu itu sendiri
sarna ada bersesuaian dengan mereka atau sebaliknya. Malah, sejak kecil lagi individu
telah didedahkan dengan pendidikan formal dan berinteraksi dengan persekitaran mereka
untuk mendapatkan pengalaman yang dilihat sebagai pendidikan tidak formal yang
digunakan dalam pemilihan kerjaya.
Pemilihan kerjaya juga dilihat sebagai satu tindakan merancang masa depan untuk
mendapatkan peluang-peluang yang ada dengan tujuan memperkembangkan potensi diri
dan membentuk perkembangan peribadi. Menurut Muhd. Mansor dan Siti Nordinar
(1989) menyatakan perancangan masa depan melalui kerjaya merupakan pengamatan
terhadap peluang-peluang yang boleh diambil dan dapat membimbing perkembangan dan
membentuk peribadi. Malah, pembentukan dan perkembangan peribadi ini membawa diri
2
F'"
individu kepada satu nilai dan tujuan yang selaras dengan kehendak kerjaya sehingga
dapat membuktikan kemampuan diri.
Dari hal yang demikian, kewujudan pelbagai institusi pendidikan membuktikan
bahawa penyesuaian kerjaya telah dibentuk sejak di bangku sekolah lagi. Menurut
Hussein (1993) menyatakan proses penyaluran penuntut berdasarkan kesesuaian kerjaya
sebenarnya boleh bermula di peringkat sekolah rendah kerana penggredan adalah
berdasarkan tahap keupayaan dan kapasiti yang dapat dicapai sese orang dalam bidang
pendidikan formal. Hal ini dapat dilihat dengan usaha pihak kerajaan menyediakan
institusi pendidikan berdasarkan kemahiran dan akademik. Begitu Juga di Institusi
Pendidikan Tinggi yang menawarkan pelbagai bidang kursus yang telah dipecahkan
kepada sub-sub bidang pengkhususan pelbagai peringkat berdasarkan prestasi dan
pencapaian pelajar.
Di samping itu, belia yang meneruskan pengajian mereka dalam bidang pendidikan
telah ditentukan dengan pelbagai cara bagi mengiktiraf dan membuktikan bahawa mereka
berkelayakan dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan bidang. Menurut Hussein (1993),
sekolah juga membahagikan belia dengan pelbagai cara melalui sijil persekolahan dan
ijazah yang merupakan keperluan utama bagi menentukan jenis pekerjaan dengan
membawa imej yang berbeza kepada masyarakat, had potensi dan tahap pre stasi graduan
jenis persekolahan itu. Usaha kerajaan ini membuktikan bahawa kerajaan berusaha
membantu golongan belia untuk menyalurkan minat dan potensi diri mereka menerusi
pembahagian jenis-jenis sekolah dan bidang-bidang pengajian dalam penyesuaian kerjaya.
Malah, penyesuaian kerjaya berdasarkan personaliti yang dilaksanakan di peringkat
3
....
sekolah dan institusi pendidikan yang lebih tinggi merupakan median perantaraan yang
boleh digunakan oleh golongan belia sebagai langkah persediaan untuk bekerja.
Dari hal yang demikian, keselarasan pola personaliti dengan kerjaya penting dalam
memastikan setiap individu sesuai dengan sesuatu bidang pekerjaan yang mereka ceburi.
Malahan itu juga, kepuasan kerja dan hidup akan diperolehi sekiranya mereka ini dapat
menggunakan potensi diri mereka melalui kerjaya yang dilakukan.
1.2 Latar belakang kajian
Memperolehi pekerjaan oleh setiap individu merupakan salah satu matlamat dalam
meneruskan kehidupan yang mencabar terutama kepada pelajar-pelajar yang telah
menamatkan pengajian mereka di peringkat universiti dalam satu-satu bidang
pengkhususan. Melalui pekerjaan yang diperolehi seseorang individu mampu
menghasilkan pulangan berbentuk ganjaran atau hadiah yang digunakan dalam
meneruskan kehidupan. Malah, pekerjaan yang dilakukan mampu memberi kepuasan dari
segi ekonomi, sosial, kerja dan diri individu tersebut.
Namun yang demikian, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi individu untuk
mencapai kepuasan diri dan matlamat mereka. Antara faktor yang dapat merealisasikan
hasrat tersebut adalah aspek keselarasan atau kesesuaian pola personaliti dengan bidang
yang diceburi mereka sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. Menurut Klien dan Wiener
dalam Sidek (2002) menyatakan semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personaliti
dengan keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang
itu berjaya.
4
pi
Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Holland (1973, 1985a), beliau
mengandaikan bahawa:
1. Manusia boleh dikategorikan kepada salah satu daripada enam jenis personaliti
iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising at au Conventional.
2. Terdapat enam jenis persekitaran kerja iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial,
Enterprising dan Conventional.
3. Manusia akan mencari persekitaran yang boleh memberi peluang kepada mereka
untuk mempraktiskan kemahiran, keupayaan, melahirkan sikap, nilai dan bersedia
dalam memainkan peranan serta berhadapan dengan masalah yang wujud dalam
persekitaran tersebut.
4. Tingkah laku individu akan ditentukan oleh interaksi antara personaliti dengan
ciri-ciri persekitaran mereka.
5. Darjah keselarasan antara individu dengan kerjaya (persekitaran) mereka boleh
ditentukan oleh model Heksagon.
6. Darjah atau tahap konsisten antara individu atau persekitaran juga boleh
dikenalpasti dengan menggunakan model Heksagon.
7. Darjah perbezaan indvidu atau persekitaran boleh dijelaskan melalui profil diri,
dari kod pekerjaan at au interaksi individu tersebut.
5
P • Ai
Realistik Investigatif ~------------------~
Conventional Artistik
Enterprising
Rajah 1: Model Heksagon hubungan antara jenis personaliti dan
persekitaran Holland (1985a)
Malahan itu, pendidikan yang pernah diterima individu merupakan persediaan untuk
menempuh alam pekerjaan. Individu yang kurang berminat dan merasakan bidang
pengkhususan yang diceburi mereka ketika di insitusi pendidikan tidak sesuai dengan diri
boleh mempengaruhi prestasi dan pencapaian dalam akademik mereka. Selain dari
kurang minat terhadap bidang pengkhususan yang diceburi, masalah tekanan dan motivasi
diri juga dihadapi dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar. Motivasi yang
rendah dalam diri para pelajar mengakibatkan mereka kurang berminat dan hHang
tumpuan dalam melaksanakan tanggungjawab. Situasi yang dihadapi ini mampu
mempengaruhi reputasi akademik para pelajar yang akan menentukan masa depan
6
p :1
terutama sekali apabila mencan pekerjaan setelah selesai menamatkan pengajian dari
institusi pendidikan tinggi.
Di samping itu, berlakunya pertukaran program setelah beberapa semester berlalu dan
menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa mengambil masa yang lama untuk menamatkan
pengajian mereka. Hal ini berlaku kerana pekerja-pekerja tersebut merasakan bahawa
bidang pengkhususan yang diceburi oleh mereka tidak sesuai dengan diri mereka. Malah,
pelajar-pelajar yang tidak berminat dengan bidang pengkhususan tersebut akan
mengambil sikap sambi 1 lewa terhadap tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang
pelajar. Sikap sambi 1 lewa dan tidak bertanggungajawab ini dapat dilihat dengan
kehadiran pelajar-pelajar dalam kuliah. Masalah ketidakhadiran juga tinggi kerana
disebabkan kurang berminat dengan matapelajaran yang diajar berkaitan dengan bidang
pengkhususan yang diceburi mereka.
Selain itu, pelajar-pelajar tersebut tidak berminat untuk mengikuti setiap program yang
dianjurkan oleh pensyarah mahupun kelas. Situasi ini disebabkan oleh kurangnya minat
pelajar untuk bersosial dan berinteraksi dengan persekitaran mereka. Hal ini menyebabkan
kemahiran berkomunikasi yang dimiliki oleh pelajar-pelajar tidak efektif dan keyakinan
diri mereka untuk berhubung dengan orang ramai juga rendah. Keadaan ini menghasilkan
pelajar atau graduan universiti yang tidak memenuhi kehendak dan pasaran kerja.
Dari hal yang demikian, situasi-situasi yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut
mendorong kajian mengenai keselarasan antara pola personaliti dengan kerjaya
7
p
dilaksanakan untuk melihat jenis personaliti yang wujud di kalangan pelajar tersebut
dalam mengikuti bidang pengkhususan yang akan menentukan kerjaya mereka.
1.3 Pernyataan masalah
Pekerjaan merupakan satu lapangan hidup seseorang individu dalam mencapai
matlamat kehidupan mahupun organisasi. Hampir kesemua individu mempunyai cita-cita
dan keinginan untuk memajukan diri melalui kerjaya yang dilakukan. Rasa kecewa dan
ketidakpuasan sering dirasai apabila tiada perubahan positif yang berlaku dalam kerjaya
yang dilakukan.
Pada kebiasaannya, individu cenderung bertukar-tukar atau tidak kekal dengan sesuatu
perkara apabila wujud peluang yang boleh memberi faedah kepada mereka. Peluang yang
ada digunakan untuk memajukan diri dan mencapai cita-cita mereka dalam bidang
pendidikan khususnya yang akan menentukan kerjaya yang diceburi. Malah, menjadi satu
masalah kepada institusi pendidikan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini.
Di samping itu juga, pelajar-pelajar yang sedang mengikuti bidang pengajian yang
yang tidak mempunyai keselarasan dengan personaliti mereka mudah merasa bosan dalam
melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar. Malah, gejala-gejala tekanan dapat dilihat di
kalangan pelajar-pelajar dari s~gi kelakuan, emosi dan mental. Hal ini kerana pelajar
pelajar hilang minat dan motivasi untuk meneruskan pengajian serta ditambah dengan
beban tugas yang tidak pernah selesai. Akibatnya pelajar-pelajar cenderung berkelakuan
ganas dan kasar semasa menjalankan tugasnya seperti mengendalikan peralatan institusi
pendidikan dengan kasar, sering mendengus dan mudah mengeluarkan kata-kata yang
8
agak kasar kepada rakan-rakan sekuliah dan sebilik. Mereka juga senng mengalami
gangguan kesihatan dan emosi yang tidak stabil.
Namun yang demikian, pihak institusi pendidikan memberi peluang kepada pelajar
pelajar untuk memilih bidang pengajian yang mereka minat. Walau bagaimanapun,
pelajar-pelajar tersebut diberi peluang untuk memilih dan mengikuti bidang yang mereka
minat namun yang menjadi persoalan adalah adakah jenis personaliti dan persekitaran
pelajar tersebut sesuai dengan bidang pengajian yang ditawarkan? Adakah bidang
pengajian yang diceburi oleh mereka ini selaras dengan pola personaliti-persekitaran yang
diandaikan berdasarkan Teori Holland (1973, 1985a)? Apakah jenis personaliti dan
persekitaran yang wujud di institusi pendidikan dalam keselarasan pola personaliti dengan
bidang pengajian yang diceburi pelajar-pelajar mereka?
Persoalan yang timbul dari situasi yang berlaku dalam institusi pendidikan
mendorong kajian ini dijalankan dalam melihat keselarasan antara pola personaliti dan
persekitaran para pelajar dengan bidang pengkhususan yang diceburi dan akan
menentukan kerjaya mereka setelah menamatkan pengajian.
1.4 Objektif kajian
1.4.1 Objektif umum:
Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk melihat jenis pola personaliti dan
persekitaran yang wujud di kalangan pelajar-pelajar Kaunseling Universiti
Malaysia Sarawak berdasarkan bidang pengkhususan yang diceburi.
9
.. ip QA _ ....._---------------------------------
1.4.2 Objektif Khusus:
1.4.2.1 Mengenalpasti sarna ada pola personaliti pelajar-pelajar Kaunseling selaras
dengan personaliti dan persekitaran yang diandaikan oleh Holland (1973, 1985a)
berdasarkan pengkhususan yang diceburi.
1.4.2.2 Mengenalpasti sarna ada terdapat perbezaan pola personaliti dan persekitaran
yang signifikan di kalangan pelajar-pelajar Kaunseling berdasarkan jantina.
1.4.2.3 Mengenalpasti sarna ada terdapat perbezaan pola personaliti dan persekitaran
yang signifikan di pelajar-pelajar Kaunseling berdasarkan kaurn.
1.4.2.4 Mengenalpasti sarna ada terdapat perbezaan pola personaliti dan persekitaran
yang signifikan di kalangan pelajar-pelajar Kaunseling berdasarkan kelayakan
pendidikan rnasuk universiti.
1.4.2.5 Mengenalpasti sarna ada terdapat perbezaan pola personaliti dan persekitaran
yang signifikan di kalangan pelajar-pelajar Kaunseling berdasarkan aliran
pendidikan di sekolah.
1.4.2.6 Mengenalpasti sarna ada terdapat perbezaan pola personaliti dan persekitaran
yang signifikan di kalangan pelajar-pelajar Kaunseling berdasarkan tahun
pengajian.
10
p
1.4.2.7 Mengenalpasti pendapat pelajar-pelajar Kaunseling terhadap bidang
pengkhususan yang diceburi, faktor yang mendorong pemilihan bidang dan
kerjaya yang akan diceburi selepas menamatkan pengajian.
1.5 Hipotesis kajian
1.5.1 Ho: Tiada perbezaan yang signifikan antara personaliti dan persekitaran di
kalangan pelajar-pelajar melalui bidang pengkhususan Kaunseling yang diandaikan
oleh Holland (1973, 1985a) iaitu pola personaliti Sosial-Enterprising-Artistik (SEA).
1.5.2 Ho: Tiada perbezaan pola personaliti dan persekitaran yang signifikan di kalangan
pelajar-pelajar Kaunseling melalui bidang pengkhususan yang diceburi berdasarkan
jantina.
1.5.3 Ho: Tiada perbezaan pola personaliti dan persekitaran yang signifikan di kalangan
pelajar-pelajar Kaunseling melalui bidang pengkhususan yang diceburi berdasarkan
kaum.
1.5.4 Ho: Tiada perbezaan pola personaliti dan persekitaran yang signifikan di kalangan
pelajar-pelajar Kaunseling melalui bidang pengkhususan yang diceburi berdasarkan
kelayakan pendidikan masuk universiti.
1.5.5 Ho: Tiada perbezaan pola personaliti dan persekitaran yang signifikan di kalangan
pelajar-pelajar Kaunseling melalui bidang pengkhususan yang diceburi berdasarkan
aliran pendidikan di sekolah.
11
1.5.6 Ho: Tcrdapat pcrbczaan poIa personahti dan persekitaran yang signifikan di
kalangan pelajar-pcIajar Kaunscling mclalui bidang pcngkhususan yang diccburi
berdasarkan tahun pengajian.
1.6 Kerangka Konsepsual
Pembolehubah tidak bersandar
• Pola Personaliti dan Persekitaran
- Realistik Sosial
- Investigatif - Enterprising
- Artisitk - Conventional
I
Pembolehubah bersandar
.. • Pengkhususan bidang ~
Demografi terpilih pengaJlan
• Jantina
• Kaum
• Tahun pengajian
• Taraf pendidikan
• Aliran persekolahan
1.7 Kepentingan kajian
1.7.1 Kepentingan kepada individu
Dapatan kajian ini dapat membantu individu mengetahui pola personaliti mereka
dengan persekitaran pekerjaan yang akan dilakukan setelah menamatkan pengajian dalam
memperolehi penyesuaian kerjaya. Setelah mengetahui poJa personaliti diri yang sesuai
dengan kerjaya, individu akan merasai nikmat kerja dan kepuasan yang maksimum serta
meningkatkan prestasi kerja mcrcka.
12
top related