nota2
Post on 11-Dec-2015
12 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PKP 3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
TAJUK 2 KEMAHIRAN LISAN
2.0 KEMAHIRAN LISAN
2.1 Definisi Kemahiran Lisan
Lisan merupakan satu proses pertuturan dan percakapan yang melibatkan alat
artikulasi. Sejak tahun 1000 S.M., kajian tentang kemahiran lisan telah dijalankan oleh
para sarjana, ilmuan dan ahli falsafah. Teori kemahiran lisan yang berkesan telah
dipelopori oleh ahli falsafah Yunani dan Roman contohnya Plato dengan teori retorik
(Abdullah Ngah, 1994).
Kemahiran lisan dikaitkan dengan pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang
berkomunikasi dan berinteraksi, ia bukan sahaja melibatkan kemahiran bertutur tetapi
juga melibatkan kemahiran mendengar. Kedua-dua kemahiran ini membantu seseorang
individu dalam meningkatkan penguasaan dalam berbahasa. dan akan menunjukkan
seseorang itu telah menguasai kemahiran lisan.
Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula daripada proses mendengar dan diikuti
dengan proses meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar. Proses ini akan dapat
membantu kanak-kanak untuk bertutur. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan
1
Kemahiran Lisan
Kemahiranbertutur
Kemahiranmendengar
PKP 3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik
(Kamarudin Hj. Husin,1988).
Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada kemahiran bertutur dan mendengar.
Penguasaan kedua-dua kemahiran ini dapat membantu penyampaian maklumat
disalurkan dengan baik dan berkesan. Kedua-dua kemahiran ini merupakan komponen
penting dan menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
2.2 Kemahiran Mendengar
Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997) kemahiran mendengar merupakan kemahiran
yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat dan kemahiran bertutur pula
merupakan aktiviti penghasilan maklumat. Proses mendengar dan bertutur yang baik
dan berkesan penting dalam kehidupan seharian.
Pendengar yang baik dapat memahami dan memproses maklumat yang didengarnya
dalam proses interkasi. Manakala penutur yang baik dan jelas pula dapat
menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat ketika proses interaksi
berlaku. Menurut Muhd. Mansur Abdullah (2005), manusia lazimnya banyak
berkomunikasi dalam bentuk lisan.
Dalam kemahiran mendengar, Abd. Aziz Abd Talib (2000), menjelaskan mendengar
merupakan asas dalam pembelajaran lisan. Kemahiran mendengar yang baik
membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat
Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara
manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini
melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Ia
merupakan salah satu bahagian kemahiran lisan yang penting dan merupakan unsur
komunikasi yang tertua, terpenting dan kerap digunakan.
Oleh itu, kemahiran mendengar merupakan kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-
kanak dalam perkembangan perolehan bahasanya dan terus berkembang sebagai
penjana perbendaharaan kognitif manusia . Namun demikian, kita dapati bahawa
2
PKP 3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
kemahiran mendengar ini kurang diberikan penekanan dan kerap diabaikan oleh para
ibu bapa, mahupun guru-guru di sekolah. Kebanyakan tumpuan proses pembelajaran
lebih diberikan kepada kemahiran membaca dan menulis.
Jalongo (1992), menyatakan bahawa dalam kemahiran mendengar terdapat tiga perkara
penting iaitu;
i. Pendengaran (Hearing)
ii. Mendengar (Listening)
iii. “Auding”
Rajah 1.1 Faktor-faktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar
i. Pendengaran (Hearing)
Proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau
keupayaan mendengar dan persepsi pendengaran. Ia merupakan
keupayaan untuk membezakan bunyi, mengadun bunyi dan menyimpan
urutan bunyi dalam ingatan
ii. Mendengar (Listening)
3
Mendengar(Listening)
Auding
Pendengaran(Hearing)
KemahiranMendengarKemahiran
Mendengar
PKP 3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Merupakan tingkah laku persepsi yang memberi tumpuan, menjadi peka
dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat daripada persekitaran
iii. ‘Auding’
Merupakan tingkah laku pemahaman yang bermula daripada
pendengaran dan mendengar. Ia termasuk memperoleh makna melalui
maklumat yang didengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah
diketahui, menyusun, membayangkan dan menghargai maklumat yang
didengar.
Proses mendengar ini banyak bergantung kepada faktor-faktor fisiologi dan neurologi
dalam diri seseorang individu apabila mereka dapat mengenal, mengecam dan
mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Proses pemerolehan bahasa
terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa.
Dengan itu seseorang individu dapat menguasai bahasa daripada apa yang didengar
dan dialami daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita, dan kemudian kita cuba
meniru serta menuturkannya berulang kali.
Kemahiran mendengar penting dalam kehidupan manusia bukan sahaja bertujuan untuk
mendapatkan maklumat, fakta, data atau pengetahuan malahan juga penting bagi
pendengar menghayati keindahan bahasa dan muzik serta mengetahui perkembangan
semasa selain daripada mendengar penjelasan guru tentang sesuatu. Maklumat yang
didengar boleh diperolehi daripada sesiapa sahaja yang memberikan maklumat,
memberikan penjelasan, membuat pertanyaan dan yang dapat memberikan pendapat
kepada si pendengar.
Apabila seseorang itu mendengar, proses menangkap gabungan bunyi-bunyi bahasa
berasaskan pengetahuan serta pengalamannya, dia akan menghubungkaitkan bunyi itu
dengan makna. Pemahaman bunyi yang bermakna itu kemudiannya akan menjadi asas
bagi seseorang itu membuat dan melaksanakan tindakan. Dengan itu dapat kita
simpulkan bahawa proses mendengar itu melibatkan proses memaham, menghurai dan
menilai apa yang didengar sebelum sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat.
4
PKP 3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan
kemahiran mendengar aktif.
Justeru itu, kemahiran ini perlu ada semasa proses komunikasi antara guru dan murid
agar mereka berkebolehan mendapatkan maklumat dengan lebih cekap.
2.2.1 Masalah Mendengar
Diskriminasi Auditori
Diskriminasi auditori ialah kemampuan mengingat perbezaan antara bunyi-bunyi
fonem dan mengidentifikasi kata-kata yang sama dengan kata-kata yang
berbeza. Masalah yang wujud menjelaskan berbagai-bagai gangguan yang
mempengaruhi cara otak memproses pendengaran informasi yang diterima oleh
seseorang individu.
2.2.2 Strategi Mengatasi Masalah Mendengar
Membezakan Bunyi
Masalah yang dihadapi berpunca daripada tidak dapat membezakan bunyi huruf
dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan. Bagi
melaksanakan strategi mengatasi masalah mendengar dalam membezakan
bunyi dengan mendengar rakaman dan memadankan bunyi yang salah atau
betul.
Mengecam bunyi / perkataan
Mengecam jenis bunyi atau perkataan merupakan aktiviti yang mungkin
menghasilkan bunyi tersebut. Aktiviti ini boleh dijalankan melalui aktiviti
mendengar dan melaksanakan tugas. Contohnya mendengar rakaman dan
memadankan bunyi yang diperdengarkan dengan gambar-gambar yang diberi.
Di samping itu, boleh dilaksanakan juga dengan mewarnakan gambar-gambar
yang sesuai dengan bunyi dan lain-lain lagi.
5
PKP 3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
2.2.3 Aktiviti Kemahiran Mendengar:
Menyesuaikan bunyi dengan gambar, skrip atau teks.
Mendengar dan melaksanakan arahan-arahan mudah yang diucapkan dengan kadar kecepatan biasa dan dengan intonasi yang betul.
Mendengar dalam jangka waktu yang agak lama mengenai sesuatu yang menarik minat.
Dapat mengeja apa yang didengar.
Menyatakan semula rancangan atau berita yang telah diikuti melalui radio dan televisyen.
Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai intonasi yang digunakan untuk (a) penyataan (b) arahan (c) pertanyaan (d) permintaan.
Bertindak balas terhadap cerita atau puisi yang sesuai dengan peringkat murid.
Mendengar dengan penuh perhatian supaya dapat mengemukakan soalan-soalan dan menjawab soalan-soalan.
Mengingat dan dapat menyatakan isi-isi penting tentang apa yang telah didengar.
Menyatakan perasaan tentang cerita, puisi atau bahan-bahan pendengaran yang lain.
Memberikan komen atau menilai bahan yang telah didengar.
2.3 Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi melalui alat sebutan
(artikulasi) sedia ada manusia seperti bibir, gigi, gusi, lidah anak tekak dan lain-lain lagi.
fdSeseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan mereka
menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna ia merupakan
satu kemahiran yang penting kerana murid-murid yang menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai
kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik.
6
PKP 3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Kemahiran bertutur ini dikuasai dalam kalangan kanak-kanak hasil daripada proses
peniruan atau modeling pertuturan orang di sekelilingnya termasuk ibu dan bapa. Kesan
daripada perhubungan ini, pemerolehan dan penguasaan bahasa pertuturan terbentuk
dan berkembang dalam diri kanak-kanak tersebut. Walau bagaimanapun, rangsangan
dan ganjaran yang diperoleh kanak-kanak semasa proses penguasaan pemerolehan
bahasa pertuturan akan membantu menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang
disebutnya sehinggalah dapat menguasai bahasa yang lebih kompleks.
1.3.2 Masalah bertutur
1.3.2.1 Auditori Visual
1.3.2.2 Auditori Memori
1.3.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bertutur
1.3.3.1 Latih tubi
Teknik latih tubi merupakan satu kaedah yang sering digunakan berasaskan
pendekatan induktif. Tujuan latih tubi ini untuk melatih murid-murid menguasai
dan menggunakan struktur bahasa dan rumusan bahasa. Ia bertujuan
membentuk kelaziman yang betul dalam penggunaan struktur bahasa.
Penggunaan latihan dengan kerap dapat membantu murid menguasai dan
mahir.
1.3.3.2 Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama digunakan dalam bidang
pendidikan. Tujuan penggunaan soal jawab dalam pengajaran guru adalah untuk
mengesan pengetahuan bahasa murid, menggalakkan murid-murid untuk
berfikir, menguji kefahaman murid, menarik minat murid dan dapat mewujudkan
interaksi antara guru murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
Walau bagaimanapun, kejayaan penggunaan teknik soal jawab ini banyak
bergantung kepada kepada kebolehan guru dan teknik menyoal.
7
PKP 3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
1.3.3.3 Nyanyian
Nyanyian merupakan salah satu teknik yang popular digunakan pada masa kini.
Teknik ini dilihat lebih dekat dengan murid dan mudah untuk mereka menguasai
sesuatu pengajaran. Dalam membantu guru melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan teknik nyanyian, guru perlu
mementingkan aspek sebutan. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan
ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung
kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan
bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan
menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada
awal dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat
dihasilkan melalui latihan yang konsisten
1.3.3.4 Drama atau lakonan
Drama dan lakonan digunakan dalam kaedah komunikasi dan berasaskan
pendekatan induktif. Aktiviti ini untuk melatih murid-murid menggunakan unsur
bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan buka paralinguistik
(bahasa badan).
Aktiviti ini juga merangkumi aktiviti bahasa seperti main peranan, simulasi dan
aktiviti permainan.
1.3.3.5 Perbualan
Teknik perbualan merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang boleh dilaksanakan sama ada dalam aktiviti kumpulan atau individu. Aktiviti
ini dapat mewujudkan hubungan interpersonal dan komunikasi serta
menggalakkan mereka dalam pembinaan kata dan ayat dalam pengajaran
bahasa.
1.3.3.6 Boneka (Puppet)
Boneka merupakan bahan bantu belajar yang dapat membantu kanak-kanak
untuk belajar sambil bermain. Menurut kamus Dewan edisi keempat (2007)
boneka adalah patung misalnya orang atau binatang yang boleh digerakkan
8
PKP 3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
dengan menarik tali yang dilekatkan padanya atau dengan memasukkan tangan
ke dalam badannya menggerakkannya.
Aktiviti ini dapat membantu mewujudkan daya imaginasi murid dalam
penceritaannya. Di samping itu, memperkayakan lagi pengetahuan dalam aspek
bahasa apabila mereka berkomunikasi menggunakan boneka.
1.3.3.7 Pemintal lidah
Pemintal lidah merupakan satu teknik yang dapat membantu murid untuk
menyebut perkataan yang hampir sama bunyinya. Perkataan ini sama dari segi
bunyi tetapi terdapat perbezaan konsonan dan vokal yang menjadikan
perbezaan maksud bagi perkataan tersebut (Husin Fateh Din, 2011). Aktiviti
yang dilaksanakan merupakan latih tubi perkataan dengan mengulang-ulangnya.
Proses ini dapat membantu murid menghafal, menyebut dengan betul dan tepat.
Ini dapat membantu perkara yang disebut kekal dalam ingatan. Contohnya
kelemahan menyebut fonem /j/ dan /k/
Jenah jengah Jamal janji jalan-jalan jumpa jambu
Kaki kanan Kamal kena ketuk kambing keldai
9
PKP 3073 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
10
top related