nilai agama dan kepercayaan

Post on 13-Dec-2015

74 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

hee chen

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, 21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

GPM1083GENERIK PENDIDIKAN MORAL

Nilai Agama dan Kepercayan

Confucianisme

Confucianisme

• diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yang bermaksud Guru Agung.

• merupakan ajaran tentang moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dengan orang lain & hidup sebagai anggota masyarakat.

• Ajaran Confucius terkandung dalam buku yang dikenali sebagai Lima Klasik dan Empat Buku yg memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik & agama.

• Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik.

• Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila

• Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."

• Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.

• Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni.

• Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih sayang patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

Ren

• baik hati yg bermaksud sikap menyayangi semua org, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan & murah hati terhadap semua org.

Shu

• meliputi murah hati, toleransi& belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dgn org lain.

Chung

• bermaksud kesedaran dlm melakukan sst yg baik utk diri sendiri & org lain.

Li

• meliputi nilai sopan santun, budi bahasa & adat dlm istiadat atau upacara, peraturan & tingkah laku seseorang.

Yi

• ditakrifkan sbg membuat sst dgn cara betul & patut dlm situasi tertentu yg motif sst perbuatan lebih penting drpd hasilnya.

Ming

• menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dgn sedaya upaya dgn tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.

Xiao

• ketaatan kpd ibu bapa dgn menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi & jiwa mrk.

Zhi

• bermaksud ketulusan & ketegahan dlm tingkah laku.

• Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas.

• Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.

• Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius.

• Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya.

Kesimpulan

SekianTerima Kasih.

top related