niat keusahawanan sebagai kerjaya dalam kalangan …
Post on 16-Oct-2021
16 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
4th International Virtual Conference on Economics, Entrepreneurship and Management
(4th ICEEM)
Nilai July 30, 2021
NIAT KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA DALAM KALANGAN
PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU
Wan Norazah Binti Mamat @ Wan Mahmud
Jabatan Perdagangan
Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
norazah @polikk.edu.my
Abstrak. Penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia mulai awal tahun 2020
mendorong kepada peningkatan jumlah pengangguran. Justeru itu, keusahawanan merupakan
satu altenatif kepada kerjaya makan gaji. Kajian lepas menunjukkan antara faktor yang
mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk melibatkan diri dalam keusahawana adalah
latar belakang sosio-ekonomi. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh
faktor sosio ekonomi terhadap niat pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya.
Seramai 130 orang pelajar semester akhir Politeknik Kota Kinabalu dipilih sebagai sampel
kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Data diperolehi melalui
maklumbalas daripada kaji selidik. Analisis secara deskriptif mendapati niat keusahawanan
sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu adalah pada tahap sederhana.
Didapati pelajar perempuan, pelajar dari program bukan teknikal dan pelajar yang mempunyai
prestasi akademik yang cemerlang mempunyai niat yang lebih tinggi untuk menjadikan
keusahawanan sebagai kerjaya berbanding dengan pelajar lelaki, pelajar dari program teknikal
dan pelajar yang prestasi akademiknya pada tahap baik dan sederhana. Niat menjadikan
keusahawanan sebagai kerjaya juga didapati lebih tinggi di kalangan pelajar yang mempunyai
ibu bapa yang turut terlibat dalam keusahawanan dan dari golongan T20. Niat keusahawanan
sebagai kerjaya turut didapati tinggi di kalangan pelajar yang mempunyai ibu yang pendidikan
tertingginya sekolah rendah atau menengah dan bapa yang tidak mempunyai pendidikan
formal. Justeru itu, dalam merangka program keusahawanan untuk pelajar, faktor sosio
ekonomi perlu diambil kira kerana ia mungkin memberi impak kepada keberkesanan
pelaksanaan sesuatu program.
Kata Kunci : Niat, Keusahawanan, Kerjaya, Jantina, Program Pengajian, Prestasi Akademik,
Tahap Pendidikan, Latar belakang keluarga, Pendapatan isi rumah
1. Pengenalan
Rentetan daripada penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia mulai awal
tahun 2020, Malaysian Institute of Economic Research (MIER) menjangkakan bahawa seramai
2.4 juta orang akan kehilangan pekerjaan (The Star, 2020). Menurut Datuk Shamsuddin
Bardan, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), kadar
pengangguran di Malaysia sehingga April 2020 mencapai 5.3 peratus dengan 826,100 orang
telah hilang pekerjaan, yang mana melangkaui kadar pengangguran ketika krisis ekonomi pada
1997 (3.9 peratus) dan kelembapan ekonomi dunia sekitar 2008 (4.1 peratus)( Nur Izzati Izzah,
2020). Statistik Utama Tenaga Buruh di Malaysia mencatatkan sehingga Februari 2021 jumlah
2
pengangguran di Malaysia meningkat kepada 4.8% berbanding dengan 3.3% pada Februari
tahun 2020 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2021). Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua
Perangkawan Malaysia menyatakan, 29.3 peratus daripada jumlah pengangguran di Malaysia
adalah dari kalangan siswazah dan peningkatan kadar pengangguran semasa dikaitkan dengan
kesan yang disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) (Alzahrin, 2020).
Oleh itu, dalam menghadapi situasi yang dijangka semakin mencabar ini, adalah
penting untuk para graduan mencari altenatif kerjaya selepas bergraduasi selain daripada
bergantung semata-mata kepada kerja makan gaji. Keusahawanan merupakan satu altenatif
kepada kerjaya makan gaji. Menurut Looi (2015), keusahawanan merupakan pilihan kerjaya
yang berdaya maju dan memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara yang mana
ianya seringkali dikenali sebagai “penggerak” masyarakat. Ini adalah kerana keusahawanan
melalui proses inovasi yang mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan yang secara
langsung mendorong kepada perkembangan ekonomi, penciptaan pekerjaan baru dan
mengurangkan kadar pengangguran (Looi, 2015).
Slyvia Nabila Azwa dan Dayang Haryani Diana (2016) menyatakan persepsi dan niat
pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan berhubung secara langsung dengan persepsi
pelajar tentang kelebihan, kepuasan dan tarikan keusahawanan. Kajian lepas oleh Kalitanya
dan Bbenkele (2017) mendapati sosio ekonomi merupakan antara faktor yang mempengaruhi
niat keusahawanan pelajar Universiti di Cape Town, Afrika Selatan, yang mana perbezaan
dalam latarbelakang ekonomi, sistem nilai dan norma hidup dalam masyarakat mempengaruhi
tingkahlaku seseorang individu terhadap kecenderungan mereka untuk melibatkan diri dalam
keusahawanan Malahan Ahmad Isa et al. (2017) menyatakan, selain menggunakan teori
tingkah laku terancang untuk menerangkan tentang niat keusahawanan, faktor sosio budaya
dan sosio-ekonomi seseorang individu juga mempengaruhi niat seseorang individu untuk
melibatkan diri sebagai usahawan. Setakat pengetahuan pengkaji, kajian berkaitan dengan
pengaruh sosio ekonomi ke atas niat keusahawanan dalam kalangan pelajar di Borneo kurang
dikaji secara terperinci. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh faktor
sosio ekonomi terhadap niat pelajar Politeknik Kota Kinabalu, Sabah untuk menjadikan
usahawan sebagai kerjaya.
2. Ulasan Karya
2.1 Jantina
Kajian lepas menunjukkan jantina merupakan antara faktor yang mempengaruhi
kecenderungan pemilihan kerjaya keusahawanan (Luiz & Mariotti 2011; Sahindis et al.2012;
Ordaz 2016). Sahinidis et al.(2012) yang menjalankan kajiannya ke atas 354 orang pelajar
Universiti di Greek mendapati wujud hubungan yang signifikan antara jantina dan niat
keusahawanan pelajar. Menurut Luiz & Mariotti (2011), pelajar lelaki cenderung untuk
memulakan perniagaan sebaik sahaja bergraduasi, manakala pelajar wanita lebih cenderung
melihat keusahawanan sebagai satu kerjaya jangka panjang. Selain itu, Noorkartina Mohamad
et al.(2014) yang menjalankan kajiannya ke atas pelajar UUM turut mendapati pelajar lelaki
lebih cenderung untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya mereka berbanding dengan
pelajar wanita. Dalam kajiannya, Ordaz et al. (2016) mendapati perbezaan kecenderungan niat
3
keusahawanan antara lelaki dan wanita adalah berpunca daripada perbezaan persepsi antara
jantina. Dapatan Ordaz et al. (2016) menunjukkan persepsi kendiri wanita terhadap keupayaan
mereka untuk berjaya dalam bidang keusahawanan merupakan halangan yang mengurangkan
kecenderungan wanita untuk terlibat dalam keusahawanan. Keadaan ini adalah disebabkan
perbezaan pengalaman peribadi dan proses sosialisasi antara lelaki dan wanita memberi kesan
kepada keupayaan mereka untuk mengenalpasti peluang dan niat keusahawanan (Ordaz et al.
2016).
2.2 Prestasi Akademik
Menurut Noorkartina Mohamad (2014), pelajar yang mempunyai CGPA yang rendah
lebih cenderung untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya berbanding dengan pelajar
yang mendapat CGPA yang tinggi. Muhammad dan Mazhar (2018) yang menjalankan
kajiannya di Italy juga mendapati, niat keusahawanan adalah lebih tinggi dalam kalangan
pelajar yang mempunyai prestasi akademik kurang baik berbanding dengan pelajar yang
mempunyai prestasi akademik baik. Selain itu, Ahmad Isa et al. (2017) mendapati niat untuk
menjadikan usahawan sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar semakin berkurangan apabila
prestasi akademik pelajar semakin meningkat. Menurut Ahmad Isa et al. (2017), pelajar yang
mempunyai tahap pendidikan yang tinggi lebih berhati-hati dengan risiko dalam
keusahawanan. Keadaan ini mendorong mereka untuk memilih kerja makan gaji yang
dipercayai mempunyai risiko yang lebih rendah dan cenderung untuk mengabaikan manfaat
kewangan yang mungkin diperolehi melalui keusahawanan.
2.3 Program Pengajian
Kajian empirikal yang dilaksanakan oleh Remeikiene (2013) mendapati kedua-dua
kumpulan pelajar dari jurusan ekonomi dan kejuruteraan mekanikal menunjukkan
kecenderungan untuk melibatkan diri dalam keusahawanan. Namun secara perbandingan,
pelajar jurusan ekonomi berpandangan pembelajaran yang dilalui oleh mereka dalam
pengurusan perniagaan mendorong kepada tingkahlaku mereka ke arah keusahawanan,
manakala pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal berpandangan bahawa pendidikan yang
dilalui oleh mereka bukanlah faktor yang memotivasikan mereka untuk melibatkan diri dalam
keusahawanan.
Namun dapatan kajian oleh Umi Kartini et al. (2012) menunjukkan pelajar dari
program teknikal di Universiti di Malaysia mempunyai niat yang tinggi untuk menjadi
usahawan dan tertarik untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya mereka. Namun, didapati
mereka mempunyai kekangan dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap untuk memulakan
perniagaan. Konsisten dengan kajian terdahulu, Salwah (2015) turut mendapati pelajar
Teknologi Kejuruteraan mempunyai sikap keusahawanan yang tinggi terhadap bidang
keusahawanan yang menggambarkan bahawa mereka mempunyai pemikiran yang positif
untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
2.4 Penglibatan Keluarga dalam Keusahawanan
Sata (2013) mendapati antara faktor yang mempengaruhi niat pelajar untuk terlibat
dalam keusahawanan sebaik sahaja bergraduasi adalah disebabkan oleh pengaruh latar
belakang keluarga yang sememangnya terlibat sebagai usahawan. Sata (2013) mendapati niat
pelajar jurusan Perniagaan di Universiti di Ethopia untuk menjadikan usahawan sebagai
4
kerjaya adalah lebih rendah jika keluarga pelajar tersebut terlibat dalam profesion selain
keusahawanan.
Noorkartina et al.(2014) turut mendapati penglibatan keluarga dalam keusahawanan
berhubungan secara positif dengan niat 150 orang pelajar Universiti Utara Malaysia untuk
terlibat dalam keusahawanan. Kajian Wah (2017) dalam kalangan pelajar di Universiti di
Malaysia mendapati pelajar yang berlatarbelakangkan keluarga keusahawanan mendorong
kepada niat keusahawanan yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai
keluarga dari kalangan usahawan. Keadaan ini adalah disebabkan ibubapa menjadi contoh
kepada anak-anak dan pendedahan awal tentang keusahawanan mendorong mereka untuk
menjadi lebih yakin dan membentuk sikap keusahawan dalam diri mereka. Malahan, Ahmad
Isa et al. (2017) turut mendapati latarbelakang keluarga dalam keusahawanan mempunyai
hubungan yang signifikan dengan niat seseorang pelajar untuk menjadikan keusahawanan
sebagai kerjaya, yang mana semakin meningkat penglibatan keluarga dalam keusahawanan,
semakin tinggi niat mereka untuk melibatkan diri dalam keusahawanan. Selain itu, Ahmad
Rachmawan et al.(2015) dan Muhammad dan Mazhar (2018) turut mendapati pekerjaan ibu
mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kecenderungan niat pelajar untuk melibatkan diri
dalam keusahawanan yang mana niat pelajar untuk melibatkan diri dalam keusahawanan
adalah lebih tinggi apabila mempunyai ibu yang turut terlibat dalam keusahawanan berbanding
dengan ibu yang bekerja atau terlibat sebagai “freelance”.
2.5 Pendidikan Ibubapa
Menurut Luiz & Mariotti (2011), pelajar yang mempunyai ibubapa yang berpendidikan
tinggi kurang cenderung untuk memulakan perniagaan sendiri berbanding dengan pelajar yang
mempunyai ibubapa yang mempunyai pendidikan peringkat tertiari. Konsisten dengan
dapatan terdahulu, Mbagwu & Ajaegbu (2016) mendapati responden yang mempunyai ibu
bapa yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai kesukaran dalam pemilihan kerjaya, justeru
itu lebih cenderung memilih kerjaya profesional berbanding dengan responden yang
mempunyai ibu bapa yang berpendidikan rendah. Dalam kajiannya di Malaysia, Suhaila et
al.(2015) mendapati wujud hubungan yang signifikan antara faktor keluarga dan kesukaran
memperolehi pekerjaan. Justeru itu, ibu bapa yang berpendidikan tinggi cenderung mendorong
anak-anak memilih pekerjaan professional (Suhaila et al., 2015).
2.6 Pendapatan isi rumah
Luiz dan Mariotti (2011) mendapati kedua-dua golongan pelajar dari latar belakang
keluarga yang berpendapatan rendah dan berpendapatan tinggi cenderung untuk memulakan
perniagaan mereka sendiri. Namun, pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah
didapati lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam skala perniagaan yang lebih kecil seperti
syarikat Enterprise, manakala pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan tinggi lebih
cenderung untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang bersifat inovatif.
Nandamuri dan Gowthami (2013) turut mendapati pendapatan isi rumah
mempengaruhi niat pelajar untuk terlibat dalam keusahawanan. Nandamuri dan Gowthami
(2013) mendapati kumpulan pelajar dari kalangan isi rumah yang berpendapatan tinggi
mencatatkan skor yang tinggi dari aspek hala tuju, inovasi dan dan penyelesaian masalah
berbanding dengan pelajar dari kalangan isi rumah berpendapatan rendah. Menurut Nandamuri
dan Gowthami (2013), keadaan ini berkemungkinan kerana pelajar dari kalangan isi rumah
5
berpendapatan tinggi mempunyai hubungan sosial yang lebih baik yang mana membuka lebih
banyak peluang perniagaan kepada mereka. Selain itu, pelajar dari golongan yang
berpendapatan tinggi juga mempunyai mobiliti dari segi agihan pendapatan isi rumah untuk
tujuan perkembangan perniagaan mereka.
Berdasarkan kepada dapatan kajian terdahulu, dapat disimpulkan bahawa faktor
jantina, prestasi akademik, program pengajian, penglibatan keluarga dalam keusahawanan,
pendidikan ibubapa dan pendapatan isi rumah merupakan antara faktor yang mempengaruhi
niat pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Justeru itu, kajian ini ingin
melihat pengaruh faktor sosio-ekonomi ke atas pelajar Politeknik Kota Kinabalu kerana
perbezaan sosio ekonomi di antara pelajar di Semenanjung Malaysia dan pelajar di Borneo
mungkin memberi dapatan yang berbeza.
3. Metodologi Kajian
Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar dari program pengajian
Kejuruteraan Elektrik (JKE), Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Kejuruteraan Awam (JKA),
Perdagangan (JP) dan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH). Populasi kajian ini terdiri daripada
pelajar semester akhir yang telah menjalani latihan industri. Sampel kajian ini dipilih kerana
mereka merupakan kumpulan pelajar yang mempunyai pengetahuan tentang keusahawanan
dan akan memasuki pasaran kerja dalam tempoh terdekat. Di Politeknik Malaysia,
keusahawanan merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar sebelum layak
bergraduat. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 130 orang responden daripada 248 orang
pelajar semester akhir yang telah menamatkan latihan industri untuk sesi Jun 2020. Menurut
Noraini Idris (2013), 20% pensampelan adalah memadai untuk membuat generalisasi terhadap
populasi kajian, manakala Amran Awang et al.(2016) pula menetapkan 10% persampelan
adalah cukup untuk mewakili populasi.
Item yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada item kajian Benachenhou et
al.(2017). 8 item dibangunkan untuk kajian ini bagi mengukur faktor sosio ekonomi iaitu
jantina, program pengajian, prestasi akademik, program pengajian, penglibatan keluarga dalam
keusahawanan, tahap pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa dan pendapatan isi rumah.
Konstruk untuk item niat keusahawanan juga turut diadaptasi daripada item kajian
Benachenhou et al.(2017). Terdapat 10 item dikemukakan dalam kajian ini menggunakan
ukuran skala likert lima mata sebagai maklumbalas bermula dengan 1-sangat tidak setuju
sehingga 5- sangat setuju. Jadual 1 menunjukkan item untuk mengukur niat keusahawaan
Jadual 1: Niat Kerjaya Keusahawanan
Item Konstruk
B1 Saya memilih untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya suatu masa nanti.
B2 Saya mempunyai niat untuk memulakan perniagaan sendiri
B3 Saya lebih berminat untuk menjadi usahawan berbanding dengan kerja makan gaji
B4 Saya bersedia untuk melakukan apa sahaja demi menjadi seorang usahawan
B5 Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuka perniagaan saya sendiri
suatu hari nanti
6
B6 Saya telah memikirkan secara serius untuk memulakan perniagaan sendiri sebaik
sahaja tamat pengajian nanti.
B7 Saya bertekad untuk membina perniagaan sendiri pada masa hadapan.
B8 Saya ingin menjadi majikan kepada diri saya sendiri
B9 Saya akan memulakan perniagaan saya dalam tempoh 5 tahun selepas bergraduat
B10 Saya akan memulakan perniagaan saya dalam tempoh 10 tahun selepas bergraduat.
Sumber: Benachenhou et al.(2017)
Data kajian ini diperolehi melalui maklumbalas soal selidik yang diedarkan secara
rawak bebas kepada responden. Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis
menggunakan perisian SPSS versi 26. Ukuran skala likert terhadap niat keusahawanan
diintepretasikan berdasarkan kepada kriteria berikut:
Jadual 2: Penerangan Tahap Skor Min
Skor Min Keterangan
1.00 - 1.99 Lemah
2.00 - 2.99 Rendah
3.00 – 3.99 Sederhana
4.00 – 5.00 Tinggi
Sumber: Dicky Wiwittan et. al. (2019)
4. Hasil Kajian
4.1 Profail responden
Berdasarkan kepada Jadual 3, analisis ke atas profail responden menunjukkan bilangan
maklumbalas yang diperolehi daripada responden lelaki dan perempuan agak seimbang iaitu
lelaki 64 orang (49.2%) manakala perempuan 66 orang (50.8%). Maklumbalas adalah paling
ramai diperolehi daripada pelajar Jabatan Perdagangan iaitu 53 orang (40.8%), manakala
maklumbalas terendah adalah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu 9 orang (6.9%).
65 orang (50%) responden adalah dari kalangan pelajar yang mendapat himpunan nilai mata
(HPNM) 3.00-3.49 (baik). Tiada maklumbalas diperolehi daripada responden yang mendapat
nilai HPNM kurang daripada 2.00 (lemah). 60 orang (53.1%) responden terdiri daripada
pelajar yang keluarganya tidak terlibat dalam keusahawanan, manakala 61 orang (46.9%)
responden terdiri daripada keluarga yang terlibat dalam keusahawanan. 98 orang (75.4%)
responden mempunyai ibu dan 93 orang (71.5%) orang responden mempunyai bapa yang
mempunyai pendidikan tertinggi di peringkat sekolah rendah @ menengah. Tiada
maklumbalas diperolehi daripada responden yang mempunyai ibu bapa yang pendidikan
tertingginya di peringkat pasca siswazah. Dari aspek pendapatan isi rumah, seramai 70 orang
(53.8%) responden terdiri daripada keluarga dalam kategori B40(1) iaitu yang berpendapatan
bulanan kurang RM2,500 Hanya 3 responden (2.3%) mempunyai keluarga yang pendapatan
bulanan isirumah melebihi RM10,971 iaitu pada kategori T20.
Jadual 3 : Profail Responden
Item Kekerapan Percentage (%)
Jantina
Lelaki 64 49.2
Perempuan 66 50.8
Program Pengajian
Kejuruteraan Awam (JKA) 16 12.3
7
Kejuruteraan Elektrik (JKE) 11 8.5
Kejuruteraan Mekanikal (JKM) 9 6.9
Perdagangan (JP) 53 40.8
Pelancongan & Hospitaliti (JPH) 41 31.5
HPNM
2.00 – 2.99 (Sederhana) 34 26.2
3.00 -3.49 (Baik) 65 50.0
3.50 – 4.00 (Cemerlang) 31 23.8
Penglibatan Ahli Keluarga dalam Keusahawanan
Tiada 69 53.1
Ibu @ Bapa 20 15.4
Adik Beradik 23 17.7
Ibubapa dan Adik Beradik 18 13.8
Tahap Pendidikan Tertinggi Ibu
Tiada pendidikan formal 12 9.2
Sekolah Rendah @ Menengah 98 75.4
Diploma 8 6.2
Ijazah Sarjana Muda 12 9.2
Tahap Pendidikan Tertinggi Bapa
Tiada pendidikan formal 9 6.9
Sekolah Rendah @ Menengah 93 71.5
Diploma 12 9.2
Ijazah Sarjana Muda 16 12.3
*Pendapatan Bulanan Isi Rumah
Kurang RM2,500 70 53.8
RM2,501- RM4,850 40 30.8
RM4,851- RM10,970 17 13.1
Melebihi RM10,971 3 2.3
Nota: *Kurang RM2,500 [kategori B40(1)], RM2,501- RM4,850 [kategori B40(4)], RM4,851-
RM10,970 [kategori M40], melebihi RM10,971[kategori T20]
4.2 Dapatan dan Perbincangan
Berdasarkan kepada Jadual 4, dapatan kajian menunjukkan niat keusahawanan pelajar
lelaki dan perempuan adalah pada tahap sederhana. Pelajar lelaki dan perempuan masing-
masing mencatat skor min 3.54 dan 3.63. Dapatan kajian ini menyokong kajian Saraf (2015)
yang mendapati lelaki dan perempuan mempunyai tahap niat yang hampir sama untuk
melibatkan diri dalam keusahawanan. Namun, secara perbandingan, kajian ini mendapati
pelajar perempuan mempunyai niat yang lebih tinggi untuk menjadikan usahawan sebagai
kerjaya berbanding dengan pelajar lelaki. Pelajar perempuan menunjukkan skor min yang lebih
tinggi untuk kesemua pernyataan. Skor min tertinggi pelajar lelaki (3.78) dan pelajar
perempuan (3.82) adalah merujuk kepada pernyataan “saya ingin menjadi majikan kepada
diri saya sendiri”. Keadaan ini menunjukkan motivasi utama yang mendorong pelajar lelaki
dan perempuan untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya adalah kerana ingin menjadi
majikan kepada diri sendiri.
Perbezaan niat keusahawanan sebagai kerjaya yang wujud antara pelajar lelaki dan
perempuan berkemungkinan kerana dalam situasi sekarang, pelajar perempuan mempunyai
8
persepsi tentang kebarangkalian peluang mendapat pekerjaan adalah lebih rendah berbanding
dengan pelajar lelaki. Statistik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat menunjukkan peratus pengangguran dalam kalangan perempuan di Malaysia
adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki untuk tempoh 2012 hingga 2019, yang mana
seramai 92,024,000 lelaki diambil bekerja berbanding dengan perempuan yang hanya mencatat
58,710,000 pada tahun 2019 (Buku perangkaan, 2019). Malahan Cifre et al.(2018) mendapati,
lelaki mempunyai persepsi bahawa mereka mempunyai peluang kerjaya yang lebih tinggi
dalam sesebuah organisasi berbanding dengan wanita. Perkembangan perniagaan dalam talian
juga berkemungkinan mendorong pelajar perempuan melihat keusahawanan sebagai satu
kerjaya yang lebih sesuai dan fleksibel untuk mereka. Dapatan kajian ini menyokong dapatan
oleh Ordaz et al (2016) yang mendapati perbezaan niat keusahawanan yang wujud antara
jantina adalah disebabkan pelajar lelaki dan perempuan mempunyai pengalaman dan proses
sosialisasi yang berbeza di antara satu sama lain.
Niat keusahawanan pelajar Politeknik Kota Kinabalu dari semua program pengajiaan
adalah pada tahap sederhana dengan skor min 3.53 (JKA), 3.26 (JKE), 3.29 (JKM), 3.67 (JP)
dan 3.67 (JPH) . Dapatan ini menyokong kajian Remeikiene (2013) yang mendapati kedua-dua
kumpulan pelajar bukan teknikal dan teknikal mempunyai kecenderungan untuk melibatkan
diri dalam perniagaan. Namun, didapati pelajar bukan teknikal ( JP & JPH) menunjukkan niat
keusahawanan sebagai kerjaya yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar dari program
teknikal (JKE,JKA & JKM). Dapatan kajian ini menyokong Dendup & Acharja (2017) yang
mendapati pelajar dari program perdagangan dan kesenian menunjukkan niat keusahawanan
yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar dari program sains dan teknikal. Keadaan ini
berkemungkinan disebabkan pengetahuan yang dimiliki melalui kursus keusahawanan yang
ditawarkan sebagai subjek tidak memberi persediaan yang mencukupi untuk pelajar bukan
teknikal menjadikan usahawan sebagai kerjaya. Keadaan ini disokong oleh Umi Kartini et al.
(2012) yang mendapati pelajar teknikal tertarik untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya,
namun mereka berasa kekurangan dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diperlukan
untuk memulakan sesuatu perniagaan.
Pelajar JKA (3.75), JP (3.87) dan JPH (3.83) masing-masing menunjukkan skor min
tertinggi untuk pernyataan “saya mempunyai niat untuk memulakan perniagaan sendiri” ,
manakala skor min terendah (2.81) ditunjukkan oleh pelajar JKE untuk pernyataan “saya
bersedia melakukan apa sahaja demi menjadi seorang usahawan”. Dapatan ini menunjukkan,
faktor utama yang mempengaruhi niat keusahawanan sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar
JKA, JP dan JPH adalah keinginan untuk memulakan perniagaan sendiri. Namun, pelajar JKE
didapati kurang bersedia untuk melakukan apa sahaja demi untuk menjadi usahawan.
Secara tuntasnya, niat keusahawanan sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar yang
prestasi akademiknya cemerlang, baik dan sederhana adalah pada tahap sederhana, yang mana
masing-masing mencatatkan skor min 3.66, 3.57 dan 3.57. Dapatan ini menyokong kajian
Dendup & Acharja (2017) yang mendapati prestasi akademik bukanlah faktor yang signifikan
dalam menentukan kecenderungan seseoraang pelajar untuk melibatkan diri dalam
keusahawanan. Namun, didapati niat keusahawanan sebagai kerjaya adalah paling tinggi dalam
kalangan pelajar cemerlang berbanding lain-lain pelajar. Skor min tertinggi (4.10) adalah dari
kalangan pelajar cemerlang untuk pernyataan “ saya ingin menjadi majikan kepada diri saya
sendiri”. Dapatan kajian ini menunjukkan motivasi utama yang mendorong niat keusahawanan
9
sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar cemerlang adalah kerana ingin menjadi majikan kepada
diri sendiri. Pelajar cemerlang dilihat lebih cenderung untuk menjadi “job creator” berbanding
dengan “job seeker”. Skor terendah (3.28) ditunjukkan oleh pelajar yang prestasi akademiknya
baik untuk pernyataan”saya akan memulakan perniagaan saya dalam tempoh 10 tahun selepas
bergraduat”. Keadaan ini menunjukkan walaupun skor min masih pada tahap sederhana,
tempoh 10 tahun untuk memulakan perniagaan kurang menjadi pilihan dalam kalangan pelajar
yang baik akademiknya kerana tempoh 10 tahun berkemungkinan dirasakan sebagai agak
lambat untuk memulakan kerjaya sebagai usahawan.
Kajian ini juga turut mendapati, ibu bapa merupakan faktor utama yang mendorong niat
pelajar untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya. Walaupun, niat keusahawanan sebagai
kerjaya adalah sederhana sama ada pelajar mempunyai keluarga berlatar belakangkan
keusahawanan ataupun tidak, secara perbandingannya didapati, pelajar yang mempunyai ahli
ibu bapa atau/dan adik beradik terlibat dalam keusahawanan menunjukkan niat keusahawanan
sebagai kerjaya yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak mempunyai keluarga
terlibat dalam keusahawanan. Keadaan ini berkemungkinan disebabkan pelajar yang yang
berlatarbelakang keluarga usahawan berpeluang untuk mendapatkan pengalaman perniagaan
secara langsung dengan membantu ibu bapa atau adik beradik mereka menguruskan perniagaan
(Fatoki, 2014). Dapatan kajian ini menyokong kajian Dendup dan Archarja (2017) yang
mendapati niat keusahawanan adalah lebih tinggi dalam kalangan pelajar yang mempunyai ibu
bapa usahawan. Kedua-dua skor min tertinggi (4.06) dan terendah (2.94) adalah dari kalangan
pelajar yang mempunyai ibu atau bapa dan adik beradik yang terlibat dalam keusahawanan
untuk pernyataan “saya mempunyai niat untuk memulakan perniagaan sendiri”. dan “saya akan
memulakan perniagaan saya dalam tempoh 10 tahun selepas bergraduat”. Keadaan ini
menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai keluarga dari kalangan usahawan lebih
bersemangat untuk memulakan perniagaan. Justeru itu, tempoh 10 tahun untuk memulakan
perniagaan adalah bukan pilihan mereka kerana dirasakan agak terlewat untuk memulakan
kerjaya sebagai usahawan. Menurut Fatoki (2014), pengalaman lepas dan contoh (role model)
diperolehi daripada persekitaran merupakan punca utama seseorang individu cenderung untuk
melibatkan diri dalam keusahawanan.
Ibu dan bapa yang mempunyai pendidikan atau tiada pendidikan formal didapati
mendorong pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pada tahap sederhana.
Pada semua tahap pendidikan, skor min ibu adalah pada kadar 3.37 hingga 3.63 dan skor min
bapa adalah pada kadar 3.47 hingga 3.93. Namun, didapati pelajar yang mempunyai ibu yang
tahap pendidikan tertingginya sekolah rendah @ menengah, dan bapa yang tiada pendidikan
formal menunjukkan niat yang lebih tinggi untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya
berbanding dengan lain-lain tahap pendidikan. Walaubagaimanapun, skor min tertinggi (4.00)
ditunjukkan oleh pelajar yang mempunyai ibu dengan tahap pendidikan Diploma untuk
penyataan “saya mempunyai niat untuk memulakan perniagaan sendiri”. Skor min terendah
(2.75) ditunjukkan oleh pelajar yang mempunyai ibu yang mempunyai tahap pendidikan Ijazah
Sarjana Muda untuk pernyataan “saya akan memulakan perniagaan saya dalam tempoh 10
tahun selepas bergraduat”. Dapatan berdasarkan tahap pendidikan bapa pula menunjukkan
skor min tertinggi (4.33) adalah dari kalangan pelajar yang mempunyai bapa yang tiada
pendidikan formal untuk pernyataan “saya ingin menjadi majikan kepada diri saya sendiri”.
Skor min terendah (3.17) adalah dari kalangan pelajar yang mempunyai bapa yang tahap
pendidikannya Diploma untuk pernyataan “ saya bersedia melakukan apa sahaja demi menjadi
10
seorang usahawan” dan “saya telah memikirkan secara serius untuk memulakan perniagaan
sendiri sebaik sahaja tamat pengajian nanti”. Keadaan ini mengukuhkan lagi dapatan kajian
terdahulu oleh Suhaila et al;(2015), Mbagwu & Ajaegbu (2016) dan Luiz & Mariotti (2017)
yang mendapati niat keusahawanan adalah lebih tinggi apabila pelajar mempunyai ibubapa
yang secara relatifnya mempunyai tahap pendidikan yang lebih rendah, yang mana ibubapa
yang berpendidikan tinggi lebih cenderung mendorong anak-anak mereka untuk memilih
kerjaya profesional.
Walaupun, secara tuntasnya skor min pendapatan isi rumah pada tahap sederhana,
secara relatifnya skor min menunjukkan semakin tinggi pendapatan isi rumah, semakin tinggi
niat seseorang pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya. Pelajar dari golongan
T20 didapati mempunyai niat yang lebih tinggi untuk menjadikan keusahawanan sebagai
kerjaya berbanding dengan lain-lain kategori pendapatan. Dapatan kajian ini menyokong
kajian Kalitanyi dan Bbenkele (2017) yang mendapati niat keusahawanan adalah lebih tinggi
dalam kalangan pelajar yang mempunyai keluarga yang berpendapatan tinggi berbanding
dengan pelajar yang mempunyai keluarga yang berpendapatan rendah. Keadaan ini
berkemungkinan kerana pelajar dari kalangan keluarga yang berpendapatan tinggi mempunyai
sokongan kewangan yang lebih baik dan lebih berani mengambil risiko berbanding dengan
pelajar dari golongan keluarga yang berpendapatan lebih rendah. Mereka lebih berhati-berhati
dalam pengurusan kewangan dan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam pekerjaan yang
dapat menjamin pendapatan yang lebih stabil dan kurang risiko. Namun, skor min tertinggi
(4.00) ditunjukkan oleh pelajar yang terdiri daripada golongan B40(1) untuk pernyataan “saya
akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuka perniagaan saya sendiri suatu hari nanti”,
“ saya bertekad untuk membina perniagaan sendiri pada masa hadapan” dan “ saya ingin
menjadi majikan kepada diri saya sendiri”. Skor min terendah (2.88) pula adalah dari kalangan
pelajar yang terdiri daripada golongan B40(4) untuk pernyataan “saya akan memulakan
perniagaan saya dalam tempoh 10 tahun selepas bergraduat.
Keadaan ini menunjukkan pelajar dari golongan isi rumah dalam kategori B40(4)
merasakan tempoh 10 tahun adalah terlalu lambat untuk membina kerjaya sebagai usahawan.
Namun pelajar dari kategori keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah dalam kategori
B40(1), lebih bersedia untuk membina perniagaan sendiri dan ingin menjadi majikan kepada
diri sendiri. Dapatan kajian ini menyokong kajian Luiz & Mariotti (2011) yang juga mendapati
kedua-dua pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan tinggi dan rendah cenderung untuk
melibatkan diri dalam keusahawanan namun mungkin memfokuskan kepada skala perniagaan
yang berbeza. Malahan, dapatan kajian ini turut menyokong dapatan oleh Nandamuri &
Gowthami (2013) yang juga mendapati pelajar berpendapatan tinggi lebih cenderung
melibatkan diri dalam keusahawanan disebabkan mereka dilihat mempunyai peluang
perniagaan yang lebih baik yang disebabkan oleh status hubungan sosial dan mobiliti
kewangan yang baik.
Jadual 4: Faktor Sosio Ekonomi dan Niat Keusahawanan
Min Niat Keusahawanan
Item B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
Min
Keseluruhan
Jantina
Lelaki 3.64 3.73 3.52 3.43 3.67 3.34 3.64 3.78 3.38 3.27 3.54
Perempuan 3.76 3.77 3.53 3.48 3.80 3.41 3.68 3.82 3.53 3.55 3.63
Program Pengajian
11
Kejuruteraan
Awam (JKA)
3.63 3.88 3.43 3.44 3.69 3.12 3.69 3.75 3.25 3.44 3.53
Kejuruteraan Elektrik (JKE)
3.36 3.36 3.09 2.81 3.36 3.09 3.36 3.63 3.36 3.18 3.26
Kejuruteraan
Mekanikal
(JKM)
3.33 3.33 3.33 3.11 3.22 3.11 3.11 3.56 3.33 3.44 3.29
Perdagangan (JP) 3.85 3.87 3.53 3.62 3.83 3.53 3.75 3.87 3.49 3.28 3.67
Pelancongan &
Hospitaliti (JPH)
3.71 3.76 3.71 3.54 3.85 3.41 3.73 3.83 3.54 3.61 3.67
HPNM
2.00 – 2.99 3.74 3.76 3.41 3.38 3.68 3.5 3.68 3.74 3.53 3.29 3.57
3.00 -3.49 3.65 3.72 3.55 3.54 3.77 3.35 3.68 3.69 3.43 3.28 3.57
3.50 – 4.00 3.77 3.81 3.58 3.42 3.74 3.29 3.61 4.10 3.42 3.81 3.66
Penglibatan Ahli Keluarga dalam Keusahawanan
Tiada 3.46 3.58 3.41 3.35 3.59 3.22 3.55 3.7 3.42 3.36 3.46
Ibu @ Bapa 4.05 3.95 3.77 3.86 4.05 3.68 4.05 4.05 3.63 3.55 3.86
Adik Beradik 3.96 3.79 3.71 3.58 4.04 3.54 3.71 4.00 3.50 3.67 3.75
Ibubapa dan Adik Beradik
3.94 4.06 3.39 3.39 3.61 3.39 3.56 3.67 3.33 2.94 3.53
Tahap Pendidikan Tertinggi Ibu
Tiada pendidikan formal
3.55 3.64 3.64 3.55 3.64 3.27 3.64 3.91 3.36 3.45 3.57
Sekolah Rendah
@ Menengah
3.76 3.77 3.59 3.50 3.77 3.41 3.67 3.80 3.52 3.53 3.63
Diploma 3.75 4.00 3.25 3.38 3.88 3.50 3.88 3.75 3.50 3.00 3.59
Ijazah Sarjana
Muda
3.42 3.58 3.25 3.33 3.67 3.25 3.58 3.83 3.08 2.75 3.37
Tahap Pendidikan Tertinggi Bapa
Tiada pendidikan
formal
3.89 3.89 3.78 4.00 4.00 3.67 4.00 4.33 3.89 3.89 3.93
Sekolah Rendah @ Menengah
3.69 3.74 3.53 3.45 3.74 3.38 3.65 3.75 3.42 3.37 3.57
Diploma 3.67 3.83 3.42 3.17 3.42 3.17 3.25 3.75 3.42 3.58 3.47
Ijazah Sarjana Muda
3.73 3.73 3.47 3.6 3.87 3.47 3.93 3.87 3.47 3.33 3.65
Pendapatan Bulanan Isi Rumah
Kurang
RM2,500
3.00 3.33 3.00 3.33 4.00 3.00 4.00 4.00 3.00 2.67 3.33
RM2,501-
RM4,850
3.59 3.88 3.41 3.47 3.71 3.59 3.71 3.76 3.35 2.88 3.54
RM4,851-
RM10,970
3.63 3.5 3.38 3.18 3.53 3.13 3.48 3.58 3.25 3.33 3.40
Melebihi RM10,971
3.8 3.89 3.66 3.64 3.86 3.49 3.74 3.93 3.61 3.61 3.72
5. Batasan Kajian
Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Justeru
itu, dapatan kajian ini adalah terhad untuk populasi kajian ini dan tidak boleh digeneralisasi
kepada semua pelajar di Borneo. Selain daripada sosio ekonomi, faktor niat keusahawanan
juga boleh dipengaruhi oleh lain-lain faktor seperti sosio budaya yang tidak dikaji dalam kajian
ini. Kajian ini juga melaksanakan analisis secara deskriptif, yang mana kesimpulan adalah
berdasarkan kepada skor min semata-mata. Justeru untuk kajian akan datang, adalah
dicadangkan untuk pengkaji meluaskan lagi sampel kajian kepada lain-lain pelajar Institusi
Pengajian Tinggi di Borneo seperti UMS, UITM dan kolej-kolej swasta untuk mendapatkan
gambaran yang lebih tepat tentang niat keusahawanan dalam kalangan pelajar di Borneo. Selain
itu, kajian ini mungkin boleh dilanjutkan dengan melaksanakan pengujian secara regresi untuk
12
melihat apakah faktor yang memberi kesan dan perlu diberi perhatian dalam meningkatkan niat
keusahawanan dalam kalangan pelajar.
6. Kesimpulan
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji niat keusahawanan sebagai kerjaya dalam
kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Hasil analisis secara deskriptif mendapati niat
keusahawanan sebagai kerjaya dalam kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu adalah pada
tahap sederhana. Faktor utama mereka untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya adalah
keinginan mereka untuk menjadi majikan kepada diri sendiri. Namun secara perbandingannya,
didapati pelajar perempuan mempunyai niat yang lebih tinggi untuk menjadikan keushawanan
sebagai kerjaya berbanding dengan pelajar lelaki. Malahan, pelajar dari program pengajian
bukan teknikal (JP & JPH) turut menunjukkan niat keusahawanan sebagai kerjaya yang lebih
tinggi berbanding dengan pelajar dari program pengajian teknikal (JKA,JKE,JKM). Selain itu,
pelajar yang mempunyai prestasi akademik yang cemerlang juga didapati menunjukkan niat
keusahawanan sebagai kerjaya yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang mempunyai
prestasi akademik yang baik dan sederhana. Ibu bapa yang terdiri daripada usahawan
merupakan faktor utama yang mendorong pelajar untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya.
Niat keusahawanan sebagai kerjaya juga adalah lebih tinggi dari kalangan pelajar yang
mempunyai ibu yang memiliki tahap pendidikan tertinggi sekolah rendah atau menengah dan
bapa yang tiada pendidikan formal. Malahan, pelajar dari kategori T20 turut menunjukkan niat
yang lebih tinggi untuk menjadikan usahawan sebagai kerjaya berbanding dengan lain-lain
kategori pendapatan.
Justeru itu, adalah dicadangkan dalam merangka aktiviti keusahawanan, pihak autoriti
perlu lebih mempromosikan peranan role model kepada pelajar untuk memberi gambaran yang
positif tentang kerjaya keusahawanan. Selain itu, pelajar juga perlu disediakan platform untuk
berinteraksi secara langsung dengan agensi-agensi yang boleh membantu mereka untuk
memulakan perniagaan mereka terutamanya dari segi bantuan kewangan dan peluang
perniagaan. Budaya usahawanan juga perlu dipupuk dalam persekitaran kampus melalui
aktiviti secara praktikal yang dilaksanakan secara berkala terutamanya untuk pelajar bukan
teknikal.
Rujukan
Ahmad Isa Abdullahi, Fakhrul Anwar Zainol, Wan Norhayate Wan Daud & Ahmad Shukri
Yazid. (2017). Entrepreneurial intention revisited: Measuring the impact of Socio-
Cultural business environment using Structural Equation Modelling. World Applied
Sciences Journal, 35(8), 1445-1456. DOI:10.5829/idosi.wasj.2017.1445.1456
Ahmad Rachmawan, Ayu Aprilianti Lizar, & Wustari L.H Mangundjaya. (2015). The role of
parent’s influence and self-efficacy on entrepreneurial intention. The Journal of
Developing Areas, 49(3), 418-430.
13
Alzahrin Alias (8 Mei 2020). Jumlah penganggur meningkat 17.1 peratus. Berita Harian
Online.https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/05/686536/jumlah-
penganggur-meningkat-171-peratus. [01 Julai 2020]
Amran Awang, Shazwani Amran, Mohamad Niza Md Nor, Ima Ilyani Ibra-him, & Mohd Fazly
Mohd Razali (2016). Individual entrepreneurial orientation impact on entrepreneurial
intention: intervening effect of pbc and subjective norm. Journal of Entrepreneurship,
Business and Economics, 4(2), 94-129.
Benachenhou Sidi Mohammed, Arzi Fethi, & Omar Belkhir Djaoued (2017). The influence of
attitude, subjective norms and perceived behavior control on entrepreneurial intentions:
case of Algerian students: American Journal of Economics, 7(6), 274-282.
DOI: 0.5923/j.economics.20170706.02
Buku Perangkaan 2019. (2019). Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat. www.kpwkm.giv.my
Cifre, E., Vera,M., Sanchez-Cardona, I., & Cuyper, N.D. (2018). Sex, gender identity, and
perceived employability among Spanish employed and unemployed youngsters.
Frontiers in Psychology. https: //doi.org/10.3389/fpsyg. 2018.02467.
Dendup, T., & Archarja, I.L. (2017). Effect of Individual Factor on Entrepreneurship Intention
Among Undergraduate Students in Bhutan. World Journal of Business & Management,
3(2),1-12.
Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, Salmy Edawaty, & Hairunnizam Wahid (2019). Tanggapan
sokongan organisasi dan penglibatan aktiviti kerohanian B40 muslim yang berhutang.
Internasional Journal of Islamic and Civilization Studies, 68-77.
Fatoki, O. (2014). The entrepreneurial intention of undergraduate students in South Africa:
The influences of entrepreneurship education and previous work experience.
Mediterranean Journal of Social Sciences, 5(7), 294-299.
14
Kalitanyi,V., & Bbenkele, E. (2017). Assessing the role of socio-economy values on
entrepreneurial intentions among University students in Cape Town. South African
Journal of Economic and Management Science, 20(1). https: //doi.org /10.4102/
sajems.v20il.1768.
Looi, K. H, & Lattimore, C.K.(2015). Undergraduate students' entrepreneurial intention: born
or made? International Journal of Entrepreneurship and small Business, 26(1), 1-20.
http://www.inderscience.com/link.php?id=71317
Luiz, J., & Mariotti, M.(2011). Entrepreneurship in an emerging and culturally diverse
economy: A South African survey of perceptions. South African Journal of Economic
and Management Sciences, 47 -64.
Mbagwu, M. I., & Ajaegbu, O.O. (2016). Influence of parents educational background on
career choice of teenagers among senior secondary school students in Owerri. Edorium
Journal of Psychology, 14–20.
Muhammad Israr & Mazhar Salem (2018). Entrepreneurial intentios among students in Italy.
Journal of Global Entrepreneurship Research, 8(20).
Nandamuri, P., & Gowthami, C. (2013). The impact of household income on being a potential
entrepreneur. SCMS Journal of Indian Management, 10(3), 75-85.
Noraini Idris (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill Education.
Noorkartina Mohamad, Lim, H.,E., Norhafezah Yusof, Mustafa Kassim, & Hussin Abdullah.
(2014). Estimating the choice of entrepreneurship as a career: The case of Universiti
Utara Malaysia. International Journal of Businessa and Soceity, 15(1).
Nur Izzati Izzah Nadzri (2020, Julai 21). 1.9 juta dijangka hilang kerja. Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/ekonomi/2020/07/1-9-juta-dijangka-hilang-kerja/
Ordaz, C.C., Gonzalez, J.P.D., & Navarro, J.R. (2016). The influence of gender on
entrepreneurial intention:The mediating role of perceptual factors. Business Research
Quarterly, 19, 261-277.
15
Remeikiene, R., Startiene, G., & Dumciuviene, D.(2013). Explaining entrepreneurial intention
of university students: The role of entrepreneurial education. Management, Knowledge
and Learning International Conference, 19-21 Jun 2013, Zadar. Croatia.
Sata, M. (2013). Entrepreneurial intention among undergraduate business students’.
International Journal of Research in Management, Economics and Commerce, 3(9),
33-48.
Saraf, N. (2015). What determines entrepreneurial intention in India. Journal of
Entrepreneurship and Innovation in An Emerging Economies, 1(1),18-38.
Slyvia Nabila Azwa Ambad & Dayang Haryani Diana Ag Damit (2016). Determinant of
entrepreneurial intention among undergraduate students in Malaysia. Proceedia
Economics and Finance, 37, 108-114.
Sahinidis, A.G., Giovanis, A.N., & Sdrolias, L. (2012). The role of gender on entrepreneurial
intention among students: An empirical test of the Theory of planned behavior in a
Greek University. International Journal On Integrated Information Management, 1(1),
61-79.
Salwah Che Mat, Siti Mistima Maat, & Norhatta Mohd. (2015). Identifying factors that
affecting the entrepreneurial intention among Engineering Technology students.
Procedia - Social and Behavioral Sciences, 211, 1016 – 1022. doi.10.1016/sbspro.
2015.11.135.
Suhaila Nadzri, Nor Ayuni Rosli, Nor Suhaily Bakar, & Nuzul Akhtar Baharudin. (2015).
Faktor keluarga, ganjaran, dan kesukaran memperolehi mempengaruhi kerjaya yang
diceburi alumni KUIS. Proceeding of the 2nd International Conference on
Management and Muamalah (2ndICoMM), 16th – 17th November 2015. ISBN: 978-
967-0850-25-2
Statistik Utama Tenaga Buruh Di Malaysia, Februari 2021. Jabatan Perangkaan Malaysia.
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=UXlFcW1pSnhhZU
FSSTc0RDhnR3V3dz09
16
The Star (2020, March 25). MIER projects job losses could be 2.4 million.
thestar.com.my/business/business-news/2020/03/25/covid-19-to-shrink-growth.
Umi Kartini Rashid, Nik Kamariah Nik Mat, Rabiatul Adawiyah Ma’rof, Juzaimi Nasuredin,
Fitriah Sanita , & Muhamad Faiz Mohamed Isa. (2012). Entrepreneurial intentions
among technical students. American Journal of Economics, 73-76. DOI:
10.5923/j.economics.20120001.17
Wah, L.,F., Bibi Noraini Mohd Yusuf, & Julinawati Suanda. (2017). A study on factors affecting
entrepreneurial intentions among students in higher education institutions in Northern
regions of Malaysia. International Journal of Information Technology and Business
Management, 58(1), 80-99.
top related