mts3042( perbandingan antara blogspot )
Post on 29-Jun-2015
94 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KURSUS:
MTS 3042 : PEMBANGUNAN LAMAN WEB DAN LAMAN BLOG
PENSYARAH: PUAN. SAIRA BANU BT OMARKHAN
GROUP: B
TAJUK TUGASAN: PERBANDINGAN ANTARA LAMAN BLOGSPOT
NAMA NO.MATRIK/PROGRAMNUUR SYAKELA BT ISMAIL D20131064303/ISMP SEJARAH
NORAZURA BT SAZALI D20131064317/ISMP SEJARAHSULIANA BT AZIZ D20131064308/ISMP SEJARAH
STEPHANIE NUAI ANAK IMPIN D20131064306/ISMP SEJARAH
PENGENALAN
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 1
Secara amnya , kursus Pembangunan Laman Web Dan Blog ini merupakan kursus
pengayaan diri di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kursus pengayaan diri ini juga
wajib diambil oleh semua mahasiswa dan juga mahasiswi yang menuntut di UPSI. Namun
begitu, bukan kursus ini sahaja yang ditawarkan bagi para pelajar kerana terdapat pelbagai
lagi kursus yang menarik. Tetapi, bagi kami yang agak meminati dunia teknologi ini mahu
mencuba sesuatu yang baru dan lain bagi kami kerana masing-masing yang mengambil
kursus ini datangnya daripada pelbagai program. Sungguhpun begitu , ia bukanlah suatu
penghalang buat kami untuk mempelajari ilmu dengan lebih mendalam mengenai laman web
dan juga laman blog ini.
Tugasan yang diberikan kepada kami pada kali ini adalah untuk membandingkan antara
laman web atau blog yang berkualiti. Laman-laman ini juga hendaklah dibandingkan
mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan untuk membezakan laman blog yang
berkualiti. Antara kriteria yang diambil kira ialah mengoptimumkan pengalaman pengguna,
pautan dan label, page layout, teks, grafik, imej dan multimedia. Selain itu senarai/list dan
kandungan juga diambil kira. Tidak semestinya, laman blog dipilih mempunyai kekurangan
sahaja, namun kita juga boleh lihat dari segi kelebihan dan juga keistimewaan yang terdapat
dalam blog itu sendiri. Secara relatifnya, kesemua kriteria yang telah di senaraikan akan
dihuraikan dengan lebih mendalam pada bahagian yang seterusnya.
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 2
PERBANDINGAN BLOG
Perbandingan blog akan dinilai berdasarkan enam kriteria yang telah diberikan oleh pensyarah
terhadap kami bagi memudahkan tugas-tugas kami untuk membandingkan antara dua blog yang
telah dipilih oleh kami sekumpulan dalam tugasan ini. Blog yang akan dibandingkan ialah Blog
Anajingga dan Blog Lyssa Faizureen.
i. Blog Anajingga
Blog pertama yang akan disenaraikan kriterianya oleh kami ialah blog Anajingga. Blog ini
mencatatkan kisah-kisah harian, rentetan hidup, perjalanan, resepi dan tempat-tempat menarik
yang pernah dikunjungi oleh pemilik blog ini.
1.1 : Mengoptimumkan Pengalaman Pengguna
Penulis blog telah mempiawaikan jujukan tugas dengan membenarkan pengguna
melaksanakan tugas dengan urutan dan cara yang sama bagi tugas-tugas yang mempunyai
kesamaan.
Contohnya,
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 3
Contoh ini memaparkan pautan berkenaan “Kisah Jingga”.
Contoh kedua,
Contoh kedua pula adalah pautan mengenai arkib blog iaitu hasil catatan yang telah dimuatnaik
oleh pemilik blog pada tahun 2014.
Penulis blog Anajingga telah mengoptimumkan masa memuat turun seluruh paparan blog
agar tidak membazir masa pengunjung ke blog penulis blog ini.
1.2 : Pautan Dan Label
Penulis blog Anajingga menggunakan teks sebagai pautan label untuk memudahkan
pengunjung mencari arah tujuan di laman blog miliknya. Selain itu, label kategori yang terdapat
dalam blog Anajingga ini juga menggunakan label yang jelas dan mudah difahami oleh
pengunjung blog.
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 4
Memandangkan blog ini kebanyakannya berkaitan dengan kisah-kisah harian yang dilalui
oleh penulis blog, jadi terdapat banyak jenis info berkenaan makanan yang dipaparkan di dalam
blog ini. Contohnya, label untuk “di tanahairku…” memaparkan jenis-jenis makanan yang
terdapat di Malaysia.
Selain makanan, terdapat juga info-info berkaitan dengan tempat pelancongan yang
pernah dijejaki oleh penulis blog serta drama-drama atau rancangan televisyen yang diminati
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 5
oleh beliau.
1.3 : Page Layout
Page layout blog Anajingga dibahagikan kepada tiga bahagian dan setiap bahagian
diletakkan secara konsisten. Penulisan blog diletakkan di tengah supaya memudahkan
pengunjung membaca info-info dan pendapat penulis yang terdapat dalam blog.
Item-item penting diletakkan di bahagian atas kiri dan kanan agar memudahkan
pencarian maklumat oleh pengunjung. Paparan blog Anajingga adalah scrolling secara vertical
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 6
dan scrolling secara horizontal telah dihapuskan.
1.4 : Teks, Grafik, Imej dan Multimedia
Menggunakan teks yang berwarna hitam pada paparan yang berlatarbelakangkan kosong
dan berkontra sederhana tinggi. Berdasarkan pemerhatian atau pendapat yang kami jalankan
terhadap blog Anajingga adalah penulis menggunakan teks warna kebanyakannya adalah
berwarna hitam iaitu pada paparan yang berlatarbelakangkan kosong dan paparan kontara yang
sederhana. Namun begitu, terdapat juga teks yang menggunakan warna selain daripada warna
hitam iaitu warna biru, hijau, merah dan pink. penggunaan warna pink sebagai teks adalah tidak
sesuai dan ia menyebabkan susah untuk pembaca melihat dengan jelas kerana warna teks
tersebut yang menyilaukan mata.
Menggunakan imej yang ringkas untuk latar belakang dan mempunyai paparan teks.
Contoh, Dilema Anak Selepas STPM.
Imej-imej yang dilabel boleh di klik dan imej-imej yang terdapat dalam blog tidak
melambatkan proses muat turun. Visual yang dipaparkan adalah secara konsisten. Tidak terdapat
penggunaan video, animasi dan audio mempunyai maksud atau kesan yang tertentu dalam blog
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 7
ini. Terdapat banyak paparan logo organisasi dan iklan yang dipaparkan pada halaman web dan
susunan setiap logo dan iklan adalah secara tersusun dan mudah dikenal pasti.
Saiz banner yang digunakan adalah tidak terlalu besar.
1.5 : Senarai / Lists
Elemen-elemen yang disusun adalah bertujuan untuk mengoptimumkan tahap
pencapaian pengguna atau pembaca blog Anajingga ini. Penulis juga meletakan item-item yang
penting pada kedudukan atas. Contohnya ialah Home, Kisah Jingga, Jingga’s Frame, Adik
Jingga dan Jingga Tetap Dihati Mama.
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 8
Penulis menggunakan format yang sesuai bagi setiap senarai yang terdapat dalam blog
tersebut. Paparan bagi setiap item turut mempunyai perkaitan di dalam satu senarai.
1.6 Kandungan (Content)
Penulis menggunakan tajuk yang jelas di setiap halaman. Setiap susunan bagi kandungan
mempunyai urutan yang jelas dan teratur. Gabungan huruf besar dan kecil digunakan secara
bersesuaian.
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 9
Melimitkan bilangan perkataan dan ayat. Susunan maklumat adalah jelas dan ianya
dipaparkan secara jelas dan logik pada pengunjung biasa. Setiap isi kandungan yang dipaparkan
memberi kemudahan kepada pembaca untuk membaca dengan pantas. Dimana penggunaan
tajuk utama yang jelas dan berada pada kedudukan yang betul, kata-kata yang pendek , padat dan
bermakna.
Di samping itu, penggunaan perenggan yang pendek dan senang untuk dibaca. Maklumat
yang dikumpulkan adalah mengikut kategori tertentu dan dapat menjimatkan masa pencarian
atau scanning
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 10
ii. Blog Lyssa Faizureen
Blog kedua ialah Blog Lyssa Faizureen. Blog ini merupakan blog tutorial yang akan memberi
maklumat yang diperlukan oleh pengunjung ke dalam laman blog-nya. Terdapat pelbagai jenis
tutorial yang disediakan oleh pemilik blog ini kepada pengunjung blog.
2.1 : Mengoptimumkan Pengalaman Pengguna
Di dalam blog ini, blogger telah menggunakan piawaian jujukan tugas dengan
membenarkan pengguna melaksanakan tugas dengan urutan dan cara yang sama bagi tugas-
tugas yang mempunyai kesamaan. Sebagai contohnya, blogger ini telah menyediakan jujukan
yang senang dirujuk oleh pembaca.
Disamping itu, masa untuk memuaturun maklumat juga sangat mimimum bagi blog ini
juga singkat. Ini menunjukan blog ini sangat menarik kerana masa untuk memuat turun blog
ini sangat singkat.
Bukan itu sahaja, apa yang menarik dalam blog ini juga ialah pemilik blog
menyediakan maklum balas semasa pengguna memuat turun di laman blog-nya.
2.2 : Pautan Dan Label
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 11
Seterusnya, dalam blog ini juga blogger telah menggunakan label serta pautan yang
bermakna. Misalnya, contoh pautan di bawah ini. Selain itu , nama pautan juga mestilah sama
dengan nama destinasi. Dalam blog ini juga, blogger juga mengulangi pautan penting dan
gunakan teks untuk pautan.
Blog ini juga menggunakan label kategori yang jelas dan mudah dicari untuk para
pengunjung blog mencari maklumat yang diperlukan.
2.3 Page Layout
Kebanyakan item-item penting diletakkan secara konsisten dibahagian tengah atas
untuk memudahkan pengguna mencari maklumat. Ini memudahkan pembaca melihat item-
item penting tersebut.
Selain itu, halaman/page juga telah disusun untuk kemudahan pembaca untuk
membuat perbandingan. Contohnya, halaman Home, Tutorial, dan Tips-tips diasingkan.
Susun dalam baris menegak atau mendatar item-item pada mukasurat halamn web.
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 12
Contohnya, dalam Tips-tips terdapat senarai tips secara menegak.
2.4 : Teks, Grafik, Imej Dan Multimedia
Blogger ini pandai menyesuaikan cara untuk menggunakan warna teks supaya blog-
nya kelihatan menarik. Sebagai contohnya, pemilik blog ini telah menggunakan warna yang
lembut sebagai warna latar belakang, manakala teksnya pula berwarna merah, hitam dan
merah jambu.
Untuk blog ini, blogger tidak beberapa menggunakan imej ringkas untuk latar
belakang sekiranya mempunyai paparan teks.Setiap imej yang terdapat dalam blog ini boleh di
klik dan dimuat turun dengan cepat.
Bukan itu sahaja, visual yang dipaparkan juga disusun secara konsisten. Selanjutnya,
tidak terdapat penggunaan video, animasi dan audio yang mempunyai maksud atau kesan
kepada pembaca.
Penulis blog ini juga telah memasukkan logo organisasi pada setiap halaman web
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 13
secara konsisten. Misalnya, apabila kita membuka halaman bagi Tips maka pautan yang akan
dipaparkan juga terdapat logo atau organisasi yang betul.
Saiz banner yang digunakan juga bersesuaian dengan tema blog-nya.
2.5 : Senarai/List
Penulis blog ini juga menyusun elemen untuk mengoptimumkan tahap pencapaian
pengguna. Sebagai contohnya, penulis blog telah menyenaraikan maklumat yang terdapat
dalam blog-nya. Blog ini juga meletakkan item penting pada kedudukan atas serta
menggunakan format yang bersesuaian untuk senarai kandungannya. Selain itu, paparan item-
item juga mempunyai perkaitan dalam satu senarai.
Contohnya,
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 14
Berdasarkan contoh (gambar), “Tutorial For New Bloggers” adalah paparan mengenai
semua tips untuk pengguna blog baru. Begitu juga dengan “Tutorial Related To Facebook”,
kesemua paparan item di bawahnya merujuk kepada tutorial penggunaan Facebook
2.6 : Kandungan/Content
Penulis blog ini menggunakan tajuk yang jelas di kesemua halaman blog-nya.
Contohnya apabila membuka pautan Home, paparan post yang dimuat naikkan adalah paparan
Home dan tidak melencong ke paparan halaman lain.
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 15
Penulis tidak menggunakan istilah jargon atau pelik dalam penulisannya. Perkataan
yang digunakan adalah mudah difahami oleh pengunjung. Namun begitu, gabungan huruf
besar dan kecil digunakan dengan cara yang bersesuaian. Perkataan yang digunakan juga tidak
dihadkan bilangan perkataan dan ayat.
Maklumat yang dikumpul dan fungsi yang berkaitan diasingkan mengikut kategori
tertentu bagi mengurangkan masa pencarian atau scanning.
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 16
KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui tugasan yang telah kami jalankan ini kami mengetahui bahawa
terdapat pelbagai kriteria dan elemen-elemen penting yang perlu ada bagi menghasilkan sebuah
blog atau web yang bagus dan berkualiti bagi menarik ramai pengunjung ke laman web atau blog
kita. Berdasarkan tugasan yang kami jalankan juga, ciri-ciri kriteria yang telah dikaji dapat
membantu kami untuk menghasilkan sebuah laman web atau laman blog yang mempunyai
kriteria-kriteria dan kualiti yang menarik sama ada dari segi susunan kandungan, pautan dan
label, page layout , teks, grafik, imej dan multimedia dan sebagainya. Selain itu kami juga dapat
mempelajari setiap ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap blog yang kami hasilkan. Sebagai
contohnya ialah dari segi penggunaan pautan dan label, di mana penulis hendaklah menggunakan
label pautan yang bermakna dan nama pautan tersebut hendaklah sama dengan nama destinasi.
Tambahan lagi, label pautan hendaklah menuju ke destinasi yang betul mengikut label yang telah
disenaraikan dalam blog dan tidak melencong ke laman web yang lain.
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 17
LAMPIRAN
RUJUKAN
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 18
Lysaa Faizureen.(2010). Blog Lysaa Faizureen . Diambil daripada
http://www.lyssasecret.com/p/tutorial.html#.U3WlhdxmiFx
Anajingga.(2014). Blog Anajingga. Diambil daripada
http://anajingga.blogspot.com/
Perbandingan Antara Laman Web Blogspot 19
top related