monograf fakulti pendidikan 2010 kurikulum modul … filekecil sahaja yang mahu meneruskan...
Post on 31-Mar-2019
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MONOGRAF FAKULTI PENDIDIKAN 2010
Kurikulum Modul Asas Membaca Orang Asli:
KAMOA4M (4M: menyebut, menyanyi, melakon, membaca)
Panel Penyelidik Profesor Dr Saedah Siraj (Ketua)
Dr Zaharah Hussin Dr Melati Sumari
Dr Habib Mat Som Kamaliah Siraj
Pengenalan
Orang-orang Asli pada kebiasaannya dikenal pasti sebagai kelompok pertama yang
menduduki satu-satu kawasan dan biasanya dikaitkan dengan tanah (Michie, 1999).
Mengikut Michie (1999) juga kepercayaan golongan ini ialah “the Earth is our Mother”.
Ini menunjukkan bahawa orang-orang Asli yang dipanggil juga penduduk natif
mempunyai cara hidup yang tersendiri yang berbeza dengan penduduk lain yang
mempunyai persekitaran hidup yang berlainan dengan persekitaran mereka. Ini selaras
dengan pendapat Magga (2007: 5) mengatakan, … Quality in education for indigenous
peoples means that our education in principle is based on our own culture, our
knowledge, our own languages and learning/teaching traditions. From this platform our
peoples will be able to reach for the best in the global garden of knowledge. Wane
(2009) dalam mengulas beberapa kajian tentang pribumi merumuskan bahawa
pendidikan orang-orang asli perlu dirancang berdasarkan kontek atau berdasarkan
budaya, falsafah, cara hidup dan persekitaran mereka.
Kawasan yang menjadi pertempatan orang-orang Asli biasanya agak jauh di
kawasan pendalaman dan dikelilingi dengan alam semula jadi yang kaya dengan bahan-
bahan mentah dan tumbuh-tumbuhan berkhasiat. Status pendidikan golongan ini masih
belum mencapai peringkat sekolah-sekolah kebangsaan lainnya. Kurikulum untuk Orang
Asli di Malaysia seharusnya berbeza dengan kurikulum yang digunakan di sekolah-
sekolah lainnya. Ini bermaksud Kurikulum Sekolah Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
perlu di ubahsuai untuk keperluan pembelajaran kanak-kanak yang datangnya daripada
golongan kaum Orang Asli. Mereka mempunyai kepercayaan, cara hidup, cara
berkomunikasi dan banyak lagi aspek kehidupan yang berbeza dengan penduduk
Malaysia lainnya. Perbezaan yang ketara ini tidak mungkin membolehkan mereka dapat
mengikuti kurikulum yang telah disediakan oleh KBSR. Buktinya, sebahagian besar
daripada murid-murid sekolah rendah tidak mahu meneruskan pelajaran mereka ke
sekolah menengah. Hanya sebahagian yang ke sekolah menengah, itu pun sejumlah
kecil sahaja yang mahu meneruskan persekolahan mereka. Manakala sebahagian
besarnya kembali ke kampung asal mereka bagi meneruskan kehidupan bersama
kelompok Orang Asli. Sepertimana Magga (2007: ) mencadangkan,
Traditional indigenous education and its structures should be respected and
supported. Our knowledge has not been written by us - on the contrary: we
dance it, we draw it, we narrate it, we sing it, we practice it. There is a need
for a deeper understanding of what knowledge and learning is and the
many paths to knowledge. This is in line with what was observed by the
the Delors Commission: western formal education systems tend to
emphasize the acquisition of knowledge to the detriment of other types of
learning. I think indigenous peoples can contribute in a very significant way
both to our own education systems and to the renewal of education
systems of other people.
Reyhner and Gabbard (1993) dalam membincangkan tentang status risiko tinggi
yang dihadapi oleh murid-murid golongan natif telah mengutarakan bahawa faktor
utama yang mempengaruhi masalah tersebut ialah kurangnya budaya mereka dalam
penyusunan dan perancangan bilik darjah. Selain daripada itu Reyhner and Gabbard
(1993) juga menekankan terdapatnya keunikan dalam memberi pendidikan kepada
mereka. Keunikan stail belajar penduduk Natif Amerika juga terdapat dalam hasilan
kajian More (1989). Beliau mendapati murid-murid Natif American-Indians mempunyai
kekuatan yang tersendiri yang sangat berkait rapat dengan budaya hidup mereka
berbanding dengan murid-murid Amerika lainnya. Dalam kajian yang lain, Swisher
(1994) juga membuktikan bahawa terdapat kepercayaan yang kuat di kalangan guru-
guru terhadap pengaruh nilai budaya American-Indians kepada stail belajar pelajar dan
cara mereka mempersembahkan pembelajaran mereka. Walaupun terdapat unsur-
unsur penolakan dan keengganan mereka kepada sesuatu perubahan seperti yang
dinyatakan oleh Wane (2009), tetapi Deyhale, Swisher, Stevens, and Galvan (2009)
menyatakan keyakinan mereka terhadap kepelbagaian pedagogi berasaskan kontek
boleh mengubah pandangan orang-orang asli terhadap pendidikan.
Bertolak daripada persoalan inilah, kajian ini cuba melihat keperluan-keperluan
murid-murid Orang Asli berserta budaya kehidupan mereka. Berdasarkan keperluan
dan corak budaya mereka itu modul kurikulum untuk pengajaran dan pembelajaran
direkabentuk dalam kajian ini. Kajian telah dijalankan di beberapa buah Sekolah Rendah
Orang yang terpilih yang menghadapi masalah utama mengenai rekod ketidakhadiran
murid ke sekolah. Masalah ketidakhadiran ini memberi impak kepada kebolehan
membaca murid yang pada keseluruhannya menunjukkan sebahagian besar murid
Orang Asli yang menghadapi penguasaan kemahiran membaca. Untuk peringkat ini,
kajian hanya akan bertumpu kepada Pembinaan Kurikulum untuk Asas Membaca
sahaja.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti corak budaya dan sumber-sumber
semulajadi yang terdapat di kawasan perkampungan Orang Asli sebagai asas
pembinaan modul kurikulum untuk Bacaan Asas murid-murid sekolah rendah. Dengan
menggunakan budaya dan sumber semula jadi tersebut, Pendekatan Drama-Kreatif
digunakan dalam pembinaan modul kurikulum untuk pengajaran Bacaan Asas untuk
mempertingkatkan kebolehan membaca di kalangan murid-murid yang lemah. Modul
kurikulum yang dibina diuji kesesuaian pengunaannya kepada murid-murid sekolah
rendah Orang Asli yang terpilih.
Soalan Kajian
Berdasarkan objektif tersebut, 3 soalan kajian dibentuk:
1. Apakah corak budaya dan sumber-sumber semula jadi di perkampungan
Orang Asli yang boleh dijadikan asas pembinaan modul kurikulum Bacaan
Asas?
2. Bagaimanakah corak budaya dan sumber-sumber semula jadi yang telah
dikenal pasti digunakan untuk membina modul kurikulum Asas Membaca?
3. Sejauhmanakah penggunaan modul kurikulum yang dibina untuk Asas
Membaca bersesuaian untuk memperkenalkan asas membaca murid di
sekolah Orang Asli?
Prinsip Asas Modul
Prinsip-prinsip Modul Kurikulum Asas Membaca yang akan dibina:
1) Menggunakan Teori Experiental Learning yang telah dibina oleh David A. Kolb.
Kolb (1984) telah membina teori pengalaman pembelajaran dengan berasaskan
kepada John Dewey, Kurt Lewin, Jean Piaget, Paulo Freire dan lain-lain.
Kerangka teorinya berdasarkan kepada empat asas iaitu a) melalui satu
pengalaman, b) memberi maklum balas secara kritis, c) membuat generalisasi
daripada apa yang dipelajari, dan d) menggunakan apa yang dipelajari kepada
pembelajaran baru. Pusingan pengalaman pembelajaran dapat dirumuskan
seperti dalam rajah di bawah:
Pengalaman
Aplikasi Maklum Balas
Generalisasi
Rajah 1. Pusingan Pengalaman-Pembelajaran
2) Menggunakan asas Kaedah Mengalami-Menghayati yang telah dibina oleh
Saedah Siraj (1992) yang menggunakan pengalaman lama pelajar untuk
mengukuhkan pengalaman pembelajaran baru.
Pengalaman Lama yang
berkaitan persekitaran dan
budaya
+
PENGGABUNGAN
Rajah 2. Penggabungan Pengalaman Lama dengan Baru dalam Kaedah Mengalami-
Menghayati
3) Penekanan pendekatan yang diberikan berbentuk Asas Drama-Kreatif di mana
penglibatan kanak-kanak secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran
mengenal bunyi dan huruf-huruf .
4) Modul akan menggunakan juga pendekatan Phonic dan pendekatan Whole
Language dengan beberapa pengubahsuaian.
5) Modul dibentuk dengan menggunakan bahan-bahan bacaan yang telah sedia
ada samada yang diguna pakai di sekolah atau juga yang ada dalam pasaran.
Beberapa bahan Bacaan Asas akan dipilih.
6) Aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi penekanan kepada komitmen
murid-murid semasa belajar, menghormati keperluan komuniti tempatan –
membina kepelbagaian teknik dengan menggunakan sumber seperti adat
resam, alam persekitaran, cara hidup, bahasa dan lain-lain yang terdapat dalam
komuniti tersebut sebagai asas pembinaan bahan.
7) Semua guru di sekolah tempat kajian akan melibatkan diri dalam perancangan
modul. Ibu bapa yang berpendidikan juga akan dipanggil untuk memberikan
pandangan mereka.
8) Peranan Guru Muzik penting dalam mencipta aktiviti-aktiviti nyanyian, tarian,
dan permainan kanak-kanak sambil belajar membaca. Guru yang berkebolehan
akan diminta membuat persembahan bagi membentuk modul ini.
9) Peranan guru lain juga penting dalam merancang modul dengan menggunakan
sumber-sumber alam seperti pokok, buah-buahan dan lain-lain. Mislanya
Pengalaman Baru
dengan Pembelajaran
Baru
peranan guru Seni dan Kraftangan amat penting dalam membuat gabungan
antara bacaan dengan aktiviti-aktiviti seni dan kraftangan yang menarik minat
mereka dan bersesuaian dengan budaya mereka.
Pendekatan dan Strategi Mengajar Membaca
Australia National Report (2005) mengenai Literature review on Teaching
Reading memberi penekanan kepada 2 teori yang menjadi asas pendekatan membaca
ialah 1. Explicit Code-based yang menggunakan phonic dan 2. Implicit Holistic atau
pendekatan Whole Language. Pendekatan whole-language
Adalah berasaskan kepada falsafah konstuktivis yang melihat kanak-kanak mewarisi
keaktifan, self-regulating yang membolehkan mereka membina serta membentuk
pengetahuan untuk diri mereka, dengan sedikit explicit decoding instruction.
Pendekatan ini juga menjadikan unsur asas konstruktivisme sebagai teori pengetahuan
bahawa pelajar memberikan sumbangan di dalam proses pembelajaran, kaedah
pengajaran hendaklah berfokus kepada apa yang dapat dibawa oleh pelajar kepada
situasi pembelajarn sebanyak mungkin terhadap apa yang diterima daripada
persekitaran. Ianya adalah pendekatan yang asalnya daripada Piaget dan Vygotsky.
Peranan guru adalah lebih sebagai fasilitator pembelajaran daripada pengajar dan
menyediakan peluang kepada individu untuk menguasai pengetahuan dan membentuk
makna melalui aktiviti, dan melalui perbincangan, refleksi dan perkongsian ideas dengan
yang lain dengan corrective intervention yang minimum.
Bagaimanapun terdapat bukti yang kukuh mengatakan pendekatan Whole Language
tidak menjadi minat pelajar yang mengalami masalah pembelajaran (Moats, 2000). Ini
biasa terjadi khususnya kepada kanak-kanak non-English speaking background
termasuklah kanak-kanak yang berlatarbelakangkan orang asli atau pribumi (Australia
National Report, p13). Australia National Report juga memberi penekanan kepada
Code-based Approaches yang berfokus kepada pengajaran huruf secara eksplisit yang
memerlukan pengajaran berfokus guru. Dalam mempersembahkan bahan pembelajaran
penekanan diberikan kepada pengajaran eksplisit, jadual praktis, dan maklumbalas (e.g.
Center, 2005; Westwood, 2003 a-c, 2004). Pendekatan ini menekankan kepada asas
membaca dengan 2 asas dan proses yang saling berkait rapat antara satu sama lain
iaitu belajar mengenai rupa bentuk bercetak (print) dan memahami maksud bercetak itu
serta dan wajib mengintegrasikan pengajaran membaca. Penemuan utama Cowen
(2003) yang telah membuat sintesis berdasarkan kepada 6 kajian mengenai pendekatan
mengajar awal membaca merumuskan bahawa pengajaran bacaan yang bertujuan
untuk memahami makna tidak boleh dipisahkan daripada pengajaran terus Phonics atau
bunyi. Sehubungan dengan hal ini, Pressl (1998) berpendapat bahawa bepengajaran
literasi yang seimbang adalah kombinasi daripada kekuatan pendekatan Whole
Language dan pengajaran kemahiran.
Kajian ini menggabungkan beberapa teori dan pendekatan membaca dengan
menggunakan pendekatan Asas Drama-Kreatif yang berlandaskan teori-teori dan
kaedah-kaedah berikut:
Theory Experiental Learning
Kaedah Mengalami Menghayati
Cultural and Natural Responsive Approach
Gabungan Kaedah Phonic dan Whole-Language
Kepelbagaian aktiviti digalakkan dalam pelaksanaan kurikulum asas membaca ini. Di
antara teknik-teknik yang boleh digunakan ialah:
• Teknik Simulasi/ Improvisasi
• Main peranan/Kerusi Panas
• Pantomim
• Teater bercerita/Teater Pembaca
• Aktiviti bercerita
• Lagu dan aksi
Pelbagai aktiviti perlu digunakan dengan tujuan untuk menarik minat pelajar melibatkan
diri dalam pembelajaran. Di antara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ialah PROJEKSI
SUARA dengan membunyikan huruf vokal serta konsonan. Aktiviti ASAS
PERGERAKAN seperti pergerakan mekanikal, pergerakan bermakna, dan pergerakan
kreatif, Pelajar juga digalakkan membuat aktiviti berikut:
• menyebut huruf sambil membuat pergerakan, Menyebut perkataan sambil
beraksi
• Permainan mendengar dan melakukan arahan (kata Jebat, jumlah duit,
persamaan)
• Menyebut objek – secara bergilir-gilir dalam bulatan (pusingan ajaib)
• Bergerak dengan pelbagai maksud/makna dan kreatif (kenderaan dan bunyi –
saiz dan bentuk, percambahan pokok, matahari, angin dll)
• Latihan penajaman indera – teka bunyi yang didengar, objek yang disentuh,
dilihat (puzzle), rasa dan bau (pejam mata dan pegang objek – teka, dengar
bunyi sekitar, berjalan di tepi pantai waktu panas, di atas batu tajam)
• Permainan teka ekpresi (mimik muka) – sedih, gembira, marah dll
• Improvisasi berdasarkan Objek : surat khabar, kayu dan kostum
• Improvisasi berdasarkan watak : binatang (membuat justifikasi watak – pilih satu
binatang yang diminati) dan tokoh
• Improvisasi berdasarkan bunyi (lagu instrumental – bayangan minda, lagu
dengan lirik dan mestamu).
• Improvisasi berdasarkan kesan bunyi (gendang atau tamborin) susunan bunyi
pelbagai dicipta oleh kanak-kanak
• Improvisasi berdasarkan situasi / idea: pengukir, robot dan bahan sastera
• Improvisasi bagi menghasilkan karya – puisi secara kolaboratif
• Improvisasi berdasarkan gambar
• Improvisasi berdasarkan petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita (aksi
kaku)
Pendekatan Drama-Kreatif ini banyak menggunakan pergerakan tubuh badan kanak-
kanak sambil memberikan makna kepada perkataaan yang diajar. Penggunaan
pergerakan anggota tubuh, irama dan daya kreativiti dapat melahirkan daya ekspresi.
Pergerakan kreatif berkesan membentuk pemikiran dan merancang aktiviti yang boleh
merangsang daya pemikiran, pertubuhan fizikal dan emosi kanak-kanak. Di antara jenis-
jenis pergerakan yang dicadangkan ialah:
i) Gerak alam – membuat pergerakan flora dan fauna seperti haiwan, pokok dll.
membuat pergerakan kejadian alam seperti angin, ribut, petir dll
Gerak naluri – berkait rapat dengan imiginasi dan emosi boleh menghasilkan
gerak kreatif. gabungan emosi dan muzik boleh menghasilkan gerak kreatif
ii) Gerak meniru – meniru pergerakan pasangan seperti sedang menghadap cermin.
Muka. : Contohnya meniru cara kucing makan, berbaring dll.
iii) Bahasa tubuh (kod dan tanda) – gesture/ non-verbal -- Pergerakan mata,
pergerakan badan tanpa kata-kata.
iv) Gerak kaku – menjadi objek dalam keadaan kaku/tidak bergerak Contoh: gerak
kaku dalam pentomin.
Metodologi Kajian Pembinaan Modul
Kajian ini adalah bertumpu kepada proses penyelidikan menggunakan rekabentuk
campuran metod (mixed method design) bagi membina kandungan kurikulum asas
membaca sekolah rendah Orang Asli. Asas bagi pembinaan kurikulum tersebut adalah
menggunakan teknik-teknik temubual separuh struktur, dan teknik Delphi Ubahsuaian
sebanyak dua pusingan (two round modified Delphi Technique). Peserta kajian adalah
melibatkan guru-guru berpengalaman dalam bidang membaca sekolah rendah dan guru-
guru daripada sekolah Orang Asli itu sendiri.
Rekabentuk kajian ini mengandungi 3 fasa penyelidikan dan menggunakan
pelbagai kaedah pemungutan data seperti berikut:
Fasa 1: Analisis Keperluan Pembinaan Modul Kurikulum Berasaskan
Corak Budaya dan Sumber-Sumber Semual Jadi
Fasa 2: Pembinaan Kurikulum Modul Asas Membaca
Fasa 3: Penilaian untuk Penambaikan Kurikulum Modul Asas Membaca
Metodologi penyelidikan dalam kajian ini melibatkan kaedah campuran kualitatif dan
kuantitatif. Kajian dimulakan dengan kaedah kualitatif dan disusuli dengan kaedah
kuantitatif (Creswell, 2005). Rekabentuk ini dinamakan kaedah campuran.
12
Rekabentuk Kajian Modul Kurikulum Bacaan Asas Sekolah Rendah Orang
Asli dirumuskan dalam rajah di bawah:
Rajah 3. Rekabentuk Kajian Kurikulum Modul Asas Membaca Sekolah Rendah Orang Asli (KAMSROA)
Rajah 3. Rekabentuk Kurikulum Modul asas Membaca Sekolah Rendah Orang Asli
Rekabentuk
kaedah campuran (secara penerokaan)
Temubual separuh
struktur (guru)
Temubual separuh
struktur (pelajar)
Keperluan dalam
Membina Kurikulum
Modul
Teknik Delphi Ubahsuaian
Dua Pusingan (Kesahan muka dan kandungan)
Kesahan Dalaman
Analisis Situasi
Pusingan I : Semakan
pakar, komentar dan
cadangan Temubual Guru Pakar
Pusingan II : Semakan
pakar, komentar dan
cadangan
Soalselidik Konsensus Pakar
Kurikulum Modul
Asas Membaca Sekolah
Rendah Orang Asli
(KAMSROA)
Analisis Kekuatan dan
Kelemahan pelajar
Kualitatif
kualitatif
dan
kuantitatif
13
Fasa I kajian dimulakan temubual separuh struktur terhadap keperluan-keperluan
dalam pembinaan kurikulum asas membaca. Fasa ini menggunakan seramai 90
orang murid di sebuah sekolah orang asli di Kelang, Selangor. Kajian di fasa ini cuba
mengenalpasti perkara-perkara berikut:
a) Murid yang lemah dalam bacaan peringkat asas;
b) Kekuatan dan kelemahan murid dari segi penglihatan, pendengaran, minda dan
kinestetik; dan
c) Mengenalpasti sumber-sumber alam semula jadi di kawasan kajian.
Rekabentuk kajian Fasa I seperti dalam rajah di bawah:
Rajah 4: Rekabentuk Kurikulum Asas Membaca Fasa I
Selain daripada itu kajian ini telah menemubual guru-guru berpengalaman di sebuah
sekolah orang asli di Kuala Kubu bagi mendapatkan data apakah corak budaya
kehidupan anak-anak orang asli dan bagaimanakah strategi pengajaran yang boleh
digunakan untuk mengajar membaca murid-murid berkenaan.
Asas Keperluan
Modul
14
Temubual juga telah dijalankan kepada 15 orang murid terpilih di sebuah sekolah
rendah Orang Asli di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk mengenalpasti minat, warna
kegemaran juga termasuk binatang dan makanan kegemaran mereka. Pemerhatian
juga dijalankan untuk melihat bagaimana guru mengajar di dalam kelas KIA2M.
Fasa II melibatkan Pembinaan Modul Kurikulum untuk murid-murid menguasai
kemahiran Asas Membaca. Pembinaan bahan di peringkat ini menggunakan guru-guru
yang telah lama mengajar di sekolah kajian terutama yang berpengalaman dalam
mengajar Bacaan Asas. Fasa ini pula adalah menggunakan teknik Delphi Ubahsuaian
(modified delphi technique) berdasarkan kerangka kajian yang diubahsuai daripada
kajian Zargari et al. (2000), Feridah Mohd Nazar (2003), Ibrahem Narongsakakhet
(2003), dan Zaharah Hussin (2008). Teknik Delphi digunakan bertujuan untuk tujuan
pengesahan kandungan yang bersifat sistematik.
Fasa III adalah peringkat penilaian bahan yang telah dibina untuk penambahbaikan.
Modul yang telah dibina pada peringkat 1 diperkenalkan kepada guru-guru di sebuah
sekolah Orang Asli. Seramai 10 orang guru telah ditemubual dan hasilan analisis
temubual digunakan untuk memperbaiki modul.
Teknik Temubual Separuh Struktur
Temubual merupakan salah satu teknik penyelidikan kualitatif yang agak terkenal
terutamanya dalam bidang penyelidikan sosial termasuk bidang pendidikan (Cohen &
Manion 1989; Kugan 1992 & Aini 2004). Terdapat beberapa jenis temubual yang biasa
dilaksanakan dalam penyelidikan pendidikan. Drever (1995) mengkategorikan jenis-jenis
temubual kepada jenis formal, separa formal dan tidak formal; bentuknya pula sama ada
berstruktur, separuh struktur dan tidak berstruktur; berfokus atau tidak berfokus; dari
segi corak sama ada temubual informan (informant interviews) atau temubual responden
(respondent interviews).
Temubual juga boleh berlaku dalam bentuk-bentuk etnografi , soalan-soalan
terbuka dan tertutup dan juga berbentuk soal selidik. Dalam bahagian ini, pengkaji akan
hanya menjelaskan tentang temubual secara separuh struktur sahaja kerana teknik ini
digunakan di dalam Fasa I dan 2 kajian ini. Menurut Drever (1995), tujuan umum
penggunaan teknik temubual separuh struktur dalam sesuatu kajian adalah untuk
mengeluarkan pandangan dalam sesuatu keadaan tertentu dengan cara gaya mereka
15
sendiri. Antara ciri-ciri utama teknik temubual separuh struktur seperti dinyatakan Drever
(1995) ialah :
a) Ia adalah satu pertemuan formal berdasarkan persetujuan bersama dan
direkodkan.
b) Soalan-soalan utama yang ditentukan oleh pengkaji boleh meliputi
keseluruhan struktur yang dikehendaki.
c) Soalan-soalan segera dan soalan-soalan mendalam boleh mengukuhkan lagi
struktur.
d) Boleh menggabungkan soalan-soalan terbuka dan tertutup.
e) Peserta temubual mempunyai kebebasan untuk mengeluarkan pandangan
tentang sesuatu perkara, berpeluang menyatakan sesuatu semaksima boleh
dan berjaya meluahkan dengan emosi mereka sendiri.
f) Pengkaji bagaimanapun, boleh menentukan kawalan di mana perlu dalam sesi
temubual mereka.
Teknik temubual separuh struktur digunakan dalam kajian ini kerana beberapa kebaikan
seperti dinyatakan oleh Drever (1995) iaitu :
a) Merupakan teknik yang bersifat fleksibel, sesuai untuk mengumpulkan
maklumat dan pandangan-pandangan tertentu di samping dapat mencungkil
pemikiran dan motivasi manusia.
b) Dapat menghasilkan maklumat yang banyak dan menjamin liputan yang baik.
c) Mengambil masa untuk melaksana dan menganalisanya, justeru itu ia
memerlukan perancangan yang realistik.
d) Bukan bertujuan untuk kumpulan yang besar.
e) Memerlukan kadar kemahiran khusus yang mampu diperoleh melalui praktis.
f) Berguna dalam tinjauan kecil dan kajian kes.
g) Boleh digunakan bersama-sama dengan metod-metod lain.
Berasaskan fakta kebaikan di atas, ini menunjukkan penggunaan teknik temubual
separuh struktur adalah sesuai dalam kajian ini. Ini kerana temubual separuh struktur
yang digunakan dalam kajian ini hanya untuk mendapatkan pandangan dan membuat
16
tinjauan tertentu, di samping menggunakan teknik lain iaitu analisis kandungan dan
teknik Delphi ubahsuaian dua pusingan.
Instrumen Temubual Separuh Struktur
Fasa I dan Fasa III dalam kajian ini adalah menggunakan teknik temubual separuh
struktur. Instrumen yang digunakan ialah soalan-soalan temubual separuh struktur
Rajah 6. Prosedur Pengumpulan dan Penganalisisan Temubual Separuh Struktur
Fasa 1 : Aliran Temubual Separuh
Struktur
3. Memindah Transkripsi –Menggunakan
Microsoft word
1. Siri-siri temubual
4. Semakan peserta – ( proses kesahan Dalaman)
2. Rakaman audio/kaset dilabel Tempat : institusi peserta/pilihan
5. Membentuk tema-tema
5.1 : Kebolehpercayaan antara penilai/ rater ( Cohen Kappa)
6. Menganalisis naratif/ jadual
17
Pembinaan Modul dengan Menggunakan Teknik Delphi
Istilah Delphi merupakan satu istilah yang disandarkan kepada satu tempat meramal
nasib di Greek dan kebanyakan orang berkunjung untuk meramal masa depannya.
Ianya diperkenalkan sebagai salah satu teknik penyelidikan oleh Olaf Holmer dan
Norman Dalkey dari RAND Corporation pada tahun 1953 ( Lang 2000). Namun,
sebelum itu, Henson (1980) telah menyatakan bahawa teknik ini telah dinamakan oleh
seorang ahli falsafah bernama Abrahem Kaplan. Pada peringkat awalnya, teknik ini
digunakan oleh pengkaji dalam kajian-kajian berkaitan dengan penentuan ramalan
cuaca untuk jangka masa panjang, menilai peruntukan kewangan, perancangan
korporat dan pembinaan model-model struktur ( Snyder et al. 2000 & Lang 2000).
Laporan RAND Corporation kemudiannya menyatakan bahawa teknik ini mula
berkembang luas dalam kepelbagaian disiplin ilmu menerusi penulisan-penulisan artikel
dan jurnal-jurnal ( Dalkey & Halmer 1962; Dalkey 1967; Helmer 1967; Brown 1968 &
Rescher 1969).
Pada dasarnya teknik Delphi dinamakan kerana fungsinya yang merujuk kepada
satu set prosedur untuk mendapatkan dan memurnikan pandangan dan pendapat
sesuatu kumpulan biasanya ialah panel pakar terhadap sesuatu isu tertentu untuk tujuan
kesahan kandungan (Dalkey 1967; Brown 1968 & Anderson 1975). Menurut
Woudenberg (1991) dan Dijk (1990), teknik ini mempunyai tiga kategori iaitu:
1. The Conventional Delphi – Teknik ini mempunyai dua fungsi utama
iaitu untuk meramal dan menganggar sesuatu parameter yang tidak
diketahui dan biasanya menjadi amalan dalam bidang sains dan
teknologi.
2. The Policy Delphi – Teknik ini bertujuan untuk mendapatkan
pandangan atau persetujuan yang paling kuat terhadap sesuatu isu
sama ada berbentuk positif atau negatif dan boleh digunakan dalam
bentuk umum.
3. The Decision Delphi – Tujuan teknik ini adalah untuk menghasilkan
satu resolusi yang jitu berasaskan kepada pandangan pakar seperti
dalam proses mencapai kata sepakat dalam masalah belanjawan,
pengguguran dan seumpamanya.
18
Walaupun terdapat berbagai nama bagi kategori Delphi tersebut, namun
prosedur pelaksanaannya adalah sama dan jika ada perbezaan hanyalah pada
bentuk pemilihan pakar yang mengambil bahagian dalam sesuatu sesi kajian
tertentu.
Prosedur Teknik Delphi dan Penentuan Pakar
Bagi melaksanakan teknik Delphi dalam kajian ini, pertama sekali pengkaji perlu
menentukan item-item yang dihasilkan menerusi Fasa I dan Fasa II disusun dalam
bentuk yang kemas dan boleh dikuasai oleh panel pakar. Setelah itu, pengkaji perlu
menentukan sekumpulan pakar yang bersetuju untuk memberi sumbangan kepakaran
mereka dalam menyatakan idea, mengkritik dan menambah baik kandungan item yang
telah ditentukan oleh pengkaji. Stover dan Theodore (1978) dan The university of
Sukhothai Thammatirat, Thailand ( 1994 dlm Ibrahem 2003) menyatakan ciri-ciri
prosedur penggunaan teknik Delphi iaitu :
1. Anonimiti : Panel pakar yang dipilih menyertai kajian menggunakan teknik
Delphi bukanlah berbentuk kolektif, malahan mereka tidak berpeluang mengenali
antara satu sama lain. Ini bertujuan membolehkan para pakar mengeluarkan
pandangan secara sukarela tanpa dipengaruhi oleh pihak lain. Ciri ini dapat
mengurangkan wujudnya pengaruh kesan-kesan bias oleh individu-individu yang
dominan, tekanan dalam kumpulan dan komunikasi yang tidak relevan (Ibrahem
2003).
2. Interaksi : Walaupun para pakar yang dipilih tidak berpeluang bertemu atau
mengenali sesama sendiri, tetapi menerusi teknik ini mereka berpeluang
berinteraksi menerusi pandangan dan jawapan yang dinyatakan dalam
instrumen. Ini kerana teknik ini membenarkan kesemua komen, pandangan serta
rumusan statistik dimasukkan pada pusingan-pusingan yang seterusnya. Semua
pakar diminta menyatakan respon atau persetujuan terhadap pandangan pihak
lain dan mengesahkan pandangan mereka . Proses ini berulang-ulang sehingga
persetujuan pakar dapat diperoleh (Stove & Gordon 1978; Ibrahem 2003)
19
3. Ulasan Terkawal ( controlled feedback): Ciri ini menekankan kepada sifat ulasan
pakar yang neutral. Setiap ulasan berulang perlu dikawal supaya tiada pengaruh
daripada individu atau pakar yang lebih dominan (Ibrahem 2003).
4. Ulasan Statistik : Setiap respon pakar dianalisis menggunakan analisis statistik
yang lebih menekankan kepada ciri-ciri umum berbanding skor min. Justeru itu,
statistik yang digunakan ialah dalam bentuk median, interkuatil dan frekuensi
(Ibrahem 2003).
Kesemua ciri-ciri tersebut perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan
tujuan untuk memperoleh persetujuan pakar. Usaha tersebut dilaksanakan bagi
menggabungkan pelbagai idea, pendapat dan pandangan pakar ke arah persetujuan
mereka. Uniknya persetujuan ini tercapai tanpa ada bias dan tekanan dari pihak-pihak
yang lebih berdominasi tinggi ( Ibrahem 2003; Stover & Theodore 1978). Dalam kajian
ini, seramai 20 orang pakar dipilih untuk melibatkan diri. Para pakar akan terlebih dahulu
dihubungi dan persetujuan mereka perlu disahkan. Ini untuk menjamin pengekalan
komitmen mereka sehingga tamat pusingan Delphi yang terakhir.
Hasilan akhir kajian ini ialah Pembinaan Kurikulum Asas Membaca Sekolah
Rendah Orang Asli.
Instrumen Teknik Delphi
Fasa II pula melibatkan penggunaan teknik Delphi dua pusingan dengan ubahsuaian
(modified two round Delphi technique) . Teknik Delphi ubahsuaian ini adalah
berpandukan kerangka kajian yang pernah dijalankan menerusi penyelidikan Stewart,
O’Halloran, Harrigan & Singleton (1999), Zargari et al. (2000) dan Feridah (2003) .
Instrumen dalam kajian fasa II ini ialah hasilan temubual daripada fasa I dan
pengubahsuan dibuat daripada Sukatan Pelajaran Pra Sekolah dan Sukatan Pelajaran
Kelas Pemulihan Membaca.
Sementara, pengumpulan dan penganalisisan data teknik Delphi adalah melibatkan
analisis bersifat kuantitatif seperti yang pernah dilaksanakan oleh Kasem (1979),
Norizan (2003) Ibrahem (2003), Saedah & Paris (2003) dan Rosilawati (2006). Untuk
itu, penjelasan tatacara pengumpulan dan penganalisisan data dijelaskan dalam sub
20
topik berikut. Pengkaji telah menemui kesemua pakar secara berasingan pada salah
satu pusingan dan selebihnya insrumen tersebut dipos secara ekspres atau
menggunakan kiriman elektronik (e-mail) berdasarkan kesesuaiannya dengan pakar
berkenaan. Setiap item dalam instrumen dipaparkan disisinya dengan skala Likert (
Likert Scales) berserta ruangan kosong untuk huraian atau komen dan cadangan pakar.
Setelah pusingan pertama diterima, data dianalisis menggunakan program SPSS untuk
window dan juga Microsoft Excel untuk penjadualan yang lebih kemas. Analisis tersebut
bertujuan untuk mendapatkan kadar median dan julat antara kuartil (inter-quatile
range). Median digunakan untuk menentukan majoriti persetujuan pakar sementara julat
antara kuartil adalah untuk menunjukkan perkaitan persetujuan antara pakar bagi setiap
item. Setelah itu, pusingan kedua yang mengandungi set instrumen yang telah
diubahsuai berdasarkan pandangan dan komentar semua pakar dilaksana. Tujuan
pusingan ini adalah untuk mendapat dan mengesahkan kadar persetujuan yang
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan jitu daripada sekumpulan pakar terhadap
kurikulum modul asas membaca sekolah rendah orang asli. Instrumen ini (set kedua)
turut mengandungi rumusan statistik dan nilai konsensus para pakar dalam pusingan
terdahulu. Pada kali ini, para pakar boleh menentukan sama ada :
Mengesahkan penentuan, komentar dan cadangannya yang asal jika respon
pada pusingan satu lalu berada dalam julat antara kuartil.
Membuat perubahan terhadap penentuan, komentar dan cadangannya yang asal
jika respon pada pusingan satu lalu berada luar daripada julat antara kuartil.
Tetap dengan pandangannya yang jatuh di luar daripada julat antara kuartil,
tetapi beliau perlu menyatakan alasan dan rasional bagi situasi berkenaan.
21
Rajah 7. Pelaksanaan Teknik Delphi: Kutipan, analisis data dan pemurnian item.
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Fasa II :Tatacara Kutipan dan Analisis
Data Teknik Delphi :
Konsensus pakar
Pusingan I : Senarai KAMSROA dihantar tangan/ pos
ekspres/e-mel (tempoh sebulan)
Pusingan 2: Senarai kandungan II KAMSROA dihantar
tangan/ pos ekspres/e-mail
(tempoh 2 minggu: jangkaan)
Analisis kuantitatif SPSS & M.Excel /
Kualitatif - naratif
Analisis kuantitatif M.Excel / SPSS
Kualitatif - naratif
Analisis
kandungan
II :
Saturation
berasaskan
pandangan
pakar
Pemurnian
berasaskan
konsensus
pakar kali kedua
KAMSROA
22
Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan sesuatu yang penting bagi menentukan
kebenaran dan kejituan sesuatu kajian yang dilaksanakan. Kajian ini menggunakan
beberapa proses kesahan dan kebolehpercayaan bagi kesemua kutipan yang
dilaksanakan. Rajah 8 menunjukkan proses kesahan dan kebolehpercayaan yang telah
dijalankan. Huraian lanjut disusuli berikutnya.
Rajah 8. Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Rekabentuk Kajian.
Bagi mendapatkan kebolehpercayaan Teknik Delphi Unit-unit tema tersebut diberikan
kepada dua orang penilai terdiri daripada pensyarah universiti untuk menilai. Hasilan
Reka bentuk
Metod Campuran (secara penerokaan)
Temubual separuh
struktur
Teknik Delphi
Protypye Modul
Kurikulum
Penilaian Modul
(Temubual
separuh struktur
Kesahan Dalaman
Triangulasi
(Inter rater reliability)
KAMSROA
Kebolehpercayaan
Antara Penilai
Triangulasi
(triangulation)
23
penilaian dikutip dan seterusnya bagi mendapatkan nilai pekali persetujuan antara
penilai, pengkaji menggunakan formula yang dicadangkan oleh Robson (1998). Teknik
pengiraan dan pekali nilai yang diperoleh adalah seperti berikut:
K = Pa-Pc
_____
N – Pc
Keputusan Kajian
Keputusan Kajian : Analisis Keperluan
Fasa 1
Lawatan untuk kajian dan sesi berkenalan dengan murid orang asli di sebuah
sekolah rendah di Kelang telah diadakan pada 3 mac 2007. Temubual separuh
berstruktur dijalankan untuk responden. Penerangan mengenai lawatan disertakan
dalam Lampiran 1.
Temubual dengan Guru
Lawatan untuk kajian kedua dijalankan di sebuah sekolah di Kuala Kubu Bahru,
Selangor. Seramai 42 murid yang lemah dalam bacaan peringkat asas telah dapat
dikenalpasti dan kesemuanya ditempatkan di sebuah kelas yang dinamakan
KIA2M berdasarkan kriteria Kementerian Pelajaran. Kajian di fasa ini telah
mengenalpasti tema-tema berikut:
Masalah Utama dalam Asas Membaca
Hasilan pemerhatian dan temubual dengan Guru Besar dan guru-guru sekolah
berkenaan, didapati sebahagian besar murid-murid lemah dalam Bacaan Asas.
Mereka yang berjaya dalam Ujian Penyelarasan KIA2M ditempatkan ke darjah I,
manakala yang masih belum berjaya ditempatkan dalam kelas khas KIA2M.
Berdasarkan analisis temubual dengan guru-guru yang terlibat dalam kajian ini
Petunjuk: Pa = Unit Persetujuan
Pc = 50% jangkaan persetujuan
N = Bil. Tema yg diuji nilai
persetujuan
24
menunjukkan murid-murid bukan sahaja menghadapi masalah dari segi
penglihatan, pendengaran, minda dan kinestetik, tetapi juga menghadapi masalah
dalam tumpuan-pembelajaran.
Hasilan temubual dan pemerhatian juga menunjukkan murid-murid
menghadapi masalah bahasa. Oleh kerana guru-guru menggunakan perantaraan
Bahasa Melayu maka dijangkakan ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan
penguasaan Bacaan Asas agak lambat. Oleh itu kajian ini dalam Fasa 2 akan
menekankan kepada penggunaan Bahasa Temuan dalam merangka bahan
bacaan asas mereka.
Hasil kajian ini juga mendapati perancangan untuk modul haruslah
mengandungi aktiviti-aktiviti yang dekat dengan pengalaman hidup murid-murid
seperti penggunaan bahasa, warna yang digemari, jenis buah-buahan dan sayur-
sayuran dan sebagainya yang dekat dengan diri dan kehidupan mereka.
Kajian ini mendapati bahawa aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi
penekanan kepada komitmen murid-murid semasa belajar, menghormati
keperluan komuniti tempatan – membina kepelbagaian teknik dengan
menggunakan sumber seperti adat resam, alam persekitaran, cara hidup, bahasa
dan lain-lain yang terdapat dalam komuniti tersebut sebagai asas pembinaan
bahan.
Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa asas Kaedah Mengalami-
Menghayati yang telah dibina oleh Saedah Siraj (1992) yang menggunakan
pengalaman lama pelajar untuk mengukuhkan pengalaman pembelajaran baru
boleh dijadikan asas kepada modul yang akan dibina dalam Fasa 2.
Perlukan lebih terperinci ........
Temubual dengan Murid
Hasilan temubual (15 responden) dapatlah disimpulkan bahawa tahap komunikasi
dalam Bahasa Melayu agak lemah. Di antara perkara penting yang ditemui ialah:
25
• Buah-buahan yang menjadi kegemaran mereka ialah pisang, manggis,
tembikai, langsat ,nangka
• Kesemua murid melukiskan bunga yang seakan-akan pokok bunga
matarahai seakan-akan bunga matahari. Mereka kelihatan tidak dapat
membuat imej semula daripada fikiran mereka.
• Begitu juga dengan jenis binatang yang mereka tahu. Kesemua murid
melukiskan ular. Sebahagian besarnya melukiskan cengkarung, biawak,
dan binatang yang seakan-akan lembu. Majoriti murid tidak dapat
melukiskan binatang dengan rupa yang sebenar.
• Jenis warna pilihan juga adalah stereotaip di mana mereka hanya
mengatakan suka warna biru, kuning, merah (mereka lukis bendera dan
pelangi sahaja untuk menggambarkan warna). Warna-warna lain tidak
disebutkan.
Sebagai kesimpulan, hasilan temubual menunjukkan responden mempunyai
masalah dalam merealisasikan imej dalam pemikiran mereka. Walaupun mereka
mempunyai pengalaman yang kaya dengan persekitaran seperti binatang dan
pokok-pokok tetapi tidak Berjaya membuat visualisasi terhadap pengalaman
mereka. Bagaimanapun hasilan temubual ini dijadikan asas dalam membuat
perancangan modul kurikulum asas membaca.
…… perlukan data yg lebih terperinci ……
Keputusan Kajian Fasa 2: Pembinaan Modul
Keputusan kajian dalam Fasa I telah digunakan untuk mengenalpasti beberapa
komponen-komponen penting dalam membina kurikulum Asas Membaca murid-
murid sekolah rendah misalnya warna, jenis makanan, tumbuh-tumbuhan dan juga
binatang di persekitaran kehidupan orang asli.
Pembinaan Kandungan Kurikulum Modul Asas Membaca Beberapa siri bengkel telah diadakan untuk membina kandungan dan kaedah
penyampaian untuk asas membaca.
26
1. Bengkel bersama pakar telah diadakan pada 22hb Februari 2009.
Seramai 15 orang guru telah hadir untuk mengenalpasti kandungan kurikulum
asas membaca dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan. Hasilan bengkel telah
digunakan sebagai asas dalam merancang kandungan dan kaedah mengajar
seperti yang telah dirumuskan dalam Jadual 1. Pemurnian instrumen dan analisis
soalselidik juga telah dijalankan.
2. Berdasarkan kepada Bengkel I yang telah dijalankan, kurikulum protaip di
bentuk. Seterusnya kandungan kurikulum yang dibina tersebut dibandingkan
dengan kurikulum asas membaca untuk pra sekolah dan kelas pemulihan.
Kurikulum ini mengandungi 4 Asas Modul yang bertujuan untuk mempermudahkan
penguasaan membaca di kalangan murid Orang Asli. Ianya diubahsuai berasakan
kepada sukatan pelajaran prasekolah dan kelas pemulihan membaca. Empat
asas modul tersebut ialah:
Modul Asas Membaca 1
Modul Asas Membaca 2
Modul Asas Membaca 3
Modul Asas Membaca 4
Kandungan Aktiviti
ASAS MEMBACA I
Mengenal dan Menyebut Huruf-huruf a-z dan A-Z
Menunjukkan video menyebut a-z dengan lagu Menggunakan kad imbasan a-z dan alat konga (bunyi asas) Pelajar menyebut (sekadar mengenal) Mengenal huruf dengan pengukuhan simfoni asas (+simfoni 2) Murid menyebut tulisan di kad imbasan mengikut irama dengan sebutan a-z Latihan Menulis a-z Latihan Mewarna
Mengenal dan menyebut huruf dan bunyi vokal a,i,e,o,u Membezakan antara huruf dan bunyinya
Mengulang/mengenal huruf vokal Aktiviti Cermin Ajaib secara pasangan (huruf dan bunyinya) Aktiviti membezakan antara huruf dengan bunyi Murid dikawal dengan menggunakan simfoni dan pergerakan asas (alat konga) Gerakerja kumpulan (dibahagi kpd 5kumpulan ikut huruf vokal) Guru menunjuk dan murid menyebut (selari dengan penggunaan
27
alat konga) Latihan Menulis huruf vokal Latihan Mewarna huruf vokal
Mengenal huruf vokal dan membuat asosiasi dengan penggunaan harian
Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan a, i, e, u, o a--ayam; i—ikan; e—ekor; o—oren; u—ular Murid membuat pergerakan asas mengikut huruf Seorang murid memegang kad imbasan huruf dan yang lain melakonkan spt ayam dsb. Guru menunjuk cara dan berlatih beberapa kali Pergerakan dipersembahkan mengikut asas simfoni (+simfoni 3) Murid mengulang sebut setiap huruf vokal dan bunyinya Latihan memadankan huruf dan gambar
Mengenal dan menyebut huruf dan bunyi konsonan Membezakan antara setiap huruf dan bunyinya
Mengenal dan menyebut 5 kumpulan bunyi konsonan Sebutan bibir – b,p,m,f
Sebutan lidah/lelangit – c,j Sebutan hujung lidah – d, l, r, t,s,z Sebutan lidah/kerongkong – k,g,h,q,x Sebutan depan bibir – w, v
Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan Aktiviti cermin ajaib dengan bantuan kad imbasan Pengulangan sebutan dengan bantuan alat konga Persembahan bagi setiap pasangan dengan bantuan alat konga Latihan menulis huruf konsonan Latihan mewarna huruf konsonan
ASAS MEMBACA 2
Mengenal dan menyebut gabungan huruf vokal dengan konsonan
Menyebut gabungan a+pi=api; u+bi=ubi; i+si=isi Murid menulis gabungan bunyi dan menyebutnya Latihan menulis
Mengenal dan Menyebut gabungan Konsonan dan vocal (k+v)
Mengenal dan menyebut 5 kumpulan bunyi konsonan Sebutan bibir – b,m,p,f
Sebutan lidan/lelangit – c,j Sebutan hujung lidah – d, l, r, t,s,z Sebutan lidah/kerongkong – k,g,h,q,x Sebutan depan bibir – w, v
Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan berlatih menyebut bunyi huruf dalam kumpulan masing-masing
Guru memegang huruf vokal dalam bentuk kad imbasan besar Setiap kumpulan membunyikan gabungan k+v (setiap vokal) ms.
Ba bi be bu bo; ma mi me mu mo; pa pi pe pu po dll Persembahan setiap kumpulan dengan iringan asas simfoni Serta asas pergerakan drama (+simfoni 4) Latihan menulis
28
Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan, vokal + konsonan, vokal (kv+kv) bagi konsonan Sebutan bibir – b,m,p,f
Mengenal dan menyebut gabungan bunyi konsonan dan vokal untuk 2 sukukata -- Sebutan bibir – b,m,p,f
(batu, biru, baju, bulu, bapa, bara, bali, buru, buku, baka, buta, baru, bisu) (foto, feri) (mama, mata, muka, milo, mana, mati, malu, mula, mari) (papa, paku, pasu, palu, paru, pilu) Guru menunjukkan kad imbasan setiap sukukata Murid menyanyi untuk lagu 2 sukukata: Mama saya suka baca (4x) Papa beli buku baru (4x) Mama buku saya biru(4x) Papa mari baca buku(4x) (+simfoni 5) Latihan menulis penggabungan 2 sukukata
Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan, vokal + konsonan, vokal (kv+kv) bagi konsonan Sebutan lidah/lelangit – c,j
Mengenal dan menyebut gabungan bunyi konsonan dan vokal untuk 2 sukukata -- Sebutan lidah/lelangit – c,j
(cari, curi, cucu, cuti, caci) Murid Menyebut berulang-ulang kali Guru menunjukkan kad imbasan setiap sukukata Latihan menulis Latihan mewarna
Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan, vokal + konsonan, vokal (kv+kv) bagi konsonan Sebutan hujung lidah – d, l, r, t,s,z
Mengenal dan menyebut gabungan bunyi konsonan dan vokal Sebutan hujung lidah – d, l, r, t,s,z (dada, dari, duri, dagu, daki, dosa) (laci, lari, lori, lala, lali) (raga, ragi, ratu, rapi, rasa, rusa, rupa, roti, rapi) (tali, topi, titi, turi, tiru, tadi) (saya, satu, sari, sami, saku, sagu, sapu, sila, siku, sapi) (zoo) Murid membuat aktiviti ‘Chorus’ dengan asas pergerakan drama
beberapa kali (dengan iringan alat konga) Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan (kumpulan d,l,r,t,s) Kumpulan d --- menyebut dengan aksi dada, dagu, duri Kumpulan l ---- laci, lori, lala Kumpulan r ---- raga, rusa, roti
29
Kumpulan t ---- topi, tali, titi Kumpulan s ---- saku, sagu, siku Latihan menulis penggabungan 2 sukukata Latihan mewarna
Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan, vokal + konsonan, vocal (kv+kv) bagi konsonan Sebutan lidah/kerongkong – k,g,h,q,x
Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan dan vokal Sebutan lidah/kerongkong – k,g,h,q,x (kari, kaki, kuli, kami, kamu, kati, kura, kuda, kali) (gigi, gula, guli, gali, gari, guna) (hari, hati, hala, huma) (xray) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (kumpulan, k,g,h,x) Dengan pakaian tradisional, murid dilatih menyanyi dengan sukukata: Kami ada kaki (kumpulan k) Kami ada gigi (kumpulan g) Kami ada hati (kumpulan h) Kami ada x-ray (kumpulan x) (+simfoni 6) Latihan menulis
Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan, vokal + konsonan, vocal (kv+kv) Sebutan Sebutan depan bibir – w, v
Mengenal dan menyebut gabungan huruf konsonan dan vokal W dan V Murid menyebut bunyi wang dan van Menulis dan melukis gambar
Mengenal dan menyebut gabungan huruf Gabungan konsonan, vokal, konsonan (kvk) -menjadi 1 sukukata
ASAS MEMBACA 3
Guru membawa kesemua barang-barang berikut: beg, cat, bot, pen Dengan bantuan kad imbasan pelajar mengeja Melakonkannya dengan bantuan alat konga Latihan menulis semula ejaannya
30
Gabungan konsonan, vokal + konsonan, vokal + konsonan, vocal (kv+kv+kv) yang mudah – menjadi 3 sukukata
Guru membawa kesemua barang-barang berikut: Kerusi, kereta, kepala, kelapa Murid dibahagiakan kepada 4 kumpulan dengan kad imbasan yang mengandungi suku kata setiap perkataan Murid menyebut beramai-ramai dan menyanyikan lagu Bapa ada sebuah kereta Kereta bapa ada kerusi Kerusi cantik warna kelabu Uuuuuuuuu
Gabungan konsonan, vokal+konsonan, vokal, konsonan (kv+kvk) - Menjadi 2
sukata
Guru menulis 2 sukukata bagi perkataan berikut: Pokok, badak, lapan, malam, jalan, tilam, kolam, papan, lalat Murid menyebutnya beramai-ramai Latihan mengulang dengan bantuan alat konga seperti berikut: Pokok…. Kok kok kok Badak …dak dak dak Lapan … pan pan pan Malam …lam lam lam Jalan …. Lan lan lan Tilam … lam lam lam Kolam …lam lam lam Papan …pan pan pan Lalat … lat lat lat Latihan menulis
Gabungan konsonan, vocal, konsonan dan konsonan, vocal (kvk+kv) - Menjadi 2
sukukata
Guru menulis 2 sukukata bagi perkataan berikut: Sumbu, kunci Murid menyebut Latihan menulis
Gabungan konsonan, vocal, konsonan dan konsonan, vokal, konsonan (kvk+kvk) - Menjadi 2
sukukata
Guru menulis 2 sukukata bagi perkataan berikut: Cincin, sampan, tandan Latihan menulis
31
Gabungan kv+kvkk Menjadi 2 sukukata
Kucing
Gabungan v+kvkk Menjadi 2 sukukata
Orang, udang
Gabungan kvkk+kv/kvk Menjadi 2 sukukata
Tangga, nangka. Tingkap, mangkuk
Gabungan pelbagai kvkk+kvkk; kv+kv+kvkk Menjadi 2 sukukata
Kangkung, longkang
Mengenal dan menyebut diftong dan vokal
Pulau, pakai, salai, surau, kurau
Mengenal dan menyebut diagraf
Nganga, nyanyi
ASAS MEMBACA 4
Membaca dengan gambar
Membaca dengan huruf dan ayat mudah
Membaca petikan mudah
Buku latihan di ambil drp. 1. prof isahak haron 2. cikgu ghazi Guru cemerlang
32
ANALISIS TEKNIK DELPHI ………
Data syarifah
Rujukan
Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning. Englewood Cliffs, NJ.: Prentice
Hall.
Lowery, J. (1985). A Guide to American Indian Resource Material for
Classroom Instruction. Philadelphia, PA: Indian Rights Association.
Magga, O, H. (2007). Indigenous Peoples´ Perspectives on Quality
Education. Muat turun pada 10hb April 2007 daripada
http://www.un.org/esa/socdev/unpfii/pfii/members
McKay, M. (1999). Relating indigenous pedagogy to the writing process.
Journal of Indigenous Thought. Muat turun pada 5hb. April, 2007
daripada
http://www.sifc.edu/Indian%20Studies/IndigenousThought/fall99/pedag
ogy-mckay.htm.
More, A. J. (1989). Native Indian learning styles: a review for researchers
and teachers. Journal of American Indian Education, special ed.,
August 1989. Muat turun pada 12 April , 2007 from
http://jaie.asu.edu/sp/V27S1nat.htm.
Reyhner, Jon, Lee, Harry, & Gabbard, David. (1993). A specialized
knowledge base for teaching American Indian and Alaska Native
33
students. Tribal College Journal, 4(4). Muat turun pada 10hb April,
2007 daripada http://jan.ucc.nau.edu/~jar/TCarticle.html.
Saedah Siraj (1992). Mengajar sastera: Teor, eksperimen dan aplikasi.
Kuala Lumpur: Pustaka Warisan.
Smith, L. T. (1999). Decolonizing Methodologies: Research and Indigenous
Peoples. New York: Zed Books.
Swisher, K. (1994). American Indian learning styles survey: an assessment
of teachers knowledge. The Journal of Educational Issues of Language
Minority Students, 13. Muat turun pada 7hb. April 7, 2007 daripada
http://www.ncbe.gwu.edu/miscpubs/jeilms/vol13/americ13.htm.
Whole of School Intervention (WoSI) Strategy. Muat turun pada 10hb. April
2007 daripada
http://www.dest.gov.au/sectors/indigenous_education/#Whole_of_School_In
tervention_(WoSI)_Strategy
34
LAMPIRAN 1
GAMBAR………
35
Lampiran 2
Laporan Program
3hb Mac 2007
“Nyap Kenal Nyap Cinta”
Sk (Asli) Bukit Kemandol
Anjuran
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
Disediakan Oleh:Nurul Hanani Binti Rusli
Sh. Noor Azreen Syed Ghazali
Gambar: Peserta program dengan beberapa pelajar orang asli
Sabar, cekal dan bertimbang rasa. Itulah antara elemen-elemen yang perlu dimiliki
oleh guru-guru Sek. Keb. (Asli) Bukit Kemandol, Ulu Klang, Selangor dalam
menjalani rutin harian mereka sebagai guru dan pendidik bagi anak-anak orang asli
di kawasan tersebut. Dikelilingi oleh majoriti suku Temuan, sudah tentulah budaya,
agama dan persekitaran di sekolah tersebut agak berbeza dengan sekolah-sekolah
biasa di negara kita, sekaligus menjadikan tugas mereka sebagai guru bukanlah
sekadar menggunakan kapur dan papan hitam sahaja, tetapi lebih daripada itu. a
Begitulah gambaran awal yang akan dirasai oleh sesiapa sahaja yang
berkunjung ke kawasan masyarakat orang asli. Lawatan pelajar-pelajar fakulti
pendidikan Universiti Malaya (UM) ke SK (A) Bukit Kemandol pada 3 Mac baru-
baru ini telah memberi harapan baru kepada pihak sekolah tersebut untuk
memperkenalkan lagi sekolah itu di seluruh Malaysia. Menurut Guru Besar sekolah
tersebut, En. Aziz bin Ismail, lawatan seperti ini merupakan julung-julung kali
diadakan sejak sekolah itu ditubuhkan. Terharu dengan kunjungan tersebut, beliau
menegaskan bahawa orang asli di kalangan masyarakat kita sekarang bukan lagi
berada dalam era kegelapan seperti yang melekat dalam gambaran kebanyakan
rakyat Malaysia sekarang.
36
Lihat sajalah kemudahan yang dimiliki oleh sekolah tersebut. Dewan
sekolah yang agak selesa dilengkapi dengan kelengkapan yang cukup seperti lampu
dan kipas ini, terdapat juga LCD dan speaker yang bermutu tinggi, menjadikan
sekolah tersebut tidak kurang hebatnya berbanding dengan sekolah-sekolah bestari
lain di seluruh negara.
Menurut kebanyakan pelajar fakulti pendidikan UM yang mengikuti
lawatan ini, gambaran awal mereka memang agak berbeza dengan situasi sebenar
sekolah tersebut. Pada firasat mereka sekolah hanyalah berlantaikan tanah dan
berbumbungkan atap nipah, tetapi ternyata imaginasi itu jauh menyimpang dengan
realiti sebenar sekolah itu yang cukup lengkap dengan makmal sains dan juga
makmal komputer. Perjalanan ke sekolah tersebut juga menggambarkan keadaan
sebenar sekolah yang boleh dikatakan dalam kawasan yang sedang membangun,
kerana jalan untuk sampai ke sekolah itu juga agak lebar dan berkeadaan baik.
Perasmian projek dilangsungkan dengan jayanya oleh Prof. Dr. Saedah
Siraj, timbalan dekan fakulti pendidikan Universiti Malaya, yang juga merupakan
pengelola utama program lawatan ini yang dinamakan program “nyap kenal nyap
cinta”. Turut hadir dalam perasmian ialah pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
Selangor sendiri. Menurut pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Selangor ini, beliau
agak terpegun dengan kemudahan mikrofon dan juga pembesar suara yang bermutu
tinggi ini kerana pada sangkaan beliau juga beliau terpaksa melaungkan suara untuk
bercakap, malah beliau tidak menjangka boleh bercakap menggunakan kemudahan
yang disediakan seperti itu.
Bilangan murid tahun satu hingga enam di sekolah tersebut tidaklah ramai,
lebih kurang 80 orang sahaja. Berpaksikan seramai lebih kurang sepuluh orang
guru, sekolah ini terus gah dan warga sekolah penuh bersemangat membantu
membangunkan taraf pendidikan anak-anak masyarakat orang asli sehingga
kejayaan yang dicapai agak memberangsangkan walaupun tidak dapat mencapai
tahap seratus peratus. Lihat sahaja keputusan UPSR pada tahun 2006; subjek
Bahasa Inggeris berjaya mencapai tahap 80% lulus. Hal ini jelas menunjukkan
berkat kesabaran dan kesungguhan guru-guru di sekolah tersebut membuahkan
hasil.
37
Menyedari murid-murid di sekolah ini agak lemah dalam bidang akademik,
guru-guru di sekolah ini turut memberi pendedahan tentang budaya masyarakat
Melayu negara Malaysia kepada mereka. Murid-murid didedahkan dengan aktiviti
kesenian seperti tarian sehingga mereka dapat mempersembahkan satu tarian yang
cukup membanggakan. Hal ini terbukti apabila persembahan tarian zapin yang
dipersembahkan oleh empat orang murid sekolah itu pada majlis perasmian
program telah mendapat tepukan yang amat gemuruh daripada hadirin, termasuk
ibu bapa kebanyakan pelajar yang turut hadir. Murid-murid itu dapat
mempersembahkan tarian budaya kita dengan agak baik sekali. Tidak hairanlah
kumpulan tarian ini dinobatkan sebagai kumpulan tarian harapan dalam
pertandingan tarian peringkat sekolah-sekolah baru-baru ini.
Persembahan lain yang turut diadakan oleh murid-murid ialah bacaan sajak
oleh dua orang murid sekolah. Sajak yang menceritakan tentang kegagahan
Parameswara serta keunggulan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Hang Tuah dan
Hang Jebat mendapat penghayatan yang sepenuhnya oleh kedua-dua orang murid
terbabit. Guru-guru yang melatih mereka ini seharusnya diberi penghargaan kerana
secara tidak langsung mereka dapat memupuk semangat cintakan negara Malaysia
di kalangan masyarakat orang asli. Hal ini sekali lagi menunjukkan adanya
peningkatan kemajuan dan kesedaran masyarakat orang asli yang sering dikaitkan
dengan kemunduran dan buta huruf.
Pelajar-pelajar daripada Universiti Malaya juga telah menyediakan
persembahan pendidikan yang telah dirancang untuk murid-murid sekolah ini.
Antara persembahan yang diadakan ialah persembahan nyanyian kanak-kanak oleh
pusat kebudayaan UM yang turut dijemput untuk bersama-sama menjayakan
program ini. Apa yang mengkagumkan, murid-murid ini mengikuti aktiviti yang
diadakan dengan penuh bersemangat, kerjasama dan mereka dilihat begitu teruja
sekali. Mereka juga boleh mengingat bait-bait lagu kanak-kanak yang diajar dengan
cepat dan lancar.
Selain itu, pelajar-pelajar daripada fakulti pendidikan UM juga tidak
ketinggalan menyampaikan dua persembahan yang bertemakan Sains dan
Matematik. Pelajar-pelajar ini menggunakan tema Sains dan Matematik untuk
38
memupuk minat murid-murid ini terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
Pihak UM juga telah menjalankan kaji selidik terhadap murid-murid sekolah ini,
yang bertujuan untuk mengkaji kekuatan mereka dalam bidang-bidang tertentu.
Dapatan kajian menunjukkan murid-murid lebih cenderung dalam aspek
kinestatik, yang melibatkan penggunaan kemahiran, berbanding dengan sesuatu
yang lebih memerlukan mereka berfikir secara kritikal. Melalui aktiviti yang
dijalankan sepanjang program, murid-murid begitu teruja sekali untuk melibatkan
diri dalam aktiviti tersebut, tetapi apabila ditanya tentang pelajaran dan apa yang
mereka peroleh semasa berada di dalam kelas, kebanyakan daripada murid-murid
ini kelu dan tidak dapat memberi jawapan yang sepatutnya, walaupun mereka bakal
menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Jika ditanya mengenai cita-cita
mereka, kebanyakan daripada mereka lebih cenderung untuk memilih polis, askar
atau penyanyi sebagai kerjaya dan tiada seorang pun yang memilih bidang-bidang
professional seperti doktor, jurutera ataupun peguam. Entah mana silapnya,
mungkin mereka kurang didedahkan dengan kerjaya-kerjaya sedemikian ataupun
mungkin tahap pemikiran mereka masih belum mencapai tahap yang sepatutnya
jika dibandingkan dengan usia mereka.
Walaupun begitu, murid-murid sekolah ini masih kaya dengan nilai-nilai
dan kesopanan. Mereka tahu menghormati orang lain, lebih-lebih lagi guru-guru
mereka. Menurut salah seorang guru sekolah tersebut, masalah disiplin bukanlah
masalah utama di sekolah itu, cuma masalah ponteng sahaja yang memang sukar
untuk dikurangkan memandangkan kebanyakan murid-murid tahun enam memilih
jalan untuk mendirikan rumah tangga sebelum tamat zaman persekolahan mereka.
Namun, masalah-masalah disiplin yang berat seperti gangsterisme ataupun buli
belum pernah dilaporkan di sekolah ini, mungkin kerana masyarakat di sini kurang
terdedah dengan budaya luar.
Pelajar-pelajar fakulti pendidikan UM juga berpeluang mengunjungi rumah
murid-murid sekolah ini selepas tamat program Nyap kenal Nyap cinta ini. Pelajar-
pelajar ini berpeluang mengenal budaya orang asli, yang didapati ada juga
persamaan dengan masyarakat melayu. Mereka juga tahu menghormati tetamu dan
melayan tetamu dengan baik sekali walaupun masih ada di kalangan keluarga orang
39
asli yang kurang minat menerima kunjungan orang luar. Masyarakat orang asli di
sini fasih menggunakan Bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan tetamu luar;
menurut mereka, bahasa Temuan digunakan dengan ahli keluarga sahaja, malah ada
juga sesetengah keluarga yang berkomunikasi dalam Bahasa Melayu sepenuhnya
sesama ahli keluarga mereka.
Daripada kunjungan pelajar-pelajar fakulti pendidikan UM ke SK (Asli)
Bukit Kemandol, satu kesimpulan yang dapat dibuat ialah masyarakat orang asli ini
patut diberi perhatian yang berterusan daripada pihak-pihak tertentu agar mereka
tidak ketinggalan. Tambahan pula, masyarakat Malaysia sekarang, terutama murid-
murid sekolah yang merupakan pendokong wawasan negara hampir
keseluruhannya telah mencapai tahap pemikiran yang global dan dinamik. Walau
bagaimanapun, syabas dan ucapan tahniah juga harus diberikan kepada Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli (JHEOA) negeri Selangor kerana adanya usaha yang telah dibuat
demi membangunkan masyarakat orang asli di Ulu Klang ini sehingga kehidupan
mereka juga hampir menyamai taraf hidup rakyat Malaysia yang lain.
40
top related