minit_mesy._pjk_2014 1

Post on 04-Oct-2015

12 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

mi

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH

SEKOLAH KEBANGSAAN NYATOHMINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI

KALI PERTAMA 2014Tarikh

: 23 Januari 2014Hari

: RabuMasa

: 12.30 tengah hariTempat: Bilik Gerakan SK NyatohKEHADIRAN:

1. En Jaganathan2. Pn Salina Hamdan3. En Syahizul Athiruddin4. En Yahaya B Ahmad5. En Saharuddin b Jumat6. Pn Nor Azidah bt Saharom1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran guru-guru pada mesyuarat kali ini.1.2 Pengerusi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan tugasan kurikulum sepanjang tahun 2013.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat sebelum ni diterima dan disahkan dengan sebulat suara.

3.0 PERKARA-PERKARA BAHARU3.1 Pengerusi menyatakan bahawa semua guru PJ telah mendapat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan.

Tindakan: Makluman

3.2Pengerusi menerangkan dan menunjukkan sekali lagi cara membuat Rancangan Pengajaran Harian dengan betul.

Tindakan: Makluman3.3Ketua Panitia akan mencerap dan memantau guru-guru PJ dan guru bukan opsyen semasa aktiviti PJ.

Tindakan: Ketua Panitia

4.0 AGENDA BARU

4.1 SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 4.1.1 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diasingkan mengikut pecahan waktu yang telah ditetapkan. 4.1.2 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dipisahkan menjadi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

4.1.3 Agihan waktu Pendidikan Jasmani 2 waktu dijalankan selama 30 minit setiap waktu.

4.1.4 Masa Pendidikan Jasmani tidak boleh ditukarkan kepada Pendidikan Kesihatan dan tidak boleh digunakan untuk mengajar subjek lain.

4.1.5Guru-guru subjek Pendidikan Kesihatan boleh meminjam alat bantu mengajar di bilik PJ

Tindakan: Semau guru PK

4.2 RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

4.2.1 En Jaganathan menerangkan tentang rancangan pengajaran harian (RPH) yang perlu dibuat setiap guru. Cara penulisan RPH perlulah selaras bagi tujuan penyelarasan apabila dipantau pihak atasan. Bagi tahun 5 hingga tahun 6 rancangan pengajaran masih sama iaitu menggunakan format KBSR seperti tahun sebelumnya. Manakala bagi tahun 1, 2 , 3 dan 4 menggunakan format baru iaitu KSSR.4.2.2 Bagi rancangan pengajaran untuk tahun 1, 2 ,3 dan 4 terdapat perbezaan sedikit kerana telah menggunakan sukatan pelajaran baru iaitu Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).4.2.3 En Jaganathan telah menerangkan serba sedikit tentang rancangan pengajaran harian KSSR dengan menunjukkan beberapa contoh.4.2.4 En Jaganathan juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran harian untuk KSSR mempunyai standart kandungan, pembelajaran, elemen EMK dan refleksi hendaklah jelas serta teliti dan beberapa penekanan elemen iaitu keusahwanan.Tindakan: Semau guru PJ4.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

4.3.1Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk Subjek Pendidikan Kesihatan masih belum mendapat apa-apa maklumat daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. En Jaganathan memaklumkan jika ada maklumat tentang PBS, beliau akan maklumkan kepada guru-guru secepat mungkin.

Tindakan: Makluman4.4 BULAN KECERGASAN4.4.1 Pengerusi memberitahu Bulan Kecergasan akan diadakan pada bulan 10.

4.4.2 Semua guru PJ dan mengajar PJ perlu terlibat sepenuhnya semasa Bulan Kecergasan dijalankan.

4.5 SEGAK

4.5.1 Ujian SEGAK kali kedua boleh dijalankan mulai bulan Ogos.

Tindakan: Ketua Panitia dan guru PJ Tahap 25.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Bilik PJ perlulah dikunci sentiasa dan guru yang ingin menggunakan alatan perlulah berjumpa dengan Ketua Panitia, Setiausaha Sukan atau pihak pentadbiran.

5.2 Guru hendaklah mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar alatan PJ.

5.3 Pakaian bagi guru PJK perlulah berpakaian sukan sewaktu menjalani aktiviti PJ sama ada guru lelaki atau guru perempuan.5.4 Selesai sahaja aktiviti PJK, pastikan alatan PJ disusun kemas dan teratur.

Tindakan: Semua guru PJK6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang .

Disedia olehDisemak oleh

.

(PN SALINA HAMDAN) (EN JAGANATHAN A/L ANANDAN)

Setiausaha Panitia PK, Ketua Panitia PK

SK NYATOH. SK NYATOH.

PAGE 3

top related