matematik strategi penyelesaian masalah disediakan oleh : farah izziani binti sudin
Post on 23-Feb-2016
186 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
MATEMATIKSTRATEGI PENYELESAIAN
MASALAH
DISEDIAKAN OLEH :FARAH IZZIANI BINTI SUDIN
NORHAMIZAH BINTI ZAINUDIN
JENIS MASALAH
PERBANDINGAN ANTARA MODEL POLYA DENGAN
MODEL LESTER
PENYELESAIAN MASALAH
MATEMATIK
STRATEGI PENYELESAIAN
MASALAH
MASALAH RUTIN MASALAH BUKAN RUTIN
MEMUDAHKAN MASALAH
MODEL POLYA
JENIS MASALAH
MASALAH RUTIN MASALAH BUKAN RUTIN
Masalah rutin Masalah bukan rutinMaksud Merupakan salah satu daripada
jenis masalah matematik secara
mekanikal atau dalam bahasa
mudahnya, pengiraan juga
melibatkan aplikasi secara terus
yang menggunakan formula
matematik mengikut prinsip
matematik sama ada secara teori
atau persamaan.
Kaedah penyelesaian masalah
bukan rutin dalam matematik
tidak boleh dihafal atau dicongak
tidak sepertimana menjawab
soalan yang berbentuk
pengiraan. Proses penyelesaian
masalah ini memerlukan satu set
aktiviti yang sistematik dan
mempunyai perancangan yang
logik termasuk strategi yang
hendak digunakan serta
pemilihan kaedah yang sesuai
untuk melaksanakannya.
Masalah rutin Masalah bukan rutinTujuan Melatih pelajar menguasai kemahiran
asas terutamanya kemahiran aritmetik
yang melibatkan empat operasi dalam
matematik iaitu penambahan, penolakan,
pendaraban dan pembahagian serta
memudahkan pelajar menguasai konsep
algoritma.
Mengembangkan penggunaan strategi-
strategi penyelesaian masalah,
mendorong pelajar untuk menikmati
keindahan dan logik yang wujud dalam
matematik, mengembangkan
kemahiran-kemahiran berfikir secara
kritis berbanding dengan hafalan petua,
peraturan dan fakta tanpa kefahaman
serta memberi peluang kepada pelajar
untuk memikirkan pelbagai cara
penyelesaian, berkongsi kaedah-
kaedah penyelesaian masalah dengan
pelajar-pelajar lain dan
mengembangkan keyakinan diri dalam
penyelesaian masalah matematik.
PERBANDINGAN ANTARA MODEL POLYA DENGAN
MODEL LESTER
Bil Ciri-ciri Model Polya Model Lester1. Definisi penyelesaian
masalah
- Sebagai suatu usaha mencari
jalan keluar dari suatu kesulitan
bagi mencapai suatu tujuan yang
tidak segera dapat dicapai- Meliputi dua aspek iaitu masalah
untuk menemukan(problem to find)
dan masalah untuk
membuktikan(problem to prove)- Penemuan langkah-langkah untuk
mengatasi kesukaran yang ada
- Suatu tugasan
dimana individu yang
menghadapinya perlu
melakukan prosedur
atau percuban untuk
mendapatkan
penyelesaiannya
2. Langkah pertama - Memahami masalah - Kesedaran masalah
- Pemahaman
masalah
- Analisis matlamat
Bil Ciri-ciri Model Polya Model Lester3. Langkah kedua - Merancang strategi - Rancangan
pembangunan
4. Langkah ketiga - Melaksanakan strategi - Pelaksanaan pelan
atau aplikasikan strategi
5. Langkah keempat - Semak semula - Prosedur dan
penilaian penyelesaian
MODEL POLYA
Diasaskan oleh pakar matemaik Hungari, George
Polya(1885-1987)
Prinsip penyelesaian masalah :
1) Memahami masalah
2) Merancang strategi
3) Melaksanakan strategi
4) Semak semula
STRATEGI MEMUDAHKAN MASALAH
Kaedah ini merujuk kepada transformasi ayat matematik kepada bentuk
bahasa matematik yang paling mudah dan ringkas. Apabila kita
menghadapi sesuatu masalah yang rumit dan melibatkan nombor-nombor
bernilai besar, kita enggan menyelesaikannya kerana takut dengan nilai
besar. Bagaimana jika nilai besar itu digantikan dengan nilai kecil? Ini dapat
memudahkan masalah dan senang diselesaikan. Cara penyelesaian yang
lebih mudah ini kemudiannya digunakan untuk menyelesaikan masalah
asal.
Contoh soalan :
Berapakah biji guli yang terdapat dalam 4 kotak sekiranya setiap
kotak tersebut mengandungi 5 biji guli?
Langkah 1 : Memahami masalah
Setiap kotak mengandungi 5 biji guli
4 kotak guli bersamaan dengan ‘y’, (4 kotak guli = y)
Langkah 2 : Merancang strategi
Menggunakan strategi persamaan matematik untuk memudahkan
masalah. Bagi menyelesaikan masalah matematik di atas kita perlu
tukarkan soalan dalam bentuk ayat berikut kepada bentuk persamaan
matematik.
Langkah 3 : Melaksanakan strategi
Dalam strategi ini soalan tersebut ditukarkan kepada bentuk
persamaan matematik.
4 = y ÷ 5
4 kotak guli = y
4 kotak guli = y ÷ 5 biji guli
4 kotak guli × 5 biji guli = y
20 biji guli = y
y = 20 biji guli
Langkah 4 : Semak semula
Menyemak semula pengiraan untuk menentukan sama ada jawapan tersebut
munasabah atau terdapat kaedah lain yang lebih mudah.
Jika 1 kotak = 5 biji guli
4 kotak = 5 x 4
4 kotak = 20 biji
top related