mari kita bersyair edited

Post on 15-May-2015

1.414 Views

Category:

Education

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Mari Kita Mari Kita Bersyair!Bersyair!

Darjah 3 Penggal 3 Minggu 2

Hari ini sungguh istimewa,Hari yang disambut bersama-sama,Konsert menarik diadakan juga,Sebagai huburan kita semua.

Fesyen pakaian pelbagai bangsa,Melayu, Cina, Serani dan India,Kurung, cheongsam, pavadai dan kemeja,Sungguh cantik dipandang mata.

Di dewan sekolah berkumpul semua,Pentas dihias pelbagai warna,Rakan-rakanku pandai bergaya,Berbaju cantik tersenyum pula.

Empat bangsa satu negara,Saling menghormati budaya bersama,Tiada sangketa antara kita,Hidup harmoni bahagia sentiasa.

Latihan Berpasangan

Buat Halaman 2 Buku Kerja

1. Berapa Menanyakan JUMLAH

2. Mengapa Menayakan SEBAB

3. Apa Menanyakan tentang SESUATU

4. Siapa Menanyakan tentang SESEORANG.

5. BilaMenanyakan tentang WAKTU.

6. Bagaimana Menanyakan tentang KEADAAN atau CARA.

7. Mana

Menanyakan tentang TEMPAT.

Konsert Keharmonian akan diadakan pada

minggu ini.

Siapakah Konsert Keharmonian akan diadakan?

Bilakah Konsert Keharmonian akan diadakan?

Soalan 1

Soalan 2

Murid-murid sekolah kejiranan yang akan mengambil bahagian dalam konsert itu.

Apakah yang akan mengambil bahagian

dalam konsert itu?

Siapakah yang akan mengambil

bahagian dalam konsert itu?

Konsert ini diadakan untuk menyambut Hari Keharmonian.

Mengapa Konsert Keharmonian ini diadakan?

Bila Konsert Keharmonian ini diadakan?

Soalan 3

Soalan 4

Acara-acara yang akan dipersembahkan adalah seperti nyanyian dan tarian.

Berapa acara yang akan dipersembahkan?

Apakah acara yang akan dipersembahkan?

Soalan 5

Mereka berlatih dengan bersungguh-sungguh

Mengapakah mereka berlatih?

Bagaimanakah mereka berlatih?

Soalan 6

Sekeping tiket konsert itu berharga sedolar.

Apakah harga tiket konsert itu?

Berapakah harga tiket konsert itu?

TAMAT

top related