manual pengguna sistem istiadat penganugerahan …anugerah, darjah, pingat, panduan dan penerima...
Post on 29-Dec-2019
95 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MANUAL PENGGUNA SISTEM ISTIADAT PENGANUGERAHAN
DARJAH KEBESARAN NEGERI PERLIS (SISDAR)
ANTARAMUKA UTAMA SISTEM SISDAR
RAJAH 1.0 ANTARAMUKA UTAMA
Rajah 1.0 merupakan antaramuka utama untuk Sistem Istiadat Penganugerahan Darjah
Kebesaran Pingat Negeri Perlis (SISDAR). Laman Utama ini terdapat Menu UTAMA,
ANUGERAH, DARJAH, PINGAT, PANDUAN dan PENERIMA PINGAT. Semua menu tersebut
adalah maklumat berkenaan dengan Penganugerahan Darjah Kebesaran. Untuk rujukan
Langkah-langkah penggunaan sistem ini, pengguna boleh mengikuti langkah-langkah seperti
gambar dibawah.
Langkah 1:
RAJAH 2.0 PAUTAN KE PENDAFTARAN BARU
Untuk permulaan, pengguna perlu menekan pautan ‘Daftar Pengguna Baru’ yang terletak
dibawah Button Login atau yang terletak diatas menu bar berwarna hitam seperti yang dibulatkan
merah didalam gambar.
Langkah 2:
RAJAH 3.0: PAPARAN ANTARAMUKA PENDAFTARAN BARU
Rajah 3.0 merupakan laman untuk mendaftar sebagai pengguna. Pengguna perlu mengisi semua
rungan kosong dan WAJIB bagi yang bertanda merah (*). Pastikan pengguna memasukkan Kata
laluan yang MINIMUM adalah lapan (8) aksara yang terdiri daripada gabungan nombor dan huruf
(contoh:”saya1212”). Untuk sistem baru ini pengguna diwajibkan untuk memuatnaik Salinan kad
pengenalan dalam bentuk .jpeg/ .jpg/.png. Maksimum saiz Salinan kad pengenalan adalah tidak
melebih 2.5MB, dan wajib memasukkan memasukkan kod keselamatan. Dan paparan dibawah
akan dipaparkan jika pengguna telah Berjaya mendaftar.
Langkah 3:
RAJAH 4.0 ANTARAMUKA LOGIN MASUK
Rajah 4.0 di atas, adalah antaramuka login masuk ke dalam sistem pada laman utama. Pengguna
perlu memasukkan Kata Pengguna: No Kad Pengenalan dan Kata Laluan iaitu kata laluan yang
telah didaftarkan. Jika pengguna terlupa kata laluan , anda boleh menekan pada pautan ‘Lupa
Kata Laluan’.
Langkah 4:
RAJAH 5.0 ANTARAMUKA UTAMA PENDAFTARAN PINGAT
Rajah 5.0 adalah paparan utama iaitu UTAMA, PROFIL dan PENCALONAN. Pengguna
boleh melihat profil pengguna,dan mengemaskini profil jika terdapat sebarang perubahan dengan
menekan butang ‘EDIT PROFIL’.
Langkah 5:
RAJAH 6.0 ANTARAMUKA KEMASKINI PROFIL
Rajah 6.0, pada laman ini membenarkan pengguna untuk mengemaskini profil jika ada.
Langkah 6:
RAJAH 7.0 ANTARMUKA UNTUK KEMASKINI KATA LALUAN
Rajah 7.0 membolehkan pengguna menukar kata laluan dengan memasukkan kata laluan yang
baru. Kata laluan yang MINIMUM adalah lapan (8) aksara yang terdiri daripada gabungan
nombor dan huruf (contoh:” saya1212”)..
Langkah 7:
RAJAH 8.0 ANTARAMUKA PENCALONAN BARU
Rajah 8.0 di atas menunjukkan paparan mengenai Menu pencalonan iaitu terbahagi kepada dua
ialah pencalonan baru dan senarai pencalonan. Untuk pendaftaran calon baru, pengguna boleh
memasukkan nombor kad pengenalan orang yang nak dicalonkan dan klik seterusnya seperti
anak panah diatas.
Langkah 8:
RAJAH 9.0 ANTARAMUKA PENDAFTARAN BUTIR PERIBADI
Rajah 9.0 di atas menunjukkan ruangan butir-butir peribadi yang perlu diisi oleh pengguna.
Maklumat butir-butir peribadi adalah berkenaan dengan yang pegawai yang ingin dicalonkan
untuk penerima pingat. Selepas diisi klik butang ‘Simpan & Seterusnya’.
Langkah 9:
RAJAH 10.0 ANTARAMUKA BUTIR-BUTIR PEKERJAAN
Rajah 10.0 menunjukkan paparan butiran pekerjaan orang yang akan dicalonkan seperti gred
jawatan, maklumat berkenaan dengan tempat kerja, gaji dan peratusan LNPT (jika kerja disektor
awam) yang perlu disi oleh pengguna. Selepas selesai mengisi pengguna perlu klik Butang
‘Simpan & Seterusnya’.
Langkah 10:
RAJAH 11.0 ANTARAMUKA KURNIAAN YANG TELAH DIANUGERAHKAN
Pada ruangan ini pengguna perlu mengisi Nama Darjah Kebesaran/Bintang/Pingat yang pernah
dianugerahkan. Jika kurniaan itu lebih daripada satu, pengguna boleh menekan butang ‘Tambah
Ruangan Pingat’. Jika tiada sebarang pingat biarkan ianya kosong dan teruskan menekan Butang
‘Butang Simpan & Seterusnya’.
Langkah 11:
RAJAH 12.0 ANTARAMUKA NAMA DARJAH KEBESARAN/PINGAT YANG
DICADANGKAN
Rajah 12.0, Pada ruangan ini pengguna perlu memasukkan darjah kebesaran/pingat yang
dicadangkan pada tahun ini. Pilih Tahun Kurniaan iaitu tahun semasa (*contoh Tahun 2018) dan
Pilih Darjah Kebesaran dan Pingat yang diingini, dan klik butang klik ‘Simpan & Seterusnya’.
Langkah 12:
RAJAH 13.0 ANTARAMUKA ASAS-ASAS PENCALONAN
Rajah 13.0, Pengguna boleh mengisi asas-asas pencalonan berkenaan dengan orang yang
dicalonkan. Pengguna perlu memasukkan Nama, nombor kad pengenalan dan jawatan Pegawai
Atasan yang mencalonkan pingat kepada calon penerima.Selepas itu pengguna boleh menekan
butang ‘Simpan & Seterusnya’.
Langkah 13:
RAJAH 14.0 ANTARAMUKA PENGAKUAN
Rajah di atas menunjukkan paparan pencalonan baru Berjaya disimpan, sebelum menghantar,
peengguna perlu menandakan ‘tick’ pada anak panah bertanda merah pada kotak kosong
sebelum menekan butang ‘Hantar’.
Langkah 15:
RAJAH 15.0: CETAKAN BORANG PENCALONAN
Rajah 15.0 adalah paparan antaramuka sebeluM mencetak. Pengguna boleh menekan butang
‘Cetak’ atau ‘Edit’ semula jika terdapat sebarang pembetulan. Jika selesai, pengguna boleh
menekan Butang Cetak. Selepas mencetak pengguna perlulah melengkapkan segala ruangan
kosong yang perlu disi dan menghantar borang yang telah dicetak kepada alamat yang
dinyatakan. Borang yang tidak lengkap dengan keperluan di atas tidak akan diproses.
Langkah 16:
RAJAH 16.0 ANTARAMUKA SENARAI PENCALONAN
Rajah 16.0 ialah senarai pencalonan yang telah didaftarkan oleh pengguna. Jika terdapat
pencalonan baru yang lain, pengguna hanya perlu menekan menu Pencalonan> Baru dan
ulang proses yang sama (Langkah 1 hingga 16). Pada ruangan ini pengguna boleh melihat
senarai orang yang telah dicalonkan, status permohonan, mengemaskini maklumat pencalon,
mencetak, ataupuan memadam pencalonan
SEKIAN
TAMAT
top related