luka dan pendarahan

Post on 11-Jun-2015

4.644 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Slide pembentangan untuk GERKO-BBSM

TRANSCRIPT

1

LUKA DAN LUKA DAN PENDARAHANPENDARAHAN

BULAN SABIT MERAH BULAN SABIT MERAH MALAYSIAMALAYSIA

LUKA DAN PENDARAHAN

Disediakan Oleh:

Hasfarizal Bin Hasan

Herwand Bin Nahari

Maznah binti Mohamad

Mohammad Kamarul Imran Bin Kamaruddin

Mohd Hafiz Bin Ab Roni

Mohd Suraimi Bin Mohd Nor

Norazliza Binti Yaakub

KPLI K1.6

LUKA

KECEDERAAN KEPADA TISU DISEBABKAN OLEH

BENDA-BENDA TAJAM ATAU TUMPUL

SENJATA TAJAM

BERSUKAN

JENIS-JENIS LUKA

1. Luka Tertutup2. Luka Terbuka

JENIS LUKA

1. Luka TertutupKecederaan kepada tisu di bawah kulit di mana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.

CONTOH LUKA TERTUTUP

a. KontuseAkibat daripada terkena pukulan kuat.Pendarahan berlaku di bawah kulit.

b. HaematomaPendarahan yang menjadi beku dan kelihatan biru kehitaman.

2. Luka TerbukaKecederaan kepada tisu kulit di mana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan terdapat pendarahan yang keluar ke kulit.

CONTOH LUKA TERBUKA

a. Luka TerhirisDisebabkan oleh alat tajam seperti pisau atau kaca, luka senang ditautkan kembali dan senang dirawat. Walau bagaimanapun oleh sebab saluran darah di tepi luka telah terpotong mungkin berlaku pendarahan yang banyak.

b. Luka TikamanLuka tikaman mempunyai liang yang kecil tetapi dalam, seperti terkena paku, tercucuk jarum atau terkena tikaman. Oleh kerana lukanya dalam, kekotoran, kuman mudah meresap jauh ke dalam tubuh dan risiko jangkitan adalah terlalu tinggi.

c. Luka TerkoyakTisu yang koyak seperti terkena kawat atau alat jentera yang mengakibatkan kerosakan tisu yang teruk, walau bagaimanapun darah yang keluar mungkin berkurangan daripada luka terhiris.

d. Luka TembakanLuka akibat daripada terkena peluru tembakan senjata adalah kecil di tempat tembusan tetapi lukanya meluas di ruang keluar. Peluru yang tidak keluar daripada badan, mengakibatkan kecederaan dalam yang teruk.

BANTUAN KECEMASAN

LUKA TERTUTUP Berikan tuaman sejuk untuk menghentikan

pendarahan yang berlaku di bawah kulit. Luka tertutup yang serius ialah yang

menyebabkan berlakunya pendarahan dalam seperti di otak, paru-paru, perut dan lain-lain lagi.

BANTUAN KECEMASAN

LUKA TERBUKAUntuk luka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2C iaitu:-CLEAN (BERSIHKAN)

Bersihkan luka dari sebarang kekotoran.COVER (TUTUP)

Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih.

LUKA YANG BANYAK PENDARAHAN GUNA KAEDAH -

D – Direct ( tekanan langsung )

I – Indirect ( Tekanan x Langsung )

E – Elevate ( Tinggikan )

PENDARAHAN

TERKELUARNYA DARAH DARIPADA SISTEM PEREDARANNYA ATAU TERCEDERANYA

SISTEM EDARAN.

PENDARAHAN BOLEH BERLAKU MELALUI:

1. Pendarahan ArteriDarah keluar berwarna merah cerah/ terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung.

2. Pendarahan VenaDarahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-lahan.

3. Pendarahan KapilariDarahnya keluar secara meleleh.

KLASIFIKASI PENDARAHAN:

Pendarahan Luaran (External)Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada/melalui lapisan kulit

Pendarahan Dalaman (Internal)Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda atau keadaan berikut:-

a. Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit.b. Kulit pucat dan berpeluh sejuk/melekit.c. Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku.d. Denyutan nadi cepat tetapi lemah.e. Darah mungkin keluar dari rongga yang

terbuka.f. Muntah darah atau najis bercampur darah.g. Ada tanda-tanda renjatan.

BANTUAN KECEMASAN

1. Bersihkan luka dari kotoran.2. Tekan di tempat luka supaya darah tidak

mengalir keluar (tiada benda asing) – jika ada – buat balutan cincin.

3. Tahan darah secara tidak langsung – tempat tekan nadi.

4. Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.

5. Periksa nadi/pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan.

6. Jika ada tanda-tanda renjatan, beri bantuan kecemasan untuk renjatan.

7. Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.

top related