logo dan tema hari kebangsaan

Post on 31-Jan-2016

29 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

merdeka

TRANSCRIPT

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN

 

 

 

1976 

KETAHANAN

Lima lembaga manusia

melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-

cita kemakmuran dan keselamatan negara. Tema "KETAHANAN RAKYAT"

ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini bulat dan bertangkup

melambangkan keteguhan negara.Rekabentuk ini juga berupa rebana ubi

menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Bulatan tadi membendung

perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima lembaga manusia juga

mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat

negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.

 

1977 BERSATU MAJULogo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia

mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan

semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima

bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di

tengah-tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan

kepada Tuhan. Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan

perahu melambangkan empat prinsipRukun Negarayang lain, sementara bentuk

hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada

apa yang benar-benar timbul dari bumi negara ini.Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau

rupa bentuk unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20 tahum selepas merdeka. Empat tiang diperbuat

drp.timah bagi menandakan kemajuan perdagangan dan perindustrian negara ini,

sementara tiang yang paling tinggi diperbuat daripada kayu belian bagi menandakan keteguhan bumi

Malaysia.Di kelilingnya pula terdapat sebuah kolam dengan airnya berwarna biru laut

bagi menandakan kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan yang dialami sejak merdeka.

Sementarajejambat kecil yang menyerupai petak-petak melintasi kolam membayangkan

betapa teguh dan sistematiknya ekonomi pertanian negara ini. Jadi jelaslah bahawa logo tersebut

merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian danPerindustrian)

dan batiniah.

1978 KEBUDAYAAN SENDI PERPADUANSelaras dengan tema Hari

Kebangsaan 1978 iaitu, "KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN", logo ini

menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian

daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Di

dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru

yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan

berwarna biru seolah-olah bersendi dan bercantum yang mendedahkan perpaduan rakyat.

Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning

yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka 'XXI' yang

memberikan erti 21tahum merdeka. Ringkasnya logo tahun ini memberikan penerangan

babawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan

mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi

serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.

1979 BERSATU BERDISIPLINLogo ini

berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya.

Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara

dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan

kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat

untuk memajukan negara.Matlamat tersebut dilambangkan

oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru, merah di tengah-tengah bentuk lima

segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan

makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Selaras dengan tema tahun ini, logo

ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan

daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi

amalan-amalan prinsip Rukun Negara dan dengan itu dapat menuju kearah

kemakmuran dan keamanan.

1980 BERDISIPLIN BERBAKTILogo ini melambangkan

masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan

Rukun Negara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup hari-hari.

Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-

kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada

Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu

melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'. Bentuk bulat itu juga

menegaskan lagi keutuhan hidup berdisiplin.

1981 BERDISIPLIN BERHARMONI

Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang

telah dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan

dahulu. Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan

masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan

menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencerminkan garis panduan

hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah

atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi

dan kemasyarakatan.

1982BERDISIPLIN GIAT MAJULogo tahun ini berbentuk

bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi

ciri-ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang tetap segar

seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan

adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh

diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk

keutuhan negara.Bulatan yang kelihatan menunjukkan keharmonian

perpaduan dan kesempurnaan. Seperti digambarkan warna biru pada angka 25

melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 25 itu dapatlah

melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh

negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25

tahun merdeka dan terus berkembang untuk 25 tahun dan seterusnya pada masa

hadapan.

1983BERSAMA KE ARAH KEMAJUANLogo Hari Kebangsaan

1983 ini merupakan anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu

arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan

kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang.

Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain

yang di dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan

kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan

persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan

ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga

segi yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap usaha bekerjasama

bagi mencapai aspirasi negara.

1984AMANAH ASAS KEJAYAANLogo Hari

Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH

ASAS KEIAYAAN'. Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan

kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah.

Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi

melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam

negara yang berdaulat berserta kerjasama yang erat antara sektor

awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai

aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah

menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan

pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah serta

juga daripada aspek-aspek lain.

1985NASIONALISME TERAS PERPADUAN

Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME

TERAS PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah

melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang

bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang

menjadi teras perpaduan tersebut.Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni.

Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu

bangsa rakyat Malaysia manakala bulatan kuning melambang negara Malaysia yang merdeka dan

berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotisme menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan

perpaduan rakyat yang cintakan negara.

1986BANGSA TEGAS NEGARA

TEGUHLogo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA

TEGAS NEGARA TEGUH". Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan

kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan

negara di kalangan masyarakat antarabangsa.Sikap negara yang teguh dan

positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia

seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah itu. Warna

Kuning di tengah melambangkan kedaulatan Raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip

Rukun Negara.

1987SETIA BERSATU BERUSAHA MAJULogo

berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara

bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi

melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan,

pertanian, pelancongan dan perindustrian. Kegiatan dalam empat

bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang

dilambangkan oleh lima bulatan.Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan

ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan dan

keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukun Negara. Warna kuning

dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai

bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di

kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah

pula membawa erti berusaha. Gabungan warna dan bentuk logo ini melambangkan

tema SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU.

1988BERSATUTema

"BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah

digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum

haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat

yang berjiwa Malaysia.Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti

rangkaian lima prinsip Rukun Negara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara

ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas

pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna

kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.

1989BERSATUKeunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni

anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam

konsep logo ini. Petak-petak berwarna-warni ini ibarat 'anyaman' yang kukuh lagi erat,

lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru menandakan rakyat di

negara ini hidup aman damai berteraskan perpaduan nasional.

Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri, iaitu

jalur yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan

ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta mengamalkan

ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta kebebasan menyuarakan

cita-cita masyarakat.Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang

bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan

berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara

empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukumg

sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.

1990BERJAYA

Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang

dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup

bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan

Malaysia seluruhnya.Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem

pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan

negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih

yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai

bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada

hadnya.Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang

sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo

melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.

1991WAWASAN

2020Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan Wawasan 2020.

Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning

melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong

usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju.Bentuk segi tiga

berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha

pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan

perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nilai-nilai yang

luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020 (dua puluh dua puluh) itu.

1992WAWASAN ASAS KEMAJUANRekabentuk Logo adalah

berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan

Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan

arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat

Malaysia dan negara di masa depan.Warna-warna merah, putih, biru dan kuning

iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini adalah sebagai

lambang masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan

harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan

ekonomi dan sosial dapat bergerak cergas menuju ke arah matlamat yang dicita-citakan.

Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksud masyarakat

Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam

sebuah negara yang stabil, aman dan makmur sentiasa berusaha dan

bekerja keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'maju' di masa

depan.

1993BERSATU MENUJU WAWASANRekabentuk:Bentuk hampir

bulatan : Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan,

berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan.Warna:

Merah dan putih : Melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang

yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk

mencapai apa yang di wawasankan.Biru : Menggambarkan cita-cita setiap

masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan

dan keamanan yang berkekalan menerusi wawasan yang dicita-citakan.Kuning :

Menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa

yang diinginkan.Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna di atas

melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai

wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia

1994NILAI MURNI

JAYAKAN WAWASANTema: Nilai Murni Jayakan Wawasan Bentuk hati

dan anak panah : Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap

fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati

membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan

terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk 'hati kecil' melambangkan

kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni.Warna merah

dan biru pada bentuk 'hati besar' melambangkan berbagai kaum dan lapisan

masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan

matlamat dan hasrat masyarakat.Secara keseluruhannya rekabentuk

logo dan warna-warnanya melambangkan nilai murni bukan hanya

terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati

nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik

dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Dengan

memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan

dan menuju wawasan 2020.

1995JATIDIRI PENGERAK WAWASANKonsep Logo :

Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya.

Keterangan Rekabentuk : Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan

sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara.Warna-warna merah, putih,

kuning dan biru pada logo tersebut berasaskan warna-warna bendera

Malaysia yang melambangkan rakyat Malaysia dari berbilang kaum, agama

dan kebudayaan berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri.

Warna putih pada garisan yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga

membawa maksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah

membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning membawa maksud

kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah membawa

maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian

menempuh cabaran di dalam dan di luar negara. Warna biru membawa

maksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara

yang maju, harmoni dan sejahtera.Secara keseluruhannya rekabentuk dan

warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama

dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta

bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan

Wawasan 2020.

1996BUDAYA PENENTU KECAPAIANRekabentuk

logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan

inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu

budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja

masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara

yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik.

Warna Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung

tenaga.Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar

dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niat murni rakyat dalam

menuju usaha mencapai kejayaan bersama. Warna kuning melambangkan

matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.

1997AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYAReka bentuk : Tangan berdoa

dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara (tangan berdoa) semoga

masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai

akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan

negara. Warna : Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa) dan kuning

melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani

berusaha untuk mencapai cita-cita dan wawasan negara.

1998NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB

KITAMenggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan

dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia

berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia.Bulatan biru berbentuk lembaga manusia

menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah

mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan Negara.

1999BERSATU KE ALAF BARUMenggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa

maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-

cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar.

Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020.Warna merah

melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat rakyat

bersatu padu membentuk wawasan negara, Warna putih melambangkan

kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan

kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.

2000,2001,

2002,2003,

2004,2005,2006

2007MALAYSIAKU GEMILANGRekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang

berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur

Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan

putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan

angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini

sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.Bahagian di hujung angka 5

terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga

kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang

bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah

dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia

sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia

berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50

tahun usia kemerdekaan.Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan

rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala

kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud

kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.

2008PERPADUAN TERAS KEJAYAANRekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu

menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan figura manusia saling

berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan

memajukan negara.3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi

menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat.Putih simbol kesetiaan

keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.

Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna

kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

2009 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN

DIUTAMAKAN

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1

Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara

berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan

menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

2010 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASIMelambangkan visi Negara

iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara

Bangsa.

2011

1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA 

 

top related