lawatan sambil belajar ke sksbus malaysia sdn. bhd. · dipandu dengan selamat di jalan raya....
Post on 01-Sep-2019
40 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SKSBUS MALAYSIA SDN. BHD.
Satu Lawatan sambil belajar telah diadakan dengan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal berkenaan aplikasi ilmu dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari berkaitan proses rekabentuk, proses fabrikasi, proses pemasangan, proses pembentukkan, proses pengujian dan beberapa lagi proses sebelum sesuatu kenderaan khususnya bas, dapat dibina dan dikeluarkan serta dapat dipandu dengan selamat di jalan raya. Lawatan ke SKSBUS Malaysia Sdn. Bhd. yang bertempat di Lot 92389, Jalan Puchong Kajang, Kampung Pulau Meranti, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan telah berlangsung pada 10 Februari 2014 bersamaan hari Isnin dengan jayanya. Antara objektif yang disasarkan pada lawatan kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aplikasi pemasangan termaju (melibatkan proses kimpalan, pemesinan dan fabrikasi) masa kini yang terdapat di SKSBUS khususnya dan Malaysia amnya, memberi idea awal kepada para pelajar terhadap laluan kerjaya mereka berdasarkan kepada keperluan-keperluan tenaga kerja mahir bagi sesebuah kilang, menyuntik inspirasi dan motivasi para pelajar untuk terus fokus dalam memantapkan kemahiran sedia ada dan memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan. Lawatan kali ini, disertai oleh pelajar dari semester 1, seramai 39 orang dan 6 orang pensyarah pengiring.
Gambar Lawatan
a) Wakil syarikat En. Zaidi memberi penerangan
ringkas sebelum melawat ke tapak pemasangan bas.
b) Lawatan ke tapak fabrikasi bas oleh pensyarah
pengiring dan para pelajar.
c) Lawatan ke kawasan pemasangan pendawaian
elektrik dan penghawa dingin yang di ketua
sendiri oleh Ketua Jabatan Kejuruteran
Mekanikal, PNS, En. Agus.
d) Lawatan ke tapak pembentukkan badan bas
e) Lawatan ke tapak penyimpanan kerangka bas.
f) Lawatan ke kawasan fabrikasi kerangka bas
g) Wajah kerangka SCANIA sebelum disarungkan
dengan badan utama bas.
h) Lawatan ke kawasan utama badan bas disimpan.
i) Pelajar diberi penerangan oleh En. Zaidi
berkenaan dengan pemasangan bahagian
dalaman bas.
j) En. Sabri menerangkan serba ringkas berkenaan
dengan rekabentuk corak bas berdasarkan
kepada corak lukisan yang dihasilkan.
k) Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, En Agus
menyampaikan sedikit cenderhati kepada wakil
syarikat En. Zaidi.
l) Gambar kenangan para pelajar dan pensyarah
pengiring bersama wakil syarikat, En. Zaidi.
top related