laporan pertandingan kuiz
Post on 18-Feb-2015
306 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAPORAN: KUIZ
Tempat : BKTP 1
Tarikh : 10.10.2012
Pertandingan kuiz bahasa melayu adalah salah satu daripada aktiviti untuk bulan
bahasa kebangsaan. Soalan-soalan terdiri daripada soalan tatabahasa yang
mengandungi 80 soalan. Pertandingan ini telah diuruskan oleh 3 orang pelajar
pengajian melayu dan seorang pensyarah pembimbing dari jabatan pengajian melayu.
Sebelum pertandingan dijalankan, kami telah menjalankan kerja-kerja publisiti
iaitu, menampal dan mengedarkan iklan ke setiap kelas. Hal ini, bagi menggalakkan
kesemua pelajar ipg KPI tidak ketinggalan menyertai pertanadingan ini. selain itu, kami
juga telah menyediakan tempat pertandingan bagi memastikan peserta dapat
menjawab soalan kuiz dengan tenang dan selesa. Malahan kami turut menyediakan
senarai nama bagi setiap peserta yang mendaftar bagi memudahkan pertandingan
dijalankan.
Semasa pertandingan dijalankan, setiap peserta yang hadir akan mendaftarkan
diri serta membuat penyemakan ejaan nama dan no.kad pengenalan bagi
memudahkan kami mengeluarkan sijil. Seramai 80 orang peserta yang hadir dan
menyertai pertandingan kuiz. Setiap peserta akan ditempatkan di tempat yang
disediakan dan diawasi oleh ketua AJK pertandingan kuiz dan pensyarah pembimbing,
Puan Zawiyah. Pertandingan dijalankan pada pukul 3 hingga 5 petang.
Selepas pertandingan selesai kami mula membuat penyemakan soalan bagi
mencari pemenang pertandingan ini. Pemenang bagi pertandingan kuiz ini dipilih
berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi peserta. Tiga orang peserta dipilih
sebagai pemenang yang menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga. Diharapkan
pertandingan kuiz ini terus dijalankan dan mendapat sambutan agar bahasa Melayu
terus dijulang. Selaras dengan hasrat kerajaan “Memartabatkan Bahasa Melayu”.
top related