laporan perkhemahan ibadah 2014
Post on 07-Feb-2016
91 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN
JALAN AMPANG, 31400 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN.
LAPORAN
PERKHEMAHAN IBADAH
TARIKH : 31 OKT & 1 NOV 2014
HARI : JUMAAT & SABTU
TEMPAT : NO. 35, JALAN SULTAN AZLAN SHAH.
LAPORAN PERKHEMAHAN IBADAH TAHUN 6 S.K. TAMBUN
TARIKH : 31 Oktober Dan 1 November 2014
HARI : JUMAAT DAN SABTU
TEMPAT : No 35, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh
Pada 31 Oktober dan 1 November 2014 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Tambun telah
mengadakan perkhemahan ibadah bagi murid-murid Tahun 6. Program ini dianjurkan oleh
pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak adalah bertujuan untuk memberi
pendedahan, pengalaman serta kemahiran untuk peserta mengurus diri dengan lebih berkesan
dan cekap disamping menerapkan nilai agama dalam diri murid.
Pendaftaran bermula jam 2.30 petang pada hari Jumaat di Dewan SK Tambun. Selesai
pendaftaran, murid menaiki bas ke tempat perkhemahan. Sebaik sampai di tapak perkhemahan
murid diberi taklimat
Selesai sahaja taklimat, murid-murid yang telah dibahagi mengikut kumpulan telah
diarahkan memasang khemah. Selepas solat asar dan makan petang. Namun begitu
disebabkan hujan turun agak lebat, aktiviti memasang khemah diadakan agak lewat dari jadual.
Namun segalanya masih mengikut perancangan.
. Aktiviti pada waktu malam diteruskan dengan Kem Aqil Baligh oleh Pn Najiyah. Murid
menunjukkan minat dan member kerjasama yang baik sepanjang aktiviti ini berjalan. Murid
beredar untuk minum malam pada pukul 11 malam dan tidur. Murid lelaki tidur di dalam khemah
manakala murid perempuan tidur di bilik yagn disediakan.
Pada pukul 4.00 pagi murid dikejutkan untuk program qiamullail dan seterusnya solat
subuh. Selesai solat, murid melakukan aktiviti senaman pagi dan sarapan. Selesai
membersihkan diri, program seterusnya ialah Ceramah Ajaran Sesat oleh penceramah luar iaitu
Ustaz Rosidi. Pada pukul 10.30 pula aktiviti diteruskan dengan Permainan Dalam Kumpulan.
Dalam aktiviti ini, murid diuji dengan kekuatan mental dan fizikal dalam menyelesaikan
beberapa permainan yang telah disediakan oleh guru.
Pada pukul 12.00tgh murid diminta untuk bergotong royong membersihkan kawasan
perkhemahan dan makan tengahari. Kemudian murid-murid membersihkan diri untuk bersiap
sedia untuk solat zohor dan seterusnya program Khatam Al Quran. Majlis berakhir pada pukul
3.15 ptg dan majlis penutup dilakukan oleh YBH Dato’ Haji Mohd Yusop bin Husin, Pengarah
Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Pada pukul 4.00 ptg murid menaiki bas untuk pulang ke
sekolah.
Secara keseluruhannya, program perkhemahan ibadah ini berjalan dengan lancar.
Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah berakhirnya program
perkhemahan ini. Nyatanya mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam
menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Semoga program sebegini akan
diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan murid SK. Tambun yang
seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah.
.
6.0 GAMBAR
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari perkhemahan
top related