laporan pemeriksaan rumah-rumah terpilih di kampung morten
Post on 30-Dec-2016
245 Views
Preview:
TRANSCRIPT
3
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
DISEDIAKAN OLEH: DR. SR BRIT ANAK KAYAN (KETUA PENYELIDIK)
DR. SR RODIAH ZAWAWI DR. SR ZURAINI MD ALI
ENCIK IMADUDDIN ABDUL HALIM SR NOR HANIZA ISHAK
PENAJA:
PUSAT JARINGAN MASYARAKAT DAN INDUSTRI (CItRa), UNIVERSITI MALAYA
DENGAN KERJASAMA:
PERBADANAN MUZIUM NEGERI MELAKA (PERZIM), MELAKA WORLD HERITAGE SDN. BHD. (MWHSB)
DAN KOMUNITI KAMPUNG MORTEN, MELAKA
JANUARI, 2014
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
2
PENGHARGAAN
Penghargaan kepada Pusat Jaringan Masyarakat dan Industri (CItRa), Universiti Malaya selaku penaja program ini terutamanya kepada
Puan Serina Abdul Rahman (Pengurus), Encik Muhammad Khairul Anuar bin Senin (Pegawai Projek) dan Puan Nurhafizah binti Jafri (Penolong
Pendaftar) kerana telah banyak membantu dalam proses menjayakan program jalinan masyarakat ini. Terima kasih diucapkan kepada
Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) terutama kepada Datuk Haji Khamis bin Haji Abas (Pengurus Besar), Puan Fadhilah binti Md
Saleh, Puan Noor Azimah Md Ali, Puan Latifah Abdul Latif dan Encik Abdul Jamil bin Zainal. Ucapan terima kasih juga kepada Melaka World
Heritage Sdn. Bhd. (MHWSB) terutamanya kepada Tuan Haji Rosli Haji Nor (Pengurus Besar). Sekalung penghargaan kepada komuniti
Kampung Morten, Melaka kerana telah memberi kerjasama dalam aktiviti pemeriksaan rumah-rumah terpilih. Akhir sekali, jutaan terima kasih
diucapkan kepada para pelajar Tahun 3 Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya seterusnya kepada pihak Pengurusan
Fakulti Alam Bina serta Pihak Pengurusan Universiti Malaya kerana telah memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini.
3
ISI KANDUNGAN
Penghargaan 2
Isi Kandungan 3
Senarai Jadual 4
Senarai Rajah 5
1.0 Pengenalan 7
1.1 Matlamat Program 8
1.2 Objektif Program 8
1.3 Kaedah Pemeriksaan 8
2.0 Ringkasan Laporan Dilapidasi 9
2.1 Sejarah Ringkas Kampung Morten, Melaka 10
2.2 Rumah Tuan Haji Joret bin Ali 11
2.3 Rumah Tuan Haji Ibrahim Haji Hashim 15
2.4 Rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar 18
2.5 Rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin 22
2.6 Rumah Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani 26
2.7 Rumah Hajah Zaleka bte Mohd 30
2.8 Rumah Puan Salmah Bee bte Mamat 34
2.9 Rumah Puan Hajah Mariam binti Othman 38
3.0 Rumusan 42
4.0 Lampiran 45
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
4
SENARAI JADUAL
Jadual 1.1: Rumah-rumah terpilih untuk pemeriksaan kecacatan. 7
Jadual 2.1: Menunjukkan kecacatan umum yang terdapat pada rumah Tuan Haji Joret bin Ali. 13
Jadual 2.2: Kecacatan pada Villa Sentosa. 16
Jadual 2.3: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar. 20
Jadual 2.4: Kecacatan pada rumah Datok Sidang Abdullah Ty Hussin. 24
Jadual 2.5: Kecacatan pada rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani. 28
Jadual 2.6: Kecacatan pada rumah Hajah Zaleka bte Mohd. 32
Jadual 2.7: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Salmah Bee bte Mamat. 36
Jadual 2.8: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Mariam Othman. 40
Jadual 3.1: Kecacatan dan panduan pembaikan umum bagi 8 buah rumah terpilih. 43
Jadual 3.2: Keadaan keseluruhan bagi 8 buah rumah terpilih. 44
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
5
SENARAI RAJAH
Rajah 2.1: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Joret bin Ali. 11
Rajah 2.2: Pelan lantai bahagian utama rumah Tuan Haji Joret bin Ali (tidak mengikut skala). 12
Rajah 2.3: Pandangan hadapan Villa Sentosa. 15
Rajah 2.4: Pandangan hadapan rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar. 18
Rajah 2.5: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar (tidak mengikut skala). 19
Rajah 2.6: Pandangan Hadapan rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin. 22
Rajah 2.7: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin (tidak mengikut skala). 23
Rajah 2.8: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani. 26
Rajah 2.9: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani (tidak mengikut skala). 27
Rajah 2.10: Pandangan hadapan rumah Hajah Zaleka bte Mohd. 30
Rajah 2.11: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Zaleka bte Mohd (tidak mengikut skala). 31
Rajah 2.12: Pandangan hadapan rumah Puan Salmah Bee bte Mamat. 34
Rajah 2.13: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Puan Salmah Bee bte Mamat (tidak mengikut skala). 35
Rajah 2.14: Pandangan hadapan rumah Puan Hajah Mariam Othman. 38
Rajah 2.15: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Puan Hajah Mariam Othman (tidak mengikut skala). 39
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
6
1.0 PENGENALAN
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
7
1.0 PENGENALAN
Projek pemeriksaan keadaan rumah-rumah terpilih (8 buah rumah warisan) di Kampung Morten, Melaka adalah di bawah Program Jalinan
Masyarakat melalui peruntukan CItRa Community Engagement Grant 2013 (No. Geran: 2013 CE/5). Pemeriksaan rumah-rumah ini telah
dijalankan melalui jalinan kerjasama antara 6 orang penyelidik daripada Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM),
kakitangan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Melaka World Heritage Sdn. Bhd. (MWHSB), komuniti Kampung Morten, Melaka dan
43 orang pelajar Tahun 3 Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, UM. Pemeriksaan ini telah dijalankan pada 26-27 Oktober 2013 ke atas
rumah-rumah terpilih seperti di Jadual 1.1:
Jadual 1.1: Rumah-rumah terpilih untuk pemeriksaan keadaan bangunan.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
No. Rumah/Pemilik/Wakil Alamat
1. Rumah Tuan Haji Joret bin Ali 126, Kg. Morten, Melaka
2. Rumah Tuan Haji Ibrahim Haji Hashim Villa Sentosa, Kg. Morten, Melaka
3. Rumah Puan Hajah Kamarbi binti Abu Bakar 135-A, Kg. Morten, Melaka
4. Rumah Datuk Sidang Abdullah Ty Hussin 54, Kg. Morten, Melaka
5. Rumah Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani 106, Kg. Morten, Melaka
6. Rumah Puan Hajah Zaleka bte Mohamad 110, Kg. Morten, Melaka
7. Rumah Puan Salmah Bee binti Mamat 59, Kg. Morten, Melaka
8. Rumah Puan Hajah Mariam Othman 103, Kg. Morten, Melaka
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
8
Laporan ini dibuat adalah bertujuan untuk menganalisa secara umum kerosakan rumah-rumah terpilih. Analisa keadaan keseluruhan rumah-
rumah yang terpilih bertujuan memberi panduan pelan penyelenggaraan dan pembaikan rumah-rumah yang dipilih sebagai sampel pemeriksaan.
1.1 MATLAMAT PROGRAM
Matlamat utama program ini ialah untuk menjalin kerjasama antara pihak UM (akademik), melalui sokongan, penyelarasan dan galakan terhadap
penglibatan rakan industri dan komuniti. Hasil (output) daripada program ini disasarkan untuk menggalakkan, menyelaras dan meningkatkan
aplikasi aktiviti program bagi keperluan praktikal rakan industri dan komuniti yang terlibat, terutamanya dalam memelihara bangunan warisan.
1.2 OBJEKTIF PROGRAM
Di bawah program ini, objektif yang telah digariskan adalah seperti berikut:
(a) Menjalin kerjasama antara sektor akademik, industri dan komuniti;
(b) Memeriksa keadaan semasa bangunan (rumah-rumah terpilih) bagi menilai keadaan semasa dan mengenalpasti kecacatan umum; dan
(c) Memberi panduan penyelenggaraan dan pembaikan masa hadapan kepada pemilik-pemilik
1.3 KAEDAH PEMERIKSAAN
Pemeriksaan keadaan rumah-rumah yang terpilih dilakukan dengan pemerhatian visual terhadap keadaan dan tahap keusangan rumah-rumah
terbabit menggunakan templat pemeriksaan keadaan bangunan (Rujuk Lampiran A). Kaedah ini adalah bagi mengenalpasti dan merekodkan
kecacatan umum pada rumah-rumah terpilih melalui laporan dilapidasi.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
9
2.0 RINGKASAN LAPORAN
DILAPIDASI
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
10
2.0 RINGKASAN LAPORAN DILAPIDASI
2.1 SEJARAH RINGKAS KAMPUNG MORTEN, MELAKA
Kampung Morten adalah sebuah Kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan mempunyai keluasan seluas 12 ekar.
Kampung ini dihuni oleh lebih kurang 600 orang penduduk yang berbangsa Melayu. Kampung ini telah diterokai oleh Datuk Othman Md Nor
pada tahun 1922. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi ketua kampung secara rasmi semasa penubuhan Lembaga Kampung pada tahun
1922. Penduduk asal Kampung Morten adalah dari Kampung Jawa yang terpaksa berpindah kerana pelaksanaan pembangunan yang ketika itu
dipenuhi dengan hutan bakau dan nipah.
Walaubagaimanapun, mereka tidak mempunyai wang untuk membeli tanah tersebut yang pada masa itu dimiliki oleh Abdullah Maarof dan Pak
Khalil. Maka salah seorang penduduk telah berjumpa dan meminjam wang daripada Pegawai Daerah iaitu J. F. Morten setelah tuan tanah
bersetuju untuk menjual tanah tersebut dengan harga RM10000.
Dalam perjumpaan semasa penubuhan lembaga itu, satu perbincangan telah diadakan untuk memberi nama pada kampung baru yang belum
bernama itu. Nama-nama yang dicadangkan ialah Kampung Bunga, Kampung Tanjung Bunga dan Kampung Morten. Suara terbanyak memilih
nama 'Kampung Morten' yang telah dicadangkan oleh Datuk Othman Md Nor sendiri dengan alasan bahawa ianya diambil sempena nama J. F.
Morten sebagai mengenang jasa dan usahanya yang bersungguh-sungguh sehingga terbinanya Kampung Morten.
Sumber: Tuan Haji Ibrahim Haji Hashim, (http://rumahwarisanibrahimhashimvillasentosa.blogspot.com/p/sejarah-kg-morten.html)
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
11
2.2 RUMAH TUAN HAJI JORET BIN ALI
Menurut Tuan Haji Joret bin Ali rumah ini (Rajah 2.1) telah dibina pada sekitar tahun 1922 dan berusia lebih kurang 91 tahun. Anggaran
keluasan kawasan lantai rumah ini adalah 214m2. Dari segi gaya senibina, rumah ini mempunyai ciri-ciri rumah tradisional Melayu Melaka.
Dinding, tiang dan lantai rumah ini dibina menggunakan kayu. Manakala bumbungnya pula dibina menggunakan atap zink. Antara ciri menarik
yang ada pada rumah ini ialah struktur peran. Dulunya, peran digunakan sebagai ruang untuk penghuni. Walaubagaimanapun, ianya kini
digunakan untuk menyimpan barang-barang. Rajah 2.2 menunjukkan pelan lantai rumah ini.
Rajah 2.1: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Joret bin Ali.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
12
Rajah 2.2: Pelan lantai bahagian utama rumah Tuan Haji Joret bin Ali (tidak mengikut skala).
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
1.
2.
3.
4.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
13
Pada keseluruhan, rumah ini masih berkeadaan baik. Kecacatan biasa yang terdapat pada rumah ini adalah serangan anai-anai, kebocoran dan
pergerakan tanah (Jadual 2.1).
Jadual 2.1: Kecacatan umum yang terdapat pada rumah Tuan Haji Joret bin Ali.
No. Gambar Kecacatan Umum
1.
Papan lantai reput diserang anai-anai.
2.
Kayu alang reput akibat lembapan
daripada kebocoran.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
14
3.
Lembapan pada siling akibat kebocoran
air bertakung.
4.
Tiang condong akibat keadaan
pergerakan tanah (hanya satu tiang yang
condong dan bukan keseluruhan façade).
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
15
2.3 RUMAH TUAN HAJI IBRAHIM HAJI HASHIM (VILLA SENTOSA)
Menurut pemilik rumah iaitu Tuan Haji Hashim bin Dato Demang Haji Abdul Ghani, Villa Sentosa (Rajah 2.3) telah dibina pada kira-kira suku
pertama abad ke 20 dengan pengaruh reka bentuk “bumbung limas Melaka”. Pada masa kini rumah ini dijadikan muzium peribadi oleh pemilik
sekarang. Villa Sentosa turut mempunyai sejarahnya yang tersendiri kerana pembinaannya berkait rapat dengan “Akta Pembaharuan Tanah
British 1920”. Sebagaimana fungsinya sekarang sebagai muzium, rumah ini mempunyai koleksi almari, persalinan Melayu tradisional, perabot
lama, senjata lama dan banyak lagi barang antik yang dipamerkan di dalam rumah ini.
Rajah 2.3: Pandangan hadapan Villa Sentosa.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
16
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
Pada keseluruhannya, keadaan semasa Villa Sentosa adalah pada tahap memuaskan. Walaubagaimanapun, terdapat kecacatan biasa termasuklah
pereputan (gelegar kayu) dan pengelupasan cat pada elemen rumah (Jadual 2.2).
Jadual 2.2: Kecacatan pada Villa Sentosa.
No. Gambar Kecacatan Umum
1.
Kayu gelegar reput akibat lembapan.
2.
Pereputan dan cat menggelupas akibat
terdedah kepada lembapan.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
17
3.
Cat pada dinding simen terkupas.
4.
Cat pada dinding kayu terkupas kerana
terdedah kepada cuaca.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
18
2.4 RUMAH HAJAH KAMARBEE BINTI HAJI ABU BAKAR
Rumah tradisional Melayu Melaka ini dimiliki oleh Puan Hajah Kamarbee bte Haji Abu Bakar. Rumah ini (Rajah 2.4) terletak di 135-A,
Kampung Morten, 75350, Melaka. Rumah ini dibina pada tahun 1945 dan telah diubahsuai sebanyak dua kali pada tahun 1963 dan 1996.
Ubahsuai yang pertama pada tahun 1963 dilakukan pada bahagian belakang rumah dengan menambah ruang dapur. Kawasan yang ditambah
untuk dapur dibina pada aras tanah dengan menggunakan batu-bata sebagai dinding dan zink sebagai bumbung. Ubahsuai yang kedua pada
tahun 1996 adalah pada tangga masuk utama. Pada asalnya ia terletak pada sebelah kiri rumah dan diubah kepada bahagian hadapan rumah pelan
lantai rumah adalah seperti pada Rajah 2.5.
Rajah 2.4: Pandangan hadapan rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
19
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
Rajah 2.5: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar (tidak mengikut skala).
1.
2.
3.
4.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
20
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
Pada keseluruhannya, rumah ini berkeadaan baik. Walaupun begitu, hasil pemeriksaan mendapati terdapat rekahan pada bahagian sambungan
rumah, pengelupasan cat dan pereputan kayu (Jadual 2.3).
Jadual 2.3: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar.
No. Gambar Kecacatan Umum
1.
Rekahan antara sambungan dinding
simen dan rasuk kayu.
2.
Cat dan simen plaster pada dinding
tertanggal akibat kelembapan.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
21
3.
Pereputan pada kayu kekuda bumbung
kerana terdedah kepada keadaan bilik air
yang sentiasa lembap dan basah.
4.
Sebahagian daripada ukiran pada
bumbung mengalami pereputan akibat
terdedahnya kepada cuaca panas dan
lembap.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
22
2.5 RUMAH DATOK SIDANG ABDULLAH TY HUSIN
Rumah yang dimiliki oleh Datok Sidang Abdullah Thamby Husin ini terletak di No 54, Lorong Tun Mamat 3, Kampung Morten, Melaka
(Rajah 2.6). Reka bentuk rumah ini menggambarkan ciri-ciri rumah tradisional Melayu Melaka dengan reka bentuk bumbung dan tangga yang
biasa terdapat pada rumah-rumah tradisional Melayu Melaka yang lain. Rumah ini telah dibina pada tahun 1922 menjadikan umur rumah ini
lebih kurang 91 tahun sekarang. Keluasan lantai pula adalah dianggarkan sebanyak 51.9m2 (Rajah 2.7). Rumah ini masih berkeadaan seperti
asal kerana tidak ada pengubahsuaian dilakukan.
Rajah 2.6: Pandangan Hadapan rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
23
Rajah 2.7: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin (tidak mengikut skala).
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
1.
2. 3.
4.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
24
Secara keseluruhan, rumah ini masih dalam keadaan baik. Namun, harus diberi perhatian bahawa terdapat pereputan bahan kayu akibat serangan
anai-anai, kecacatan biasa seperti cat tertanggal dan lembapan (Jadual 2.4).
Jadual 2.4: Kecacatan pada rumah Datok Sidang Abdullah Ty Hussin.
No. Gambar Kecacatan Umum
1.
Pereputan akibat serangan anai-anai
pada sambungan antara alang kayu dan
tiang simen.
2.
Pereputan akibat serangan anai-anai
pada sambungan antara alang kayu dan
dinding kayu.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
25
3.
Cat pada bahagian tepi dan depan tangga
luntur.
4.
Pereputan kayu akibat terdedah kepada
cuaca.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
26
2.6 RUMAH TUAN HAJI ALI BIN HAJI ABDUL GHANI
Rumah yang dimiliki oleh Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani ini terletak di 106, Kampung Morten, Melaka Bandaraya Bersejarah (Rajah 2.8).
Menurut pemiliknya, rumah ini telah dibina pada tahun 1980-an. Dengan itu rumah ini boleh dikira masih baru dari segi usia berbanding dengan
rumah-rumah lain di lokasi pemeriksaan. Pelan lantai rumah ini adalah seperti pada Rajah 2.9.
Rajah 2.8: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
27
Rajah 2.9: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani (tidak mengikut skala).
1.
2.
3.
4.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
28
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
Pemeriksaan ke atas rumah ini mendapati ianya berkeadaan baik. Namun begitu, terdapat rekahan pada elemen rumah serta serangan anai-anai
pada struktur kayu (Jadual 2.5).
Jadual 2.5: Kecacatan pada rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani.
No. Gambar Kecacatan Umum
1.
Rekahan pada dinding akibat keadaan
tanah yang tidak rata.
2.
Rekahan pada dinding akibat keadaan
tanah yang tidak rata.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
29
3.
Serangan anai-anai pada tiang kayu yang
senget akibat keadaan tanah yang tidak
rata.
4.
Rekahan di bahagian sambungan antara
alang dan dinding simen.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
30
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
2.7 RUMAH HAJAH ZALEKA BTE MOHD
Rumah yang dimiliki oleh Puan Hajah Zaleka bte Mohd ini terletak di No 110, Kampung Morten, Melaka (Rajah 2.10). Sejarah rumah ini
mempunyai kronologi yang menarik. Ini kerana menurut tuan rumah, ianya telah dipindahkan dari tapak asal berhadapan Sungai Melaka untuk
mengelakkannya daripada rosak akibat banjir. Ketika proses pemindahan dilakukan, bahagian-bahagian utama rumah dibuka satu persatu dan
ditanda untuk memudahkan pemasangan semula rumah. Kemudian kesemua bahagian-bahagian tadi dipasang semula seperti asal di tapak rumah
yang ada sekarang. Pelan lantai rumah ini adalah seperti pada Rajah 2.11.
Rajah 2.10: Pandangan hadapan rumah Hajah Zaleka bte Mohd.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
31
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
Rajah 2.11: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Zaleka bte Mohd (tidak mengikut skala).
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
1.
2.
3.
4.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
32
Hasil pemeriksaan mendapati rumah dalam keadaan baik. Walaubagaimanapun, terdapat lembapan pada siling, pereputan pada struktur bahan
kayu (Jadual 2.6).
Jadual 2.6: Kecacatan pada rumah Hajah Zaleka bte Mohd.
No. Gambar Kecacatan Umum
1.
Lembapan pada siling.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
33
2.
Pereputan akibat lembapan.
3.
Pereputan akibat lembapan.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
34
4.
Keadaan bawah daun pintu yang rosak
akibat pereputan.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
2.8 RUMAH PUAN SALMAH BEE BTE MAMAT
Rumah yang terletak di No 59, Kampung Morten, Melaka (Rajah 2.12) ini dimiliki oleh Puan Salmah Bee bte Mamat. Rumah ini menurut
pemiliknya pernah mengalami proses pembaikan setelah terbakar pada kira-kira 21 tahun yang lalu. Menurut pemiliknya lagi, sebahagian besar
bahagian yang terjejas diganti dengan bahagian baru yang dibeli daripada pelbagai tempat. Bahan yang digunakan untuk membina rumah ini
sebahagian besarnya adalah kayu, hanya tangga utama menggunakan konkrit. Keluasan lantai rumah ini adalah kira-kira 41.04m2 (Rajah 2.13).
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
35
Rajah 2.12: Pandangan hadapan rumah Puan Salmah Bee bte Mamat.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
36
Rajah 2.13: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Puan Salmah Bee bte Mamat (tidak mengikut skala).
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
1.
2.
3.
4.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
37
Pada keseluruhannya, keadaan rumah ini adalah pada tahap memuaskan. Namun begitu, pemeriksaan mendapati terdapat serangan anai-anai
pada keseluruhan rumah (Jadual 2.7).
Jadual 2.7: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Salmah Bee bte Mamat.
No. Gambar Kecacatan Umum
1.
Serangan anai-anai pada sebahagian
besar struktur rumah.
2.
Serangan anai-anai pada sebahagian
besar struktur rumah.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
38
3.
Serangan anai-anai pada sebahagian
besar struktur rumah.
4.
Serangan anai-anai pada sebahagian
besar struktur rumah.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
39
2.9 RUMAH PUAN HAJAH MARIAM BINTI OTHMAN
Rumah yang dimiliki oleh Puan Hajah Mariam binti Othman ini dibina pada tahun 2009 (Rajah 2.14). Walaupun ia masih baru namun rumah ini
dibina dengan ciri-ciri tradisional. Fungsi rumah ini adalah ianya digunakan sebagai homestay. Berdasarkan pemeriksaan yang telah dilakukan,
keluasan lantai rumah ini adalah 93m2 (Rajah 2.15).
Rajah 2.14: Pandangan hadapan rumah Puan Hajah Mariam Othman.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
40
Rajah 2.15: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Puan Hajah Mariam Othman (tidak mengikut skala).
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
1.
2.
3.
4.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
41
Pada keseluruhannya, rumah ini masih dalam keadaan yang memuaskan. Jadual 2.8 menunjukkan kecacatan biasa yang terdapat pada rumah
Puan Hajah Mariam Othman. Antaranya ialah kerosakan daun tingkap, reputan pada komponen kayu yang terdedah kepada elemen cuaca.
Jadual 2.8: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Mariam Othman.
No. Gambar Kecacatan Umum
1.
Kemasan pada tingkap kayu yang rosak
akibat terdedah kepada cuaca dan
persekitaran.
2.
Reputan akibat terdedah kepada
lembapan dan penggunaan kayu yang
muda dan tidak sesuai pada bahagian
bendul.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
42
3.
Reputan akibat terdedah kepada
lembapan dan penggunaan kayu yang
muda dan tidak sesuai pada bahagian
bendul.
4.
Reputan akibat terdedah kepada
lembapan dan penggunaan kayu yang
muda dan tidak sesuai pada bahagian
bendul.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
43
3.0 RUMUSAN
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
44
3.0 RUMUSAN
Jadual 3.1 di bawah menunjukkan kecacatan umum yang terdapat pada rumah-rumah terpilih dan panduan pembaikan umum. Antara kecacatan
umum yang terdapat pada rumah-rumah yang telah diperiksa adalah serangan anai-anai, pereputan kayu, struktur rumah tidak sekata, kebocoran
dan pengelupasan cat. Hasil dari pemeriksaan, bahagian rumah-rumah yang terjejas memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan adalah
berdasarkan tahap keusangan dan kecacatan.
Jadual 3.1: Kecacatan umum dan panduan penyelenggaraan dan pembaikan bagi 8 buah rumah terpilih.
Bil Kecacatan Umum Rumah-Rumah Terpilih Panduan Penyelenggaraan dan Pembaikan
1. Serangan anai-anai Jika ia melibatkan struktur utama rumah, pemeriksaan lebih terperinci diperlukan.
2. Pereputan kayu Struktur-struktur yang tidak kukuh perlu diperiksa secara berkala
3. Struktur rumah tidak sekata (senget/condong) Jika ia melibatkan struktur utama rumah, pemeriksaan lebih terperinci diperlukan.
4. Kebocoran Pemeriksaan struktur bumbung dan lapisan penutup atap secara berkala.
5. Pengelupasan cat Pengecatan secara berkala menggunakan cat yang bersesuaian dengan bahan.
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
45
Jadual 3.2 menunjukkan rumah-rumah yang telah diperiksa dan keadaan keseluruhan rumah-rumah tersebut. Pada keseluruhannya rumah-
rumah yang diperiksa berkeadaan baik dan sederhana baik. Walaubagaimanapun, penyelenggaraan secara berkala perlu dilaksanakan
berdasarkan tahap keusangan sesebuah rumah tersebut.
Jadual 3.2: Keadaan keseluruhan bagi 8 buah rumah terpilih.
No. Rumah/Pemilik/Wakil Keadaan Keseluruhan
1. Rumah Tuan Haji Joret bin Ali Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki
2. Rumah Tuan Haji Ibrahim Haji Hashim Sederhana - Perlu pembaikan segera dan diselenggarakan secara berkala
3. Rumah Puan Hajah Kamarbi binti Abu Bakar Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki
4. Rumah Datuk Sidang Abdullah Ty Hussin Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki
5. Rumah Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki
6. Rumah Puan Hajah Zaleka bte Mohamad Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki
7. Rumah Puan Salmah Bee binti Mamat Sederhana - Perlu pembaikan segera dan diselenggarakan secara berkala
8 Rumah Puan Hajah Mariam Othman Sederhana - Perlu pembaikan segera dan diselenggarakan secara berkala
Sumber: Kajian lapangan, 2013.
LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH KAMPUNG MORTEN MELAKA
46
4.0 LAMPIRAN
A: Templat Pemeriksaan
B: Borang Kaji Selidik (Masuk)
C: Borang Kaji Selidik (Keluar)
top related