laporan inovasi bisa - a-pelhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/416-agc...2.1.5.4 dapat akses...
Post on 10-Feb-2021
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
AGC PLATFORM FOR E-LEARNING
(A-PEL)
SEKSYEN PUSAT SUMBER
BAHAGIAN PENGURUSAN
JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN 3-7
Latar Belakang 3
Tarikh Penubuhan 3
Perkhidmatan Utama/Teras 5-6
Carta Organisasi 6
Personel 7
INOVASI 8-15
Pengenalan / Latar Belakang Projek Inovasi 8-9
Tujuan Projek Inovasi 10
Implikasi Kewangan 10
Proses Pelaksanaan (Kronologi) 10-15
Impak Inovasi terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan /
Jabatan/Agensi / Negara 15-18
• Output 15-17
• Replicability 17
• Penjimatan Masa 17
• Penjimatan Kos 18
• Peningkatan Produktiviti 18
• Mesra Pelanggan 18
Pengiktirafan Dalam/Luar Negara 18
PENUTUP 21
LAMPIRAN 22
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 3
1. PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Jabatan Peguam Negara Malaysia
Jabatan Peguam Negara (AGC) ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah
Perlembagaan Persekutuan 1957 dan berperanan untuk:
a) Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam
bidang undang-undang antarabangsa dan syariah kepada Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri;
b) Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul;
c) Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan;
d) Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah;
e) Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivil; dan
f) Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan
membuat kajian pembaharuan undang-undang.
1.1.1 Visi Jabatan
“Organisasi Perundangan Awam Bertaraf Dunia”
1.1.2 Misi Jabatan
“Untuk mendukung undang-undang dan melindungi kepentingan
Negara dengan memberikan nasihat dan perkhidmatan perundangan
yang berkualiti tinggi dengan cekap, adil dan saksama mengikut
Perlembagaan dan Undang-Undang”
BAB 1- PENGENALAN
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 4
1.1.3 Objektif Jabatan
“Memberi perkhidmatan dan perundangan yang berkualiti dan akan
sentiasa bertindak mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang
dengan cekap, saksama dan adil”
1.1.4 Slogan
“Cekap, Saksama dan Adil”
1.1.5 Piagam Pelanggan
AGC telah menetapkan piagam pelanggan Jabatan adalah seperti
berikut:
a) Mengkaji Kertas Siasatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima;
b) Mengambil arahan dan mengendalikan sesuatu tindakan guaman
bagi pihak atau terhadap Kerajaan Malaysia dengan memastikan
tindakan awalan dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi 10
minggu dari tarikh arahan diterima;
c) Perundangan utama disiapkan dalam masa 40 hari selepas semua
isu perundangan dan dasar diselesaikan. Draf muktamad
perundangan utama yang dikemukakan kepada pelanggan bebas
daripada kesilapan penggubalan;
d) Menyiapkan draf semakan dan cetakan semula undang-undang
dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh arahan diterima;
e) Memberi nasihat undang-undang berkualiti dalam tempoh 14 hari
bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang
lengkap;
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 5
f) Menyemak dan menggubal instrumen dan dokumen antarabangsa
seperti perjanjian, memorandum persefahaman, deklarasi dan joint
communiqué dalam tempoh 14 hari bekerja dan bagi instrumen dan
dokumen antarabangsa yang lebih kompleks, dalam tempoh satu (1)
bulan;
g) Untuk mengemukakan hasil dapatan penyelidikan secara
menyeluruh, berkualiti dan profesional dalam masa yang ditetapkan
oleh pelanggan. Jika tiada masa ditetapkan, tidak melebihi tiga (3)
bulan;
h) Memproses semua bayaran bil dan tuntutan (elaun, bayaran balik
dan lain-lain) dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
1.2 Perkhidmatan Utama/Teras
Teras Utama di Jabatan Peguam Negara dibahagikan kepada tiga (3)
program iaitu:
1.2.1 Program Pendakwaan dan Guaman
a. Bahagian Pendakwaan;
b. Bahagian Guaman; dan
c. Bahagian Perbicaraan dan Rayuan.
1.2.2 Program Khidmat Nasihat Perundangan
a. Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa;
b. Bahagian Penasihat; dan
c. Bahagian Penyelidikan.
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 6
1.2.3 Program Gubalan dan Pembaharuan Undang-Undang
a. Bahagian Gubalan; dan
b. Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang.
1.3 Carta Struktur Organisasi Jabatan Peguam Negara Malaysia
Carta Struktur organisasi JPN adalah seperti di Rajah 1.
Rajah 1 : Carta Struktur Organisasi AGC
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 7
1.4 Personel (Bilangan Perjawatan)
Mengikut Waran Perjawatan A 16 Tahun 2010 bertarikh 1 Januari 2010
bilangan perjawatan bagi AGC mengikut kumpulan adalah seperti di Jadual A:
Kumpulan Perkhidmatan Bilangan Jawatan (Orang) Pengurusan Tertinggi 56
Pengurusan dan Profesional 799
Sokongan 953
Jawatan Latihan 40
JUMLAH 1,848
Jadual A : Perjawatan AGC
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 8
2.1 Pengenalan
Jabatan Peguam Negara (AGC) adalah merupakan salah satu agensi di
bawah Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan perkembangan teknologi
maklumat dan informasi, AGC sentiasa berusaha mencari idea baru dengan
melaksanakan projek inovasi ke arah meningkatkan keberkesanan fungsi dan
aktiviti jabatan menerusi pelbagai transaksi harian, penyimpanan,
pemerosesan dan penyampaian maklumat sebagai asas membuat keputusan
dengan cara yang lebih berkesan.
Untuk memenuhi hasrat Kerajaan bagi mewujudkan pegawai dan kakitangan
yang berilmu pengetahuan dan berfikiran inovatif dan kreatif, satu sistem
pembelajaran yang sistematik dan cekap amat diperlukan untuk memastikan
pelbagai ilmu dan maklumat dapat disampaikan dengan cepat, berkesan,
tersusun dalam keadaan teratur dan mudah dicapai. Kelemahan sistem sedia
ada sentiasa dikaji untuk membangunkan sebuah sistem pengkomputeran
bagi memperkasa kualiti dan produktiviti Jabatan.
2.1.1 Latar Belakang AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Sistem ini telah beroperasi sebagai Projek Knowledge Management
(KM) Jabatan Peguam Negara semenjak 1 Oktober 2009 dan
dimuatkan dalam Portal AGC/Intranet. AGC telah mengkaji sistem
BAB 2 - INOVASI
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 9
sedia ada ini untuk membangunkan sebuah sistem pengkomputeran
bagi memperkasa kualiti dan produktiviti Jabatan. Sistem yang
dibangunkan secara inhouse oleh Seksyen Pusat Sumber, Bahagian
Pengurusan dibantu oleh Seksyen Teknologi Maklumat ini telah
melibatkan transformasi pembelajaran online dan dinamakan AGC
Platform for E- Learning (A-PEL).
Sistem ini telah digunapakai di seluruh Malaysia terbuka kepada warga
Ibu Pejabat AGC dan Pejabat Undang-Undang Negeri AGC, bertujuan
memperkembangkan budaya inovasi serta memastikan bahawa
inovasi-inovasi yang dihasilkan dapat diseragamkan di semua Pejabat
untuk memaksimumkan manfaat daripadanya.
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 10
2.1.2 Tujuan AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Tujuan utama A-PEL dilaksanakan adalah untuk meningkatkan sistem
penyampaian Jabatan Peguam Negara demi memenuhi kehendak
stakeholders dan pelanggan Jabatan. Secara tidak langsung ia juga
dapat mengurangkan karenah birokrasi di mana kemudahan
pembelajaran dapat dilakukan sepanjang masa dimana-mana sahaja
dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dari segi kos
dan masa. Selain itu juga bagi membudayakan pembelajaran
sepanjang hayat A-PEL telah diwujudkan untuk melahirkan modal
insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif dan inovatif.
2.1.3 Implikasi Kewangan
A-PEL berteraskan Web dan boleh dicapai melalui Internet, Intranet
atau Extranet. Oleh yang demikian sistem berkomputer ini yang efektif
telah dibangunkan oleh Seksyen Pusat Sumber dibantu oleh Seksyen
Teknologi Maklumat dengan tidak menggunakan kos untuk
membangunkannya di mana ianya hanya menggunakan perisian dan
perkakasan yang sedia ada di AGC.
2.1.4 Proses Pelaksanaan (kronologi)
Projek inovasi Jabatan Peguam Negara yang dipilih bagi pencalonan
anugerah Inovasi Perdana Menteri ialah AGC Platform for E-
Learning (A-PEL). Projek inovasi ini tercipta hasil cetusan idea dan
pemikiran di luar kotak oleh Bahagian Pengurusan bagi menggalakkan
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 11
budaya membaca dan perkongsian ilmu untuk mewujudkan warga
AGC yang berilmu dan berfikiran kritikal, inovatif dan kreatif.
Ini adalah salah satu transformasi perkhidmatan maklumat dan rujukan
Pusat Sumber dari bentuk menyediakan persekitaran untuk
pembacaan bahan rujukan kepada persekitaran pembelajaran secara
online berasaskan teknologi maklumat. Ia pasti akan berubah mengikut
kehendak dan keperluan warga AGC masa kini selari dengan teknologi
maklumat dan informasi bagi memastikan ia sebagai pemangkin
kesarjanaan dan kecemerlangan Jabatan.
Oleh itu, transformasi perkhidmatan berasas perkembangan teknologi
maklumat perlu dilakukan dengan terancang tetapi fleksibel dan pada
masa yang sama menyokong secara pragmatik usaha Kerajaan
mewujudkan sistem pembelajaran dan pengajaran bertaraf dunia.
2.1.4.1 Sebelum Inovasi Dihasilkan
Jabatan Peguam Negara sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan
kualiti dan keberkesanan sistem A-PEL yang telah dibangunkan untuk
memenuhi keperluan maklumat dan menggalakkan pembelajaran
warga AGC. Masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi
dihasilkan dan penyelesaian selepas inovasi serta outcome adalah
seperti berikut:
a) Bahan bacaan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan
maklumat pegawai dan kakitangan AGC bukan sahaja di Ibu
Pejabat tetapi terutamanya di PUU Negeri.
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 12
b) Kategori bahan pembacaan adalah terhad dan masa
pembacaan jua terhad kepada waktu pejabat sahaja. Sumber
alternatif perlu jua dirujuk dan ini tidak menyeluruh.
c) Tidak dapat akses Kertas Kerja Seminar/ Kursus/ Ceramah dan
lain-lain yang dianjurkan oleh AGC melainkan jika dipilih untuk
hadir dan ini pula kerap diadakan di Ibu Pejabat sahaja.
d) Perlu meluangkan masa untuk mengunjungi perpustakaan di Ibu
Pejabat dan Negeri-Negeri untuk menyemak koleksi bahan yang
sedia ada.
e) Perlu menyediakan beberapa salinan naskhah bahan koleksi
perpustakaan yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
Rajah A : Carta Aliran Kerja Sebelum Inovasi (Kegagalan Capaian Maklumat oleh Warga AGC)
GAGAL
Pegawai/Kakitangan mengunjungi Perpustakaan
di Ibu Pejabat dan Negeri
Mencari bahan untuk merujuk maklumat yang
diperlukan
Berjaya dapat bahan tetapi
terhad
Tidak Perolehi Maklumat Yang
Diperlukan
Rujukan bahan dihadkan kepada seorang pegawai
sahaja
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 13
2.1.5 Selepas Inovasi Dihasilkan
2.1.5.1 Memudahkan pegawai dan kakitangan AGC di Ibu Pejabat
dan Negeri mengakses pelbagai maklumat pada bila-bila
masa dan di mana-mana jua berada.
2.1.5.2 Sistem A-PEL adalah penyelesaian kepada masalah
pergantungan berterusan kepada bahan fizikal di mana ia
menggantikan bahan kertas kepada bahan elektronik.
2.1.5.3 Maklumat/dokumen dalam bentuk elektronik boleh sentiasa
dicapai secara online oleh sebilangan besar pengguna dan
tidak terhad kepada seorang sahaja.
2.1.5.4 Dapat akses Kertas Kerja Seminar/Kursus/Ceramah dan
Sesi Perkongsian Ilmu yang penting anjuran AGC oleh
warga AGC di Ibu Pejabat dan juga di negeri-negeri.
2.1.5.5 Penjimatan kos pembelian bahan rujukan yang banyak.
2.2 Kelebihan Projek
2.2.1 Berteraskan Web - sistem A-PEL yang berteraskan Web dan
boleh di capai melalui Internet, Intranet atau Extranet.
2.2.2 Sistem berkomputer yang efektif dan tidak menggunakan
kos tambahan, telah dibangunkan oleh Seksyen Pusat
Sumber dibantu oleh Seksyen Teknologi Maklumat dengan
menggunakan perisian dan perkakasan sedia ada.
2.2.3 Antaramuka sistem mudah difahami.
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 14
2.2.4 Perisian PHP dan pangkalan data mySQL merupakan
perisian secara open source selaras dengan saranan
MAMPU.
2.2.5 Memudahkan penyimpanan data dan maklumat.
2.2.6 Mengurangkan kos dan penggunaan kertas.
2.2.7 Menjimatkan masa, meningkatkan kecekapan dan
mengurangkan penggunaan tenaga.
2.2.8 Membantu memenuhi kriteria berkursus tujuh (7) hari dalam
setahun bagi kakitangan penjawat awam.
2.3 Kaedah Yang Digunakan (User Manual yang lengkap adalah seperti di Lampiran I)
2.3.1 Mudah digunakan oleh semua warga AGC di Ibu Pejabat dan
negeri dengan hanya login A-PEL dengan menggunakan User
ID/Password bersamaan ID Emel masing-masing.
2.3.2 Kemudahan pencarian/akses maklumat dalam pelbagai cara -
Keyword, Kategori Dokumen, Tajuk, Perkara, Tarikh dan
Bahagian-Bahagian AGC.
2.3.3 Audit Trail diaktifkan apabila login dan logout di mana jumlah
jam/hari pembacaan dipaparkan untuk makluman dan catatan
dalam Buku Log Latihan AGC.
2.3.4 Summary Audit Trail disediakan khas untuk Ketua Jabatan/
Ketua Bahagian/ Penasihat Undang-Undang Negeri/ Ketua Unit
untuk mengakses dan memantau pembacaan melalui A-PEL
pegawai-pegawai di bawah seliaan masing-masing.
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 15
Rajah B : Carta Aliran Kerja Selepas Inovasi
Akses APEL onlinepada bila‐bila masadan dimana‐manasahaja
Pelbagaikategori
maklumat/ bahan
Pencarian maklumatmengikut keyword, tajuk dll.
Memenuhikeperluanmaklumat danmeningkatkanproduktivitiwarga JPN
PENGGUNA A‐PEL JABATAN PEGUAM NEGARA
Menjimatkanmasa, kos dantenaga
Jumlahjam/haripembacaanonline untukBuku Log LatihanAudit Trail
2.1.5 Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar/Perkhidmatan/Jabatan/
Agensi/Negara
2.1.5.1 Output
Dalam era maklumat keperluan untuk pembelajaran berterusan sepanjang hayat
(life long learning) telah mewujudkan permintaan tinggi terhadap pembelajaran.
Keperluan penyampaian latihan di dalam persekitaran ekonomi global adalah
lebih mencabar meliputi penjawat awam dan rakyat. Projek A-PEL dapat
menunjukkan keberhasilan yang signifikan dalam perkhidmatan awam dan
kepada orang ramai.
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 16
i. Perkhidmatan Awam
Melahirkan penjawat awam yang berperibadi ulung sentiasa
meningkatkan ilmu pengetahuan inovatif dan kreatif. Pembinaan fikiran
dan pembentukan sikap yang positif dapat dipertingkatkan dengan ilmu.
Seseorang pekerja yang berilmu pengetahuan akan menyumbang
kepada keberkesanan dan kecekapan organisasi. Ini dapat dilihat
daripada hasil kerja yang dikeluarkan di mana dapat diukur melalui
kualiti penulisan yang dihasilkan; kuantiti output yang meningkat; masa
yang lebih pendek untuk menghasilkan output; kos yang lebih rendah;
dan sebagainya. Penjawat awam yang berilmu pengetahuan akan dapat
menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi. Selain itu juga
dapat mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan kewangan.
ii. Orang ramai
Pekerja yang berilmu pengetahuan dan berfikiran kritikal dapat memberi
perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai seperti keputusan
yang cepat serta tepat dan nasihat yang berkualiti. Ini adalah sejajar
dengan saranan kerajaan untuk peningkatan sistem penyampaian
(delivery sistem) kepada orang ramai.
iii. Jabatan Peguam Negara
A-PEL dapat melahirkan pekerja yang berilmu, berkemahiran, berdaya
saing dan dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi
dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada
pelanggan. Ia jua menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 17
berhemah Jabatan. Warga AGC dapat menjalankan tugas sebagai
penasihat undang-undang yang berkaliber, terutama dalam
pengendalian kes-kes mahkamah bagi pihak Kerajaan. Jabatan juga
dapat membantu pegawai baru memahami dan mengambil alih tugas
dengan lebih mudah melalui perkongsian maklumat A-PEL dengan
tujuan membina pegawai dan kakitangan AGC sebagai aset terpenting
dalam melakukan transformasi negara.
2.1.5.2 Replicability
A-PEL boleh direplikasi di mana-mana agensi yang ingin melaksanakan
pembelajaran sepanjang hayat secara online sama ada digunakan terus atau
melaksanakan pengubahsuaian kerana ciri-ciri berikut:
i. Pemasangan yang mudah dengan menyediakan server, PHP dan mySQL.
ii. Menggunakan Operating System secara Sumber Terbuka dan boleh
dipasang pada pelbagai server OS Platform.
iii. Tidak melibatkan kos yang tinggi dan berasaskan web, dengan itu
Pengguna boleh terus menggunakan sistem melalui web browser.
2.1.5.3 Penjimatan masa
Pengaksesan A-PEL boleh dibuat pada bila-bila masa secara online sama
ada di rumah atau di Pejabat. Maklumat terperinci boleh dicapai oleh
pengguna mengikut keperluan masing-masing. Pada masa yang sama
pengguna tidak perlu menunggu untuk jangka masa yang lama bagi
mendapatkan maklumat.
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 18
2.1.5.4 Penjimatan kos
Dengan pelaksanaan A-PEL secara tidak langsung menyumbang kepada
peningkatan produktiviti hasil kerja dan pada masa yang sama kos
perbelanjaan berkurangan. Selain itu ianya juga menjimatkan :-
a) Kos penghantaran
b) Paperless
c) Penyimpanan maklumat secara soft copy menjimatkan penggunaan ruang
dan simpanan bahan.
2.1.5.5 Peningkatan produktiviti
Selaras dengan penjimatan masa, kecekapan juga dapat ditingkatkan.
2.1.5.6 Mesra pelanggan
Sistem ini juga mesra pengguna (user friendly) dan fleksibel untuk
diselaraskan dengan perubahan dari masa ke masa. Dengan penggunaan A-PEL setiap maklumat dapat dicapai di hujung jari (at your finger tips) dengan cepat, mudah, tepat dan pada bila-bila masa.
2.1.6 Pengiktirafan Dalam/Luar Negara
Rekabentuk projek dan kualiti yang dihasilkan dalam pembangunan A-PEL
telah mengambilkira dan memenuhi semua kehendak dan keperluan
pengguna agar sistem A-PEL mesra pengguna, cekap dan cepat. Ini telah
diiktirafkan seperti berikut:
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 19
a) Penggunaan A-PEL Menyeluruh
A-PEL adalah suatu sistem berkomputer yang stabil dan praktikal
digunakan oleh warga AGC di Ibu Pejabat dan Negeri-Negeri. Maklumat
Kertas Kerja Kursus/Seminar/Ceramah dan lain-lain maklumat penting
yang terdapat di Ibu Pejabat dapat dikongsi dan dihayati bersama di
negeri-negeri yang selalunya berkurangan dan terhad bahan-bahan
rujukan.
Sistem ini boleh dipercayai dan digunapakai secara menyeluruh oleh:
i. Semua Penasihat Undang-Undang Negeri
ii. Cawangan Wilayah Kuala Lumpur, AGC Sabah dan AGC Sarawak
iii. Semua Ketua Bahagian Ibu Pejabat
iv. Semua Ketua Seksyen/Ketua Unit
b) Pengiktirafan Inspektorat SSR MAMPU 2010 Mendapat pengiktirafan oleh Inspektorat MAMPU sebagai Best Practices
yang boleh dicontohi oleh Jabatan dan Agensi lain dalam Penilaian Sistem
Star Rating (SSR) MAMPU di Jabatan Peguam Negara pada 13 Oktober
2010.
(Laporan Inspektorat SSR MAMPU 2010 seperti di Lampiran II)
c) Sijil Penghargaan Penggunaan A-PEL Tertinggi Selaras dengan peningkatan pengetahuan dan untuk memupuk dan
menyemarakkan budaya kreatif, Bahagian Pengurusan telah mengiktiraf
dan menganugerahkan Sijil Penghargaan Penggunaan A-PEL Tertinggi
kepada pegawai dan kakitangan yang mengakses A-PEL berdasarkan
jumlah masa pembacaan tertinggi.
(Sijil Penghargaan Penggunaan A-PEL tertinggi seperti di Lampiran III)
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 20
d) Pencapaian Kedudukan Kedua Portal AGC dan Content A-PEL
Pencapaian Portal AGC di kedudukan kedua daripada 1,145 portal yang
telah dinilai oleh MDEC dalam Malaysia Government Portals and Website
Assessment 2010 juga telah menilai portal content termasuk A-PEL.
(Laporan MDEC Pencapaian Kedudukan Kedua Portal AGC seperti di
Lampiran IV)
e) Ucaptama Program Galakan Membaca 1Malaysia Jabatan Peguam Negara oleh YBhg. Tan Sri Peguam Negara
Penggunaan A-PEL sebagai platform pembelajaran online dan
perkongsian ilmu warga AGC telah diiktirafkan oleh YBhg. Tan Sri
Peguam Negara dalam Ucaptama Program Galakan Membaca AGC pada
18 Jun 2010 bagi memastikan setiap warga Malaysia mampu bersaing
menyusuri pembangunan negara yang semakin mencabar.
(Ucaptama Program Galakan Membaca AG seperti di Lampiran V)
f) Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pemantauan Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa berikut untuk memantau dan
melaksanakan penambahbaikan sistem A-PEL :
i. Penubuhan Jawatankuasa Pemandu ICT yang dipengerusikan oleh
YBhg. Tan Sri Peguam Negara Malaysia.
ii. Jawatankuasa Pasukan Petugas Portal AGC yang dipengerusikan oleh
Pengarah Bahagian Pengurusan
iii. Jawatankuasa Teknikal A- PEL yang dipengerusikan oleh Timbalan
Pengarah Bahagian Pengurusan (Seksyen Pusat Sumber).
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 21
Projek AGC Platform for E- Learning (A-PEL) dapat meningkatkan nilai tambah
maklumat menerusi fungsi dan ciri-ciri sistem yang boleh dicapai dengan mudah,
cepat dan berkesan. Projek inovasi ini dibangunkan semenjak 1 Oktober 2009
untuk perkongsian maklumat dan pembelajaran online warga Jabatan Peguam
Negara (AGC) bagi membudayakan amalan Organisasi Pembelajaran (Learning
Organisation).
Komitmen yang amat tinggi daripada Pegawai Atasan iaitu Peguam Negara serta
Ketua-Ketua Bahagian Jabatan Peguam Negara telah menjayakan pembangunan
dan penggunaan A-PEL ke tahap yang membanggakan. Pembangunan projek
yang dilaksanakan secara in house oleh Seksyen Pusat Sumber dibantu oleh
Seksyen Teknologi Maklumat ini dengan menggunakan peralatan dan perisian
sedia ada tanpa mengeluarkan kos boleh diubahsuai bagi kegunaan Jabatan/
Kementerian/ Agensi dari semasa ke semasa.
Kemudahan pencarian maklumat pelbagai cara dan Audit Trail telah memenuhi
keperluan maklumat warga AGC di Ibu Pejabat dan Negeri-Negeri. Projek yang
baik haruslah mempunyai keboleh-harapan yang tinggi, mudah digunakan dan kos
yang berpatutan supaya dapat diterima oleh para pengguna. Projek A-PEL telah
mencapai kesemua aspek ini.
BAB 3 - PENUTUP
-
AGC Platform for E-Learning (A-PEL)
Bank Inovasi Sektor Awam (BISA) 22
Adalah menjadi harapan Jabatan Peguam Negara untuk memperkasakan lagi A-
PEL bagi membudayakan amalan Organisasi Pembelajaran (Learning
Organisation) ke arah transformasi warga perkhidmatan awam. A-PEL wadah
pemangkin dalam membudayakan pembelanjaran sepanjang hayat sejajar dengan
dasar Kerajaan ke arah Malaysia Berinovasi Tinggi.
“Transformasi Pembelajaran Melalui Teknologi Maklumat”
Disediakan oleh:
Seksyen Pusat Sumber
Bahagian Pengurusan
Jabatan Peguam Negara
Disember 2010
1. Lampiran I – User Manual Penggunaan A-PEL
2. Lampiran II – Laporan Inspektorat SSR MAMPU 2010
3. Lampiran III – Sijil Penghargaan Penggunaan A-PEL Tertinggi
4. Lampiran IV – Laporan MDEC Pencapaian Kedudukan Kedua Portal AGC
5. Lampiran V - Ucaptama Program Galakan Membaca AGC
LAMPIRAN
top related