laporan hari guru 2015
Post on 14-Dec-2015
122 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAPORAN DOKUMENTASI
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH, 2015
( Sesi Petang)
TARIKH : 18 MEI 2015
HARI : ISNIN
MASA : 3.00 PM – 6.05 PM
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKCC
1.0 PENGENALAN
Tarikh penerimaan cadangan laporan Jawatan Kuasa Pelajaran (Laporan Razak) sebagai
dasar pelajaran negara oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu pada 16 Mei 1956
telah diabadikan sebagai tarikh sambutan perayaan Hari Guru. Semenjak tahun 1972, perayaan
Hari Guru telah disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf jasa, pengorbanan dan
kecemerlangan guru yang menjadi penggerak pembangunan modal insan ke arah merealisasikan
visi 2020. Ini bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu ‘ Guru Membina
Ilmu, Menyempurnakan Akhlak’.
Justeru itu, SKCC turut mengambil inisiatif melaksanakan sambutan Hari Guru peringkat
sekolah pada 18 Mei, 2015 bertempat di Dewan Terbuka sekolah. Sambutan Hari Guru kali ke 44
ini diadakan 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang dengan kerja sama daripada Kelab Guru dan PIBG
sekolah.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak ke
arah menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, fizikal , rohani dan emosi.
2.2 Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga pendidik , ibu bapa dan
pelajar di sekolah ini ke arah menjadikan institusi sekolah sebagai pusat kecemerlangan.
2.3 Memperhebatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah meningkatkan
kesejahteraan hidup di masa hadapan bukan sahaja dari segi material bahkan dari segi
moral dan keagamaan.
3.0 RINGKASAN SAMBUTAN HARI GURU
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru diketuai oleh Guru Besar,
En. Mohd Ramli b Mohd Baki dan Penyelia Petang, Pn. Nor Lela bt Idris diiringi oleh seorang
AJK PIBG, En. Rosdi b Hj Jaraee. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hamizan bin
Chimidin. Seterusnya ucapan perasmiaan oleh Guru Besar, diikuti dengan lafaz ikrar guru yang
dipimpin oleh Ustaz Faizul b. Deraman dan nyanyian lagu ‘Kami Guru Malaysia’ dengan iringan
muzik. Tirai sambutan Hari Guru diserikan lagi dengan deklamasi puisi bertajuk ‘Aku Seorang Guru
Tua’ oleh Pn. Norasyikin bt Busu.
Usai bacaan puisi, sambutan Hari Guru diteruskan dengan acara memotong kek oleh
semua guru, penyampaian cenderamata kepada semua guru serta sesi pertukaran hadiah di
kalangan guru-guru.
Sambutan Hari Guru diakhiri dengan aktiviti sukaneka berirama. Majlis berakhir pada jam
6.05 petang dengan jayanya.
4.0 PENUTUP
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini. Kepada semua warga SKCC, diharapkan majlis seumpama ini dapat
mengeratkan ukhuwah dan kerja sama padu daripada semua pihak.
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :
…………………………. ……………………………. ……………………………
(Pn. Nurul Hafizah bt Islar) (Pn. Saerah bt Saat) (En.Mohd Ramli b. Mohd Baki)AJK Laporan & Dokumentasi Guru Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar
LAMPIRAN
1.0 JAWATAN KUASA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH, 2015
1.1 JAWATAN KUASA PELAKSANA
Penasihat : En. Mohd Ramli b. Mohd Baki ( Guru Besar )
Pengerusi : Pn. Noor Azmah bt Shamsuddin ( Guru Penolong Kanan 1 )
Naib Pengerusi 1 : Pn. Hamsiah bt Hassan ( Guru Penolong Kanan HEM )
Naib Pengerusi 2 : Pn Saerah bt Saat ( Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum )
Naib Pengerusi 3 : Pn. Norajimah bt Abdullah ( Guru Penolong Kanan P. Khas )
Naib Pengerusi 4 : Pn. Nor Lela bt Idris ( Guru Penolong Kanan Petang )
Pengerusi Kelab Guru : En.Mohd Hafiz b. Amir Ghan
Naib Pengerusi K. Guru: Pn. Sweeta bt Ahmad
Setiausaha : Pn. Noorulmalis bt Samat
Bendahari : Pn. Nor Zailina bt Amran@Omran
Pn. Nurul Izza bt Mohd Azanan
1.2 JAWATAN KUASA KERJA
Penyelaras Program : En. Mohd Hafiz b. Amir Ghan
Pn. Sweeta bt Ahmad
Bacaan Perutusan : Pn. Noor Azmah bt Shamsuddin
Bacaan Doa : Ustaz Rizal b.Ismail
Ustaz Hamizan b.Chimidin
Siaraya : En. Basharuddin b. Hassan
En. Azlan b. Anas
Pengacara Majlis : Shareen Ann a/p Jothiram
En. Asri b. Zahari
Pn Zuhaidini bt Salibi
Hadiah : Pn Siti Norafzan bt Muhamad
Pn. Zaidatul Shima bt Zawalid
Pn. Noor Shaliza bt Sahari
Pn. Nurul Izza bt Mohd Azanan
Pn. Rezziana bt Othman
Hadiah Khas Hari Guru: Pn. Sweeta bt Ahmad
Pn. Norliza bt Yahiya
Dokumentasi : Pn. Suraya bt Yahaya
Pn.Nurul Hafizah bt Islar
Backdrop P&P : En. Mohd Hafiz b. Amir Ghan
Pn. Noorulmalis bt Samat
Juru Foto : Pn. Nor Aziah bt Ja’apor
Cik Hjh Siti Juliana bt Adnan
Buku Program : Pn.Norzita bt Mat Nayan
Pn. Noorelan bt Harun
Perhimpunan/Atur Cara/: En. Fairos b. Abdul Rahman
Ikrar Guru/Lagu Tema/ Pn. Saravana Devi a/p Palanisamy
Lagu Guru Malaysia/ Cik Nor Shazafira bt Mohd Lazim
Perutusan En. Faizul b Deraman
Pn.Noorulmalis bt Samat
Sukaneka : Pn.Nor Zailina bt Amran@Omran
Pn. Nor Azlina bt Mohd Khalid
Pn.Rajeswari a/p Manickam
Pn. Aliza bt Misdi
Pn. Dahlia bt Meor Baharin
Pn.Suhaini bt Abu Bakar
Pn. Norsamsila bt Md Saad
Pn. Norasyikin bt Busu
Persembahan Murid/Guru: Pn. Hjh Ainon bt Shamsuddin
Pn. Hanizah bt Ahmad Morsidi
Pn. Siti Patimah bt Mat Zin
En. Mohd Najib b. Mohd Yusof
En. Azlan b. Anas
Kawalan Murid & Disiplin: En. Zulkifli b.Mustapha
Pn. Ungku Faridah bt Mohd Yusoff
Pn.Latha a/p Madhavan Pillai
Pn Norhasliza bt Elias
Pn.Kholijah bt Abdullah
Pn.Norizan bt Yaakop
Bacaan Puisi : Pn.Norasyikin bt Busu
Jamuan Guru : Pn. Sweeta bt Ahmad
Pn. Noorhayati bt Mohamed
Pn. Rosniza bt Abdul Rahman
Pn. Y. Nurliza bt Abu Bakar
Pn Norita bt Tahiruddin
Pn. Ainor Aqilah bt Zainal Ikhsan
Pn. Nurul Aizan bt Mohd Salleh
Pn. Siti Nor Ashikin Ismail
Pn Amizah bt Bukhari
Hiasan Pentas : Pn. Norsiha bt Alias
Cik Mazita bt Masdabi
Pn. Nor Hafizah Jalilah bt Abdul Aziz
Pn. Suraini bt Hashim
Pn. Malini a/p Ramachandran
Pn. Asmah bt Nazri
2.0 ATUR CARA ( Sesi Petang)
2.50 pm : Murid-murid berkumpul di dewan terbuka
3.00 pm : Perarakan masuk semua guru ke dewan terbuka
3.05 pm : Bacaan doa
3.10 pm : Bacaan perutusan & Ucapan perasmian (Guru Besar)
3.30 pm : Bacaan Ikrar/ Nyanyian lagu ‘ Kami Guru Malaysia’
3.40 pm : Deklamasi Puisi Istimewa
3.50 pm : Acara memotong kek
4.00 pm : Penyampaian Cenderamata kepada semua guru
4.30 pm : Sukaneka
5.30 pm : Nyanyian ‘Terima Kasih Cikgu’ oleh murid
6.05 pm : Bersurai
3.0 ALBUM KENANGAN SAMBUTAN HARI GURU SKCC, 2015
Persediaan guru-guru sebelum berarak untuk memasuki dewan terbuka
Semua guru mengambil tempat di pentas dan majlis dikendalikan oleh MC, Pn Zuhaidini
Ucapan perasmian oleh Tn. Guru Besar, En. Mohd Ramli b. Mohd Baki
Tema Sambutan Hari Guru 2015
Nyanyian lagu ‘Kami Guru Malaysia’ Lafaz ikrar guru diketuai oleh Ustaz Faizul Deraman
Deklamasi Puisi ‘Aku Seorang Guru Tua’ oleh Pn Norasyikin bt Busu
Acara memotong kek oleh semua guru, diketuai oleh Tn. Guru Besar
Semua murid berkumpul untuk meraikan Sambutan Hari Guru
Penyampaian cenderamata kepada semua guru
Acara sukaneka berirama
Sekitar sesi murid-murid bersama dengan guru-guru
top related