laporan aktiviti penjimatan elektrik dan air di blok kediaman
Post on 14-Jul-2016
17 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAPORAN AKTIVITI PENJIMATAN ELEKTRIK DAN AIR DI BLOK KEDIAMAN
IPG KAMPUS KENINGAU SABAH
LAPORAN SETIAUSAHA
Tarikh : 27 Februari 2016
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 P.M. – 8.30 P.M.
Tempat : Blok Kediaman Cempaka IPG Kampus Keningau, Sabah
Objektif : Penjimatan Elektrik dan Air
Pada 27 Februari 2016 yang lepas, Biro Kediaman iaitu Nur Ashikin telah menerima arahan daripada
pihak penyelia asrama untuk menganjurkan aktiviti iaitu aktiviti penjimatan penggunaan elektrik dan
penggunaan air. Ianya beroperasi secara sepenuhnya di semua blok kediaman lelaki dan perempuan termasuk
blok Cempaka.
Aktiviti ini telah disertai oleh semua penghuni blok Cempaka dari aras 1 hingga aras 3. Semua penghuni
telah diberi arahan untuk menutup lampu dan mengurangkan penggunaan air selama 30 minit bermula dari jam
8.00 malam sehingga 8.30 malam. Namun demikian, terdapat beberapa buah bilik yang tidak memberi
kerjasama dengan aktiviti yang dilaksanakan iaitu C118, C108, C101, C129, C125, C126 dan C217. Bilik C314 pada
mulanya tidak menerima arahan tetapi telah menutup lampu setelah diberi arahan kali kedua.
Segala perancangan aktiviti diuruskan dengan baik dan aktiviti tersebut berjalan dengan lancar
walaupun terdapat penghuni yang tidak memberi kerjasama. Cadangan daripada blok Cempaka, aktiviti seperti
ini seharusnya dilaksanakan ketika waktu penghuni beristirehat iaitu sekitar jam 10 malam sehingga 12 malam.
Aktiviti pada kali ini agak menganggu kerana dilaksanakan ketika ‘peak hour’ para penghuni melakukan kerja
mereka. Kesimpulannya, aktiviti seperti ini wajar dilakukan supaya pengguna dapat mempelajari untuk sentiasa
berjimat cermat.
Disediakan oleh : Disemak oleh : Dicadang oleh :
_____________________ ___________________ _____ _____________________
Arizna Elmina Arzi binti Arbi Intan Suzana binti Abdul Ghaffar Nur Ashikin
Setiausaha Blok Cempaka Ketua Blok Cempaka JPP Biro Kediaman
top related