langkah menuju kecemerlangan

Post on 23-Jun-2015

5.861 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KECEMERLANGANKECEMERLANGANBERTERUSANBERTERUSAN

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMANGURU CEMERLANG

GRED KHAS C

MELAKUKAN SESUATU PERKARA TANPA

MATLAMAT ADALAH SEUMPAMA BELAYAR DI

LAUTAN YANG LUAS TANPA DESTINASI

(Hukama)

Jadilah benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat

menjadi rimba.

“Setiap anak didik perlu diiktiraf kebolehan dan

keupayaan mereka kerana setiap mereka ada peranannya dalam

masyarakat dan negara.”(Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak)

1717 LANGKAHMENUJU KECEMERLANGAN

11 MERANGSANG MINDA

Titik permulaan kejayaan adalah dengan mempunyai keinginan yang mendalam untuk berjaya. Keinginan merupakan motivasi bagi menggerakkan kita untuk menaruh harapan, merancang, dan merangsang minda untuk mengambil sesuatu tindakan bagi mencapai sesuatu tujuan.

Pengetahuan semata-mata tidak akan memberi sebarang kuasa. Kuasa peribadi

yang hebat hanya akan tercapai hasil daripada kerjasama yang harmoni antara individu yang mampu untuk menumpukan usaha mereka ke

arah pencapaian sesuatu matlamat.

Seluruh dunia mengetahui bahawa dalam dua atau tiga tahun pertama perkahwinan,

lazimnya terdapat banyak perselisihan faham antara pasangan yang berkahwin. Tahun-

tahun ini dianggap sebagai “tahun penyesuaian”.

Guru Cemerlang yang akan Berjaya mestilah fleksibel dan berupaya menukarkan cara pemikirannya bersesuaian dengan situasi

yang dihadapi serta berupaya untuk mengubah “moodnya” tanpa menunjukkan

sebarang tanda-tanda kemarahan atau hilang kawalan diri.

22 MATLAMAT YANG KHUSUS

Untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi, kita mestilah mempunyai matlamat dan rancangan yang jelas dan khusus. Sesuatu yang berfaedah tidak akan terlaksana tanpa perancangan yang khusus dan dijalankan secara sistematik dan berterusan dari hari ke hari.

33 KEYAKINAN DIRI

Untuk mencapai kejayaan, kita mestilah percaya kepada diri sendiri, percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri.

Percayalah, individu yang sentiasa ragu-ragu tidak akan mampu mencapai sebarang kejayaan dalam hidup mereka.

Kebimbangan dan ketakutan adalah musuh utama kepada kejayaan diri. Enam ketakutan asas manusia ialah:•Takut dikritik•Takut diserang penyakit•Takut ditimpa kemiskinan•Takut untuk menempuh hari tua•Takut kehilangan orang tersayang•Takut mati

44 PENGIKUT ATAU PEMIMPIN?

Secara amnya, manusia boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu pemimpin dan pengikut. Pengikut selalunya tidak pernah mencapai apa-apa kejayaan yang besar dalam kehidupan mereka dan tidak akan berjaya sehinggalah mereka Berjaya melepaskan diri daripada taraf “pengikut” dan mula menjadi “pemimpin”.

55 IMAGINASI

Tidak akan wujud sebarang pencapaian, sebarang penciptaan, sebarang rancangan atau sebarang matlamat khusus tanpa menggunakan daya imaginasi manusia. Setiap sesuatu yang pernah dicipta atau dibangunkan oleh manusia adalah berasal daripada bayangan dalam minda manusia menerusi daya imaginasinya.

Oleh itu, tidak kiralah siapa kita, apa yang kita lakukan, berapa banyak wang yang kita ada, sekiranya kita mempunyai minda yang sihat dan berupaya menggunakan daya imaginasi

kita, lama-kelamaan, kita pasti akan memperoleh kedudukan, penghormatan dan

segala kebaikan yang kita inginkan.

66 SEMANGAT DAN KEGAIRAHAN

Ingatlah bahawa untuk mendapatkan matlamat, semangat dan keghairahan hendaklah dikawal dan disalurkan ke arah sesuatu matlamat yang jelas. Semangat dan keghairahan yang tidak terkawal, secara amnya, boleh mengundang padah.

77 KAWALAN PERASAAN

Individu yang cemerlang adalah individu yang berjaya mengawal dan menyimbangkan emosinya. Emosi yang tidak terkawal akan merosakkan sistem badan malah kadangkala boleh membawa maut. Kegagalan dalam mengawal perasaan telah banyak membawa kekecewaan kepada manusia berbanding faktor-faktor lain.

88BUATLAH LEBIH DARIPADA YANG SEPATUTNYA

Dengan memberikan perkhidmatan yang lebih daripada sepatutnya, kita akan menggunakan segala kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki dengan sepenuhnya.

Dengan memberikan perkhidmatan yang lebih daripada apa yang dibayar, kita akan berada dalam kelompok istimewa. Kita pasti akan menempa nama dalam bidang yang kita

ceburi dan akan sentiasa ada pasaran bagi perkhidmatan yang kita tawarkan.

99 KEPERIBADIAN YANG MENYENANGKAN

Keperibadian yang menyenangkan adalah keperibadian yang tidak menunjukkan ciri-ciri yang menentang.

Memupuk keperibadian yang menyenangkan memerlukan tabiat pengawalan perasaan,

kerana kita pasti akan menghadapi berbagai halangan dan dugaan. Ramai orang yang akan mencabar kesabaran kita dan cuba

menghancurkan niat baik kita untuk berubah ke arah kebaikan.

1010 BERFIKIRAN TEPAT

Keputusan mendadak dan anggapan melulu yang cuma bersandarkan pendapat yang tidak berasas fakta adalah tidak bernilai sama sekali. Sesiapa sahaja mampu menjadi seorang pemikir yang berfikiran tepat jika kita sentiasa membuat keputusan atau memberi pendapat hanya setelah kita meniliti fakta-fakta berkaitan yang mampu kita perolehi.

1111 PENUMPUAN

Individu yang mempu melakukan pelbagai pekerjaan tetapi tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam mana-mana bidang, selalunya tidak akan memperoleh kejayaan dalam erti kata sebenar.

Jika kita mengimpikan kejayaan, maka kita perlulah mampu menumpukan masa dan

tenaga kita ke arah mencapai matlamat dan tidak terbawa-bawa dengan perkara-perkara

yang membazirkan.

1212 KERJASAMA

Tiada siapa yang ingin bekerjasama dengan seseorang yang berkeperbadian buruk, tidak bersemangat atau tidak dapat mengawal perasaan. Kejayaan akan kita kecapi hasil daripada usaha yang teratur dan kerjasama yang harmoni.

1313 KEMENANGAN DALAM KEGAGALAN

Kegagalan adalah guru kehidupan yang terbaik. Banyak pengajaran yang perlu dipelajari daripada kegagalan sebelum kita dapat menikmati kejayaan dalam hidup. Kegagalan merupakan satu rahmat yang terselindung.

Namun, berjuta manusia membuat kesilapan dengan menganggap bahawa kegagalan

adalah sesuatu yang muktamad sedangkan kegagalan hanyalah bersifat sementara.

1414 TOLERANSI

Sikap tidak bertoleransi datangnya daripada sifat kejahilan dan keangkuhan seseorang. Individu yang berilmu pengetahuan selalunya akan sedar bahawa mereka tidak mungkin mengetahui segala ilmu pengetahuan di dunia dan ini akan menjadikan mereka lebih rendah diri dan tidak akan menilai seseorang mengikut nilai-nilai mereka sendiri.

1515 BUAT BAIK DIBALAS BAIK

Segala kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan pasti ada balasannya. Jika kita pernah memfitnah, maka tiba masanya kita difitnah. Jika kita memuji seseorang, kita pasti menerima pujian kembali. Jika kita menolong seseorang, sudah pasti kita akan ditolong bila kita memerlukan pertolongan. Yang pasti, kita tuai apa yang kita semai.

1616 MEMELIHARA KESIHATAN

yang baik bergantung kepada:•Gabungan makanan dan udara yang segar.•Senaman yang sesuai.•Kesihatan mental.

1717 BERTAKWA DAN BERTAWAKAL

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:“Jika hamba-hambaku bertanya padamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa ketika berdoa kepada-Ku.”

(Surah al-Baqarah: 186)

BUAT ANAK-ANAK YANG TERSAYANG

Ya Allah, Ya Tuhanku…Jadikan aku seorang guru yang lebih baik, benar-benar boleh memahami anak-anak

muridku, jadikan aku seorang yang sentiasa penyayang, bersopan-santun, tenang dan sabar, jadikan aku seorang yang jujur, baik

hati, adil dan tegas.

Ya Allah, Ya Tuhanku…Jauhkan aku daripada bersifat zalim dan

kejam ke atas anak-anak muridku, jauhkan aku daripada memalukan,

membodoh-bodohkan dan menghina mereka, jauhkan aku daripada

mencemarkan pertumbuhan mereka yang sihat.

Ya Allah, Ya Tuhanku…Berikan aku petunjuk ke arah jalan yang

benar dan Kau redha, berikan aku kekuatan rohani dan jasmani supaya dapat

aku memberikan kepada anak-anak muridku, kasih saying dan kebahagian

sejati, berikan aku taufik dan hidayah untuk mendidik dan membimbing mereka ke arah keimanan dan Ketuhanan dan disiplin yang

tinggi.

Ya Allah, Ya Tuhanku..Layakkan aku menjadi seorang

guru yang berhemat dan berdisiplin tinggi,layakkan aku menjadi guru

dan boleh dicontohi dan dihormati,Ya Allah, Ya Tuhanku…

Perkenankanlah restuku ini.

AMIN

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related