konstituen frasa nama

Post on 04-Jul-2015

3.456 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Konstituen Frasa Nama

Disediakan oleh:Azalea

FairelynPaula Peter

DEFINISI KONSEP FRASA

• Nahu tranformasi generatif - Bahagian ayat kerana itu frasanya mungkin terdiri daripada kata, rangkai kata atau klausa (anak ayat).

• Tatabahasa Dewan - unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.

• Asmah Hj. Omar - Frasa sebagai unit yang dalam skala tatatingkat nahu yang menduduki peringkat di atas kata dan di bawah klausa. Tetapi aliran tradisional, mengatakan frasa terdiri dari sekurang-kurangnya dua kata yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai subjek dan predikat.

DEFINISI KONSEP NAMA

• Kamus Dewan edisi ketiga – Nama memberi pengertian sebagai panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertumbuhan, dan lain-lain).

DEFINISI FRASA NAMA

• Liaw Yock Fang bersama Abdullah Hassan - Frasa yang boleh menggantikan kata nama di dalam ayat.

• Nik Safiah Karim [et. al] - Binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

• Asmah Hj. Omar

• Mendefinisikan frasa nama sebagai frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, di samping boleh menggantikan kata nama.

KONSTITUEN FRASA NAMA

• Konstituen atau unsur yang menjadi frasa nama (FN) terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.

• Unsur inti ini boleh hadir bersendirian dengan sederetan penerang yang wujud sebelum (FN) atau sesudahnya.

• Ada pendapat yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh menjadi pengisi FN jika unsur-unsur itu boleh saling mengganti dengan unsur–unsur nama.

Bersenam menyihatkan badan.

Frasa nama sebagai pengisi FN Senaman digantikan dengan kata kerja bersenam.

• Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain yang diangggap boleh menjadi pengisi FN ialah kata kerja (KK) seperti berolahraga, merokok.

Berolahraga menjadi kegemaran para remaja

FN – Olahraga menjadi FK iaituberolahraga.

• FN seperti berlagak ke sana ke mari, dan makan suap, dan kata adjektif seperti putih.

• Pendapat lain pula mengatakan bahawa unsur-unsur yang menduduki tempat subjek FN dalam ayat-ayat di atas ialah penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan.

• Oleh yang demikian, unsur-unsur inti yang menjadi pengisi inti FN adalah daripada golongan KN juga, iaitu kegiatan, aktiviti, tabiat, perkerjaan, perbuatan dan warna. Jika dipandang dari sudut kehadirannya, jenis-jenis KK dan KA di dalam ayat di atas boleh juga dianggap sebagai inti subjek FN.

• FN boleh dibentuk daripada KN, KA dan KK.

KONSTITUEN FRASA NAMA

• Tatabahasa bahasa melayu - mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa melayu.

PERATURAN D-M

Diterangkan Menerangkan

Diterangkan – unsur ini hadir pada kedudukan pertama.

Menerangkan - unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.

KEKECUALIAN HUKUM D-M

Wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagi merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim digunapakai secara mantap dalam masyarakat penggunaan bahasa.

Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri, seperti sesetengah pengguna bahasa melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa inggeris sebagai kayu ukur berbahasa.

• Lama-kelamaan, keadaan itu menjadi perkara lazim dan wujud satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D-M.

• Selain itu, kekecualian hukum D-M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan, teruma sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan.

• Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.

• Namun hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri pengangkutan, imam besar dan seumpamanya.

Contoh :

A)Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman.

B)Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari.

BILANGAN DAN PANGGILAN

• Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan kata nama inti. (Abdullah Hassan , 2006)

• Bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa.

Contoh:

•1)Lima ekor kuda

•2)segolongan kecil peneroka

•3)sekumpulan penyelidik

Contoh ayat :

•1)Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir.

•2)Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu.

•3)Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas.

• Hashim Hj. Musa,1993 – membahagikan kata bilangan dalam 6 kumpulan berdasarkan makna.

• i)Kata bilangan tentu

• ii) kata bilangan tak tentu

• iii)kata bilangan himpunan

• iv)kata bilangan pisahan

• v)kata bilangan pecahan

• vi) kata bilangan tingkatan

KATA BILANGAN TENTU

• Menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad.

• Contoh : satu, 1, IV, X

• Contoh ayat :

• Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia.

KATA BILANGAN TAK TENTU

• Merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus.

• Contoh : segala, semua, banyak, sedikit, beberapa, sekalian,sekelompok

• Contoh ayat :

• Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman.

KATA BILANGAN HIMPUNAN

• Merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul.

• Contoh : berpuluh-puluh, kesemua, beribu-ribu

• Contoh ayat :

• Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara.

KATA BILANGAN PISAHAN

Merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing.

•Contoh : masing-masing, tiap-tiap

•Contoh ayat :

Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan.

KATA BILANGAN PECAHAN

• Merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya.

• Contoh : setengah, separuh, segelintir

• Contoh ayat :

• Setengah daripada kawasan ini adalah milik Ramli.

KATA BILANGAN TINGKATAN

• Merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan.

• Contoh : pertama, kedua, ketiga

• Contoh ayat :

Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut.

Panggilan / Kata panggilan

Abdullah Hassan,2008

•Merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti.

•Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan, Puan, Tunku, Tun, Haji lazim digunakan sebelum kata nama inti.

•Digunakan bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus.

top related