konflik dan konsep dalam persekitaran perakaunan /pelaporan : ke mana kita selepas ini?

Post on 06-Jan-2016

65 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

KONFLIK DAN KONSEP DALAM PERSEKITARAN PERAKAUNAN /PELAPORAN : KE MANA KITA SELEPAS INI?. PENGENALAN. Perbincangan telah dimulakan ‘on triple bottom line reporting’ - laporan menyediakan maklumat mengenai ekonomi, prestasi sosial dan persekitaran sesuatu entiti. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

KONFLIK DAN KONSEP DALAM PERSEKITARAN PERAKAUNAN

/PELAPORAN :

KE MANA KITA SELEPAS INI?

PENGENALAN

Perbincangan telah dimulakan ‘on triple bottom line reporting’

- laporan menyediakan maklumat

mengenai ekonomi, prestasi sosial dan

persekitaran sesuatu entiti. Penyimpangan daripada fokus ekonomi tunggal. Menekankan kepada konsep dan matlamat

“sustainable development”.

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN

Ke arah menyediakan maklumat mengenai pencapaian sosial dan persekitaran merujuk di mana pengurusan dalam organisasi mempunyai tanggungjawab terhadap prestasi sosial, persekitaran dan juga prestasi ekonomi.

BAGAIMANA SESUATU ENTITI MENENTUKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA?

Apakah tanggungjawab yang diharapkan oleh pemegang yang berkepentingan terhadap entiti perniagaan?

Berdasarkan kepada penilaian peribadi pihak pengurusan yang terlibat.

Mempunyai implikasi kepada pendedahan maklumat. Melihat kewajipan dan kebertanggungjawaban

mestilah berjalan secara selari.

KEBERTANGGUNGJAWABAN

Satu tugas untuk menyediakan akaun ( tidak semestinya kewangan) atau menganggarkan sesuatu tindakan yang mana ia merupakan satu tanggungjawabnya.

Dua tanggungjawab atau tugas:bertanggungjawab untuk mengambil sesuatu

tindakanbertanggungjawab untuk menyediakan akaun

terhadap sesuatu tindakan.

KEPADA SIAPAKAH PERNIAGAAN BERTANGGUNGJAWAB?

Banyak organisasi membuat kenyataan awam bahawa tanggungjawab bukan sahaja meliputi pemegang saham tetapi juga komuniti di mana mereka beroperasi dan masyarakat secara keseluruhannya.

Sekiranya elemen sustainability dimasukkan, maka tanggungjawab juga harus meliputi generasi masa hadapan.

DEFINISI

U.S ENVIROMENTAL PROTECTION AGENCY (EPA)1995:

1.     Dalam konteks perakaunan pendapatan nasional, ia merujuk sebagai perakaunan sumber asli. Ini bermakna, ia boleh ditunjukkan di dalam statistik berkenaan perbelanjaan sesuatu negara atau kawasan yang diduduki, had, kualiti dan nilai sumber asli, sama ada yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.

DEFINISI

2.    Dalam konteks perakaunan kewangan, selalunya ia merujuk kepada persediaan laporan kewangan untuk pengguna luar dengan menggunakan prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP).

DEFINISI

3. Di dalam aspek perakaunan pengurusan, perakaunan persekitaran membantu pengurus perniagaan dalam membuat keputusan berkenaan modal, pelaburan, penentuan kos,merekabentuk proses/produk, penilaian pencapaian dan keputusan perniagaan pada masa akan datang.

Gray (1993,ms 6), memberikan satu definisi lain mengenai perakaunan persekitaran:

“… ia merangkumi semua elemen perakaunan yang terkesan akibat tindak balas perniagaan kepada isu persekitaran termasuk perkara-perkara baru mengenai eko-perakaunan.

Dalam erti kata lain, perakaunan persekitaran melibatkan pengenalpastian, pengukuran dan melaporkan kesan terhadap persekitaran akibat dari aktiviti yang dijalankan oleh perniagaan.

PEMBANGUNAN

Dalam tahun 1970-an, perakaunan persekitaran jarang di sebutkan di dalam perniagaan. Ini adalah kerana, perakaunan persekitaran di lihat sebagai sebahagian dari perakaunan sosial. Pada masa itu, perakaunan persekitaran tidak diasingkan, tetapi di lihat sebagai satu anjakan atau pembangunan dalam perakaunan sosial (Matthews, 1997).

PEMBANGUNAN

Ullman (1976) membangunkan satu model yang disebut Sistem Perakaunan Persekitaran Korporat (CEAS) yang menggunakan pengukuran bukan kewangan sebagai percubaan utama dalam mendedahkan laporan bukan kewangan berkenaan dengan kesan perniagaan terhadap alam sekitar.

PEMBANGUNAN

Satu cadangan telah dibuat bagi mengasingkan perakaunan persekitaran daripada persekitaran sosial. (Matthews, 1984)

PelaporanEko-keadilan dan Eko-kecekapan

Apabila kita memperkatakan tentang implikasi sosial dan persekitaran, isu-isu berkaitan dengan eko-kecekapan dan eko keadilan juga akan diambilkira.

KONSEP

Konsep eko-kecekapan menekankan tentang pemuliharaan persekitaran, tetapi pada masa yang sama cuba untuk mengeluarkan hasil yang lebih baik.

Konsep ini mencadangkan 3 elemen penting:

KONSEP

(1) Pencapaian ekologi dan ekonomi perlu saling melengkapi antara satu sama lain

(2) Hal yang berkaitan dengan persekitaran atau peningkatan ekologi tidak boleh dianggap sebagai satu kebajikan tetapi dianggap sebagai persaingan sengit.

KONSEP

3) Eko-kecekapan menyokong dan melengkapi sustainable development. Sustainable development bermaksud pembangunan yang mencukupi keperluan semasa tanpa mengkompromi keperluan generasi akan datang. (Hansen dan Mowen,2002)

Laporan eko-kecekapan Adalah berkaitan dengan memaksimumkan

penggunaan sumber dalam kuantiti yang diberi dan meminimumkan kesan persekitaran akibat penggunaan sumber tersebut

-berkenaan dengan perlindungan

persekitaran Banyak memberi fokus kepada laporan persekitaran Tidak menerangkan samaada barang yang dihasilkan

adalah perlu untuk dihasilkan.

Laporan eko-keadilan

Laporan eko-keadilan menunjukkan bagaimana entiti menggunakan sumber yang terhad bagi memastikan golongan yang tidak bernasib baik tidak di lupakan.

Ini termasuklah maklumat tentang pekerjaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, keperluan manusia dan peluang yang seimbang, kesan kepada orang asli, serta sokongan kepada individu dalam membangunkan negara.

KONSEP

o Kos persekitaran boleh didefinisikan sebagai kos yang terhasil akibat daripada kualiti persekitaran yang lemah.

o Ia boleh di klasifikasikan kepada empat

kumpulan iaitu :

1. Kos pencegahan

2. Kos perlindungan

3. Kegagalan dalaman

4. Kegagalan luaran

KONFLIK

Akauntan enggan mengambil bahagian dalam perlaksanaan polisi persekitaran. (Wycherley,1997;Sharifah 2002; Zarina dan Shaari,2003)

Walaupun mereka tahu tentang kewujudan perakaunan persekitaran, mereka tidak berminat untuk menjadikannya sebagai pendedahan mandatori serta tidak pasti sama ada mereka sepatutnya terlibat atau tidak dalam pengurusan persekitaran (Rashidah, 2003).

KONFLIK

Di Malaysia pengenalan kepada National Annual Corporate Report Award (NACRA) mengiktiraf syarikat-syarikat yang mempunyai rekod kewangan yang terbaik.

Pada tahun 2000, NACRA memperkenalkan Anugerah Laporan Persekitaran untuk menggalakkan syarikat-syarikat untuk menghasilkan laporan persekitaran.

Apa pendapat anda?

“ Permasalahan dalam mendefinisikan sempadan sosial dan laporan persekitaran mungkin menunjukkan tanda-tanda kekeliruan mengenai peranan akauntan dalam sesuatu isu seperti pengurusan persekitaran ” (C. Deegan, S. Geddes and J Staunton, 1995).

top related