komuniti lestari
Post on 29-Jun-2015
1.052 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KOMUNITI LESTARI
SAINS KEHIDUPAN DALAM PENDIDIKANGGGB 4114
2
Takrif Komuniti Lestari dan Kelestarian Komuniti
Pengertian Komuniti Lestari : (Dari Pembangunan Lestari kpd Komuniti
Lestari) Pembangunan Komuniti Lestari Modal Komuniti Lestari Kualiti Hidup Komuniti Lestari
3
Pembangunan Lestari Pembangunan Lestari (mapan)
bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka.
Peningkatan kualiti hidup manusia yang tinggal dalam skop kapasiti tanggungan ekosistem yang menyokongnya.
4
Hidup Dalam Persekitaran Terhad
Menghormati persekitaran sumber dan biodiversiti bumi yang terhad – utk
memperbaiki persekitaran dan memastikan sumber semulajadi - keperluan hidup tidak terjejas utk generasi akan datang
Memastikan Masyarakat yang Kuat, Sihat dan Adil
Memenuhi keperluan pelbagai masyarakat dlm komuniti sekarang dan
akan datang, mempromosikan
kesejahteraan peribadi, ‘social cohesion’, ‘social
inclusion’, dan peluang yg samarata untuk semua.
Membina Ekonomi Lestari
Membina Ekonomi yg kuat dan stabil yg dapat
menyediakan peluang utk semua, dimana kos
persekitaran dan sosial di kenakan keatas mereka yang menyebabkannya
serta penggunaan sumber yg efisien
Governans
Mempromosikan sistem penyertaan
(governans) yg efektif dalam setiap peringkat
masyarakat
Menggunakan Pendekatan Saintifik
‘Evidence Based Policies’
Memastikan polisi dibentuk dan di
implementasikan atas dasar bukti saintifik
berdasarkan sikap dan nilai umum
Prinsip Pembangunan Lestari
5
Untuk membolehkan manusia memenuhi keperluan asas mereka dan menikmati kehidupan yang lebih baik, tanpa kompromi (menjejaskan) masa depan kualiti kehidupan
generasi akan datang…..
Matlamat Pembangunan Lestari
Matlamat ini boleh di capai dengan cara yang bersepadu iaitu melalui ekonomi yang lestari, inovatif dan produktif, mampu menyediakan
tahap pekerjaan yang tinggi, masyarakat yang adil yang dapat mempromosikan ‘social inclusion’, komuniti lestari dan kesejahteraan peribadi. Segala usaha ini dijalankan tanpa menjejaskan persekitaran
fizikal dan semulajadi serta penggunaan sumber tenaga secara efisyen.
6
Matlamat pelbagai Pembangunan Lestari
- Memenuhi keperluan masa kini:
Keperluan ekonomi Keperluan sosial, budaya dan kesihatan Keperluan politik
- Tanpa komporomi kebolehan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka:
Penggunaan minima sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui
Meminimakan pembuangan sisa toksid Penggunaan lestari sumber-sumber guna semula, kitar
semula. Memastikan penggunaan mengikut had ‘carrying capacity’.
Rujukan Satterthwaite (1997)
7
Penggunaan Dan Pengeluaran Lestari….
Penggunaan dan pengeluaran yang lestari membawa maksud memaksimakan pengeluaran dengan penggunaan yang minima.
Penekanan bukan sahaja kepada cara bagaimana barangan dan perkhidmatan disediakan, tetapi impak proses pengeluaran barangan tersebut keatas kehidupan manusia dan persekitaran.
8
i. Komuniti lestari mempunyai prinsip pembangunan lestari
ii. Untuk membentuk komuniti lestari membawa maksud mengamalkan pembangunan lestari.
iii. Untuk membentuk satu komuniti yang lestari bermaksud mengintegrasikan pembangunan ekonomi, pembangunan komuniti dan pemuliharaan alam sekitar.
DARI PEMBANGUNAN LESTARI KEPADA KOMUNITI LESTARI
9
iv. Sebuah komuniti yang lestari bertanggungjawab untuk memelihara modal/sumber untuk terus meningkatkan kualiti hidup
v. Komuniti yang lestari bertanggungjawab untuk melabur iaitu mengurus dengan cara efisyen untuk meningkatkan nilai supaya modal tersebut dapat memberikan pulangan pada masa hadapan
10
Maksud Komuniti Lestari
Komuniti lestari merujuk kepada tempat di mana manusia mahu tinggal dan bekerja pada masa sekarang dan juga akan datang. Ia menemukan keperluan yang pelbagai dalam kalangan penghuni sekarang dan pada masa akan datang, amat sensitif kepada persekitaran penghuni, dan menyumbang kepada kualiti kehidupan yang tinggi. Ia juga merujuk kepada suatu tempat yang selamat dan tidak meminggirkan sesiapa, terancang dan menjaminkan kesamarataan peluang dan perkhidmatan terbaik untuk semua.
11
Maksud Komuniti Lestari fokus kepada
a) Kaedah sistem bersepadu jangka panjangb) Komuniti yang sihatc) Isu kualiti hidup yang menekan 3 bahagian
penting- ekonomi- sosial- alam sekitar
d) Konsep lestari mengenengahkan isu sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai saling berkait dan bergantung satu sama lain.
12
Sambung…
PKL adalah pembangunan yang mengintegrasikan ekologi, sosial dan ekonomi dan memastikan modal-modal ekologi, sosial dan ekonomi adalah seimbang untuk mengekalkan resilien, kepelbagaian dan kestabilan.
13
Komuniti lestari mempunyai prinsip yang sama dengan pembangunan lestari iaitu:
i. Seimbang dan intergrasi antara komponen sosial, ekonomi dan alam sekitar sesebuah komuniti
ii. Memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang
14
iii. Menghormati keperluan komuniti lain dalam dunia untuk menjadikan komuniti mereka lestari
iv. Komuniti lestari adalah bersifat pelbagai yang mencerminkan keadaan tempatan; Tiada terdapat kerangka sama yang boleh digunakan untuk semua jenis komuniti
15
Komponen Penting Komunti Lestari
Aktif, ‘inclusive’ dan selamat – Adil, bersikap toleransi dan ‘cohesive’ dengan amalan budaya tempatan dan aktiviti komuniti yang di kongsi bersama.
Berjalan lancar – Dengan penyertaan yang efektif dan melibatkan semua, serta kepimpinan yang baik.
Sensitif kepada persekitaran – Menyediakan tempat tinggal yang menghormati persekitaran.
Rekabentuk yang baik – Pembinaan yang berkualiti dan persekitaran semulajadi.
sambung.. Kemudahsampaian yang baik – Perkhidmatan
pengangkutan dan komunikasi yang dapat menghubungi manusia dengan tempat kerja dan sekolah, rekreasi.
Ekonomi yang sihat – Ekonomi tempatan yang pelbagai.
Penyediaan yang mencukupi – Perkhidmatan awam, swasta, komuniti, dan sukarela yang dapat memenuhi keperluan dan mudah sampai pada semua.
Adil untuk semua – Termasuklah komuniti yang sedia ada dan yang akan datang
17
PEMBANGUNAN KOMUNITI LESTARI (PKL)
….adalah satu usaha yang bertujuan oleh komuniti untuk belajar dan kerja bersama-sama untuk memberi panduan kepada pembangunan masa depan komuniti dengan menggunakan sumber-sumber dan modal-modal secara lestari.
Mengapa PKL penting? Menyediakan satu rangka kerja yagn sistematik
untuk usaha-usaha pembangunan
Amat diperlukan untuk kejayaan jangka panjang dunia
18
Matlamat asal PKL adalah untuk memenuhi keperluan asas dengan cara berterusan. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu tahu apakah keperluan asas kita dan cara bagaimana untuk mendapatkannya secara efektif. Mengenalpasti keperluan komuniti bukanlah perkara mudah dan memerlukan usaha yang gigih.
19
Pengenalan kepada kelestarian.
Apakah yang dimaksudkan dengan kelestarian?
20
Maksud Kelestarian
i. Hidup dalam keadaan terhad (living within limits)
ii. Memahami perkaitan antara ekonomi, masyarakat dan alam sekitar
iii. Agihan sumber-sumber (modal / capital) dan peluang dengan samarata
21
Definisi Kelestarian Komuniti
Kebolehan sesebuah komuniti menggunakan sumber-sumber untuk keperluan ahli komuniti masa sekarang dan akan datang, juga termasuk komuniti berdekatan boleh mendapatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan juga jaminan ekonomi serta boleh bersuara membentuk masa depan di samping mengekalkan integriti sistem ekologi yang menjadi tempat pergantungan semua hidupan dan pengeluaran..
22
Kelestarian berkait rapat dengan kualiti hidup komuniti – sama ada sosial, ekonomi dan alam sekitar yang membentuk komuniti tersebut dapat memberikan ahli komuniti satu kehidupan yang lebih bermakna; juga dapat menyediakan satu kehidupan yang sihat, produktif dan yang bermakna kepada ahli komuniti sekarang dan akan datang.
23
Kelestarian adalah satu proses bersifat evolusi (evolutionary) dan adalah satu proses pembelajaran.
Kebolehan komuniti utk respon kepada perubahan amat bergantung kepada kebolehan komuniti untuk menguruskan modal.
Rujuk Modal Komuniti.
24
MODAL KOMUNITI LESTARI
Meliputi modal-modal semulajadi, manusia, sosial dan binaan di mana komuniti mendapat faedah dan bergantung untuk kehidupan
Keempat-empat jenis modal adalah penting untuk komuniti berfungsi. Modal perlu dipelihara dan diurus oleh komuniti supaya dapat memberikan pulangan /faedah untuk kebaikan bersama
Guide to Sustainable Community
Indicators (1999)
26
Persoalan: Bagaimana kualiti hidup komuniti berubah dalam masa 20-40 tahun?
Bagaimana kualiti hidup komuniti berubah dari segi ekonomi?
Adakah pekerjaan meningkat? Berkurangan? Isu kemiskinan? Pendapatan?
Bagaimana kualiti hidup komuniti berubah dari segi sosial?
Adakah jenayah semakin meningkat?
Tahap kerja sukarela?
27
Bagaimana kualiti hidup komuniti berubah
dari segi alam sekitar?
Kualiti air, udara, tahap kebisingan?
28
Pembangunan lestari ada kaitan dengan kualiti hidup komuniti. pembangunan lestari boleh menggalakkan kewujudan komuniti lestari dan begitu juga sebaliknya.
Pembangunan lestari dan komuniti lestari hanya dapat dijayakan bergantung kepada anggota komuniti itu sendiri. Kuncinya terletak kepada penyertaan atau penglibatan komuniti itu sendiri dalam usaha untuk membuat perubahan.
Gabung jalinan antara modal manusia dan modal sosial menerusi penglibatan komuniti boleh dimanifestasikan dengan pembentukan atau organisasi setempat contohnya; Persatuan Penduduk dan Persatuan Rukun Tetangga.
29
Pandangan komuniti sebagai 3 bahagian yang berasingan dan tidak berkaitan
Ekonomi Alam sekitar
Masyarakat / sosial
KUALITI HIDUP KOMUNITI LESTARI
Ditentukan oleh 3 sektor utama:
30
Pandangan komuniti yang menunjukkan hubungan antara bahagian ekonomi, alam sekitar dan masyarakat
Ekonomi Alam sekitar
Masyarakat / sosial
31
Pandangan komuniti sebagai sebagai 3 bulatan konsentrik.
Bahagian ekonomi wujud dalam masyarakat
dan kedua-dua bahagian ekonomi dan masyarakat wujud dalam alam sekitar.
Ekonomi
Alam sekitar
Masyarakat / sosial
32
Satu dimensi kritikal untuk membentuk satu komuniti lestari adalah untuk
membina ‘sense of community’ atau ‘perasaan berkomuniti’.
Fokus kelestarian juga adalah kepada pembinaan persetujuan (consensus building) dalam kalangan peranan-peranan utama dalam komuniti untuk bekerja bersama mencapai matlamat bersama.
33
Sesetengah komuniti telah pun berusaha ke arah matlamat ini. Projek yang paling berjaya mempunyai tiga ciri umum seperti berikut:
Komuniti perlu ada visi masa depan yang boleh mengimbangi keperlua sosial, ekonomi dan alam sekitar
Visi perlu mengambil kira pandangan ahli komuniti
Komuniti perlu memantau progress untuk mencapai visi tersebut.
34
Amat penting untuk setiap ahli komuniti menyertai dalam projek komuniti. Sebuah komuniti yang lestari perlu dibentuk oleh ahli komuniti itu sendiri dan bukannya oleh pakar runding ataupun diimplementasikan oleh mereka tetapi perlulah diimplementasikan setiap hari oleh ahli komuniti sendiri.
35
Rujukan
http://www.communities.gov.uk/index.asp?id=1139866
Soalan kuiz.1. Apakah maksud komuniti lestari?
2. Apakah jenis modal komuniti lestari?
3. Nyatakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam komuniti lestari?
4. Nyatakan 3 jenis program yang perlu dilakukan oleh seorang guru bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti di sekolah ke arah pembangunan lestari?
Terima kasih..
top related