key hunt”: meningkatkan kemahiran penulisan …
Post on 03-Oct-2021
12 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
“KEY HUNT”: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN PEMBOLEH
UBAH DAN HIPOTESIS DALAM LAPORAN AMALI
SALMIAH BT ISMAIL
SMK KHIR JOHARI SUNGAI PETANI
ABSTRAK
Murid tingkatan empat - lima di SMK Khir Johari menghadapi masalah
menjawap soalan no 10 bahagian c kertas 2 sains teras SPM yang merupakan
soalan wajib dijawab. Murid tidak memahami kehendak soalan dan takut untuk
mencuba. Soalan ini berkehendakan pelajar menulis hipotesis dan pembolehubah
eksperimen berdasarkan kepada ayat pernyataan yang diberi. Sebenarnya,
soalan ini merupakan soalan yang mudah untuk dijawab seandainya pelajar
mampu menunjukkan minat dan focus. Hal ini adalah kerana kata-kata kunci
untuk menulis hipotesis dan pembolehubah terangkup dalam ayat pernyataan itu
sendiri.
Murid tingkatan empat masih belum mahir menjawab soalan struktur yang
memerlukan banyak pengolahan ayat.murid ini masih terikut-ikut dengan format
PMR yang memerlukan jawapan yang ringkas.
Para murid yang mengambil matapelajaran sains teras adalah mereka yang
mendapat pencapaian rendah dalam PMR.Tinjauan awal telah dilakukan
berdasarkan perbualan dengan guru matapelajaran dan semakan kertas
peperiksaan didapati bahawa ramaimurid gagal menjawap soalan 10 bahagian c
Sains SPM kertas 2 yang merupakan soalan wajib.
Perbandingan dapatan ujian pra dan pasca telah mengambar kaedah ini dapat
membantu murid mengatasi kelemahan mereka. Walaupun pelbagai halangan
dihadapi kerana responden terdiri daripada murid yang agak lemah . Walau
apapun saya sebagai pendidik, berpuas hati apabila murid saya sudah mula
menunjuk minat dan keinginan yang tinggi untuk mempelajari dan mempraktik
apa yang telah mereka pelajari.
2
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid ti ngkatan empat di SMK Khir Johari menghadapi masalah
menjawab soalan no 10 bahagian c kertas 2 sains teras SPM yang
merupakan soalan wajib dijawab. Murid tidak memahami kehendak soalan
dan takut untuk mencuba. Soalan ini berkehendakan murid menulis
hipotesis dan pembolehubah eksperimen berdasarkan kepada ayat
pernyataan yang diberi. Sebenarnya soalan ini merupakan soalan yang
mudah untuk dijawab seandainya murid mampu menunjukkan minat dan
fokus, kerana kata-kata kunci untuk menulis hipotesisi dan
pembolehubahan terangkup dalam ayat pernyataan itu sendiri.
Murid tingkatan empat masih belum mahir menjawap soalan struktur yang
memerlukan banyak pengolahan ayat. Murid ini masih terikut-ikut dengan
format PMR yang memerlukan jawapan yang ringkas.
Murid-murid yang mengambil matapelajaran sains teras adalah mereka
yang mendapat pencapaian rendah dalam PMR.
2. FOKUS KAJIAN
Saya menfokuskan kajian saya terhadap usaha untuk menarik minat murid
menjawab soalan 10 bahagian c kertas 2 sains teras SPM. Seterusnya
membina keyakinan murid untuk cuba mengolah hipotesis yang mudah
dan menjawab soalan berdasarkan kehendak soalan. Sekiranya masalah
ini tidak diatasi dari peringkat awal, hal ini pasti akan menjejas keputusan
murid dalam peperiksaan awam.
3
3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum:
Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kehendak soalan no 10
bahagian c kertas 2 sains SPM seterusnya menggalakkan murid cuba
menjawab soalan tersebut. Murid juga berasa yakin menjawab soalan
dibahagian A yang mempunyai format soalan yang sama.
Keyakinan ini memberi peluang kepada guru untuk menyempurnakan P&P
dengan berkesan dan murid juga lebih berminat dengan pengajaran sains
ini boleh mengurangkan gejala murid ponteng semasa pengajaran sains.
Objektif khusus:
i. Membolehkan para murid mengenalpasti kata kunci yang ada ayat
pernyataan bagi setiap soalan.
ii. Membantu para murid mengolah hipotesis berdasarkan ayat-ayat
pernyataan.
iii. Membantu para murid mengembangkan idea tersebut membentuk
pembolehubah-pembolehubah yang diperlukan dalam sesuatu
eksperimen.
4. Kumpulan sasaran:
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 9 murid
perempuan daripada kumpulan MULUS ( mungkin lulus ) dari tingkatan
4PA2 dan 4K2.
5. PERLAKSANAAN KAJIAN
5.1. Tinjauan Masalah
Berdasarkan perbualan dengan guru matapelajaran dan semakan kertas
peperiksaan didapati ramai murid gagal menjawap soalan 10 bahagian c
SainsSPM kertas 2 yang merupakan soalan wajib.Sedangkan ayat
pernyataan yang dikemukakan dalam soalan menpunyai kata-kata kunci
4
yang dapat digunakan untuk menulis hipotesis danpemboleh ubah sesuatu
laporan amali
Hipotesis dan pemboleh ubah membolehkan murid mendapat 3 markah
dengan hanya mengolah balik kata kunci dari ayat pernyataan tersebut.
Sikap murid yang takut untuk menjawab soalan mudah ini menimbul
rangsangan dari dalam diri saya bagi membuat kajian dan penyelidikan
serta tindakan yang dapat membantu murid mengatasi masalah ini dan
dapat menjawab soalan dengan lebih yakin. Hal ini semestinya dapat
membantu murid memperolehi gred yang cemerlang.Kajian ini difokuskan
kepada murid tingkatan 4 dengan harapan dapat memberi ruang yang
luas bagi mereka membuat persediaan untuk peperiksaan awam
semasa mereka ditingkatan lima nanti. Ujian Pra dilaksanakan bagi
mendapat maklumat awal kajian.
5.2 Analisis Tinjauan masalah
Berdasarkan skor bagi soalan 10 bagi kertas 2, sasaran adalah terdiri dari
mereka yang tidak menjawab atau mendapat markah kurang dari 3 markah
bagi jawapan menulis hipotesis dan pembolehubah - pembolehubah
eksperimen berdasarkan ayat kenyataan yang telah dikemukan.
5.3. Tindakan yang dijalan.
Aktiviti 1: ” Pancingan hikmat ”
Murid dibekalkan beberapa ayat pernyataan, tanpa memberi sebarang
petunjuk para murid mencari kata kunci yang sesuai, yang boleh
digunakan untuk menulis pembolehubah-pembolehubah bagi sesuatu
eksperimen dan menulis hipotesis. Para murid diagihkan kepada lima
kumpulan yang terdiri daripada lapan orang murid. Setiap kumpulan
dibekalkan sebatang pancing yang mata kailnya adalah magnet. Kad-kad
yang dicatatkan dengan kata-kata kunci yang berdasarkan dengan ayat
5
pernyataan dipotong dan dilekatkan dengan klip kertas dimasukkan
dalam bekas. Seorang wakil dari setiap kumpulan akan memancing kata
kunci, kemudian murid yang selebihnya akan memadankan kata kunci
tersebut pada ruangan yang disediakan. Aktiviti tersebut diulangi sehingga
semua kata kunci dilengkapkan.
Pemerhatian
Pada peringkat awal aktiviti, para murid agak ragu – ragu untuk melakukan
tugasan yang diberi. Selepas beberapa cuba dari ahli-ahli kumpalan
masing-masing, mereka telah menunjukkan respon yang baik dan berjaya
mencari kata kunci bagi setiap ayat pernyataan.
Refleksi
Walaupun murid memberi respon yang baik tetapi mereka masih ragu-ragu
mengisi ruang kata kunci yang selaras dengan ayat pernyatan. Ini
disebabkan pelajar tidak faham tugasan yang diberi. Namun begitu jelas
terbayang diwajah mereka keinginan untuk menerus usaha pencarian kata
kunci tersebut. Minat untuk belajar lebih terserlah.
Aktiviti 2: ” Tip Answering ”
Guru memberi bimbangan dengan mengunakan bahan edaran dan juga
perisian ”Microsoft Office Powerpoint” bagi mencari kata kunci yang boleh
digunakan untuk menulis pembolehubah-pembolehubah eksperimen dan
juga mengolah hipotesis. Para murid diajar parameter tertentu bagi
mengolah kata kunci dari ayat pernyataan bagi menulis pembolehubah-
pembolehubah serta hipotesis eksperimen tersebut.
Pemerhatian
Guru memberi penerangan tip-tip jawapan, para murid pelajar mula
menyemak jawapan mereka dalam aktiviti ”Pancingan hikmat”. murid
kelihatan berkeyakinan dan membuat pembetulan sendiri bagi kata kunci
yang bersesuaian dengan ayat pernyataan yang diberikan tanpa arahan
6
guru.Sebelum ini, murid hanya mampu menunggu apa saja yang diberikan
oleh guru lebih-lebih lagi semasa membuat pembetulan.
Refleksi
Pada zahirnya, para murid kelihatan lebih berminat untuk mencuba
menjawab soalan seterusnya. Para murid saling berbincang dan cuba
memperbetulkan jawapan masing - masing. Hal ini jelas menerangkan,
bahawa keazaman serta sifat berani mencuba dalam kalangan murid telah
digilap.
Aktiviti 3- celik ayat
Para murid dibekalkan bahan edaran yang terdiri daripada ayat-ayat
pernyataan yang memerlukan pelajar menulis pembolehubah-
pembolehubah eksperimen dan juga mengolah hipotesis. Murid
menggunakan kata kunci dalam ayat pernyataan dan mengolah hipotesis.
Pemerhatian:
murid berbincang sesama sendiri bagi mencari jawapan yang sesuai
dengan menggunakan kata kunci yang terdapat dalam ayat pernyataan.
Wujudnya perubahan sikap dalam kalangan murid yang sebelum ini
mengambil jalan mudah dengan tidak menjawab soalan yang dianggap
susah.
Refleksi
Murid berminat untuk menjawab soalan yang dikemukan tetapi mereka
masih tidak dapat menjawab dengan baik. Namun respon yang ditunjukkan
semasa aktiviti tersebut amat memberangsangkan saya sebagai salah
seorang warga pendidikan. Jika aktiviti ini dilakukan semasa guru
7
membuat pembetulan setiap ujian, saya yakin murid dapat menjawap
soalan tersebut. Ini dapat meningkat lagi jumlah markah murid kerana
soalan ini merupakan soalan wajib.
5.4 Penilaian:
Data dikumpulkan daripada ujian pra dan ujian pasca. Murid mendapat
keputusan lebih memberangsang dalam ujian pasca berbanding ujian pra.
5.4.1. Perbandingan ujian pra dan ujian pos
Bil Respoden Jantina
Skor
Ujian Pra Ujian Pasca
1 Fizi Lelaki 1 6
2 Izhar Lelaki 5 8
3 Zul Lelaki 3 6
4 Wan Lelaki 5 8
5 Izul Lelaki 2 7
6 Ziroh Perempuan 1 6
7 Mirah Perempuan 2 6
8 Sarah Perempuan 2 6
9 Saty Perempuan 3 8
10 Pavit Perempuan 4 6
11 Viya Perempuan 4 8
12 Idah Perempuan 2 7
13 Zatti Perempuan 2 6
14 Rina Perempuan 5 6
8
5.4.2 Analisis keputusan ujian pra dan pasca.
Skor
Keputusan
Ujian Pra Ujian Pasca
1-2 7 -
3-4 4 -
5-6 3 8
7-8 - 6
5.4.2 Graf perbandingan ujian pra dan ujian pasca.
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
skor 1-2 skor3-4 skor 5-6 skor 7-8
Ujian Pra
Ujian Pasca
Semasa ujian pra kebanyakan murid mendapat skor pada julat 1-2 sahaja,
tetapi setelah pelbagai tindakan intervensi dilaksanakan maka keputusan
ujian pasca didapati amat membanggakan. Murid dapat menguasai kaedah
penulisan pembolehubah-pembolehubah dan mengolah hipotesis
berdasarkan ayat pernyataan tersebut. Murid berjaya mendapat skor
sekurang-kurangnya pada julat 5-6 dalam ujian pasca. Pencapaian ini
merupakan titik permulaan kejayaan murid dan juga menjadi rangsangan
Bil murid
9
kepada murid untuk lebih berjaya dengan berbekalkan keyakinan diri yang
tinggi.
5.5. Refleksi Kajian
Hasil dapatan ujian pra hanya tiga orang murid mendapat 5 markah
daripada dua soalan yang diberikan dan 11 orang murid mendapat
markah dalam julat 1-4. Jelas menunjukkan murid tidak dapat menguasai
soalan no 10 sains teras kertas 2 yang jawapan boleh diperoleh dari ayat
pernyataan yang dikemukakan. Guru memberi motivasi supaya murid tidak
berasa takut untuk menjawab soalan tersebut. Guru menegaskan kepada
murid bahawa perkara ini dapat diatasi sekira mereka dapat menggunakan
kata- kata kunci dari ayat pernyataan bagi setiap soalan yang
dikemukakan. murid telah mencuba menggunakan kata-kata kunci tersebut
dan berjaya menjawab soalan ujian pasca. Hasil dapatan ujian Pasca
amat memberangsangkan. Bagi membuktikan murid benar-benar
menguasai penggunaan kata kunci bagi menulis pembolehubah-
pembolehubah dan mengolah hipotesis, satu borang soal-selidik( lampiran
E ) maklum balas tentang penggunaan kata kunci dan tahap keyakinan
murid telah disediakan . Hasil dapatan soal selidik tersebut kesemua
pelajar bersetuju dengan kenyataan soalan 1 hingga 4 dan tidak setuju
dengan kenyataan 5.
10
6. Cadangan untuk kajian seterusnya
Kaedah ini perlu diterus kerana ia dapat membantu murid mendapat tip
jawapan dari ayat pernyataan itu sendiri. Ianya dapat mengatasi
kelemahan mereka, sedikit sebanyak dapat menambahbaik lagi
keputusan mereka. Saya cukup berpuas hati melaksanakan teknik
pengajaran ini. Saya berharap kajian ini perlu di murnikan atau ditambah
baik pulih oleh pengkaji yang lain dimasa akan datang.
7. Rujukan
Hamzah b.Othman. ( 2009). Pecutan Kognitif Emas SPM. Perintis
Marketing. Sdn.Bhd. Terangganu Darul Iman.
LAMPIRAN A
11
Nama:……………………………………………………..
Instruction: Read and study the given statements and underlines the
important key words than write it’s in the space provided.
STATEMENT KEY WORDS
1.Impure water has higher boiling point compared to
pure water
2. Temperature affects the growth of
microorganisms.
3. Nitrogen affects the growth of plants.
4. An alloy is harder than its pure metal.
5. Different metals show different reactivity with
water.
6. Some substances can conduct electricity
whereas some substances cannot.
7. When white light is shone on a primary coloured
filter, a certain coloured light passes through.
8. It is easier to knock a sharp nail into a plank as
compared to a blunt one.
12
TIPS FOR ANSWERING
Different metals shows different reactivity with water
Responding variable Fixed variable
Manipulated variable
Some substances can conduct electricity whereas some substances cannot
Manipulated variable
Responding variable
LAMPIRAN B/1
13
Study the following statement:
An alloy is harder than its pure metal
Brass is an alloy containing copper.Using a copper block, brass block, steel ball and other
apparatus.
Answer:
(a) Hypothesis Alloy is harder than pure metal.
(b)(i)
Aim 1. To study the hardness of alloy compared to pure
metal
2. To compare the hardness of alloy and pure
metal
(ii) Variables 1. Constant variable: 1. Size/ diameter / mass of
steel ball
2. Height of steel ball drop
2. Manipulated variable: Type of block
3. Responding variable: Depth / Diameter of dent
on the block
LAMPIRAN B/2
14
Based on the given statements, write suitable variables:
1.
2.
Variables that is
Fixed manipulated Responding
Variables that is
Fixed manipulated Responding
An alloy and a pure metal have a different corrosive resistance
characteristic.
Impure water has higher boiling point compared to pure water.
LAMPIRAN C/1
15
Name: …………………………………………………………
1
.
State the hypothesis for this experiment.
………………………………………………………………………………………
………
………………………………………………………………………………………
…
2.
State the hypothesis for this experiment.
……………………………………………………………………………………
An alloy and a pure metal have a different corrosive resistance
characteristic
Impure water has higher boiling point compared to pure water.
LAMPIRAN C/2
16
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI
08000 SUNGAI PETANI KEDAH
DARULAMAN
10 minutes
Name:………………………………………………………….. Pre-Test/
Post Test
QUESTION 10
a. Study the following statement.
i. Suggest one hypothesis to investigate the above statement. [ 1
mark ]
ii. An exothermic reaction causes the surrounding temperature to
increase
Using a boiling tube, thermometer and distilled water. Describe an
experiment to test your hypothesis in 10 (a) based on the following
criteria:
- Aim of the experiment [ 1
mark ]
- Identification of variables [ 2
marks ]
Answers
a. i.
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………
An exothermic is a reaction which releases heat energy to surrounding
LAMPIRAN D/1
17
ii
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
……………………………
b. Study the following statement.
i. Suggest one hypothesis to investigate the above statement. [ 1
mark ]
Using a thermometer, common salt and distilled water. Describe an
experiment to test your hypothesis in 10 (a) based on the following criteria:
ii. Describe an experiment that you can carry out to test your hypothesis in
b (i) based on the following criteria:
i. Aim of the experiment [ 1
mark ]
ii. Identification of variables [ 2
marks ]
Answers
i
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………
The boiling point of the substances is affected by the presence of an
impurities
LAMPIRAN D/2
18
ii
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………
BORANG SOAL SELIDIK
Soal selidik (murid)
LAMPIRAN E
Bahagian A.
Sila isi jawapan anda diruangan yang disediakan
Jantina : Lelaki/Perempuan (* Gariskan yang berkenaan )
Bahagian B
Sila tandakan (√) pada ruangan yang disediakan mengikut skala pilihan anda
1. Penggunaan kata kunci membantu saya
menjawab soalan 10
2. Saya lebih berkeyakinan menjawab
soalan 10 selepas menggunakan kaedah ini.
3. Walaupun saya kurang mahir penggunaan
Bahasa Inggeris saya masih boleh menjawab
dengan lebih yakin melalui kaedah ini.
4. Adakan kaedah penggunaan kata kunci perlu
perkukuhkan lagi.
Ya Tidak
19
20
LAMPIRAN F
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
top related