kesihatan1
Post on 10-Apr-2018
225 Views
Preview:
TRANSCRIPT
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 1/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
Soalan (1)
Aktiviti dan Medium yang Boleh Digunakan untuk Menyampaikan Maklumat
Pendidikan Kesihatan Kepada Masyarakat.
Definisi kesihatan yang diutarakan oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah:
Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai
kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata
bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Takrifan ini sebenarnya melibatkan dua aspek
penting dalam kesihatan iaitu aspek negatif (berpenyakit, tidak sihat, cedera, cacat atau
tidak berdaya/lemah) dan aspek positif (kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan
sosial). Dalam kehidupan sehari-hari, individu, masyarakat atau ahli profesional sering
menekankan aspek negatif dan mengabaikan aspek positif. Begitu juga dari aspek
pendidikan kesihatan, kita sering menekankan aspek pencegahan penyakit dan kurang
mempromosikan dimensi kesihatan yang positif dan menjurus ke arah kesejahteraan
hidup. Perbezaan di antara kedua-dua aspek kesihatan ini amat penting kerana ia dapat
memastikan aktiviti pendidikan kesihatan adalah berkesan dan mencapai matlamatnya.
Aktiviti pendidikan kesihatan seharusnya cuba mencegah penyakit atau keadaan tidak
sihat dan pada masa yang sama ia harus mampu menggalakkan kesihatan yang positif
pada individu atau masyarakat. Matlamat keseluruhan pendidikan kesihatan ialah
mencapai keseimbangan di antara penggalak kesejahteraan dan pencegahan keadaan
tidak sihat dari segi fizikal, mental dan sosial.
Bagi menentukan pendidikan kesihatan tersebut berjaya dan mencapai
matlamatnya, individu atau ahli profesional perubatan yang bertindak sebagai pendorongkesihatan (health promotion) harus memahami prinsip-prinsip serta konsep pendidikan
kesihatan. Pendidikan kesihatan akan menggalakkan kesihatan positif dan mencegah
keadaan tidak sihat atau penyakit melalui pengaruhnya terhadap kepercayaan, pengaruh,
dan tingkah laku individu, kumpulan atau masyarakat. Oleh itu, peranan media massa
dalam aspek pendidikan kesihatan amat berharga. Pendidikan kesihatan yang
1
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 2/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
menumpukan kepada aktiviti-aktiviti di peringkat kumpulan atau masyarakat adalah
sangat penting.
Bagi menjamin kesihatan yang sempurna, aktiviti dan medium penyampaian
maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat amat ditekankan supaya amalan
kesihatan dapat dipraktikkan secara berkesan. Kurikulum di sekolah merupakan medium
pendidikan kesihatan yang paling asas. Sebut sahaja Pendidikan Kesihatan, yang terlintas
di kepala kita adalah perkataan pertama itu sendiri iaitu pendidikan. Seharusnya, sekolah
merupakan institusi utama dalam menyampaikan ilmu Pendidikan Kesihatan. Di sekolah,
murid-murid diajar Pendidikan Kesihatan sepanjang persekolahan mereka. Mengikut
spesifikasi huraian sukatan pelajaran, Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid-
murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain itu, statistik negara juga menunjukkan peningkatan kes-kes penyakit yang
berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak sihat. Oleh itu, penekanan promosi
pendidikan kesihatan harus diberikan kepada tabiat dan cara hidup yang tidak sihat.
Penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi masih menjadi punca
utama (penyebab) kematian (15.5 peratus) di hospital-hospital kerajaan. Selain itu,
sebanyak enam peratus daripada kematian pula disebabkan oleh penyakit diabetis
(kencing manis). Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa lapan peratus daripada
orang dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti manakala 1/3 hingga 1/4 daripada
masyarakat di negara ini pula mengalami masalah berat badan berlebihan. Sehubungan
dengan aspek pemakanan yang sihat, kerajaan telah melancarkan kempen "Pemakanan
yang Sihat" pada tahun 1997. Beberapa kaedah telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kempen tersebut berjalan lancar serta berkesan. Di antaranya ialah kerjasama
di antara agensi kerajaaan dan bukan kerajaan serta badan profesional, menggunakan
media massa untuk mendidik masyarakat, pengiklanan di peringkat kebangsaan, negeri
dan daerah dan mempertingkatkan komunikasi interpersonal sama ada di klinik atau di
peringkat komuniti.
2
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 3/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
Kerajaan teutamanya Kementerian Kesihatan perlu peka dalam mempromosikan
cara hidup sihat di kalangan masyarakat. Jadi, pertama sekali, kempen dan amalan
penjagaan dan pendidikan kesihatan perlu dipergiatkan di kalangan masyarakat. Sistem
kesihatan di kawasan luar bandar akan dipermajukan. Sistem bekalan air dan sanitasi,
program nutrisi dan imunisasi akan diperluaskan dan lebih ramai individu dijangka akan
mendapat kemudahan tersebut. Lebih banyak hospital dan kemudahan kesihatan akan
dibina. Kerajaan juga perlu berganding bahu dengan hospital swasta untuk mencapai
matlamat amalan pendidikan kesihatan yang sempurna. Usaha akan terus ditumpukan
kepada golongan berpendapatan rendah dan menguatkan program kesihatan dan rawatan
dengan memperbanyakkan perkhidmatan sokongan. Aktiviti promosi kesihatan di
kalangan masyarakat negara membangun seperti Malaysia perlu dipergiatkan
terutamanya apabila kos penjagaan kesihatan semakin meningkat dan negara sedang
mengalami masalah kegawatan ekonomi. Kerajaan dalam usahanya mempromosi
kesihatan perlu banyak menekankan kepada amalan cara hidup sihat di kalangan
masyarakat melalui kempen anti merokok, anti alkohol dan anti dadah. Di samping itu,
kerajaan juga perlu mengenakan penalti yang berat terhadap individu yang terlibat di
dalam pergaulan atau aktiviti seks rambang.
Masyarakat juga digalakkan hidup di dalam suasana aman dan harmoni dan
menghindari daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan ketegangan mental.
Sememangnya masalah-masalah yang telah diterangkan itu boleh menyebabkan kanser,
AIDS dan tekanan jiwa. Menyertai sesuatu kempen untuk menjaga kesihatan adalah
sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen pendidikan kesihatan
ialah seperti kempen hidup sihat, diet seimbang dan sebagainya. Kempen-kempen inidapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-
kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga kesihatan dan cara-
cara menguruskan kesihatan diri. Selain itu, kempen kesihatan dapat menggalakkan
masyarakat menghargai nilai kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Melalui kempen
kesihatan juga, banyak aktiviti untuk pendidikan kesihatan dapat dijalankan dan secara
3
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 4/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
tidak langsung ia banyak memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
amalan penjagaan kesihatan yang sempurna.
Selain itu, pameran dan pertandingan kuiz dan sebagainya perlu dijalankan di
kalangan masyarakat. Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan
yang berkaitan dengan isu pendidikan kesihatan. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-
sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah
merangkumi isu-isu amalan dan pencegahan kesihatan, sebab-sebab, kesan-kesannya dan
apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar permasalahn kesihatan.Bahan-bahan
menarik seperti carta, poster dan keratan akhbar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita
video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pendidikan kesihatan juga boleh
ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat
untuk menjaga kesihatan diri. Pertandingan seperti kuiz tentang pendidikan kesihatan
boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya tahap kesihatan diri
yang sempurna. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu
penyakit dan cara-cara pencegahannya. Dalam proses ini, mereka akan mendapat
pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah
tentang sesuatu isu pendidikan kesihatan. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan
kepada peserta tersebut dan kesihatan diri sendiri. Pertandingan melukis poster yang
berkaitan kesihatan juga bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi
mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah
disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran
kepada orang ramai.
Tambahan lagi, bagi menjamin bahawa setiap ilmu tentang pendidikan kesihatandapat disampaikan dan dikongsikan kepada masyarakat umum, pendedahan media massa
juga memainkan peranan yang penting bagi mencapai keberkesanannya. Pada hari ini
media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pendidikan
kesihatan, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani dan mencegah hal-hal
4
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 5/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
permasalahan kesihatan. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat
pendedahan tentang isu kesihatan ialah majalah dan surat khabar. Ini kerana medium ini
mudah dan murah untuk didapatkan. Antara contoh pendidikan kesihatan yang
dipaparkan di akhbar tempatan adalah ruangan kesihatan yang diterbitkan oleh Mingguan
Malaysia pada setiap minggu. Tambahan lagi, siaran-siaran televisyen dan radio juga
perlu memperbanyakkan iklan-iklan berunsur kesihatan untuk paparan umum supaya
setiap amalan kesihatan itu dapat dipraktikkan demi kepentingan bersama. Ini adalah
kerana, boleh dikatakan setiap isi rumah di Malaysia mempunyai radio dan televisyen di
rumah mereka. Antara contoh yang paling nyata dapat dilihat ialah penerangan mengenai
virus A H1N1 yang telah melanda Malaysia pada tahun yang lalu sehinggalah sekarang.
Dengan bantuan radio dan televisyen, sebarang maklumat dan berita terkini mengenai
virus tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat dalam tempoh yang singkat dan
lebih mudah difahami.
Selain daripada itu juga, medium penyampaian maklumat yang paling pantas
tentang ilmu pendidikan kesihatan pada masa kini adalah melalui internet. Setiap ilmu
pendidikan kesihatan dapat disalurkan melalui laman-laman web individu dan jabatan
serta laman web dan blog kesihatan itu sendiri, sebagai contohnya adalah melalui laman
Facebook yang popular pada masa kini. Negara kita juga sedang menuju ke arah sistem
penjagaan kesihatan yang bersepadu dan berintegrasi yang memberi tumpuan kepada
promosi kesihatan, pencegahan penyakit dan penjagaan primer. Justeru itu, teleperubatan
adalah merupakan medium yang berketepatan dalam menyalurkan maklumat pendidikan
kesihatan kepada umum. Visi teleperubatan akan membantu mengubah perkhidmatan
penjagaan kesihatan dan industri kesihatan ke arah globalisi untuk perkhidmatan, produk dan pendidikan kesihatan. Teleperubatan ini akan digunakan sebagai alat untuk
menggalakkan serta tanggungjawab yang lain dari aspek penjagaan kesihatan diri sendiri.
Secara umumnya, tanggungjawab untuk menjamin kesihatan bukan sahaja dipikul
oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak, terutamanya individu itu sendiri.
5
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 6/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
Bagi membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada kesihatan diri dan masyarakat,
mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan
masyarakat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Antara sebab-sebab pendidikan
kesihatan ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap amalan
kesihatan. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang
betapa pentingnya kualiti kesihatan yang tinggi yang perlu dikekalkan. Ini kerana mereka
sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak
bertanggungjawab yang boleh menjejaskan kualiti kesihatan diri.
6
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 7/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
Soalan (2)
Punca-punca Pencemaran yang Memberikan Kesan Serta Memudaratkan
Persekitaran.
Keselamatan kesihatan persekitaran amat penting untuk menjamin kesihatan
orang ramai. Walau bagaimanapun, kemerosotan kualiti alam sekitar di negara kita kini
kian meruncing dan terbukti daripada senario yang kita saksikan setiap hari. Bagi
individu yang tinggal di bandar-bandar besar, setiap kali mereka keluar rumah, mereka
dapat menyaksikan cuaca yang berjerebu dengan sisa pembuangan sampah di merata-rata
tempat sehingga boleh menyakitkan penglihatan. Hal ini mewujudkan keadaan yang
bukan sahaja tidak selesa, malah boleh menjejaskan kesihatan, khususnya bagi mereka
yang menghidap penyakit tertentu.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-
bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya
keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat
adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran
adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-
sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau
mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-
organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan
kepada pelbagai bentuk pencemaran alam seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran laut, pencemaran bunyi, pencemaran tanah, pencemaran haba, pencemaran
sungai dan kolam. Keadaan yang membimbangkan ini disebabkan oleh banyak faktor
atau punca-punca yang memberikan kesan serta memudaratkan kesihatan yang perlu
dikenal pasti dan diatasi segera.
7
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 8/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
Pencemaran udara berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang
mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda.
Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon
Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun
apa-apa campuran bahan-bahan ini. Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam
Sekitar, melalui akhbar Utusan Malaysia pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan
pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.
Daripada jumlah ini, kenderaan ialah punca utama pencemaran tersebut (58.1%), diikuti
oleh stesen jana kuasa (23.9%), pembakaran bahan api industri (9.4%), pemprosesan
industri (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%). Pembangunan tanpa pengurusan yang
dirancang juga boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.
Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980. Keadaan
ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh
kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon. Jadi,
dapatlah dijelaskan di sini bahawa punca-punca utama pencemaran udara ini adalah
akibat daripada stesen jana kuasa elektrik, kerja-kerja pembinaan, industri atau kilang,
asap kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap secara terbuka. Penderaan alam
sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.
Setiap perlakuan zalim manusia terhadap persekitaran menyumbang kepada kemusnahan
alam sekitar. Perokok yang menghembuskan asap ke udara, pembakaran sisa buangan di
kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran
udara.
Selain itu, pencemaran air pula bermaksud perubahan yang berlaku dari segikandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap
manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan
fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan
pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu,
8
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 9/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh
dunia. Antara punca-punca pencemaran air ialah:
i. Sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksid yang dibuang ke dalam sungai oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana
tidak memerlukan kos pelupusan.
ii. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh
sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
iii. Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah
kerana, penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah
berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi
mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya
banjir akan berlaku.
Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak
dirawat, manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini
boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain. Baja dan racun
perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai
dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah
membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang
umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah dengan
membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap
persekitaran. Selain itu, kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak
mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Pembangunan tidak boleh
dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar. Pembangunan adalah rekaan
manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang
paling utama. Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru
menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula
9
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 10/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
jadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh
negara turut tercemar.
Selain itu, pencemaran laut juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan. Antara
punca-punca berlakunya pencemaran laut ialah:
i. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut, dan membawa pencemaran bersama-
samanya.
ii. Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke
dalam laut.
iii. Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di
lautan lalu membunuh hidupan laut yang lain.
iv. Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang. Industri memproses
serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut. Bahan
kimia, asid dan bahan organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin
berleluasa mencemari laut.
Selain daripada itu, pencemaran tanah juga boleh memudaratkan kesihatan oleh
beberapa faktor penyebab berlakunya pencemaran tersebut. Pencemaran tanah bermaksud
perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,
kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada
berbentuk air ataupun pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,
kimia atau fizik. Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
i. Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik
dan sisa-sisa kilang.ii. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah
pencemaran ini.
iii. Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu
punca pencemaran tanah.
10
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 11/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
iv. Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di
kawasan menarik dan indah. Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan
di kawasan tersebut, bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran
bagi membangunkan ekonomi negara. Kesan penebangan telah mengubah sama
sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.
Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir
kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat
keindahan alam ini. Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan
pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Penukaran tanah
dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara
meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan
hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,
pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang
berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air
dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah
dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Pembangunan yang tidak
dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara
berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah
hakisan tanah, berlaku perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.
Pencemaran bunyi pula ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan
telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB dan pencemaran ini mengikut situasi
dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi
lantunan. Antara punca-punca pencemaran ini ialah:
i. Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
ii. Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Bunyi-
bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya.
11
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 12/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
iii. Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin
gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.
iv. Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam
pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak
menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-
kegiatan perusahan atau perkilangan dan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan
pembuangan toksik yang menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan
pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan
mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan
pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,
kegiatan perladangan dan sebagainya. Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam
sekitar adalah rekaan manusia itu sendiri yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-
isu sosial dalam masyarakat. Oleh itu, sayangilah pada alam sekitar, patuh kepada
undang-undang, bertanggungjawab dan boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya
merupakan langkah bijak bagi menangani permasalahan ini. Maka, manusialah yang
perlu rasional menangani keadaan ini bagi menjamin keselamatan dan kesihatan
persekitaran.
12
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 13/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
Rujukan
“Program Doktor Muda”. http:// www.drmuda.gov.my/drmuda
http://agroloink.moa.my/moa1/newspaper/pengairan
http://members.fortunecity.com/prias98
http://www.edutraining.cc/pendidikan/semester2
http://cloud.prohosting.com/zaim87
http://blogmoh.moh.gov.my/?p=292
http://jknkelantan.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php
Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat . Akademik
Khas, 1991.
Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor
Terhadap Alam Sekitar . Dewan Kosmik, Disember 1994.
Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar . Dewan Kosmik, Mei 1994.
Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan
dan Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.
Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air . Dewan Kosmik, Mei
1994.
Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar . Dewan Ekonomi, Jun 1997.
13
8/8/2019 kesihatan1
http://slidepdf.com/reader/full/kesihatan1 14/14
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Kurratulaini bt Muhammad
730730035446/2010
Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah-
masalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.
14
top related