kesalahan ayat bm upsr 2013

Post on 24-May-2015

21.202 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kesalahan Ayat

Bahasa Melayu

UPSR 2013

Ketiga orang perompak itu telah ditangkap oleh polis.

Ketiga-tiga

Berbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan keputusan.

Berbagai-bagai

Tiap guru di sekolah itu sedang berkursus di PKG Tasek Utara.

Tiap-tiap

Para-para ibu bapa sedang bermesyuarat di dewan.

Para

Setengah murid sekolah selalu ponteng sekolah.

Sesetengah

Semua orang-orang diminta berkumpul di padang.

Semua orang

Beg yang dibeli daripada Paris itu telah dicuri orang.

dari

Fail-fail peribadi itu ada dengan peserta kursus.

pada

Laporan kecurian itu dibuat ke pegawai polis di balai polis.

kepada

Siti mempunyai banyak baju-baju yang cantik-cantik.

banyak baju

Bila hari lahir datuk awak?

Bilakah

Ahmad murid yang terpandai sekali di Kelas Enam Orkid.

terpandai

Beratus orang pekerja syarikat itu telah diberhentikan kerja.

Beratus-ratus

Air matanya menitis membasahkan pipinya yang gebu itu.

membasahi

Siti telah menceburkan bidang perniagaan sejak tiga tahun yang lalu.

menceburi

Setengah murid tidak suka belajar secara berkumpulan.

Sesetengah

Adik memakai mini telekung sebelum ke surau.

telekung mini

Siti telah membuat janji temu untuk berjumpa dengan doktor gigi.

temu janji

Belikan saya goreng cempedak di kantin itu.

cempedak goreng

Sila harap diam ketika berada di dalam perpustakaan.

Harap

Siti terperanjat bila mengetahui anaknya lemas di kolam.

apabila

Lelaki yang berjambang itu tidak abang saya.

bukan

Kerjasama di antara ibu bapa dan guru akan diteruskan lagi bagi meningkatkan prestasi sekolah.

antara

Siti rela mengorbankan masa cutinya demi untuk menjaga ibunya yang sakit.

untuk

Siti membeli sebatang pen ke kedai Ahmad.

di

Kakak membeli sebatang payung di kedai runcit itu.

sekaki

Sekawan murid-murid sedang bermain bola sepak.

Sekumpulan

Di waktu lapang, Ahmad suka membaca buku.

Pada

Meja yang dibuat dari kayu itu telah dibeli oleh ayah.

daripada

Tolong jangan sentuh pinggan mangkuk itu.

Jangan

Pertandingan bola baling di antara rumah akan diadakan esok.

antara

Pelbagai-bagai barangan dijual di kedai Pak Ahmad.

Pelbagai

Banyak cara-cara yang boleh kita buat untuk berjaya.

Banyak cara

Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimanakah?

bagaimana?

Amalan saling ziarah-menziarahi jiran patutlah dikekalkan.

saling menziarahi

Kamu perlu berhati-hati di dalam membuat keputusan agar lebih adil.

dalam

Sikap setengah orang yang suka mambazir masa harus dielakkan.

sesetengah

Siti sedang mengemas bilik namun adiknya mencuci kasut.

manakala

Setiap orang ahli Kelab Seni diminta hadir dalam perjumpaan itu.

Setiap ahli

Dia tidak anak Pak Ahmad walaupun mereka rapat.

bukan

Ahmad telah mendapat tempat yang ketiga-tiga dalam ujian yang lalu.

ketiga

Kawasan pendalaman itu masih belum diterokai.

pedalaman

Saya baru menerima sepucuk surat dari ibu.

daripada

Nenek menyimpan sapu tangannya dalam laci almari.di dalam

Pak Ahmad mempelawa kami supaya makan goreng pisang itu.

pisang goreng

Semua penduduk-penduduk di kawasan perumahan itu bekerjasama.

Semua penduduk

Ibu telah menghadiahkan Siti seutas jam tangan sempena hari jadinya.

menghadiahi

Oleh kerana keletihan, dia tidak menghadiri latihan bola sepak di sekolah.

Oleh sebab

Penduduk kampung bergotong-royong memperlebarkan jalan

memperlebar

Acara sukan itu berlangsung selama tiga setengah jam.

tiga jam setengah

Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai-bagai kaum.

daripada

Kakak dan adik berbual-bual sementara menonton televisyen.

sambil

Ahmad menghadiahi sekuntum bunga kepada ibunya.

menghadiahkan

Adik lebih tinggi dari abang.daripada

Terima kasih di atas sumbangan yang telah kamu hulurkan.

atas

Saya menemani datuk menonton televisyen di masa lapang.

pada

Ibu menghidangkan goreng keledek kepada tetamu yang hadir.

keledek goreng

Ahmad terlupa membeli cili sos yang dipesan oleh ibunya.

sos cili

Rumahnya terletak antara kedai runcit dan surau.

di antara

top related