kertas laporan program kids
Post on 05-Apr-2018
245 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
1/15
1 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
KERTAS LAPORAN PROGRAMKHEMAH IBADAH DALAM SEKOLAH
Anjuran
PANITIA PENDIDIKAN ISLAMSK TAMAN BUKIT SUBANG
TARIKH
28 HINGGA 29 APRIL 2012SABTU & AHAD
TEMPAT
SK Taman Bukit SubangSeksyen U16, Shah Alam Selangor
Panitia Pendidikan IslamSK Taman Bukit Subang 2012
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
2/15
2 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
< ISI KANDUNGAN >
Muka Surat -
Muka Surat -
Muka Surat -
Muka Surat
Muka Surat
Muka Surat
Muka Surat
Muka Surat
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
3/15
3 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
MUQADDIMAH
OBJEKTIF
ANJURAN
TEMPAT PELAKSANAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT SUBANGLAPORAN KHEMAH IBADAH DALAM SEKOLAH
TAHUN 2012
Tarikh Aktiviti : 28 & 29 April 2012 ( Sabtu & Ahad )Masa Aktiviti : 7.00 pagi 12.00 tgh malam ( Sabtu )
5.00 pagi 3.00 petang ( Ahad )Tempat Aktiviti : Sekolah Kebangsaan, Taman Bukit Subang
1.
Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah danhendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dibuatnya untuk hari esok(Akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apayang kamu kerjakan. Surah Al-Hasyr (59);18
Kefahaman terhadap definisi ibadah sering terhad pada ibadah khusus sahaja. Walhalmakan dan minum juga adalah salah satu ibadah. Kefahaman ini perlu jelas terutamasekali pada golongan muda remaja seperti pelajar-pelajar. Kefahaman ini seterusnyaakan membentuk peribadi golongan ini ke arah identiti pemuda atau pemudi Islamyang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi terhadap Islam.
2.
1. Menginsafi dan membina motivasi serta kekuatan dalaman diri golonganremaja.
2. Meningkatkan komitmen terhadap Allah SWT, diri sendiri, ibubapa, keluargadan masyarakat.
3. Menerapkan serta membina tahap keyakinan diri segala amalan yangdilakukan ke arah ibadah dan keredhaan Allah SWT.
4. Memberi kefahaman kepada golongan remaja tentang tanggungjawabsebenar mereka terhadap Pencipta Yang Maha Esa dan tanggungjawabsesama manusia.
3.
Panitia Pendidikan Islam, SK Taman Bukit Subang dengan kerjasama ZydneyResources.
4.Perkarangan kawasan sekolah;
1. Dewan Terbuka.2. Musolla / Surau.3. Dataran Sekolah.4. Padang Bola Tampar.
5. Dewan Tertutup.
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
4/15
4 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
PESERTA
JAWATAN KUASA PELAKSANA
KEPERLUAN PESERTA
FASILITI PESERTA
TENTATIF PROGRAM
PERUNTUKAN PERBELANJAAN
6. Padang Sekolah.5.
Semua murid Tahun 6 yang beragama Islam.
6.
Rujuk lampiran I.
7.
Rujuk lampiran II.
8.
1. Bahan Program.2. Sijil Penyertaan.3. Persahabatan.4. Kesedaran & Keinsafan.5. Pengalaman.
9.
Rujuk lampiran III.
10.
PERKARA KUANTITI JUMLAH
PENERIMAAN
1. Duit Aktiviti Pendidikan Islam RM 4,000.00
2. Sumbangan Lembaga Zakat Selangor RM 1,000.00
3. Sumbangan Ibu-bapa RM 3,000.00
4. Sumbangan PIBG RM 1,500.00
JUMLAH RM 9,500.00
PERKARA KUANTITI JUMLAHPERBELANJAAN
1. Konsultasi & fasilitator RM20 x 200 orang RM 4,000.00
2. Makanan & Minuman peserta RM16 x 200 orang RM 3,200.00
3. Makan & Minuman AJK RM20 x 40 orang RM 800.00
4. Cenderahati & sijil penghargaan RM2 x 250 orang RM 500.00
5. Runcit RM
6. Penceramah Jemputan RM 250 x 1 orang RM 250.00
JUMLAH
Resit pembelianRujuk lampiran IV.
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
5/15
5 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
PROSES PELAKSANAAN11.
Tarikh Aktiviti : 28 & 29 April 2012 ( Sabtu & Ahad )Masa Aktiviti : 7.00 pagi 12.00 tgh malam ( Sabtu )
5.00 pagi 2.30 petang ( Ahad )Tempat Aktiviti : Sekolah Kebangsaan, Taman Bukit Subang.AJK Pelaksana : Fasilitator Zydney Resources & Guru-Guru SK TBS.
Hari Pertama 28 April 2012 ( Sabtu )
Program Khemah Ibadah Dalam Sekolah (KIDS) anjuran Panita Pendidikan Islam ini
adalah merupakan program tahunan yang dijalankan kepada murid-murid Tahun 6.
Program ini telah diadakan pada 28 & 29 April 2012M bersamaan 6 & 7 Jamadil Akhir
1433H. Majlis ini melibatkan penyertaan kepada semua murid Tahun 6 yang akan
menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Program KIDS yang mendapat kerjasama daripada Zydney Resources ini bermula
dengan majlis pendaftaran peserta pada jam 7.30 pagi bertempat di Ruang Hadapan, SK
Taman Bukit Subang. Program ini mendapat kerjasama dan sambutan daripada para
pelajar tahun 6. Majlis pendaftaran ditutup dengan jumlah kehadiran seramai 168 orang
pelajar daripada 206 orang pelajar Muslim keseluruhnya.
07.00 pagi Pendaftaran Pelajar
08.00 pagi Taklimat & Mind Setting
09.00 pagi Slot 1: Ice Breaking/ Visi & Misi
10.30 pagi Minum Pagi11.00 pagi Slot 2: Ceramah : INDAHNYA BERIBADAH
12.30 t/hari Makan Tengah Hari / Solat Zohor
02.00 ptg Slot 3 AUDIT SOLAT I03.30 ptg Slot 4: AUDIT SOLAT II04.30 ptg Minum Petang / Solat Asar
05.30 ptg Slot 5: Riadah :HIGHWAY PUZZLE
06.45 ptg Makan Malam / Solat Maghrib
07.30 mlm Slot 6: Kuliah Maghrib : HEBATNYA ORANG
BERIBADAH
08.30 mlm Solat Isya
09.00 mlm Slot 7: KENALI DIRI INSAFI DIRI10.30 mlm Slot 8: KEMBARA ALAM11.30 mlm Minum Malam / Tidur
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
6/15
6 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
Program KIDS dimulakan dengan ucapan aluan dan bacaan doa oleh Penyelaras
program iaitu Ustaz Ahmad Rifaei bin Salleh dan diikuti dengan taklimat dan peraturan
ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Azhar bin Mat Piah selaku Ketua Keselamatan,
Kebajikan & Disiplin. Taklimat lebih menitik beratkan soal keselamatan dan peraturan yang
perlu dipatuhi oleh semua peserta. Seterusnya, semua peserta dibahagikan kepada 6
kumpulan kecil ( 3 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan perempuan ) mengikut bilik
penginapan masing-masing. Setelah selesai pembahagian kumpulan, setiap daripada
mereka bergerak terus ke Surau untuk mengikuti Slot 1 iaitu Ice Breaking/ Visi & Misi
yang akan dikendalikan oleh jurulatih Zydney Resources. Slot ini telah bermula pada jam
9.00 pagi dan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Sulaiman bin Ishak. Program berhenti
rehat seketika memberi peluang kepada para peserta minum pagi pada jam 10.50 pagi.
Tepat jam 11.00 pagi, program diteruskan dengan Slot 2 dengan menjemput
penceramah yang diundang khas daripada SAFC Consultant & Trainingiaitu Al-Fadhil Ustaz
Kamil bin Hj. Sidek. Tajuk yang diberikan kepada penceramah adalah Indahnya
Beribadah sebagai tajuk permulaan kepada pemahaman mengenai konsep beribadah
secara umum. Ceramah yang dikupas oleh tuan penceramah dilihat begitu baik dan berjaya
menarik perhatian para peserta dengan gaya penyampaian dan persembahan yang begitu
santai dan mudah difahami. Ceramah berakhir pada jam 12.30 tengah hari dan majlis
diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada Al-Fadhil Ustaz Kamil bin Hj Sidek
sebagai tanda kenangan daripada pihak penganjur.
Pada jam 12.30 sehingga 2.00 petang, para peserta diperuntukkan masa untuk
makan tengah hari dan persiapan kendiri untuk solat Zuhur secara berjemaah di Surau.
Selesai solat Zuhur, Program KIDS diteruskan lagi dengan Slot 3 & 4 yang telah
dikendalikan oleh Jurulatih Utama Zydney Resources iaitu Al-Fadhil Ustaz Ashraf bin SuarinAl-Muqri. Tajuk yang disampaikan kepada para peserta berkaitan dengan kepentingan
bersolat dan dan azab meninggalkan solat. Slot ini dilihat mampu memberikan kesan yang
cukup mendalam kepada para peserta betapa peri pentingnya menjaga kewajipan solat
dan azab meninggalkannya. Penceramah banyak menyentuh hati dan jiwa anak-anak
peserta dengan meminta peserta melihat segala dosa meninggalkan kewajipan solat
sehinggakan sebahagian besar daripada para peserta mengalirkan air mata tanda keinsafan
yang timbul di dalam sanubari masing-masing.
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
7/15
7 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
Pada jam 4.30 petang, program memberi ruang rehat untuk minum petang dan
Solat Asar berjemaah sementara menunggu slot seterusnya slot riadah iaitu Highway
Puzzle. Slot riadah yang berbentuk permainan teng-tengpuzzle ini berjaya membentuk
semangat kerjasama berpasukan dan tidak mementingkan diri sendiri. Tepat jam 6.45petang, permainan Highway Puzzleberhenti untuk memberi masa untuk para peserta
makan malam dan mandi sebagai persediaan untuk Solat Maghrib secara berjemaah. Solat
Maghrib diimamkan sendiri oleh Al-Fadhil Ustaz Ashraf bin Suarin Al-Muqri. Sementara
menunggu waktu solat Isyak, program diteruskan dengan Kuliah Maghrib dengan tajuk
yang di bawa Hebatnya Hidup Beribadah. Selesai menunaikan solat Isyak, peserta
diminta untuk duduk di dalam kumpulan masing-masing dengan lampu surau ditutup untuk
memenuhi slot yang seterusnya iaitu Kenali Diri Insafi Diri. Slot ini lebih kepadamengenali diri dan menginsafi atas kesilapan dan dosa sama ada kepada diri sendiri,
keluarga dan kepada Allah SWT. Program dimulakan dengan bacaan zikir dan memuji
kebesaran Illahi. Kemudian para peserta diminta untuk keluar dari surau mengikut
kumpulan masing-masing menuju ke arah dewan tertutup untuk mengikuti slot Kembara
Alam. Slot ini mengajak kepada para peserta membayangkan saat kematian kelak,
apakah bekalan yang akan di bawa oleh kita untuk pergi menghadap Allah Rabbul Jalil.
Program berakhir pada jam 10.30 malam dan diikuti dengan minum malam di kantin
sekolah. Peserta diminta untuk tidur tepat pada jam 11.00 malam dan diminta untuk
bangun seawal jam 5.00 pagi untuk slot Qiyammullaildan Solat Subuh Berjemaah.
Hari Kedua 29 April 2012 ( Ahad )
Hari Kedua Program KIDS dimulakan seawal jam 5.00 pagi dengan para peserta
bangun daripada tidur untuk persediaan Qiyammullail di surau. Para peserta dilihat
mempunyai keazaman dan disiplin yang baik dengan sama-sama mengejutkan rakan-rakan
yang masih di ulit mimpi. Kesemua peserta berada di dalam surau terlebih dahulu
05.00 pagi
06.10 pagiQiyamullail / NUR KEINSAFAN
Solat Subuh / Zikir Munajat
06.30 pagi
07.00 pagi
Slot 9: Kuliah Subuh : ERTI HIDUP ERTI MATI
Slot 10 : Riadah : GERAK-GERAK KHAS
08.00 pagi Khidmat Diri / Sarapan09.00 pagi Slot 11: BERANI BERUBAH10.30 pagi Minum Pagi
11.00 pagi
02.30 ptg
Slot 12: RESTU bersama ibu-bapa dan guru-guru.
Bersurai
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
8/15
8 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
sementara menunggu jurulatih bagi memimpin Qiyammullail tersebut. Murid-murid juga
memulakan bacaan zikir beramai-ramai sebelum memulakan Qiyammullail tersebut. Pada
jam 5.25 pagi program Qiyammullail dimulakan dengan Solat Sunat Tahajjud, Solat Hajat
dan Solat Taubat yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Sulaiman bin Ishak. Seterusnya
murid-murid diarahkan untuk keluar beratur di luar surau untuk menikmati keindahan alam
ciptaan Allah SWT dan menunaikan solat fardhu Subuh secara berjemaah di atas jalan tar
berhadapan sekolah. Ini dilihat sebagai suatu pengalaman baru bagi para peserta bagi
menunjukkan bahawasanya bumi Allah SWT itu luas dan suci untuk sebarang ibadah
khususnya solat selagi diyakini jelas kebersihannya. Program seterusnya ialah Kuliah Subuh
yang menceritakan tentang tajuk Erti Hidup Erti Mati. Tajuk ini dilihat sebagai satu
kesinambungan kepada program pada malam sebelumnya yang memfokuskan kepada
matlamat kehidupan di atas muka bumi hanyalah semata-mata ingin mendapatkan redha
Allah SWT. Apabila kehidupan bermatlamat barulah kehidupan membawa erti dan
membawa saat kematian yang sempurna di sisi Allah SWT.
Pada jam 7.00 pagi, program diteruskan dengan slot radah iaitu slot Gerak-Gerak
Khas yang dipimpin oleh En. Mursyidul Jumaan bin Sabran. Riadhah ini lebih
menumpukan kepada pergerakan setempat serta memusatkan kepada kepentingan ciptaan
panca indera yang diberikan oleh Allah itu adalah merupakan satu anugerah yang tidak
terhingga yang selayaknya digunakan dengan sebaiknya sesuai dengan secantik
ciptaannya. Pada jam 8.00 pagi, para peserta dibenarkan ke kantin untuk menikmati
sarapan pagi dan seterusnya diberikan masa untuk mandi serta khidmat diri untuk slot
yang seterusnya. Slot yang seterusnya adalah slot Berani Berubah. Slot ini memberi
motivasi kepada para peserta untuk berani berubah kepada kesempurnaan hidup yang
lebih sejahtera berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dan juga mencapai kejayaan dalam
peperiksaan UPSR yang bakal tiba tidak lama lagi. Slot yang bermula jam 9.00 pagi iniberakhir pada jam 10.15 pagi. Slot ini terpaksa dipendekkan untuk memberi peluang
kepada para peserta untuk mengemaskan bilik penginapan serta barangan dan menyusun
kerusi meja di dalam kelas seperti sedia kala. Selepas selesai mengemas bilik penginapan
para peserta diberikan minum pagi sementara menunggu kehadiran ibu bapa / penjaga
kepada para peserta untuk sama-sama mengikuti slot yang terakhir iaitu slot Restuyang
disifatkan sebagai slot kemuncak dan mencapai objektif pelaksanaan Program KIDSini.
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
9/15
9 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
Ustaz Ashraf bin Suarin Al-Muqri mengambil tempat untuk slot yang terakhir ini dalam
memberikan sentuhan jiwa dan motivasi kepada para peserta dan juga guru-guru serta ibu
bapa. Al-Fadhil penceramah banyak menekankan peranan ibu bapa dan juga guru-guru
dalam membentuk peribadi anak-anak peserta ke arah yang lebih baik dan mengharapkan
ibu bapa mengambil berat soal kewajipan solat anak-anak. Juga ditekankan tentang
tanggung jawab seorang anak terhadap kedua ibu bapanya yang telah banyak berjasa dan
bersusah payah membesarkan anak-anak. Keseluruhan anak-anak peserta boleh dikatakan
menangis dan tersentuh dengan tayangan video keperitaan dan kesusahan seorang ibu
melahirkan dan membesarkan seorang anak. Dan yang terakhirnya, Al-Fadhil penceramah
meminta kepada ibu dan bapa ke hadapan ke pentas utama untuk memberi peluang
kepada anak-anak peserta memohon maaf serta keampunan di atas segala kesalahan yang
telah dilakukan serta disusuli dengan majlis restu dengan menjemput kepada guru-guru ke
pentas utama untuk tujuan ibu bapa memohon restu daripada guru-guru semoga segala
ilmu yang dicurahkan sepanjang di sekolah ini dihalalkan kepada seluruh anak-anak
mereka. Program restu inilah yang cukup bermakna dalam menilai hubungan antara pihak
sekolah dan juga ibu bapa adalah amat penting dalam bersama-sama mencapai
kecemerlangan. Majlis restu ini ditutup dengan bacaan doa daripada Al-Fadhil penceramah
dan diaminkan oleh semua hadirin. Majlis restu ini melabuhkan tirainya tepat jam 2.00
petang dan secara keseluruhannya semua hadirin mengucapkan syukur dan terima kasihkepada penceramah atas sentuhan kalbu yang diberikan, mudah-mudahan setiap ttisan air
mata yang jatuh itu akan mennggakan kesan yang mendalam dalam kehidupan pada masa
akan datang. InsyaALLAH.
Setelah itu, majlis penutupan ringkas diadakan yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd
Sholehhe bin Ali bagi memberi peluang kepada pihak sekolah melalui Puan Guru Besar,
Puan Radziah binti Talhah mengucapkan kata penghargaan dan terima kasih serta
bertukar-tukar hadiah sebagai tanda kenang-kenangan sempena dengan program KIDS
pada tahun ini. Pada jam 2.30 petang murid-murid dibenarkan pulang setelah selesai majlis
penyampaian hadiah dan bergambar diadakan, dan setiap peserta dibekalkan dengan
sebungkus nasi dan air untuk di bawa pulang ke rumah sementara para tetamu dan semua
jurulatih Zydney Recources dijemput untuk makan tengah hari di kantin. Semoga program
sebegini dapat diadakan pada tiap tahun untuk memberikan pengalaman dan ilmu yang
berharga kepada murid-murid yang akan datang.
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
10/15
10 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
REFLEKSI12.
KEKUATAN :
Modul yang disediakan dapat dijalankan dengan baik dalam LDK
Aktiviti program dapat dijalankan dengan lancar seperti yang dirancang.
Sokongan daripada guru-guru , ibu bapa dan sekolah
Terdiri daripada fasilitator yang berpengalaman dan terlatih
Kemudahan tempat dan peralatan yang selesa dan mencukupi. Kerjasamaantara AJK pelajar dan penduduk dengan pentadbir
Sokongan padu daripada seluruh warga SMKSU dan penduduk di sekitarnya
AJK yang sanggup berkorban tenaga dan masa bagi menjayakan program ini
AJK yang berkebolehan dan amat komited terhadap segala aktiviti yang
dirancang
KELEMAHAN :
Masih kurang peruntukan kewangan
Kehadiran peserta kurang memuaskan
Tiada penggunaan ICT dalam pelaksanaan Kem
AJK yang mempunyai banyak bebanan tugas lain
Penyertaan kurang memuaskan penduduk di sekitarnya kerana kekangan masa
Penyertaan pelajar sesi pagi kurang memuaskan.
Pelajar yang kurang berminat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
11/15
11 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
CADANGAN/PENAMBAHBAIKAN :
Tarikh pelaksanaan program perlu lebih awal
Peruntukan kewangan diturukan lebih awal
Penggunaan ICT supaya lebih menarik dan efisyen
Perlu sambutan dan diadakan di peringkat sekolah
Perlu ditambah dengan aktiviti permainan agar lebih menarik
Persediaan program perlu dirancang dengan lebih teliti bagi memastikan kelancaran
dan keberkesanan program.
Melibatkan pelajar Islam dan persatuan yang berkaitan bagi melatih semangat
bekerjasama dalam menjayakan program sekolah.
Menyediakan hadiah yang lebih menarik bagi melibatkan lebih ramai penyertaan
daripada pelajar.
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
12/15
12 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
KEHADIRAN13.
ANALISA KEHADIRAN PESERTA
KHEMAH IBADAH DALAM SEKOLAH
KELAS BILANGAN
KESELURUHAN
MURID
HADIR
TIDAK HADIR
BERSEBABTIADA
BERSEBAB
KELAS
6 AMANAH
10 3 3 4
KELAS
6 BIJAK
24 22 1 1
KELAS
6 CERDIK
23 21 2 0
KELAS
6 DEDIKASI
37 35 1 1
KELAS
6 EHSAN
37 31 3 3
KELAS
6 FASIH
37 25 5 7
KELAS
6 GIGIH
38 31 5 2
JUMLAH
MURID
206 168 20 18
206
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
13/15
13 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
ANALISA KEHADIRAN IBU BAPA SLOT RESTU
HARI : AHAD | JAM : 11.00 PAGI 2.30 PETANG
KHEMAH IBADAH DALAM SEKOLAH
KELAS
BILANGAN
KESELURUHAN
MURID
HADIR TIDAK HADIR
KELAS
6 AMANAH
10 3 7
KELAS
6 BIJAK
24 16 8
KELAS
6 CERDIK
23 14 9
KELAS
6 DEDIKASI
37 23 14
KELAS
6 EHSAN
37 22 15
KELAS
6 FASIH37 16 21
KELAS
6 GIGIH
38 23 15
JUMLAH MURID 206 117 89206
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
14/15
14 | K e r t a s L a p o r a n < K I D S >
PENUTUP14.
Alhamdulillah, segala puja dan puji selayaknya bagi Allah SWT di mana dengan
rahmatNya Program Khemah Ibadah Dalam Sekolah (KIDS) berjalan dengan lancar
dengan jayanya. Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah, para guru, ibu bapa, pelajar
dan para jemputan yang memberikan kerjasama yang amat baik dalam mejayakan
program ini. Juga tidak dilupakan ucapan penghargaan kepada para penyumbang seperti
Lembaga Zakat Selangor, ibu bapa dan pihak PIBG yang telah bermurah hati
menghulurkan sumbangan bermakna bagi melaksanakan program ini. Semoga program
kali ini dapat menjadi rujukan kepada program yang akan datang. BAARAKALLAHU
FIKUM JAMIIAN-
Disediakan oleh,
rifaei(EN. AHMAD RIFAEI BIN SALLEH)Jawatan Kuasa Dokumentasi,Khemah Ibadah Dalam Sekolah (KIDS).
-
7/31/2019 Kertas Laporan Program Kids
15/15
top related