kertas kerja program perkhemahan pengakap ppg 2011
Post on 05-Dec-2014
189 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM
PENGAKAP
Tema :Sekali berpengakap,
terus berpengakap.
Perasmian Penutup :
Tuan Hj. Mat Rohani B. Kamar
UNIT : PENGAJIAN ISLAM 1
AMBILAN : JUN 2011
0
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
DISEDIAKAN OLEH:
1. ZALWANA BINTI MUDA (SK. YAMTUAN HITAM)
2. SUHANA BT PAKAIR (SK.KEPIS JOHOL)
3. NORHAMIZAH BT SAHARI (SK YAMTUAN LENGGANG)
4. SALINA BT SAIMAN (SK. KING GEORGE V)
5. SITI NURANI BT ABD. GHANI (SK.PANCHOR)
1
1. Pendahuluan
Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia. Ia telah
ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan
diperturunkan dari generasi ke generasi secara tersusun dan memiliki struktur
pentadbirannya yang tersendiri.
Untuk itu, kumpulan kami berhasrat mengadakan program perkhemahan selama
tiga hari dua malam di Kem Rimba Ilmu Juasseh. Dalam program perkhemahan ini, ahli
pengakap akan didedahkan dengan ilmu yang berkaitan dengan asas perkhemahan.
Peserta-peserta perkhemahan juga dilatih menjalani kehidupan sosial yang sihat
dan tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang telah disusun dan
diatur.
2. Tarikh
13, 14 & 15 Julai 2012
3. Hari
Jumaat, Sabtu dan Ahad
4. Tempat
Kem Pusako Hassan Basir Sungai Jelutong Batu kikir, Negeri Sembilan.
5. Rasional
Memupuk perpaduan, kerjasama dan kesefahaman akan hanya terbentuk
apabila sekumpulan masyarakat berkumpul dan menjalankan aktiviti secara bersama-
sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin eratlah hubungan dan
persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti perkhemahan merupakan satu
daripada ratusan aktiviti yang mengasuh dan membentuk murid menjadi insan yang
bertolak-ansur, tolong-menolong, peka dan sebagainya.
2
6. Objektif
Objektif perkhemahan ini adalah seperti berikut:
1. Memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan seperti memasang
dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya, memasak
dan menguruskan diri.
2. Merealisasikan Persetiaan dan undang-undang pengakap setiap masa.
3. .Melatih ahli pengakap kemahiran asas kebombaan dan pencegahan kebakaran.
4. Memupuk kesedaran terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk
menghadapinya.
5. Memyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai.
6. Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa.
7. Menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan, undang-undang
dan jadual yang telah ditetapkan.
7. Tema
Sekali Berpengakap Terus Berpengakap
8. Kumpulan Sasaran
25 orang peserta Tahun lima yang merupakan ahli pengakap dari sekolah :
1. SK Yamtuan Hitam Terachi
2. SK Kepis
3. SK Yamtuan Lenggang
4. SK KGV Seremban
5. SK Panchor
3
9. Keselamatan
Aspek keselamatan merupakan perkara penting dalam melaksanakan program
perkhemahan. Untuk itu kami akan memaklumkan senarai nama kumpulan
perkhemahan kepada balai polis terdekat. Selain itu kepada pihak-pihak lain yang
bertanggungjawab : Ketua kampung / mukim Jabatan perhilitan Jabatan Perhutanan
dan Klinik Kesihatan terdekat.
10. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform
Penasihat : Tuan Haji Mat Rohani bin Kamar
(Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah)
Pengerusi : En. Abdul Kudus b. Abdullah
( Penolong Pengarah Pusat Ko-Kurikulum )
Naib Pengerusi :1. Pn Norhayah Bt Mohd Rahim
( Guru Besar SK Yamtuan Lenggang
2. Pn Hajah Hamijah bt Hassim
(Guru Besar SK. Yamtuan Hitam)
3. Pn. Hodijah Bt Johari
(Guru Besar SK. Kepis )
4. Puan Hajjah Siti Fatimah bt Ya’cob
(Guru Besar SK. Panchor )
5. En. Mohd Tamyes B. Saimun
(Guru Besar SK. King. George v)
Setiausaha : Pn Norhamizah bt Sahari
Naib setiausaha : Pn. Zalwana binti Muda
Bendahari : Pn. Suhana bt Pakair
4
11. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Pengakap
Kem Komandan : Pn Siti Nuraini bt Abd. Ghani
Quatermaster : Pn. Salina bt Saiman
Keselamatan/Disiplin : En. Mohd Fahmi b. Md. Darus
Hadiah/Cenderahati : Pn. Rosmayanty bt. Rosly
Cik Nor Hafizah bt. Md. Razi
Buku Program : Cik Norhidayah bt Sayuti
Sijil : En. Khairil Anuar b. Mohammad Razi
Juru Acara : En. Mohd. Norsani b. Mahat
Tempat Ibadat : Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid
Perasmian Penutup : En. Arifin B. Mohd Nor
Aktiviti :
Malaysia Cergas
Pn Zalwana bt Muda (SK Yamtuan Hitam )
Pn Suhana bt Pakair (SK Kepis)
LDK Ice Breaking
Pn Norhamizah Sahari (SK. Yamtuan Lenggang)
Pn. Norhayati Sahari (SK. Yamtuan Lenggang)
LDK Mendirikan, Melipat Dan Menyimpan Khemah
Pn. Siti Nurani Bt Abd. Ghani
Pn. Zalwana Bt Muda
Pn. Suhana Bt Pakair
Pn. Salina Bt Saiman
Pn. Norhamizah Bt Sahari
5
LDK Logo, Motto, Visi dan Misi
Pn Salina Saiman Dan Fasilitator
LDK Ikatan Dan Simpulan
Pn. Norijah bt. Lokmat (SKP)
Pn. Nuraini bt. Abd. Hadi (SKSH2)
Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH)
LDK Kembara dan Orientaring ( Aktiviti Air )
Pn. Salina Bt Saiman ( SK. King George v )
Pn. Siti Nurani bt Abd. Ghani (SK Panchor)
En. Arifin b. Mohd (SKYTL)
LDK Kembara Malam
Pn. Suhana Bt Pakair
Pn. Norhamizah Bt Sahari
Pn. Salina Bt Saiman
Giliran Bertugas Malam :
Jumaat
Pn. Zalwana Muda
Pn Salina Saiman
Pn Siti Nurani
Pn Norhamizah Sahari
Pn Suhana Bt Pakair
En. Khairil Anuar B. Majid
Pn. Rosmayanty Bt Hamid
Cik Norhafizah Bt Johari
6
Sabtu
Pn. Zalwana Bt Muda
Pn Salina Bt Saiman
Pn Siti Nurani Abd. Ghani
Pn Norhamizah Bt Sahari
Pn Suhana Bt Pakair
En. Md. Zolman B. Naim
En. Syed Zulkepli B. Musa
Ahad
Pn. ZalwanaBt Muda
Pn Salina Bt Saiman
Pn Siti Nurani Bt Abd. Ghani
Pn Norhamizah Bt Sahari
Pn Suhana Bt Pakair
7
12. Program Dan Aktiviti:
JUMAAT
02.30tgh : Berkumpul (Semua guru)
: Pendaftaran peserta
: Taklimat Perkhemahan
: Mendirikan khemah
04.00ptg : Minum petang QM
: Solat
05.00ptg : Ice Breaking Pn. Norhamizah
07.00mlm : Pengurusan diri, solat dan tazkirah En. Norsani
: Makan malam QM
09.00mlm : LDK Logo, Motto, Misi dan Visi Pn Salina Saiman Dan Fasilitator
10.30mlm : Kembara Malam Pn Suhana
Pn Norhamizah
Pn Siti Nurani
11.30pg : Tidur Guru bertugas
8
SABTU
05.00pg : Pengurusan diri, tazkirah dan solat Pn Suhana
0700p 07.00 : Malaysia Cergas Pn Zalwana
Senamrobik Lagu Patriotik
07.45pg : Sarapan QM
08.00pg : LDK mendirikan, melipat dan menyimpan khemah . Pn. Siti Nurani
10.00pg :LDK Ikatan Dan Simpulan Pn Zalwana
Pn Suhana
12.30tgh : Makan tengahari QM
: Pengurusan diri dan solat
02.00ptg : LDK Kembara dan Orientaring ( Aktiviti Air ) Pn Salina & fasilitator
04.00ptg : Minum petang QM
: Solat Asar
05.00ptg : Latihan persembahan kumpulan semua guru/kumpulan
07.00mlm : Makan malam QM
: Pengurusan diri dan solat
09.00mlm : Malam Kebudayaan Semua guru
11.00mlm : Minum malam QM
: Tidur
9
AHAD
05.00pg : Pengurusan diri dan solat En. Norsani
07.00pg : Malaysia Cergas Pn. Zalwana
Nyanyian patriotik & kawad kaki Pn Siti Nurani
07.45pg : Sarapan Pagi QM
08.00pg : Ceramah Kesihatan Dr. Mohd Faiz b. Jamli
‘Awal Remaja ‘ (Hosp. Kuala Pilah)
10.00pg : Membuka khemah dan Semua guru
membersihkan kawasan
11.00pg : Minum pagi QM
11.30pg : Perasmian Penutup oleh PPD KP Semua guru
: Penyampaian Hadiah
: Jamuan Makan Tengahari Semua guru
: Bersurai
13. Anggaran Perbelanjaan
PERKARA KOS JUMLAH
RM
JUMAAT
Minum petang
Makan malam
1.20 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator).
4.00 X 40 orang (murid,guru dan fasilitator).
RM 048.00
RM 160.00
10
PERKARA KOS JUMLAH
RM
SABTU
Sarapan
Minum pagi
Makan tengahari
Minum petang
Makan malam
2.00 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator).
1.20 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator.)
4.00 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator.)
1.20 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator.)
4.00 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator.)
RM 080.00
RM 048.00
RM 160.00
RM 048.00
RM 160.00
AHAD
Sarapan
Minum pagi
2.00 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator.)
1.20 x 40 orang( murid,guru dan fasilitator.)
RM 080.00
RM 048.00
Hadiah penyertaan RM 2.00 X 68 RM 136.00
Cenderamata
perasmi
RM 30 x 1 RM 030.00
Jamuan penutup RM 4.00 X 30 RM 120.00
Backdrop RM 030.00
Runcit RM 100.00
JUMLAH BESAR RM 1248.00
11
14. PENUTUP
Kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam
mengelola dan menjayakan Program Perkhemahan Pengakap amatlah diharapkan.
Semoga dengan adanya komitmen dari semua akan menjadikan program perkhemahan
pada tahun ini . Adalah diharap ahli pasukan pengakap akan terus berdisiplin dan bijak
mengurus masa seterusnya menjadi warga Negara Malaysia yang berketrampilan dan
berhemah tinggi.
12
LAPORAN AKTIVITI RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN
(RIMUP)
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu program atas
kerjasama semua sekolah rendah yang melibatkan semua kaum di Malaysia. Beberapa
aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan menyatupadukan semua kaum di
Malaysia, samada dari sudut kerjasama yang ditunjukkan dan persefahaman yang
terjalin. Semua ini mampu membentuk sekumpulan masyarakat yang saling bantu-
membantu dan memahami antara satu sama lain.
Antara aktiviti yang dirancang adalah Program kecemerlangan Akademik, Sukan
dan Permainan, Perkhemahan dan Lawatan, Perayaan dan Perhimpunan serta
Program Khidmat Masyarakat.
Bagi tahun 2007 ini, Sekolah Kebangsaan PULAPAH dipertanggungjawabkan
bagi mengelola salah satu program iaitu Perkhemahan Silang Budaya RIMUP yang
mana program ini telah berjalan pada 11, 12 dan 13 MEI 2007 (Jumaat, Sabtu dan
Ahad).
Program ini dijalankan berdasarkan objektif yang ingin dicapai oleh pihak
sekolah khasnya dan negara amnya. Antara objektif tersebut adalah memupuk
kesedaran murid terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk
menghadapinya, menyemai kemahiran komunikasi dalam situasi yang pelbagai,
menanam sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan mengenai
teknik-teknik perkhemahan
Kumpulan sasaran melibatkan 20 orang peserta tahun 6 dari sekolah ahli yang
mana melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap dan Tunas Puteri.
Jumlah semua murid yang mengikuti perkhemahan ini adalah seramai 60 orang yang
melibatkan 3 buah sekolah termasuk sekolah ahli atau tuan rumah.
Jawatankuasa kerja bagi perkhemahan ini meliputi beberapa tugas yang dikelola
oleh beberapa orang guru. Tugas tersebut adalah :
13
Kem Komanden
Keselamatan dan Disiplin
Tempat Ibadat
Hadiah dan Cenderahati
Buku Program
Sijil
Juru Acara
Quartermaster
PA Sistem
Senarai semak setiap tugasan boleh dilihat pada lampiran yang disediakan.
Anggaran belanjawan untuk melaksanakan program ini adalah sebanyak RM
386.80. Ia melibatkan perbelanjaan untuk hadiah cenderamata perasmi, hadiah
penyertaan, jamuan penutup, backdrop dan belanja runcit.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam program ini adalah
Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Rakyat, Bengkel Tarian Asli, Bengkel Selera Tradisional,
dan Bengkel Permainan Etnik. Semua aktiviti ini dikelola atau diketuai oleh guru-guru
yang berpengalaman dan pakar dalam tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.
Walaubagiamanapun sekolah ahli telah menambah satu aktiviti sampingan yang
tidak terdapat dalam jadual aktiviti yang dirancang. Aktiviti tersebut adalah berjalan
malam yang mana ia bertujuan untuk menanam sikap berani dan bertanggungjawab
pada barang amanah yang diberi. Ia melibatkan semua guru termasuk guru pengiring
dari sekolah-sekolah yang terlibat. Objektif ini tercapai dan diharap aktiviti seperti ini
akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
Bagi giliran bertugas malam, semua guru terlibat dan bertanggungjawab keatas
semua perkara termasuk keselamatan murid sepanjang malam. Tuan rumah telah
menetapkan 5 atau 6 orang guru untuk berjaga pada setiap malam.
Tapak perkhemahan telah dibuat persedian awal sehari sebelum aktiviti
perkhemahan berlangsung iaitu pada pada hari Khamis, 10 Mei 2007. Pelan tapak
perkhemahan adalah seperti disediakan dalam lampiran.
14
Majlis Penutup dirasmikan oleh wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah Jempul /
Jelebu (PPDJJ) pada hari Sabtu, 13 Mei 2007 dan majlis selesai pada jam 12.30
tengahari.
Disediakan oleh
SETIAUSAHA RIMUP
REFLEKSI
15
RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ialah satu program
yang diadakan pada setiap tahun di sekolah-sekolah rendah di Malaysia amnya dan di
daerah Jempol khasnya. Perkhemahan Silang Budaya RIMUP ini menggabungkan
beberapa sekolah yang rata-rata pelajarnya berbilang kaum dan melibatkan badan-
badan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit
Merah (PBSM) dan sebagainya.
Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan PULAPAH sangat bertuah kerana pada
tahun ini, sekolah saya dapat menjadi tuan rumah bagi program Perkhemahan Silang
Budaya RIMUP 2007 dan ditugaskan untuk membantu melancarkan program ini.
Seramai 60 orang pelajar terlibat dalam program ini yang melibatkan 3 buah sekolah
termasuk tuan rumah iaitu SJKT Ladang Serting Helier, SK Serting Hilir 2 (F)dan SK
PULAPAH.
Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat
saya lihat terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat membantu menyatu
padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan memahami gaya hidup dan
budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi sesame mereka dengan
komunikasi yang baik.
Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktiviti-
aktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari
sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama adalah sikap murid yang
berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi.
Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak tuan rumah mengikut masa yang
ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak
perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan murid-murid
dan guru-guruuntuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan pejabat bagi urusan-
urusan tertentu.
Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid
terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah bengkel
nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional dan bengkel
16
permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh guru-guru yang
berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau aktiviti yang disusun.
Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti yang
dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola sebahagian
aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan.
Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahan-
kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut
alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak tuan rumah tidak
mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan peralatan memasak yang
mana terpaksa dipinjam daripada pihak Pusat Latihan Polis(PULAPOL).
Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk
perkhemahan ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk kerja-
kerja menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu komputer
sahaja dibekalkan dalam bilik guru.
Hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan semangat
murid-murid untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu, perkhemahan ini
masih diteruskan dan murid-murid terpaksa bermalam dalam keadaan padang yang
basah.
Makanan yang disediakan oleh tuan rumah sama ada makan tengah hari atau
malam tidak dapat diselaraskan menunya disebabkan sebahagian guru dan murid India
mengamalkan menu ‘vegetarian’ dalam kehidupan mereka. Ini sedikit menyukarkan
tuan rumah untuk menempah dan menyediakan makanan.
Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa dijemur
dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan
waktu untuk mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda
keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari
tersebut.
Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan
penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu program. Persediaan
17
yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang
sewajarnya oleh tuan rumah.
Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer dalam bilik
guru bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dengan penambahan
kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat dan berkualiti.
Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak pentadbir
atau tuan rumah perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 khemah bagi
membantu guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada waktu malam. Selain
itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu dititikberatkan, memandangkan
aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti murid. Semua peralatan ini perlu
disediakan lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini berlangsung.
Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan
cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan
bersemangat buat para peserta.
Selain itu, dari sudut penyediaan makanan, sekolah-sekolah yang menyertai
perkhemahan ini perlu memaklumkan lebih awal berkenaan menu makanan mereka
sepanjang program ini berlangsung. Terutamanya murid-murid dan guru-guru daripada
kaum India. Tindakan awal ini membantu tuan rumah membuat persediaan awal dan
dapat menempah makanan seperti yang dikehendaki.
Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program yang
dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti,
diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Setiap
kelemahan yang ada dapat dibaiki secara berperingkat-peringkat.
18
top related