kertas kerja pibg

Post on 05-Oct-2015

92 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

contoh memohon tv untuk makmal bahasa

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA MENAIK TARAF MAKMAL BAHASA 2015

1. RasionalPenggunaan alatan ICT memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan membantu guru-guru dalam menjalankan pengajaran yang lebih kondusif. Oleh itu, penggunaan makmal Bahasa perlulah dioptimumkan dengan menyediakan suasana bilik yang lebih selesa dan kemudahan mendapatkan maklumat serta bahan-bahan rujukan yang pelbagai dan berkualiti. Selama ini, guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tidak dapat mengoptimumkan penggunaan makmal Bahasa kerana kekurangan kemudahan di makmal tersebut. Guru-guru Bahasa Inggeris sebagai contoh, kerapkali menggunakan makmal Sains untuk menjalankan program Ops English. Makmal komputer juga tidak dapat digunakan kerana tempahan sudah penuh untuk subjek Literasi Komputer. Oleh itu, guru-guru Bidang Bahasa sangat berharap PIBG sekolah dapat membantu menaik taraf makmal Bahasa demi kepentingan murid-murid di sekolah ini. 2. Nama ProgramPermohonan menaik taraf Makmal Bahasa SMK AGAMA SARATOK 2015 untuk keceriaan dan kecemerlangan.3. Matlamat

Menjadikan makmal Bahasa sebagai satu tempat yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan PdP yang kondusif. Mengurangkan kebergantungan kepada makmal Sains dan makmal komputer untuk PdP terutamanya untuk program MBMMBI yang memerlukan guru-guru menggunakan perisian dan CD yang disediakan. Murid-murid lebih seronok belajar BM & BI kerana kepelbagaian teknik pembelajaran dan tempat yang selesa4. Permohonan TV LED 42 Radio

Tikar5. Sumber Kewangan

PIBG SMK Agama Saratok6. Anggaran Perbelanjaan

Harga barang elektrik berdasarkan servey yang dijalankan di Laser Electrical , Sarikei manakala tikar getah di Tai Coon Sdn Bhd, Saratok.

ITEMKUANTITIHARGA SEUNIT (RM)

Televisyen LED LG214502900.00

Radio Sony2250500.00

Tikar getah3 gulung180540.00

JUMLAH3940.00

7. Gambar Makmal Bahasa

Disediakan oleh;

Disemak dan disahkan oleh;

.

..

FARIDAH HUSNA ABDULLAH

ROSLAN BIN MOHAMAD SAINI

KETUA BIDANG BAHASA

PENGETUA

SMK AGAMA SARATOK

SMK AGAMA SARATOK.

top related