kertas kerja bijak sifir
Post on 06-Dec-2015
37 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK SIFIR
TARIKH
18 JULAI HINGGA 12 OGOS 2011
TEMA
“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”
TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN JELEMPOK
ANJURAN BERSAMA
PANITIA MATEMATIK SKJ
KERTAS KERJA
PROGRAM BIJAK SIFIR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl:125, mafhumnya:-
“Ajaklah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh teladan yang
terbaik dan berhujah lah dengan kata-kata yang baik……….”
1.0 PENGENALAN
Alhamdulillah, segala pujian dan syukur buat al-Khaliq yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang di atas segala rahmat. Selawat dan
salam kasih untuk junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat
seterusnya mata rantai agama Allah yang mengikut sunnah Baginda
S.A.W sehingga hari Qiamat.
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang
penting dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi
penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir
amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran
Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian.
Program ini akan diadakan selama empat minggu, di mana murid-
murid yang terlibat akan diberi satu buku Bijak Sifir yang memerlukan
mereka untuk mendapatkan tandatangan guru, ibu atau bapa dan juga
rakan sebaya. Bagi mendapatkan tandatangan tersebut,murid-murid perlu
membaca sifir tanpa melihat buku sifir di hadapan guru, ibu atau bapa dan
juga rakan mereka. Sasaran sifir yang ditetapkan ialah sifir 1, sifir 2, sifir 3,
sifir 4, sifir 5, sifir 6 sifir 7, sifir 8, sifir 9, sifir 10, sifir 11 dan sifir 12. Ini
bermakna, murid-murid perlu mendapatkan sebanyak 36 tandatangan.
Murid-murid yang berjaya mendapatkan semua tandatangan dalam
tempoh yang diberi akan diberi cenderamata.
2.0 MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid
khususnya dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran
mengingati sifir. Di samping itu, ia mampu meningkatkan minat dan
motivasi murid terhadap subjek Matematik.
3.0 OBJEKTIF
1. Menguasai kemahiran mengingati sifir.
2. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam
kehidupan.
3. Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik.
4. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan
berbudi pekerti mulia.
5. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.
4.0 NAMA PROGRAM
PROGRAM BIJAK SIFIR
5.0 TEMA
“SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK”
6.0 ANJURAN
Panitia Matematik SKJ
7.0 TARIKH
18 Julai hingga 12 Ogos 2011
8.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Jelempok (SKJ)
9.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5
10.0 AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA
PENAUNG : En. Mohd Noor Bin Ismail
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jelempok.
PENGERUSI : En. Wan Nizar Bin Wan Yusof
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Jelempok.
NAIB PENGERUSI : En. Ridzuan Bin Ramli
Ketua Panitia Matematik,
Sekolah Kebangsaan Jelempok
SETIAUSAHA : Cik Noor Farhana Binti Adnan
PENYEDIAAN BOOKLET : Cik Siti Sarah Binti Mohd Nasir
PAMPLET & DOKUMENTASI : En. Md Sobri Bin Md Nor
CENDERAMATA : Pn. Rogayah Binti Abdullah
12.0 KOS PROGRAM
Bil Perkara Kos
1 Alat Tulis RM50.00
2 Hadiah 22 X RM5.00 = RM75.00
Jumlah RM125.00
13.0 PENUTUP
InsyaAllah, kami amat mengharapkan agar program ini dapat
dilaksanakan seperti yang dicita-citakan. Semoga Allah memberkati niat
murni kami ini dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya.
Wassalam.
Disediakan oleh,
-----------------------------
(NOOR FARHANA BINTI ADNAN)
Setiausaha
Program Bijak Sifir,
Sekolah Kebangsaan Jelempok.
Disokong oleh,
-----------------------------
(EN. RIDZUAN BIN RAMLI)
Naib Pengerusi
Program Bijak Sifir,
Sekolah Kebangsaan Jelempok
Diluluskan oleh,
-----------------------------
(EN. MOHD NOOR BIN ISMAIL)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jelempok
top related