kerajaan uthmaniyah

Post on 26-Jul-2015

113 Views

Category:

Education

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Dr. Ermy Azziaty Rozali

Pensyarah KananJabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Fakulti Pengajian Islam, UKM

Kuasa Islam yang muncul di Barat Laut Anatolia pada awal abad ke-14M

Menurut orang-orang Uthmaniyah mereka berasal daripada keluarga Suleymaniah iaitu pembesar Turki yang berasal dari Mahan, Timur Laut Iran

Keluarga ini melarikan diri dari serangan orang Mongol pada abad ke -13.

Anak Suleyman, Ertughrul memimpin pengikut ayahnya ke Anatolia berkhidmat dengan Kerajaan Saljuk menentang Byzantin dan Mongol

Pengasasan Kerajaan Uthmaniyah Proses Perluasan Kuasa Penaklukan Constantinople Zaman kegemilangan Kemerosotan Awal Dawlah

Uthmaniyah Usaha-usaha pemulihan dan

pembaharuan

Ertughrul diganti oleh anaknya Uthman yang dianggap sebagai pengasas kerajaan Uthmaniyah

Kerajaan ini terdiri daripada 37 orang sultan/ Khilafah.

Antara Sultan yang banyak memainkan peranan yang penting ialah Usman, Orkhan, Murat, Bayazid, Muhammad al-Fatih, Sulaiman al-Qanuni, Sultan Abdul Hamid II, dll

Kajian terkini menunjukkan kerajaan ini diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul yang memimpin imarah Uthman di Selatan Anatolia.

Sekitar tahun 1300M Uthman menguasai Eskishehir hingga ke Nicea(Iznik)

Pada tahun 1326, Orkhan menawan Bursa dan dijadikan ibu negeri

Penempatan penduduk, sistem pentadbiran dan pembangunan ketenteraan diadakan

Orkhan meneruskan proses perluasan kuasa dengan menawan imarah Karasi pada tahun 1345 dan juga Gallipoli.

Seterusnya Sultan Murat dapat menawan Adrianople dan dijadikan ibu negeri dengan nama Edirne

Penguasaan Edirne memudahkan usaha kerajaan Uthmaniyah untuk bertapak ke Eropah

Philipolis ditawan pada 1363, Macedonia 1371-87, Tengah Bulgaria 1382, Sofia 1385 dan Nis serta Serbia pada 1386. Manakala Kosovo pada 1389

Murat terbunuh dalam pertempuran di Kosovo dan digantikan oleh puteranya Bayazid I

Bayazid menyerapkan imarah-imarah Turkoman di Barat Anatolia ke dalam Uthmaniyah, menawan Bulgaria dan mengepung Constantinople.

Beliau juga mengalahkan Hungary di Sungai Danube. Di atas kejayaan beliau, Khalifah Abbasiyah mengurniakan gelaran ‘Sultan’

Pada tahun 1397, Timur Lang (Mongol-Turki) menyerang kerajaan Uthmaniyah di Anatolia dalam pertempuran Ankara

Bayazid dapat ditawan dan dikalahkan pada 1401.

Perebutan kuasa berlaku di antara anak Bayazid iaitu Suleyman, Mehmed, Musa dan Isa.

Pada masa ini dikenali sebagai era ‘intereggenum”

PENAKLUKAN CONSTANTINOPLE

Usaha menakluk Constantinople dilakukan secara agresif sejak zaman Khulafa al-Rashidin lagi

Kerajaan Uthmaniyah di bawah Sultan Mehmed II (Mehmed al-Fatih )berusaha untuk menakluki Constantinople dengan mengepungnya selama 53 hari

Pada 29 April 1453, Constantinople dapat ditawan kejayaan ini menjadi rekod penting dalam sejarah Uthmaniyah

Kejayaan gemilang ini berjaya mengambil alih pusat pentadbiran Byzantine yang telah bertapak lebih 1000 tahun

Bandar tersebut dinamakan Istanbul, dibangunkan semula dan dijadikan ibu negeri kerajaan Uthmaniyah

Mehmed II digantikan oleh anaknya Bayazid II yang berusaha mengekalkan kekuasaan dawlah Uthmaniyah

Seterusnya Sultan Selim I berkuasa yang disokong kuat oleh golongan devsirme

Zaman ini merangkumi era pemerintahan:Sultan Bayazid II b. Mehmet II.Sultan Selim I b. Bayazid II.Sultan Suleyman al-Qanuni b. Selim I

Kerajaan ‘Uthmaniyyah berhadapan dengan kuasa baru Eropah, Empayar Hubsburg di Vienna (Austria).

Gerakan ketenteraan Suleyman begitu agresif sehingga beliau berjaya menguasai sebahagian kecil Eropah (wilayah Balkan).

Aktiviti kesenian, keilmuan dan intelektual berkembang maju; pembinaan masjid dan istana, pusat perdagangan serta pusat pendidikan.

Sultan Selim I digantikan oleh anaknya Suleyman yang dikenali sebagai Suleyman The Magnificent atau Suleyman al-Qanuni (1520-1566)

Kerajaa Uthmaniyah mencapai zaman kegemilangannya

Empayar Habsburg di Eropah dan Kerajaan Safawiyyah di sebelah Asia menggugat Uthmaniyah

Perancis diberikan hak capitulations pada tahun 1536.

Pengkalan tentera laut yang besar diwujudkan di Suez 1517 dan Basrah 1538 untuk menangkis ancaman Portugis dalam mengukuhkan perdagangan antarabangsa di Timur Tengah

Meskipun zaman Suleyman dianggap zaman kemuncak pemerintahan ‘Uthmaniyyah, akan tetapi bibit kelemahan sudah bercambah pada ketika itu.

Pemerintahannya yang terlalu lama menyebabkan beliau mula menyisih dan memberi tugas pentadbiran kepada Perdana Menteri.

Kemenangan golongan devsirme ke atas golongan bangsawan Turki turut mendorong faktor kelemahan ini.

Masing-masing mula mencari kuasa dan pengaruh, termasuk pihak sultan sendiri.

Ini ditambah pula dengan pengaruh harem.

Bibit-bibit kemerosotan bermula sejak pemerintahan Sultan Suleyman al-Qanuni. Di antara faktor tersebut :-

Kekuasaan Sultan semakin berkurangan

Pengaruh golongan devsirme Peranan harem Pertambahan penduduk The Eastern Question

Usaha-usaha pemulihan dimulakan oleh Sultan Usman II

Walaupun program pemulihan tidak begitu berjaya tetapi masih mampu menguatkan tentera Uthmaniyah dalam menghadapi ancaman Eropah

Abad ke 18 menyaksikan pelbagai perjanjian yang ditandatangani dengan Russia dan Austria ekoran dari peperangan yang berlaku dengan kuasa tersebut

Kemerosotan Uthmaniyah semakin ketara pada abad seterusnya

Usaha-usaha pembaharuan mencapai kemuncaknya di bawah Sultan Selim III

Beliau menubuhkan tentera baru iaitu Nizam al-Jadid dan kolej-kolej ketenteraan

Pemberontakan dari wilayah yang menuntut kuasa autonomi, pendudukan Perancis di Mesir dan penentangan tentera janissari membantutkan pembaharuan oleh Selim III

Perkembangan ilmu pengetahuan di kolej dan sekolah memberi ruang kepada pembaharuan yang dilakukan seterusnya pada abad ke -19M

Selain pembaharuan dalam bidang ketenteraan, Sultan Mahmud II juga membawa pembaharuan dalam bidang pendidikan.

Antaranya ialah:a) Menubuhkan sekolah Maktaba-i-Maarif b) Menubuhkan sekolah Maktabah-i-Ulum c) Sekolah tenterad) Sekolah Teknike) Sekolah kedoktoran dan pembedahan.f) Menghantar Pelajar ke Eropah.

Tanzimat atau program pembaharuan (reformasi) adalah berikutan desakan Eropah kepada Kerajaan Uthmaniyyah supaya penganut Kristian diberi perlindungan sepenuhnya.

Tanzimat ini dilaksanakan berdasarkan dua piagam utama:

1) Hatt-i-Sherif Gulhane 1839.2) Hatt-i-Humayun 1856

Kandungan Hatt-i-Sherif Gulhane 1839.

1) Menjamin Keselamatan nyawa, kehormatan dan harta benda.

2) Menubuhkan sistem pungutan dan agihan cukai yang tetap dan adil.

3) Mewujudkan satu sistem yang teratur dalm pemilihan tentera bagi menjamin keadilan khasnya dalam sistem kerahan, latihan dan sebagainya.

Kesan Tanzimat

Tanzimat bertujuan menyelamatkan Dawlah ‘Uthmaniyyah dari kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran.

Tetapi pelaksanaan tanzimat ini tidak banyak memberi kesan positif.

Rusia telah beralih kepada dasar perluasan kuasa dan berusaha menduduki wilayah strategik yang menghala Lautan panas (Laut Hitam, Selat Turki, Dardanelles & Bosphorus).

Wilayah ini adalah di bawah kerajaan ‘Uthmaniyyah

Selain itu negara-negara Eropah lain bimbang terhadap kebangkitan kuasa Rusia.

Kebimbangan mereka adalah kerana Rusia mungkin akan menduduki wilayah ‘Uthmaniyyah dan mengorbankan ‘Uthmaniyyah.

Oleh itu sejak abad ke-19, The Eastern Question, al-masalah al-Sharqiyyah atau ‘Persoalan Timur’, menjadi dasar Eropah terhadap Kerajaan ‘Uthmaniyyah.

Satu gagasan yang didukung oleh Sultan Abdul Hamid II untuk membina kesatuan umat Islam di bawah khilafah Uthmaniyah bagi berhadapan dengan penjajahan Barat.

Antara pelopor gagasan Pan-Islamisme ialah Jamaluddin al-Afghani dan Namik Kemal.

Gagasan ini diterima oleh dunia Islam di Timur Tengah dan Alam Melayu

Kerajaan Uthmaniyah merupakan penerus Khilafah Islamiyah yang diwarisi

oleh khulafa’ al-Rashidin. Sumbangan kerajaan ini amat besar dalam tamadun

Islam

top related