kenali ubat anda

Post on 17-Aug-2015

169 Views

Category:

Education

20 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

www.drmuda.gov.my

SKOP 1SKOP 1KENALI UBAT ANDA

www.drmuda.gov.my

www.drmuda.gov.my

Objektif :Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan BERKEMAHIRAN:

Memahami definisi ubat. Mengenal pasti ubat yang berdaftar dalam pasaran.Mengenal pasti kosmetik yang bernotifikasi.Mengetahui risiko menggunakan ubat yang tidak

berdaftar dan produk kosmetik yang tidak dinotifikasi.

www.drmuda.gov.my

Isi pentingIsi penting

1. Definisi ubat.

2. Keperluan ubat berdaftar.

3. Semakan nombor pendaftaran MAL dan pelekat hologram.

4. Semakan nombor notifikasi NOT untuk produk kosmetik.

5. Risiko menggunakan produk tidak berdaftar dan kosmetik yang tidak dinotifikasi.

www.drmuda.gov.my

UBAT ADALAH BAHAN KIMIA UNTUK

MENCEGAH, MENGAWAL DAN MERAWAT

PENYAKIT

MENCEGAH MENGAWAL MERAWAT

www.drmuda.gov.my

KUMPULAN UBATKUMPULAN UBAT1. UBAT AM (OVER THE COUNTER )

CONTOH : UBAT DEMAM, VITAMIN

2. UBAT TERKAWAL

i. DENGAN PRESKRIPSI (PERLU JUMPA DOKTOR)

CONTOH : DARAH TINGGI,ANTIBIOTIK

ii. TANPA PRESKRIPSI (KEDAI FARMASI)CONTOH : KRIM, UBAT BATUK, UBAT SELESEMA

Nota:Mengikut Akta Racun 1952 Seksyen 2 dan 19, semua ubat terkawal hanya boleh diperoleh terus daripada doktor dan ahli farmasi yang berdaftar. Preskripsi merupakan arahan bertulis berkaitan ubat daripada doktor.

www.drmuda.gov.my

Keperluan Ubat BerdaftarKeperluan Ubat Berdaftar

Tahukah Anda?Semua ubat-ubatan yang

dijual & digunakan di Malaysia hendaklah

BERDAFTAR dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

www.drmuda.gov.my

Keperluan Ubat BerdaftarKeperluan Ubat Berdaftar

a. Kenapa ubat perlu berdaftar?

Untuk memastikan:

Berkualiti : produk dikilangkan di premis berstatus GMP – Good Manufacturing Practice atau Amalan Perkilangan Baik

Selamat : memastikan produk tidak dicemari dengan bahan-bahan asing yang berbahaya seperti logam berat

Berkesan : dibuktikan melalui kajian saintifik

www.drmuda.gov.my

Mana Yang Anda Pilih?Mana Yang Anda Pilih?

VS

www.drmuda.gov.my

Keperluan Ubat BerdaftarKeperluan Ubat Berdaftar

PASTIKAN SEMUA PRODUK MENGANDUNGI

NO. PENDAFTARAN MAL DAN PELEKAT

HOLOGRAM MEDITAG

www.drmuda.gov.my

Semakan nombor pendaftaran Semakan nombor pendaftaran MAL dan HologramMAL dan Hologram

Terdapat dua ciri yang menunjukkan sesuatu produk atau keluaran farmaseutikal berdaftar dengan KKM. Pengguna dapat mengenal pasti kedua-dua ciri ini dengan mudah kerana ia terdapat pada kotak atau botol produk berkenaan. Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah Nombor pendaftaran MAL dan pelekat hologram.

www.drmuda.gov.my

Semakan nombor pendaftaran Semakan nombor pendaftaran MAL dan HologramMAL dan Hologram

Nombor pendaftaran MAL

Nombor pendaftaran terdiri daripada 8 digit nombor yang unik. Ia bermula dengan perkataan MAL diikuti dengan 8 digit nombor dan diakhiri dengan abjad yang mewakili kategori produk iaitu A, N, T dan X. Sebagai contoh MAL12345678X.

www.drmuda.gov.my

UBAT TERKAWALDitanda huruf ‘A’ pada akhir No. PendaftaranMAL12345678AContoh: Ubat DarahTinggi, Antibiotik

UBAT TRADISIONALDitanda huruf ‘T’ pada akhir No. PendaftaranMAL12345678TContoh: Tongkat Ali, Minyak Gamat

UBAT BUKAN RACUN (OTC)Ditanda huruf ‘X’ pada akhir No. PendaftaranMAL12345678XContoh: Ubat Demam (Paracetamol)

UBAT SUPLEMEN KESIHATANDitanda huruf ‘N ‘pada akhir No. PendaftaranMAL12345678NContoh: vitamin dan mineral

Semakan nombor pendaftaran Semakan nombor pendaftaran MAL MAL

www.drmuda.gov.my

Semakan nombor pendaftaran Semakan nombor pendaftaran MAL MAL

Semakan nombor pendaftaran ini boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan http://www.bpfk. gov.my.

Pelekat Hologram

Pelekat hologram dilekatkan pada setiap kotak ubat kecuali kosmetik.

www.drmuda.gov.my

Pelekat Hologram MeditagPelekat Hologram MeditagTMTM

1. Dilekatkan pada setiap kotak ubat yang berdaftar kecuali kosmetik

2. Ciri luaran pelekat Hologram yang boleh dilihat dengan mata kasar :• perkataan KKM• bunga raya• perkataan PBKD & DCA

www.drmuda.gov.my

www.drmuda.gov.my

Semakan Nombor Notifikasi (NOT) Semakan Nombor Notifikasi (NOT) untuk Produk Kosmetikuntuk Produk Kosmetik

a. Definisi Produk Kosmetik

Bahan atau persediaan yang digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia (kulit, rambut, kuku, bibir dan organ genital luaran) atau gigi dan rongga mulut dengan tujuan untuk membersih, mewangi, memperbaiki/ mengubah atau mencantikkan, menghilangkan bau badan, memelihara atau mencantikkan, memelihara atau menjaga dalam keadaan baik.

www.drmuda.gov.my

Semakan Nombor Notifikasi (NOT) Semakan Nombor Notifikasi (NOT) untuk Produk Kosmetikuntuk Produk Kosmetik

b. Notifikasi Kosmetik

Produk kosmetik dikawal di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Peraturan-peraturan ini adalah berkaitan dengan keselamatan, kualiti dan tuntutan produk bagi tujuan melindungi dan meningkatkan kesedaran awam.

www.drmuda.gov.my

KOSMETIKSemua kosmetik perlu dinotifikasikan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memenuhi keperluan ‘Harmonisasi ASEAN’.Nombor notifikasi ini dimulakan dengan huruf NOT diikuti dengan 9 digit dan diakhiri dengan huruf KContoh: NOT12345678K

Nombor NOT ini tidak wajib untuk dipamerkan pada produk. Semakan nombor NOT ini boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan http://www.bpfk.gov.my.

Semakan Nombor Notifikasi (NOT) Semakan Nombor Notifikasi (NOT) untuk Produk Kosmetikuntuk Produk Kosmetik

www.drmuda.gov.my

RiRisiko Menggunakan Produk Tidak siko Menggunakan Produk Tidak Berdaftar dan Kosmetik yang Tidak Berdaftar dan Kosmetik yang Tidak

DinotifikasiDinotifikasi

Ubat yang tidak berdaftar boleh membawa risiko kesan sampingan serius yang boleh memberi kemudaratan kepada pengguna. Kebanyakan produk yang tidak berdaftar dicemar palsu dengan ubat terkawal. Semua ubat terkawal hanya boleh diperoleh terus daripada doktor dan ahli farmasi yang berdaftar.

www.drmuda.gov.my

RiRisiko Menggunakan Produk siko Menggunakan Produk Tidak BerdaftarTidak Berdaftar

a. Kesan sampingan produk yang dicemar palsu dengan Steroid

Meningkatkan risiko masalah mata seperti katarakKulit menjadi nipisMeningkatkan risiko jangkitan kumanIritasi kulitKulit keringJerawatMerosakkan organ-organ dalaman (contohnya kerosakan buah pinggang)

www.drmuda.gov.my

Risiko Menggunakan Produk Risiko Menggunakan Produk Tidak BerdaftarTidak Berdaftar

b. Kesan sampingan produk yang dicemar palsu dengan Sibutramine

Sibutramine merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan penurunan berat badan dengan bertindak secara mengurangkan selera makan.

Namun, Pihak Berkuasa KawalanDadah (PBKD) telah memutuskan untuk menggantung pendaftaran produk yang mengandungi sibutramine atas faktor keselamatan.

Antara kesan sampingan yang berbahaya terhadap pengambilan ubat ini ialah:

Kegagalan jantung

Kegagalan buah pinggang

Kesan pada sistem kardiovaskular

Gangguan tidur

www.drmuda.gov.my

Kesan Sampingan Produk Kosmetik Kesan Sampingan Produk Kosmetik

yang dicemar palsuyang dicemar palsuHidroquinone adalah bahan kimia yang dilarang dalam sebarang sediaan kosmetik dan memberi kesan toksik kepada kulit antaranya:-

Kulit menjadi hitam

Kanser kulit

Kulit kering

Kegatalan

Dalam dos yang tinggi Hidroquinone juga boleh menyebabkan:-

Kesesakan nafas

Serangan asma

www.drmuda.gov.my

Kesan Sampingan Produk Kosmetik Kesan Sampingan Produk Kosmetik yang dicemar palsuyang dicemar palsu

Tretinoin biasa digunakan dalam rawatan jerawat. Antara kesan sampingan bahan ini ialah:-

Kulit kelihatan terbakar/ Kulit menjadi merah kehitamanGatal dan mengelupasKulit keringKulit menjadi sensitif kepada cahaya matahari

www.drmuda.gov.my

AKTIVITI PENGAJARAN DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPEMBELAJARAN

AKTIVITI :

Mengenal pasti produk berdaftar dan kosmetik dinotifikasi melalui pelekat hologram dan nombor MAL/NOT

BAHAN PENGAJARAN :

SAMPEL KOTAK UBAT

www.drmuda.gov.my

Unit 2 : Amalan 5BUnit 2 : Amalan 5B

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan BERKEMAHIRAN:

1. Memahami dan mengamalkan Amalan 5B sebelum menggunakan ubat.

2. Mengetahui aspek keselamatan ubat dan tips penggunaan ubat.

www.drmuda.gov.my

1. Penggunaan Ubat Secara Berkualiti Dengan Mengamalkan Amalan 5B.

2. Tips Dalam Penggunaan Ubat.

www.drmuda.gov.my

Penggunaan Ubat Secara Penggunaan Ubat Secara Berkualiti Dengan Mengamalkan Berkualiti Dengan Mengamalkan

Amalan 5BAmalan 5BPenggunaan ubat yang betul mengikut

arahan doktor dan nasihat ahli farmasi adalah penting bagi mendapatkan rawatan yang berkesan dan selamat. Amalan 5B dapat membantu pengguna memahami dan mengingati seterusnya mengamalkan pengambilan ubat secara berkualiti.

www.drmuda.gov.my

UBAT YANG BETUL

PENGGUNA UBAT YG BETUL

MASA YANG BETUL

CARA PENGAMBIL

AN YANG BETUL

DOS YANG BETUL

www.drmuda.gov.my

Pengguna Ubat Yang BetulPengguna Ubat Yang Betul

www.drmuda.gov.my

Pengguna Ubat Yang BetulPengguna Ubat Yang Betul

Pastikan ubat diambil oleh pesakit yang betul seperti yang dinyatakan pada sampul ubat.

Ubat tidak boleh dikongsi.

Walaupun mempunyai penyakit yang sama, keperluan ubat adalah berbeza bagi setiap pesakit.

Jauhi ubat daripada kanak-kanak untuk elakkan kesilapan pengambilan ubat oleh kanak-kanak

www.drmuda.gov.my

Ubat Yang BetulUbat Yang Betul

www.drmuda.gov.my

Ubat Yang BetulUbat Yang BetulBaca label sebelum mengambil ubat. Pastikan ubat yang diambil adalah betul

seperti yang disarankan oleh doktor atau ahli farmasi.

Pengambilan ubat yang salah akan membahayakan kesihatan.

Dapatkan penjelasan daripada ahli farmasi sekiranya pesakit menerima ubat yang berbeza namanya daripada kebiasaan (untuk penyakit kronik).

Pastikan pengguna tahu kegunaan ubat yang sedang diambil.

www.drmuda.gov.my

Dos Yang BetulDos Yang Betul

www.drmuda.gov.my

Dos Yang BetulDos Yang Betul

Baca arahan pada label ubat.Pastikan dos yang diambil adalah

betul.Ketahui tempoh pengambilan ubat.Gunakan bekas bersukat atau picagari

yang dibekalkan untuk minum ubat. Gandaan dos tanpa nasihat doktor

atau ahli farmasi akan membahayakan kesihatan manakala pengurangan dos akan mengurangkan kesan ubat.

www.drmuda.gov.my

BENTUK DOSEJ

CARA PENGAMBILAN

Cara Pengambilan Ubat Yang BetulCara Pengambilan Ubat Yang Betul

UBAT MINUM/ SIRAP

MINUM SEPERTI DIARAHKAN

UBAT SAPU/ KRIM/LOSYEN

SAPU PADA TEMPAT YANG MENGALAMI MASALAH SAJA SEPERTI DIARAHKAN

SUPOSITORI MASUKKAN KE DALAM DUBUR SEPERTI DIARAHKAN

UBAT SEDUT (INHALER)

GUNAKAN MENGIKUT TEKNIK YANG BETUL

TABLET/ KAPSUL

TELAN. JANGAN KUNYAH ATAU HANCURKAN JIKA TIDAK DIARAHKAN.

www.drmuda.gov.my

BENTUK DOSEJ CARA PENGAMBILAN

PESARI Dimasukkan ke dalam faraj

INJEKSI/ SUNTIKAN Disuntik ke saluran darah -IntravenousDisuntik ke otot-IntramuscularDisuntik ke lapisan kulit-subcutaneous

www.drmuda.gov.my

Cara Pengambilan Ubat Yang BetulCara Pengambilan Ubat Yang Betul

Baca arahan pengambilan pada label ubat.

Pastikan ubat diambil dengan cara yang betul seperti disarankan.

Setiap ubat mempunyai cara pengambilan yang tertentu. Contohnya, tablet untuk ditelan/ dikunyah/ dihisap, ubat sirap untuk diminum, supositori untuk dimasukkan ke dalam dubur. Dapatkan nasihat ahli farmasi cara terbaik untuk mengambil ubat.

www.drmuda.gov.my

Cara Pengambilan Ubat Yang BetulCara Pengambilan Ubat Yang Betul

Cara pengambilan ubat yang salah bukan sahaja mengurangkan kesan ubat tetapi akan menyebabkan kesan sampingan yang serius

www.drmuda.gov.my

www.drmuda.gov.my

Masa Pengambilan Ubat yang BetulMasa Pengambilan Ubat yang Betul

Pastikan ubat diambil mengikut masa dan selang waktu yang ditetapkan

Pengambilan ubat pada masa yang tidak tepat akan menganggu kesan ubat terhadap kesihatan

Ubat harus diambil pada masa yang sama setiap hari

www.drmuda.gov.my

Masa Pengambilan Ubat yang BetulMasa Pengambilan Ubat yang Betul

Interaksi ubat boleh berlaku antara ubat dengan ubat, ubat dengan makanan dan ubat dengan penyakit. Oleh itu, beritahu doktor dan ahli farmasi sekiranya anda menerima rawatan atau mengambil ubat lain.

Interaksi ubat dengan makanan dapat dielakkan sekiranya ubat diambil mengikut arahan yang diberikan. Contoh: Elakkan pengambilan Ubat Ferrous Fumarate dan susu bersama-sama.

www.drmuda.gov.my

Tips Ketika Berjumpa Tips Ketika Berjumpa Doktor/Ahli FarmasiDoktor/Ahli Farmasi

a. Fahami Label Ubat

Label ubat mengandungi maklumat penting berkenaan ubat tersebut. Amalkan Amalan 5B ketika anda membaca label ubat yang diterima. Pemahaman label ubat dengan tepat dapat membantu untuk mengambil ubat dengan betul dan selamat.

www.drmuda.gov.my

Fahami Label UbatFahami Label Ubat

www.drmuda.gov.my

Tips Ketika Berjumpa Doktor/Tips Ketika Berjumpa Doktor/Ahli FarmasiAhli Farmasi

b. Maklumat yang perlu anda tanya kepada doktor atau ahli farmasi:

i. Apakah tujuan ubat diambil?

ii. Bagaimana cara menggunakan ubat?

iii. Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil ubat?

iv. Berapa lamakah tempoh pengambilan ubat?

www.drmuda.gov.my

Tips Ketika Berjumpa Doktor/Tips Ketika Berjumpa Doktor/Ahli FarmasiAhli Farmasi

b. Maklumat yang perlu anda tanya kepada doktor atau ahli farmasi:

v. Apakah kesan sampingan ubat ini?

vi. Apa yang perlu dielakkan dan diberikan perhatian sepanjang pengambilan ubat?

vii. Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa ambil ubat?

www.drmuda.gov.my

Tips Ketika Berjumpa Doktor/Tips Ketika Berjumpa Doktor/Ahli FarmasiAhli Farmasi

c. Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi jika pesakit:

Mengandung

Menyusukan anak

Mengidap penyakit lain

Mengambil ubat-ubatan lain (ubat moden dan ubat tradisional)

www.drmuda.gov.my

AKTIVITI PENGAJARAN DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 :

JANGAN LUPA LIRIK

BAHAN PENGAJARAN :

CD LAGU KENALI UBAT ANDA

AKTIVITI 2:

TAYANGAN VIDEO PENGGUNAAN UBAT YANG BETUL

BAHAN PENGAJARAN:

VIDEO PENGGUNAAN UBAT YANG BETUL

www.drmuda.gov.my

Ambil lah Ubat Secara Bijak Pentingnya ada nombor pendaftaranBerhati-hati ubat tiruanBerjaga-jaga akan kesan sampingan

Yakin selamat dan berkualitiDapat nasihat ahli farmasiKonsep 5B mudah difahamiBersama kita Kenali Ubat Anda

(Corus)Konsep 5B jadi amalanPastikan betul 5 perkaraBetul pengguna, ubat dan dosnyaBetul caranya, tepati lah masanya

Kenali Ubat Anda…Kenali Ubat, Kenali Ubat Anda…Kenali Ubat, Kenali Ubat Anda……

www.drmuda.gov.my

Unit 3 : Penyimpanan UbatUnit 3 : Penyimpanan Ubat  

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan BERKEMAHIRAN:

1. Mengetahui cara penyimpanan ubat yang betul.

2. Memahami faktor yang mempengaruhi kestabilan ubat.

www.drmuda.gov.my

Isi PentingIsi Penting  

1. Isu Penyimpanan Ubat.

Suhu

Kelembapan

Cahaya

Keselamatan

2. Amalan penyimpanan ubat yang perlu diberi perhatian.

www.drmuda.gov.my

1. Suhu

Penyimpanan ubat pada suhu yang ditetapkan sangat penting bagi menjamin keberkesanan dan kestabilan sesuatu ubat.

Ubat hendaklah disimpan pada suhu yang ditetapkan seperti pada arahan label ubat.

www.drmuda.gov.my

Bil Terma Suhu Catatan1. Dingin

beku-20C hingga -10C

Ubat tidak sepatutnya diletakkan di tempat dingin beku melainkan diarahkan sedemikian.

2. Peti Sejuk

2C hingga 8C Ubat seperti suntikan insulin dan suspensi antibiotik yang telah dibancuh perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Ubat-ubat yang perlu disimpan pada suhu bilik contohnya tablet, kapsul dan ubat minum tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk.

3. Suhu bilik 15C hingga 30C

Kebanyakan ubat perlu disimpan pada suhu bilik.

Jangan simpan ubat melebihi suhu bilik kerana ubat mungkin rosak dan tidak berkesan malah mungkin membawa kemudaratan.

4. Hangat 30C hingga 40C

Ubat sensitif kepada haba. Ubat tidak boleh disimpan pada suhu tinggi.

5. Panas >40C Ubat akan rosak pada suhu tinggi. Jangan simpan ubat di tempat yang panas.

www.drmuda.gov.my

2. Kelembapan

Ubat tidak sesuai diletakkan dalam keadaan lembap. Ubat mungkin akan rosak dan boleh menyebabkan kemudaratan jika diambil.

Ciri-ciri ubat rosak boleh dikenal pasti melalui perubahan pada rupa bentuk ubat tersebut. Contohnya, tablet yang terdedah kepada kelembapan akan menyebabkan ia rapuh, terdapat tompok pada permukaan ubat dan bertukar warna.

www.drmuda.gov.my

Isu Penyimpanan UbatIsu Penyimpanan Ubat  

3. Cahaya

Terdapat ubat yang perlu disimpan jauh daripada cahaya bagi mengelakkan daripada rosak. Contohnya ubat Sublingual Glyceryl Trinitrate yang sangat sensitif kepada haba dan cahaya.

Ubat tersebut boleh dikenal pasti melalui cara pembungkusan yang digunakan seperti pembungkusan blister legap atau botol gelap yang dapat menghalang penembusan cahaya.

www.drmuda.gov.my

Bagaimana hendak mengenali Bagaimana hendak mengenali sesuatu ubat tidak boleh sesuatu ubat tidak boleh terdedah kepada cahaya?terdedah kepada cahaya?

S/L GTN‘Ubat Bawah Lidah’

(Berkesan dalam 8 minggu selepas dibuka dari botol

asal)

Nifedipine

www.drmuda.gov.my

4. Keselamatan

Ubat merupakan bahan kimia. Oleh itu, ubat perlu diletakkan di tempat tinggi yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.

Ubat perlu diletakkan di tempat yang selamat untuk mengelakkan kanak-kanak daripada terambil ubat.

www.drmuda.gov.my

a. Ubat yang disimpan bercampur

Ubat TIDAK BOLEH disimpan bercampur di dalam bekas yang sama. Ubat yang disimpan bercampur di dalam satu bekas akan mengelirukan pesakit apabila perlu mengambil ubat. Ini juga boleh menyebabkan pesakit tersalah mengambil ubat.

www.drmuda.gov.my

Ubat Berlainan JenisUbat Berlainan Jenis

Mengapa tidak boleh? Ubat Diabetes, Darah Tinggi

dan Kolesterol

www.drmuda.gov.my

Boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat.

Boleh menyebabkan interaksi luaran ubat-ubatan.

Mencampur Ubat-ubatanMencampur Ubat-ubatan

www.drmuda.gov.my

Ubat yang sama jenis perlu disimpan mengikut tarikh luput. Ambil ubat yang paling hampir dengan tarikh luput dahulu. Menyimpan ubat dengan tarikh luput yang berbeza dalam bekas yang sama boleh menyebabkan risiko terambil ubat yang telah luput.

www.drmuda.gov.my

Ubat Baru & LamaUbat Baru & Lama

JANGAN campur ubat yang baru diterima dengan yang lama walaupun ubat yang sama

Kenapa Kenapa ??????Elak daripada termakan ubat yang sudah luput atau

rosak.

Tarikh Luput: 11/201

0Tarikh Luput : 2/2013

www.drmuda.gov.my

Ubat minum dan ubat sapu/kegunaan luar yang dibekalkan TIDAK BOLEH diletakkan berhampiran bagi mengelakkan terminum ubat sapu/kegunaan luar.

Terdapat perbezaan pada bekas ubat kegunaan luar dan ubat minum. Bekas atau botol ubat kegunaan luar mempunyai penutup merah atau merah keseluruhan.

Botol ubat kegunaan luar juga mempunyai jalur yang timbul bagi identifikasi oleh pesakit buta.

www.drmuda.gov.my

Ubat Kegunaan Ubat Kegunaan Luaran & DalamanLuaran & Dalaman

JANGAN letak ubat kegunaan luaran berhampiran ubat minum

Ubat Batuk

Ubat Sapu

(Calamine Lotion)

www.drmuda.gov.my

b. Bekas Simpanan Ubat

Ubat perlu disimpan di dalam bekas asal bagi memastikan arahan pengambilan adalah dipatuhi. Jangan tanggalkan label ubat asal.

Ubat seelok-eloknya diletakkan di dalam satu bekas yang khas. Bekas tersebut hendaklah diletakkan di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak.

www.drmuda.gov.my

Simpan ubat dalam :

Satu bekas ubat yang sesuai

Tempat yang selamat

Mudah dicari

Penyimpanan Ubat

www.drmuda.gov.my

Jangan tanggal label ubat asal.

Maklumat yang terdapat pada label asal:

Nama ubat Kekuatan ubat Cara pengambilan Kaedah simpanan Tarikh luput

www.drmuda.gov.my

JANGAN diletak di dalam sebarang bekas

Bekas Ubat

www.drmuda.gov.my

c. Penyimpanan Ubat di dalam:

www.drmuda.gov.my

i. Suhu kereta yang diletak di bawah cahaya matahari terik boleh mencecah 50°C.

ii. Ubat akan rosak jika disimpan pada suhu tinggi. Jangan simpan ubat di tempat yang panas.

iii. Ubat sedut/Inhaler akan meruap keluar (evaporate) akibat tekanan dan suhu tinggi.

KERETA

Penyimpanan Ubat

www.drmuda.gov.my

KERETA

Penyimpanan Ubat

Ubat tidak boleh disimpan di dalam kereta.

Suhu dalam kereta yang terletak di bawah sinaran cahaya matahari boleh cecah ~ 50⁰C.

www.drmuda.gov.my

Ubat yang kerap disimpan di dalam kereta

Ubat Sedut (Inhaler) Ubat Darah Tinggi/Diabetes

XKERETA

Penyimpanan Ubat

X

www.drmuda.gov.my

Alasan disimpan di dalam kereta

Senang diambil

Takut lupa

Akibat disimpan di dalam kereta

Ubat sedut boleh kosong (evaporate)

Suhu tinggi

Ubat rosak

KERETA

Penyimpanan Ubat

www.drmuda.gov.my

Ruang memasak biasanya mempunyai kelembapan dan suhu yang tinggi.

Ruang ini tidak sesuai bagi penyimpanan ubat.

 

Penyimpanan Ubat

DAPUR

www.drmuda.gov.my

Ubat tidak boleh disimpan berdekatan dapur memasak.

Sebab: Suhu tinggi Kebersihan Kelembapan Keselamatan : kanak-kanak

Penyimpanan Ubat

DAPUR

www.drmuda.gov.my

Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak

Penyimpanan Ubat

DAPUR

www.drmuda.gov.my

Umumnya, bilik mandi adalah kurang bersih untuk dijadikan lokasi penyimpanan ubat.

Di samping itu, bilik mandi mempunyai kelembapan yang tinggi.

Penyimpanan ubat di tempat ini juga tidak selamat kerana terdapat risiko kesilapan pengambilan ubat.

Penyimpanan Ubat

BILIK MANDI

www.drmuda.gov.my

Ubat tidak boleh disimpan di dalam bilik mandi

Sebab: Kebersihan Kelembapan Keselamatan : kanak-kanak

Penyimpanan Ubat

BILIK MANDI

www.drmuda.gov.my

XContoh ubat yang biasa disimpan dlm bilik mandi

Ubat Kumur

Penyimpanan Ubat

BILIK MANDI

www.drmuda.gov.my

Bukan semua ubat perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Ada ubat perlu disimpan pada suhu peti sejuk :

2⁰C -8⁰C.

XPETI SEJUK

Penyimpanan Ubat

www.drmuda.gov.my

Insulin, Ubat titis

mata, Suspensi antibiotik

yang telah

dibancuh

SIMPAN di dalam peti sejuk

PETI SEJUK

Penyimpanan Ubat

www.drmuda.gov.my

Tapi INGAT bukan di

tempat sejuk bekuX

PETI SEJUK

Penyimpanan Ubat

www.drmuda.gov.my

JANGAN simpan dalam peti sejuk

Tablet, kapsul,

pilXPETI SEJUK

Penyimpanan Ubat

www.drmuda.gov.my

• Ubat jadi lembap

• Ubat tidak berkesan

• Mungkin ada kesan sampingan

PETI SEJUK

Penyimpanan Ubat

www.drmuda.gov.my

Tanggapan SALAH – boleh menambah jangka hayat ubat

Contoh : Simpan ubat sirap dalam peti sejuk tahan lebih lama

X

www.drmuda.gov.my

Apa yang berlaku jika ubat disimpan dalam keadaan yang tidak sesuai???

Ubat Berubah WARNA

Ubat warna asal perang

dengan tompokan hitam baru

Kereta / Dapur/ Bilik Mandi/

Peti Sejuk

www.drmuda.gov.my

Apa kesan jika ambil ubat sebegini…

Mudah hancur

Kereta / Dapur/ Bilik Mandi/

Peti Sejuk

www.drmuda.gov.my

• Keberkesanan ubat tidak terjamin

• Berkemungkinan kesan sampingan

Kereta / Dapur/ Bilik Mandi/

Peti Sejuk

www.drmuda.gov.my

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI

Tayangan video penyimpanan ubat yang betul

BAHAN PENGAJARAN

Video penyimpanan ubat yang betul

top related