kemahiran pengukuhan dlm pengajaran mikro

Post on 02-Jan-2016

382 Views

Category:

Documents

14 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Pengajaran Mikro

TRANSCRIPT

PENGAJARAN MIKRO

KEMAHIRAN PENGUKUHAN

Disediakan oleh Kumpulan 12 :PPG Pendidikan Islam 1/ Jun 2011

Noor Zulfatul Zahiah binti Abdul Karim691120-08-5586

Rosidah binti Ahmad660409-07-5192

Nooranis binti Abdul Wahab710311-06-5300

Definisi Pengukuhan / Peneguhan

Pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik

mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau

menunjukkan prestasi yang baik dalam sesuatu aktiviti

pembelajaran

   Kemahiran Pengukuhan

i. Galakkan pelajar menjawab soalan,mengemukakan cadangan dan melibatkan diri dalam perbincangan

ii.Berikan peneguhan melalui pujian dalam bentuk lisan, gred baik, senyuman atau anggukan kepala.

1.0 OBJEKTIF

1.1. Prinsip-prinsip panduan penggunaan kemahiran pengukuhan (peneguhan).

1.2.Objektif-objektif kemahiran pengukuhan (peneguhan)

1.3.Kesan kemahiran pengukuhan (peneguhan) ke atas pengajaran dan pembelajaran

1.4.Komponan- komponan kemahiran pengukuhan (peneguhan).

2.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.2.1 Merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila

pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu dan menurut Skinner, tingkah laku manusia dibahagi kepada dua :• Tingkah laku responden – tindak balas terhadap stimuli khusus

dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama-sama stimuli lama.

• Tingkah laku operan – tingkah laku bukan automatik. Merupakan set yang merangkumi contoh-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Boleh di ajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu.

2.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.2.2 Peneguhan boleh berupa positif atau

negatif. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Contohnya :GURU : Apakah nombor bercampur, Rahman?RAHMAN : Nombor bercampur terdiri

daripada nombor dan pecahan.GURU : Bagus

2.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.2.3 Selain itu, terdapat juga peneguhan yang

boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di hadapan orang ramai.contohnya :GURU : Apakah pecahan setara, Ali?ALI : (tidak menjawab)GURU : Ali mungkin sudah lupa bercakap.

2.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.2.4 Peneguhan tersebut yang digunakan oleh

guru tidak akanmengubah sikap Ali. Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan.

2.0 KEMAHIRAN PENGUKUHAN.

2.5 Peneguhan boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan, sentuhan dan sebagainya.

3.0 PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRANPENGUKUHAN (PENEGUHAN)

3.1 Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan.

3.2 Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif.

3.3 Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar haruslah dielakkan.

3.4 Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan status sosial pelajar yang berkenaan.

3.5 Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.

4.0. OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENGUKUHAN(PENEGUHAN)

4.1 Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

4.2 Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan.

4.3 Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar lain terus menunjukkan tingkah laku yang positif.

4.4 Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku yang positif.

4.5 Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul.

5.0. KESAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN) KE ATASPENGAJARAN & PEMBELAJARAN

5.1 Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.5.2 Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang positif dengan lebih giat lagi.5.3 Pelajar-pelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang diharapkan.5.4 Pelajar yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah di hargai oleh gurunya. Semangat keyakinan terhadap

daya pembelajarannya akan bertambah.5.5 Perhubungan di antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra. Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang

digemari oleh pelajar.

6.0 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENGUKUHAN (PENEGUHAN)

Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting iaitu :

Komponen lisan Positif

Gunakan Isyarat Positif

Dampingan

Lisan Negatif

Gerakkan Isyarat Negatif

Sentuhan mengikut adat

Komponen lisan Positif

Guru gunakan sebutan :•Bagus / baik / ya/ betul

Guru mengulang jawapan murid

Gunakan Isyarat Positif

Guru menunjukkan

senyuman

Anggukkan kepala

Tepuk tanganAngkat ibu

jari

Dampingan

Mendampingi murid

Berdiri sebelah murid

Duduk di sisi murid

Lisan Negatif

Bukan, salah, tidakKurang lengkap, jawapan buruk

Menyindir

Gerakkan Isyarat Negatif

Menggeleng-gelengkan

kepala

Menunjukkan muka marah

Menggoyangkan tangan

Sentuhan mengikut adat

Menyentuh kepala

Menyentuh bahu

Menyentuh bahagian belakang badan

7.0 CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO

7.1 Guru pelatih yang memilih latihan pengukuhan sebagai

latihan dalam sesi pengajaran mikro haruslah memahami

semua komponen dan aktiviti pengukuhan yang boleh

digunakan apabila memberi pengukuhan kepada tingkah

laku positif yang ditimbulkan. Untuk menggalakkan pelajar

memberi tingkah laku yang positif, aktiviti pengajaran

harus dirancang berdasarkan strategi pemusatan

pelajar. Soalan- soalan harus disediakan untuk memberi

peluang kepada pelajar menjawab.

8.0 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN ( PENEGUHAN)

Komponen Kemahiran Pengukuhan

( Peneguhan)

Ada

(sesuai)

Ada

(tidak sesuai)Tiada

Lisan positif

Gerak isyarat positif

Dampingan

Sentuhan

Lisan negatif

Gerak isyarat negatif

Tanda ( / ) dalam ruang yang berkenaan

top related