kemahiran kebolehpasaran abad ke- · abad ke-21 yang memerlukan lebih ramai pekerja berkemahiran...

Post on 14-Oct-2019

26 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Rujukan

https://globaldigitalcitizen.org/21st-century-skills-every-student-needs

https://www.aeseducation.com/careercenter21/what-are-21st-century-skills

Mei 2018

Penulis : Nurain Atan | nurain_atan@salam.uitm.edu.my | 03-5544 2360

Editor: Roslinda Mohd Subbian | Pusat Kerjaya & Kaunseling, UiTM Shah Alam

Kebolehpasaran graduan pada hari ini tidak lagi hanya diukur dengan berpandukan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pelbagai set kemahiran agar lebih relevan dengan kehendak persekitaran pekerjaan abad ke-21 yang memerlukan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi. Terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai oleh graduan hari ini untuk memburu kerjaya idaman.

KEMAHIRAN KEBOLEHPASARAN ABAD KE-

1. Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Graduan memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah dengan pantas kerana pada masa kini masalah kian kompleks dan boleh berlaku di luar jangkaan. Dalam lapangan kerja, masalah boleh berlaku tanpa dijangka dan memerlukan tindakan segera. Silap membuat penilaian dan lambat bertindak mungkin menyebabkan kerugian besar bagi sesebuah syarikat. Oleh itu, graduan perlulah melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang mencabar dan tidak bergantung dengan kaedah konvensional yang ada agar kemahiran menyelesaikan masalah akan terus berkembang.

2. Kreativiti

Graduan haruslah mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dalam persekitaran yang serba canggih pada hari ini agar dapat membentuk penyelesaian yang lebih baik dan unik. Kreativiti boleh dijana melalui pengalaman dan pembelajaran dari pelbagai sumber dan kaedah. Contohnya, berfikir di luar kotak untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada dan mungkin idea ini akan memberi pulangan yang di luar jangkaan anda.

3. Pemikiran Analitikal

Pemikiran analitikal adalah kemahiran untuk berfikir secara lebih terperinci yang melibatkan elemen penilaian, per-bandingan, sintesis dan sistematik. Pemikiran analitik adalah penting untuk kerja-kerja yang kompleks dan berisiko tinggi. Antara aktiviti yang boleh mengasah pemikiran analitikal ialah dengan menyelesaikan sesuatu situasi kes atau study case dan membuat perbincangan yang lebih kritikal.

4. Kolaborasi

Kolaborasi merujuk kepada kemahiran dan kebolehan untuk berkerjasama. Seiring dengan teknologi yang pesat dalam era globalisasi, kolaborasi kini tidak sahaja melibatkan pertemuan secara fizikal, malah ia juga boleh dilakukan secara atas talian atau maya. Dalam kriteria pemilihan calon pekerja, pihak majikan tentunya akan mengambilkira kemahiran kolaborasi sebagai kriteria yang penting.

5. Komunikasi

Komunikasi merupakan kemahiran yang sangat penting bukan sahaja dalam kehidupan seharian tetapi juga dalam dunia pekerjaan. Komunikasi tidak lagi hanya melibatkan sesi dialog bersemuka malah pada hari ini lebih banyak dijalankan secara atas talian. Kemahiran komunikasi yang baik akan memberi keyakinan kepada pihak lain serta menunjukkan tahap profesionalisme seseorang. Oleh itu, graduan perlulah melatih kemahiran komunikasi yang berkesan supaya dapat memberikan gambaran sebenar tentang kebolehan dan potensi yang ada.

6. Etika dan Akauntabiliti

Etika dan akauntabiliti melibatkan rasa tanggungjawab, amanah, toleransi dan kesedaran tentang apa yang baik dan yang buruk. Majikan kini bukan sahaja mencari calon pekerja yang mempu melaksanakan tugasan dengan cemerlang, tetapi juga mempunyai nilai etika dan akauntabiliti yang tinggi. Seseorang graduan yang mempunyai ciri-ciri ini bukan sahaja akan membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya, malah memberi manfaat kepada orang lain dan persekitarannya.

top related