kemahiran asas bola keranjang

Post on 25-Jun-2015

5.894 Views

Category:

Documents

22 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG

MENYAMBUT

MENANGKAP BOLA

KEDUDUKAN TANGAN DAN JARI

Jari-jari dibuka luas : kedua-dua ibu jari agak dekat. Jari-jari kedua-dua belah tangan membentuk cawan. Sambut dengan hujung jari dan ibu jari kedua-dua

belah tangan, bukan dengan tapak tangan. Tangan bertindak sebagai kusyen dengan cara

membengkokkan siku : cara ini akan melembutkan kederasan hantaran dan bola lebih mudah dikawal.

MENYAMBUT DARI HANTARAN HADAPAN

Hujung jari dan ibu jari membentuk cawan di bahagian belakang bola.

Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan untuk menyambut – keadaan tangan, hampir lurus.

Sebaik sahaja bersentuh dengan bola, bengkokkan siku untuk melembutkan kederasan hantaran.

Bawa bola ke dada.

MENYAMBUT DENGAN SEBELAH TANGAN

MENYAMBUT SAMBIL BERLARI

Gunakan kedua-dua belah tangan sekiranya

hantaran tidak terlalu tinggi

Gunakan sebelah tangan sahaja jika hantaran

terlalu tinggi - tarik turun bola supaya dapat

mengawal dengan kedua-dua belah tangan.

MELOMPAT DAN MENYAMBUT BOLA

TINGGI

MENGGELECEK

MENGGELECEK DENGAN LANTUNAN RENDAH

Lutut bengkok dan badan condong ke hadapan. Aras lantunan adalah antara lutut dan pinggang. Baik untuk kawalan lantunan – digunakan

apabila dikawal ketat oleh pihak lawan. Menyusahkan pihak lawan merampas bola. Memudahkan pertukaran hala pergerakan

secara mengejut

MENGGELECEK DENGAN LANTUNAN TINGGI

Digunakan apabila kelajuan diperlukan, misalnya semasa tiada pihak lawan mengawal atau semasa melantun dengan tujuan menjaringkan bola.

Aras lantuanan antara pinggang dan dada.

KEMAHIRAN ASAS

MENJARING

JARINGAN SECARA STATIK

Bersedia. Rendahkan badan dengan

cara membengkokkan lutut. Bola dipegang pada paras

dada.

Aksi menjaringkan bola : Badan dan lutut

diluruskan serentak. Pegang bola:

Satu tangan di bawah dan satu lagi ditepi bola

Aksi melepaskan bola dan tangan yang menolak bola.

Berdiri di atas bebola kakiikut lajak dengan ke arah jaring.

JARINGAN LOMPAT• Bersedia - sama seperti

jaringan statik.

• Melompat dengan kedua-dua belah kaki.

• Melepaskan bola semasa mencapai ketinggian maksimum.

lkut lajak dengan tangan dan mendarat.

JARINGAN LAYANGMelantun bola ke arah jaring dari sudut kanan (atau sudut kiri).

Menangkap bola dan mengambil dua langkah besar ke arah jaring.

Pada langkah ke dua, lonjak ke atas dengan sebelah kaki.Pegangan bola di pindah ke pegangan sebelah tanganTapak tangan di bawah bola.Semasa kemuncak lonjakan, tolak bola ke jaring dengan aksi pergelangan tangan dan jari.

Gunakan papan pantul untuk jaringan sudut.

Elakkan daripada memutarkan bola

JARINGAN TOLAK SEBELAH TANGAN

Menangkap bola semasa lari laju atau semasa melantun laju ke arah jaring.

Bola dipegang pada paras dada dengankedua-dua belah tangan.

Melonjak ke atas dengan sebelah kaki.Pegangan bola diubah ke sebelah tangan - tapak tangan di bawah bola.Tangan jaringan diluruskan ke atas.Bola ditolak ke arah jaring semasa lonjakan mencapai ketinggian maksimum.Bola dilepaskan daripada hujung jari dengan aksi pergelangan tangan dan jari-jari.

lkut lajak dengan tangan jaringan.

Pendaratan - membengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan

JARINGAN MENCANGKUNG/LENGKUNG

Ketepatan jaringan amat diperlukanAgak sukar dikuasai-juga sukar untuk pihak lawan menghadang jaringan

top related